Pengenalan
Sulu bermaksud Negara Sulu atau Kerajaan Sulu (Kesultanan) atau Kepulauan Sulu. Maka dijelaskan, dalam Kepulauan Sulu itu
terdapat 5 pulau yang utama di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu iaitu
Pulau Sulu @ Sug Ibu Negeri Jolo, Tawi-tawi,
Basilan termasuklah Zamboanga, Palawan dan akhir sekali Borneo Utara atau Sabah
(sebelum menyertai Persekutuan Malaysia). Kita sekarang hanya mengenal Sulu itu
hanya dari nombor 1 sehingga 4 sahaja kerana kita tidak memasukkan Borneo Utara
(Sabah) sebagai salah satu dari wilayah Sulu sebabnya ia berada dalam
pentadbiran Malaysia yang merdeka. Walau bagaimanapun sebahagian kecil dari
Borneo Utara yang asal itu sebenarnya telah dimasukkan ke dalam wilayah
Kalimantan Indonesia, inilah yang kita maklumi pada hari ini.
Dalam konteks istilah, Suluk atau Orang Suluk adalah
merujuk kepada kaum Tausug, iaitu kaum dominan di Sulu. Orang Tausug juga
digelar orang Suluk oleh masyarakat Melayu Brunei atau Borneo dan Sulawesi
disebabkan kesukaran mereka menyebut “Tausug”. Dari
segi bahasa, Suluk berasal dari istilah Tasawwuf dan lafaznya adalah Bahasa
Arab. Maka Suluk membawa maksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah
(mengingat dengan menyebut nama Allah s.w.t sebanyak-banyaknya) di satu tempat
tertentu.
Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t mengikut kaedah tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah s.w.t sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya. Tausug adalah perkataan asal dari perkataan Suluk atau Orang Suluk. Orang-orang Melayu Brunei, Sabah, Kalimantan atau Sulawesi memanggil Orang Tausug sebagai Orang Suluk. Tausug adalah kaum majoriti di Kepulauan Sulu dan punya sejarah Kesultanan yang panjang sejak bermula kedatangan Islam ke Sulu pada tahun 1456 M lagi.
Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t mengikut kaedah tasawwuf, membersih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah s.w.t sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya. Tausug adalah perkataan asal dari perkataan Suluk atau Orang Suluk. Orang-orang Melayu Brunei, Sabah, Kalimantan atau Sulawesi memanggil Orang Tausug sebagai Orang Suluk. Tausug adalah kaum majoriti di Kepulauan Sulu dan punya sejarah Kesultanan yang panjang sejak bermula kedatangan Islam ke Sulu pada tahun 1456 M lagi.
Sejarah
dan asal-usul Kaum Suluk di Sabah
Borneo Utara (Sabah) adalah antara wilayah Sultan Sulu
ketika dulu sebelum dipajakkan kepada British. Sabah di hadiahkan oleh Sultan
Brunei kepada Sultan Sulu setelah Sultan Sulu Berjaya membantu Sultan Brunei
menamatkan perang saudara 10 tahun. Sejak itu bermulalah penguasaan orang Tausug
terhadap Borneo Utara atau Sabah. Kini orang-orang Tausug telah menjadi
pelarian dan berserakan di mana-mana terutamanya di Malaysia kerana ada yang
tidak kena dengan negara asal mereka (Sulu) hingga kini. Ini kerana mereka
terlibat dengan peperangan yang panjang sejak penjajahan Sepanyol lagi hingga
kini.
Suku kaum Suluk
ialah suku kaum yang terdapat di sebelah pantai timur Sabah dari utara Kudat hingga ke
tenggara Tawau. Suku kaum Suluk ini adalah
penduduk asal di Sabah. Masyarakat Suluk ini adalah tergolong dalam rumpun
Melayu sama seperti suku kaum Melayu Brunei, Melayu Arab, Melayu Banjar dan
Melayu Jawa. Sebaliknya, masyarakat Melayu Suluk di Sabah ini tidak berbeza
dengan bangsa Tausug di Kepulauan Sulu yang terpisah ratusan tahun dari
perhubungan dan amalan cara hidup.
Di Sabah,
masyarakat Suluk tempatan telah hidup beratus tahun di Sabah bersama masyarakat
lain seperti masyarakat Bajau, Dusun, Sungai dan Murut. Pejuang Bangsa Menentang
Penjajah British iaitu Datu Paduka Mat Salleh adalah
berketurunan Suluk Bajau Paitan manakala Bapa Kemerdekaan Sabah iaitu Tun Datu Mustapha Datu Harun adalah
berketurunan Suluk Bajau Kudat. Pengarah Yayasan Sabah iaitu Tan Sri Datu Khalil bin
Datu Jamilul juga adalah berketurunan Suluk tempatan Sabah. Begitu juga dengan
Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
Sabah iaitu Datuk Seri Haji Datu Nasrun bin Datu Haji Mansur yang mana beliau
juga adalah berketurunan Suluk Sabah. Manakala selain dari Datu Paduka Mat
Salleh, ada ramai lagi pejuang-pejuang bangsa penentang penjajah British dari
kalangan mereka yang berketurunan Suluk Sabah iaitu Datu Tating di Pulau
Balambangan pada tahun 1773, Datu Baginda Putih di Sandakan pada tahun 1879 dan
Datu Kedunding pada tahun 1879 di Tungku.
Pada masa kini,
masyarakat Suluk di Tawau (yang dahulunya tinggal bersama dengan masyarakat
Tidung di sebuah perkampungan nelayan dikenali sebagai Tawau Lama pada masa
kini), sudah tidak wujud lagi sebagai masyarakat Suluk asli sebaliknya
keturunan mereka sudah bercampur baur keturunannya melalui perkahwinan dengan masyarakat lain seperti Tidung, Cina Muslim, Arab, Iban
Muslim, Banjar, Jawa dan sebagainya. Mereka lebih dikenali sebagai Masyarakat
Melayu di Tawau ini kerana bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat dan
budaya Melayu sejak turun temurun. Misalnya keturunan Kee Abdullah (Cina
Muslim), Penghulu Tawau pertama telah berkahwin gadis Melayu Suluk (Jumatiah) dan ramai keturunannya hari ini adalah berketurunan Melayu Tawau. Begitu juga
Datuk Abu Bakar Titingan (Suluk) yang berkahwin dengan Kee Hayati (peranakan
Cina) dan mewujudkan ramai
keturunan Melayu di Tawau ini.
Ramai masyarakat di Tawau yang dikenali sebagai
masyarakat Melayu ini adalah keturunan dari pelbagai suku-suku kaum yang sudah
mengalami percampuran darah keturunan sejak dahulu lagi. Mereka tidak boleh
dibezakan kerana agama dan budaya yang diamalkan adalah sama. Namun keadaan ini
tidak sama dengan masyarakat pendatang dari Indonesia dan Filipina kerana
mereka ada budaya yang tersendiri. Ini kerana kewujudan imigran-imigran
Indonesia dan imigran-imigran Filipina ini adalah agak terkemudian iaitu
setelah Tawau makmur sebagai lubuk sumber ekonomi. Mereka datang ke Tawau
semata-mata untuk mencari rezeki dan sebelum kedatangan mereka ke Tawau, mereka
sudah pun mempunyai identiti negara mereka sendiri. Berbanding dengan
masyarakat Melayu Tawau ini, mereka telah wujud di Tawau sudah terlalu lama
iaitu sebelum kedatangan pemerintahan penjajah Inggeris atau sebelum zaman pemerintahan
tentera Jepun lagi.
Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau
sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di
Borneo Utara. Manakala Tausuq yang merupakan bangsa pendatang dari Filipina
yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Filipino. Di Filipina, mereka
dikenali sebagai bangsa Moro manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa
Filipino sama seperti bangsa Visaya dan Tagalog yang juga berasal dari Filipina
dan datang ke Tawau ketika zaman pergolakan peperangan di selatan Filipina.
Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang berdarah campuran Suluk tetapi mereka
tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa Suluk sebaliknya hanya tahu bertutur
dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta
patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek
moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu
Sebagai
penduduk tempatan asli Tawau bersama suku kaum Melayu yang lain seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Jawa tempatan, masyarakat Melayu Suluk hidup bersama-sama
dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu tempatan. Budaya masyarakat
Melayu Tawau adalah budaya kemelayuan yang bertunjangkan agama Islam.
Masyarakat ini hidup dengan aman di Tawau tanpa terpengaruh dengan budaya dari
Indonesia dan Filipina yang dibawa oleh masyarakat pendatang dari kedua buah
negara jiran tersebut.Contoh penempatan awal masyarakat Melayu Suluk Tawau
bersama masyarakat Melayu Tidung ialah di Kampung Batu Payung, Kampung Apas
Balung, Kampung Membalua, Kampung Indrasabah, Kampung Wakuba dan Kampung Ranggu
Pemimpin masyarakat Melayu di Tawau yang sangat berjasa
ketika sebelum dan awal kemerdekaan negeri Sabah ialah Datuk Abu Bakar
Titingan, pengasas Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT) pada tahun 1945.
Ketua pemimpin masyarakat Melayu pertama di Tawau yang dilantik oleh Kerajaan
British (Penghulu) pada awal 1900an iaitu OKK Kee Abdullah juga anak angkat
kepada seorang nelayan berbangsa Suluk Kudat bernama Ibrahim dan isteri beliau
juga adalah seorang wanita Suluk Tawau bernama Jumatiah binti Ami Maidin.
Selain itu, terdapat ramai pemimpin dari masyarakat Melayu keturunan Suluk di
Tawau yang dilantik menjadi Ketua Anak Negeri sebagai menunjukkan membuktikan
yang masyarakat Melayu Suluk Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Antaranya
ialah OKK Abu Bakar dan OKK Said Sallabi.
Walaupun suku
Suluk ini juga ramai
terdapat ramai di tempat lain seperti di Filipna dan Kalimantan namun cara
hidup, pertuturan dan budaya di antara Suluk Tawau adalah sangat berbeza dengan
Suluk di Filipina (Tausug). Ini kerana bahasa pertuturan Suluk Tawau adalah
bahasa Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk di Filipina adalah bahasa
pertuturan Suluk [Tausug]. Ramai orang Tausuq di Filipina yang tidak tahu
bertutur bahasa Melayu dan bagi yang tahu bertutur dalam bahasa Melayu, loghat
pertuturan mereka adalah sangat berbeza dengan loghat masyarakat Melayu
Tempatan. Dari segi budaya hidup pula, Suluk Tawau adalah mengamalkan budaya
hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya hidup bangsa Malaysia manakala masyarakat
Tausuq di Filipna telah mengamalkan budaya masyarakat Tausug yang agak berbeza
dengan budaya Melayu di Malaysia.
Sejarah
Perkembangan Tarian Suku Kaum Suluk di Sandakan, Sabah
Tarian Daling-Daling
Tarian Daling-Daling berasal dari Sepanyol. Ianya diperkenalkan oleh
askar-askar Sepanyol kepada rakyat Filipina. Kini Tarian Daling-Daling telah
menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau. Alat muzik yang digunakan
ialah gabang dan dua bilah kayu yang disebut bolak-bolak. Ia ditarikan secara
berpasang-pasangan iaitu 3 lelaki dan 3 perempuan. Ia dipersembahkan di majlis
pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya.
Penari-penari wanita memakai destar yang disebut pies. Jari meraka dihias
dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu
dinamakan jangga.
Tarian Daling-daling merupakan
tarian traditional bagi suku kaum Βajaudan Ѕuluk juga amat terkenal. Tarian Daling-daling ini biasanya dipersembahkan
dengan iringan pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku
tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari
wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus
penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian Daling-daling ini
Tarian
Pangalay Salah satu daripada
Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah tarian Pangalay
/ Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian
hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan,
pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh
Enam orang, berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan
dan Gong Agong si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang
panjang dan bengkok disematkan di sepuluh jari penari wanita, si penari juga
boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan
tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya memperlihatkan gerakan liuk-lintuk
badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang khusus. Selain daripada itu
terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha Patong, Mangalay
Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak Langkah
Silat ataupun Langkah Kuntaw.
Tarian Bolah-bolah adalah tarian
yang dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisi Badju
Batawi dan Badju Lapi. Penari ini Menggunakan Empat bilah kayu kecil yang di
genggam di tangan dan dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk dan
mengeluarkan bunyi yang unik dan mengikut rentak bunyi pukulan Kulintangan dan
Gong Agong .
Penutup
Sumbangan suku kaum pribumi yang tinggal di persisiran
pantai timur Sabah terutama di daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna,
dalam menyebarkan agama Islam dengan menggunakan tulisan jawi dibangkit pada
Seminar Memartabatkan Keagungan Sejarah Suluk. “Sejarah Suluk khususnya dan Sabah amnya perlu
diletakkan di tempat yang unggul dan terbilang di mata dunia dan keunikan
budaya Sabah perlu ditonjolkan pada persada antarabangsa,” katanya ketika
merasmikan seminar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,
baru-baru ini.
Bibliografi
Julasri Hajad
@Asreemoro, Tausug dan Kesultanan Sulu. Kuala Lumpur: 2007
Julasri Hajad
@Asreemoro. Pejuangan Bangsa Segalanya Benar. hhtp://blogzzpejuangbangsa. blogspot.
com/2012/03/ sejarah-suku-kaum-suluk-di-sabah.html
Ihsan Noorzali.
Tarian-tarian tradisi Sabah. www.sabah.edu.my/kds/tarian-tarian_tradisi.htm bhsastera @nstp. com. My.2010/09/27
Depo 20ribu bisa menang puluhan juta rupiah
BalasPadammampir di website ternama I O N Q Q
paling diminati di Indonesia,
di sini kami menyediakan 5 permainan dalam 1 aplikasi
~bandar poker
~bandar-q
~domino99
~poker
~bandar66
segera daftar dan bergabung bersama kami.Smile
Whatshapp : +85515373217
At Aggrate Shaufer Travel & Tours & AS Car Rental, we provide chauffeur and limousine service for your guest and business partners for their visit in Malaysia. Beginning with us, we will ensure that your experience in Malaysia will be an enjoyable event.
BalasPadamAggrate Shaufer Travel & Tours
AS Car Rental
Transport service to Genting Highland
Transport Service to Kuala Lumpur
Transport service to Melaka
mengarut la tang daling2 spanyol la apa lah.. Suluk ng Tausug itu tetap sama. jgn nak berpuak2.. Islam melarang berpuak2. Islam itu seharusnya bersatu. berpuak2 ni berasing2 ni ajaran kafir.. tau tak
BalasPadamKalau kau bodoh pergi kaji lagi, bahalol, penulis Blog ini, keturunan Bangsa Sulu,maka penulis blog ini tahu...bukan macam kamu tu bodoh
Padam