1.4.1 Masyarakat Industri di England
Soalan 19:
Huraikan ciri-ciri masyarakat Industri yang diamalkan di Eropah.
Pendahuluan
§ Masyarakat
industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
Masyarakat ini dicirikan menerusi
pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran
barangan serta perkhidmatan dengan menggunkan mesin.
§ Kemunculan
masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England
pada abad ke-18. Masyarakat industri telah menggantika masyarakat agraria yang
muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan,
iaitu pengusaha industri dan pekerja industri.
Isi-isi
penting:
1.
Kegiatan ekonomi
§ Kegiatan
ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara
besar-besaran.Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber
pekerjaan dan pendapatan bagi menyara
hidup. Masyarakat industri mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin yang
digunakan secara meluas dalam
pengeluaran barangan.
§ Mereka
menghasilkan barangan secara
besar-besaran untuk pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa.
Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian, pekerja kilang beralih
ke sektor industri perkhidmatan.
2.
Pengkhususan kerja
§ Penggunaan
mesin secara meluas dalam bidang perindustrian telah menyebabkan
berlakupengkhususan kerja. Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian
daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu barangan. Pembahagian kerja dan
pengeluaran secara besar-besaran telah mengurangkan kos operasi serta
meningkatkan pengeluaran
3.
Mobiliti sosial
§ Mobiliti
bermaksud pergerakan sebagai salah satu fenomena yang ketara dalam masyarakat
industri. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telah menyebabkan taraf
hidup golongan pekerja meningkat. Tambahan pula peningkatan dalam pengeluaran
menyebabakan mereka menerima pendapatan
yang tinggi.
§ Hal
ini menyebabakan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang mewah dan makmur.Ini
telah meletakkan asas bagi kemunculan golongan menengah dalam masyarakat.
4.
Kemunculan kelas
§ Masyarakat
industri tergolong kepada dua kelas, iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah, dan pengusaha
lombong. Kelas pekerja pula terdiri
daripada buruh dan pekerja di kilang-kilang perindustrian.
§ Dalam
pada itu, golongan pekerja mat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada
peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa
yang bekerja sebagai buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam
pengeluaran, muncul golongan profesional. Perkembangan ini menyebabakan taraf
kehidupan golongan pekerja meningkat.
5.
Urbanisasi
§ Masyarakat
industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi
Perindustrian, ramai penduduk luar bandar berhijrah ke bandar. Kebanyakan
daripada penduduk dari luar bandar ke bandar untuk bekerja di kilang. Fenomena
ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar perindustrian.
§ Ini
menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan bandar. pekerja
secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawasan bandar
perindustrian. Antara bandar perindustrian yang mengalami proses urbanisasi di
England ialah Manchester, Leeds,
Liverpool, dan Lyons.
6.
Literasi
§ Masyarakat
industri juga merupakan masyarakat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
berpendidikan.Oleh yang demikian, mereka terdedah kepada unsur-unsur demokrasi
dalam kehidupan seharian mereka. Masyarakat ini menggunakan ilmu secara
sistematik dan teratur untuk merancang tugas dan menjalankan aktiviti sosial
yang lain.
7.
Semangat keusahawanan
§ Masyarakat
industri juga merupakan pengusaha industri yang terlibat dalampertumbuhan
sektor perindustrian. Antara pengusaha industri yang terkenal ialah James Watt
(1736-1819) dan Matthew Boulton (1728-1808).
§ Mereka
mempubyai semangat keusahawanan dan daya kreativiti serta inovatif yang tinggi
dalam bidang perindustrian dan mereka juga memiliki modal yang mencukupi bagi
membeli mesin baharu dan membuka kilang perindustrian.
8.
Perkembangan sains dan teknologi
§ Masyarakat
industri merupakan masyarakat yang mempunyai pengetahuan dalam bidang dan
teknologi. Mereka menerapkan pengetahuan dan teknologi baharu dalam pertumbuhan
sektor perindustrian.
§ Perkembangan
ini menyebabkan lahir golongan saintis yang menghasilkan mesin baharu bagi
kegunaan perindustrian. Pada peringkat awal, mesin berkuasa wap dihasilkan oleh
Thomas Newcomen dan James Watt.
Penutup
§ Kemunculan
masyarakat industri mempunyai pertalian yang rapat dengan Revolusi
Perindustrian Masyarakat industri mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang
berbeza dengan masyarakat agraria.
Soalan
20: Huraikan ciri-ciri masyarakat industri yang diamalkan di
England dan Jerman.
Pendahuluan
§ Revolusi
ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain
pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.
§ Negara
England dan Jerman mengalami Revolusi Perindustrian memperlihatkan ciri-ciri
masyarakat industri seperti penggunaan sains moden yang meluas dalam proses
pengeluaran untuk pasaran, pengkhususan dalam bidang ekonomi, pengeluaran
secara besar-besaran, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan
menggantikan usaha manusia dan kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada
pemilikan harta atau modal.
Isi-isi penting:
1. Kegiatan ekonomi
§ Pada peringkat awal, masyarakat industri di England
bekerja di kilang-kilang tekstil. Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian
sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi menyara hidup.
Sebelum
revolusi Perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara
kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan
ciptaan baru atau mesin maka pengeluaran barangan telah dapat dihasilkan secara
besar-besaran.
§ Barangan
yang berlebihan telah diperdagangkan atau dieksport. Selain itu, dalam Revolusi
Perindustrian turut merangkumi beberapa aspek iaitu perubahan dalam teknik atau
kaedah pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan memperdagangkan
barang kilang yang dihasilkan.
2. Mobiliti sosial
§ Perkembangan pesat
dalam bidang perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat.
Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi . Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi
kapitalisme, iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara
persendirian terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang,
tanah dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan tentang
penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik modal sendiri.
Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
§ Peladang-peladang
yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan
modal mereka dalam bidang perindustrian. Mereka rela mengambil risiko untuk
melaburkan modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan
pulangan.
3. Pengkhususan kerja
§ Pekerja-pekerja
hanya perlu melakukan sebahagian drpd kerja utk menghasilkan sesuatu barangan.
(pengkhususan kerja). Pembelian mesin memelrukan
pelaburan modal yang tinggi. Pemodal-pemodal tidak dapat melibatkan kegiatan
industri mereka dalam terlalu banyak bidang kerana ingin mengawal kos
pengeluran. Pengkhususan kerja ini dapat mendatangkan faedah kerana para
majikan dan pekerja menjadi semakin mahir dalam bidang yang dipilih. Mereka
dapat menimba pengalaman untuk membaiki prestasi masing-masing dalam bidang
tersebut.
§ Apabila
prestasi dibaiki, kuantiti dan kualiti barang dapat ditingkatkan. Sekiranya
kuantiti barangan industri ditingkatkan, barangan tersebut dapat dipasarkan
secara meluas di dalam negeri dan di luar negara. Biasanya mereka hanya
mengkhusus dalam satu bidang sahaja. Contohnya, bidang tekstil.
4. Kemunculan kelas
§
Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka
menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan ini melahirkan golongan kelas
menengah dalam masyarakat. Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas,
iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja.
§
Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke
bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses
pembandaran terutamanya di bandar-bandar perindustrian.
5. Masyarakat literasi
§
Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
berpendidikan. MI terdedah kepada
unsur-unsur demokrasi dalam kehidupan mereka.
Mereka turut memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan pekerja yang
bekerja di sektor perkilangan.
§
Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak
golongan pekerja di parlimen England.
6. Penggunaan sains dalam
proses pengeluaran
§ Pada
tahun 1702, Thomas Newcomen telah mencipta enjin berkuasa wap yang kemudiannya
digunakan secara meluas dalam perlombongan arang batu. Dengan rekaan enjin ini,
pam digunakan untuk mengatasi masalah rembesan dan takungan air. Kesannya,
kerja melombong arang batu menjadi lebih mudah dan kuantiti produk dapat
ditingkatkan.
§ Peningkatan
penghasilan arang batu membantu proses Revolusi Perindustrian. Arang batu
menjadi sumber utama untuk mengendalikan enjin berkuasa wap. Oleh itu, peningkatan pengeluaran arang batu
telah memberikan faedah kepada pelbagai bidang perusahaan lain seperti bidang
pembuatan, perusahaan besi dan keluli serta pengangkutan. Pada tahun 1736-1819
James Watt berjaya membaiki enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya, enjin itu
dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih efisien.. Menjelang akhir tahun 1780an,
syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih baik untuk
pasaran domestik dan antarabangsa.
7. Penggunaan
sumber-sumber modal secara pesat
§ Sebelum
teknologi baru diperkenalkan, peralatan bagi aktiviti pengeluaran dikendalikan
dengan menggunakan tenaga manusia, haiwan atau air. Contohnya, sebelum enjin
berkuasa wap digunakan untuk memacu bot, tenaga manusia digunakan untuk
mendayungnya. Di darat pula, tenaga kuda digunakan untuk menarik gerabak.
Keupayaan terhad tenaga manusia dan binatang akan mengakibatkan sesuatu kerja
atau tugas tidak dapat dijalankan secara berterusan. Apabila mesin berkuasa wap
digunakan untuk memacu kenderaan sama ada di perairan atau didaratan, masalah
ketidakupayaan ini dapat diatasi.
§ Penggunaan
mesin oleh pengusaha-pengusaha ini menyebabkan barangan daat dikeluarkan dalam
kuantiti yang banyak. Dengan itu, kos pengeluaran setiap barangan menjadi
murah.
Penutup
§ Perkembangan
industri di England dan Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.
§ Meninggalkan
pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.
Soalan 21: Huraikan
faktor-faktor perkembangan masyarakat industri di England
Pendahuluan
§ Masyarakat
industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang perindustrian.
masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran. Masyarakat industri merupakan masyarakat yang
terlibat dalam pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan
mesin.
§
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan pengusaha industri dan pekerjan.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18.masyarakat industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri. Masyarakat ini terdiri daripada 2 golongan iaitu golongan pengusaha industri dan pekerjan.
Isi-isi Penting:
1.
Faktor
pertambahan penduduk.
§ hal ini
menyebabkan bekalan tenaga buruh di England bertambah dan mencukupi.oleh itu,
pasaran bagi barangan keluaran kilang perindustrian meningkat. peningkatan
penduduk di tanah jajahan menyediakan pasaran yang luas bagi barangan yang
dikeluarkan oleh kilang di England.
2.
Faktor
kekayaan bahan mentah.
§ Terdapat
bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih besi di
England.England muncul sebagai pengeluar terbesar keluli dan mendahului
Negara-negara lain dalam pengeluaran arang batu.
§ Penguasaan
tanah-tanah jajahan di asia dan afrika juga turut menjamin bekalan bahan mentah
yang mencukupi untuk kilang-kilang perindustrian di England.
3.
Perkembangan
merkantilisme di England
§ juga turut
menyumbang kepada peningkatan dalam revolusi perindustrian. perkembangan
merkantilisme menyediakan kekayaan dan modal untuk mempelopori revolusi
perindustrian.
§ sistem
merkantilisme menekankan pemberian latihan kemahiran untuk pekerja-pekerja
menerusi dasar apprentice.dasar ini juga menyediakan ramai tenaga buruh mahir
yang terlatih dan mudah diserapkan dalam mana-mana industri.
4.
Faktor
revolusi pertanian.
§ Revolusi
pertanian menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian. peninkatan
dalam hasil pertanian disebabkan oleh sistem pemagaran tanah yang diperkenalkan
semasa revolusi pertanian.
§ Perkembangan
ini menyebabkan bekalan makanan bagi penduduk semakin mencukupi.hal ini
menyebabkan England tidak perlu mengimport makanan dari luar Negara.dana
lebihan hasil pertanian dilaburkan dalam bidang perindustrian.
5.
Faktor
keadaan iklim
§ Di England turut membantu
perkembangan dalam bidang perindustrian. selain itu, perkembangan perusahaan
kapas di Lancashire di sebabkan oleh keadaan iklim yang sesuai di England. iklim
lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-kain kapas.
§ Anak-anak
sungai di sekeliling Yorkshire menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk
membasuh , meluntur, dan mencelup bulu yang digunakan dalam industri tekstil.
6.
Faktor
kelemahan Negara-negara lain.
§ revolusi
perindustrian di England muncul kerana kelemahan Negara-negara lain contohnya
Negara Jerman dan perancis.negara Jerman tidak dapat bersaing dengan England
dalam sector perindustrian adalah kerana kongkongan adat, kemajuan ekonomi yang
tidak menyeluruh, cukai tinggi, dan sekatan yang dikenakan terhadap bidang
perindustrian.
§ selain itu,
Negara perancis ketinggalan dalam bidang perindustrian adalah kerana penekanan
dalam bidang ketenteraan, sistem politik yang bersifat autokrasi, percubaan
kerajaan untuk mengawal industri, dan cukai yang tinggi dikenakan terhap
pengusaha industri.perkembangan ini memudahkan England menguasai perindustrian.
7.
Faktor
kemajuan sains dan teknologi
§ Kemajuan
sains dan teknologi juga menyumbang kepada peningkatan perindustrian di
England. perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebebkan
beberapa rekaan dan ciptaan ditemui.
§ Oleh itu,
penciptaan mesin baharu menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di
England. Tambahan pula, para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan
mereka bagi orang lain meniru hasil sesuatu ciptaan.perkembangan ini
menggalakkan orang ramai untuk mencipta mesin baharu bagi kegunaan
perindustrian.
Penutup:
§ Revolusi
perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara
perindustrian.Revolusi perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa
jentera,pengumpulan modal yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan
penambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri
daripada pemilik kilang, saudagar, dan
peniaga,.
Soalan 22: Bincangkan
Kesan-kesan revolusi perindustrian di England
Pengenalan
§ Revolusi
perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu
ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap
pertama berlaku di England pada tahun (1760 – 1860). Manakala tahap kedua pula
revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika
Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun (1860 – 1914). Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan
England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian
serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan
pertambahan penduduk yang tinggi.
§ Revolusi
perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam bidang ekonomi. Antara kesan Revolusi Perindustrian dalam
bidang ekonomi ialah kemajuan dalam pertanian, perkembangan dalam industri
tekstil, kemunculan bandar perusahaan, perdagangan, kemajuan dalam pengangkutan
serta perkembangan dalam industri batu, besi, dan keluli.
Isi-isi Penting:
Kesan Ekonomi
1. Kemajuan Dalam
Pertanian
§ Revolusi
Perindustrian telah menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah
perjanjian. Sistem Pemagaran Tanah
Pertanian diperkenalkan menggantikan Sistem Tanah Terbuka. Melalui Akta Pemagaran Tanah banyak tanah
awam dijadikan tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshed. Dalam sistem penggiliran tanaman, tanah rang
tidak wujud. Sebaliknya tanah rang
ditanam dengan tanaman rumput untuk mengekalkan kandungan nitrogen di dalam
tanah.
§ Sistem
pengurusan ladang yang teratur dan sistematik diperkenalkan oleh Coke of
Holkham. Beliau member sumbangan dalam
kaedah menebus guna tanah pertanian.
Beliau memperkenalkan tanaman akar seperti lobak putih, parnsnip,
Swedes, dan mangolds. Robert Bakewell memperkenalkan kaedah baharu dalam
penternakan biri-biri dan lembu. Beliau
mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan menghasilkan baka biri-biri
yang terbaik.
§ Petani juga
mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan
penternakan. Petani juga terlibat dalam menanam rumput dalam kawasan pertanian
yang sama. Penglibatan dalam aktiviti pertanian dan penternakan menambahkan
pendapatan petani. Kemajuan dalam pertanian menyebabkan pelbagai kaedah baharu
diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali dan penabur
benih. Alat ini digunakan untuk menggali lubang dan menabur benih pada jarak
tertentu. Kaedah ini juga memudahkan
petani kerja menggemburkan dan membersihkan tanah pertanian.
2. Perkembangan Dalam
Industri Tekstil
§ Revolusi
Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam industri tekstil.
Penemuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil berkembang dengan pesat.
Penciptaan mesin ini telah meningkatkan pengeluaran kain kapas di England. John Kay, James Hargreaves, Edmund Cartwight,
Sir Richard Arkwight, dan Samuel Crompton merupakan tokoh yang mencipta mesin
dalam industri tekstil.
3. Kemunculan Bandar
Perusahaan
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke bandar untuk bekerja di
kilang. Perkembangan ini menyebabkan
muncul bandar perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk
bandar di England adalah seperti sistem perparitan, sistem kumbahan, peredaran
udara dan sistem bekalan air.
4. Perdagangan
§ Revolusi
Perindustrian juga menyebabkan perdagangan antarabangsa berkembang dengan
pesat. Perdagangan antarabangsa menyebabkan negara industri menghasilkan
pengeluaran secara besar-besaran. Bagi
meningkatkan perdagangan antarabangsa, England melaksanakan dasar perdagangan
bebas sepenuhnya dalam sektor perindustrian dan pertanian.
5. Kemajuan Dalam Bidang Pengangkutan
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem pengangkutan. Sistem
pengangkutan yang baik disediakan bagi memudahkan pergerakan barangan dan
pemasaran. Antara tokoh yang memberikan
sumbangan dalam pembinaan jalan raya ialah John Metcalf, Thomas Telford, dan
John McAdam. Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik gerabak pada
tahun 1801. Lokomotif berkuasa wap direka oleh George Stephenson pada tahun 1825.
Pada tahun 1761, James Bridley telah membina Terusan Worsley untuk mengangkut
arang batu ke bandar perusahaan Manchester.
6. Perkembangan Industri Arang Batu, Besi, Dan Keluli
§ Revolusi
Peridustrian menyebabkan permintaan untuk besi dan keluli meningkat.
Perkenbangan ini menyebabkan permintaan untuk bekalan arang batu turut
meningkat. Menjelang tahun 1860, England mengungguli negara lain dalam
pengeluaran arang batu. Abraham Darby the Elder, Abraham Darby the Younger,
Henry Cort, Benjamin Hunstmen, Sir William Siemens, dan Sir Henry Bessemer
merupakan tokoh dalam penghasilan bijih besi dan keluli.
Kesan Sosial
1.Pertambahan Penduduk
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di England. Antara tahun 1800 dan 1850, bilangan penduduk
di England meningkat dua kali ganda. Antara faktor yang menyebabkan pertambahan
penduduk adalah seperti peningkatan taraf hidup, kemajuan dalam kesihatan,
pengurangan kadar kematian, penghijrahan penduduk, dan migrasi penduduk.
§ Pertambahan
penduduk menyebabkan berlaku penghijrahan penduduk ke luar negara seperti India,
Australia, dan China.
2. Perubahan Gaya Hidup
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup masyarakat. Revolusi ini
menyebabkan ramai golongan muda berhijrah ke bandar untuk mencari peluang
pekerjaan. Suasana kehidupan di bandar telah menyebabkan ikatan kekeluargaan
mula merosot.
§ Dalam pada
itu, kejayaan seseorang individu ditentukan oleh bakat dan kekayaan yang
dimilikinya. Dalam konteks ini, status keturunan tidak menentukan kejayaan
seseorang.
3. Kemunculan Golongan Kelas Menengah
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan muncul golongan kelas menengah yang mempunyai kuasa
politik. Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen.
Golongan ini menuntut hak-hak ekonomi serta hak golongan pekerja dalam
parlimen. Antara tokoh yang
memperjuangkan hak golongan pekerja di Parlimen England ialah David
Ricardo. Pada abad ke-18, ramai anggota
parlimen England terdiri daripada golongan kelas menengah.
4. Kemunculan Golongan Proletariat
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan muncul kelas pekerja yang dikenali sebagai golongan
proletariat. Mereka terdiri daripada
pekerja yang bekerja di kilang-kilang perindustrian. Golongan pekerja
melancarkan gerakan yang dikenali sebagai Gerakan Luddite bagi membantah
penggunaan jentera di kilang-kilang.
5. Kepupusan Industri Kecil
§ Revolusi
Perindustrian menyebabkan ramai pekerja meninggalkan kampong halaman mereka
untuk bekerja di kilang perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan industri
kecil yang dijalankan di kawasan luar bandar terjejas.
6. Kesesakan Di Bandar Perindustrian
§ Antara
bandar perindustrian yang mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool,
Leeds, dan Lyons. Kesesakan yang berlaku
di bandar perindustrian menyebabkan timbul masalah perumahan, kesihatan, dan
sanitasi. Persekitaran yang kotor
menyebabkan penduduk terdedah kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun,
dan batuk kering.
7. Pengkhususan Kerja Dan Pengeluaran Besar-Besaran
§ Menyebabkan
berlaku pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran secara besar-besaran.
§ Pengkhususan
kerja telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.
8. Ekspoiltasi Terhadap Pekerja Wanita Dan Kanak-Kanak
§ Kaum wanita
dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerjadi kilang dan lombong arang batu.
Ekspoiltasi terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak berlaku kerana tiada
batasan had masa kerja. Umpamanya buruh
kanak-kanak dipaksa bekerja di kilang selama 13 hingga 15 jam sehari. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta
Kilang yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
selama lapan jam sehari.
§ Pada tahun
1842, Parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang kanak-kanak dan wanita
bekerja di lombong arang batu. Pada tahun 1847, Akta Sepuluh Jam yang
mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri tekstil selama 10 jam
sehari diperkenalkan.
Penutup
§ Revolusi
perindustrian menyebabkan England berubah daripada Negara agraria kepada Negara
perindustrian.
§ Revolusi
perindustrian juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, pengumpulan modal
yang meningkatkan pemesatan ekonomi di England dan penambahan bilangan kelas
pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang,
saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doctor, peguam, dan jurutera.
Soalan
23: Bincangkan kesan-kesan ekonomi ke atas Revolusi Perindustrian di England.
Pendahuluan
§ Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang
terlibat dalam bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan menerusi
pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam pengeluaran barang
serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
§ Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus
Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat ini terdiri
daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Revolusi
perindustrian yang berlaku di England telah mendatangkan pelbagai kesan dalam
bidang ekonomi.
Isi-isi
Penting:
1. Kemajuan
dalam pertanian.
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan berlaku kemajuan yang
pesat dalam teknologi pertanian. Berlaku perubahan dalam sistem pemilikan tanah
pertanian. Sistem Pemagaran Tanah Pertanian diperkenalkan dan telah menjadikan
tanah awam menjadi tanah ladang yang lebih luas. Sistem tanaman bergilir
diperkenalkan oleh Lord Townshend.
§ Sistem pengurusan ladang yang teratur dan sistematik
serta sistem pemajakan jangka panjang diperkenalkan oleh Coke Holkham. Beliau
menyumbang dalam kaedah menebus guna tanah pertanian. Robert Bakewell
memperkenalkan kaedah baharu dalam perternakan lembu dan biri-biri. Penggunaan baja
tiruan diperkenalkan hasil daripada kemajuan dalam bidang sains. Petani juga
mengamalkan sistem pertanian campuran yang melibatkan aktiviti pertanian dan
perternakan. Kemajuan dalam bidang pertanian menyebabkan pelbagai kaedah
pertanian baharu diperkenalkan. Jethro Tull telah memperkenalkan alat penggali
dan penabur benih.
2. Perkembangan
dalam industri tekstil.
§ Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan
dalam industri tekstil. Kemajuan mesin baharu menyebabkan industri tekstil
berkembang dengan cepat. John Kay mencipta mesin penenun yang dikenali sebagai
Flying Shuttle pada tahun 1733. James Hargreaves mencipta mesin pemintal benang
yang dikenali sebagai Spinning Jenny pada tahun 1765.
§ Edmund Cartwight mencipta mesin menenun kain yang menggunakan
kuasa air. Sir Richard Arkwright mencipta mesin pemintal benang yang dikenali
sebagai Water Frame yang menggunakan kuasa wap pada tahun 1769. Samuel Crompton
mencipta mesin pemintal yang dikenali sebagai Mule yang dapat mempertingkatkan
pengeluaran tekstil sehingga sepuluh kali ganda.Penciptaan mesin ini telah
meningkatkan pengeluaran kain kapas di England. Perkembangan ini menyebabkan
ramai penduduk di England mencari pekerjaan di kilang-kilang.
3. Kemunculan
bandar perusahaan.
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan penduduk berhijrah ke
bandar untuk bekerja di kilang. Perkembangan ini menyebabkan muncul bandar
perusahaan seperti Manchester dan Birmingham. Pertambahan penduduk di kawasan
bandar perusahaan menyebabkan keadaan hidup menjadi teruk. Antara masalah yang
dihadapi oleh penduduk bandar di England adalah seperti sistem perparitan,
sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan air yang tidak baik.
§ Revolusi Perindustrian juga menyebabkan perdagangan
antarabangsa berkembang dengan pesat. Pedagangan antara bangsa tidak terhad
kepada komoditi, malah melibatkan pengeluaran barang industri secara
besar-besaran. Kerajaan England melaksanakan dasar perdagangan bebas sepenuhnya
dalam sektor perindustrian dan pertanian dan memansuhkan tarif import
bahan-bahan mentah bagi meningkatkan perdagangan antarabangsa dan meluaskan
pasaran.
4. Kemajuan
dalam bidang pengangkutan.
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan kemajuan dalam sistem
pengangkutan memudahkan pergerakan barangan dan pemasaran. John Metcalf
memperbaiki sistem saliran di jalan raya. Thomas Telford membina jalan raya
dalam dua lapisan. John McAdam membina jalan raya dengan menggunakan batu
hancur dan jalan raya tar. Kemajuan ini menyebabkan penggunaan kereta kuda dan
kereta sorong meningkat.
§ Richard Trevithick mencipta lokomotif untuk menarik
gerabak pada tahun 1801. George Stephenson mereka lokomotif berkuasa wap pada
tahun 1825. Kereta api pertama di Britain beroperasi antara manchester dengan
Liverpool pada tahun 1829. Sistem pengangkutan laut berkembang ekoran daripada
kemajuan dalam teknologi pembinaan kapal. James Bridley membina Terusan Worsley
untuk mengangkut batu ke bandar perusahaan Manchester.
5. Perkembangan
industri arang batu, besi dan keluli.
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan permintaan untuk arang
batu, besi dan keluli meningkat. Arang batu diperlukan dalam kuantiti yang
banyak untuk melebur bijih besi. Arang batu terdapat dalam kuantiti yang besar
di New Castle dan Wales. Kemajuan yang pesat dalam industri besi, keluli dan
arang batu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri di England.
§ Abraham Darby the Elder memajukan kaedah melebur besi
dengan bahan bakar daripada arang batu yang dipanggil Coke pada tahun 1712.
Abraham Darby the Younger memperbaiki hasil ciptaan ayahnya dengan menggunakan
relau bagas pada pertengahan abad ke-18. Henry Cort menemui kaedah menghasilkan
besi yang lebih kuat.
§ Benjamin Hunstmen menghasilkan keluli yang berkualiti
tinggi. Sir William Siemens menemui kaedah yang lebih baik dalam penghasilan
keluli pada tahun 1865 dan Sir Henry Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa
yang diperlukan untuk menghasilkan keluli daripada bijih besi.
Kesimpulannya:
§ perkembangan Revolusi Perindustrian telah memberikan
kesan yang sangat mendalam kepada negara England dalam bidang ekonomi.
Perkembangan ini sekaligus meningkatkan kemajuan negara England dalam bidang
ekonomi.
Soalan
24 :Bincangkan kesan-kesan sosial ke atas revolusi perindustrian di England
Pendahuluan :
§ Pengertian masyarakat industri ialah masyarakat yang
terlibat dalam pengeluaran barang serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Masyarakat ini mengamalkan pembahagian kerja dan bergantung kepada pengeluaran
secara besar-besaran. Terdapat dua golongan dalam masyarakat ini, iaitu
pengusaha industri dan pekerja industri.
§ Kemunculan masyarakat industri bermula selepas
tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Seorang tokoh, berbangsa Scott mengemukakan
konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Istilah ‘masyarakat
industri’ diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosiali Perancis.
Isi-isi
penting :
1. Pertambahan penduduk
§ Pertambahan penduduk meningkat dua kali ganda, sekitar
tahun 1800 dam 1850. Pada tahun 1800, bilangan penduduk di England bejumlah 11
juta dan meningkat kepada 21 juta orang pada tahun 1850.
§ Antara faktor yang menyebabkan berlaku pertambahan
penduduk ialah: Peningkatan taraf hidup penduduk, Kemajuan dalam kesihatan, Pengurangan
kadar kematian di dalam dan luar Negara, Penghijrahan penduduk dari luar Bandar
ke Bandar dan Migrasi penduduk dari Ireland. Pertambahan penduduk menyebabkan
berlakunya penghijrahan penduduk keluar ke negara seperti India, Australia dan China.
2. Perubahan
gaya hidup
§ Revolusi perindustrian mnyebabkan ramai golongan muda
berhijrah ke Bandar untuk mencari peluang pekerjaan.
§ Suasana kehidupan di Bandar telah menyebabkan ikatan
kekeluargaan mula merosot dan menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti
jenayah dan pelacuran. Dalam pada itu, kejayaan seseorang individu ditentukan
oleh bakat dan kekayaan yang dimilikinya. Status keturunan tidak menentukan
kejayaan.
3. Kemunculan
golongan kelas menengah
§ Golongan ini berjuang untuk mendapatkan perwakilan di
parlimen bagi menyuarakan hak dan kepentingan mereka. Mereka menuntut hak-hak
ekonomi serta golongan pekerja dalam parlimen. Antara tokoh yang terlibat untuk
memperjuangkan hak pekerja dalam parlimen England ialah David Ricardo. Pada
abad ke-18 ramai anggota parlimen England terdiri daripada golongan kelas
menengah.
§ Mereka berjaya mempertahankan hak mereka dengan
meluluskan akta-akta bagi menjaga kepentingan politik dan ekonomi mereka. Antara
akta yang diluluskan oleh parlimen British bagi mempertahankan golongan
menengah adalah: Pada tahun 1813 -
Pemansuhan monopoli Syarikat HIndia Timur dan 1814 – Pemansuhan Akta
Perantis.
4. Kemunculan
golongan proletariat
§ Revolusi perindustrian menyebabkan kemunculan kelas
pekerja yang dikenali sebagai golongan proletariat. Golongan ini terdiri
daripada pekrja yang berkerja di kilang-kilang perindustrian. Mereka terlibat
dalam pekerjaan memintal, menenun atau bekerja di kawasan lombong.
§ Pengenalan jentera berkuasa wap telah menyebabkan ramai
pekerja di Britain kehilangan pekrjaan dan belaku masalah pengangguran. Gerakan
luddite dilancarkan bagi membantah penggunaan jentera di kilang.
5. Kepupusan
industri kecil :
§ Revolusi perindustrian menyebabkan ramai pekerja
meninggalkan kampong halaman untuk bekerja di kilang perindustrian.
§ Perkembangan ini menjejaskan industri keil dijalankan di
kawasan luar Bandar terjejas.
6. Kesesakan
dibandar perindustrian
§ Penghijrahan penduduk dari kawasan luar Bandar
menyebabkan berlaku kesesakan dibandar perindustrian. Antara Bandar yang
mengalami kesesakan ialah Manchester, Liverpool, Leeds, dan Lyons. Kesesakan
ini menyebabkan timbul masalah peumahan, kesihatan dan sanitasi.
§ Persekitaran yang kotor menyebabkan penduduk terdedah
kepada penyakit berjangkit seperti kolera, taun dan batuk kering kerana Bandar
yang sesak tidak mempunyai sistem kumbahan, peredaran udara dan sistem bekalan
air yang baik.
7. Pengkhususan
kerja dan pengeluaran besar-besaran
§ Revolusi perindustrian menyebabkan berlskunys
pengkhususan kerja dan pengeluaran secara besar-besaran. Pengkhususan kerja
telah mengurangkan kos operasi pengeluaran dan meningkatkan pengeluaran.
8. Eksploitasi
terhadap pekerja wanita dan kanak-kanak
§ Kaum wanita dan kanak-kanak sering diambil untuk bekerja
di kilang dan lombong arang batu. Kemalangan sering berlaku yang melibatkan
wanita dan kanak-kanak. Pekerja wanita dan kanak-kanak dipaksa bekerja berjam-jam
dengan pendapatan yang rendah. Eksploitasi ini berlaku kerana tiada batasan had
masa bekerja. Umpamanya buruh kanak-kanak dipaksa bekerja dikilang selama 13
hingga 15 jam sehari.
§ Penindasan ini menyebabkan kerajaan mengambil langkah
untuk membela nasib mereka. Pada tahun 1833, kerajaan meluluskan Akta kilang
yang mengehadkan masa bekerja bagi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun selama 8
jam sehari. Pada tahun 1842, parlimen meluluskan Akta Lombong yang melarang
kanak-kanak perempuan dan wanita bekerja do lombong arang batu. Pada tahun
1847, Akta Sepuluh Jam yang mengehadkan masa bekerja bagi wanita dalam industri
tekstil selama 10 jam sehari diperkenalkan.
Penutup
:
§ Revolusi perindutrian yang tercetus di England pada abad
ke-18 dan abad ke-19 telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap
Negara Eropah. Revolusi ini telah melahirkan masyarakat yang dikenali sebagai
masyarakat industri. Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang
bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber kehidupan mereka.
Masyarakat industri mempunyai kedudukan sosial yang menarik dalam sebuah
masyarakat. Masyarakat ini tinggal di kawasan Bandar dan terlibat secara
langsung dalam sektor perindustrian.
§ Masyarakat ini juga terdiri daripada golongan proletariat
(kelas pekerja) dan pengusaha kilang-kilang. Kemunculan masyarakat industri
menybabkan muncul pertubuhan dan pergerakan yang memperjuangkan hak dan nasib
golongan pekerja yang tertindas. Perkembangan ini menyebabkan perubahan dalam
sistem sosial di negar Eropah.
Soalan 25: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas
keadaan pekerja kilang di England.
Pendahuluan
§ Revolusi perindustrian memperlihatkan perubahan yang
belaku di Britain dan negara perindustrian. Perubahan ini menyebabkan
pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
§ Kemunculan masyarakat industri bermula selepas
tercetusnya revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Seorang tokoh, berbangsa Scott mengemukakan
konsep ‘masyarakat komersial’ dalam penulisan beliau. Istilah ‘masyarakat
industri’ diperkenalkan oleh Saint-Simon yang merupakan tokoh sosialis Perancis
menerangkan tentang beberapa kesan revolusi ke atas keadaan pekerja
kilang-kilang di England.
Isi-isi Penting:
1.
Perkembangan drastik dalam perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan. Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunya tempoh masa kerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja setiap minggu.Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup hidup sahaja.
Perkembangan drastik dalam perindustrian telah menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan. Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunya tempoh masa kerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja setiap minggu.Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup hidup sahaja.
2. Semua
kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita antaranya kilang besi, kilang
kulit kawasan perlombongan dan pembinaan. dianggarkan pada tahun 1840an, 6000 pekerja wanita telah
bekerja di lombong-lombong. Buruh kanak-kanak di ambil bekerja di kilang dan
lombong arang batu dan bekerja selama empat belas jam sehari. kanak-kanak
bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.mereka terpaksa menarik da
menolak kereta sorong di dalam lombong arang batu.kanak-kanak yang bekerja
dalam sektor perkilangan pula menghadapi risiko kehilangan jari.
3. Pekerja
kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan dipaksa bekerja
mengikut kelancaran mesin.
Jika ke tandas atau berehat pekerja akan didenda. Keadaan ini menyebabkan
pekerja keletihan dan mengakibatkan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam
mesin.
4. Tempat
tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang. Rumah pekerja hanya dibina sederet, tiada tandas dan
tiada bekalan air etapi dikenakan sewa yang tinggi. keadaan tempat tinggal yang
padat dan tidak menjaga kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda
seperti taun dan batuk kering.
5. Tekanan
yang dialami oleh pekerja menyebabkan mereka mengambil beberapa tindakan untuk
menentang penindasan.
Antaranya penganggur telah meminta kerajaan menyekat penggunaan mesin namun
ditolak oleh Parlimen. Para pekerja membuat rusuhan antara yang terkenal ialah
rusuhan Luddite yang dilakukan oleh pekerja-pekerja mahir dari bahagian
penenunan. Mereka berjaya kerana kerajaan berjaya memansuhkan Akta Kombinasi
1800 dan membenarkan pekerja menubuhkan kesatuan sekerja.
6.
Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak
di kilang untuk meninjau keadaaan kanak-kanak yang sedang bekerja. Penggubalan Akta kilang pada tahun 1833 iaitu masa
bekerja kanak-kanak dihadkan tidak lebih daripada 9 jam. Beberapa akta digubal
untuk menjamin nasib pekerja kilang. Akta tersebut ialah Akta Lombong 1842 yang
melarang kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu. Akta
sepuluh jam 1847 yang menghadkan masa bekerja bagi wanita dalam perusahaan
tekstil ialah 10 jam.
Penutup
·
Perkembangan
industri di England kepada perkembangan masyarakat meninggalkan pelbagai kesan
sosial dan ekonomi kepada masyarakat.
1.4.2 Masyarakat Industri di Jerman
Soalan 26: Faktor-faktor
perkembangan masyarakat industri di Jerman
Pendahuluan:
§ Masyarakat
industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di
England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem
pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi
menjana pertumbuhan ekonomi.
§ Pertambahan
penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti
di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin
ramai telah membawa pertambahan dalam
peluang pekerjaan di kawasan industri. Longgokan sumber bahan mentah yang
banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti
arang batu, bijih besi, dan bijih timah
di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.Antara ialah faktor perkembangan
masyarakat industri di Jerman.
Isi-isi Penting:
1. Antara faktor perkembangan masyarakat
industri di Jerman ialah revolusi perindustrian ini menyaksikan perubahan
penggunaan sumber tenaga manusia kepada penggunaan mesin. Revolusi
perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah,iaitu selepas
revolusi perindustrian di England.Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860-an
hingga tahun 1914.Revolusi tersebut meninggal kesan mendalam di Jerman yang
merangkumi aspek politik,ekonomi,dan sosial.
2. Seterusnya, revolusi perindustrian di Jerman
berkembang apabila kerajaan Jerman memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan
kemudahan infrustruktur. antaranya ialah pembinaan jalan
raya,terusan,dan jalan kereta api.Selain itu,kerajaan Jerman juga memberi
perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf. Kerajaan Jerman juga
memperkenalkan beberapa undang-undang yang memesatkan perkembangan ekonomi di Jerman
pada abad ke-18. Misalnya,pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.
3. Selain itu, pertambahan penduduk membolehkan
penawaran buruh yang murah dalam sektor perkilangan. Pada abad ke-19,jumlah
penduduk Jerman meningkat daripada 23 juta orang kepada 56 juta
orang.Pertambahan penduduk Jerman ini memperlihatkan bahawa satu pertiga
daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun.Kesannya
membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak tinggi dalam pasaran perindustrian.
4. Tambahan pula, pertumbuhan perindustrian
turut digalakkan dengan pertambahan penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke
bandar-bandar utama di Jerman. Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di
kawansan Ruhr, Saxony, Silesia, dan
Berlin.Penduduk di kawasan ini bertambah sekali ganda dan membawa pertambahan
dalam peluang pekerjaan.
5. Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah
turut menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman. Sumber
bahan mentah yang ada ialah arang batu,bijih besi,bijih timah di Ruhr,Lorraine dan
Silesia pada tahun 1870.kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada
peningkatan pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0 juta tan kepada
15.5 juta tan.Jerman juga terkenal dalam industri tekstil.Industri ini telah
berkembang sejak tahun 1870 di Saxony, barat Bavaria, Wurttemberg ,dan
Rhineland.
Kesimpulannya,
§ perkembangan
masyarakat industri di Jerman dan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Jerman
menyebabkan Jerman mempertingkatkan kemajuan dalam pelbagai bidang.
Soalan 27: Terangkan ciri-ciri
masyarakat industri di Jerman pada abad ke 18 hingga ke 19
Pendahuluan
§ Masyarakat industri mengalami ledakan dunia Eropah dalam
kekayaan kebendaan kesan kemunculan baharu dalam perindustrian, sumber kuasa, dan
pengeluaran .
Isi-isi penting
1.
Kemajuan dalam teknik
penyelidikan
§ Jerman menghasilkan perbagai
ciptaan baru yang membantu kelahiran industri berskala besar.Syarikat kimia dan
elektrik Jerman memonopoli penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang lengkap
dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih daripada universiiti.
§ Beberapa perbadanan Jerman telah
member sumbangan besar mencipta teknik baru dengan menjalinkan teknik
penyelidikan saintifik dengan amalan kerja biasa di kilang. Menjelang akhir
abad 19, industri kimia dan elektrik Jerman telah memimpin dunia.
2.
Kemajuan kewangan
§ Kerajaan Jerman mengawal pasaran
bebas. Perkembangan sistem perbankan di Jerman
menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. 1840an,
Bank of Prusia berfungsi sebagai joint
stock dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan kapital. Bantuan modal
mempercepatkan perkembangan industri di
jerman pada tahun 1870an. Hal ini
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, keluli, kapas dan
kain bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat dan laut.
§ Pada tahun 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan
perbankan sebagai joint stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.
Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D
Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri
daripada Disconto of Stuttgard (1851),
Deutsche Bank (1870) dan Dresdender Bank (1872). Kemunculan
kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18,
menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas
dan kain bulu, serta sisitem pengangkutan darat dan laut.
§ Jerman menyelaraskan tariff dan cukai kereta api tertentu
bagi tujuan pertahanan.
3.
Perluasan perdagangan antarabangsa
§ Pada tahun 1870-an, berlaku perkembangan pembangunan
perindustrian di Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masaah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak
sumber bahan mentah.Perindustrian di Jerman berkembang kepada 243.8% dari tahun
1887 hingga tahun 1912.
§ Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman
berjaa mengambil alih bahagian Barat daya Afrika, Togonland, dan Cameron. Seterusnya
Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur. Perluasan empayar dilakukan untuk
meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan
Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian Kepulauan
Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan
hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina
pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
4.
Kejuruteraan manusia
§ Bidang perdagangan di Jerman dan
sekolah-sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-kerja spesifik dan lebih
efektif.
§ Lahir satu kumpulan elit
pengurusan yang penuh disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit de
corps’.
5.
Kemajuan sistem pengangkutan
§ Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat pada tahun 1870 hasil
pembangunan industri besi dan keluli.
Firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama keretapi di Jerman.
Kerajaan juga menyediakan kadar
perkhidmatan kereta api yang murah untuk menghantar besi Jerman ke
negara-negara Eropah lain.
§ Kemajuan ini membolehkan Jerman
mula mengeksport besi dan keluli ke lain-lain Negara Eropah. Pada 1913, eksport
besi dan keluli Jerman bernilai 100 juta
pound sterling.
6.
Peluasan perdagangan antarabangsa
§ Perkembangan pembangunan
perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan sumber bahan
mentah.
§ Perindustrian di Jerman telah
berkembang kepada 243.8 peratus dari
tahun 1887 -1912.
7.
Dasar kerajaan Jerman
§ Pada 1879, Jerman menamatkan
dasar perdagangan bebas dan mengamalkan dasar melindungi industri. Hal ini
membantu dalam menambahkan hasil pengeluaran Jerman antara tahun 187-1910.
Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insuran sosial pada 1883 bagi
memastikan para pekerja mendapat perlindungan. Pada tahun 1884, Reichstag meluluskan Undang-undang
Insurans Kemalangan. Memanipulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah
untuk mengawal pemikiran rakyatnya.
§ Menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal yang
menghasilkan ramai tenaga mahir dan diiktiraf oleh Negara lain. Undang-undang
insuran sosial dikuatkuasakan pada tahun 1883 untuk menjaga kebajikan pekerja
jika ditimpa kemalangan semasa bertugas. Banyak pusat kesihatan didirikan di
daerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh
satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.
Penutup
§ Perkembangan industri di Jerman membawa kepada
perkembangan masyarakat industri.
§ Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada
masyarakat.
Soalan 28 : Bincangkan kesan-kesan revolusi perindustrian di Jerman
Pendahuluan
§ Revolusi Perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman.
Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi
kapital industri. Antara teknologi yang digunakan dalam tahap kedua ialah
berasaskan pelbagai bahan, sumber dan bentuk.
§ Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia dan petroleum
di zaman ini. Menjelang abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta
teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang dan besi.
Isi-isi Penting:
Kesan ekonomi
Kemajuan Teknologi
§ Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan
dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah
seperti berikut: Tenaga elektrik
digunakan untuk membekalkan caaya dan mengendalikan jentera, Petroleum
menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin dan Keluli menggantikan besi
sebagai galian utama.
§ Selain daripada itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan
berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan. Kilang membina makmal penyelidikan
dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu. Saintis yang
terlatih dan berpengalaman direkrut untuk menghasilkan barangan baharu. Sebagai
contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran
keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya
terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik. Menjelang tahun 1913, Jerman
muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia. Di
samping itu, kajian tentang permintaan pasaran dijalankan bagi menghasilkan
produk yang sesuai dengan kehendak pasaran.
Kemajuan Penyelidikan
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan
dijalankan dengan giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada
penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan
bahan letupan.
§ Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan
membunuh serangga perosak juga dihasilkan.
Pengeluaran Besar- Besaran
§ Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara
besar-besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah
jam tangan, mesin basuh, basikal dan kereta.
§ Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku
peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai
kemampuan membeli barangan yang dihasilkan secara besar-besaran.
Imperialisme Baharu
§ Revolusi perindustrian menyebabkan muncul persaingan
dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan
ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh
di Asia dan Afrika.
§ Perkembangan ini menyebabkan lahir satu fenomena yang
dikenali sebagai imperialisme baharu. Imperialisme baharu menyebabkan negara
industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China. Negara-negara
industri menggunakan teknologi untuk menghasilkan senjata untuk menguasai
negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara industri
yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.
Peningkatan Peranan Kerajaan.
§ Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan
sektor ini memerlukan sokongan kerajaan. Kerajaan mengenakan cukai yang tinggi
bagi barangan import. Tujuannya supaya barangan tersebut tidak bersaing dengan
barangan tempatan.
§ Kerajaan menggubal undang-undang untuk mengawal
perniagaan dan buruh, Menyediakan
pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan professional dan Pasaran
baharu dibuka bagi menjamin pembekalan bahan mentah dan bahan api.
Perluasan perdagangan antarabangsa
§ Bismark mendapat tekanan daripada Liga Koloni Jerman,
iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan yang terdiri
daripada ahli perniagaan dan penjelajah Jerman. Pertubuhan tersebut menekan
Bismark supaya meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan
meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman. Desakan perluasan jajahan
menyebabkan Jerman memeteraikan perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada
tahun 1884. Pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil alih bahagian barat
daya Afrika, Togolang, dan Cameron serta menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
§ Jerman memluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan
tanah jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea dan
pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan
hubungasn perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan
pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
Kemajuan sistem kewangan
§ Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan
pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Sistem perbankan di Jerman
dikawal oleh D Bank, iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman. Tugas
D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan penggabungan perniagaan di Jerman. Di Bank turut
menggalakkan hubungan Jerman dengan Negara-negara luar serta aktif di Timur
Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan
Timur Tengah.
§ Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada
kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad ke-18 kerana
mereka mendapat bantuan modal bank. Bantuan
modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah mempercepatkan
perkembangan perindustrian di Jerman pada tahun 1870. Seterusnya, penubuhan
kartel di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. Matlamat
penubuhan kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan.
kesan sosial
Dasar kerajaan Jerman
§ Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf sebagai
pengeluar tenaga mahir oleh Negara-negara lain. Bagi memastikan para pekerja
mendapat perlindungan, Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans
sosial yang dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsinya ialah menjaga kebajikan pekerja
semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan insurans kesihatan.
Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat kemalangan yang
membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Pada tahun 1884, parlimen (reichstag)
meluluskan undang-undang insurans kemalangan. Pembayaran bagi rawatan perubatan.
§ Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk
meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman. Mengawal pengurusan
perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank Jerman. Jerman juga terkenal dalam
bidang ketenteraan.
Kemelesetan Ekonomi
§ Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan
kilang-kilang menghentikan pengeluaran. Tambahan pula, kilang-kilang
perindustrian juga mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja.
§ Perkembangan ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi
dan pekerja-pekerja mengalami kesukaran hidup.
Kebajikan pekerja
§ Kerajaan telah mengambil langkah-langkah untuk menjaga
kebajikan golongan pekerja. Sebagai contoh, Bismarck telah memperkenalkan
Undang-undang Insurans Sosial pada tahun 1883. Undang-undang ini bertujuan
untuk menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu
bekerja.
§ Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah
diluluskan oleh Parlimen Jerman. Undang-undang ini membolehkan pekerja mendapat
rawatan perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan
kepada pekerja industri yang dihentikan kerja akibat penyakit.
Kemajuan sistem pengangkutan
§ Penggantian bahan dari besi kepada keluli telah
menyebabkan perkembangan pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan
jalan kereta api.
§ Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870 dan
firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta api di Jerman.
Penutup
§ Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan dua
jenis kesan terhadap negara tersebut. Kesan dari segi ekonomi dan sosial.
Antara kesan ekonomi yang dapat dilihat ialah pengeluaran besar-besaran,
kemajuan penyelidikan serta lahirnya kuasa imperialisme baharu. Dari segi sosial pula, kesan yang dapat
dilihat ialah kemelesetan ekonomi akibat pengeluaran yang berlebihan serta
kebajikan pekerja yang dijaga oleh kerajaan Jerman.
§ Kesan yang berlaku di Jerman membawa perubahan
perkembangan di Jerman dari semua aspek. Revolusi perindustrian di Jerman telah
menjadikan Jerman sebuah kerajaan yang maju.
Soalan 29: Huraikan kesan revolusi perindustrian ke atas
dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan di Jerman
Pendahuluan
§ Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan
pengeluaran tenaga mahir. Sekolah pertukangan dan teknikal Jerman diiktiraf
sebagai pengeluar tenaga mahir oleh Negara lain.
§ Terdapat beberapa kesan revolusi ke atas dasar kerajaan Jerman.
Isi-isi penting:
1.
Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan,
Bismarck telah memperkenalkan undang-undang insurans pada tahun 1883. Fungsi undang-undang insurans tersebut ialah menjaga
kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan sewaktu bertugas. Merupakan
insurans kesihatan. Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat
kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua. Banyak pusat kesihatan
didirikan di daerah-daerah dan kos
pembiayaan di tanggung stau pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga
daripada kalangan pekerja. Reichstag telah meluluskan
2.
Undang-undang Insurans Kemalangan pada tahun 1884, yang
meliputi pembayaran bagi rawatan perubatan. Pencen bagi pekerja industri yang berhenti kerja akibat
penyakit.Kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan.Skim ini seterusnya
diperluaskan kepada pekerja dalam bidang pertanian. Pelbagai usaha dilakukan
oleh pemerintah Jerman untuk meningkatkan perkembangan perindustrian dan
ekonomi Jerman.
3. Memanipulasi
pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran rakyatnya. Membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di
Reighstag pada tahun 1878. Kerajaan boleh menyekat kebebasan berpolitik di
daerah yang difikirkan ‘terancam’ serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan
dan pengedaran.
4. Mengawal
pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman. Kesemuanya di kawal oleh pengurusan professional yang
lebih kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran dan penghormatan
kenaikan pangkat dalam masyarakat perdagangan daripada kepentingan
individualistik dan kewangan. Kakitangan awam mentadbir jalan kereta api, lombong,
telegraf, dan perkhidmatan telefon di Jerman.
5.
Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan. Jerman di kenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan
senjata di Eropah. Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke
atas Perancis pada tahun 1870 hingga tahun 1871 menyebabkan semua Negara Eropah
tertumpu ke atas Prusia.
Penutup:
§ Kegagalan golongan
liberal memanfaatkan kesepakatan mereka
dengan Bismarck dalam kes tarif telah membawa perubahan besar dalam dasar
ekonomi pasaran bebas di Jerman. Bismarck
mengamalkan dasar ekonomi pasaran bebas walaupun tidak di sukai oleh
segolongan tuan tanah dan pengusaha industri.
§ Jerman mengalami kekurangan bijirin dalam Negara sendiri
dan pemansuhan dasar ekonomi bebas. Tahun 1879, Bismarck telah memperkenalkan
Undang-undang Tarif.
teima kasih nota ni membantu sangat mintak halal ye saya copy
BalasPadamTerima kasih. Sangat membantu saya..😀
BalasPadamterima kasih membantu.. ermm minta izin dan halalkan ya sya copy..
BalasPadamThanks...minta halal copy ye. .
BalasPadamTerima kasih yaa..sgt bermanfaat
PadamMnta izin yaa sya nk copy
Trima kasih yaa
BalasPadamyeet
BalasPadamApa semangat keusahawanan jerman?
BalasPadamJat
BalasPadamMelaka ribut semalam bosku banyak yang tumbang hiok
BalasPadamAlhamdulillah cg bnyk mmbntu kmi 🇲🇾❤️❤️
BalasPadamTrima kasih cgu😊 mohon halal copy🙏🏻
BalasPadamTerbaikkk lahh
BalasPadamWei.. good sangat la nota ni.. banyak lagi tepat lahgi tu...☺️☺️
BalasPadamsangat membantu
BalasPadamAda tak jawapan untuk soalan stpm 2018 pengulangan 🥺
BalasPadamizinkan saya copy cikgu.. terima kasih
BalasPadamBoleh.. semoga bermanfaat
PadamTerima kasih cikgu atas perkongsian ilmu, sgt2 membantu
BalasPadamTerima kasih cgu atas perkongsian ilmu
BalasPadam