Isnin, 3 Februari 2014

2.1 Sistem Pembesar


2.1.2  Sistem Pembesar di China

Soalan 44: Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China pada abad  ke-16 hingga ke- 20.

A)                  Pendahuluan

§  Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
§  Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai sarjana)dan golongan bangsawan.
§  Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang telah berjasa kepada maharaja.

B)           Isi-isi penting
1)    Sekretariat Agung
§  Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.
2)    Majlis Tertinggi
§  Majlis  Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja.Melalui majlis ini,sebenarnya urusan  pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau dikenali sebagai Shangschu. Shanschu  pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian Personal, Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
3)    Lembaga Penapis (censoreta)
§  Lembaga Penapis atau Censoreta menjadi mata dan telinga maharaja,iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar2 China kepada maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.
4)    Golongan Terpelajar
§  Golongan terpelajar (sarjana)mempunyai darjat paling tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus.Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting. Mereka ditempatkan di kementerian2 penting yang melibatkan penggubalan dasar,iaitu menganggotai Imperial secratariat yang bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
§  Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya,iaitu Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan Kerja Awam.
§  Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar tempatan yang dikenali sebagai gentry. Pembesar wilayah bukan golongan sarjana memiliki angkatan tentera sendiri.Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di samping menjaga wilayah mereka sendiri.
§  Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai2 pengawas kerajaan. Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai2 yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
§  Semasa Dinasti Ch’ing,gabenor dilantik sebagai pentadbir wilayah. Tugas gabenor ialah menjaga urusan pentadbir an wilayah,menjaga keamanan dan ketenteraman, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam diri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh pegawai2 daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim
Penutup

§  Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
§  Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.
Soalan 45: Bincangkan faktor kejatuhan sistem pembesar di China.

Pendahuluan

§  Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.
§  Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai kerajaan Ch’ing .setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan kerana setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.
Isi-isi penting

1.       Kemerosotan nilai etika dan moral confucius

§   Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam kalangan pegawai berterusan apabila China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.
§   Perdagangan dengan barat  yang dijalankan di canton telah membolehkan pegawai mengutip cukai ke atas barangan import dan eksport dan pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi bergantung kepada jumlah perdagangan mereka.
2.   Konsep taat setia ditukar ganti dengan material
§   Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan pegawai kerajaan sudah ditukar ganti dengan material.
3.   Perbendaharaan negara China merosot
§   Bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan persenjataan negara. Pemberhentian sumbangan dari wilayah2 yang mengalami kebuluran dan pemberontakan.
§   Maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan dan hasil pertanian.
4.   Rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan
§   Tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara
§   Masalah kewangan semakin meruncit pada akhir pemerintahan Dinasti Ch’ing.
5.   Pembesar yang dilantik tidak melalui saringan yang ketat
§   Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji kebolehan mentadbir negara.
6.   Kandungan sistem peperiksaan awam
§   Kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius kurang relevan dengan dunia realiti
§   Pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh dengan cabaran bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.

Penutup

§   Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ch’ing,kejatuhan kuasa maharaja,dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah selama 267 tahun di China.Penamatan pemerintahan Dinasti Ch’ing turut menghapuskan sistem pembesar di China.Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik dan kemudiannya komunis.
2.1.2  Sistem Pembesar di Rusia

Soalan 46: Bincangkan Perlaksanaan sistem pembesar di Rusia

Pendahuluan

§  Sistem pembesar ialah institusi pemerintahan di China dan Rusia yang memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar .Pada mulanya, golangan pembesar juga dikenali sebagai golangan pemerintahan yang melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja.
§  Selain itu, tanggunjawap yang diberikan kepad pembesar yang melaksanakan tugasnya akan menjadi kayu ukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.oleh hal yang demikian dalam sistem pembesar raja atau maharaja kedudukan pembesar adalah sangat penting dan berada pada aras ke-2 selapas raja atau maharaja.
§  Oleh itu, segala tindak-tanduk yang menjurus kepada keingkaran dan keenganan menjalankan tugas dan perintah raja dengan baik akan menyababakan kedudukan raja terancam . Namun, raja mempunyai badan yang memantau segala tindakan pembesar bagi memastikan ketaatsetian pembesar tidak terbelah-bahagi.Hal ini penting dalam memperkukuhkan kekuasaan raja dalam pemerintahannya.
Isi-isi Penting

1.     Penyusunan semula sistem pentadbiran agar sisten pentadbiran menjadi seragam, cekap dan tidak bertindih kuasa antara institusi tertentu. pada tahun 1711, Duma dan zemskii sabor telah digantikan kepada Majlis senate. Golongan bangsawan banyak membantu dalam urusan prntadbiran dan pemerintahan.Telah berlaku Mobiliti sosial dalam kalangan masyarakat Rusia. Peranan institusi gereja  dalan empayar Rusia tidak dpat di nafikan. Ianya  berperanan penting dalam hal ehwal keagamaan, ekonomi dan politik. Namun, institusi gereja telah berkurang dan terletak di bwah kekuasaan pemeritah peter. Buktinya, pada tahun 1700 peter tlah melantik PATRIARCH slpas 21 thun dlam pemerintahan, Peter juga tlah memperkenalkan HOLY SYNOD untul mengambil alih peranan PATRIARCH.
2.     Semasa pemerintahan Alexander 1 yang bersikap liberal dalam segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander 1 tlah melantik  jawatankuasa khas yang dkenali sbgai Jawatan kuasa khas untuk menasihatkannya dlam hal ehwal berhubung dengan dasar Negara. Pada thun 1890 tlah meneruskan pendekatan liberal apabila alexander telah memperkenalkan perubahan  dlam pemilihan anggota Duma atau Parlimen.tlah mengadakan pilihah raya untuk memilih anggota duma dan mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat rusia.
3.     Pentadbiran Alaxander 2 di bantu oleh Dewan Perhimpunan Wilayah yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran Negara. bagi  golongan bangsawan  dan dewan perhimpunan wilayah, Alexander talah meluluskan satu undang-undang pda thun 1864, iaitu setiap daerah daripada 34 wilayah akan mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis Dearah) atau Zemstvo. Alexander 2 telah mwujudkan sistem mahkamah yang berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan kelangsungan pentadbiran di rusia.Prntadbiran hakim dan majistret terasing dripada krajaan lain dan rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa mengira taraf sosial. Pentadbiran kampong disrahkan kepada kepada KOMUN atau MIR  atau MAJLIS KAMPUNG yang dijadikan wakil oleh kerajaan pusat untuk memungut cukai.
4.     Pentadbiran Tsar-Tsar di rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerinthan autokratik yang membawa kepada Penubuhan Polis Rahsia Khas. Tugas polis rahsia khas ialah mengawal penyebaran unsur propaganda yang memgugatpemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan menjadi mata dan telinga Tsar.
5.     Tsar memajukan ekonomi Rusia dengan melantik menteri-menteri yang akan menguruskannya. tugas menteri yang dilantik ialah merancang dan melaksanakan dasar ekonomi yang membawa kepada perkemnangan ekonomi di rusia. Sbagai contoh, semasa pemerintahan Nicoholas 2,sergei witte yang dilantik sbagai Menteri komunikasi dan pengangkutan rusia pda thun 1892.antara tahun 1892-1903, Sergei witte telah menjawat jawatan sbgai Menteri kewangan   Rusia. Pengukuhan Ketanteraan di Rusia menjadi agenda utama pemerintahan Tsar. Ketenteraan membolehkan Tsar mempertahankan Rusia daripada ancaman Mongol, Tartar dan Turki yang berusaha selama 300 tahun untuk menakluki Rusia dan melaksanakan perluasan empayar.
6.     Rusia menjalankan dasar pemerintahan yang berbeza dalam kawasan empayarnya mengikut Tsar yang memerintah. misalnya, pemerinthan Nicholas 1 tidak mengamalkan liberal malah menjalankan pentadbiran auoktratik. manakala pemerintahan Alexander 1 menjalankan pemerintahan secara liberal.
Penutup;

§  Kemerosotan pemerintahan Tsar yang menyumbang kapada kejatuhan menteri-menterinya. Tindakan Tsar pada 26 February 1917 telah memansuhkan Duma untuk menangani situasi yang cemas  dan mempertahankan pemerintahannya di Rusia tidak diendahkan oleh Duma.
§  Ahli parlimen, iaitu blok prograsif yang dianggotai oleh golongan liberal iaitu price lvov (1861-1925) dan professor Milikov yang telah menubuhkan kerajaan sementara. Nicholas 2 akhirnya bersetuju turun takhta dan kejatuhan Tsar telah menjadikan Russia sebagai sebuah Negara republik pada 17 march 1917.

12 ulasan:

  1. boleh buat dalam bentuk perenggan utk peranan pembesar di China.. isinya kurang utk saya tulis dalam bentuk perenggan..😓

    BalasPadam
  2. boleh buat dalam bentuk perenggan utk peranan pembesar di China.. isinya kurang utk saya tulis dalam bentuk perenggan..😓

    BalasPadam
  3. Terima kasih cgu. Sangat membantu.

    BalasPadam
  4. Terima kasih cg ..sngt membantu saya utk mengulangkaji pelajaran utk peperiksaan sem 3 saya bagi tahun 2019

    BalasPadam
  5. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    BalasPadam
  6. Cg tak try buku nota ke cg, pstu masukkan semua soalan dlm tu. Senang skit

    BalasPadam