1.2 Masyarakat Islam
Soalan 7: Kehidupan
manusia pada zaman Jahiliyah dan kehidupan manusia sesudah kedatangan Islam
mempunyai perbezaan yang ketara. Bincangkan kenyataan ini dengan merujuk kepada
masyarakat Tanah Arab.
Pendahuluan:
§
Jahiliyah
berasal daripada perkataan Jahila yang bererti bodoh. Zaman ini berlangsung
sebelum kedatangan Islam sekitar tahun 300M hingga turun al Quran dan kerasulan
Nabi Muhammad s.a.w pada 610M.
§
Kitab suci Al
Quran mengariskan ciri-ciri jahiliyah seperti berikut: Zaman yang tidak
mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk Zaman yang tidak mempunyai
peradaban atau tamadun. Zaman masyarakatnya yang tidak berakhlak, angkuh dan
bongkak. Zaman masyarakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca
Isi-isi penting
1.
Perbezaan konsep ketuhanan
§
Masyarakat
Jahiliyah mengamalkan kepercayaan polythisme. Terdapat lima agama yang berkembang di Tanah
Arab pada ketika itu Wathani, Yahudi, Kristian, Hanif dan Animisme.
§
Islam
menolak konsep kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama
mengesakan Allah S.W.T
2. Perbezaan aspek politik
§ Berasaskan kabilah. Syeikh kabilah menjadi ketua kabilah.
Sistem politik Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi.
§ Diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w di Madinah dan
dilanjutkan oleh Khulafa al- Rasyidin. Berasaskan al-Quran dan Sunnah
3. Perbezaan aspek ekonomi
§
Mengikut
kategori penduduk. Arab Badwi tinggal di kawasan luar bandar mengusahakan
kegiatan ekonomi seperti menternak unta, lembu, kambing di kawasan subur
seperti Yaman dan Madinah mereka menanam kurma dan anggur. Arab Hadari pula
tinggal di kawasan bandar. Terlibat dalam kegiatan pertukangan, membuat patung
dan membuat senjata. Terlibat dalam kegiatan perdagangan.
§
Walau
bagaimanapun ekonomi Jahiliyah tidak menekankan aspek moral. Pedagang menindas
pembeli, mengamalkan riba, paksaan dan monopoli. Ekonomi yang dibawa oleh Islam
menjurus kepada keadilan sosial. Islam melarang jual beli dalam bentuk riba dan
paksaan
4. Perbezaan aspek ilmu
pengetahuan
§ Masyarakat Jahilyah tidak memiliki ilmu pengetahuan yang
tinggi. Kebanyakan mereka merupakan
masyarakat buta huruf. Oleh itu setiap tindakan mereka lebih berdasarkan naluri
dan emosi. Menurut al-Baladhuri, bilangan mereka yang boleh membaca dan menulis
hanya kira-kira 17 orang sahaja. Ilmu pengetahuan hanya untuk untuk golongan
tertentu sahaja seperti golongan bangsawan dan perkembangan ilmu pengetahuan
berlaku dalam bentuk lisan
§ Apabila al-Quran diturunkan berlaku perkembangan ilmu
pengetahuan. Umat Islam wajib mem mempelajari al-Quran. Al Quran mencakupi ilmu
politik, ekonomi, sosial dan budaya.
1.
Perbezaan aspek sosial
§ Manusia jahiliyah mengamalkan amalan buruk seperti minum
minuman keras, berzina dan membunuh anak perempuan. Susun lapis masyarakat
kelas dan keturunan seperti atas, menengah, biasa dan abdi. Kedudukan kaum
wanita begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki. Namun begitu mereka
terkenal dengan adat menghormati tetamu, tepati janji dan berani.
§ Kedatangan Islam menekankan pemberian hak seperti hidup
bebas, berfikir dan menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah dan diganti
dengan sistem ukhwah Islamiah. Kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan
bayi perempuan diharamkan. Nabi pernah bersabda bahawa orang yang paling mulia
ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T.
Kesimpulan
§
Sebelum
kedatangan Islam masyarakat Tanah Arab berada dalam kegelapan dan kucar kacir
dengan tiada pedoman dan panduan hidup. Islam telah mengubah hidup masyarakat
Tanah Arab mencapai kemajuan politik, ekonomi dan sosial.
Soalan 8: Sejauh manakah prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam telah
menimbulkan penentangan daripada masyarakat Arab Quraisy di Makkah?
Pengenalan
§ Nabi
Muhammad telah berusaha menyebarkan ajaran Islam di Makkah secara
berperingkat-peringkat. Dakwah Nabi pada
mulanya dilakukan secara rahsia dan kemudian secara terbuka. Pada mulanya orang
Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana hanya
melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w. sahaja
§ Namun
selepas dilakukan secara terang-terangan dan mendapat tempat di hati sebilangan
ramai orang, barulah mereka menentangnya. Prinsip persamaan taraf yang dianjurkan
oleh Islam merupakan salah satu sebab masyarakat Arab Quraisy menentang Nabi
Isi-isi Penting
Kesimpulan
x
Kesimpulan
x
1.
Prinsip
persamaan taraf dalam ajaran Islam
§ Di dalam
Islam semua manusia adalah sama taraf. Prinsip ini bertentangan dengan sistem
sosial masyarakat Jahiliyah yang hidup berpuak-puak dan mewujudkan perbezaan
darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
§ Mereka juga
menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep
assabiyah yang menjadi pegangan mereka
2.
Perbezaan
dari segi amalan dan kepercayaan
§ Ajaran Islam
berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
§ Orang Arab
Quraisy pula mempercayai dan mengamalkan tradisi turun-temurun mereka iaitu
menyembah patung berhala dan mempercayai animisme
3.
Ingin
mengekalkan kuasa dan pengaruh
§ Penentangan
ini berlaku disebabkan orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah
terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka
terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi. Sejak dahulu mereka sentiasa bersaing
untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah
§ Puak Arab
Quraisy bimbang jika memeluk agama Islam, kuasa dan kepimpinan Kota Makkah akan
terus berada di tangan Bani Hashim yang telah memegangnya sejak zaman nenek
moyang Rasulullah
4.
Bimbang
hilang punca pendapatan
§ Puak Arab
Quraisy ingin mempertahankan pusaka nenek moyang mereka iaitu penyembahan
berhala. Islam melarang pengukiran, penjualan dan penyembahan patung berhala
§ Puak Arab
Quraisy bimbang mereka akan kehilangan punca pendapatan dan perniagaan berhala
akan terjejas
5.
Takut hari
pembalasan
§ Mereka takut
tentang pembalasan pada hari Kiamat.
Dalam ajaran Islam perbuatan dosa akan dibalas dengan seksaan api neraka
§ Mereka sedar
telah banyak melakukan dosa dan kemungkaran seperti minum arak, berzina,
membunuh, mengamalkan riba dan sebagainya
6.
Perasaan iri hati
§ Mereka
berasa iri hati akan kedudukan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul
§ Selain itu
Nabi juga disanjung oleh ramai orang kerana sifat-sifat mulia yang ada pada
baginda
§ Penentangan
masyarakat Arab Quraisy Makkah terhadap Nabi bukan sahaja disebabkan oleh
prinsip persamaan taraf yang dianjurkan oleh Islam tetapi juga disebabkan oleh
faktor-faktor lain. Tentangan daripada masyarakat Quraisy Mekah sedikitpun
tidak merencatkan usaha Nabi untuk berdakwah malah semakin menambahkan keazaman
baginda untuk menyebarkan ajaran Islam
§ Dalam
menghadapi tentangan tersebut, Nabi telah mengarahkan pengikut baginda
berhijrah ke Habsyah. Penentangan masyarakat Quraisy Makkah menerima tamparan
hebat apabila beberapa orang pembesarnya telah memeluk Islam seperti Umar al Khattab
Soalan 9: Perihalkan penentangan
yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berada di kota Makkah dan
nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya.
Pendahuluan
§ Setelah tiga tahun Rasulullah s.a.w. menyampaikan ajaran
Allah secara sulit, akhirnya Allah menyeru Rasulullah menyampaikan ajaran
secara terbuka dengan bukti turunnya ayat 94 surah Al-Hijr. Rasulullah s.a.w. menghadapi penentangan
kemudian setelah mula menegaskan kesesatan
golongan masyarakat Makkah menyembah berhala yang menjadi anutan turun
temurun.
§ Terdapat beberapa sebab masyarakat Makkah menentang
ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Isi-isi penting:
Sebab-sebab Penentangan Rasulullah
Semasa di Kota Makkah
1.1
Faktor Agama
§ Ajaran Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada keesaan Allah,
akidah, dan tauhid. Perkara-perkara dalam rukun iman seperti percaya hari
kiamat sukar untuk diterima oleh masyarakat Makkah Sukar menerima hakikat
seperti adanya hari pembalasan, pahala dan dosa, syurga dan neraka yang
dianggap oleh mereka bertentangan dengan ajaran nenek moyang
§ Apatah lagi menyembah berhala adalah dilarang dalam Islam
dan dianggap perbuatan syirik. Menganggap Rasulullah s.a.w. cuba menghapuskan
ajaran nenek moyang yang diwarisi
1.2 Faktor Politik
§ Suku-suku lain di Makkah berasa bimbang Rasulullah s.a.w.
akan mengambil alih kuasa di Makkah. Kebimbangan diperkuat oleh Bani Hasyim
yang melindungi baginda dalam menyampaikan ajaran Islam. Sebab itulah Bani
Hasyim dikenakan pemulauan social oleh suku lain di Makkah selama hampir tiga
tahun untuk melemahkan kegiatan Rasulullah s.a.w.
§ Usaha penyampaian ajaran Allah oleh Rasulullah s.a.w.
ditentang dan dituduh cuba mendapatkan pengaruh dengan menyampaikan ajaran
baru.
1.3
Faktor Sosial
§ Islam menganggap manusia adalah sama taraf melainkan yang
bertakwa dengan Allah. Begitu juga dengan prinsip keadilan, persaudaraan sesama
manusia
§ Sedangkan golongan masyarakat Makkah telah biasa dengan
fahaman asabiyah yang kuat dan menyanjungi keturunan serta wujudnya golongan
hamba. Sekali lagi ajaran Islam dianggap sangat bertentangan dengan fahaman
sosial yang telah diwarisi
1.4 Faktor Ekonomi
§ Ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. amat
menentang keras penyembahan berhala yang dianggap menyekutukan Allah. Sedangkan
tumpuan golongan pedagang ke Kota Makkah antara lainnya disebabkan
berkembangnya perusahan peralatan berhala
§ Mereka beranggapan sekiranya ajaran Rasulullah s.a.w. berkembang
akan menghapuskan kegiatan penyembahan berhala dan seterusnya akan menyakat
sumber pendapatan penduduk Makkah yang mengusahakan berhala
2. Bentuk Penentangan yang
Dilakukan oleh Masyarakat Makkah
2.1 Propaganda
penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w
§ Mereka menuduh Rasulullah s.a.w. seorang yang gilakan
pangkat, kedudukan dan status. Penghinaan juga diteruskan dengan menghasut
kabilah pedagang luar yang datang ke Makkah akan keburukan Rasulullah s.a.w.
§ Penghinaan dilakukan melalui perkataan, perbuatan, dan
memperolok-olokkan baginda. Antaranya, halaman rumah Rasulullah s.a.w. pernah
ditaburi dengan najis dan Rasulullah pernah mengalami luka akibat dilempar
dengan batu.
2.2 Melakukan Penyiksaan
§ Melakukan penyeksaan terhadap pengikut Islam terutamanya
golongan yang lemah dan hambah dengan harapan Rasulullah s.a.w. akan
menghentikan ajaran Islam
§ Contohnya Bilal bin Rabah dijemur di tengah panas mata
hari di padang pasir dan ditindih dengan batu besar. Begitu juga dengan
keluarga Ammar bin Yasir yang diseksa
oleh Bani Makhzum hingga kedua ibu bapanya meninggal dunia
2.3 Melakukan Diplomasi
§ Setelah kekerasan gagal, mereka menawarkan Rasulullah
s.a.w. dengan pangkat, wanita, dan harta agar Rasulullah s.a.w. menghentikan
ajaran Islam
§ Rasulullah pernah ditawarkan sebagai pemerintah Kota
Makkah dengan syarat baginda menghentikan ajaran Islam, tetapi semuanya ditolak
oleh Rasulullah s.a.w.
2.4
Usaha Membunuh Rasulullah s.a.w.
§ Keputusan ini diambil setelah semua keputusan di atas
masih menemuai kegagalan. Mereka pernah meminta agar Abu Talib menyerahkan
Rasulullah s.a.w. kepada mereka untuk dibunuh dan sebagai ganjarannya Abu Talib
akan diberikan seorang pemuda Quraisy yang kaya
§ Setelah Abu Talib menolak maka masyarakat Makkah
mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah s.a.w. melalui wakil setiap suku
yang terdapat di Kota Makkah. Usaha ini masih gagal kerana Rasulullah s.a.w.
mendapat wahyu daripada Allah untuk segerah berhijrah ke Madinah
2.5
Peperangan
§ Tindakan ini dilakukan setelah Rasulullah s.a.w.
berhijrah ke Kota Madinah. Beberapa
siri peperangan berlaku antara Islam dengan musyrikin Makkah antaranya seperti
Perang Badar, Uhud, dan Perang Khandak
§ Tujuannya adalah untuk melenyapkan ajaran Islam
bersama-sama dengan Rasululah s.a.w. dan pengikutnya
3. Cara Rasulullah S.A.W.
Mengatasi Penentangan
3.1
Penebusan Pengikut Islam
§ Pengikut Islam yang terdiri daripada golongan yang lemah
dan hamba telah ditebus oleh Abu Bakar, Uthman dan Khadijah serta golongan
Islam yang berkemampuan, walaupun dikenakan harga yang tinggi
§ Contohnya Bilal telah dimerdekakan oleh Abu Bakar
3.2
Melakukan hijrah ke Habsyah
§ Untuk meringankan baban dan tekanan ke atas pengikut
Islam, Rasululllah s.a.w. telah menganjurkan pengikutnya berhijrah ke Habsyah
yang dilakukan sebanyak dua kali dalam sejarah
§ Pertama kali pada tahun ke 5 perlantikan baginda
Rasulullah s.a.w. yang disertai seramai 10 lelaki dan 5 perempuan dan keduanya
pada tahun ke-7 setelah baginda dilantik sebagai Rasulullah s.a.w. yang
disertai seramai 83 lelaki 18 perempuan
3.3
Dengan Perlindungan
§ Pengikut Islam yang dimerdekakan berlindung di bawah suku
yang mempunyai kedudukan. Rasulullah s.a.w. sendiri berlindung di bawah jagaan
bapa saudaranya iaitu Abu Talib di samping kedudukan Bani Hasyim yang dihormati
oleh masyarakat Makkah
§ Kedudukan mereka terjamin kerana masyarakat Kota Makah
masih menghormati Qanun al-Jiran (menghormati tetamu dan jiran)
Kesimpulan
§ Pada tahap awal penyebaran Islam,
Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah
dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah
berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan
mengatasi penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar
Islam.
§ Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan
dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8
H.
Soalan 10: Huraikan Pembinaan Masyarakat Islam di Makkah
Pendahuluan:
§ Nabi
Muhammad SAW diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia
tentang ajaran Islam. Baginda ialah nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah
berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) dan Negara islam di Madinah.
§ Selepas
kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku suatu perubahan besar dari sudut
politik, ekonomi dan sosial umat islam yang terdiri membawa kepada perkembangan
budaya dan msyarakat Islam yang terdiri dripada pelbagai bangsa dan keturunan.
Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam
bermula dari era Khulafa al- Rasyidin
hinggalah kepada era-era selepasnya.
Isi-isi penting:
Aktiviti dakwah
§ Antara usaha
Nabi Muhammad SAW untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah melalui dakwah. Langkah-langkah dakwah di ambil
sama ada secara sulit atau terang-terangan. Secara sulit, baginda berdakwah kepda
keluarga, anak-anak angkat, saudara mara dan para sahabat. Baginda menyeru
mereka beriman kepda Allah SWT dan rasul-NYA serta meninggalkan amalan menyembah
berhala.
§ Baginda juga
menyeru mereka kebaikan, iaitu ma’ruf dan
meninggalkan kejahatan, iaitu munkar seperti minum arak, brjudi, berzina, mencuri
dan membunuh. Dakwah yang dijalankan oleh baginda adalah secara lemah lembut.
Hanya beberapa org dalam kalangan penduduk Makkah yang memeluk islam setelah
kira-kira tiga tahun dakwah dakwah secara sulit di jalankan. Orang pertama yang
memeluk islam ialah: Siti khadijah
(wanita), Ali bin Abu Talib (kanak-kanak) dan Abu Bakkar al-siddiq (lelaki dewasa)
§ Peringkat
dakwah secara sulit telah dilakukan secara sulit telah dilakukan secara
berhati-hati melalui individu tertentu seperti Abu Bakar al-Siddiq dan al-
Arqam bin Abi al-Arqam yang menghadiahkan rumahnya sebagai markas untuk
menyebarkan agama Islam. Mereka yang memeluk islam di Makkah terdiri daripda
golongan miskin dan kaya, termasuk Abu bakar al- Siddiq dan uthman bin Affan.
Namun begitu, bilangnya terlalu kecil berbanding dengan Madinah selepas hijrah.
§ Selepas 3 tahun berdakwah secara sulit, turun
wahyu supaya Nabi Muhammad SAW bedakwah secara terang-terangan.
Walaubagaimanapun sambutan daripada kaum keluarga baginda agak dingn,
terutamanya tentangan oleh bapa saudaranya, Abu Lahab sehingga turun ayat
al-Quran yang mengutuk perbuatan tersebut, iaitu surah al-Lahab, ayat 1-5. Selepasnya turunnya ayat al-Quran, maka
bermulalah aktiviti dakwah secara terang-terangan Allah swt mengarahkan baginda
supaya memberikan peringatan dan amaran kepada kaum keluarga baginda supaya
patuh dan setia kepada orang yg beriman. Namun begitu, Abu Lahab enggan menurut
perintah Allah SWT dan Rasul-NYA serta terus menentang dan memusuhi baginda dan
agama islam.
Tentangan dan Cabaran
§ Kaum Quraisy
menentang usaha dakwah Nabi Muhammad SAW dan mencabar baginda supaya
menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi terdahulu. Tujuan mereka semata-mata
untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan kerasulan baginda. Kaum Quraisy mula
terasa terhina kerana Nabi Muhammad SAW
menyelar agama berhala mereka, iaitu agama nenek moyang mereka. Mereka meminta
agr abu talib menasihati anak saudaranya, tetapi Nabi Muhammad SAW tetap
meneruskan seruan islam. Sikap dan pendirian Abu Talib memihak Nabi Muhammad
SAW menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan meminta agar Nabi Muhammad SAW
di serahkan kepada mereka.
§ Setelah
usaha tersebut gagal, mereka cuba memujuk Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan
perempuan, harta dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan islam,
tetapi tawaran ini di tolak. Kaum Quraisy kemudiannya menggunakan cara kompromi dengan mencadangkan
agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan mereka akan menyembah Tuhan Nabi
Muhammad SAW. Tawaran ini di tolak oleh baginda berdasarkan perintah Allah SWT
dalam surah al-Kaafirun,ayat 1-6 yang bermaksud “terdapat pemisahan mutlak
antara agama Islam daripada agama berhala.”
§ Kaum Quraisy
tdk mahu beralah kerana tdk mahu kuasa yang ada pda mereka tergugat. Selepas
gagal denagn pelbagai cara,akhirnya kaum Quraisy mengambil tindakan menyeksa
orang Islam. Walaupun orang islam diseksa dgn dahsyat,namun bilangan org yang
memeluk islam terus bertambah.
§ Umat islam
telah berpindah ke Habsyah bagi
mengelakkan penyeksaan kaum Quraisy, di samping berdakwah utk menyebarkan agama
islam. Peristiwa tersebut berlaku pada
bulan rejab tahun 615 M. Mereka selamat sampai di Habsyah dan di berikan
perlindungan oleh rajanya Najasyi. Nabi Muhammad SAW pula terus berdakwah di
Makkah. Kaum Quraisy masih tdk berpuas hati dan menghantar dua org utusan
meminta agar raja Najasyi memulangkan org islam. Namun usaha tersebut gagal
kerana raja Najasyi sendri telah tertarik dgn islam.
§ Berita
pengislaman Umar bin Al-Khattab pada bulan Zulhijah tahun 616 M yg juga
merupakan seorg pemimpin yang berperpengaruh dalam kalangan masyakat di Makkah.
Kaum Quraisy semakin berpecah kerana umar bin al khattab merupakan orang kuat
mereka.
§ Pemulauan yg
berlaku selama kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan melakukan urusan
jual beli, perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum keluarga Nabi
Muhammad SAW. Mereka hanya di benarkan keluar pada musim haji. Peluang ini di
gunakan oleh nabi Muhammad SAW
menyebarkan agama islam kepada jemaah haji yg datang dari seluruh semenanjung
Tanah Arab.
Sebab-sebab kaum Quraisy menentang Nabi
Muhammad SAW dan agama Islam.
§ Kuasa dan
pengaruh yang di pegang selama ini berhubung dengan kepimpinan kota Makkah
perlu di kekalkan.
§ Agama islam
mementingkan persamaan taraf sesama manusia. Konsep ini sangat bertentangan
dengan konsep sistem sosial masyarakat jahiliah.
§ Pusaka nenek
moyang mereka juga harus di pertahankan.mereka bimbang akn hilang punca
pendapatan daripada penjualan berhala yang telah menjadi amalan sejak zaman
nenek moyang mereka.
§ Takut akan
hari pembalasan kerana mereka telah banyak melakukan dosa di dunia.
§ Iri hati dgn
kedudukan Nabi Muhammad SAW sebagai seorg Nabi dan Rasul.
§ Kematian Abu
Talib dan Siti Khadijah menyebabkan tiada perlindungan kepada Nabi Muhammad
SAW.hal ini memberikan kekuatan kepada kepada kaum Quraisy utk menentang.
Proses penentangan
§ Selepas
kematian Abu Talib dan siti Khadijah, penentangan kaum Quraisy terhadap Nabi
Muhammad SAW semakin kuat. Keadaan ini
memaksa baginda mencari perlindungan di Ta’if kerana di Makkah baginda tiada
lagi tempat berlindung. Nabi Muhammad SAW telah pergi ke Ta’if secra
bersendirian untuk meneruskan usaha dakwah di samping mendapatkan pertolongan
dripada pemimpin Ta’if, namun usaha ini gagal. Kegagalan tersebut tdk
melemahkan usaha baginda untk meneruskan perjuangan menegakkan agama
islam.baginda terus menyeru kpada kabilah-kabilah Arab yg datang ke Makkah utk
menunaikan haji agar menerima islam.
§ Nabi
Muhammad SAW berasa tersisih daripda masyarakat Makkah setelah seruannya
ditolak oleh kaum Quraisy dan Bani Thaqif di Ta’if. Kaum Quraisy tdk senang
melihat org islam berhijrah ke madinah kerana dikhuatiri mereka akan mewujudkan
kuasa baharu d sana. Satu komplot utk membunuh Nabi Muhammad SAW telah di
usulkan oleh Abu Jahal. Dgn ini berharap ajaran islam akan terkubur dan mereka
yg berhijrah ke Madinah akn pulang semula ke Makkah. Nabi Muhammad SAW tlh
mengetahui komplot pembunuhan trsebut. Oleh itu, Ali bin Abi Talip menawarkan
diri utk tidur di tmpat baginada.baginda telah berhijrah bersama-sama abu bakar
secara senyap-senyap. Berita tentang kegagalan menangkap Nabi Muhammad SAW
telah mnggemparkan masyarakat seluruh penduduk Makkah.
§ Dalam
suasana yg tertekan akibat ancaman Quraisy itu, berlaku peristiwa yg
menakjubkan iaitu israk dan mikraj pada
27 rejab tahun ke-11 kerasulan baginda. Peristiwa ini merupakan mukjizat yang
amat besar ke atas Nabi Muhammad Saw. Peristiwa israk dan mikraj telah
menggemparkan masyarakat Quraisy Makkah. Mereka menuduh Nabi Muhammad SAW
sebagai pembohong. Namun keadaan tersebut tdk mengugat iman org islam dan Abu
Bakar merupakan org yg pertama menyakini peristiwa israk dan mikraj. Disebabkan
itu, beliau mndapat gelaran al-siddiq (yang
membenarkan).
§ Kepentingan israk dan mikraj adalah
menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Bermulanya fardu solat lima waktu sehari
semalam keada umat islam, Dapat memeperkukuh iman dan nead org islam,
Membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW
diutus bagi seluruh umat mnusia sepanjang zaman hingga kiamat dan telah
melahirkan kira-kira 150 org masyarakat islam Makkah hasil daripada usaha
dakwah.
Kesimpulan
§ Pada tahap awal penyebaran Islam,
Rasulullah s.a.w. telah mendapat penentangan daripada masyarakat Kota Makkah
dan diatasi dengan pasif. Berkat daripada kesabaran Rasulullah s.a.w. setelah
berhijrah ke Madinah, baginda berjaya mewujudkan sebuah negara Islam dan
mengatasi penentangan inidengan lebih agresif sehingga berjaya menegakkan syiar
Islam.
§ Akhirnya, sebuah negara Islam Madinah telah ditubuhkan
dan akhirnya Kota Makkah dapat ditawan tampa pertumpahan darah pada tahun 8
H.
Soalan 11: Huraikan konsep dan ciri-ciri ummah pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W
Pendahuluan
§ Umat Islam
sebagai ummah yang bertanggungjawab mengembangkan tugas sebagai khalifah di
atas muka bumi ini sesuai dengan tujuan manusia diciptakan. Rasulullah S.A.W
telah meletakkan batu asas kepada umat islam melalui pembentukan generasi islam
yang pertama ketika baginda S.A.W masih hidup. Generasi islam yang pertama
adalah contoh ummah yang memiliki ciri-ciri yang lengkap dan menjadi contoh
kepada umat islam selepasnya
§ Tamadun
Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan,
ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan
umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak
berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap
masyarakat islam tanpa mengira bangsa,warna
kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.
Isi-isi penting
Konsep Ummah
§ Ummah
bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam
& bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan
tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat atau
ummah berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa
Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi dan sebagainya. Perkataan
ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti masyarakat,
kumpulan atau manusia.
§ Konsep ummah
berbeza dengan konsep masyarakat. Konsep masyarakat terbatas dengan geopolitik,
bahasa, Negara & bangsa tertentu. Istilah masyarakat timbulkesan daripada
pergolakan sosiopolitik di Eropah yang menekankan aspek nasionalisme atau
semangat kebangsaan sesebuah masyarakat & Negara. Manakala dalam Islam,
konsep ummah bermaksud masyarakat universal yang di anggotai oleh pelbagai
jenis kaum & bangsa disatukan oleh komitmen terhadap Islam.
§ Oleh itu,
setiap individu muslim secara langsung menjadi anggota dalam kesatuan ummah
atau umat Islam. Dalam erti kata yang lain, mereka bersatu berasaskan tauhid
(keimanan kepada allah) & bukan berlandaskan warna kulit, bahasa dan
bangsa. Atas dasar Islam, maka tidak wujud permusuhan kelompok atau kaum. Oleh
itu, terbentuklah ummah atau umat Islam yang aman damai, harmoni dan lahirlah tamadun umat islam yang gemilang.
Ciri-Ciri Ummah
1. Ummah yang berilmu
§ ummah islam
yang pertama di makkah dan di madinah dibina atas dasar ilmu bersesuaian dengan
prinsip islam yang meletakkan ilmu sebagai asas keimanan dan ibadah. Rasulullah
S.A.W telah menerapkan kepentingan ilmu sejak permulaan dakwah. Justeru,
baginda menjadikan rumah al-Arqam bin abi al-Arqam sebagai markas untuk
menyampaikan ilmu akidah dan islam.
§ Baginda
S.A.W turut mengutus Mus’ab bin Umair untuk menjadi guru al-Quran kepada
penduduk madinah selepas perjanjian aqabah pertama, Melalui sirah, baginda
S.A.W telah meletakkan prinsip bahawa penyebaran islam hendaklah berasaskan
kepada dakwah ilmu bukannya di sebarkan melalui mata pedang.
2. Ummah wasatiyyah
§ ummah
wasatiyyah bermaksud ummah yang mengamalkan kesederhanaan dalam semua perkara
yang melandasi kehidupan. ummah wasatiyyah ialah ummah yang adil terhadap
seluruh manusia dan tidak bersikap ekstrem dan melampau dalam menjalani
aktiviti kehidupan mereka.
§ Baginda
S.A.W sentiasa mengajar para sahabat supaya bersikap menjalani aktiviti
kehidupan yang meliputi politik,ekonomi,dan sosial. Rasulullah S,A,W menyatakan
bahawa baginda ialah orang yang paling bertakwa kepada Allah S.W.T tetapi
baginda berkahwin dan mempunyai keluarga. hal ini sebagai petunjuk bahawa perlu
ada keseimbangan dalam memenuhi keperluan rohani dan jasmani.
§ Baginda
S.A.W juga pernah melarang seorang sahabat yang begitu gemar membaca al-Quran
sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada isteri dan kesihatan diri. Baginda
menasihatinya dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu ada hak yang perlu
dipenuhi, iaitu hak kepada Allah, hak kepada isteri, hak kepada tubuh badan dan
sebagainya.
3. Ummah ukhuwwah
§ ummah
ukhuwwah bermaksud umat islam adalah saling bersaudara antara satu dengan yang
seperti ditegaskan oleh Allah S.W.T dalam surah al-hujurat ayat 10. ikatan
persaudaraan yang dijalinkan oleh Rasulullah S.A.W antara umat islam membentuk
satu ummah yang sanggup berkorban jiwa, tenaga, dan harta untuk saling membela
dan mempertahankan antara satu dengan yang lain.
§ semangat
persaudaraan yang kental dapat dilihat ketika peristiwa kepungan ekonomi selama
tiga tahun di Makkah, walaupun berada dalam kesusahan, mereka tetap bersatu
padu, bersama-sama melalui kesusahan dan kepayahan serta tetap istiqamah di
samping Rasulullah S.A.W.
4. Ummah yang berjihad
§ Nabi
Muhammad S.A.W mendidik generasi sahabat agar sanggup berkorban untuk
mempertahankan dan mendaulatkan islam. Islam ialah agama keamanan yang
menghormati agama dan orang lain. Namun, peperangan peperangan disyariatkan
sebagai jalan terakhir untuk mengekalkan keselamatan dan kesejahteraan.
§ Islam
menggalakkan peperangan tetapi hanya dibenarkan dalam tiga keadaan sahaja,
iaitu mempertahankan diri, mempertahankan kebebasan berdakwah, dan
mempertahankan orang yang dizalimi.
Penutup
§ Ciri-ciri
sesuatu ummah, iaitu ummah yang beribadah dan menyembah Allah S.W.T, ummah yang
berilmu ummah wasatiyyah, ummah Ukhuwwah, ummah yang bersatu padu dan
menghormati penganut agama yang mendaulatkan islam dan ummah yang berjihad.
Soalan 12: Terangkan konsep ummah dan
usaha-usaha pembinaan masyarakat Islam di Madinah.
Pendahuluan:
§ Nabi
Muhammad s.a.w diutus bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia
tentang ajaran Islam. Baginda ialah Nabi dan Rasul terakhir. Hal ini bermakna
tidak ada nabi dan rasul selepasnya. Baginda telah berjaya membentuk sebuah
masyarakat (ummah) dan negara Islam di Madinah. Peristiwa ini telah mencetuskan
suatu fenomena baharu dalam sejarah umat Islam bermula daripada era Khulafa`
al-Rasyidin hinggalah kepada era-era selepasnya.
§ Ummah
bererti masyarakat atau umat manusia. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi
Muhammmad SAW, masyarakat yang mematuhi Piagam Madinah termasuk umat Islam
& bukan Islam kaum Yahudi di Madinah. Keadaan ini berbeza dengan
tamadun-tamadun yang lain kerana pada kebiasannya pembentukan masyarakat @
ummah berdasarkan pada bangsa,seperti tamadun China yang berlandaskan bangsa
Cina,tamadun Parsi yang berlandaskan bangsa Parsi & sebagainya. Perkataan
ummah telah di sebut dalam al-Quran sebanyak 40 kali yang beerti
masyarakat,kumpulan @ manusia.
§ Tamadun
Islam terbina dan berkembang berasaskan konsep ummah. Mengikut kamus dewan,
ummah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud umat biasanya di maksudkan
umat islam. Konsep ummah ialah konsep yang unik kerana ummah yang terbina tidak
berasaskan kepada bangsa,warna kulit mahupun sempadan Geografi. Setiap
masyarakat islam tanpa mengira
bangsa,warna kulit mahupun sempadan geografi, dikira sebagai satu ummah.
Isi-Isi Penting:
Konsep Ummah
§ Ummah
bererti masyarakat atau umat manusia.Perkataan ummah disebut dalam al-Quran
sebanyak 40 kali.Umat-umat yang disebut dalam al-Quran termasuklah umat Nabi
Ibrahim a.s, umat Nabi Isa a.s., dan umat Nabi Muhammad s.a.w Dalam konteks
ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada
umat Islam sahaja, tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti kaum Yahudi
yang berada di Madinah ketika itu.
§ Dengan kata
lain, ummah Nabi Muhammad s.a.w ialah masyarakat yang mematuhi undanh-undang
Negara Islam sama ada mereka seagama ataupun tidak. Namun berikutan
penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah, maka konsep ummah terbatas pada umat
Islam yang tinggal di kota Madinah. Penyingkiran kaum Yahudi disebabkan mereka
tidak mematuhi Piagam, dan sekaligus terkeluar daripada lingkungan ummah Nabi
Muhammad s.a.w
§ Sebelum
ketibaan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah, agama Islam tersebar di Madinah
menerusi usaha mereka yang menyertai Perjanjian Aqabah I dan II serta 12 orang
naqib yang dilantik oleh baginda. Oleh itu,penyebaran Islam di Madinah lebih
mudah daripada berbanding di Makkah. Meskipun begitu, usaha kearah mendaulatkan
agama Islam di Madinah bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak rintangan dan
cabaran telah di hadapi oleh baginda serta sahabat terutama setelah agama Islam
mendapat tempat yang kuat dan kukuh dari segi politik dan ekonomi.
§ Sebelum itu
tidak ada rintangan,ini terbukti apabila umat Islam dapat mendirikan sebuah
masjid di tengah-tengah Kota Madinah dan boleh beribadat secara terbuka di kota
tersebut berbanding ketika berada di Makkah. Keadaan ini sudah tentu memberi
peluang kepada baginda berfikir menerusi bimbangan wahyu untuk membangunkan
umat Islam. Tujuan ini tidak mungkin terlaksana melainkan setelah umat Islam
bersatu padu.Oleh itu,langkah baginda seterusnya adalah menyatupadukan umat
Islam Madinah dan membentuk Negara Islam.
Usaha-usaha Penyatuan Ummah
1 Menyatukan Aus dan Khazraj
§ Aus dan
Khazraj merupakan penduduk asal Madinah.Sebelum kedatangan Islam dan Nabi
Muhammand SAW, kedua-duanya golongan ini sentiasa bermusuhan antara satu dengan
yang lain dan banyak peperangan yang berlaku antara dua puak ini seperti Perang
Sumair dan Perrang Bu’ats sehingga mengorbankan banyak nyawa,malah peperangan
antara mereka berlarutan sekian lama.
§ Permusuhan
ini berpunca daripada masalah kepimpinan kerana mereka ingin menerajui pentadbiran
Kota Madinah.Oleh itu, bagi mewujudkan Negara dan pentadbiran Islam yang aman, masalah
persengketaan Aus dan Khazraj haruslah diatasi terlebih dahulu.
§ Nabi
Muhammad SAW telah mengambil langkah dengan berusaha menyatukan kedua-dua pihak
tersebut dan menamakan mereka sebagai orang Ansar. Rasulallah SAW menerapkan
akidah Islamiah kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan permusuhan yang
berlaku antara mereka yang sekian lama.
2 Membina Masjid
§ Masjid
menjadi lambing kesatuan ummah dan umat Islam. Sebelum Nabi Muhammad SAW tiba
di Madinah,baginda tiba di sebuah perkampungan Quba; yang letaknya lebih kurang
3 kilometer dari Madinah. Disini baginda telah membina Masjid Quba; iaitu
masjid pertama yang dibina dalam sejarah umat. Rasulallah SAW terus menunaikan
solat selepas masjid itu siap.
§ Pembinaan
masjid ini menujuikkan bahawa ibadat menjadi tempat kesatuan ummah untuk
berkumpal. Masjid juga menjadi institusi keilmuan bagi Rasulallah SAW
mengembangkan dakwah Islamiah. Selain itu, masjid juga berfungsi sebagai tempat
untuk orang Islam bertemu serta berbincang (bernesyuarat) bagi menyelesaikan
sebarang masalah.
§ Pada
peringat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat untuk berniaga. Masjid
pertama yang dibina di Madinah ula ialah Masjid Nabi (Nabawi). Masjid ini
dibina di atas tanah milik 2 orang yatim,iaitu Sahl dan Suhail yang diberi
hanya 10 Dinar sahaja.
3 Mempersaudarakan Muhajirin dan Ansar
§ Setelah Nabi
Muhammad SAW Berjaya menyatukan Aus dan Khazraj,Rasulallah SAW berusaha pula
mempersaudarakan orang Ansar dan Muhajirin. Tujuan Rasulallah berbuat demikian
adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan kepentingan umum
juga, termasuklah social dan politik Islam di Madinah. Sekiranya masalah
ekonomi tidak dapat diselesaikan terlebih dahulu, maka adalah sukar bagi
baginda untuk membangunkan sebuah Negara yang benar-benar kukuh.
§ Dengan
persaudaraan ini, orang Muhajirin mempunyai kekuatan untuk berada di tempat
baharu selepas meninggalkan kampong halaman mereka sehelai sepinggang.
4 Menggubal perlembagaan Negara-Sahifah Madinah
§ Sebelum
membentuk sebuah Negara, perlembagaan Negara dibentuk untuk menjamin keamanan
dan pengurusan pentadbiran Negara sama ada dalam bidang politik, sosial, agama,
ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, perlembagaan untuk Negara Islam Madinah telah
diwujudkan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menjamin perpaduan dalam kalangan
penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti atau ummah dan menjadi asas
pemerintahan kerajaan Islam.
§ Perlembagaan
ini diwujudkan hasil daripada persetujuan bersama antara orang Islam dengan
orang Yahudi. Pada dasarnya, kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini
secara terbuka. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan
penekanan oleh Nabi Muhammad SAW seperti tanggungjawab bersama untuk
mempertahankan Madianah, kebebasan beragama, al-Qurqn sebagai asas peraturan,
perlembagaan dan kedudukan Rasulallah SAW sebagai ketua Negara.
5 Melaksana Syura
§ Pelaksanaan
syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting dalam sesebuah
pertubuhan atau pentadbiran Negara Syura ialah sebuah konsep perbincangan bagi
menyelesaikan masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya syura
dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perbalahan pendapat., pandangan dan
sebagainya dalam rangka untuk menyatukan persafaham dan permuafakatan antara
semua pihak dalam pelbagai perkara.
§ Daripada
segi pentadbiran Negara, syura dikaitkan dengan khalifah berdasarkan dasar yang
dibuat, iaitu; Melaksanakan hukum-hukum Islam; dan Menjaga maslahat ummah. Dua
dasar inilah yang dijamin melalui pelaksanaan system syura yang juga merupakan
sebuah badan muhasabah terhadap pemeritah.
§ System syura
atau mesyurat telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad SAW melibatkan semua
peringkat, yang bertujuan untuk menjamin keadilan dan mengelakkan kezaliman.
Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial
akan dibincangkan dan diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarakat diberikan
peluang untuk memberi dan mengemukakan pendapat selagi tidak bercanggah dengan
dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.
6 Menyusun pentadbiran
§ Nabi
Muhammad SAW ialah pemimpin agung umat Islam dan baginda merupakan pemimpin dan
orang pertama yang menegakkan Negara Islam di Madinah. Oleh itu, baginda
bertindak sebagai ketua Negara Islam dan juga pemimpin masyarakat, pemimpin
dalam solat, pemerintah tentera serta panglima dalam peperangan. Baginda
menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam dengan menubuhkan
struktur pemerintahan, iaitu memebentuk organisasi kerajaan yang merangkumi
pelbagai jawatan, melantik pegawai, dan kakitangan di peringkat pusat dan
wilayah.
§ Selain itu,
baginda turur menubuhkan dan membentuk system kewangan yang merangkumi sumber
kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanimah, dan lain-lain. Selain
bidang kewangan, Nabi Muhammad SAW turut menubuhkan pasukan tentera. Pasukan
tentera adalah penting bagi sesebuah Negara. Tujuannya adalah untuk mempertahankan
kesucian serta kedaulatan agama dan Negara. Rasulallah SAW telah Berjaya
menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi.
Tentera Islam telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang
Khandak, Mu’tah, dan sebagainya.
§ Dengan
menubuhkan dan menyusun pentadbiran yang telah sistematik-dengan matlamat dapat
menggerakkan Negara Islan dengan lebih tersusun semua pihak akan
bertanggungjawab terhadapnya, maka perpaduan ummah dapat dibentuk dengan
jayanya.
7 Dakwah dan Diplomatik
§ Usaha-usaha
dakwah juga dipergiatkan. Kegiatan tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa
utusan telah di hantar untuk menjalin hubungan diplomatic disamping berdakwah.
Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan lain-lain.
Ada antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
§ Usaha
penyebaran Islam menerusi misi dakwah dan diplomatic dapat dilihat sebagai
usaha membentuk ummah yang lebih luas yang tidak terhad kepada tanah Arab
Madinah tetapi diluar wilayah dan sempadan Negara Islam.
Penutup:
§ Pembentukan
ini merupakan bukti yang jelas bagi mencapai matlamat jangka masa panjang untuk
kemenangan Islam.
§ Kesetiaan
yang diberikan oleh penduduk Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w merupakan satu
jaminan terhadap kejayaan Islam di Madinah. Nabi telah berjaya membentuk
ummah sungguhpun berhadapan dengan cabaran getir terutama daripada pihak Yahudi
Soalan 13. Bincangkan peranan golongan Ansar dan Muhajirin pada zaman Khalifah
al-Rasyidin.
§ Zaman
khulafa ar-Rasyidin Sepanjang tempoh pemerintahan di Madinah mempunyai struktur pentadbiran islam yang mantap telah Berjaya di
bentuk dn menjadi panduan kepada
zaman-zaman selepasnya. Khalifah
pada zaman ini terdiri daripada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Umar
al-Khattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali Abi Talib
§ Semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin di kota madinah ini terdapat dua golongan penduduk
terbesar,iaitu orang arab dan yahudi. Orang
arab islam, terdiri dari orang-orang
Ansar dan orang-orang muhajirin.
Manakala orang yahudi di madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya
Bani Qainuqa; Bani Quraizah; dan Bani Nadir.
Isi-isi utama
Peranan golongan Muhajirin
1.
Membantu Khalifah dalam urusan
keagamaan dan pentadbiran
2.
Berkorban harta untuk agama
3.
Mengukuhkan ketenteraan Islam
4.
Menjadi utusan dakwah ke luar
negara
5.
Membantu golongan Ansar dalam
bidang ekonomi kerana kepakaran mereka dalam aspek pertanian
Peranan golongan Ansar
6.
Membantu menyebarkan Islam di
Madinah
7.
Membantu golongan golongan
Muhajirin
8.
Membantu Khalifah dalam aspek
keagamaan dan pentadbiran
9.
Menjalankan usaha dakwah
10.
Mempertahankan agama dan
negara Islam Madinah
11.
Mengukuhkan ketenteraan Islam
12.
Menyumbang harta benda dan
buah fikiran
Kesimpulan
§ Kedua-dua golongan Muhajrin dan Ansar mempunyai peranan
tersendiri dalam membantu mempertahan dan mengembangkan risalah Islam yang
dibawa oleh Khulafa al-Rasyidin
§ Masing-masing mempunyai peranan besar yang menjadi
gandingan mantap bagi memastikan kejayaan perjuangan Khalifah al-Rasyidin di
Madinah
Soalan 14: Huraikan struktur masyarakat pada
zaman Khulafa al-Rasyidin
Pendahuluan
§
Konsep
masyarakat
§
Latarbelakang
pemerintahan zaman Khulafa al-Rasyidin
Isi-isi penting:
Masyarakat
Islam
§ terdiri daripada bangsa Arab yang
berasal dari keturunan Semitik di kawasan lembah Sungai Tigris dan Furat.
Mereka terbahagi kepada dua kelompok yang utama iaitu Arab Selatan (Keturunan
Qahtan) dikenali Arab Aribah dan Arab
Utara (Keturunan Adnan) dikenali sebagai Arab Mustaribah.
Golongan
al-Riddah
§ iaitu golongan yang menentang
Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Mereka adalah golongan yang
murtad, enggan membayar zakat dan golongan yang mengaku sebagai Nabi Palsu
sepertimana Musailamah al-Kazzab yang mengaku sebagai nabi di Yaman.
§ Golongan ini telah ditentang
secara habis-habisan oleh Khalifah Abu Bakar melalui ketenteran di seluruh
pelosok Tanah Arab dan khususnya di Iraq dan Yaman. Peristiwa ini telah
memberikan kemenangan kepada pihak Islam danb bermulanya perluasan wilayah di
luar Tanah Arab seperti Iraq, Syria dasn Mesir.
Kaum Mawali
§ Kaum mawali ialah golongan hamba yang
memeluk Islam. Dalam kerajaan Khulafa
al-Rasyidin, golongan Mawali dianggap sebagai masyarakat kelas kedua.
§ Namun terdapat juga sebahagian
daripada mereka yang berjaya menaiki hierarki politik yang tinggi dan menjawat
jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
Kaum Syiah
§ Kaum Syiah ialah pengikut-pengikut Khalifah Ali yang
setia dan wujud selepas peristiwa Majlis Tahkim. Selepas
Muawiyah bin Abu Sufyan secara nyata memperdayakan Khalifah Ali dalam Majlis
Tahkim, golongan ini menjadi semakin aktif.
Golongan Syiah menjadi kuat dan fanatik selepas kuasa sebagai Khalifah
yang disandang oleh Khalifah Ali Abi Talib telah diambil alih oleh Muawiyah bin
Abu Sufyan.
§ Bagi golongan ini, perjuangan mereka yang suci adalah
untuk mengembalikan hak khalifah kepada keturunan Ali. Bagi
khalifah-khalifah Umaiyyah pula, golongan Syiah adalah puak pemberontak.
Kaum Khawarij
§ Golongan Khawarij adalah bekas tentera dari pasukan
Khalifah Ali bin Abu Talib yang bertindak untuk meninggalkan beliau kerana
mereka menuduh beliau terlalu berkompromi dengan Muawiyah bin Abu Sufyan.
§ Setelah meninggalkan pasukan Khalifah Ali, golongan ini
menjadi semakin radikal dan berbahaya. Menurut golongan ini, kedua-dua khalifah
Ali dan Muawiyah adalah bersalah.
Golongan ini juga dianggap sebagai pemberontak oleh pemerintah Umiayah.
Penganut Agama Nasrani
§ Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul
Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab Injil. Ia berkembang di Najran,
Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani Qadaah dan Bani Rabiah.
§ Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan
Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan Malkani di Maghribi dan Andalusia.
Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan sengit diantara
mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.
Penganut Agama Yahudi
§
Diturunkan di
Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah,
Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani
Namir, Bani al-Harith dan Bani Kandah.
§
Berbaur
sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana
beranggapan diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.
Kesimpulan
§ Masyarakat Islam selepas zaman Khalifah al-Rasyidin menjalani kehidupan
secara sempurna. Mereka adalah solongan
yang bijak, kuat, gigih dan sabar dalam mengharungi cabaran dan rintangan.
§ Keadaan politik yang selalu bergolak menjadikan
masyarakat ini menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Ajaran agama Islam didapati melengkapi
ketidaksempurnaan kehidupan mereka.
Nice
BalasPadam