1.6 Bentuk Pemerintahan
Soalan 28: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman
khulafah al-Rasyidin pada abad ke-7 masihi.
Pendahuluan
§ Kerajaan
khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar
al-Siddiq dipilih sebagai umat Islam Khalifah yang pertama,malah Kerajaan ini
juga diperintah oleh empat orang sahabat Nabi
Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar bin
al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Talib. Dengan ini,
gelaran Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
§ Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Madinah kekal menjadi
pusat pemerintahan dan pentadbiran. Namun, Masjid
Nabawi menjadi tumpuan lokasi perbincangan dan penggubalan dasar
pemerintahan dan pentadbiran.
Isi-isi penting:
Pemerintahan dan pentadbiran pusat
1.
Khalifah
merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya
tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura, iaitu keputusan yang
dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah Umar bin
al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal
dan setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat
yang berpengalaman dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.
2.
Selain
berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga
merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat,
ibu pejabat baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan
dengan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, loparan
kewangan daripada tanah jajahan akan dihantar melalui gabenor setiap wilayah
kepada khalifah setiap tahun.
3.
Selain
daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab mengendalikan
segala bentuk Hal-ewal politik,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil (kerajaan wilayah) yang bernaung
dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan
kerajaan pusat ialah Zaman
Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah berpusat di Damsyik, Bani Abbasiyah berpusat di Baghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan Bani Uthmaniyah yang
berpusat di Turki.
4.
kerajaan
pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan pentadbiran
untuk kemajuan kerajaan wilayah. Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah
khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu
atau secara musyawarah. Struktur
pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w
serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan
mengikut sunnah(hadis). Kerajaan
pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada kerajaan wilayah
seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan,
membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula
berhak meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.
Pemerintahan dan pentadbiran wilayah
1. Pemerintahan dan pentadbiran wilayah wujudnya
ekoran daripada kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam ekspedisi ketenteraan. Pada zaman
pemerintahan khalifah Abu Bakar
al-Siddiq, negara Islam telah dibahagikan kepada 10 buah daerah, iaitu Makkah,
Ta’if, Yaman, Hadhramaut, Khawlan, al-Jund, Najran, Zabid, Bahrain dan Jarsh. Bagi pentadbiran pada peringkat
wilayah seterusnya diperkemas pada zaman pemerintahan
Khalifah Umar bin al-Khattab berikutan kejayaan kempen peluasan kuasa.
Selain itu, Negara Islam dibahagikan kepada lapan buah wilayah utama, iaitu Madinah,
Makkah, Syam, Mesopotamia, Iran, Iraq,
Mesir dan Palestin.Setiap wilayah
berkenaan mempunyai ibu negeri atau mempunyai pusat pentadbiran masing-masing.
2. Untuk memastikan urusan pentadbiran berjalan
dengan lancar, Khalifah Umar bin al-Khattab telah membentuk sistem birokasi
yang sistematik. Setiap wilayah akan diketuai oleh Gabenor yang akan dibantu oleh pegawai-pegawai lain seperti
setiausaha dan pengawai tertentu di beberapa buah jabatan seperti setiausaha
Tentera, Pegawai Cukai(Sahib al-Kharaj),
Pegawai Polis(Sahib al-Syurtah),
Pegawai Perbendaharaan Neraga(Sahib Bait
al-Mal) dan seorang kadi.
3. Antara yang menjadi kerajaan wilayah dan
zaman semasa pemerintahan ialah Khulafa’ al-Rasyidin berwilayah di Makkah, Baghdad dan Damsyik. Pada zaman pemerintahan
Bani Umaiyah berwilayah di Makkah,
Madinah dan Baghbad. Manakala pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah berwilayah
di Makkah, Madinah dan Damsyik. Individu yang dilantik memegang
jawatan berkenaan wajib melaporkan harta sebelum dan setelah selesai
menjalankan tanggungjawab serta diperjelaskan mengikut bidang kuasa mereka agar
tidak timbul kekeliruan kelak. Malah, di setiap wilayah akan didirikan cawangan
baitulamal bagi memudahkan urusan pendapatan dan perbelanjaan negara.
4. Dalam pentadbiran, kerajaan wilayah mempunyai
kuasa autonomi yang terhad. Namun, Pemerintah tertinggi di kerajaan
wilayah ialah gabenor yang dilantik oleh pemerintah tertinggi kerajaan pusat,
iaitu Khalifah.Gabenor kerajaan wilayah dibantu oleh pembesar seperti kadi dan
wazir yang dilantik oleh Khalifah.
Pemerintah kerajaan wilayah sering bertukar mengikut pertukaran khalifah
dalam kerajaan pusat dan struktur bagi pemerintahan kerajaan wilayah mencontohi
struktur pemerintahan pusat dan tidak boleh bertindak sendiri tanpa kebenaran
kerajaan pusat.
5. Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan
wilayah bertanggungjawab untuk membantu kerajaan pusat dalam semua perkara seperti
pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk menentang musuh, menjaga keselamatan
dan sebagainya.Tetapi karajaan wilayah harus mematuhi segala arahan
daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan kerajaan
wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan
dikenakan ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai
contoh, memecat gabenor dan pegawai kerajaan.
Penutup
§ Sistem
pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin yang telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah
diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
§ Struktur
pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah
Umar bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.
Soalan 29: Huraikan sistem pemerintahan pusat dan wilayah pada zaman
Kerajaan Turki Uthmaniyah pada abad ke-16 dan 17 Masihi.
Pendahuluan
§ Kerajaan
Uthmaniyah memerintah dari tahun 1281 hingga 1924 Masihi. Pada tahun 1453
Masihi, pemerintahannya berpusat di Istanbul. Kerajaan ini ditubuhkan selepas
tentera Mongol berjaya menakluki kerajaan Abbasiyah di Baghdad.
§ Kerajaan
Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Setelah itu, pemerintahan
kerajaan ini diteruskan oleh 38 orang khalifah lagi. Antara pemerintah
Uthmaniyah yang terkenal ialah Urkhan, Muhammad II dan Sulaiman II.
Isi-Isi Penting :
1.
Struktur
Pemerintahan dan Pentadbiran Pusat
§ Sultan
merupakan individu yang mempunyai kuasa tertinggi dalam bidang agama, politik,
pentadbiran dan kewangan. Pada peringkat awal, sultan terdiri daripada para amir
yang menjadi tuan tanah dalam kerajaan Saljuk. Sultan dibantu oleh Wazir
Agung yang bertindak sebagai ketua pentadbir dan penasihat sultan. Beliau
merupakan ketua segala hal ehwal pentadbiran dan juga memiliki cop mohor
sebagai simbol wakil sultan. Wazir Agung dibantu oleh tiga orang hakim tentera,
dua orang Beylerbey (ketua turus tentera sultan), dua orang Defterdar
(bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran kewangan), seorang Agha
(wakil tentera darat), seorang Laksamana, dan seorang Nishanji bagi
monogram sultan.
§ Pada zaman
pemerintahan Sultan Salim I, jawatan mufti (Shaykh al-Islam) telah diwujudkan.
Tugas utamanya ialah mengeluarkan fatwa dalam semua aspek agama termasuk
keputusan berperang sesama orang Islam. Mufti juga diberikan hak melantik pegawai-pegawai istana
di ibu kota Istanbul. Kadangkala sultan turut campur tangan dalam soal fatwa,
misalnya ketika menentang ajaran Syiah bagi tujuan menjaga keamanan negara.
§ Penubuhan
kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan mengikut sistem feudal yang ditiru daripada
Byzantine. Sistem pemerintahannya turut dibantu oleh golongan tentera yang
dikenali sebagai fief . Fief merupakan tentera asasi kerajaan
Uthmaniyah. Fief yang berjasa dikurniakan tanah. Tanah-tanah tersebut
dikendalikan oleh para petani. Tanah kurniaan ini telah menghasilkan antara
3000-20 000 asper. Asper ialah mata wang perak. Fief yang berkhidmat secara
peribadi dengan sultan diberikan tanah yang lebih luas (ziamet) dan
hasilnya mencapai 100 000 asper. Tanah kurniaan
yang lebih luas (khass) diberikan kepada gabenor wilayah. Tanah kurniaan
di Eropah menyediakan sebanyak 80 000 ekor kuda, sementara di Asia 50 000 ekor
kuda. Senjata yang digunakan oleh fief ialah tombak, pedang, panah dan perisai.
Pakaian mereka ialah baju dan serban serta menunggang kuda.
§ Mereka ini
dikelompokkan di bawah beberapa orang ketua yang membawa bendera (Sanjak atau
Liwa’). Ketua ini dipanggil bey. Antara bey, ada beberapa orang
beylerbey; terbesar ialah Beylerbey, Anatolia dan yang kedua Beylerbey Rumali
di Eropah. Bey-bey ini juga memakai gelaran Pasha. Beylerbey merujuk
kepada ketua turus tentera sultan yang mempunyai kuasa yang sangat luas, malah
putera mahkota terpaksa tunduk kepadanya.
§ Sistem
feudal runtuh setelah kerajaan Uthmaniyah
bertambah luas dan sultan terpaksa menyerahkan kuasa tanah fief kepada
Beylerbey. Pihak Beylerbey telah menyalahgunakan kuasa dengan bertindak
memberikan tanah fief kepada mereka yang menyokongnya dan merampas tanah fief
daripada orang yang melakukan kesalahan kecil. Penyalahgunaan kuasa ini telah
dihapuskan semasa pemerintahan Sulaiman al-Qanuni menerusi Kanunname
(1530 M). Walaubagaimanapun, sistem tanah fief ini diteruskan tetapi
syarat-syaratnya diketatkan.
§ Lama-kelamaan
tentera feudal telah digantikan dengan tentera upahan yang menggunakan senjata
yang lebih canggih termasuk meriam besar bermula pada akhir abad ke-16 M. Tentera
Uthmaniyah di peringkat awalnya terdiri daripada empat pasukan (skuadron
menyamai 120-200 orang) yang diasaskan oleh Orkhan sendiri. Bilangannya
kemudian bertambah sehingga 11 500 orang bagi setiap skuadron (1534 M).
2.
Struktur
Pemerintahan dan Pentadbiran Wilayah
§ Setiap
wilayah ditadbir oleh gabenor wilayah yang bertanggungjawab mentadbir tanah
kurniaan yang agak luas yang akan dikendalikan oleh para petani.
§ Kadi
merupakan ketua agama bagi setiap daerah. Tugasan utama pegawai berkenaan ialah
mengendalikan hukum jenayah dan sivil berdasarkan syariah Islam yang
berpandukan Al-Quran dan hadis.
§ Multezim pula
bertanggungjawab untuk mengutip semua cukai dari kawasan-kawasan tertentu.
Sebahagian daripada hasil kutipan tersebut diserahkan kepada perbendaharaan negara.
Pegawai kerajaan diberikan kuasa untuk mengutip bayaran yang dikenali sebagai bakshish
untuk perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.
§ Golongan
intelektual Muslim bertanggungjawab dalam pentadbiran keadilan, menguruskan
wakaf untuk menyokong perkembangan sekolah dan hospital serta pendidikan belia
Muslim. Ada kalanya, golongan ini berperanan sebagai orang tengah antara rakyat
dan cabang-cabang lain kelas pemerintah.
Penutup
§ Kerajaan
Turki Uthmaniyah berjaya meluaskan kuasa dan pengaruhnya ke Eropah Timur.
Soalan 30: Huraikan sistem
pemerintahan kesultanan Andalusia pada abad ke-13
Pendahuluan
§ Pada abad
ke-13 M menyaksikan kemunculan kerajaan Nasriyyah yang merupakan kemunculan
kerajaan islam terakhir yang memerintah Andalusia (635-897 H/1238-1492 M.
Kerajaan ini dikenali dengan nama Bani Nasr atau Bani al-Ahmar. Sebelum
kemunculan kerajaan ini, Andalusia mnjadi rebutan dalam kalangan pemerintahan
islam. Antaranya ialah Abu Jamil Zayyan bin Maddanish dengan Abu Abd Allah
Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami atau juga dikenali sebagai Ibn Hud.
§ Sebelum
pengasasan kerajaan Nasriyyah, Andalusia berada dibawah pemerintahan kerajaan
al-Muwahhidun. Kerajaan al-Muwahhidun telah memerintah Andalus sehingga
kerajaan ini dikalahkan oleh tentera-tentera kristian pada tahun 1212 M.
Isi-isi Penting:
1.
Pemerintahan
kerajaan al-Muwahhidun
§ Berjaya
menguasai beberapa buah wilayah di Sepanyol seperti Granada dan Toledo. Namun
demikian ketika pemerintahan Muhammad al-Nasir, kerajaan ini menjadi lemah.
Pemerintahn yang terakhir iaitual-mustansir tidak berupaya mengembalikan semula
kadaulatan wilayah-wilayah kerajaan al-Muwahhidun yang ditawan oleh tentera
Kristian.
§ Pemimpin
al-Muwahhidun menggunakan gelaran yang mempunyai unsure-unsur Syiah seperti
al-Mahdi, al-Nasir dan al-Mansur. Walaubagaimanpun, penggunaan gelaran ini menimbulkan rasa
kurang senang dalam kalangan bangsa Arab yang mengharapkan kewujudan system
demokrasi islam.
§ Pentadbiran
kerajaan ini di peringkat pusat dan wilayah diperintah berasaskan sumber
perundangan daripada mazhab maliki. Hal ini secara tidak langsung telah
melemahkan golongan yang tidak berpegang terhadap fahaman syiah.
2.
Perjanjian
damai
§ Bagi
mewujudkan iklim politik yang stabil, pemimpin kerajaan pernah mengadakan
perjanjian damai dengan Raja leon dan Castile. Namun perjanjian damai ini hanya
berkekalan selama 10 tahun sahaja. Semasa pemerintahan al-Nasir, Bainda
terpaksa melepaskan wilayah kekuasaan kepada tentera Kristian.
3.
Murcia
sebagai pusat pemerintahannya
§ Abu Abd
Allah Muhammad bin Yusuf bin Hud al-Judhami ata Ibn Hud berusaha menerajui
pemerintahan Andalusia dengan menjadikan Murcia sebagai pusat pemerintahannya.
§ Pada tahun
1228 M, Ibn Hud yang dikenali juga dengan gelaran Amir al-Mukminin Sayf
al-Dawlah al-mutawakkil ‘Ala Allah Berjaya menawan Murcia daripada wakil
kerajaan al-muwahhidun. Kejayaan ini membolehkan Ibn Hud bertapak di Cardova,
Seville, Granada, Almeria, Ceuta Algeciras, Jaen, Merida dan Badajoz.
4.
Melaksanakan
syariah islam
§ Ibn Hud
bertekad melaksanakan Syariah Islamiyah di setiap kawasan yang dikuasai. Beliau
juga telah memaklmkan kepada khalifah kerajaan Abbasiyah di Baghdad tentang
kejayaan penguasaannya terhadap Bandar-bandar tersebut.
§ Walaubagaimanapun,
cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Ibn Huda mat getir. Akibat tekanan dan
serangan daripada tentera-tentera Kristian, beliau mengalami kekalahan termasuk
Di Cardova
5.
Saingan
daripada al-Ahmar
§ Kerajaan
al-Muwahhidun juga terpaksa hadapi saingan daripada al-Ahmar yang kemudiannya
Berjaya membentuk kerajaan Nasriyyah. Sebagaimana Ibn Hud, Ibn al-Ahmar juga
berusaha mendapatkan pengikhtirafan daripada kerajaan abbasiyah di Baghdad.
§ Implikasinya
, pada tahun 1231 M, beliau Berjaya memperluaskan pemerintahannya dengan
menduduki wilayah-wilayah seperti Carmona, Cardova, dan Seville. Beliau juga
telah bekerjasama dengan pemimpin di Seville, iaituu al-Bajji bagi menewaskan
Ibn Hud
6.
Berjaya
menyingkirkan al-Bajji
§ Sebagai
seorang yang hebat berpolitik, beliau kemudiannya Berjaya menyingkirkan
al-Bajji dengan melakukan pembunuhan secara rahsiah. Bermula pada tahun 1232 M
, beliau Berjaya memperoleh kesetiaan penduduk jerz, Malaga dan kawasan
sekitarnya.
§ Disebabkan pentadbiran
kota Seville serta kota-kota lain di bahagian barat andalus di pegang oleh
pemimpin tempatan yang sedia memberikan ketaatan kepadanya, maka Ibn al-Ahmar
telah membentuk kuasa ketenteraan di kawasan-kawasan tersebut.
7.
Mengamalkan
pentadbiran yang zalim
§ Ibn al-Ahmar
terlibat secara langsung di Granada bermula pada tahun 1238 M, iaitu apabila
beliau Berjaya menguasai kota tersebut daripada bekas gabenor Ibn Hud yang
mengamalkan pentadbira yang zalim. Di sebabkan kezaliman itu, penduduk Granada
bersedia memberikan kesetiaan kepada Ibn Al-ahmar
§ Pada tahun
1246 M, Ibn al-Ahmar telah menandataingani perjanjian dengan pihak Kristian.
Menurut perjanjian tersebut, Ibn al-Ahmar sanggup membayar ufti dan bersetuju
menyerahkan wilayah Jaen, Arjona, Porcuna, Priego, Higuera dan La Frontera
kepada Castille yang ketika itu berkhidmat dibawah pemerintahan Ferdinand III.
§ Beliau
menandatangani perjanjian damai dengan pihak Kristian di Granada dan menjamin
penerusan pemerintahan kerajaan Nasriyyah berkekalan di Andalus.
Kesimpulan
§ Sepanjang
penguasaan Ibn al-Ahmar, beliau telah Berjaya menguasai Granada dan
wilayah-wilayah di sekitarnya. Namun disebabkan tentangan-tentangan tentera
Kristian,
§ Kekuasaan
beliau hanya terhad di Granada. Pemerintahan kerajaan Nasriyyah diteruskan oleh
21 orang sultan berikutnya sehingga lah kerajaan ini berakhir pada tahun 1492
M.
Soalan 31: Huraikan
sistem pemerintahan kesultanan Moghul di India pada abad ke-16 hingga 17 Masihi
Pendahuluan
§ Kerajaan Mughal diasaskan oleh Babur/Baber berikutan
kejayaannya mengalahkan sultan Ibrahim Lodi. Dalam perang panipat sekali gus
Berjaya membentuk kerajaan Mughal.
§ Kerajaan ini mempunyai beberapa orang
pemerintah yang berwibawa. Antaranya ialah Akbar dan Aurangzeb. Kerajaan ini
berakhir apabila pemerintah terakhirnya dibuang negeri ke Myanmar oleh
Britishpadapertengahan abad ke 17 M
Isi-isi Penting:
1. Pemerintahan
kerajaan Moghul mengamalkan dasar
pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan
urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan
perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat
mengekalkan kestabilan empayarnya. Akbar
telah membentuk sistem ‘Mansabdar’(pegawai yg t’diri drpd golongan bangsawan)
merupakan pegawai yang ditugaskan memerintah dan melengkapkan satu pasukan
tentera diraja serta bertanggungjawab melaksanakan tugasan berhubung
pentadbiran awam. ‘Mansabdar’ ini dibahagi kepada 33 peringkat yang setiap
satunya memerintah satu batalion tentera berkuda. Tentera berjumlah antara 10
hingga 10 000 orang dan mereka mendapat gaji secara tunai atau ‘jagir’.
2. Selain itu, Akbar telah membentuk kabinet.
Beliau juga melantik Perdana Menteri yang dipanggil wakil serta menteri-menteri
yang digelar ‘wazir’. Menteri paling kanan selepas Perdana Menteri ialah
Menteri Kewangan. ‘Khan Qanan’ iaitu jawatan Ketua Turus Tentera
bertanggungjawab ke atas semua ‘mansabdar’. Jawatan ini dikhaskan kepada
keluarga diraja sahaja.
3. Pada zaman pemerintahannya india dibhagikn
kpd 18 buah wilayah@ subas dan
d’tmpatkan seorang gabenor (subadar) yg merangkap ketua tentera. Jabatan lain
yang turut ditubuhkan ialah ‘Diwan’ yang menguruskan hal kewangan, ‘Mir Bakhsi’
yang mengurus gaji tentera dan akaun dan
‘Sadr-us-Sudur’ yang bertanggungjawab dalam aspek agama dan kebajikan.
‘Muhtasib’ pula menjaga moral awam manakala ‘Qadi al-Qudah’ mengurus hal
kehakiman dan perundangan. Pada
peringkat bandar, ‘Kotwal’ akan menjaga keamanan, meronda, mengesan pencuri dan
orang asing serta menjadi pengintip dan menghalang penyembelihan lembu, kerbau
dan unta. Kadi dan mufti pula dilantik untuk menjalankan pengadilan bagi orang
Islam dan Hindu dengan diawasi seorang Hakim Besar.
4. Manakala
pemerintahan Aurangzeb yg memerintah selama 50 thun dri tahun 1658-1707
sebagai maharaja berjaya menghadapi segala permasalahan yg berlaku di
empayarnya dgan berkesan krana beliau berpgang kuat pada agama. Beliau
bercita-cita menjadikan seluruh india mnjadi sebuah negara yg mengamalkan
mazhab AHLI SUNNAH WAL JAMAAH . Mereka menyakat pengaruh HINDU dan melarang org
islam masuk ke sekolah hindu. Semasa pemerintahan Aurangzeb, peranan
golongan ulama amat penting dalam pentadbiran pusat sekaligus menyingkirkan
golongan bukan Islam di sisi pemerintah. Al Quran dan hadis dijadikan asas
perundangan negara. Aurangzeb juga menghidupkan semula amalan syura dalam
pemerintahan.dri pemerintahan Aurangzeb ini membawa sedikit perubahan apabila
ulama memainkan peranan mereka dalam menasihati pemerintah dalam urusan
pentadbiran dan pemerintahan.
5. Namun begitu, Golongan hindu terkilan dgn
polisi Aurangzeb dan ingin menumpaskan kerajaan mughal mnakala golongan syiah
pula memberontak kerana Aurangzeb menganggap syiah adalah golongan sesat yg
hampir sama dgan hindu.
Kesimpulan
§ Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan
telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
§ Namun, sedikit perubahan berlaku ketika
pemerintahan Aurangzeb apabila golongan ulama memainkan peranan penting
menasihati pemerintah.
Soalan
32: Huraikan organisasi pentadbiran dalam pentadbiran pusat dan wilayah yang
dijalankan oleh Maharaja Akhbar.
Pendahuluan
§ Jalaluddin Muhammad Akhbar
(Akhbar Agung)ialah anak kepada Humayun, iaitu pemerintah empayar Moghul yang
kedua (1556 – 1605M). Pada 14 Februari 1556, Akhbar menggantikan ayahnya yang
meninggal dunia. Akhbar menjadi pemerintah Moghul yang ketiga. Semamsa menaiki
takhta beliau berusia 13 tahun. Ketika pemerintahannya, Akhbar Berjaya
menghapuskan ancaman daripada Sher Shah
§ Berkahwin dengan seorang
puteri Rajput. Dirundung malang pada tahun-tahun akhir pemerintahannya akibat
salah laku anak-anaknya. Akhbar meninggal dunia pada 15 Oktober 1605 dan
disemadikan di Sikandra, berhampiran Agra.
Isi-isi Penting:
Pentadbiran Pusat dan Wilayah
§ Akhbar menjalankan system
pemusatan kuasa dan pentadbiran wilayah. Telah mengasingkan politik dengan
agama dan menghapuskan perbezaan dari segi agama dan bangsa. Contohnya orang
bukan Islam mendapat kelonggaran persamaan hak dengan orang Islam bagi mengisi
jawatan dan pentadbiran
§ Pada tahun 1581M, baginda
memperkenalkan agama baharu, iaitu Din Ilahi (gabungan agama Islam, Hindu,
Kristian dan Zoroster)
§ Telah meghapuskan amalan
perhambaan dan disokong oleh rakyat. Turut menghapuskan bayaran jizyah dengan
alas an mewujudkan keadilan dan membekalkan kestabilan empayarnya
§ Kerajaan Akhbar berasaskan
pewarisan dan baginda menjadi ketua Negara yang bergelar sultan (maharaja).
Sultan memerintah dan mempunyai kuasa mutlak serta dibantu oleh pegawai yang dilantik
seperti Bairam Khan (perdana Menteri) Navratnas (Sembilan Permata)
OrganisasiPentadbiran
Peringkat
Pusat:
§ Mewujudkan Mansabdar yang
dijalankan oleh pegawai yang dilantik
untuk melakukan tugas-tugas pentadbiran awam. Serta ditugaskan memerintah dan
melengkapkan pasukan tentera diraja
§ Mansabdar dibahagikan
kepada 33 peringkat. Di setiap peringkat, Mansabdar memerintah satu batalion tenetra
(antara 10 hingga 1000 orang)
§ Jawatan-jawatan utama yang
lain, iaitu:
a)
Wakil (perdana menteri)
b)
Wazir (menteri) – Menteri kewangan ialah menteri paling
kanan selepas perdana menteri
c)
Ketua Turus Angkatan Tentera – dipanggil sebagai 'Khan
Qanan'. Ia bertanggunjawab terhadap semua Mansabdar dan dikhaskan untul
keluarga diraja sahaja
d)
Kadi besar – bertanggungjawab terhadap kehakiman
e)
Muhtasib – menjaga moral awam
f)
Diwan – mengurus hal-hal kewangan
g)
Mir Bakshi – menjaga soal akaun dan gaji tentera
h)
Sard-us-Sudur – bertanggungjawab tentang hal agama dan
kebajikan
i)
Kotwal – menjaga keamanan, mengadakan rondaan, menjadi
pengintip dan mengesan pencuri
Peringkat
Wilayah:
§ India dibahagikan kepada
18 wilayah(subas) ketika akhbar memerintah
§ Di setiap wilayah (subas)
dibahagikan kepada beberapa daerah (sarkar)
§ Faudjar bertanggungjawab
menguruskan pentadbiran diperingkat daerah
§ Di setiap sarkar
dibahagikan kepada parganah (mukim) dan mahal (kampung)
Kesimpulan
§ Amalan pemusatan kuasa dalam pemerintahan
telah memastikan bahawa kedudukan pemerintah tidak dapat dicabar individu lain.
§ Pemerintahan
kerajaan Moghul mengamalkan dasar
pemusatan kuasa. Akhbar pemerintah pertama yg merintis jalan mengasingkan
urusan politik dan pemerintahan dengan agama. Beliau juga menghapuskan
perbezaan-perbezaan berasaskan agama dan bangsa. Melalui polisi ini Akbar dapat
mengekalkan kestabilan empayarnya.
saya ingin meminta izin mengambil beberapa isi daripada blog cikgu.
BalasPadamAmbik jak sia ,ilmu bah
PadamNak tnye ada tak jwpn bagi soalam "Bincangkan peranan Majlis Syura dalam sistem pemerintahan pada zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman kerajaan Umaiyah
BalasPadamRIZAB BANK PUSAT TURKI KINI MELEBIHI $115 BILION, TIADA HUTANG DENGAN IMF DAN TIADA URUSAN DENGANNYA
BalasPadamhttps://turkeykini.com/rizab-bank-pusat-turki-kini-melebihi-115-bilion-tiada-hutang-dengan-imf-dan-tiada-urusan-dengannya/