2.1 Sistem dan
Institusi Ekonomi
Soalan 54: Huraikan konsep asas dan prinsip ekonomi
dalam islam
Pendahuluan
§ Menurut pandangan islam, ekonomi merujuk kepada
suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat, sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber
untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani bagi
mendapat keredhan Allah SWT.
§ Ekonomi Islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid
bagi melahirkan manusia yang beriman, beramanah dan bertanggungjawab.
Isi-isi Penting
Konsep dan asas-asas ekonomi
Islam
§ Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT sebagai
penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan
makhluk bagi mencapai kesempurnaan islam
§ Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubugan manusia dengan
pencipta-NYA dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep tauhid.
§ Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau
penyucian jiwa melalui amalan seperti
zakat dan sedekah.
Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai pemegang
amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum syarak dan
tidak melakukan sebarang kerosakan.
§ Konsep persaudaraann dan pengorbanan
yang merupakan amalan yang
menandakan keimanan seseorang melibatkan kasih saying,hormat-menghormati,bertanggungjawab
dan rela berkorban.
§ Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan ataupun kebahagian
yang diperoleh sama ada di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang
berteraskan syarak.
Prinsip-Prinsip ekonomi Islam
§ Hak milik individu. Pemegang hak milik sebenar ialah Allah SWT. Manusia hanya diberikan hak
mengurus dan mengambil manfaat daripada harta yang di anugerahkan oleh Allah
SWT.Hak milik dalam islamadalah tidak mutlak tetapi terikat dengan hokum dan
peraturan islam.
§ Hak milik umum ini pada
kebiasaannya di urus oleh pihak pemerintah dan di agihkan secara adil dan
saksama kerana ia merupakan hak milik bersama
§ Aktiviti ekonomi yang di uruskan. melibatkan aktiviti pengeluaran dan
penggunaan.Barang pengeluaran mestilah yang diharuskan oleh islam iaitu yang
bersih,suci,berguna dan tidak membahayakan
Penutup
§ Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam merupakan suatu bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal
(lahiriah) dan spiritual.Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep tauhid
bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.
Soalan 55: Huraikan ciri-ciri sistem ekonomi Islam
Pendahuluan.
§ Menurut pandangan islam,ekonomi merupakan suatu ilmu yang
mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat islam, sama ada di
peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk diri, masyarakat
dan negara, dari segi rohani dan jasmani.
§ Pada zaman nabi muhammad saw,sumber wahyu merupakan asas
kepada penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat
islam khasnya dan umat manusia amnya.
Isi-isi penting
1. Aktiviti ekonomi bertujuan untuk beribadah kepada
Allah.
§ Dalam sistem islam, tujuan utama setiap aktiviti
perniagaan, pelaburan, perusahaan dan seumpamanya adalah untuk beribadah kepada
allah swt. Dalam kontek ini, tiada sebarang aktiviti ekonomi islam dilaksanakan
selain dasar ini.
§ Aktiviti ekonomi haruslah di lakukan berkhemah,
bertanggungjawab dan tidak mengetepikan aspek nilai dan kebajikan.
2.
Matlamat jangka panjang diutamakan.
§ Matlamat sistem ekonomi adalah untuk memberi kemakmuran
dan kesejahteraan kepada rakyat
§ Bagi individu yang mengushakan perniagaan,matlamat jangka
dalam aktiviti yang diletakkan adalah untuk mencapai kesejahteraan hidup di
akhirat.
3.
Memberi kemakmuran kepada masyarakat.
§ Tujuan aktiviti pernigaan dan ekonomi adalah untuk
memberi kemakmuran dan kesenangan kepada masyarakat Produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan
adalah untuk maningkatkan nilai dan tahap hidup masyarakat.
§ Perkhidmatan pelacuran,perjudian,dan seumpamanya tidak
ada sama sekali dalam senarai aktiviti ekonomi islam Sebagaimana yang di
amalkan masyarakat jahiliah dan kaum yahudi di madinah,kerana ia membawa kepada
kerosakan dan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat.
4.
Keuntungan dunia dan akhirat.
§ Perniagaan dan aktiviti ekonomi adalah untuk mendapat
keuntungan meterial dan pahala daripada aktiviti yang dilakukan nabi muhammad
s.a.w. menjelaskan bahawa,"peniaga yang amanah berada di bawah naungan
arash pada hari pengadilan." Hadis menjelaskan bahawa peniaga yang
menjalankan urusan perniagaan dengan amanah dan tidak menipu timbangan serta
sukatan akan dimasukkan ke dalam golongan yang diberi keistimewaan.
§ Semakin banyak pahala yang diperoleh daripada aktiviti
ekonomi, semakin tinggi usaha yang dilaksanakan. Seterusnya, aktiviti ekonomi
akan mengutamakan sifat tolong- menolong, jujur dn mengutamakan golongan yang
lemah kerana matlamatnya adalah untuk mendapat pahala dan ganjaran Allah s.w.t.
Penutup.
§ Sistem ekonomi islam sebenarnya berasaskan konsep tauhid
bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah
§ bertanggungjawab dan sumber wahyu merupakan asas kepada
penggubalan dan pelaksanaan segala kegiatan ekonomi yang melibatkan umat islam.
Soalan 56: Huraikan prinsip ekonomi Islam yang berkaitan dengan pemilikan
harta dan aktiviti ekonomi yang dilarang oleh Islam.
Pengenalan
§
Ekonomi menurut pandangan
Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia selaras dengan tuntutan
syariah Islam sama ada diperingkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber
untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara dari segi rohani dan jasmani bagi
mendapatkan keredhaan Allah SWT. Ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada
cara hidup Islam yang menyeluruh merangkumi aspek rohani dan jasmani
§
Kerangka pemikiran Islam jelas
mengatakan tidak ada pemisahan antara agama dan ekonomi kerana asas ekonomi
Islam berbentuk segi tiga iaitu Allah S.W.T. sebagai pencipta dan penguasa,
manusia sebagai hamba dan harta kekayaan yang mesti dimanfaatkan menurut hukum
dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Umat Islam dibenarkan
menjalankan kegiatan ekonomi bagi memperoleh pendapatan selagi cara yang
digunakan tidak melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
Al-Quran dan Al-Sunnah
Isi-isi penting
Prinsip asas ekonomi Islam
§
Konsep uluhiyyah yang menjelaskan tentang sifat Allah SWT. sebagai
Penguasa yang membuat peraturan-peraturan bagi menjaga dan menampung kehidupan
makhluk untuk mencapai kesempurnaan Islam.
§
Konsep rububiyyah yang menjelaskan tentang hubungan manusia dengan
pencipta-Nya dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan konsep Tauhid.
§
Konsep tazkiyyah yang menjelaskan tentang pembentukan atau penyucian jiwa
melalui amalan seperti zakat dan
sedekah.
§
Konsep manusia sebagai khalifah yang menjelaskan tentang manusia sebagai
pemegang amanah yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi berdasarkan hukum
syarak dan tidak melakukan sebarang kerosakan.
§
Konsep persaudaraan dan pengorbanan yang merupakan amalan yang menandakan
keimanan seseorang melibatkan kasih sayang, hormat menghormati,
bertanggungjawab dan rela berkorban.
§
Konsep al-Falah yang merujuk kepada kejayaan atau pun kebahagian yang
diperoleh sama ada di dunia dan di akhirat berlandaskan amalan-amalan yang
berteraskan syarak
§
Dalam Islam, hak milik
terbahagi kepada dua iaitu hak milik
individu dan hak milik masyarakat atau negara (umum).
Hak milik individu :
§ Pemegang hak milik sebenar ialah Allah
SWT. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manfaat daripada harta
yang dianugerahkan Allah SWT. Hak milik dalam Islam adalah tidak mutlak tetapi
terikat kepada hukum dan peraturan Allah.
§ Islam mengiktiraf pemilikan harta
secara individu. Pada masa yang sama Islam mensyaratkan pemilik harta supaya
menjaga dan memelihara agama, jiwa,
kehormatan dan keselamatan harta serta melarang memperoleh harta secara
haram.
§ Pemilikan harta individu yang tidak
terkawal dan terarah boleh mendatangkan gangguan terhadap orang lain dan
kebajikan umum. Demi kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat, Islam
telah menentukan cara-cara pemilikan harta. Dalam agihan harta hendaklah
dielakkan daripada berlaku jurang pendapatan yang terlalu besar atau melakukan
pembaharuan harta sehingga orang lain tidak dapat menikmati hasil daripada
pengembangan harta yang banyak.
§ Umat Islam diingatkan supaya perolehan
harta yang banyak boleh mendatangkan kecintaan yang berlebihan terhadap harta
dan seterusnya melalaikan manusia daripada melakukan ibadat dan mengingati
Allah SWT. serta boleh terjerumus ke lembah kehinaan dan kekufuran.
§ Pemilik harta juga harus membelanjakan
harta ke jalan Allah SWT. dengan menderma,membuat amal jariah dan mengeluarkan
zakat. Jika seorang hartawan tidak mengeluarkan zakat,nasib orang miskin tidak
akan terbela dan mereka akan terus berada dalam kemiskinan dan kemelaratan.
Hak milik umum :
- Harta yang
dikhususkan kepada kepentingan umum atau masyarakat merangkumi harta umum
yang sedia ada atau ciptaan Tuhan dan harta hasil usaha manusia seperti
pembinaan jalan raya, talian air paip, tempat rekreasi dan seumpamanya.
Harta ini perlu dipelihara dan dikongsi bersama.
- Harta milik
umum ini pada kebiasaannya diurus oleh pihak pemerintah dan diagihkan
secara adil dan saksama kerana ia merupakan hak milik bersama.
- Melibatkan
aktiviti pengeluaran dan penggunaan. Barangan pengeluaran mestilah yang
diharuskan oleh Islam iaitu yang bersih, suci, berguna dan tidak
membahayakan.
- Dalam proses
pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan,
penganiayaan, penindasan serta menjaga hak dan kebajikan pekerja.
- Mesti
dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil. Sebaliknya digalakkan sifat
berjimat cermat, berhemat dan bantu membantu serta menggunakannya dalam
perkara-perkara yang diharuskan sahaja.
Aktiviti ekonomi yang diharamkan
Riba
- Islam
mengharamkan aktiviti perniagaan atau ekonomi yang berasaskan riba.
Pengamalan riba yang bermaksud pembayaran kembali kepada peminjam yang
dilakukan oleh individu atau berkumpulan terhadap modal kewangan dengan
melibatkan tambahan nilai melebihi daripada asal sesudah selesai tempoh
pembayaran yang dipersetujui bersama.
- Riba jelas
diharamkan di dalam Islam berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah yang bermaksud “…Allah telah menghalalkan jual beli dan
mengharamkan riba”. Oleh itu, riba jelas hanya akan menyusahkan
peminjam dan dianggap sebagai penindasan kepada golongan yang benar-benar
memerlukan.
Rasuah
- Islam turut
mengharamkan amalan rasuah kerana akan melibatkan unsur penipuan dan dapat
meruntuhkan nilai moral sehingga menjatuhkan nilai agama dan kestabilan
negara. Kesan pengamalan rasuah amat ketara iaitu melibatkan
penyalahgunaan kuasa, melemahkan pentadbiran dan ekonomi negara akan turut
terjejas.
Judi
- Islam juga
mengharamkan judi kerana mendatangkan kerosakan akhlak dan moral manusia.
Orang yang mengusahakan perjudian
dan melibatkan diri dalam perjudian akan menanggung dosa. Allah SWT. telah
berfirman dalam surah “ al-Maidah yang
bermaksud “…Sesungguhnya (minum)
arak ,berjudi,….adalah perbuatan keji daripada perbuatan syaitan.”
Malahan , judi boleh menyebabkan seseorang itu bersikap malas dan sentiasa
mengharapkan belas ihsan daripada orang lain sahaja.
Pelacuran :
- Kegiatan
pelacuran juga adalah sumber ekonomi yang diharamkan oleh Islam. Kegiatan
ini melibatkan perkhidmatan untuk mendapatkan wang menerusi penzinaan.
Jelasnya, amalan ini akan merosakkan masyarakat, merendahkan moral serta
menjejaskan keturunan.
Mencuri dan merompak :
- Kegiatan
mencuri dan merompak juga merupakan aktiviti ekonomi yang diharamkan oleh
Islam. Allah SWT. telah berfirman dalam surah al-Maidah yang bermaksud “ Lelaki
dan wanita yang mencuri potonglah tangannya sebagai balasan kejahatan yang
dilakukannya dan seksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana”.
- Hal ini
membuktikan bahawa Islam amat tegas dalam hukum mencuri kerana kegiatan
ini bukan sahaja meruntuhkan moral individu malahan turut mengancam
keharmonian masyarakat dan negara.
Kesimpulan :
§
prinsip ekonomi Islam lebih
mementingkan pemilikan harta untuk dikongsi bersama dan mengharamkan ekonomi
yang menjurus kepada kemusnahan diri, agama, masyarakat dan negara
§
pihak berkuasa atau pemerintah
wajib melaksanakan sistem ekonomi yang adil dan membanteras sebarang
penyelewengan demi mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi agihan harta
antara individu di satu pihak dan masyarakat dipihak yang lain
Soalan 57: Bincangkan kegiatan dan sumber
pendapatan ekonomi Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW pada abad ke-7 Masehi.
Pendahuluan
§ Madinah merupakan sebuah kawasan yang asalnya sebuah
oasis. kawasan yang subur dan kaya dengan kegiatan ekonomi terutama perdagangan
dan pertanian.
§
Isi-isi Penting:
Kegiatan ekonomi
§ Kegiatan ekonomi utama adalah perdagangan dan pertanian.
Tanaman seperti anggur,barli,dan gandum. tamar adalah tanaman yang penting dan
memberi faedah kepada penduduk madinah. Barangan yang di perdagangkan ialah
kurma, bijirin, emas, zamrud dan arak. Ekonomi di Madinah di monopoli oleh
golongan yahudi. Mereka merupakan Usahawan, petani dan peniaga yang mengamalkan
riba. Manakala Puak Aus dan kharaj mengusahakan tanah yang kering kontang dan
hidup dalam kemiskinan.
§ Aktiviti perniagaan di madinah terbukti apabila wujud
pasaran harian dan bermusim. Muhammad bin habib al-Bagdadi mencatatkan bahawa
terdapat sekurang-kurangnya sebelas pasar bermusim sebelum kedatangan islam dan
terus berkembang pada zaman islam seperti ukaz, majannah, Zu al-majaz dan hubashah
Sumber pendapatan ekonomi
Derma
§ Merupakan sumber kewangan utama umat islam di madinah
yang mencabar sehingga mencapai kemuncak kegemilangannya. Rasulullah pernah
meminta umat islam supaya memberikan sumbangan kepada kebajikan satu kabilah
yang baru memeluk islam. Contoh; makanan, pakaian, sementara orang ansar
mendermakan wang.
§ Orang islam sentiasa menghulurkan pelbagai bentuk derma
kepada tabung bersama. contohnya; dalam perang khandak, sa’ad bin ubadah, jabir
bin Abdullah menderma kan makanan dan kurma kepada tentera islam. Abu bakar
mendermakan seluruh wang yang di milikinya berjumlah 4 000 dirham dan umar
mendermakan separuh daripada kekeyaannya. Selain derma dalam bentuk wang,
masyarakat islam juga menderma dalam bentuk hartanah.
§ Orang yahudi yang percaya dengan keikhlasan nabi Muhammad
s.a.w juga turut menyumbang.contohnya; mukhairiq daripada bani nandhir yang
nabi memeluk islam sebelum perang uhud telah mewasiatkan tanaman kurma iaitu
tujuh buah dusun kepada nabi Muhammad s.a.w
Rampasan Tunai dan harta benda
§ Umat islam di wajib berjihad atau berperang untuk agama
sekiranya mereka di perangi oleh musuh yang berniat untuk menghalang penyebaran
islam. Nabi Muhammad s.a.w bersama tentera islam menentang tentera Quraisy pada
623 M. Dengan kekuatan tentera islam seramai 313 orang telah memenangi Perang
Badar mengalah kan tentera Quraisy seramai 1000 orang. Merupakan kemenangan
pertama dan menghasilkan rampasan seperti senjata, 150 ekor unta,10 ekor
kuda,tikar kulit,dan pakaian.
§ Selain daripada harta rampasan, sumber kewangan islam
daripada bayaran tebusan tawanan perang yang membayar sejumlah wang untuk
membebaskan mereka. Sumber pendapatan berdasarkan harta rampasan perang di
nikmati oleh orang islam selepas menyertai peperangan, Antaranya; perang khandak,
al-kurd, muraisi, khaibar, pertempuran di dumat al-jandal, serangan abu salamah
ke Qatan, pertempuran wadi al-Qura.
Rampasan hartanah
§ Menurut Muhammad bin Habib, hartanah pertama di peroleh
daripada puak yahudi, iaitu Bani Fityun
yang di usir keluar dari Madinah. Seterusnya, amwal
Bani Qunaiqah; iaitu kubu serta pasar mereka di ambil oleh orang islam yang
telah di urus kan oleh Abu Rafil yang di lantik oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Bagi
amwal Khaibar. Meliputi kebun kurma
yang luas dan ladangnya telah di isytiharkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai al-fai’ atau safiy yang membiarkan di miliki oleh petani dengan syarat
menyerahkan 50% hasilnya.
§ Tanah khaibar
yang di bahagikan kepada orang islam dan Negara islam , iaitu tanah khumus di urus oleh 2 orang pegawai.
Fadak ialah kawasan Yahudi yang di takluk oleh pejuang islam tanpa pertempuran.
Nabi Muhammad s.a.w melantik Muhaiyisah bin Mas’ud sebagai wakil untuk
berbincang dengan orang Yahudi.
Jizyah
§ Merupakan cukai politik yang dikenakan keatas orang bukan
Islam yang digelar golongan zimmi
bagi perlindungan yang diberikan oleh Negara islam keatas keselamatan jiwa dan
harta benda mereka. Jizyah boleh di bayar secara tunai atau barangan. Mereka yang enggan
membayar Jizyah akan di kenakan hukuman berat. Nabi Muhammad s.a.w
mengesyorkan kadar bayaran ditetapkan
satu dirham setiap kepala.
§ Satu lagi warkah Baginda kepada al-Munzir bin Sawa ialah
mengutip sebanyak 4 dirham dan sepasang jubbah setiap lelaki. Jizyah juga di
kutip daripada orang kristian Najran dengan bayaran sebanyak 2 000 pakaian yang
perlu diserahkan setiap tahun pada bulan rejab dan 1 000 pada bulan safar.
Saqadat
§ Saqadat ialah istilah yang digunakan bagi cukai agama
yang dikenakan ke atas umat islam. Zakat diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w
keatas setiap orang islam, tiadk kira lelaki atau perempuan.zakat dikenakan
keatas oemilikan tunai,barang kemas,hasil pertanian,dan binatang ternakan. Nabi
Muhammad s.a.w mewajibkan mereka membayar zakat atau ushr bagi hasil kurma dan nisf
al-ushr bagi hasil gandum mereka.
§ Beberapa warkah yang di tandatangani oleh nabi Muhammad
s.a.w menunjukkan perintah membayar zakat ternakan bagi orang islam,misalnya,
Bahilah diwajibkan membayar fariz
(lembu tua) dalam sekumpulan 40 ekor dan saqhiyah (unta tua) sebanyak 5 ekor.
Penduduk Dumah dan Kalb kena membayar zakat yang sama,selain ushr atau separuh daripada hasil
pertanian mereka.
Penutup
§ Ringkasnya, dapatlah dikatakan ekonomi menurut perspektif islam merupakan suatu bidang ilmu yang melibatkan aspek fizikal
(lahiriah) dan spiritual.
§ Selain itu, ekonomi islam berasaskan konsep tauhid
bagi melahirkan manusia yang beriman,beramanah,dan bertanggungjawab.
Soalan 58: Bincangkan
kegiatan ekonomi pada zaman kerajaan Bani Abbasyiah abad ke-11 hingga ke-12.
Pendahuluan
§ Kegiatan ekonomi utama kerajaan Abbasiyah ialah pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Antara faktor yang mendorong perkembangan kegiatan ekonomi ketika itu ialah
peranan pemerintahan yang mengambil berat tentang penyediaan sumber ekonomi. Contohnya, dengan
menyediakan kemudahan asas bagi pengeluaran untuk mencapai hasil yang ekonomi
yang tinggi.
§ Antara tanaman yang diusahakan ialah tanaman bijirin
seperti gandum dan barli serta buah-buahan seperti anggur, limau, kurma, epal,
pisang dan tembikai.
Isi-isi penting
1. Bagi memajukan sektor pertanian, kerajaan Abbasiyah telah
mengambil beberapa langkah. Antaranya adalah dengan melebarkan sungai dan
terusan bagi mengairi kawasan pertanian,membina empangan dan menggalakkan
penerokaan tanah-tanah baharu untuk aktiviti pertanian.
2. Usaha-usaha penyelidikan juga telah dilakukan untuk
meningkatkan jumlah pengeluaran.Ini mendorong kepada kemunculan ramai
cendekiawan Islam yang telah berjaya mencetuskan idea-idea bagi memajukan
aktiviti pertanian pada zaman itu.
3. Antara wilayah yang banyak menyumbangkan hasil pertanian
ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghiribi dan Khurasan.Ladang-ladang pertanian
dan ternakan serta pasar yang dikenali sebagai suq al-baqar juga telah diwujudkan.Selain pertanian,perdagangan
juga merupakan kegiatan ekonomi kerajaan Abbasiyah.
4. Pelbagai tindakan juga telah dilakukan oleh kerajaan
Abbasiyah bagi memajukan sektor perdagangan.Antaranya adalah dengan membina dan
menyediakan kemudahan yang mencukupi di tempat-tempat yang menjadi tumpuan para
pedagang,di samping mengetatkan lagi kawalan keselamatan untuk mengelak
berlakunya aktiviti rompakan dan pelanunan.
5. Antara pelabuhan yang terkenal dan menjadi tumpuan para
pedagang pada zaman tersebut adalah seperti Baghdad, Basrah, Amman, Aden,
Kaherah dan Iskandariah.
6. Sektor perindustrian juga merupakan aktiviti ekonomi pada
zaman kekuasaan kerajaan Abbasiyah.Kilang-kilang di Baghdad,Syiraz dan Isfahan
di Parsi terkenal dengan hasil produk tenunan,hamparan dan permaidani.
7. Barangan kulit dan senjata pula turut dikeluarkan oleh
Mesir,Andalus dan maghiribi, manakala oleh Yaman, Khurasan, Bahrain dan Lubnan.
Penutup
§ Kesan daripada kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan
ini secara tidak langsung telah dapat menjadikan umat Islam menikmati taraf
hidup yang tinggi.
§ Malah, melalui pendapatan yang diperoleh oleh kerajaan,
ia telah disalurkan untuk menyediakan kemudahan prasanara seperti tali
air,masjid dan sekolah.
Soalan 59: Bincangkan Kegiatan ekonomi Kerajaan
Kesultanan Melaka abad ke-15 Masehi
Pendahuluan
§ Ekonomi menurut pandangan islam ialah mengkaji aktiviti
manusia yang selaras dengan tuntutan syariah dari segi perolehan, penggunaan,
pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara bagi mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. Ini menjelaskan bahawa ekonomi islam adalah menyeluruh
yang merangkumi aspek rohani dan jasmani.
§ Kegiatan ekonomi utama bagi Kerajaan Kesultanan Melaka
adalah ekonomi sara diri dan perdagangan sehingga menjadi pusat entrepot utama
perdagangan di Nusantara pada abad ke-15.
Isi-isi penting
Aktiviti Ekonomi Sara Diri
§ Masyarakat Melaka masih terikat dengan aktiviti ekonomi
yang bersifat sara diri. Masyarakat melayu tradisional Melaka menjalankan
pelbagai aktiviti ekonomi untuk mendapatkan keperluan harian atau barangan bagi
menyara diri sendiri dan keluarga. Antara aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah
pertanian menanam pokok buah-buahan,
menternak binatang, berburu, mengutip hasil hutan dan sebagainya.
§ Kegiatan pertanian merupakan aktiviti utama apabila
wujudnya tanah bendang,sawah dan lading.
Seterusnya, kelaziman orang melayu Melaka adalah membuat dusun selai
mengerjakan sawah padi.
§ Masyarakat Melayu
Melaka juga menjalankan kegiatan menangkap ikan. Ikan menjadi sumber
protein utama bagi masyarakat melayu. Mereka ke laut mengunakan sampan yang
diperbuat daripada sebatang kayu bulat bertebuk.
§ Aktiviti berburu juga merupakan salah satu kegiatan
ekonomi sara diri. Masyarakat melayu mencari hasil hutan seperti rotan,damar
dan getah jelutung di samping perburuan binatang. Masyarakat melayu juga
menternak binatang. Binatang juga diternak ialah kerbau, lembu dan kambing.
Aktiviti
Ekonomi Perdagangan
§ Aktiviti perdagangan bukanlah satu aktiviti ekonomi
baharu bagi masyarakat melayu Melaka. Aktiviti perdagangan telah menjadi warisan
dan merupakan penerusan tradisi kegiatan ekonomi peribumi yang telah
berlangsung sejak zaman awal kerajaan
melayu Langkasuka dan Srivijaya iaitu dari abad ke-17 hingga awal abad
ke-13. Pelbagai kemudahan dan keistimewaan Melaka yang membolehkan Melaka
menjadi pusat perdagangan yang terkenal.
§ Perkahwinan antara pemerintahan Melaka juga meningkat dan
memajukan perdagangan Melaka.
Penutup
§ Masyarakat melayu
Melaka telah melakukan pelbagai aktiviti ekonomi pada zaman
pemerintahan kerajaan islam di Melaka.
§ Kemakmuran Melaka membolehkan penyebaran islam turut berkembang di Melaka.
Soalan 60: Bincangkan
faktor-faktor kemunculan Melaka sebagai pelabuhan entrepot pada abad ke-15
masihi
Pendahuluan
§ Ekonomi
berasaskan perdaganagan merupakan kegiatan ekonomi utama kerajaan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15. Hal ini disebabkan kejayaan Parameswara mengubah
landskap Melaka daripada sebuah perkampungan nelayan menjadi sebuah kerajaan
yang berorientasikan perdagangan
§ Kemuncak
kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan
antarabangsa berlaku setelah raja Melaka Islam iaitu sewaktu zaman pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah. Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan pd abad ke-15
Isi-isi Penting:
1.
Kedudukan
geografi yang straegik
§ Menjadi
tumpuan pedagang dari kawasan Asia Tenggara,Timur dan Barat Membolehkan
pedagang singgah berdagang, mendapatkan makanan,minuman serta membaiki kapal yg
rosak. Perlabuhannya terlindung daripada tiupan angin monsoon olh Banjaran
Titiwangsa dan Kepulauan Sumatera. Muaranya yg dalam mmbolehkan kapal brlabuh
dgn mudah.
§ Kawasan
bbrbukit mnjdi panduan kpd pedagang dan Paya bakau menjadi banteng pertahanan
semula jadi
2.
Kemunculan
pemimpin dan pentadbir yg berwibawa
§ Parameswara,
Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah serrta Bendahara Tun Perak tlh Berjaya
memajukan Melaka menjadi pusat perdagangan yg terkenanl di serata dunia.
§ Para
pemimpin menjadi tulang belakang yg membawa kpd keagungan politik dan ekonomi Kesultanan
Melayu Melaka.
3.
Peranan dan
pengaruh agama
§ Empayar
Melaka merupakan Empayar Islam. Pengislaman parameswara lh mnyebabkan ramai
pedagang Islam memindahkan kegiatan perdagangan mereka dari Sumatera Utara ke
Melaka.
§ Saudagar-saudagar
Islam merupakan pedagang utama di Alam Melayu
4.
Hubungan
persahabatan Melaka dengan China
§ Mendapat
pengiktirafan dan perlindungan China daripada ancaman musuh. Melaka terselamat
dari siam
§ Suasana yg
aman dan damai membolehkan perdagangan berjalan lancar. China telah
menggalakkan pedagangnya dtang berdagang ke Melaka sekaligus membolehkan
berlakunya perkembangan perdagangan dua hala
5.
Dasar
imprealisme Melaka
§ Berjaya
menguasai kawasan yg luas dan sekaligus menguasai ekonomi dan hasil pengeluaran
tempatan. Hasil-hasi tempatan dibawa ke pelabuhan untuk dniagakan
§ Penguasaan
Melaka ke atas pinggir laut Sumatera tlh menyebabkan Melaka memperoleh emas
dari Siak dan lada hitam dari Kampar dan Rokan
6.
Peranan
orang laut
§ Dilantik
menjadi tentera untuk mengawal laluan perdagangan di Selat Melaka daripada
ancaman lanun
§ Mengetahu
selok-belok imlu kelautan khususnya di sepanjang perairan Selat Melaka
Kesimpulan.
§ Melaka telah
muncul sebagai pusat perdagangan yang terkenl pada abad ke-15.Perkembangan ini
disebabkan beberapa faktor seperti kedudukan yang strategik.kedudukan Melaka di
Selat Melaka berseuaian dengan laluan kapal-kapal untuk berdagang.
§ Melaka
menjadi pelabuhan entrepot atau telah mencapai kemuncak kegemilangan semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Iaitu sewaktu Islam mula berkembang di Alam Melayu.
Soalan 61: Jelaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa
al-Rasyidin.
Pendahuluan
§ Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang
berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan
barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
§ Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan
berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan
perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin. Sumber Baitulmal diperoleh
daripada 3 sumber utama; Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada
golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Harta
Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj,
jizyah dan harta tanpa waris. Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan,
pertanian dan sebagainya.
§ Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan
perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi
kemiskinan. Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara
adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.
Isi-isi Penting.
1.
Sumber Baitulmal
Zakat.
§ Sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada
mereka yang berhak menerimanya.
§ Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat
harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.
Kharaj.
§ Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua
pemilik di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.
Jizyah.
§ Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke
atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai
perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi.
§ Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu
lelaki yang merdeka, baligh, masih bidup dan berupaya. Kadar cukai yang
dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.
Ghanimah dan
Al-fay.
§ Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-fay ialah
harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada
pewaris dan harta karun.
§ Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay
diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya
dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.
Usyur.
§ Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada
peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada
perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir
Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan
sebanyak 5 %.
§ Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu
sebanyak 200 dirham.
2.
Peranan Baitulmal
Membantu
perkembangan ekonomi Islam.
§ Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat
mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
§ Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan
sebagainya.
Sumber utama
memperkukuhkan angkatan tentera.
§ Penting bagi menjamin negara islam daripada ancaman musuh
yang memiliki kekuatan tentera.
§ Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber baitulmal
digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera islam yang menghadapi ancaman
daripada tentera Byzantine.
Menyalurkan sumber
kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat.
§ Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada
angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah
mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan
memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki.
§ Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya
perselisihan untuk memiliki tanah.
Menyelaraskan
kutipan dan agihan harta berasaskan syariat islam.
§ Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya
mestilah adil dan saksama.
§ Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah
menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah
walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.
Menyimpan harta
negara.
Kesimpulan
§ Pelaksanaan Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin
adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.
Soalan 62: Huraikan perlaksanaan sumber-sumber
Baitulmal pada zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga abad ke-8 M.
Pendahuluan
§ Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan
menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan Negara. Menjadi tempat
penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.
§ Institusi baitulmal wujud pada zaman pemerintahan
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya, dinyatakan Abu Ubaidah adalah pemegang
kunci baitulmal pada zaman tersebut. Ketika Khalifah Abu Bakar al-siddiq hampir
meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar bin al-Khattab supaya mengambil
hartanya sebanyak 800 dirham untuk dikembalikan kepada baitulmal.
Isi-isi penting:
§ Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar bin
al-khattab, disebabkan harta Negara Islam kian bertambah berikutan kejayaan
ekspedisi. Antara sumber pendapatan ialah zakat, fay’, jizyah, sedekah, kharaj,
usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitulmal.
§ Pada peringkat awal, Khalifah Umar bin la-Khattab telah
melantik Uqail bin Abi Talib, Makramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’im untuk
mengendalikan institusi yang sebelumnya ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.
§ Antara kepentingan atau peranan institusi baitulmal ialah
bertanggungjawab secara langsung dalam menentukan pendapatan Negara dan
mengagihkannya secara adil kepada mereka yang berhak dan untuk pembangunan
Negara seluruhnya.
§ Matlamat penubuhannya untuk memberikan kemakmuran kepada
umat Islam. Membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti social,
perdagangan dan perindustrian. Kepentingan yang seterusnya ialah menyediakan
keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan Negara, bahkan
ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan. Sumber daripada baitulmal juga
digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang tetap
ataupun secara sukarela.
Sumber-sumber Baitulmal
Zakat
§ Zakat daripada segi bahasa berasal daripada kata dasar
zaka, iaitu bereti penambahan atau penyucian. Pada zaman Khulafa’ al-Risyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan
pemungutan dan pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran
dan kadar nisab tertentu. Zakat disalurkan kepada lapan golongan asnaf.
§ Antara peranan serta kepentingan ialah mendatangkan
kesyukuran dan penyuburan pahala, mensucikan jiwa daripada kekotoran dan serta
memperoleh keberkatan. Zakat juga dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian,
dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama
lain.
Cukai
Kharaj
§ Hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan Khalifah Umar
bin al-Khattab. Pada zaman nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai
diberikan kepada pemilik asal dengan syarat membayar cukai dan bagi kawasan
penganut Islam wajib mengeluarkan zakat. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar
bin al-Khattab, tanah yang dikenakan kharaj terdiri daripada tanah yang
ditakluki terutama di Iraq.
§ Tanah lain yang dikenakan kharaj ialah tanah rampasan
perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri daripada bukan
orang Islam. Kharaj pada zaman
Khalifah Umar bin al-Khattab dibahagi kepada dua iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj
muqasamah. Antara factor yang
menentukan kadar kharaj ialah kualiti tanah, disiram air hujan atau menggunakan
penyiram, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kawasan tanaman dengan
Bandar.
§ Hasil yang diperoleh daripada daripada sumber kharaj ini disimpan di dalam baitulmal
dan akan dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana, rancangan
memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem
perhubungan, mengadakan rancangan pengairan dan memperbaiki saliran sedia ada.
Jizyah
§ Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh
kerajaan Islam terhadap orang kafir dhimmi
sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan
harta benda mereka. Orang kafir dhimmi yang
wajib menbayar jizyah ialah orang yang sihat fizikal dan mental, akil baligh,
berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau pendeta.
§ Jizyah dibahagi kepada dua kategori iaitu jizyah yang
kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya
ditetapkan oleh kerajaan Islam. Biasanya jizyah dibayar setiap tahun, paling
minima kadarnya ialah 1 dirham.bagi sesetengaj mazhab seperti mazhab Hanafi dan
Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 14 dirham bergantung kepada status
seseorang individu.
§ Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya sesorang
itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal membayar jaminan keselamatan
nyawa atau harta benda orang-orang kafir dhimmi.
Penutup
§ Baitulmal telah membawa perubahan kepada dari segi
pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk
keperluan pelajar Islam.
§
Zakat juga dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta
tolong-menolong antara satu sama lain.
Soalan 63: Huraikan perkembangan institusi Baitul Mal pada zaman
pemerintahan khualafa al-Rasyidin.
Pengenalan
§ Baitul mal dapat didefinisikan
sebagai perbendaharaan negara atau institusi yang bertanggung jawab
menyelengarakan pendapatan dan perbelanjaan negara. Institusi ini berperanan
menguruskan harta umum, tempat menyimpan barangan berharga dan barangan amanah
seperti harta wakaf
§ sejarah penubuhan baitul mal
dikatakan bermula sejak zaman Nabi Muhamad SAW tetapi pada masa itu, pendapatan
negara sedikit iaitu hanya diperoleh melalui, zakat, sedekah, dan harta
rampasan perang. Oleh itu, Nabi Muhamad
SAW mengagihkannya kepada sesiapa yang layak menerimanya. Oleh itu, peranan
baitul mal ketika itu tidak ketara. sumber baitul mal boleh dibahagikan kepada
tiga bahagian, iaitu harta masyarakat, harta negara dan harta umum
Isi-Isi
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
§ pada zamanKhalifah Abu Bakar
telah wujud baitul mal. Buktinya ada dinyatakan bahawa Abu Ubaidah merupakan
pemegang kunci baitul mal pada zaman tersebut
§ ketika Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq hampir meninggal dunia, beliau berpesan kepada Umar al-Khattab supaya
mengambil hartanya sebanyak 8000 dirham untuk dikembalikan kepada baitul mal.
namun, apa yang dapat dikatanya, pelaksanaanya ketika itu agak terhad dan tidak
menyeluruh
Khalifah Umar bin al-Khattab
§ ramai sejarawan berpendapat
bahawa institusi baitul mal ditubuhkan secara rasmi pada zaman beliau kerana
berlaku perluasan kuasa dan kejayaan dalam ekspedisi ketenteraan. Antara sumber
pendapatan negara Islam ketika itu ialah zakat, al-fay’, jizyah, sedekah,
kharaj, usyur dan ghanimah. beliau melaksanakan pengurusan baitul mal secara
sistematik. Beliau telah menyediakan buku kira-kira negara bagi mengetahui
aliran wang keluar dan masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara.
Beliau melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’am
untuk mengendalikan institusi baitul mal yang dikenali sebagai Diwan atau
Khazanah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran baitul mal. Cawangan
baitul mal kemudiannya telah ditubuhkan di setiapwilayah Islam. Pegawai-pegawai
akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada baitul mal peringkat
pusat
§ Beliau melaksanakan fungsi baitul
mal sebagai wakil dalam mengurus segala harta dan membelanjakan demi
kepentingan rakyat dan negara dengan bersandar akidah, syarak dan akhlak Islam.
Khalifah al-Rasyidin dan para sahabat tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke
dalamnya dan pengeluarannya yang bertentangan dengan syarak dan mengharamkan
sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan merupakan
amanah Allah SWT
§ Beliau telah mengisytiharkan
peraturan iaitu para tentera tidak dibenarkan memiliki tanah dan rumah sebagai
rampasan perang sebaliknya membiarkan tanah-tanah di negeri yang ditaklukinya
diusahakan oleh pemilik asalnya. sebagai balasan, tentera Islam mendapat elaun
atau gaji daripada baitul mal. Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan timbulnya
perselisihan faham sesama anggota tentera Islam yang boleh mengugat kestabilan
negara di samping menurunkan disiplin anggota tentera berkenaan
§ pada masa beliau juga, wang
baitul mal dikhaskan kepada jaminan sosial bukan hanya kepada masyarakat Islam
sahaja tetapi juga kepada bukan Islam. Contohnya seseorang yang uzur dan
berusia lanjut sehingga tiada upaya menyara hidupnya akan diberikan elaun sara
hidup dari baitul mal
Khalifah Uthman bin Affan
§ pada zaman beliau, timbul
kontroversi mengenai baitul mal. beliau dituduh menyalahgunakan harta baitul
mal untuk kepentingan diri dan keluarganya kerana mengerah rakyatnya membayar
cukai yang lebih, tidak mengagihkan harta rampasan perang, dan berbelanja boros
§ sebenarnya apa yang dituduh itu
tidak tepat dan merupakan pandangan orentalis. Hal ini kerana beliau memang
terkenal dengan kekayaan dan sifatnya yang dermawan. Malahan bagi menambah
harta baitul mal, beliau sebenarnya telah menyerahkan perdagangan yang besar
kepada kaum keluarganya dan menjadikan rumahnya sebagai baitul mal sebelum
kerajaan Islam menubuhkan baitul mal yang sebenarnya
Khalifah Ali bin AbiTalib
§ beliau meneruskan sistem baitul
mal sebagai perbendaharaan untuk menyimpan harta. Beliau meneruskan kehidupanya
yang sederhana dan dibayar gaji yang sama seperti yang diterima oleh Khalifah
Abu Bakar dan Khlaifah Umar. ketika peperangan, pengikutnya menggesa agar
mengambil sebahagian daripada harta baitul mal untuk menguatkan tenteranya bagi
menangani tentera Mu’awiyah. Namun beliau menolak dengan alasan harta berkenaan
adalah amanah Allah SWT
§ beliau juga menunjukkan
kejujurannya apabila enggan mematuhi permintaan saudaranya, iaitu Aqil bin Abi
Talib supaya meminta sedikit sumber daripada baitul mal kerana kesederhanan
hidupnya, beliau menolak dengan menyatakan ‘Adakah
engkau mengkehendaki agar Allah swt membakar diriku di neraka jahanam kerana
memberimu sesuatu daripada harta milik kaum muslimin’
Kesimpulan
§ penubuhan baitul mal pada zaman
Khulafa al-Rasyidin dapat menjamin pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam
serta membantu golongan yang tidak bernasib baik di samping memastikan harta
yang dimiliki dijaga sebaik mungkin berdasarkan syariat yang ditetapkan
§ Kewujudan institusi ini juga
menggambarkan kehebatan kerajaan Islam dalam mengurus ‘amanah’ Allah SWT dan
memanfaatkan sumber yang ada untuk digunakan bagi menjana ekonomi umat Islam
Soalan 64: Terangkan pelaksanaan Baitulmal pada
zaman Khalifah al-Rasyidin abad ke-9
hingga ke-11 M
Pendahuluan
§ Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan
menyelenggara segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi
tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang
perhiasan dan harta-harta amanah seperti harta wakaf.
Isi-isi penting
Zaman Khalifah Abu
Bakar al-Siddiq
§ Telah wujud
institusi baitulmal ,buktinya ada dinyatakan bahawa Abu Ubaidah adalah pemegang
kunci Baitulmal ketika itu
§ Walau bagaimanapun,pelaksanaannya masih tidak formal dan
sisitematik
Zaman Khalifah
Umar bin al-Khattab
§ Peranan institusi ini menjadi penting.Harta negara Islam
kian bertambah dan pelbagai, antaranya ialah zakat fay, jizyah, sedekah, kharaz,
usyur dan ghanimah. Kota Madinah telah dijadikan pusat pentadbiran
baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap wilayah Islamsebagai
cawangannya. Pegawai-pegawai akan dilantik secara khusus dan bertanggungjawab
kepada baitulmal peringkat pusat.
§ Khalifah Umar al-Khattab juga telah menyediakan buku
kira-kira bagi mengesan perbelanjaan dan pendapatan secara sistematik. Beliau
tidak membenarkan kemasukan sesuatu ke dalamnya atau pengeluarannya sekiranya
bertentangan dengan syarak.
§ Mengharamkan sebarang tindaka untuk kepentingan peribadi
kerana harta berkenaan adalah amanah Allah SWT
Zaman Khalifah
Uthman bin Affan
§ Timbul kontroversi
mengenai baitulmal.Khalifah Uthman bin Affan telah dituduh
menyalahgunakan harta baitulmal untuk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau
juga dipercayai menorah rakyat membayar cukai yang lebih dan tidak mengagihkan
harta rampasan perang di samping dituduh berbelanja dengan boros
§ Tuduhan bahawa beliau telah mengambil harta baitulmal
adalah tidak tepat kerana Khalifah Uthman terkenal dengan kekayaan dan sifat
dermawannya.Malah bagi menambahkan harta baitulmal,beliau telah bertindak
menyerahkan perdagangannya yang besar kepada kaum keluargannya yang menjadikan
rumahnya sebagai baitulmal sebelim kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang
sebenarnya
Zaman Khalifah Abi
bin Abi Talib
§ Baitulmal masih dilaksanakan walaupun menghadapi masalah
dalaman. Walaupun digesa oleh pengikutnya agar mengambil sebahagian daripada
harta baitulmal untuk menguatkan tenteranya bagi menangani tentera Mu’awiyah
beliau telah menolak dengan alasan harta berkenaan adalah amanah Allah SWT Beliau juga menunjukkan kejujurannya apabila enggan
memenuhi permintaan saudaranya,iaitu Aqil supaya memeberikan sedikit sumber
daripada baitulmal
Penutup
§ Penubuhan baitulmal pada zaman Khulafah’ al-Rasyidin sesungguhnya
dapat menjamin bukan sahaja pembangunan ekonomi negara dan wilayah Islam bahkan
ia dapat membantu golongan yang tidak bernasib baik serta memastikan harta yang
dimiliki dijaga dengan sebaiknya berdasarkan syariat yang ditetapkan
Soalan 65: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai
Kharaj pada zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-9 hingga ke-8M.
Pendahuluan
§ Kharaj ialah cukai tanah yang diperoleh sewaktu
penaklukan,sama ada secara berperang atau secara damai.Kharaj dikenakan ke atas
pemilik-pemilk tanah tersebut yang beragama Islam atau bukan Islam.
§ Kharaj hanya diperkenalkan sewaktu pemerintahan
khalifah Umar al-Khattab.
Isi-isi penting
Tanah yang dikenakan cukai Kharaj
§ Tanah-tanah yang dikenakan cukai Kharaj terdiri
daripada tanah yang ditakluki terutama di Iraq.Tanah bertuan tidak dikenakan
cukai sekiranya pemilik memeluk agama Islam.
§ Selain itu,cukai Kharaj juga dikenkan ke atas tanah
rampasan perang yang dimiliki tentera Islam dan pengusahanya terdiri dari
golongan Dhimmi dengan kebenaran pemerintah Islam,tanah terbiar yang dikerjakan
oleh orang Islam dan tempat tinggal golongan Dhimmi yang diubah menjadi kawasan
pertanian.
Golongan Ahl al-Ayyam (Pemegang Amanah)
§ Bagi tanah yang tidak bertuan, Khalifah Umar
memutuskan untuk dijadikan milik bersama dan akan diusahakan oleh petani
tempatan di bawah pengawasan dan pentadbiran badan induk yang dinamakan
Pemegang Amanah atau golongan Ahl al-Ayyam.
§ Golongan ini bertanggungjawab memungut cukai tanah
berkenaan dan 1/5 daripada hasilnya dihantar kepada kerajaan pusat sementara
bakinya diagihkan kepada mereka yang terlibat dalam penaklukan Iraq.
Kadar Kharaj
§ Kharaj wazifah/ masahah dikenakan mengikut keluasan
kawasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam, dikenakan sekali dalam setahun. Contohnya,
tanah di Iraq telah ditetapkan untuk setiap jarib anggur dikenakan Kharaj
sebanyak 10dirham.
§ Kharaj muqasamah yang merupakan cukai yang
dikenakan berdasarkan jumlah hasil yang diperoleh daripada tanaman.Penentuan
kadar cukai dibuat berdasarkan banyak perkara bagi mengelakkan penganiayaan
kepada petani.Dikenakan setiap kali hasil pertanian diperoleh.
§ Kadar Kharaj adalah berdasarkan kemampuan dan tidak
membebankan. Kadar maksimum ialah ½ daripada keseluruhan hasil dibayar dalam
bentuk mata wang yang diusahakan.
Pelaksanaan cukai kharaj
§ Dikenakan kepada pemilik tanah penduduk dhimmi
sahaja,Kharaj tdak akan dikenakan sekiranya hasil pertanian dimusnahkan oleh
bencana alam. Kharaj tetap dikenakan
ke atas pemiliknya walaupun mereka tidak mengerjakan tanah tetapi mempunyai
keupayaan untuk mengerjakannya.Sekiranya pemilik tidak berupaya,kerajaan akan
menyerahkan tanah tersebut kepada orang lain.
§ Pengutipan cukai dijalankan secara adil.Jika Kharaj
tidak dapat dibayar disebabkan masalah kewangan,mereka akan dibenarkan
menangguhkan pembayaran sehingga dia mampu.Sebaliknya jika seseorang itu mampu
tetapi enggan membayar tindakan boleh diambil menerusi undang-undang atau
dijual oleh kerajaan.
Penutup
§ Pelaksanaan dasar ini diteruskan oleh para Khulafa ar-Rasyidin
tetapi semasa akhir pemerintahan khalifah Uthman bin Affan golongan Ahl
al-Ayyam tidak lagi diberi kuasa untuk menguruskan cukai di Iraq sebaliknya
diserahkan kepada pentadbiran gabenor.
§ Hasil cukai Kharaj disimpan di dalam Baitulmal dan
dimanfaatkan untuk memperbaiki infrastruktur, rancangan memajukan pertanian,
keamanan dll.
Soalan 66: Terangkan perlaksanaan Cukai Kharaj pada
zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-7 hingga ke-11 Masihi
Pendahuluan
§ Perkataan Kharaj dipinjam daripada bahasa Byzantine
bermaksud ufti. Dalam konteks sejarah Islam, Kharaj bukan bermaksud ufti tetapi
bermaksud cukai tanah. kharaj ialah cukai tanah yang diperoleh sewaktu
penaklukan, sama ada secara berperang atau secara damai. Kharaj dikenakan ke
atas pemilik-pemilik tanah tersebut sama ada orang Islam atau bukan Islam.
§ kharaj merupakan satu daripada sumber kewangan negara
yang penting dan dimulakan secara sistematik pada zaman Khalifah Umar Bin
Al-Khattab (13-23H / 634-644M).
Isi-isi penting
1)
Pada zaman Khalifah Abu Jaafar al-Mansur
§ Khalifah Abu Jaafar telah mengadakan beberapa perubahan
untuk meningkatkan ekonomi negara dan melengkapkan pusat pentadbiran Baghdad.
Bagi menjayakan rancangannya, Khalifah Abu Jaafar telah mengenakan cukai tanah
atau kharaj kepada para petani.
§ Kaum pendatang dikenakan cukai perdagangan atau Usyur
dengan kadar yang berpatutan mengikut hasil pendapatan mereka. Pengutipan
cukai-cukai tersebut telah menambah pendapatan perbendaharaan Negara.
2)
Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Makmun (813-833M)
§ Amalan kharaj ini diteruskan pada era pemerintahan
Khalifah Al-Makmun (813-833M) hingga Khalifah Al-Muktamid (870-892M) dan
kerajaan Tahiriyah yang diasaskan oleh Tahir Bin Hussain, panglima Khalifah Al
Makmun.
§ Jasa Tahir Bin Hussain dalam membantu Khalifah Al-Makmun
menewaskan saudaranya, Al-Amin menyebabkan Khalifah Al-Makmun memberi
kemerdekaan kepada Khurasan dan mengiktiraf pemerintahan Tahir Bin Hussain. Kerajaan
Tahiriyah telah menghantar Ufti atau Kharaj setiap tahun ke Baghdad.
3) Pada zaman pemerintahan Al-Muqtadir (908-932M)
§ Pendapatan utama ialah dari hasil cukai daripada
wilayah-wilayah yang ditakluki. Wilayah-wilayah ini perlu membayar cukai
tahunan dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah atau kharaj, cukai
pendapatan, cukai air, cukai tol dan cukai pasir di Iraq berjumlah 1 547 734
dinar.
§ Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania ialah 226 370
dinar dan pendapatan lain ialah 1 768 015 dinar. Kesemua ini disimpan di dalam
Baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara pada zaman Al-Muqtadir.
4) Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Radni
(934-940M)
§ Kerajaan Bani Abbasiyah mengalami zaman kemerosotan. Orang
Turki mula menguasai hampir seluruh pentadbiran. Wilayah terpencil tidak lagi
menaruh kepercayaan kepada pemerintahan pusat dan mengisytiharkan kemerdekaan
dan bebas daripada pentadbiran Bani Abbasiyah. Misalnya, kerajaan Touloniyah
(868-905M) mengisytiharkan kemerdekaan dan segala hasil negeri tidak lagi
dihantar ke Baghdad.
§ Pada masa ini perbendaharaan negara merosot dan tidak
lagi dapat mengutip Kharaj sehingga Khalifah sendiri tidak mempunyai sumber
pendapatan dan tidak mampu membayar gaji tentera.
Penutup
§ Hasil yang diperoleh daripada sumber Kharaj ini akan
disimpan di dalam Baitulmal dan akan
dimanfaatkan untuk memperbaiki
infrastruktur, prasarana, rancangan memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan
keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mengadakan rancangan pengairan dan
memperbaiki saliran sedia ada.
Soalan 67: Terangkan perlaksanaan cukai jizyah pada
zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga ke-8
Pendahuluan:
§ Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh
kerajaan Islam terhadap orang-oramg kafir dhimmi sebagai balasan terhadap
perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta .
§ Secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori; Jizyah
yang kadarnya ditetapkan secara persetujuan bersama dan Jizyah yang kadarnya
ditetapkan oleh kearajaan islam.
Isi-isi penting
1. Bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah,
sebaliknya meraka wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil
baligh, berkemampuan, merdeka serts bukan ahli agama paderi atau pendeta. Biasanya
jizyah dibayar setiap awal tahun , paling minima kadarnya ialah satu dirham,
namun bagi sesetengah mazhab seperti mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah
antara 12 hingga 48 dirham bergantung kepada status seseorng individu.
2. Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang
itu menganut Islan atau kerajaan islam gagal memberikan jaminan keselamatan
nyawa dan harta benda orang-orang kafir dhimmi. Selain itu, amalan pungutan
jizyah ini diteruskan pada zaman khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Buktinya ketika
menghantar ekspedisi bagi menyaingi Byzantine dan Parsi sebelum peperang,
panglima Islam telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam,berperang
ataupun membayar jizyah.
3. Sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat pada
zaman khalifah Umar bn al-Khattab berukutan banyak kejayaan dicapai dalam
ekspedisi ketenteraan sama ada di Iraq, Syam, Mesir dan sebagainya. Pemimpin
Baitulmauqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah Umar bin
a-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi kerajaan islam
mampu memberikan jaminan keselamatan ke atas harta dan nyawa.
4. Penduduk Qibti menjemput Amru al-As untuk menghalau orang
Rom dengan persetujuan membayar jizyah sebanyak 2 dinar setahun, di Syam pula
dikenakan 1 hingga 4 dinar bergantung kepada status individu. Sementara
penduduk Adzerbaijian pula, walaupun diberikan kelongaran membayar jizyah pada
tahun 22 H,namun tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu.
5. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman bin Affan pula,
Jizyah dikanakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah,
Qairawan setelah termeterainya perjajjian damai.
Penutup:
§ Kesimpulanya, Perlaksanaan system jizyah pada zaman
Abbassiyah, adalah sama seperti pada zaman khulafah al-Rasyiddin dengan
beberapa perubahan kecil.
Soalan 68: Huraikan pelaksanaan jizyah pada zaman khulafa al-Rasyidin.
Pengenalan
§ jizyah
merupakan cukai politik yang dikenakan oleh kerajaan Islam terhadap orang-orang
kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan
jiwa dan harta benda mereka
§ walau
bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang dikenakan jizyah, sebaliknya
mereka yang wajib membayar jizyah mestilah sihat fizikal dan mental, akil
baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama seperti paderi atau
pendeta
Isi-Isi
1.
Zaman Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq
§ pada zaman
Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, jizyah dilaksanakan sebagaimana zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Buktinya, ketika menghantar ekspedisi ke Byzantine dan
Parsi, Sebelum berperang panglima Islam
telah menawarkan tiga tuntutan, iaitu menerima Islam, berperang ataupun
membayar jizyah
§ pemimpin
kawasan Hirah telah bersetuju membayar 19 000 dirham setahun, manakala penduduk
kawasan Anbar serta Ain al-Tamar bersetuju membayar satu dinar per individu
sewaktu ekspedisi ke Daumat al-Jandal
2.
Zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab
§ sumber
pendapatan daripada jizyah semakin meningkat pada zaman khalifah Umar bin
al-Khattab berikutan banyak kejayaan dicapai dalam ekspedisi ketenteraan.
pemimpin Baitulmuqaddis sendiri telah mengadakan perjanjian dengan khalifah
Umar bin al-Khattab dengan menyatakan persetujuan membayar jizyah selagi
kerajaan Islam mampu memberikan jaminan keselamatan harta dan nyawa mereka
§ penduduk
Qibti di Mesir menjemput Amru Bin al-As menghalau orang-orang Rom dan mereka
bersetuju membayar jizyah dua dinar per individu setahun, di Syam pula
dikenakan 1 – 4 dinar per individu bergantung kepada status individu. penduduk
Azerbaijan pula walaupun diberikan kelonggaran membayar jizyah pada tahun 22H,
namun pada tahun berikutnya dikenakan dengan kadar tertentu
3.
Zaman Khalifah Uthman
bin Affan
§ susulan
kejayaan menguasai Mesir, beberapa kawasan di Utara Afrika berjaya dikuasai
pada zaman ini
§ jizyah
dikenakan ke atas wilayah-wilayah yang dikuasai seperti Tripoli, Nubah dan
Qairawan setelah termeterainya perjanjian damai
4.
Zaman Khalifah Ali bin
Abi Talib
§ Walaupun
berlaku kegawatan politik, jizyah tetap dilaksanakan. Buktinya, surat Ali kepada al-Asytar
al-Nakhai supaya beliau tidak menolak perjanjian damai yang dihulurkan oleh
orang kafir dhimmi yang bersetuju membayar jizyah
Kesimpulan
§ Peningkatan
sumber jizyah yang dikumpul pada zaman ini telah dimanfaatkan untuk memajukan
negara seperti penyediaan infrastruktur dan juga membantu golongan yang tidak
bernasib baik sekaligus berjaya mewujudkan iklim politik yang stabil.
Soalan 69: Terangkan peranan dan pelaksanaan cukai Jizyah
pada zaman Khalifah Abbasiyah abad ke-9 hingga abad ke-11 Masihi.
Pendahuluan
§ Kamus Dewan mentakrifkan jizyah sebagai satu pemberian
ufti yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada negara Islam
yang di bawah pememerintahnnya. Kamus Bahasa Arab menyatakan bahawa jizyah
ialah cukai perlindungan. Perkataan jizyah berasal daripada perkataan jaza yang
membawa maksud ganti rugiatau balasan terhadap kebaikan atau keburukan. Kata
jamaknya ialah jizan.
§ secara amnya, jizyah terbahagi kepada dua kategori, iaitu, jizyah yang kadarnya
ditetapkan secara persetujuan bersama dan jizyah yang kadarnya ditetapkan oleh
kerajaan Islam
Isi-isi Penting
Peranan cukai Jizyah
§ Jizyah merupakan cukai politik yang dikenakan oleh
kerajaan Islam terhadap orang- orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap
perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.
§ Sebagai Perlindungan yang diberikan oleh negara Islam
keatas keselamatan jiwa dan harta benda orang bukan Islam yang menetap atau
bernaung di bawah pemerintahan Islam ini memberikan tanggungjawab kepada orang
bukan Islam mempertahankan negara dan patuh kepada undang-undang negara yang
melindunginya.
§ Malahan, orang bukan Islam diberikan kebebasan beragama
dan dikecualikan daripada bertugas dalam tentera serta mendapat hak yang sama
seperti orng Islam. Walau bagaimanapun, bukan semua orang kafir dhimmi yang
dikenakan jizyah, sebaliknya merek yang wajib membayar jizyah mestilah sihat
fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama
seperti paderi atau pendeta.
Perlaksanaan cukai jizyah
§ Umumnya, jizyah dibayar setiap awal tahun, di bayar dalam
bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Bayaran jizyah secara
tunai ialah satu dinar atau kain senilai dengannya. Jika bayaran dalam bentuk
barangan, ia mungkin sampai satu daripada hasil pertanian. Mereka yang enggan
membayar jizyah dianggap tidak setia kepada negara Islam dan boleh dikenakan
hukuman berat.
§ Kewajipan membayar jizyah akan gugur seandainya seseorang
itu menganut agama Islam atau kerajaan Islam gagal memberikan jaminan
keselamatan nyawa dan harta benda orang-orang kafir dhimmi.
§ Konsep dan sistem jizyah mengikut sistem jizyah yang
diamalkan pada zaman pemerintahan Khalifah al-Rasyidin. Pemerintahan Bani
Abbasiyah telah menghapuskan perbezaan yang wujud antara keturunan Arab dan
bukan Arab atau golongan mawali yang diamalkan pada zaman pemerintahan Bani
Umayyah.
§ Hal ini adalah kerana pemerintahan Bani Abbasiyah banyak
dipengaruhi oleh bangsa-bangsa asing.
(a) Zaman pemerintahan Khalifah Harun
al-Rasyid (786 - 809 M)
§ Khalifah Harun memimpin angkatan tentera memerangi
tentera Rom. Berlaku peperangan antara Baghdad dengan Constantinople kerana
pemerintah Byzantine telah menyerang sempadan di Asia Minor. Tentera Islam
berjaya mengalahkan tentera Rom dan Khalifah Harun mengemukakan tiga pilihan
seperti yang pernah dibuat oleh Khalifah al-Rasyidin, iaitu memeluk agam Islam,
membayar jizyah, atau terus berperang.
§ Maharani Irene Leo IV, wakil utusan pemerintah Byzantine
telah bersetuju membayar jizyah kepada Khalifah Harun. Setelah kematian Maharani Irene Leo IV, Raj
Nicephorus I menunjukkan sikap biadap apabila enggan meneruskan perjanjian yang
ditandatangani oleh Maharani Irene Leo IV dan merasakan dirinya gagah dan dapat
melawan tentera Islam. Malah, beliau menuntut Khalifah Harun membayar balik
segala jizyah yang telah dibuat oleh Maharani Irene Leo IV.
§ Permintaan tersebut menyebabkan Khalifah Harun menghantar
tentera untuk menemui raja tersebut. Angkatan tentera ini terus mara dan
menawan bandar Heraclea, Tyans, Iconium, dan Emphesus. Seterusnya mara dan
menawan Pulau Cypus pada tahun 805 M. Dengan kejayaan ini, Raja Nicephorus I
bersetuju berdamai dan menyambung semula pembayaran jizyah.
(b) Zaman pemerintahan Khalifah
al-Muqtadir (908-932 M.)
§ Memperlihatkan pendapatan utama daripada hasil cukai
daripada wilayah seperti Iraq, Khuzistan, Parsi, Jazirah, Syiria, Mesir, wilayah
Oman, Adharbayyah, dan Armania. Wilayah-wilayah ini membayar cukai tahunan
dalam bentuk wang perak atau emas. Hasil cukai tanah, cukai pendapatan, cukai
air, cukai tol, cukai pasir di Iraq berjumlah 1,547,734 dinar.
§ Hasil dari wilayah Adharbayyah dan Armania pula ialah
226, 370 dinar, dan pendapatan lain ialah 1,768,015 dinar. Kesemua ini disimpan
di dalam baitulmal dan dapat menampung perbelanjaan negara pada zaman
al-Muqtadir. Wang yang diperoleh ini digunakkan untuk: Menampung perbelanjaan
menjaga kota Makkah dan Madinah, Menyediakan jalan pergi haji atau pertahanan
di perbatasan dan Membayar gaji tentera istana.
(c ) Zaman pemerintahan Khalifah al-Qadir (991-1074
M.)
§ Khalifah al-Qadir berjaya memenangi peperangan Turki,
Wasit, dan Basrah. Kemenangan ini membolehkan banyak harta pampasan perang
diperoleh. Malahan, serangan ke atas Batihah dan Basrah juga mencapai kejayaan.
§ Mereka yang tewas bersetuju membayar cukai jizyah
sebanyak 1 000 dinar setahun kepada kerajaan pusat Abbasiyah.
Penutup
§ Pada zaman Bani Buwayh, khalifah tidak mempunyai kuasa
dan hanya menjadi lambang sahaja, kerana yang berkuasa ialah pegawai kerajaan
yang terdiri daripada orang Buwayh.
§ Ketika Bani Saljuk (1055-1242 M.) mengambil alih
pamerintahan, kerajaan Abbasiyah berada dalam keadaan yang aman dan ini
menyumbang kepada peningkatan kewangan negara. Khalifah-khalifah Abbasiyah
seperti al-Gaim, al-Muqtadi, al-Muqtazhir hinggalah al-Mutansir hanya menerima
bayaran tertentu sahaja. Ketika Abbasiyah diserang oleh tentera Moghul, pemerintahan
Abbasiyah telah berakhir dan perbendaharaan negara diambil alih oleh orang
Moghul.
§ Pelaksanaan sistem jizyah pada zaman Abbasiyah, adalah
sama seperti pada zaman Khulafa' al-Rasyidin engan beberapa perubahan kecil.
Soalan 70. Terangkan
peranan dan pelaksanaan zakat pada zaman khalifah al-Rasyidin abad ke-7 hingga
abad ke-8M.
Pendahuluan
Zakat merupakan pembayaran atau cukai ke atas harta
apabila sampai nisab dan genap setahun (haul). Zakat akan di berikan kepada
orang yang berhak memilikinya dengan syarat yang khusus. Zakat harta benda di
wajibkan oleh allah s.w.t sejak permulaan islam lagi,iaitu sebelum hijrah Nabi
Muhammad s.a.w ke madinah. Kewajipan zakat ketika itu hanya bertaraf pilihan
(ikhtiar) tanpa di hadkan kadar nisab dan jenis harta benda yang hendak
dikeluarkan zakat. Pada tahun kedua hijrah (632M),zakat difardukan secara
ijabari (kuat kuasa) atau ilzumi (wajib) antara bulan syaaban hingga bulan
syawal .Mulai tahun itu , keengganan membayar zakat boleh membawa hukuman bunuh
atau dipaksa membayar oleh pemerintah
Isi-isi utama
1. Peranan zakat
Peranan Zakat adalah Mendatangkan
kesyukuran dan penyuburan pahala , mensucikan jiwa daripada kekotoran dan dosa
serta memperoleh keberkatan, Dapat mendamaikan
dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya, ia dapat mengeratkanhubungan antara
golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang sosial, Dapat mengikis
sifat tamak dalam pemilikan harta dan Dapat menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu
sama lain.
2. Pentadbiran institusi zakat
Pelaksanaan Zakat
pada zaman Khulafa al-Rasyidin ialah pentadbiran institusi zakat telah diperkemaskan. Khalifah telah
mewujudkan jawatan kadi untuk melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat.
Ketua kadi pertama yang menyandang jawatan ini ialah Abu Yusuf. Beliau pernah
memberikan khidmat nasihat kepada Khalifah Harun al-Rasyid berhubung isu-isu
zakat. Bukan itu sahaja, pentadbiran institusi zakat diperingkat pusat juga
dibawah kuasa khalifah, manakala peringkat wilayah berada di bawah gabenor.
Sementara itu, khalifah dan gabenor akan melantik amil-amil untuk menguruskan
pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan zakat. Perkembangan intelektual
pada zaman Abbasiyah membentuk empat mazhab dalam Islam iaitu Mazhab Hanafi,
Mazhab Maliki, Mazhab Shafi’e dan Mazhab Hambali, Perkembangan mazhab membawa tafsiran zakat
yang berbeza–beza, kemudiannya telah mempengaruhi urusan pentadbiran
dan pelaksanaan zakat.
3. Sumber zakat.
Pelaksanaan seterusnya adalah sumber
zakat yang dikenakan ke atas umat Islam terbahagi kepada dua, iaitu zakat
fitrah dan zakat harta. Menurut Imam syafie’ zakat fitrah dilakukan pada awal
bulan Ramadan sehingga pagi 1 syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri.
Manakala zakat harta boleh dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya 2.5%
daripada jumlah harta. Pada zaman Abbasiyah, zakat harta meliputi binatang
ternakan, emas dan perak, hasil perniagaan, hasil pertanian dan sebagainya. Khalifah uthman
memperkenalkan zakat ternakan kepada pemilik-pemilik kuda .pengenalan zakat
ternakan kuda initidak pernah dilakukan sebelumnya pada zaman nabi Muhammad
s.a.w. Namun, khalifah uthman menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi yang
dinikmati oleh masyarakat islam sehingga berupaya memiliki binatang seumpama
itu wajar dikenakan zakat sejajar dengan zakat yang dikenakan keatas binatang
unta
4. Kutipan Zakat
Selain itu, pelaksanaan zakat turut memfokuskan
dari segi kutipan zakat. Khalifah
Abbasiyah telah menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha
menegakkan hukum Allah. Amil yang telah dilantik oleh gabenor perlulah
memerhatikan golongan berharta, mentaksir dan seterusnya mengutip zakat. Para
petugas zakat turut bertanggungjawab dalam pengagihan harta zakat. Pada zaman
khulafah al-rasyidin, amil dilantik untuk melaksanakan urusan pemungutan dan
pengagihan daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisab
tertentu. Zakat terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda.
Khalifah abu bakar al-siddiq bertindak tegas dengan memerangi orang yang enggan
membayar zakat
5. Agihan zakat
Aspek terakhir dalam pelaksanaan zakat dalam
khalifah Abbasiyah ialah agihan zakat.
Kesemua hasil diperoleh daripada zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam
yang layak menerimanya berdasarkan undang-undang Islam. Zakat di salurkan
kepada lapan asnaf,iaitu orang fakir, hamba yang hendak memerdekakan dirinya,
orang miskin ,orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir, dan
amil. Terdapat lapan golongan asnaf yang layak seperti fakir,
miskin, amil, muallaf dan sebagainya. Selain itu, urusan agihan zakat kepada
golongan asnaf dilakukan oleh amil-amil yang bekelayakan yang dilantik oleh
Khalifah sama ada di peringkat pusat dan gabenor diperingkat wilayah.
Kesimpulannya, Pelaksanaan zakat pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah penting kerana ia
merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara. Bagi memastikan kelancaran
kutipan zakat pada zaman ini, kadi yang pakar dalam bidang syariah telah
dilantik oleh pemerintahan pusat. Bukan
itu sahaja muculnya mazhab-mazhab yang menimbulkan tafsiran berbeza-beza. Apa
yang jelas, pelaksanaan zakat merupakan satu cara keadilan dan keamanan sosial
diwujudkan. Maka tidak hairanlah kutipan zakat diteruskan pada kerajaan Islam
seperti kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.
Soalan 71. Terangkan peranan dan pelaksanaan zakat pada Zaman Khalifah Abbasiyah
pada abad ke 9 hingga 11M.
Pendahuluan.
Zakat
merupakan salah satu daripada rukun
Islam yang kelima dan fardu ain ke atas tiap-tiap orang yang cukup syaratnya.
Kewajipan mengeluarkan zakat ini disebut dalam surah an-Nisa,ayat 77 iaitu, ‘dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat
hartamu.’ Pemerintahan kerajaan Khalifah Abbasiyah telah meneruskan dan
mengukuhkan lagi dasar dan perlaksanaan zakat. Bagi memastikan kelancaran
kutipan zakat pada zaman ini, kadi yang pakar dalam bidang syariah telah
dilantik oleh pemerintahan pusat. Terdapat beberapa peranan dan pelaksanaan
zakat pada zaman khalifah Abbasiyyah abad 9 hingga 11 M.
1. Peranan zakat
Peranan zakat zaman khalifah Abbasiyyah
abad 9 hingga 11 Masihi ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala,
mensucikan jiwa daripada kekotoran dan dosa serta memperoleh keberkatan. Selain
itu dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian. Umpamanya, ia dapat
mengeratkan hubungan antara golongan kaya dan miskin serta merapatkan jurang
sosial. Dalam pada itu, zakat dapat mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta
dan menyemai semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain.
2. Pentadbiran institusi zakat
Khalifah Abbasiyah telah mengukuhkan dasar dan pelaksanaan zakat, melalui pentadbiran institusi zakat telah diperkemaskan. Khalifah Abbasiyah
telah mewujudkan jawatan kadi untuk melicinkan pengurusan dan pentadbiran zakat.
Ketua kadi pertama yang menyandang jawatan ini ialah Abu Yusuf. Beliau pernah
memberikan khidmat nasihat kepada Khalifah Harun al-Rasyid berhubung isu-isu
zakat. Bukan itu sahaja, pentadbiran institusi zakat diperingkat pusat juga
dibawah kuasa khalifah, manakala peringkat wilayah berada di bawah gabenor.
Sementara itu, khalifah dan gabenor akan melantik amil-amil untuk menguruskan
pungutan, agihan dan pemantauan pelaksanaan zakat. Perkembangan intelektual
pada zaman Abbasiyah membentuk empat mazhab dalam Islam iaitu Mazhab Hanafi,
Mazhab Maliki, Mazhab Shafi’e dan Mazhab Hambali, Perkembangan mazhab telah membawa tafsiran
zakat yang berbeza–beza. dan kemudiannya telah mempengaruhi urusan pentadbiran
dan pelaksanaan zakat.
3. Sumber zakat
Pelaksanaan sumber zakat yang
dikenakan ke atas umat Islam terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat
harta. Menurut Imam syafie’ zakat fitrah dilakukan pada awal bulan Ramadan
sehingga pagi 1 syawal iaitu sebelum solat sunat Aidilfitri. Manakala zakat
harta boleh dibayar pada bila-bila masa dan kadarnya 2.5% daripada jumlah
harta. Pada zaman Abbasiyah, zakat harta meliputi binatang ternakan, emas dan
perak, hasil perniagaan, hasil pertanian dan sebagainya. Misalnya, pemerintahan
Khalifah Abdul al-Dawlah telah dikenakan zakat seperti kambing, biri2 dan
lain-lain.
4. Kutipan zakat
Selain itu, pelaksanaan zakat turut memfokuskan dari segi
kutipan zakat. Khalifah Abbasiyah telah
menguatkuasakan pungutan zakat secara tegas dalam usaha menegakkan hukum Allah.
Amil yang telah dilantik oleh gabenor perlulah memerhatikan golongan berharta,
mentaksir dan seterusnya mengutip zakat. Para petugas zakat turut
bertanggungjawab dalam pengagihan harta zakat.
5. Agihan zakat
Aspek terakhir dalam pelaksanaan zakat dalam khalifah Abbasiyah ialah agihan zakat. Kesemua hasil diperoleh
daripada zakat dibahagi dan diagihkan kepada umat Islam yang layak menerimanya
berdasarkan undang-undang Islam. Terdapat lapan golongan asnaf yang layak
seperti fakir, miskin, amil, muallaf dan sebagainya. Selain itu, urusan agihan
zakat kepada golongan asnaf dilakukan oleh amil-amil yang bekelayakan yang
dilantik oleh Khalifah sama ada di peringkat pusat dan gabenor diperingkat
wilayah.
Kesimpulan
Pelaksanaan zakat pada
zaman Khalifah Abbasiyah kerana ia merupakan salah satu sumber pendapatan utama
negara. Bagi memastikan kelancaran kutipan zakat pada zaman ini, kadi yang
pakar dalam bidang syariah telah dilantik oleh pemerintahan pusat. Bukan itu sahaja muculnya mazhab-mazhab yang
menimbulkan tafsiran berbeza-beza. Apa yang jelas, pelaksanaan zakat merupakan
satu cara keadilan dan keamanan sosial diwujudkan. Maka tidak hairanlah kutipan
zakat diteruskan pada kerajaan Islam sepertu Turki Uthmaniyah.
Terima kasih👍sangat berguna👏
BalasPadamMaaf, sy ingin tumpang bertanya, pada soalan 64, kemusykilan sy pada jawapan bg soalan ini adalah mengapa, pelaksanaan baitulmal bg khalifah abbsiyah ttp isinya lbh merujuk kpd khalifah al rasyidin?
BalasPadamYa ada kesilapan. Dah ubah soalan. Terima kasih atas teguran
PadamBincangkan peranan usyur sbg salah satu sumber baitulmal pada zaman khalifah Umar al khattab. Boleh tolong tak?
BalasPadamTerima kasih perkongsiannya cgu.
BalasPadamSaya fikir skema jawapan soalan #64 adalah untuk soalan perlaksanaan baitulmal pada zaman khalifah al Rasyidin. Saya sdah maklumkan pelajar saya.
BalasPadamTerima kasih cikgu. Sya dah ubah soalan kepada Khulafa al-Rasyidin yg betul. 🙂
Padam