1.3.1
Masyarakat Maritim Portugal
Soalan 10: Huraikan
perkembangan masyarakat maritim di Portugal
Pendahuluan
Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdangangan ini diketuai oleh neraga-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Masyarakat maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdangangan ini diketuai oleh neraga-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19.
Isi-isi
penting
Pemerintahan Putera Henry
Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai cara-cara yang sangat tinggi serta mengalakkan para pelayar mencari jalan ke dunia baru. Di bawah pemerintahan Putera Henry atau dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Segres dan mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.
Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal telah menjelajah lebih jauh lagi. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah Berjaya sampai ke bahagian paling selatan benua Afrika iaitu Cape of Good Hope.Pada tahun 1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika menuju ke Madini. Di sini Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India. Vasco da Gama tiba Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan tugu memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.
Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur. Kejayaan tersebut menemui jalan laut baru ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manual I untuk menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah kawasan di Timur.
Matlamat penguasaan rempah, hasil hutan dan sumber galian
Di Melaka pada tahun 1509 Lopez de Sequeira dihantar untuk menyerahkan surat daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang Portugal berdagangan. Namun saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan kepada Sultan Melaka. Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Jawa atau dikenali sebagai Kepuluan Rempah. Semua tindakan tersebut membuktikan kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.
Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. Kesemua hasil tersebut telah didagangankan dan memberi keuntungan kepada Portugal. Pada abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.bMenjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam ,sutera dan batu permata.
Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, perdagangan Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagangan di Venice, Itali dengan haraga yang mahal. Pedangang Venice pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.
Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India Berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan pelbagai aktiviti perdagangan lain.
Perdagangan Portugal di Jepun
Pada tahun 1542, pedagangan Portugal Berjaya memasuki Jepun .Pada tahun 1543, kapal-kapal pedagangan Porugal mula memasuki pelabuhan di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Porugal kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan neraga asing.
Pada tahun 1517, pedangang Portugal sampai ke Canton dan menjalankan perdagangan di Canton. Dari sini, Portugal mula meluaskan perdagangannya. Pada tahun 1557, perdagangan Portugal sampai ke Macau dan mendapatkan kebenaran berdagangan dengan membayar bayaran tahunan kepada kerajaan China.
Pedagangan Portugal seterusnya menerokai perdagangan hamba di China kerana mendapat kelulusan daripada maharaja China. Hamba-hamba dari China dibawa ke Eropah dan dijual kepada golongan bangsawan di Eropah atau bekerja sebagai buruh dalam bidang pertanian. Namun, perdagangan hamba itu tidak bertahan lama kerana pada tahun 1595, undang-undang dikuatkuasakan di Portugal yang mengharamkan sebarang pembelian dan penjualan hamba dari China.
Penutup
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.
Pemerintahan Putera Henry
Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai cara-cara yang sangat tinggi serta mengalakkan para pelayar mencari jalan ke dunia baru. Di bawah pemerintahan Putera Henry atau dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Segres dan mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.
Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal telah menjelajah lebih jauh lagi. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah Berjaya sampai ke bahagian paling selatan benua Afrika iaitu Cape of Good Hope.Pada tahun 1497, Vasco da Gama Berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika menuju ke Madini. Di sini Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India. Vasco da Gama tiba Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan tugu memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.
Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur. Kejayaan tersebut menemui jalan laut baru ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manual I untuk menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah kawasan di Timur.
Matlamat penguasaan rempah, hasil hutan dan sumber galian
Di Melaka pada tahun 1509 Lopez de Sequeira dihantar untuk menyerahkan surat daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang Portugal berdagangan. Namun saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan kepada Sultan Melaka. Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangalan perdagangan di Ceylon, Maluku, Jawa atau dikenali sebagai Kepuluan Rempah. Semua tindakan tersebut membuktikan kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.
Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. Kesemua hasil tersebut telah didagangankan dan memberi keuntungan kepada Portugal. Pada abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.bMenjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam ,sutera dan batu permata.
Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, perdagangan Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagangan di Venice, Itali dengan haraga yang mahal. Pedangang Venice pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.
Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India Berjaya memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis dan bunga cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan pelbagai aktiviti perdagangan lain.
Perdagangan Portugal di Jepun
Pada tahun 1542, pedagangan Portugal Berjaya memasuki Jepun .Pada tahun 1543, kapal-kapal pedagangan Porugal mula memasuki pelabuhan di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Porugal kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan neraga asing.
Pada tahun 1517, pedangang Portugal sampai ke Canton dan menjalankan perdagangan di Canton. Dari sini, Portugal mula meluaskan perdagangannya. Pada tahun 1557, perdagangan Portugal sampai ke Macau dan mendapatkan kebenaran berdagangan dengan membayar bayaran tahunan kepada kerajaan China.
Pedagangan Portugal seterusnya menerokai perdagangan hamba di China kerana mendapat kelulusan daripada maharaja China. Hamba-hamba dari China dibawa ke Eropah dan dijual kepada golongan bangsawan di Eropah atau bekerja sebagai buruh dalam bidang pertanian. Namun, perdagangan hamba itu tidak bertahan lama kerana pada tahun 1595, undang-undang dikuatkuasakan di Portugal yang mengharamkan sebarang pembelian dan penjualan hamba dari China.
Penutup
Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.
Soalan 11: Bincangkan faktor-faktor kemunculan
masyarakat maritim di Portugal abad ke-16 dan 17.
Pendahuluan
§ Masyarakat
maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah. Kemunculan Portugal
sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16. Perkembangan
ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang terkenal. Pelayar
Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan
dan penjajahan.
§ Peranan
Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor kemunculan masyarakat
maritim apabila satu institusi yang diasas beliau menjadikan pelayaran Portugal
lebih baik.
Isi-Isi
Penting:
1. Kedudukan
Geografi
§ Kedudukan Portugal
berhampiran dengan laut mendorong masyarakatnya melibatkan diri dalam bidang
maritim. Portugal terletak di Semenanjung Iberia yang dikelilingi Lautan
Atlantik. Mempunyai kawasan pantai yang panjang dan mempunyai pelabuhan yang
baik seperti Lisbon dan Antwerp.
§ Pelabuhan
ini berperanan sebagai pusat pengedaran barang dagangan dan pusat pengagihan
rempah ratus yang dibawa dari Timur kepada pedagang Eropah. Masyarakatnya
menjadi pelaut mahir kerana pengaruh kelautan yang membolehkan mereka perolehi
pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelayaran.
2. Kestabilan
Politik
§ Faktor
kebangkitan Portugal sebagai kuasa maritim.Ini menyebabkan raja Portugal
memberi tumpuan kepada kegiatan maritim. Raja daripada Dinasti Avis (1383-1577)
beri galakan kepada masyarakat Portugal melibatkan diri dalam bidang
perdagangan dan perkapalan.
§ Keadaan
politik bdi negara Eropah lain tidak stabil seperti Sepanyol,Perancis dan
England.Ini kerana,negara kota Itali bersaing sama sendiridi Laut
Mediterranean. Pada ketika itu juga, Sepanyol dan Belanda belum menjadi negara
bangsa.Perancis dan England pula terlibat dalam Perang Seratus Tahun. Ini
menjadikan Portugal mempunyai ruang untuk muncul menjadi kuasa maritim.
3. Peranan
Putera Henry
§ Beliau
merupakan tokoh yang berperanan dalam bidang penerokaan dan
penjelajahan.Seorang saintis dan bekas tentera salib yang mengetahui ilmu
kartografi. Digelar Henry The Navigator kerana mengasas institut pelayaran di
Sagres.Institut ini berperanan sebagai pemberi latihan dan kemahiran kepada
pelayar. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan, penciptaan peralatan pelayaran
dan membaiki kapal.
§ Pelayar yang
dapat latihan telah menakluki Kepulauan Madeira(1419)dan Azores(1427). Tahun
1460, Portugis menguasai rangkaian
pelabuhan dari Kepulauan Madeira hingga
ke Cape Verde.
4. Pengaruh
Renaisans
§ Gerakan ini
menyebabkan Portugis muncul sebagai kuasa maritim dan menyebabkan perubahan
dalam pemikiran bangsa Eropah. Renaisans mempunyai ciri-ciri seperti humanisme,
individualisme, sekularisme, sifat kritikal, dan rasional.
§ Peranan
institut gereja mengongkong pemikiran masyarakat mula hilang.Ini menyebabkan
muncul era baru yang mementingkan sains dan teknologi serta kebebasan manusia
berfikir. Era baru ini melahirkan semangat ingin tahu di kalangan masyarakat
dan mula meneroka kawasan yang belum ditemui.
5. Perang
Salib
§ Perang ini
memberi peluang kepada Portugal dan bangsa Eropah lain mengenali peradaban dan
kebudayaan Timur. Keadaan ini menjadikan bangsa Eropah berfikiran terbuka dan
cara pemikiran yang lebih baik,menyebabkan berlaku perubahan gaya hidup bangsa
Eropah. Masyarakat Eropah merantau dan belayar serata tempat. Mereka belayar ke
Timur mendapatkaan barangan berharga.
§ Penerokaan
wilayah Islam di Sepanyol mendedahkan orang Eropah kepada ilmu pelayaran. Mereka menimba ilmu pengetahuan dalam bidang
astronomi, geometri, matematik, sains dan perubatan. Ini membantu Eropah
melibatkan diri dalam penjelajahan.
6. Penemuan
Baharu
§ Penemuan
dalam teknologi pelayaran dan perkapalan membantu penerokaan. Pelayar Portugal
cipta peralatan seperti astrolab,carta pelayaran, kompas magnetik, dan reka
bentuk kapal. Peralatan ini digunakan untuk menentukan arah dan longitud.
§ Berpengetahuan
dalam bidang geografi dan ilmu pelayaran. Portugal mempunyai kemahiran membina
kapal jenis Caravel. Kapal ini berupaya untuk mengharungi lautan yang luas dan
digunakan dalam pelayaran jarak jauh.
7. Perkembangan
Kapitalisme
§ Menggalakkan
kegiatan pengumpulan modal,hak milik persendirian,dan persaingan dalam perniagaan.
Ini menyebabkan raja negara bangsa dan Portugal mempelopori perkembangan ini
dan mengamalkan dasar merkantilisme yang memberi penekanan terhadap pengumpulan
kekayaan,kekuasaan,jaga kebajikan penduduk tempatan.
§ Menguasai
pelayaran melalui pelaburan baharu dan
menjadi galakan kepada pelayar dan raja menaja pelayaran.
8. Dorongan
Daripada Pengembara Terdahulu
§ Pengembara
memberi inspirasi kepada pelayar Portugal adalah seperti Marco Polo,Odoric
Perdenone.Catatan mereka menarik minat pengembara Portugal mencari jalan laut
seperti buku The Travels of Marco Polo.
John Monte pula merekod pengalamannya berkhidmat di Parsi,India,China.Ini
medorong Portugal melancarkan ekspedisi ke Timur.
§ Mitos
Prestor John diidentifikasikan sebagai Raja Ethiophia mendorong kepada kegiatan
penerokaan dan penjelajahan orang Portugal.
Penutup
§ Masyarakat
maritim di Portugal lebih kepada perdagangan dan kelautan. Mereka berjaya
membina empayar perdagangan dan menguasai jalan perdagangan Lautan Hindi lebih
dari satu kurun. Masyarakat Portugal juga berjaya menjadi perintis dan
meluaskan kuasa tersebut. Pusat perdagangan didirikan di kawasan pantai sahaja.
Soalan 12: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di
Portugal pada abad ke-16 dan 17
Pendahuluan
§ Masyarakat maritim bergantung kepada aktiviti berasaskan
laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut dan perkapalan.
Masyarakatnya tinggal di pesisir pantai, lembah sungai, pelabuhan atau Bandar
pelabuhan. Masyarakat maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan mengumpul
hasil laut. Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang, nelayan,
nahkoda , anak kapal dan peneroka .
§ Kemunculan Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul
sejak abad ke-15 dan 16. Munculnya golongan pelayar dan peneroka terkenal.
Pelayar Portugal terlibat dalam penerokaan, penjajahan, penjelajahan dan
perdagangan .
Isi-Isi penting :
1. Kegiatan Ekonomi
§ Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Portugal
ialah perdagangan yang di jalankan di pelabuhan seperti Lisbon dan Antwerp. Masyarakat maritim melancarkan ekspedisi ke Timur untuk
menguasai perdagangan rempah . Pedagang Portugal memperoleh barang dagangan
seperti rempah-ratus, sutera dan batu permata.
§ Mereka membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
Selain berdagang masyarakat maritim juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan, mengumpul hasil laut dan mempunyai kemahiran membina kapal.
2. Petempatan
2. Petempatan
§ Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran pesisir
pantai , lembah sungai dan kepulauan. Petempatan mereka berhampiran dengan
laut memudahkan mereka menjalankan kegiatan seperti perdagangan, menangkap ikan
dan mengumpul hasil laut.
§ Masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang
terletak di muara sungai . Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan ialah
Pelabuhan Libson dan Antwerp yang memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan
dan pengedaran barang dagangan Portugal.
3. Teknologi perkapalan dan pelayaran
3. Teknologi perkapalan dan pelayaran
§ Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam pembinaan
kapal dan perahu seperti kemahiran membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan .Kapal jenis ini dibina
dengan teknologi tinggi kerana akan digunakan untuk pelayaran jarak jauh.
§ Masyarakat maritim di Portugal mempunyai kemahiran
teknologi pelayaran di mana tokohnya ialah Putera Henry yang telah mengasaskan
sebuah sekolah pelayaran di Sagres. Sekolah tersebut terlibat dalam penciptaan
peralatan bagi memudahkan pelayaran seperti kompas magnetik, astrolab dan
carta pelayaran. Kewujudan sekolah
ini juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu nautika.
4. Penjelajahan & penerokaan
§ Masyarakat maritim di Portugal terlibat dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan dan telah melancarkan ekspedisi mencari jalan laut
ke Timur .
§ Bartholomew Diaz belayar ke Tanjung Harapan dan berjaya
mengelilingi Tanjung Harapan sampai ke Malindi kemudian beliau meneruskan
pelayaran ke Calicut , India .
5. Memiliki sifat ingin tahu
§ Masyarakat maritim mempunyai semangat ingin tahu yang
kuat yang menyebabkan mereka ingin mengetahui adat resam, budaya dan sejarah
masyarakat lain . Semangat ingin tahu ini mendorong mereka mengkaji bentuk muka
bumi , iklim dan cuaca sesuatu tempat
§ Masyarakat maritim di Portugal merupakan masyarakat yang
berani menghadapi cabaran. Sebagai contoh, ekspedisi yang di lancarkan oleh
Ferdinand Magellan di mana beliau terpaksa menghadapi cabaran kekurangan
makanan dan kerosakan kapal namun meneruskan perjalanan walaupun telah didesak
oleh anak kapal untuk berpatah balik. Ini menunjukkan Magellan merupakan tokoh
yang berani menghadapi pelbagai cabaran sepanjang pelayaran .
6. Kemahiran
membina kapal
§ Masyarakat
maritim juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal. Mampu membina kapal
yang besar seperti caravel yang boleh belayar di lautan luas
§ Kemajuan
dalam pembinaan kapal menyebabkan muncul industri pembinaan kapal di Portugal
7. Kemahiran
teknologi pelayaran
§ Masyarakat
maritim mempunyai kemahiran dalam teknologi pelayaran. Masyarakat maritim
mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan kompas magnetik
dan astrolabe. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu
nautical
§ Putera
Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran untukmelatih ahli pelayaran dan
jurumudi di Sagres.
8. Penjelajahan
dan penerokaan
§ Masyarakat
maritim merupakan masyarakat yang terdedah kepada kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Mempunyai
kemahiran dalam merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
§ Menjelang
abad ke-15M, orang Portugis melancarkan beberapa ekspedisi mencari jalan laut
ke Timur. Contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas permintaan Raja
Manuel I sekitar tahun 1497.
9. Semangat
keterbukaan
§ Masyarakat
maritim memiliki semangat keterbukaan. Sanggup mengharungi lautan luas dan
belayar ke negara-negara lain
§ Menjalin
hubungan dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan. Hasilnya berlaku
pemindahan idea dan teknologi. Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru
10.
Memiliki
sifat berani
§ Masyarakat
maritim berani hadapi cabaran. Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai
cabaran ketika belayar di lautan luas. Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan
ekspedisi ke Timur pada tahun 1519
§ Pengalaman
yang diperoleh masyarakat maritime ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang
berani
11.
Keupayaan
menguasai laluan laut
§ Mempunyai
keupayaan dan kebolehan dalam menguasai jalan laut. Mengatur langkah untuk
mencari dan menguasai laluan laut ke Timur
§ Mendirikan
pangkalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah
Penutup
§ Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di
Eropah selain Belanda dan Inggeris .
§ Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan
geografi , kestabilan politik , perkembangan kapitalisme dan sebagainya.
Soalan 13: Huraikan
sumbangan masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 dan ke-17
Pendahuluan
§ Masyarakat
maritim muncul sejurus selepas Renaisans dan Reformasi di Eropah. Kemunculan
Portugal sebagai kuasa maritim yang unggul bermula sejak abad ke-15 dan 16.
Perkembangan ini menyebabkan muncul golongan pelayar dan peneroka yang
terkenal.
§ Pelayar
Portugal melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan, penjelajahan, perdagangan
dan penjajahan. Peranan Putera Henry dalam bidang penerokaan menjadi faktor
kemunculan masyarakat maritim apabila satu institusi yang diasas beliau
menjadikan pelayaran Portugal lebih baik.
Isi-isi Penting:
1. Penjelajahan
§ Masyarakat
maritim di Portugal memberi sumbangan dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat
dikesan sejak awal abad ke-15. Pelayar Portugal berjaya menyeberangi Selat
gibraltar dan menawan pantai barat Afrika.
§ Menjelang
pertengahan abad ke-15, pelayar Portugal berjaya menguasai Kepulauan Madeira
dan Azores. Diego Cam belayar sejauh 1400 batu sepanjang pantai barat Afrika
antara tahun 1482-1484. Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz memulakan pelayaran
dengan tiga buah kapal dan berjaya mengelilingi Tanjung Harapan. Pada masa yang
sama, Sepanyol juga amat aktif dalam kegiatan penjelajahan dan penerokaan.
Keadaan ini menimbulkan persaingan dan membawa kepada Perjanjian Tordesillas
pada tahun 1494.
§ Vasco da
Gama melancarkan ekspedisi ke Timur dengan empat buah kapal seberat 120 tan
serta 180 orang pelaut. Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi
Tanjung Harapan dan belayar sepanjang pantai hingga ke Malindi. Dari Malindi,
Vasco da Gama berjaya merentasi Lautan Hindi dengan bantuan Ibn Majid dan
sampai di Calicut, India pada tahun 1498. Kejayaan Vasco da Gama meletakkan
asas bagi Portugal melakukan penjelajahan ke Asia Tenggara, China, dan Jepun.
2.
Perdagangan
§ Penglibatan
masyarakat maritim Portugal dalam kegiatan perdagangan dapat dikesan sejak awal
abad ke-15. Menjelang pertengahan abad ke-15, pelayar yang dihantar oleh Putera
Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang amat menguntungkan. Menjelang tahun
1460, Portugal berjaya menguasai rangakaian pelabuhan yang menganjur dari
Kepulauan Madeira hingga Cape Verda.
§ Kejayaan
Vasco da Gama sampai ke timur memberi dorongan kepada pelayar Portugal
melancarkan ekspedisi perdagangan ke Timur. Ekspedisi perdagangan dihantar ke
Timur untuk mendapatkan barang dagangan seperti rempah, lada hitam, sutera, dan
batu permata.
§ Pedagang-pedagang
Portugal mendirikan pangakalan perdagangan di Sri Lanka, Sumatera, Pulau Jawa,
dan Kepulauan Rempah. Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha
menguasai laluan perdagangan ke Timur. Selain itu, beliau berhasrat untuk
menghapuskan monopoli perdagangan rempah oleh saudagar Islam. Menjelang tahun
1505, Alfonso de Albuquerque mengatur gerakan menguasai jalan perdagangan ke
Asia Tenggara.
§ Selepas
menguasai Kepulauan Rempah, Portugal mengasaskan pusat perdagangan di Canton
pada tahun 1517. Pada tahun 1542, pedagang-pedagang Portugal berjaya
mengasaskan pusat perdagangan di Jepun. Portugal juga menubuhkan pangkalan
perdagangan di Afrika khususnya di Mozambique pada tahun 1520. Pangkalan
perdagangan ini memainkan peranan sebagai pusat persinggahan bagi kapal dagang
yang dalam pelayaran dari Eropah ke Asia.
§ Selepas
berjaya menubuhkan pusat perdagangan, Portugal memeterai perjanjian perdagangan
denagan raja-raja tempatan. Melalui perjanjian ini, saudagar lain tidak
dibenarkan berdagang di pelabuhan tersebut kecuali dengan lesen yang
dikeluarkan oleh Portugal. Perkembangan ini menyebabkan orang Portugal berjaya
menguasai laluan perdagangan ke Timur. Ini meletakkan asas bagi orang Portugal
menguasai perdagangan rempah daripada Saudagar Islam.
§ Kekayaan dan
kemakmuran yang diperoleh oleh Portugal menyebabkan kuasa Barat yang lain
berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke Timur.
3.
Penguasaan
tanah dan wilayah
§ Masyarakat
maritim d Portugal juga melibatkan diri dalam penguasaan tanah jajahan bermula
sejak abad ke-15 Masihi. Pada tahun
1415, orang Portugal berjaya menawan Ceuta yang terletak di Maghribi daripada
orang Islam. Pada tahun 1419, pelayar Portugal yang menerima latihan di sekolah
pelayaran yang diasaskan oleh Putera Henry berjaya menakluki Kepulauan Madeira.
Pada tahun 1427, orang Portugal berjaya menguasai Azores dan seterusnya belayar
sepanjang pantai ke selatan benua Afrika. Pada tahun 1503, Portugal berjaya
menguasai Cochin yang terletak di pantai barat India dan seterusnya djadikan
sebagai ibu pejabat, pentadbiran Portugal di Timur.
§ Pada tahun
1508, angkatan tentera Portugal berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir di
Diu. Peristiwa ini meletakkan asas bagi Portugal untuk meneruskan penguasaan
mereka terhadap dunia di Timur. Pada 11 september 1508, angakatan tentera
Portugal yang diketuai oleh Lopez de Sequira tiba d Melaka. Angkatan ini
berundur dari Melaka setelah mengetahui rancangan Melaka yang berhasrat
menyerang mereka atas hasutan pedagang Gujerat.
§ Pada tahun
1510, angkatan tentera Portugal berjaya menguasai Goa di India. Selepas itu,
Portugal mengatur gerakan untuk menguasai laluan perdagangan di Asia Tenggara.
Pada tahun 1511, Portugal menguasai Melaka dan seterusnya usha dilakukan untuk
menguasai Kepulauan Maluku. Selepas menguasai kepulauan rempah, Portugal
mendapatkan tanah jajahan di Macau pada tahun 1517.
§ Portugal
mengukuhkan kedudukannya dengan menguasai tanah jajahan di Amerika Syarikat
khususnya di Brazil. Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa
Barat yang paling aktif dalam kegiatan penjajahan pada abad ke-16.
4.
Perkapalan
§ Masyarakat
martim di Portugal mencapai kemajuan yang pesat dalam bdang perkapalan. Mereka mempunyai
kepakaran dalam pembinaan kapal serta kemajuan dalam teknologi perkapalan.
Mereka mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal yang mampu belayar di lautan
luas. Sebagai contoh mereka memiliki teknologi membina kapal jenis Caravel
seberat 2000 tan. Antara peralatan baharu yang dicipta oleh mereka ialah catra
pelayaran, kompas dan astrolab. Mereka juga memiliki peta-peta yang lengkap bag
memudahkan kgiatan penerokaan dan penjelajahan.
§ Institusi
pelayaran: Masyarakat maritim di Portugal merupakam masyarakat Eropah yang
pertama mendirikan sekolah pelayaran yang didirikan oleh Henry the Navigator di
Sagres yang ditubuhkan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pelayar
Portugal. Sekolah ini memberi galakan dan dorongan kepada pelayar-pelayar
melibatkan diri dalam kegiatan penerokaan dan penjelajahan. Pelayar yang
mendapat latihan di sekolah ini berjaya menguasai Kepulauan Madeira, Azores dan
belayar sepanjang pantai selatan benua Afrika.
5.
Penyebaran agama Kristian
§ Masyarakat
maritim di Portugal juga terlibat dalam penyebaran agama Kristian. Dalam hal
ini, mubaligh Kristian turut dihantar dalam ekspedisi pelayaran ke Timur.
§ Mubaligh
Kristian telah memulakan usaha untuk mengkristiankan penduduk di tanah jajahan.
Umpamanya penduduk Portugal dan mubaligh Kristian datang beramai-ramai ke
Brazil dan menetap di petempatan baharu seperti di Sao Paolo, Pernambuco, dan
Bahia.
Kesimpulan
§ Portugal merupakan kuasa besar maritim pada abad ke-17 di
Eropah selain Belanda dan Inggeris .
§ Portugal menjadi masyarakat maritim oleh faktor kedudukan
geografi, kestabilan politik, perkembangan kapitalisme dan sebagainya.
1.3.2 Masyarakat Maritim Jepun
Soalan 14: Huraikan perkembangan masyarakat Maritim yang diamalkan di Jepun
Pendahuluan
§ Masyarakat maritim adalah sejurus zaman Renaisans dan
revolusi agama di Eropah, berlaku Revolusi Perdagangan di Eropah. revolusi
Perdagangan ini diketuai oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan
dasar Ekonomi mekantilisme menekankan kekayaan, kekuasaan dan kebajikan.
§ Negara Jepun, Revolusi Perdagangan hanya tertumpu pada
negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar
pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintan Jepun.
§ Jepun hanya menjuruskan aktivity perdagangan dengan
negara China dan negaara-negara Asia Tengara bagi mengawal rakyatnya serta
Diamyo-diamyo di bawah kekuasaan Shogan. Namun begitu, Jepun membuka pintu
negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan yang terhad dan
pelbagai peraturan dikenakan.
Isi-isi Penting:
Era Pemerintahan Ashikaga
§ Ketika era Ashikaga, masyarakat Jepun telah melalui
perubahan ekonomi. Perdagangan dan pusat pembuatan kertas
,baranganlogam,tenunan dan sebagainya berkembang maju di selurauh negara.
Perusahan tempatan turut b berkembang di Jepun. wujud pengeluaran berasaskan
daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, pengeluaran kain kapas
di KInai dab pengeliuaran ulat sutera serta alat tenunan di Fukushima
,Yamanashi dan Gumma. Satsuma menjadi pusat pengeluaran gula yang
kemudiannya dipasarkan ke selurh Jepun
§ Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani
antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga yang membenarkan POrugal
berdagang di pelabuhan Nagasaki . pembukaan perdaganggan di Nagasaki telah
menyebabkan peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar
bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
§ Penduduk Jepun telah mengimport barabngan tropika dari
Asia Tenggara, barangan pengeluaran dari China seperti sutera , tembikar, buku,
lukisan , dan wang tembaga. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi pusat
pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
§ Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport
sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antaranya barangan
termasuklah pedang, kipas berlipat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemidang
mendapat permintaan yang tinggi di China .
§ Pedang buatan Jepun yang melengkung diperbuat daripada
besi keluli yang bersadur dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang
Damaskus atau Toledo telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam
jumlah yang besar
Era Pemerintahan Leyasu
§ Mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan dengan negara
luar. Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat
dalam pardagangan dan mahu melayan semua negara dengan saksama dan adil
§ Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdangangan di Jepun
, penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas dan amat bernilai.
Penggunaan mata wang im=ni telah menggantikan penggunaan beras dan kain sebagai
cara berjual beli barangan di Jepun
§ Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti
P0tugis, Sepany0l, British dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah
menggalakkan penggunaan mata wang perak.Keadaan ini menggalakkan industri
perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak dan tembaga
§ Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara Barat,hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang Belanda
hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan, mereka tidak
dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat Jepun kecuali
pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di PUlau Dashima
Era Pemerintahan Tokugawa
§ Pertambahan hasil pengeluaran industri pada zaman
Tokugawa telah membawa perkembangan pengeluaran dalam industri kesenian. Masyarakat
Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang halus dan barangan
porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian tembikar diajar oleh pembuatan
tembikar Korea yang dibawa masuk oleh tentera Hideyoshi dan perkembangan
menjadai industri penting di Jepun
§ Seterusnya, Industri teksil berkembang pesat dengan
menghasilkan broked sutera yang cantik.Jepun juga menghasilkan secara
besar-besaran barangan laker yang mempunyai nilai hiasan yang sangat
indah.Keunikan barangan keluaran Jepun ini ialah dapat menyeimbangkan teknikal
dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak dapat ditandingi oleh dunia moden
§ Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua
perdagang diusir keluar dari Jepun kerana pemerintahan Tokugawa mengambil
keputusan mengamalkan dasar pemencilan dari dunia Jepun.Perlaksanaan arahan di
keluarkan . Arahan pada tahun 1633, melarang kapal-kapal Jepun meninggal negara
kecuali mempunyai lessen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu, rakyat Jepun
dilarang meningal kan negara kecuali mendapat kebenaran daaripada Keshogunan Tokugawa
dan rakyat Jepun yang tinggal di luar akan di hokum bunuh jika mereka pulang ke
Jepun. Arahan tahun 1635, mengaharamkan semua kapal Jepun belayar ke seberang
laut dan rakyat Jepun dilarang keluar negara.Araahan tahun 1639, menharamkan
perdagangan asing dan menutup negara Jepun dengan negara luar.
Penutup
§ Perkembangan perdagangan di Jepun terhenti apabila Shogun
Tokugawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu
kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana
timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.
Soalan 15:
Bincangkan faktor-faktor kemunculan masyarakat maritim di Jepun abad ke-16 dan
17.
Pendahuluan
§ Kemunculan
masyarakat maritim di Jepun dapat
dikesan sejak abad ke-3 Masihi. Pedagang-pedagang Jepun telah menjalinkan
hubungan perdagangandengan China, Vietnam,dan Korea. Di samping itu, pedagang Jepun
juga menjalankan kegiatan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
§ Menjelang
abad ke-16, Jepun mengamalkan dasar buka pintu dengan menggalakkan kehadiran
pedagang Barat ke negara tersebut. Kehadiran pedagang Barat menyebabkan
pedagang Jepun bangkit sebagai sebuah kuasa maritim di Asia.
Isi-Isi
Penting:
a.
Kedudukan Geografi
§ Dari segi
geografi,negara ini terdiri daripada beberapa pulau yang dikelilingi laut.
Antara pulau yang jadi tumpuan masyarakat maritim di Jepun ialah Kyushu,
Shikoku, Hokkaido dan Honshu. Oleh kerana bentuk muka bumi pulau-pulau ini yang
bergunung-ganang,maka petempatan didirikan di kawasan pesisir pantai.
§ Lokasi
petempatan yang berhampiran laut menyebabkan penduduk terdedah dengan kegiatan
berasaskan laut. Perkembangan ini menjadi asas kemunculan masyarakat maritim di
Jepun.
2. Perdagangan
§ Perkembangan
perdagangan menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Pada
Zaman Ashigaka, perdagangan berkembang pesat di Jepun.Pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara di rantau Asia Tenggara.
§ Menjelang
zaman Tokugawa,hubungan perdagangan terjalin denngan China, Korea dan Vietnam.
Pedagang-pedagang asing seperti pedagang dari Portugal juga datang ke Jepun. Di
zaman Nobunaga, lebih ramai pedagang dari Portugal datang ke Jepun.Kedatangan
pedagang asing ini menyebabkan muncul masyarakat maritim.
3. Kemunculan Pelabuhan
§ Kemunculan
pelabuhan merangsang pertumbuhan masyarakat maritim di Jepun. Kepesatan
perdagangan menyebabkan kemunculan pelabuhan entrepot. Antara pelabuhan
entrepot terpenting abad ke-16 ialah Kyushu, Nagasaki, dan Shimoda yang juga
menjadi tumpuan pedagang Jepun dan pedagang
luar negara.
§ Menjelang
pertengahan abad ke-16,kapal pedagang Portugal berlabuh di pelabuhan Kyushu. Kehadiran
mereka mendapat galakan daripada golongan bangsawan Jepun.
4. Kemajuan Dalam Bidang Teknologi
Pelayaran
§ Kemajuan
pesat dalam pelayaran ini menyebabkan masyarakat maritim di Jepun mampu untuk
belayar hingga ke Korea, China dan Asia Tenggara. Kemajuan yang dicapai dalam
teknologi pelayaran dan pembinaan kapal menjadikan negara Jepun berjaya muncul
sebagai masyarakat maritim. Jepun melahirkan ramai pelayar yang mempunyai
kemahiran dalam ilmu pelayaran serta pengetahuan dalam ilmu nautika, kartografi
dan perkapalan.
§ Menjelang
abad ke-16, muncul pusat pembinaan dan baik pulih kapal-kapal di Jepun.Masyarakatnya
juga mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal-kapal besar yang sesuai untuk
pelayaran jaraj jauh. Kapal Shuinsen merupakan kapal yang diguna pedagang Jepun
belayar ke Asia Tenggara.
5. Dasar Kerajaan Jepun
§ Dasar buka
pintu yang diamalkan kerajaan Jepun
menyumbang kepada kemunculan masyarakat maritim di Jepun. Dasar ini juga
menyebabkan masyarakat maritim Jepun terdedah pengaruh dari luar seperti Asia
dan juga Barat. Menjelang akhir abad ke-16, pedagang dari Portugal menjalankan
aktiviti perdagangan dengan Jepun. Selain pedagang,golongan mubaligh Kristian
juga terlibat dalam menyebarkan dakwah dikalangan penduduk Jepun.
§ Hubungan
dengan Portugal menyebabkan masyarakat
maritim Jepun menerima teknologi baharu dari
Barat iaitu perkapalan. Perkembangan ini memainkan peranan dalamm merancakkan
kegiatan maritim.
6. Galakan Pemerintah
§ Pemerintah
juga memainkan peranan penting. Hideyosi merupakan pemerintah yang berminat
dalam aktiviti perdagangan. Beliau menggalakkan pedagang Jepun berdagang ke
seberang laut. Semasa pemerintahannya, Jepun menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Korea. Beliau
mengawal kegiatan perdagangan dengan
negara-negara asing dengan mengawal
segala aktiviti perdagangan di pelabuhan Nagasaki mulai tahun 1587. Ekoran itu,
pedagang Jepun di Nagasaki, Sakai dan Hakata menghantar ekspedisi ke Asia
Tenggara.
§ Shogun
Tokugawa memberi galakan kepada rakyat untuk libatkan diri dalam perdagangan maritim. Semasa
pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan Shuinsen diperkenalkan.
Berdasarkan dasar ini kapal dagang yang menjalankan aktiviti perdagangan dengan
negara asing dikehendaki memiliki mohor merah. Ini menyebabkan ramai golongan
bangsawan melibatkan diri dalam perdagangan maritim.Abad ke-17, banyak kapal
dagang Shuinsen terlibat dalam perdagangan dengan Vietnam. Ini menjadi asas
kemunculan masyarakat maritim.
7. Pengaruh Luar
§ Kemunculan
masyarakat maritim disebabkan oleh hubungan antara Jepun dengan negara-negara
lain. Menjelang abad ke-16,Jepun jalinkan hubungan perdagangan dengan Portugal.
Akhir abad pula, ramai pedagang dari Portugal melibatkan diri dalam aktiviti
perdagangan.
§ Shogun
Ashikaga membenarkan pedagang Portugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.
Menjelang abad ke-17, pedagang dari Belanda, British dan Sepanyol menjalankan
perdagangan dengan Jepun. Kedatangan pedagang Barat menyebabkan aktiviti
perdagangan berkembang pesat dan meletakkan kemunculan masyarakat maritim di Jepun.
Penutup
§ Secara
keseluruhannya, kemunculan masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan
perdagangan. Dari segi pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi
pelayaran atau pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
§ Malahan,
pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu, dasar perdagangan diperkenalkan. Pelbagai
dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di Jepun
dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.
Soalan 16: Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun
abad ke-16 dan 17
Pendahuluan
§ Masyarakat maritim ialah masyarakat yang bergantung
kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan
hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajaan. Masyarakat nya tinggal di
kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau Bandar
pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan
pusat berjual-beli. Masyarakat maritim yang menjalankan aktiviti menangkap ikan
dan mengumpul hasil laut biasanya tinggal di kawasan perkampungan nelayan.
§ Masyarakat maritim terdiri daripada golongan pedagang,
nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong oleh
kemunculan kerajaan maritim di Eropah
pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad tersebut ialah
Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun sebagai sebuah
kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4 Masihi lagi.
Isi-isi Penting:
1. Kegiatan ekonomi
§ Kegiatan ekonomi utama masyarakat maritim di Jepun ialah perdagangan. Pedagang-pedagang Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia Tenggara. Menjelang abad ke-16, Jepun
menjalinkan hubungan perdagangan dengan Barat. Pedagang-pedang Jepun mengeksport
barangan seperti tembaga, berlian,
dan perak.
§ Antara barangan yang diimport oleh pedagangan Jepun ialah
sutera, tembikar, dan tembaga dari China. Barangan tropika pula diimport dari
pelabuhan di Asia Tenggara.
2. Petempatan
§ Masyarakat maritim Jepun tinggal di kawasan pesisir pantai dan kepulauan. Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan mereka
menjalankan aktiviti perdagangan,
menangkap ikan, dan mengutip hasil
laut.
§ Selain itu, masyarakat maritim juga tinggal di pelabuhan yang terletak di muara
sungai. Antara pelabuhan yang menjadi tumpuan masyarakat maritim ialah
pelabuhan Kyushu, Hiroshima, Nagasaki dan shimoda.
3. Teknologi perkapalan
§ Masyarakat maritim Jepun terdedah kepada kemahiran dalam
pembinaan kapal dan perahu. Mereka mempunyai kemahiran membina kapal layar yang
dikenali sebagai shuinsen. Kapal
layar ini digunakan oleh pedagangan-pedagangan Jepun untuk pelayaran jarak jauh seperti ke pelabuhan di Asia Tenggara.
§ Di samping itu, masyarakat maritim Jepun juga mempunyai
kemahiran membina kapal seperti Higaki-kaisen dan Taru-kaisen. Kapal jenis ini digunakan dalam perdagangan dalam
negara yang melibatkan laluan antara Osaka dan Edo.
4. Teknologi pelayaran
§ Masyarakat maritim di Jepun mempunyai kemahiran dalam
teknologi pelayaran. Mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam ilmu pelayaran, ilmu nautika dan kartografi.
§ Masyarakat maritim menerima pengetahuan mengenai teknologi perkapalan daripada
pedagangan portugal. Shogun Leyasu
mendapat bantuan daripada orang sepanyol dalam teknologi perkapalan.
5. Penjelajahan dan
penerokaan
§ Masyarakat maritim di Jepun terlibat dalam aktiviti
penerokaan dan penjelajahan. Menjelang awal abad ke-17, lebih daripada 350 buah kapal terlibat dalam pelayaran
ke luar negeri.
§ Secara purata, Jepun menghantar 14 ekspedisi perdagangan ke negara-negara lain setiap tahun. Di
samping itu, masyarakat maritim Jepun juga melancarkan ekspedisi pelayaran ke China,
Korea, dan Amerika Selatan.
6. Masyarakat pelbagai Budaya.
§ Jalinan perhubungan dengan masyarakat
antarabangsa menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya
luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh
Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang
merupakan kepercayaan tempatan.
§ Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat
pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup
pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama
Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.
7.
Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.
§ Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu
pelayaran mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan,
Korea dan China.
§ Mereka mampu membina kapal besar meredah
lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata
pedagang Jepun yang
berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun
melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.
8.
Pelabuhan Entreport.
§ Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan
melalui pelabuhan entreport Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para
pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya.
§ Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara
(seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya
tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat
pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.
9.
Menerima Pengaruh Luar.
§ Sebelum dasar tutup pintu abad-17,
masyarakat maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti agama Buddha,
Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu
memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban).
§ Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti
mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari
huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia
Barat sebagai namban yang
bererti kaum gasar dari selatan
Penutup
§ Kesimpulannya, masyarakat maritim di negara Jepun memberi
sumbangan dalam bidang perdagangan, penjelajahan, dan penerokaan. Kemunculan
masyarakat maritim di Jepun berkait rapat dengan perdagangan. Dari segi
pengaruh luar, kedudukan geografi, pelabuhan, teknologi pelayaran atau
pemerintah adalah berasaskan perdagangan.
§ Malahan,
pada zaman pemerintahan Tokugawa Ieyasu,dasar perdagangan diperkenalkan.
Pelbagai dasar diperkenalkan bagi mengukuhkan perdagangan masyarakat maritim di
Jepun dan menjadi faktor-faktor kemunculannya.
Soalan 17: Huraikan sumbangan masyarakat Maritim di Jepun
pada abad ke-16 dan 17.
Pendahuluan:
§ Masyarakat Maritim ialah masyarakat yang bergantung
kepada aktiviti berasaskan laut seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan
hasil laut, perkapalan, penerokaan, dan penjelajahan. Masyarakatnya tinggal di
pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan atau bandar
pelabuhan yang terletak di muara sungai. Pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti tempat menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air, dan
pusat berjual beli.
§ Masyarakat maritim di Jepun terdiri daripada golongan
pedagang, nelayan, nakhoda, anak kapal, dan peneroka. Perkembangan ini didorong
oleh kemunculan kerajaan maritim di
Eropah pada abad ke-17. Antara kuasa maritim yang unggul pada abad
tersebut ialah Portugal, Belanda, dan Inggeris. Di Asia pula, kemunculan Jepun
sebagai sebuah kerajaan maritim talah dikesan lebih awal, iaitu sejak abad ke-4
Masihi lagi.
Isi-isi Penting:
Penggunaan mata wang
Penggunaan mata wang
§ Masyarakat Maritim di Jepun menjalankan aktiviti
perdagangan yang melibatkan penggunaan mata wang. Menjelang abad ke-15, kerajaan Jepun mengimport mata wang
tembaga bagi memastikan bekalan mencukupi. kehadiran pedagang asing dari
Portugal, Belanda, Sepanyol dan British tela menyebabkan penggunaan mata wang
perak meningkat kerana digunakan dalam urusniaga.
§
Shogun Tokugawa mendirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang meyebabakan muncul pasar dan bandar-bandar baharu di Jepun.
Shogun Tokugawa mendirikan kilang pembuatan mata wang di Nagasaki untuk menghasilkan mata wang. Pada zaman Sengoku Jidai, syiling tembaga digunakan secara meluas dalam urus niaga. Penggunaan mata wang meyebabakan muncul pasar dan bandar-bandar baharu di Jepun.
Perdagangan luar negeri
§ Hubungan perdagangan antara Jepun dengan dunia luar
berkembang pesat sejak Zaman Ashikaga. Jepun turut menjalinkan hubungan
perdagangan dengan China dan Korea sejak abad ke-3.Hubungan ini berterusan
hingga abad ke-16 dan 17.
§ Menjelang abad ke-16, Jepun menjalinkan hubungan
perdagangan dengan kuasa barat. Orang Portugal mendarat di Pelabuhan Kyushu
pada tahun 1542. Menjelang tahun 1550,banyak kapal dagang Portugal berlabuh di
Pelabuhan Kyushu. Pada zaman Tokugawa, langkah-langkah diambil untuk memecahkan
monopoli perdagangan Portugal dengan
menggalakkan hubungan perdagangan dengan kuasa Barat seperti Sepanyol, Belanda dan British.
Persatuan pedagang
Persatuan pedagang
Perkembangan pesat dalam perdagangan telah meyebabkan
muncul Persatuan Dagang di Jepun. Pedagang-pedagang menubuhkan Persatuan Dagang
(guild) di pecan dan bandar-bandar besar.Sebagai contoh,orang Belanda
menubuhkan Persatuan Perdagangan di Kyushu pada tahun 1609.
Selain persatuan dagang,Persatuan Kewangan yang dikenali
sebagai Mujinko juga ditubuhkan. Selain itu,pusat pertukaran wang juga
ditubuhkan di bandar-bandar besar di Jepun.
Perkembangan sektor perlombongan
Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.
Perkembangan aktiviti perdagangan merangsang pertumbuhan kegiatan perlombongan di Jepun. Penggunaan mata wang dalam urus niaga menggalakkan kegiatan perlombongan di Jepun. Perkembangan ini menyebabkan pengeluaran emas,perak,dan tembaga meningkat.
Pengkhususan kerja
§ Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan
berlaku pengkhususan kerja.Penduduk Jepun melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi seperti pertukangan,perlombongan dan perdagangan. Perkembangan ini
menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan .
§ Golongan artisan menghasilkan tembikar dan porselin yang
menarik dengan menggunakan teknologi dari Korea. Selain itu,orang Jepun juga
melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang
bermutu tinggi.
Kemunculan kelas pedagang
§ Perkembangan pesat dalam sektor perdagangan menyebabkan
muncul golongan pedagang di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi
menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
§ Menjelang abad ke-17,golongan pedagang menubuhkan
syarikat bagi mengendalikan urusan perniagaan. Pedagang-pedagang Jepun
menubuhkan persatuan pedagang di bandar bagi mempertahankan hak dan kebajikan
mereka.
Perkembangan perindustrian
§ Menjelang abad ke-16,sektor perindustrian mengalami
perkembangan pesat. Antara industri yang berkembang pesat di Jepun ialah
industri tekstil,tembikar,industri kertas dan barangan logam.
§ Menjelang abad ke-17,industri tembikar dan porselin merupakan industri penting di Jepun.Begitu
juga industri tekstil tekstil.Sebagai contoh,industri kain kapas berkembang di
Kinai manakala industri sutera berkembang di Fukushima.
Petempatan komuniti Jepun
§ Perkembangan pesat dalam kegiatan perdagangan,menyebabkan
ramai pedagang Jepun tinggal menetap di Negara asing. Ini menyebabkan muncul
petempatan masyarakat Jepun di Taiwan, Macao, Maluku, Filipina, Borneo, Siam
dan semenanjung Tanah Melayu.
§ Rekod sejarah menunjukkan terdapat ramai orang Jepun yang
meneetap di pelabuhan Hoi An (Vietnam) pada abad ke-17. Bagi menangani
kehadiran ramai pedagang Jepun,pihak berkuasa pelabuhan Hoi An menubuhkan satu
petempatan yang dikenali sebagai Nihomachi.
Kemunculan bandar
§ Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan
muncul bandar baharu di Jepun. Antara bandar-bandar baharu yang muncul di Jepun
ialah Kyoto, Seto, Edo dan Osaka. Osaka merupakan pelabuhan bebas yang ditadbir oleh
komuniti pedagang tempatan. Bandar-bandar ini muncul sebagai pusat perdagangan
dan perindustrian di Jepun.
Pelayaran
§ Masyarakat maritim di Jepun mempunyai pengetahuan yang
tinggi dalam bidang pelayaran, berkemahiran dalam ilmu astronomi,kartografi dan
nautika serta mempunyai pengetahuan dalam pembinaan kapal layar. Mereka
menerima pengetahuan dalam bidang perkapalan daripada pedagang barat seperti
Portugal,S epanyol, British dan Belanda.
§ Pengetahuan yang tinggi dalam bidang pelayaran
menyebabkan mereka melancarkan ekspedisi ke seberang laut. Menjelang abad
ke-16, padagang-pedagang Jepun terlibat dalam kegiatan perdagangan di Asia
Tenggara.
Perkapalan
Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo
Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17,lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam.
Masyarakat Maritim Jepun mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pembinaan kapal layar untuk digunakan dalam aktiviti perdagangan jarak jauh. Meraka mempunyai kepakaran membina kapal yang dilengkapi dengan senjata yang dikenali sebagai Shuinsen. Kapal jenis Higaki dihantar ke Genna oleh seorang pedagang dari Sakai pada tahun 1619.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut barang dagangan seperti kapas,minyak,sake,dan lain-lain ke Edo
Kapal jenis Taru digunakan oleh pedagang dari Settsu untuk menghantar barang dagangan terus ke Edo.Kapal jenis ini digunakan untuk mengangkut tong-tong yang mengandungi sake dan barangan lain selain sebagai alat pengangkutan utama sejak zaman kambun(1661-1672). Pada awal abad ke-17,lebih 124 buah kapal dagang Jepun mengunjungi pelabuhan di Vietnam.
Penyebaran agama kristian
§ Paderi-paderi kristian daripada mahzab seperti
Jesuit, Franciscan dan Dominican menyebarkan agama kristian di Jepun. Pada tahun
1582,terdapat 150 000 orang kristian dan lebih daripada 200 buah gereja di Jepun.
Penganut agama kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan
golongan bangsawan.
Pengaruh asing dalam bahasa Jepun
§ Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam
perbendaharaan kata Jepun. Umpamanya perkataan Portugis,iaitu pao (roti) dan
bosan (butang). Perkataan Sepanyol yang diterima dalam perbendaharaan kata Jepun
adalah jabon (sabun). Perkataan Belanda yang diterima dalm bahasa Jepun ialah
doek (itik).
Penutup.
§ Dengan
sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu
masyarakatJepun berkembang dengan pesat.
§ ini dapat di
lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.
Soalan 18: Huraikan
sumbangan masyarakat maritim di Jepun dalam bidang perdagangan
Pendahuluan
§ Masyarakat
maritim ialah masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasakkan laut
seperti perdagangan, perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan,
dan penjelajahan.
§ Masyarakatnya
tinggal di kawasan pesisir pantai, lembah sungai, kawasan kepulauan, pelabuhan
atau Bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.
Isi-isi Penting:
1.
Penggunaan
mata wang
§ Masyarakat
maritim di Jepun menjalankan akktiviti perdagangan yang melibatkan mata wang. Menjelang
abad ke-14, perdagangan Jepun menggunakan mata wang secara meluas dalam urus
niaga. Penggunaan mata wang menyebabkan kegiatan perdagangan kegiatan
perdagangan dapat berkembang dengan pesat.
§ Kehadiran
pedagang asing dari Portugal, Belanda, Sepanyol dan British telah menyebabkan
penggunaa mata wang perak meningkat kerana digunakan dalam urus niaga.
2.
Perdagangan
luar Negara
§ Hubungan
antara Jepun dengan dunia luar berkembang pesat sejak zaman Ashikaga. Pada
zaman tersebut, perdagangan Jepun menjalankan perdagangan dengan Negara di Asia
Tenggara. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan Vietnam berkembang pesat
pada abad ke-16, ini di sebabkan oleh dasar kerajaan Ming yang menghentikan
segala aktiviti perdagangandengan Jepun.
§ Dasar
kerajaan Ming menyebabkan pedagang-pedagang Jepun mengalami kesukaran unuk
mendapatkan barang dagangan dari China. Keadaan ini menyebabkan pedagang Jepun
mengunjungi pelabuhan di Vietnam untuk mendapatkan barang dagangan.
3. Persatuan perdagang
§ Perkembangan
pesat dalam perdagangan telah menyebabkan muncul persatuan dagang di Jepun.
pedagang-pedagang mrnubuhkan persatuan dagang (guild) di pecan dan
bandar-bandar besar. Sebagai contoh,
orang Belanda menubuhkan persatuan perdaganagn di khusyu pada tahun 1609.
§ Selain
persatuan dagang, persatuan kewangan yang di kenali sebagai mujinko juga
ditubuhkan. selain itu, pusat pertukaran wang juga ditubuhkan di Bandar-bandar
besar di Jepun.
4. Pengkhususan kerja
§ Perkembangan
pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan berlaku pengkhususan kerja. penduduk Jepun
melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi seperti pertukangan, perlombongan dan
perdagangan.
§ Perkembangan
ini menyebabkan muncul golongan pedagang dan golongan artisan. golongan artisan
menghasilkan tembikar dan porselin yang
menarik dengan menggunakan teknologi dari korea. selain itu, orang Jepun juga
melibatkan diri dalam industri tekstil dan menghasilkan kain sutera yang
bermutu tinggi.
5. Kemunculan kelas pedagang
§ Perkembangan
pesat dalam sector perdagangan menyebabkan muncul golongan pedagang di Jepun.
perkembangan pesat dalam bidang ekonomi
menyebabkan pedagang-pedagang menikmati kehidupan yang mewah.
§ menjelang
abad ke-17, golongan pedagang menubuhkan syarikat bagi mengendalikan urusan
perdagangan. pedagang-pedagang Jepun menubuhkan persatuan pedagang di Bandar
bagi mempertahankan hak dan kebajikan mereka.
Penutup.
Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat. ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.
Dengan sumbangan masyarakat maritim dari segi perdagangan telah membantu masyarakatJepun berkembang dengan pesat. ini dapat di lihat dari kemunulan pedagang-pegang dari luar Negara.
Bincangkan faktor kemunculan jepun sebagai kuasa maritim dalam aspek eko & sosial
BalasPadamtolong yerr~
BalasPadamterima kaseh cikgu!
BalasPadamini terbaik. semua dlm satu page ;)))))
BalasPadamterbaik
BalasPadamterima kasih untuk ini. Amat membantu saya
BalasPadamkesan penjelejahan masy mritim jepun?
BalasPadammasyarakat maritim portugal ,dia mnjalankan kegiatan perdagangan dengan negara mana?
BalasPadamapakah perbandingan ciri ciri masyarakat maritim di portugal dan jepun pada abad ke 16-17
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSumbangan masyarakat maritim di jepun dari sudut sosial?
BalasPadamterima kasih utk ilmunya ~
BalasPadamMohon share. Tq cikgu
BalasPadamBahan rujukan yg terbaik..alhamdulilah.tq cikgu
BalasPadamBagaimana pula dengan sejauhmanakah kedudukan geografi portugal yg strategi membolehkan ia menjadi kuasa maritim pada abad ke-15 masihi.
BalasPadamKalau nilaikan macam mana nak ulaskan dgn lebih tepat dan terperinci ?
BalasPadamKalau nilaikan macam mana nak ulaskan dgn lebih tepat dan terperinci ?
BalasPadamsaya amat suka blog ni, terima kasih kepada sesiapa yang membuatnya dan berkongsi.
BalasPadamKemajuan ekonomi yang dicapai oleh masyarakat maritim di jepun?
BalasPadamTerima kasih, cikgu!
BalasPadamTerima kasih cxgu,nota ini sangat berguna
BalasPadamRingkas dan padat !!
BalasPadamRingkas dan padat !!
BalasPadamThis blog just rock! Love sangat sbb terus faham macam mana nak buat esei.. plus blh jadi nota yg sgt berguna❣️
BalasPadamMantulll
BalasPadamCg lpsni boleh tunjuk perubahan abad contoh abad 16 jdi ape lpstu abad 17 brubah jdi ape
BalasPadamThank youuuuu
BalasPadamThank you
BalasPadamMacam mna nk explain klau soalan minta nilaikan kemajuan masyarakat maritim jepun pada abad ke 16 hingga ke 17
BalasPadamSejauhmanakah kedudukan geografi Portugal yang strategic membolehkan ia menjadi kuasa maritime pada abad ke15M
BalasPadamtolong
BalasPadamKarangan yang baik cikgu. Saya minta izin untuk copy. Terima kasih
BalasPadam