1.1.1 Masyarakat
Feudal di England
Soalan 1: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang
diamalkan di negara England pada abad ke-16 hingga ke-17.
Pendahuluan
§
Konsep feudalisme adalah satu
istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar
Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. Marc Bloch dalam bukunya
Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh
kelakuan dan adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi
kelas atasan yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan
golongan atasan.
§
kedudukan seseorang individu dalam
sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki
yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan
pemerintah ke atas golongan bawahan. Masyarakat feudal di England terbahagi
kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin
terdiri daripada raja, bangsawan iaitu baron, paderi dan knight. Manakala golongan
yang dipimpin ialah golongan petani atau rakyat biasa dan golongan hamba.
Isi-Isi Penting:
1. Golongan Raja
§
Raja mempunyai Kedudukan tertinggi
dalam era pemerintahan Dinasti Tudor (1485-1603). Era pemerintahan Raja Henry
VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal
dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Walaupun raja-raja mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak
tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak
Zaman Pertengahan. Kuasa mutlak raja adalah meliputi pusat segala kekuasaan.
Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.
§
Raja-raja masih menghormati
prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka,
pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa
pemerintah mi memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima
idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak
dapat menerima kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak
untuk menjalankan pemerintahan.
§
Dasar pemerintahan Raja Henry VII:
Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan
beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang menentang pemakaian
pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian
lambang kuasa sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. Raja Henry juga
menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu untuk menguruskan hal
berkaitan harta benda dan situasi yang menganggu ketenteraman awam. Badan mi
menjadi popular dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.
2. Golongan Bangsawan
§
Golongan Bangsawan atau Baron memainkan
peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja akan mengurniakan gelaran
kepada bangsawan seperti count, duke, baron dan vassal. Duke berada dalam
hierarki tertinggi diikuti oleh baron dan vassal. Golongan bangsawan yang
menerima tanah daripada raja akan memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal
penggunaan tanah, mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani atau
serf yang mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh
golongan bangsawan. Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan
dikenakan cukai ke atas tanah memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta
memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.
§
Keseluruhannya, baron menggunakan
tanah mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight. Bagi
mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka menggunakan sistem pewarisan
yang dikenali sebagai sistem primogeniture. Dalam sistem primogeniture, hanya
anak lelaki tertua sahaja yang boleh mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan harta atau tanah yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan
cara ini, ekonomi golongan bangsawan akan dikekalkan.
§
Perang Bunga Mawar yang
berlangsung selama 35 tahun bermula dan tahun 1450 hingga tahun 1485 antara
golongan bangsawan menyebabkan banyak perubahan berlaku dalam golongan
bangsawan. Ramai golongan bangsawan yang terkorban. Peperangan tersebut telah
mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja, khasnya Dinasti Tudor yang memerintah
England. Raja-raja Dinasti Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh
England. Pengukuhan dan kekuasaan raja
selepas perang tersebut menyebabkan raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan
kepada raja tidak sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah
melantik golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka
terhadap raja.
3. Golongan Pahlawan atau Knight
§
Knight berada dalam golongan
ketiga selepas golongan bangsawan. Golongan ini Diberi tanah sebagai balasan
terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. Mereka
Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah,
harta, dan barang rampasan. Mereka juga Diberi tanggungjawab untuk melindungi
baron dan keluarga baron daripada diserang. Mereka Terikat dengan sumpah yang
menghendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja dan Boleh dipanggil untuk
berperang pada bila-bila masa.
§
Knight juga mempunyai tanah yang
luas dan diagihkan kepada serf untuk mengerjakan tanah tersebut semasa
ketiadaan knight. Sebagai balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight
dan knight akan melindungi serf dan keluarganya. Knight akan tinggal di tanah
miliknya, memiliki rumah sendiri seperti bangsawan lain, serta mempunyai
pasukan tenteranya sendiri. Malahan, knight juga berhak memungut hasil yang
diperolehi daripada kawasannya.
§
Pada abad ke- 16, berlaku
perubahan kedudukan knight dalam masyarakat feudal. Raja telah mengukuhkan
kedudukannya dengan mengambil tentera upahan bagi menentang pemberontak atau
musuh. Pengambilan tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan
membawa kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. Oleh itu, knight tidak lagi
mendominasi komposisi pasukan tentera. Sebaliknya, golongan petani dan penduduk
awam telah memainkan peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak
terlibat dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam
pasukan infantri.
4. Golongan Paderi
§ Golongan Paderi merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan. Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan yang memiliki tanah sebagai vassal. pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja
§ Bishop, abot dan pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
5. Golongan Petani atau Rakyat biasa
§
Golongan ini yang dikenali sebagai
petani atau serf berada di bawah dalam lapisan masyarakat Feudal.
Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di
bawah pengawasan raja dan baron. Pekerjaan mereka adalah Bercucuk tanam dan
menternak binatang di atas tanah yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk
keperluan harian dan Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan
tanah dan keperluan lain.
§ Golongan petani akan dikawal
sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah. Antaranya, lord manor (institusi manor) akan
melindungi petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk
keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk kampung. Namun,
kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di
England. Pada abad ke-16, banyak tanah dibuka untuk tujuan pertanian dan
permintaan terhadap bahan makanan bertambah. Pertanian komersial turut
dijalankan. Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku
peningkatan dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan
sektor perusahaan.
6. Golongan hamba
§ Golongan ini yang dikenali sebagai hamba berada di bawah sekali dalam lapisan masyarakat Feudal. Mereka adalah terdiri daripada 10 peratus dalam bilangan rakyat di England. Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh berpindah dan Berada di bawah pengawasan pemilik hamba.
§ Golongan ini akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan pemilik. Namun begitu, kehidupan golongan hamba berubah selepas berlakunya perubahan ekonomi di England. Golongan hamba telah bebas daripada pemilik hamba selepas berlaku mobiliti sosial dalam masyarakat di England.
Penutup
§
Sistem masyarakat feudal di
England terbahagi kepada golongan pemerintah yang terdiri daripada raja dan
bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight
dan rakyat biasa. kedudukan seseorang
individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis
mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England.
§
Kedua-dua golongan ini hidup
mengikut susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan. Hubungan
antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara golongan pemerintah dengan
golongan bawahan.
Soalan 2: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang
diamalkan di England.
Pendahuluan
§ Istilah masyarakat feudal digunakan oleh sejarawan untuk
menerangkan susunan sosial masyarakat pada zaman pertengahan di Eropah. Selain
benua Eropah, masyarakat feudal muncul di Jepun sekitar abad ke-14 dan 15.
§ Menurut Marc Bloch dalam buku beliau yang bertajuk Feudal
Society, masyarakat feudal merupakan masyarakat berhierarki yang mempunyai
struktur susun lapis tersendiri .
Isi-Isi Penting
1.
Kedudukan Raja
§ Munculnya sistem
pemerintahan monarki mutlak di England pada abad ke-16 dan 17. Raja mempunyai
kuasa mutlak dalam bidang pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Raja juga mempunyai kedudukan
tertinggi dalam susun lapis masyarakat. Seseorang raja mengambil langkah
seperti yang dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan kedudukannya.
§ Keadaan politik tidak
stabil. Pemerintahan pusat yang lemah menyebabkan. peperangan sering berlaku
antara wilayah. Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana berkongsi kuasa
dengan golongan pembesar. Golongan pembesar pula sering menentang raja.
2.
Kemerosotan Pengaruh
Bangsawan
§ Pengaruh dan kekuasaan
golongan bangsawan merosot menjelang abad ke-16 dan 17. Kedudukan raja semakin
kukuh ekoran perkembangan pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi. Penglibatan
raja dalam bidang ekonomi kapitalis mengukuhkan kedudukan dan pengaruhnya. Perkembangan ini menyebabkan raja England
dapat mengawal golongan bangsawan. Pegawai-pegawai pentadbir muncul apabila
berlaku kemerosotan pengaruh bangsawan.
§ Mereka menerima gaji
daripada raja kerana membantu mengendalikan pemerintahan dan pentadbiran.
Mereka juga terdiri daripada rakyat biasa yang mempunyai kebolehan dan
kewibawaan dalan pentadbiran .
3.
Kedudukan Knight
§ Golongan knight memainkan peranan dalam bidang
ketenteraan. Tanggungjawab mereke ialah mempertahankan raja dan golongan
bangsawan daripada ancaman musuh. Mereka menerima ganjaran dalam bentuk tanah
dan harta benda daripada raja dan golongan bangsawan.
§ Menjelang abad ke-16 dan 17 peranan dan
kedudukan mereka mula berubah kerana pemerintahan England tidak perlu lagi
bergantung kepada khidmat mereka untuk mempertahankan negara daripada ancaman
musuh.
§ Raja menubuhkan pasukan tentera yang berada
di bawah kawalan dan penguasaan sendiri. Perkembangan ini menyebabkan pasukan
tentera tidak didominasi oleh golongan knight sahaja malah golongan petani dan
rakyat biasa juga boleh direkrut untuk berkhidmat dalam pasukan tentera.
4.
Kewajipan Peribadi
§ Wujud hubungan peribadi antara lord (tuan
tanah) dan vassal (penyewa tanah). Hubungan antara kedua pihak tersebut adalah
berdasarkan kepada ikatan perjanjian (kontrak). Satu pihak memberi perlindungan
manakala satu lagi menawarkan perkhidmatan tentera .
§ Berlaku perubahan dalam hubungan antara raja
dengan golongan bangsawan pada abad ke16 dan 17. Kedudukan raja yang semakin
kukuh menyebabkan raja tidak perlu lagi bergantung kepada golongan bangsawan
bagi mendapatkan bantuan ketenteraan
5.
Mobiliti Sosial
§ Masyarakat feudal pada Zaman Pertengahan
merupakan masyarakat yang bersusun lapis. Setiap lapisan mempunyai kedudukan
ekonomi , politik , dan sosial yang berlainan. Perubahan dalam kedudukan sosial
dan status masyarakat jarang berlaku. Setiap golongan harus melaksanakan
peranan dan tanggungjawab yang telah ditetapkan.
§ Perubahan dalam bidang politik , ekonomi dan
sosial yang berlaku pada abad ke-16 dan 17, mewujudkan mobiliti sosial dalam
masyarakat. Perkembangan ini menyebabkan struktur susun lapis masyarakat turut
mengalami perubahan. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan yang
dimonopoli oleh golongan bangsawan kini disandang oleh rakyat biasa. Ini
menyebabkan muncul golongan pertengahan dan kelas menengah dalam masyarakat .
6. Ekonomi
§ Masyarakat bergantung
kepada tanah dan tinggal dalam komuniti kampong yang dikenali sebagai manor.
Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti pertanian. Manor menjadi asas
ekonomi feudalisme kerana manor yang menghasilkan makanan untuk semua lapisan
masyarakat termasuk raja.
§ kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor
tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang lain sebaliknya mereka
menghasilkan barangan untuk keperluan sendiri. perkembangan ekonomi terhad dan
perniagaan dkendalikan secara sistem barter.
7. Agama
§ Gereja katolik merupakan
institusi yang berkuasa, mereka memiliki sebahagian besar tanah. Institusi
gereja mengongkong kehidupan masyarakat pada zaman feudal.
§ Pengaruh gereja Khatolik
merangkumi seluruh kehidupan masyarakat. Gereja menekankan aspek kerohanian
(keagamaan) dan kurang menekankan aspek duniawi.
Penutup
§
Dalam konteks ini, satu pihak memberi perlindungan
manakala satu pihak lagi menawarkan perkhidmatan tentera.
§ Masyarakat feudal mempunyai ciri-ciri tersendiri yang
merangkumi aspek sosial, politik dan
ekonomi
1.1.2 Masyarakat Feudal di Jepun
Soalan 3: Huraikan struktur masyarakat
feudal yang diamalkan di Jepun
Pendahuluan :
§ Konsep feudal boleh dimaksudkan dengan kuasa politik yang
dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu
tertentu atau kerajaan pusat. Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society,
mentakrifkan istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan
adat yang diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan yang
meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.
§ Sistem beraja dibantu oleh pembesr dalam menjalankan
urusan pemerintahan dan pentadbiran. masyarakat feudal terbahagi kepada dua
lapisan masyarakat. Golongan pemerintah dan golongan di perintah. Golongan
pemerintah terdiri daripada maharaja, golongan Shogun, pembesar daimyo dan golongan diperintah
terdiri daripada samurai, petani, artisan dan saudagar.
Isi-isi penting:
Maharaja
§ Sistem pemerintah diketuai oleh maharaja. secara teorinya
maharaja dianggap sebagai pemerintahan keduniaan dan kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yg
bertujuan meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharajaserta menanam kesetiaan
rakyat kepada maharaja.
§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara.
Tetapi maharaja tiada kuasa pemerintahan di bawah shogun Tokugawa. Maharaja
tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto yang dikeliling oleh pengawal istana.
Ini bermakna, sistem ekonomi juga di pegang oleh shogun tokugawa dan para
pembesar yang akan mengutip cukai
Golongan Shogun
§ Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.
§ Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang berpusat di Edo.
Golongan Daimyo
§ Daimyo terbahagi kepada 3 kumpulan utama iaitu, Daimyo
fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga
tokugawa dan sekutunya. Mereka menbantu tokugawa menguasai pemerintahan dan
diberikan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
§ Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah persaudaraan yang
terdiri daripada saudara mara keluarga tokugawa. Keluarga tokugawa yang utama
dikenali sebagai Go-sanke milik anak Leyasu yang terletak di daerah Owari ,kii dan mito. Daimyo
Tozama pula dikenali sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan musuh shogun
tokugawa yang terdiri daripada suku-suku barat seperti kato, ikeda, asano, shimazu.
Tindak-tanduk mereka sentiasa di awasi oleh shogun tokugawa. Selain itu, mereka
juga dilarang mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka mnjadi terlalu kuat
dan mengancam kedudukan shogun
Golongan Samurai
§ Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan
istimewa dalam sistem susun lapis masyarakat Jepun. Mereka berfungsi menjaga
keamanaan negara dan daimyo.
§ Mereka tidak diberikan tanah dan tidak dibenarkan
melakukan kerja lain
Golongan petani -
nomin
§ Petani mendapatkan kedudukan istimewa diantara kalangan
rakyat biasa. Amalan dasar tutup pintu yang dilakukan oleh Jepun menyebabkan
mereka tidak mempunyai hubungan dgn negara luar. Oleh itu, petani mengeluarkan
beras untuk rakyat Jepun dan menbayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya
diberikan makanan secukupnya sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan
untuk negara.
Golongan Artisan
§ Artisan adalah dibawah golongan petani dimana mereka akan
membuat pedang serta peralatan yang berguna. Mereka di beri penghormatan dan
sumbagan masyarakat dan di beri gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu juga
turut diberi layanan yang sama serta diberi gaji sebanyak 500 koku dan
dibenarkan memakai sebilang pedang
Golongan Pedagang - chonin
§ Pedagang di bawah tukang mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan
pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana mempunyai pekerjaan
yang hina dan tidak menguntungkan. Namun begitu, keadaan yang aman menjadikan
ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpul wang dan harta
dengan banyak.
§ Mereka berjaya memperbaiki status diri dan mengikat ramai
bangsawan melalui hutang. Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yg
akhirnya diwarisi oleh syarikat moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal
termasuklah mitsui dan Noraya Mozaemon
Penutup
§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian
golongan masyarakat di buat berdasarkan perkerjaan yang diwarisi
§ Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa
pemerintahan meiji dan diaggap sebagai raja perlembagaan maharaja dihormati dan
sistem ini kekal sehingga hari ini.
Soalan 4: Huraikan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan
di Jepun
Pendahuluan
§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan
tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan
pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem
kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
§ Sistem feudal juga
dapat dilihat dengan jelas, iaitu Maharaja yang berada di kemuncak struktur
pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas segala aspek di bawah
pemerintahannya termasuklah tanah. Dalam
sistem feudal di Jepun terdapat beberapa ciri-ciri masyarakat feudal di Jepun.
Antaranya ialah Kedudukan Maharaja, Kedudukan Shogun, Kedudukan Samurai,
Pemilikan Tanah, Kewajipan Peribadi dan Mobiliti Sosial.
Isi-isi Penting:
1. Kedudukan Maharaja
§ Maharaja dianggap sebagai pemerintah keduniaan dan
kerohanian. Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan
meningkatkan dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanam kesetiaan rakyat
kepada maharaja.
§ Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua Negara.
Tetapi, Maharaja tidak mempunyai kuasa pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa.
Maharaja tinggal terpencil dan terpisah di Kyoto dengan di kelilingi oleh
pegawai istana ( kuge )
2. Kedudukan Shogun.
§ Shogun merupakan golongan bangsawan. Kuasa pemerintah
yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.
Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan
perintah. Hal ini dilakukan supaya kedudukan Shogun terjamin.
§ Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan
berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang menyokong dan menentangnya.
Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang
menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.
Kerajaan Tokugawa ini di kenali sebagai Kerajan Bakufu (ketenteraan) yang
berpusat di Edo.
3. Kedudukan Samurai.
§ Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera). Mereka
mempunyai kedudukan istemewa iaitu mempunyai nama keluarga dan mempunyai dua
bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan Negara dan keselamatan
shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.
§ Jumlah golongan samurai kira-kira 400, 000 orang iaitu
kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada
taraf tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf tinggi tidak ramai
bilangannya dan dibenarkan memiliki tanah, Samurai bersederhana merupakan
samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki.
4. Pemilikan Tanah.
§ Zaman keshogunan Tokugawa , wilayah di serahkan kepada
vassal yang setia kepada shogun. Selain itu, shogun memberikan tanah kepada
tuan tanah ( daimyo ) yang setia kepadanya. Daimyo yang setia akan mengawasi
gerak geri daimyo yang di ragui kesetiannya.
§ Tokugawa Leyasu mengambil langkah untuk merampas tanah
daripada daimyo yang menentang pemerintahannya. Tanah-tanah yang di rampas
diserahkan kepada tentera dan tuan tanah yang setia kepadanya. Shogun melantik pegawai-pegawai untuk
mentadbir dan menguruskan tanah
miliknya. Pegawai yang menguruskan tanah itu dikenali sebagai Gundai dan
Daskan.
5. Kewajipan Peribadi.
§ Dalam masyarakat feudal,
wujud hubungan peribadi antara Shogun dan Daimyo. Shogun menyerahkan tanah kepada golongan
daimyo yang setia kepadanya. Sebagai balasan, daimyo akan membantu shogun dalam
pentadbiran dan ketenteraan
§ Dalam hal ini, kedua-dua pihak saling
bertanggungjawab terhadap kepentingan
bersama, iaitu satu pihak memberikan perlindungan manakala satu pihak lagi menawarkan
perkhidmatan dalam pentadbiran dan ketenteraan.
6. Mobiliti Sosial.
§ Masyarakat feudal di Jepun pada abad ke 16 dan ke 17
terdiri daripada beberapa lapisan. Setiap lapisan dalam masyarakat feudal
mempunyai kedudukan ekonomi, sosial dan politik yang berlainan.
§ Kedudukan dan status masyarakat ditentukan berdasarkan
keturunan dan sistem kelas. Dalam hal ini, perubahan status dan mobility sosial
dalam masyarakat feudal di Jepun yang berlaku. Umpamanya, golongan pedagang
merupakan golongan yang di pandang rendah dan tak berlaku mobiliti sosial.
Penutup
§ Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian
golongan masyarakat dibuat berdasarkan
pekerjaan yang diwarisi.
§ Selain itu, kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan
semasa pemerintahan meiji dan di anggap sebagai raja berpelembagaan. Maharaja
dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.
1.1.3 Perbandingan
Masyarakat Feudal
Soalan 5: Huraikan ciri-ciri sistem feudal yang diamalkan
England dan Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17.
Pendahuluan
§ Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan
tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat.
Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas
bersusun lapis mengikut hierarki.
§ Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang
istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi
sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. Di Eropah, elemen ini
datang dari empayar Rom dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun,
berakar umbi sejak zaman Kamakura.
Isi-Isi Penting :
1.
Golongan Pahlawan
§ Di England, golongan pahlawan dalam sistem feudal England
dikenali sebagai knight. Knight berkhidmat dengan golongan bangsawan. Knight
terikat kepada konsep kavalri. Pahlawan di England buta huruf. Mereka hanya
menawarkan perkhidmatan dalam bidang ketenteraan. Mereka tidak mempunyai minat
dalam bidang kesenian dan intelektual.
§ Manakala di Jepun, golongan pahlawan dalam sistem feudal
di Jepun dikenali sebagai samurai. Samurai berkhidmat dengan golongan
bangsawan. Samurai terikat kepada konsep bushido. Pahlawan di Jepun mempunyai
minat dalam bidang kesenian dan kesarjanaan. Pemilikan ilmu dianggap perkara
mulia dalam kalangan pahlawan di Jepun.
2.
Peralatan Perang
§ Di England, antara peralatan perang yang digunakan oleh
knight ialah pedang dan baju perisai. Baju perisai yang digunakan oleh knight
diperbuat daripada besi. Knight menggunakan kuda dalam medan peperangan.
§ Manakala di Jepun, peralatan yang digunakan oleh samurai
sama seperti knight di England. Baju perisai yang digunakan oleh samurai
diperbuat daripada logam atau sutera.
3.
Penyatuan Negara
§ Di England, penyatuan negara pada zaman feudal dilakukan
oleh raja-raja negara bangsa. Raja-raja dari dinasti Tudor yang memerintah
England memainkan peranan dalam pengukuhan negara bangsa di England.
§ Manakala di Jepun pada akhir abad ke-16, pemerintahan
beraja di Jepun menjadi lemah. Panglima tentera memainkan peranan dalam
memulihkan keamanan dan menyatukan Jepun.
4.
Perkongsian Kuasa
§ Dalam sistem feudal di England , wujud perkongsian kuasa
dalam pemerintahan. Raja berkongsi kuasa dengan badan perwakilan.
§ Dalam sistem feudal di Jepun, tidak wujud perkongsian
kuasa dengan badan perwakilan. Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang
mutlak.
5.
Pengaruh Agama
§ Feudalisme di England dipengaruhi oleh agama Kristian.
Institusi gereja amat berpengaruh dalam kehidupan masyarakat feudal. Institusi
gereja mengongkong segala aspek kehidupan masyarakat.
§ Feudalisme di Jepun dipengaruhi oleh agama Buddha.
Keadaan politik yang tidak stabil pada zaman Kamakura menyebabkan rakyat
mendapatkan perlindungan daripada institusi agama. Golongan pahlawan melakukan
meditasi bagi mendapat ketenangan.
6.
Kewajipan Peribadi
§ Di England, sistem feudalisme berteraskan undang-undang
Rom. Sistem feudalisme menekankan hak, undang-undang, dan kewajipan peribadi
antara lord dan vassal.
§ Manakala di Jepun, sistem feudalisme berteraskan etika China.
Kewajipan peribadi feudal di Jepun menekankan aspek moral berbanding
undang-undang.
7.
Pemilikan Tanah
§ Di England, golongan knight menerima anugerah tanah bagi
perkhidmatan mereka. Mereka mengawal petani yang bekerja di tanah mereka.
§ Manakala di Jepun, golongan samurai tidak memiliki tanah.
Mereka menerima gaji dalam bentuk beras daripada daimyo (tuan tanah).
Penutup
§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem
feudal di England dan Jepun.
Soalan 6: Bandingkan ciri-ciri sistem
feudal yang diamalkan di England dan Jepun pada abad ke 16 hingga ke 17.
Pengenalan
§ Definisi Masyarakat Feudal - masyarakat yang tinggal
dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan
atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini
hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan
di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.
§ masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak
dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan
tanah), manor dan serf (petani)
§ manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan
tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam
pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa
baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.
Isi – isi Penting
Persamaan:
1. Konsep masyarakat feudal dibina atas
dasar keturunan dan sisitem kelas yang saling memerlukan antara golongan
pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid. Contohnya, dalam
sistem piramid , golongan bangsawan berada di atas diikuti oleh golongan
tentera dan petani.
2. Pembinaan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan
sistem kelas antara kedua-dua negara. Contohnya,di England sistem Primogeniture
memberikan hak kepada anak lelaki tertua
sahaja mewarisi harta pusaka bagi mengelakkan harta dibahagikan. Manakala di Jepun
pula golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Jepun
iaitu mereeka bermula dari status ketua yang popular dalam kalangan bangsawan.
3. Kurangnya perubahan status atau mobaliti sosial dalam masyarakat feudal.
Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarakan
sebagai anak petani, sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjjadi golongan bangsawan.
4.
Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat di England
dan Jepun.
Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan Samurai di Jepun
mempunyai peranan yang penting pada zaman feudal . Kedua-dua berkhidmat dengan
golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat
dengan konsep chivalry manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
5.
Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional
iaitu menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di Eropah
diperbuat daripada besi dan di sadur dengan besi . Baju perisai Jepun pula
diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan
bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak
memerlukan bantuan.
Perbezaan:
1. Konsep undang-undang Rom yang diamalkan masyarakat
feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan
antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal digunakan di
England. Manakala di Jepun menekankan
aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius yang lebih
menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Dalam erti kata lain, kekuasaan
dan kesetian menjadi kuasa mutlak.
2.
Pembinaan istana di England menggunakan batu
manakala di Jepun menggunakan kayu. Bagi golongan bangsawan di England
pembinaan istana daripada batu sangat penting bagi melindungi mereka dan vassal
dari serangan. Golongan Daimyo di Jepun membina istana daripada kayu
memandangkan banyak sumber hutan di Jepun.
3.
Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan
perwakilan di England tetapi di Jepun kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang
mutlak.
4. Perbezaan yang paling ketara ialah Pemilikan
tanah, Di England golongna knight mendapat tanah sebagai bayaran memberi
perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani atau serf yang
berkerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai
tanah. Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar
gaji samurai dalam bentuk beras
5.
Di England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja
tetapi di Jepun ia dilaksanakan oleh ketua tentera.
Penutup
§ Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di
Eropah dan Jepun. Persamaan yang terdapat dalam pelbagai aspek antaranya;
Konsep, Pembinaan, Masyarakat, Mobiliti Sosial, Peperangan, dan Peralatan
Peperangan.
§ Manakala perbezaannya daripada aspek ialah; Penyatuan, Pemilikan Tanah, Perkongsian
Kuasa, dan sebagainya.
apa perbandingan ciri masyarakat feudal di england dan jepun
BalasPadamTERIMA KASIIIIH SESANGAT SANGAT RINGKAS DAN PADAT ..SAYA MINTAK IZIN GUNA NOTES NI FOR RUJUKAN EXAM SAYAA TENKIUU
BalasPadamalhamdulillah,nasib ada rujukan dari blog cikgu,terima kasihhhhhh
BalasPadamTerima kasih banyak2 ckg ! Nota ini memnolehkan sye mamahami konsep masyarakat feudal :)
BalasPadamSampai sekarang ilmu ini masih berguna untuk kami from six yg mncri rujukan . Trima kasih cikgu . Amat bermanfaat
BalasPadamCikgu yang terbaik
BalasPadamsemoga pahala ini kekal mengalir ke diri awak selagi org2 seperti kami membaca , sangat2 memberi manfaat , thank you so much
BalasPadamTerima kasih banyak sebab bagi ilmu ni semoga berjaya dunia akhirat
BalasPadam👍👍👍
BalasPadamThanks for note
BalasPadamSangat berguna utk generasi akan datang
BalasPadamSangat membantu dan membimbing student lah.terima kasih
BalasPadamalhamdulillah notes tuan sangat membantu saya. mudahan Allah memberkati tuan.
BalasPadamterima kasih banyak ilmu yang saya dapat , semoga dipermudahkan segala urusan
BalasPadamBagus la
BalasPadamSuhardi kote
BalasPadammantap juragan
BalasPadamTerbaik terima ksih bnyk cg
BalasPadamTerbaik!!
BalasPadamMemang terbaik lahh .
BalasPadamTerima kasih sangat². Memang terbaik lahh
BalasPadamSangat memuaskn hati
BalasPadamassalamualaikum, ckg sya ada soalan, pada pendapat ckg apakah kepentingan unsur feudalisme dalam sejarah asia timur. maksud saya manfaat feudalisme kpd jepun dan china?
BalasPadamterima kasih kerana menggunakan blog ini. terdapat beberapa persoalan yang saya telah jawab dan terdapat juga yang tidak dapat balas kerana faktor kekangan masa. Semoga memberikan manfaat kepada semua pelajar dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam STPM nanti.
BalasPadamDi langit!!!
BalasPadamTerima kasih. Izinkan saya copy cikgu.
BalasPadamSaya guna sbg bahan tambahan pelajar saya ya bossku...
BalasPadamYa bossku.. amat dialu-alukan. Semoga bermanfaat
PadamTerima kasih Cikgu✨
BalasPadamNiceee
BalasPadam