Khamis, 2 Mei 2019

Sejarah dan budaya masyarakat Cina di Sandakan Sabah



Sejarah dan adat perkahwinan masyarakat Cina di Sandakan, Sabah

Pengenalan

Masyarakat Cina di Sabah adalah penghijrah yang berbangsa Han luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari Dinasti Ching, Republik China di Taiwan dan Republik China 1912–1949, jangan dikeliru oleh Republic Rakyat China yang tiba di Tanah Melayu sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai Bangsa Han alam semua bahasa. Istilah orang cina agak sering di pakai di Negara ini. Mereka juga digelar sebagai orang tiong hua atau mahua yang bermaksud penduduk cina di Malaysia.01 Mereka juga digelar Mahua dalam bahasa cina bermaksud penduduk cina di Malaysia. Begitu juga, bangsa kedua terbesar di Malaysia adalah orang yang bangsa cina. Orang cina adalah penghijrah orang cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari china yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertangahan abad ke-20.[i]

Asal–Usul Kaum Cina di Sandakan, Sabah

Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk sebagai ‘Orang Cina’ dalam semua bahasa. Istilah orang cina juga dikenali sebagai “Tiong Hua”. Kedatangan orang cina kebanyakkan imigran cina yang tiba di Sandakan sabah berasal dari selatan china iaitu wilayah kwang tung, kwangsi, Hainan, dan Fukien. Mereka terdiri dari orang hakka, kantonise, toeochew dan hokkien[ii].Sandakan pernah digelar sebagai ‘hong kong kecil’ kerana Bandar ini pernah dijadikan sebagai tempat tinggal kedua bagi kebanyakkan pendatang dari Guangdong, dimana pemandangan nya turut menyerupa Hong Kong pada tahun1970-an dan 1980-an. [iii]Sejak zaman awal masihi lagi orang-orang Cina telah mempunyai hubungan dengan penduduk Asia Tenggara.Perhubungan ini lebih merupakan perhubungan bercorak diplomatik. Berhubungan dengan ini, kebanyakan Maharaja-maharaja Cina telah menghantar utusan mereka ke Asia Tenggara serta Pulau Borneo (Sabah) termasuk Sandakan. Ini secara langsung telah dapat mengeratkan hubungan negara China dengan penduduk Asia Tenggara. Bermula dari dinasti Han (206.s.m-220. m) telah pun mewujudkan hubungan dengan Pulau Borneo. Tujuan Maharaja China menghantar utusan ke Pulau Borneo ialah menjalinkan hubungan diplomatik.

Namun demikian, hubungan diplomatik tersebut telah membawa penarikan kepada penghijrahan orang Cina ke rantau ini secara beramai-ramai. Malahan sejarah tidak menunjukkan terdapat petempatan Cina secara besar-besaran di Pulau Borneo pada zaman itu. Walau bagaimanapun, pada akhir Dinasti Sung (960-1279), kekacauan yang ditimbulkan oleh orang Monggol menyebabkan penghijrahan orang Cina. Kehadiran orang-orang Cina pada awal masihi dapat dikesan melalui sumber - sumber arkeologi yang ditemui. Misalnya terdapat beberapa tempat perkuburan di sekitar sungai Kinabatangan, Batu Puteh, Sungai Segama dan Sungai Lakun telah menjumpai sisa tembikar dan tempayan hijau dan coklat ketika di zaman Ming dan Ching.

Disamping itu, Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.04

Ada juga orang cina yang datang ke Sandakan kerana melalui sistem tiket kredit,04 kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut selesai, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal bekerja dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh” dalam bahasa cina.

Selain itu, kedatangan orang cina disebabkan Menjelang pertengahan abad ke-19, keadaan politik negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu menjadi tidak stabil akibat tercetusnya Perang Candu I (1839-1842) dan Perang Candu II (1856-1860).04Kekalahan China dalam Perang Candu membuktikan kelemahan Dinasti Manchu. Justeru itu orang Cina terutamanya dari wilayah Kwangtung dan Kwangsi bangun memberontak untuk menggulingkan Dinasti Manchu.

 Pada tahun 1850-1864, telah berlaku Pemberontakan Taiping dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan, bertujuan menggulingkan pemerintahan Manchu, tetapi gagal. Mereka yang terlibat dalam pemberontakan tersebut telah diburu oleh kerajaan. Ini telah menyebabkan golongan pemberontak terpaksa melarikan diri ke negara lain untuk mengelakkan hukuman dari Kerajaan Manchu. Sentimen anti-Manchu semakin berleluasa akibat amalan rasuah atau korupsi di kalangan pegawai-pegawai Manchu. Masyarakat Cina ditindas dengan dikenakan kadar cukai yang tinggi.

Tambahan pula, Orang Cina beranggapan Dinasti Manchu sebagai disnasti asing. Kebencian orang cina terhadap permintaan Disnasti Manchu mendorong penghirahan mereka ke Tanah Melayu termasuk Sandakan. Seterusnya, wujudnya suasana kepadatan penduduk yang berlebihan di kawasan selatan Negara china.05Hal ini demikian, telah menimbulkan masalah kekurangan makanan yang kebuluran. Ini juga menyebabkan penduduk china datang ke Sandakan, sabah untuk mendapatkan pekerjaan demi meneruskan hidup mereka.

Pada keseluruhannya, kedatangan orang-orang cina di Sabah, Sandakan telah mewujudkan atau membentuk satu susunan perubahan dari segi ekonomi, politik dan juga sosial mereka. Sehubungan dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa orang-orang cina telah menjadi salah satu kaum yang terdapat di Sabah, Sandakan yang juga memainkan peranan penting dalam aspek politik, ekonomi dan juga social.

Perkembangan Adat Perkahwinan Kaum Cina Di Sandakan, Sabah

Perkahwinan adalah salah satu system yang dimiliki bersama masyarakat manusia. Dari zaman dahulu hingga sekarang, perkahwinan adalah penting untuk sesiapa sahaja. Perkahwinan ialah kehormatan bagi ibu bapa dengan saudara-mara. Perkahwinan ialah bunyi loceng kegembiraan dalam keluarga yang baru. Perkahwinan adalah saksi intim kepada cinta sejati. Perkahwinan itu ialah majlis yang membuka hubungan antara suami dan isteri di tempat awam. Perkahwinan membolehkan pengantin berkenalan dengan semua saudara-mara, dan supaya kedua-dua pengantin menyerap ke dalam bulatan kehidupan satu sama lain. Jadi, hampir setiap kebudayaan masyarakat terdapat adat perkahwinan. Namun, negara yang berbeza mempunyai adat perkahwinan yang berbeza.

        Pada zaman dahulu, perkahwinan orang cina, mempunyai berbeza dengan masa kini. Contohnya, dalam aspek pakaian, makanan, upacara dan tempat. Tetapi terdapat juga adat yang tidak boleh diambil ringgan seperti persediaan sebelum perkahwinan, iaitu melibatkan proses merisik, meminang, bertunang, menghantar tanda dan memberikan mas perkahwinan, memulangkan tanda daripada pihak pengantin perempuan, menyediakan bilik tidur pengantin diikuti hantaran kahwin oleh ibu pengantin perempuan, acara menyikat rambut, serta mengadakan jamuan di sebelah pengantin perempuan.
   
         Pada zaman dahulu, orang cina menghantar pengantin perempuan ke rumah penganti lelaki dengan mengunakan tandu dan ada berapa orang memainkan lagu untuk meriahkan lagi suasana perkahwinan tetapi kini pengantin lelaki akan mengunakan kereta untuk menjemput pihak perempuan Selain itu, Dalam masyarakat feudal purba, perkahwinan bergantung kepada “perintah ibu bapa, percakapan orang pengantara”. Oleh itu, semua upacara yang sebelum perkahwainan, meliputi memilih jodoh hingga siap perkahwinan formal dan lain-lain satu siri pautan, hampir semua dikerjakan oleh kedua-dua ibu bapa, orang yang berkahwin tidak masuk campur tetapi pada zaman kini ibu bapa tidak akan memilih jodoh kepada anak mereka malahan anak mereka akan sendiri mencari jodoh yang mereka suka. Kini juga, Setiap persiapan perkahwinan tidak akan dikerjakan oleh kedua-dua ibu bapa mereka malahan pasangan tersebut akan membantu ibu bapa mereka dan ada yang memilih pasangan perkahwinan yang mereka sukai. 


Oleh kerana kedudukan sosial lelaki lebih dihormati berbanding dengan wanita, maka lamaran diadakan oleh pihak lelaki dengan aktif. Ibu bapa pihak lelaki mahu isteri untuk mrnjadi anak mereka, jadi yang pertama mereka akan mencari orang pengantara untuk mencadangkan perkahwinan kepada pihak perempuan. Jika ibu bapa pihak wanita menerima perkahwinan ini, mereka pun mula tanya nama dan lain-lain.

Seterusnya, mereka akan mengunakan nama dan tarikh lahir kedua–dua pengantin untuk memilih tarikh perkahwinan kedua–dua pengantin tersebut. Mereka akan mengunakan “Tiga buku enam upacara” ialah sejenis adat perkahwinan tradisional China. “Tiga buah buku” bermaksud buku digunakan dalam proses “Enam upacara”, meliputi surat tawaran, buku tentang hantaran emas kahwin, buku tentang beristeri. "Enam upacara" merujuk kepada ringkasan proses yang dari peminang hingga perkahwinan keseluruhan. "Enam upacara" merujuk Na Cai (meminang), Wen Ming (tanya nama, Na Ji (hantar hadiah), Na Zheng (menghantar hantaran emas kahwin), Qing Qi (tetapkan hari perkahwinan) dan menyambut pengantin perempuan.

Upacara Adat Perkahwinan Kaum Cina

Pada zaman kini, terdapat beberapa adat dan ritual yang diamalkan oleh kaum cina di Malaysia sebelum mereka menjalankan upacara prkahwinan antaranya ialah adat merisik. Adat merisik dilakukan untuk mengetahui latar belakang keluarga pihak perempuan. Orang cina amat mementingkan nama, maruah dan keturunan yang baik. Tujuan merisik keluarga bagi pihak lelaki akan berkunjung ke rumah pihak perempuan. Kedua-dua belah pihak biasanya berbincang dan mengenal satu sama lain tanpa kehadiran anak mereka. Sesetengah orang cina pertemuan di restoran dengan saudara-mara yang lain. Tradisi makan bersama-sama adalah penting untuk mengeratkan hunbungan kedua-dua pihak. Proses merisik ini adalah langkah pertama untuk dan yang paling awal dalam proses perkahwinan.44

Seterusnya, adalah adat meminang bagi kaum perempuan yang mewakili keluarga pihak lelaki dipilih daripada kalangan emak saudaranya sendiri atau saudara-mara yang lebih tua dan terdekat, biasanya akan berkunjung ke rumah pengantin perempuan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Perbincangan pada kali iniadalah merangkumi jumlah mas kahwin, peruntukan meja untuk jamuan makan, dan memilih hari yang paling sesuai untuk melangsungkan majlis.44 Lalu wakil lelaki akan datang semula ke rumah pengantin perempuan untuk rndapatkan jawapan. Tarikh lahir, iaitu lapan kata yang yangmengandungi tarikh dan masa kelahiran pengantin diperoleh daripada pihak perempuan bagi menentu hari perkahwinan yang sesuai mengikut amalan penilikan dan kalender cina. Kunjungan kali ketiga perlu untuk memenuhi segala keperluan pihak pengantin perempuan sekiranya masih gagal dicapai. Seterusnya, hari pertunangan dilaksanakan menerusi pertukaran cincin antara pengantin lelaki dengan perempuan. Kenduri dan jamuan makan diadakan dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua belah pihak.

Satu atau dua minggu sebelum perkahwinan, pihak lelaki akan menghantar tanda dan mas kahwin ke rumah pengantin perempuan pada tarikh yang telah ditentukan.45 Berdasarkan amalan penilikan.Semua hantaran ini perlu melalui fasa pemujaan kepada dewa dan nenek-moyang sebagai tanda pemberitahuan dan penghormatan. Jenis barang yang diahantar mengikut dialek masing-masing.Berserta dengan hantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan biasanya diberitahu tentang tarikh perkahwinan, dengan rundingan lanjut diadakan bersama-sama pihak peangantin perempuan. Mas kahwin merupakan tebusan dan bayaran ganti rugi kepada keluarga pihak perempuan kerana telah bersusah-paya untuk membesarkannya. Sekiranya, pihak pengantin perempuan bersetuju menagadakan kenduri makan, wang tunai yang diberikan oleh pengantin lelaki akan digunakan bagi tujuan tersebut.45

Begitu juga, proses memulangkan tanda daripada keluarga pengantian perempuan.46 Proses ini ialah tanda persetujuan perkahwinan antara pihak keluarga pengantin perempuan dan pihak lelaki. Saudara-mara pengantin perempuan akan mewakili keluarga umtuk berkunjung ke rumah pengantin lelaki bagi menghantar tanda. Penerimaan ini perlu melalui fasa pemujaan kepada dewa dan nenek-moyang. Penghantaran tanda juga bergantung pada dialek masing-masing. Penghantaran kad perkahwinan dan kek ke rumah saudara-mara akan dilakukan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan. Kunjungan ke rumah saudara-mara adalah untuk mengenalkan diri pengantin lelaki dan perempuan kepada mereka agar terjalin hubungan yang mesra.

Ibu bapa akan menyediakan bilik tidur pengantin.46Orang yang bernasib baik biasanya dipilihkan untuk mengalihkan sedikit katil dan seterusnya akan meletakan angpau di sudut di keempat-empat bucu katil bagi melambangkan tanda kekayaan dan kesejahteraan yang kekal. Budak lelaki akan dibiarkan melompat-lompat di katil dengan gembira yang membawa maksud semoga pasangan pengantin baru boleh melahirkan anak dengan cepat dan mempunyai zuriat yang ramai. Buah kurma merah, kuaci, dua biji limau dan gula-gula diletakkan di katil manakala pakaian pengantin lelaki dan perempuan akan digantungkan ke dalam almari.46 Kertas merah yang menulis ‘xi’ (bermaksud kebahagaian yang berkali-kali ganda) akan diletakkan di pintu almari, pintu bilik dan cermin. Semua meja, kerusi, laci perlu dihiaskan dengan sebungkus mata wang yang bertulis perkataan yuan, angpau, dan daun pinus yang melambang kemewahan dan kekayaan. Selepas dihiaskan bilik tidur pengantin, lampu naga dan burung bidadari dinyalakan di bilik selama tujuh hari.

Hantaran kahwin oleh pengantin perempuan, ibu pengantin perempuan menyediakan barangan misalnya linen tempat tidur, baju baru, satu set peralatan teh, sepasang gunting. Sepasang lampu naga dan burung bidadari, cermin, payung merah dan banyak lagi.46 Setiap barangan mempunyai maksud tertentu yang dingin disampaikan oleh ibu pengantin kepada anak kesayangannya agar dapat hidup dengan bahagianya selepas berkahwin. Adat menyikat rambut ini dilaksanakan,47dengan memilih seorang perempuan yang bernasib baik pada malam sebelum perkahwinan untuk kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perumpuan di rumah masing-masing. Pengantin lelaki dan perempuan perlu mandi dan bertukar baju dalam yang baru sebelum adat dijalankan. Colok dibakar sebagai pemujaan kepada dewa dan nenek-moyang. Kedudukan mereka adalah mengikut tradisi dialek, masing masing-masing.

Rambut mereka perlu disikat sebanyak tiga kali menggunakan tiga set sikat. Setiap sikatan mempunyai maksud tertentu, iaitu pertama bermaksud dari mula hingga ke akhir, kali kedua bermaksud memperoleh keharmonian dari kini hingga ke tua, kali ketiga ialah bermaksud mempunyai anak dan cucu yang ramai.47 Selepas selesai upacara tersebut pengantin lelaki dan perempuan akan diberi makan semangkuk mi dan telur bersama dengan orang yang bernasib baik. Sup manis yang merupakan ‘tang yuan’ bermaksud perjalinan hubungan yang baik akan diberikan kepada saudara-mara.47

Jamuan di sebelah peangantin perempuan akan diadakan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan, pihak peangantin perempuan akan mengadakan jamuan makan untuk saudara-mara di rumah pengantin perempuan.48 Pengantin lelaki juga turut akan hadir bersama-sama saudara terdekat mereka untuk memperkenalkan pengantin lelaki kepada saudara pengantin perempuan. Jamuan makan pengantin perempuan bukanlah suatu adat yang wajib ini bergantung kepada pihak pengantin. Sebelum bertolak ke rumah peangantin perempuan, penyembahan dewa dan nenek moyang ialah langkah pertama pada hari perkahwinan. Pengantin lelaki akan menunduk tiga kali kepala kepada ibu bapa pengantin lalu bertolak menuju ke rumah pengantin perempuan mengikut masa yang telah ditetapkan menerusi penilikan.

Setiba di rumah pengantin perempuan, angpau akan diberikan kepada anak buah pengantin perempuan yang membuka pintu kereta untuk melakukan upacara pemujaan nenek-moyang. Orang tengah yang dikenali ‘sam poh’ akan memimpin menunjukkan pasangan baru dengan cara yang betul.48 Selepas selesai upacara, pasangan pengantin akan mempersembahkan teh kepada ibu bapa dan saudara yang tertua pengantin perempuan. Upacara ini akan diikuti dengan pangkat keluarga yang lebih tua. Sementara menanti kedatangan pengantin perempuan ke rumah penganti lelaki satu jamuan kecil akan diadakan untuk saudara-mara, sahabat di halaman rumah.

Rumah lelaki turut akan dihias dengan cantik. Semua langsir dan kusyen dan perabot adalah warna merah. Segala perjalanan semasa ke rumah pengantin lelaki harus lancar tidak boleh bertembung dengan kereta mayat.49 Setelah pengantin perempuan telah sampai di rumah pengantin lelaki secara tidak langsung akan menjadi keluarga tersebut. Selepas itu, pasangan pengantin perlu menyembah dan menjamu teh kepada nenek-moyang. Seterusnya, sampai giliran ibu bapa pengantin menghidang teh kepada ibu bapa pengantin, mengikut kedudukan pangkat dan kedudukan dalam keluarga. Kemudian pengantin akan dibawa ke bilik untuk beristirahat.

Seterusnya, majlis jamuan makan akan diadakan.49 Pengantin perempuan diperkenalkan kepada para tetamu. Pasangan pengantin digalakkan bergaul dengan tetamu secara berjalan dari meja dan menguk arak bersama dengan tetamu perkataan kantonise ‘yam sing’. Lazimnya majlis makan perkahwinan di halaman rumah tetapi kini mereka lebih gemar mengadakan jamuan di restoran ataupun hotel pada masa kini.

Kepentingan Adat Perkahwinan Kaum Cina 

Setiap kaum akan mengadakan perkahwinan termasuk kaum cina tetapi terdapat berbezaan semasa proses perkahwinan. Oleh itu, melalui perkahwinan kaum cina dapat mengembangkan dan meneruskan keturunan dan zuriat. Kaum cina amat memandang berat dengan kelahiran keturunan mereka. Mereka lebih suka melahirkan anak lelaki berbanding dengan anak perempuan kerana anak lelaki dapat menyambungkan keturunan dan zuriat dari nenek moyang mereka. Selain itu, perkahwinan juga merupakan titik penolakan seseorang. Hal ini demikian, apabila seseorang telah khawin kehidupan mereka akan wujud sikap bertanggungjawab terhadap keluarga mereka.

Selain itu, kepentingan adat perkahwinan ialah dapat mengeratkan hubungan keluarga pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Apabila jamuan perkahwinan ini diadakan saudara-mara pengantin lelaki dan pengantin perempuan mereka dapat berbincang tentang masa depan kedua-dua pihak pengantin dan dapat mengenali keluarga mereka antara satu sama lain. Ini Secara tidak langsung, dapat mengeratkan tali persaudaraan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan serta dapat memahami segala asal-usul dan latar belakang kedua-dua pihak keluarga.

Disamping itu, melalui perkahwinan juga dapat mengekalkan adat tradisi keluarga yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang mereka kepada generasi yang akan datang supaya adat tradisi tidak akan terpupus dan dapat dikekalkan hingga ke akhir zaman. Contohnya, apabila semua masyarakat cina mengamalkan adat perkahwinan, secara tidak langsung generasi yang akan datang dapat mewarisi adat yang telah ditetapkan. Contohnya, amalan menghidangkan teh dapat dikekalkan.

Seterusnya, kepentingan adat perkahwinan ialah dapat mengelakan daripada berlakunya gejala sosial yang tidak baik seperti berlaku berzina sebelum berkahwin. Masyarakat cina amat mementingkan maruah, nama dan latar belakang seseorang pasangan anak mereka tidak kira pengantin lelaki ataupun pengantin perempuan. Jika seseorang tersebut melakukan perbuatan yang telah merosakan nama dan maruah ibu bapa keluarga pasangan tersebut akan tidak suka dengan pengantin tersebut.

Begitu juga, melalui perkahwinan dapat mengeratkan hubungan yang kekal antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah perkahwinan pasangan tersebut telah diadakan, hubungan mereka akan bertambah erat kerana mereka hidup di rumah yang sama dan dapat mengekalkan cara hidup dan adat hidup msayarakat mereka bersama-sama meraka turut dapat lebih memahami adat keluarga mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kedatangan kaum Cina ke Sandakan, Sabah telah menjadi bangsa kedua terbesar di Malaysia iaitu orang yang bangsa Cina. Orang Cina adalah penghijrah Orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari china yang tiba di Malaysia sekitar abad ke–15 hingga pertangahan abad ke–20. Kedatangan tersebut telah menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia mengenali adat resam dan perkahwinan pelbagai kaum.

Perkahwinan bagi kaum cina bukan sekadar menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dengan perempuan, tetapi juga untuk meneruskan keturunan keluarga dan keutuhan system kemasyarakatan. Perkahwinan yang dijalankan di Sandakan, Sabah masih mengamalkan adat yang telah ditinggalkan oleh nenek-moyang mereka kecuali penggunaan tandu pada masa dahulu diganti dengan pengguanaan kenderaan seperti kereta yang disebabkan oleh zaman yang berteknologi tinggi dan kawasan tidak sesuai.

Bibliografi

Nurul ‘ izzah misni, siri adat dan budaya kaum utama cina. Good will publications no. 221, jalandato muda linggi 70100seremban, negeri sembilan, dicetak di malysia oleh universe colour printing. 

Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi & cheah Ding Ding, kepincangan perumahan malaysia: Adat Dan Ritual Kaum Cina, universiti teknologi malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim, Malaysia, diterbitkan penerbit UTM press.44




Zakiah hanum, tradisi dan budaya, 8238 jalan 222,46100 petaling jaya selangor, malaysia, dicetak oleh kim hup lee printing copte ltd. 

Sumber Primer

Tai Nyuk Lian, Chan Hing Khau dan Chong Ken Fah - Penduduk Cina Sandakan, Sabah 

..........................................................................................

Sejarah perkembangan ekonomi kaum cina di Batu 8 Sandakan, Sabah pada tahun 2001 hingga 2005.

Pengenalan

Sejak zaman awal masihi lagi orang-orang Cina telah pun mempunyai hubungan dengan penduduk Asia Tenggara. Perhubungan ini lebih merupakan perhubungan bercorak diplomatik.  Berhubungan dengan ini, kebanyakan Maharaja-maharaja Cina telah menghantar utusan mereka ke Asia  Tenggara serta Pulau Borneo (Sabah)  . Ini secara langsung telah dapat mengeratkan hubungan negara China dengan penduduk Asia Tenggara. Tujuan Maharaja China menghantar utusan ke Pulau Borneo ialah menjalinkan hubungan diplomatik. Namun demikian hubungan diplomatik tersebut telah membawa penarikan kepada penghijrahan orang Cina ke rantau ini secara beramai-ramai. Kehadiran orang-orang Cina pada awal masihi dapat dikesan melalui sumber-sumber arkeologi yang ditemui. Misalnya terdapat beberapa tempat perkuburan di sekitar sungai Kinabatangan, Batu Puteh, Sungai Segama dan Sungai Lakun telah menjumpai sisa tembikar dan tempayan hijau dan coklat ketika di zaman Ming dan Ching. Penubuhan Syarikat Berpiagam pada tahun 1881 telah menggalakkan imigrasi orang-orang Hakka ke Sabah secara beramai-ramai. Kesan daripada kemasukan orang-orang Hakka ini telah membawa kepada perkembangan politik, budaya dan sosial kaum Hakka di Sabah sehinggalah ke hari ini.

            Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang cina berhijrah dari negara asal mereka, antara sebabnya ialah keadaan huru-hara di bawah kerajaan Manchu. Kekejaman, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Malapetaka seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan pertanian menyebabkan kesukaran kepada petani. Mereka datang ke Tanah Melayu dan melibatkan diri dengan penanaman getah di ladang-ladang getah. Selain itu, orang cina juga melibatkan diri dengan pembalakan apabila orang Inggeris mengambil kesempatan terhadap tenaga mereka. Mereka belajar daripada kesusahan dan berjaya mendominasikan bidang perniagaan yang diwarisi sehingga hari ini. 1

Kegiatan ekonomi dan kaum Cina di Sandakan

            Kegiatan ekonomi dan aktiviti-aktiviti utama kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah ialah masyarakat Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah  telah mendominasi ekonomi di kawasan Batu 8, Sandakan dengan lebih 90% kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja di bawah orang lain. Contoh perniagaan yang diceburi oleh kaum cina di Batu 8, Sandakan, Sabah ialah peruncitan, pasaraya, restoran, kedai alat telekomunikasi, bengkel dan menjual sayur-sayuran di pasar . Masyarakat Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sektor swasta. Selain perniagaan, orang-orang Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer, Automobil, Industri Perumahan dan Jualan. Hanya sedikit sahaja minoriti bekerja sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah yang melakukan pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik serta guru-guru sekolah.

 Peruncitan ialah penjualan barang atau dagangan dari sesuatu tempat tetap atau menerusi pos, dalam kumpulan atau longgok yang kecil untuk penggunaan pembeli. Tempat tetap boleh merupakan kedai serbanekabutik, atau gerai, dengan tempat tetap itu boleh terletak di tepi jalan kawasan kediaman, di jalan membeli-belah yang tidak mempunyai banyak atau langsung tidak mempunyai rumah kediaman yang berhampiran, atau kawasan membeli-belah.Jalan membeli-belah kekadang hanya mengkhususkan pelanggan pejalan kaki. Jalan jenis itu kekadang menyediakan bumbung penuh atau bumbung sebahagian untuk melindungi pelanggannya daripada curahan hujan. Peruncitan dalam talian, sejenis perdagangan elektronik yang digunakan untuk urus niaga perniagaan ke pengguna, dan pesanan pos merupakan bentuk peruncitan tanpa kedai. Peruncit merupakan akhir rantaian bekalan, dengan perkhidmatan yang disediakan kekadang merangkumi perkhidmatan sampingan seperti penghantaran.

             Dalam bidang perdagangan, "peruncit" membeli barang atau produk dalam jumlah yang besar daripada pengilang atau pengimport, baik secara langsung atau melalui pemborong, lalu menjualnya pada jumlah yang lebih kecil kepada pengguna akhir. Para pemasar perkilangan melihat proses peruncitan sebagai sebahagian yang penting dalam keseluruhan strategi pengedaran mereka. Istilah "peruncit" juga merangkumi pembekal perkhidmatan yang melayani keperluan sebilangan individu yang besar, misalnya utiliti awam seperti kuasa elektrik.Pembeli boleh merupakan perorangan atau perniagaan. Membeli-belah umumnya merujuk kepada perbuatan membeli barang. Ia kekadang dilakukan untuk memperoleh barang keperluan seperti makanan dan pakaian. Sebaliknya, membeli-belah kekadang juga dilakukan sebagai kegiatan rekreasi. Membeli-belah rekreasi seringnya melibatkan tengok-tengok barang di kedai yang tidak selalu menyebabkan pembelian.2

 Selain itu, Kedai makan atau restoran ialah sebuah pertubuhan yang menghidangkan makanan dan minuman telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.Kedai makan kadangkala merupakan ciri kompleks yang lebih besar, biasanya seperti hotel, di mana kemudahan makan disediakan untuk kemudahan pelanggan serta untuk pihak hotel memaksimumkan pendapatan berpotensi mereka. Kedai makan ini juga dibuka kepada bukan penginap.Pengendali kedai makan dikenali sebagai seorang restauranteur; perkataan yang asalnya dari kata kerja bahasa Perancis restaurer.3

Seterusnya, Pasar raya ialah sejenis kedai layan diri serbaneka yang menawarkan beraneka produkmakanan dan keperluan rumah. Pasar raya lazimnya lebih besar dan banyak pilihannya berbanding kedai runcit dan lebih kecil berbanding pasar raya besar.Pasar raya biasanya merangkumi bahagian daging, hasil tani, tenusu, dan makanan bakar bersama dengan ruangan rak yang dimaksudkan untuk barangan bertin dan berbungkus serta juga untuk pelbagai barangan bukan makanan seperti pembersih rumah, produk farmasi dan bekalan haiwan. Kebanyakan pasar raya juga menjual pelbagai keperluan rumah lain yang kerap diguna, seperti alkohol (di mana penggunaan dibenarkan), produk pembersihan rumah, ubat dan pakaian. Pasar raya biasanya mengambil ruang lantai yang besar di satu aras dan didirikan berdekatan kawasan perumahan agar memudahkan para pengguna. Tarikan asasnya ialah adanya aneka pilihan yang banyak di bawah satu bumbung pada harga yang agak rendah.

Kelebihan-kelebihan lain termasuk kemudahan letak kereta dan kemudahan waktu perniagaan sehingga malam. Pasar raya biasanya berbelanja besar untuk pengiklanan dalam akhbar atau media lain dan sering membentangkan paparan dalam gedung yang jelas untuk produk-produknya. Lazimnya, pasar raya juga sebahagian kedai rantaian yang memiliki atau mengawal pasar raya lain (kadang-kala di bawah francais) yang terletak di bandar yang sama atau berlainan; ini meningkatkan peluang mencapai ekonomi bidangan.Pasar raya biasanya menawarkan produk, pada harga rendah agar mengurangkan margin. Produk-produk tertentu (biasanya makanan ruji seperti roti, susu dan gula) sering dijual sebagai loss leader, iaitu bermargin negatif. Untuk memastikan keuntungan, pasar raya cuba menutup margin rendah dengan jumlah hasil jualan keseluruhan yang tinggi, dan jualan barangan bermargin tinggi. Pelanggan biasanya membeli-belah dengan meletakkan barangan mereka ke dalam troli atau bakul lalu membayar untuk pembelian barangan di kaunter penyemakan. Kini, sebilangan besar rantaian pasar raya cuba mengurangkan lagi kos pekerja dengan beralih ke mesin penyemakan layan diri, di mana sekelompok mesin digunakan di bawah pemerhatian seorang pembantu. Pasar raya perkhidmatan penuh lebih besar yang digabungkan dengan gedung serbaneka kadang-kala dikenali sebagai pasar raya besar.
Antara pasar raya yang terdapat di Batu 8 ialah Servay, One Stop, dan Simeca. Jenis-jenis perniagaan seperti peruncitan, restoran dan pasar raya merupakan milik kaum Cina yang ada di Batu 8, Sandakan. Bentuk-bentuk perniagaan ini merupakan aktiviti dan kegiatan ekonomi utama kaum Cina sehingga mereka mampu berjaya pada hari ini .4

Usaha-usaha dan strategi-strategi kaum Cina dalam bidang ekonomi

Sejarah yang dilalui oleh orang cina penuh dengan seribu liku, ini menjadikan mereka kuat.  Mereka tahu apabila mereka berada di bumi asing mereka harus berkerja keras untuk hidup dan tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu mereka.  Sebab itu kebanyakan pendatang berjaya di dalam perniagaan.  Orang-orang Indonesia dari keturunan jawa berjaya dengan sektor pembinaan, dari kaum Aceh dengan peruncitan, Bangladesh juga sekarang sudah banyak membuat empayar perniagaan mereka.Orang-orang cina dahulu duduk di bandar-bandar perlombongan, melayu kampung-kampung dan India estate.  Sebab itu kaum Cina terpaksa berniaga disebabkan mereka tiada sumber lain untuk dilakukan di dalam komuniti mereka.Perniagaan orang cina tidak banyak formaliti dan karenah birokrasi.  Mereka menjadikan urusan busines mereka semudah mungkin.Peniaga orang cina tidak statik dan mereka sentiasa berpandangan jauh sebab itu perniagaan orang cina ada pembaharuan setiap masa.  Terdapat pelbagai usaha dan strategi kaum cina sehingga mereka berjaya dalam bidang perniagaan.

Yang pertama menurut pendapat kaum cina di batu 8 pada tahun 2001 hingga 2005, usaha yang membolehkan mereka berjaya ialah jika kita ingin berjaya daripada orang lain kita mesti lebih rajin daripada kaum lain. Persepsi orang Cina terhadap perniagaan juga adalah positif. Selain itu, orang cina di Batu 8 juga beranggapan bahawa dunia perniagaan merupakan dunia yang menjanjikan kemewahan dan kesenangan. Bagi kaum Cina yang mengikuti ajaran confusius, ajaran tersebut telah memberi nafas baru dan ditafsirkan semula agar dapat memberi pencetus kepada orang cina agar melibatkan diri dengan perniagaan. Bisnes boleh dijadikan hobi tetapi bukan mengisi masa lapang. Ramai orang yang melibatkan diri dengan perniagaan tetapi gagal kerana disebabkan oleh sikap hangat-hangat tahi ayam mereka. 5

Keuntungan yang diperolehi oleh orang cina tidak digunakan tetapi dipusingkan untuk menjadikan modal perniagaan, tetapi terdapat sesetengah orang yang terus menggunakannya sehingga mereka gagal dalam perniagaan.Konsep berniaga orang Cina juga berbeza daripada orang lain. Konsep berniaga orang cina lebih kepada simbiosis dan setiap peniaga saling melengkapi antara satu sama yang lain. Orang cina berniaga mereka tidak tamak dan mereka akan “makan sama-sama”. Orang Cina tidak suka berniaga bermusim seperti musim perayaan sahaja. Ini akan membantutkan usaha mereka berterusan dan kecairan modal yang berterusan.

Orang cina juga jarang mengeluh di hadapan pelanggan jika mengalami tekanan. Mereka sentiasa menunjukkan yang mereka bagus bagi menunjukkan keyakinan mereka. Peniaga Cina juga mengetahui bahawa tawar-menawar itu akan mengurangkan keuntungan tetapi kepuasan pelanggan lebih diutamakan. Prinsip bisnes orang cina juga berbeza dengan kaum lain, orang cina boleh berniaga di mana-mana sahaja termasuk kampong melayu tetapi orang melayu belum tentu boleh berniaga di tempat mereka. Orang cina tidak akan melepaskan peluang dan berani mengambil risiko. Hal inilah yang menyebabkan mereka berjaya dalam perniagaan.

 Selain itu, budaya bisnes orang cina di batu 8 juga membuatkan mereka berjaya hingga ke hari ini. Orang cina sanggup kerja lebih masa daripada kaum lain. Orang cina apabila melakukan sesuatu perkara mereka akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan bukannya hangat-hangat tahi ayam. Orang cina di Batu 8 juga berpendapat bahawa kegagalan pertama pemberi semangat, kegagalan kedua memberi pengajaran dan kegagalan seterusnya menguji kecekalan dan ketabahan mereka. Orang cina juga mempunyai matlamat sebelum memulakan sesuatu dan budaya orang cina lebih menekankan “siapa cepat dia dapat”. Selain itu, sistem bisnes orang cina merupakan usaha mereka untuk maju dalam perniagaan. Sebagai contoh, orang cina tidak suka memberi tekanan kepada pelanggan dan membiarkan mereka memilih. Mereka juga percaya apabila terdapat pelanggan baru, pelanggan tersebut harus diberi potongan.

 Seni bisnes orang Cina juga orang Cina percaya bahawa dunia perniagaan penuh dengan cabaran dan mereka sudah bersedia dengan seni “lingfu” untuk menangkisnya. Seni perniagaan sungguh halus dan orang Cina percaya bahawa dengan teori sahaja tidak cukup untuk mereka dan pengalamanlah yang mematangkan mereka. Orang Cina juga turut menganggap bahawa pelanggan merupakan sahabat atau saudara dan perlu dilayan dengan baik. Amalan bisnes orang cina juga menjadikan mereka maju dalam bidang perniagaan. Orang cina berpendapat bahawa tanpa rugi tiadanya untung dan apabila mereka membuka perniagaan sendiri, orang cina akan mengambil ahli keluarga sendiri bagi mengekalkan kepercayaan mereka. Orang cina yang mengambil pekerja juga akan menjaga pekerjanya dengan baik dan orang cina akan rasa rendah diri apabila makan gaji dengan orang lain kerana bagi mereka makan gaji tidak menjadikan diri mereka kaya.

 Orang cina juga gemar menyimpan wang dan tidak boros. Hal inilah yang menyebabkan masyarakat cina di Batu 8, menjadi maju.Usaha dan strategi seterusnya ialah, melalui etika bisnes orang Cina. Orang cina mempunyai sikap terpuji dalam berniaga, mereka sama sekali melarang taktik kotor. Orang cina dilarang mengganggu perniagaan orang lain dan memburukkan orang lain. Namun, persaingan dibenarkan mengikut etika persaingan yang sebenarnya. Tawar-menawar digalakkan agar hubungan antara peniaga dan pelanggan menjadi baik. Bagi orang cina di Batu 8 juga, petua bisnes orang cina ialah mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet. Peniaga cina juga sanggup untuk mengeluarkan wang untuk memikat hati pelanggan dan mereka sentiasa menjaga pelanggan. Bagi masyarakat Cina juga, orang cina yang bekerja makan gaji kurang dihormati dan yang bekerja tinggi akan dihormati dan orang Cina masih boleh hidup di negara mundur seperti Kenya. Orang cina juga mempunyai kemahiran berniaga iaitu dalam aktiviti perniagaan mereka tidak suka memberi alasan. Mereka akan berusaha menjauhkan sebarang alasan dan menjauhkan pelanggan yang menyusahkan mereka. 6

Usaha yang turut menyebabkan kaum ini berjaya ialah sesekali mereka melangkah mereka tidak akan berundur kerana tiada ruang untuk mereka berundur. Orang cina juga percaya bahawa nasib boleh diubah. Sial dan malang boleh digantikan dengan nasib baik. Oleh sebab itu, orang cina rajin membuang sial. Pemikiran orang cina tentang cara berniaga sangat unik. Bagi orang cina masalah adalah batu loncatan bukan batu penghalang untuk berjaya dan orang cina turut berpendapat bahawa berniaga tidak semestinya cerdik dan otak geliga tetapi yang paling penting adalah keberanian untuk menghadapi segala cabaran. Pemikiran yang dinamik penting kerana ia dapat melihat satu pandangan yang jauh dan bukan hanya dipersekitarannya.

Selain itu, adat bisnes orang cina juga ialah semakin banyak angpau yang diberikan semakin banyak keuntungan yang masuk dan orang cina akan membayar hutang 3 hari sebelum perayaan. Orang cina tidak akan mengatakan sesuatu yang tidak baik apabila memulakan sesuatu perniagaan. Kebiasaannya, apabila perayaan khususnya Tahun Baru Cina, terdapat tarian singa-singa yang ditarikan di premis perniagaan. Itu termasuklah usaha kaum cina untuk mengembangkan perniagaan mereka, hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa tarian cina akan membawa tuah dan rezeki dan upacara itu harus dilakukan pada waktu tengah hari atau petang dan bukannya pada waktu malam. Ketika sesuatu perniagaan dibuka, ia tidak boleh bertembung dengan kematian kerana ia akan memberikan alamat yang tidak baik sebab itu dikedai orang cina terdapat cermin besar yang dopercayai boleh menghalau roh jahat.

Lokasi premis orang cina haruslah strategik dan mudah dikunjungi oleh orang ramai. Warna turut memainkan peranan dalam perniagaan orang cina. Orang cina suka mengenakan warna yang terang dalam premis perniagaan mereka agar mudah dilihat oleh orang ramai. Orang cina juga akan menukar strategi dari semasa ke semasa , mereka akan menukar strategi yang tidak baik ke yang lebih baik. Orang yang mempunyai strategi biasanya orang yang berani menghadapi segala risiko. Orang cina memerlukan jaringan yang kuat bagi menyokong asas niaganya. Jaringan yang kuat ke atas asas peruncitan akan sukar digugat kerana kemantapannya. Dan orang cina jarang mempunyai sikap untuk menjatuhkan orang lain malah sentiasa bantu membantu dan mengambil barangan dari rakan-rakan niaga yang lain jika barangan yang diminta oleh pelanggan kehabisan stok.

Orang cina juga beranggapan bahawa tidak ada yang boleh memotivasikan orang cina selain menjadi bos kepada diri sendiri. Orang cina di Batu 8 juga berpendapat bahawa jika hendak mencari rakan kongsi dalam perniagaan carilah orang yang betul-betu boleh dipercayai dan rakan rapat belum pasti menjadi orang yang setia dan tidak mengkhianati rakan. Selain itu, usaha orang cina untuk memajukan diri dalam ekonomi juga ialah sering memberi derma kerana mereka berpendapat bahawa semakin banyak derma yang diberikan semakin banyak untung yang diperolehi.

 Strategi orang cina yang patut dicontohi oleh semua kaum ialah kesusahan, kepayahan dan keperitan tidak pernah melemahkan semangat untuk mereka berniaga dan mencapai keuntungan dan paling penting adalah mereka pandai berniaga bukan disebabkan kerana mereka lahir sebagai orang cina. Namun yang paling penting didalam banyak-banyak strategi dan usaha yang dikemukakan ialah sikap tidak berputus asa patut wujud dalam setiap diri orang yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan.7

Kejayaan dan sumbangan Kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah.

Orang Cina di Batu 8 berjaya dan memperolehi kejayaan kerana mereka percaya walaupun mereka menghadapi banyak cabaran, mereka akan menghadapi cabaran tersebut dengan sabar dan tabah. Mereka berpendapat, kesabaran itu amat pahit tetapi mengeluarkan buah yang amat manis. Orang cina akan tetap bangun walaupun terkadang mereka jatuh. Dan yang paling penting, orang cina tidak mengejar populariti, walaupun mereka mengerjakan sesuatu yang hina, mereka tetap akan mengerjakan jika ia memberi pulangan yang baik kepada mereka.

Antara kejayaan yang diperolehi oleh kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah ialah mereka berjaya menjadi kaum terkaya di Batu 8. Dengan peluang yang ada, mereka membuka perniagaan sendiri, kerana prinsip mereka mereka akan membuka premis perniagaan di mana-mana kerana dengan aktiviti perniagaan menjanjikan kesenangan dan kemewahan kepada mereka. Orang cina di Batu 8 juga bijak mengambil peluang perniagaan di kawasan tersebut. Oleh sebab itu, mereka menjadi kaum terkaya di Batu 8 kerana sikap yang diamalkan oleh mereka. Mereka turut berbangga dengan kejayaan yang diperolehi dan melalui kejayaan yang diperolehi mereka mengetahui bahawa masyarakat cina di kawasan Batu 8 maju dalam bidang ekonomi dan tidak tertinggal.

Selain itu, masyarakat cina di Batu 8 majoritinya mempunyai taraf hidup yang tinggi. Mereka berkemampuan membeli barang yang mewah. Sebagai contoh, kereta, rumah, dan banyak lagi barangan yang mewah. Mereka berkemampuan seperti itu kerana kebanyakkannya mereka terlibat dengan aktiviti perniagaan yang menjanjikan keuntungan. Untuk memperolehi kejayaan seperti itu tidak mudah, mereka harus mempunyai sikap tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka. Dengan taraf hidup yang tinggi mereka mampu untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Mereka akan mendapat barang yang diingini oleh mereka dengan mudah. Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai orang cina disekeliling kita berkereta mewah dan jarang hidup dalam kesusahan ataupun kesulitan.

Disamping itu, orang Cina turut menjadi sumber rujukan kaum lain kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam terutama sekali hal yang berkaitan dengan perniagaan. Banyak kaum di sekitar Batu 8, mejadikan orang cina sebagai contoh dan sumber rujukan mereka. Bukan orang cina di Batu 8 sahaja, malah orang cina di seluruh Malaysia turut menjadi contoh kepada kaum lain. Orang Cina dijadikan contoh juga kerana sikap mereka yang sememangnya berilmu dalam bidang ekonomi khususnya perniagaan. Orang cina di Batu 8, merasa bahawa mereka maju disebabkan oleh usaha dan strategi yang dibuat oleh mereka. Oleh sebab itu, mereka menjadi contoh kepada masyarakat kaum lain.

Seterusnya. Orang cina juga gemar menyimpan wang dan tidak boros dalam berbelanja. Mereka sentiasa menyimpan wang. Oleh sebab itu, mereka merupakan kaum yang terbanyak menyimpan wang didalam bank. Ini juga merupakan kejayaan yang dikecapi oleh mereka. Mereka berjimat cermat kerana mereka tahu bahawa masalah yang melibatkan kewangan akan datang bila-bila masa sahaja, sebagai langkah berjaga-jaga mereka akan menyimpan wang untuk tujuan kecemasan dan juga untuk tujuan masa hadapan. Mereka tidak sesekali membuang duit tanpa tujuan kerana mereka tahu bahawa mencari wang bukannya mudah dan mereka terpaksa menempuh pelbagai cabaran sebelum memperolehi wang.

Kejayaan kaum cina juga ialah kaum cina mempunyai pendapatan rumah tangga tertinggi berbanding tiga etnik yang lain iaitu, Melayu dan India. Oleh kerana mereka percaya bahawa melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan menjanjikan kesenangan dan kewewahan mereka memperolehi pendapatan tertinggi berbanding kaum-kaum lain di negara ini. Mereka tahu jalan yang mana harus mereka pilih agar pendapatan yang diperolehi lebih daripada orang lain. Ini merupakan kebijaksanaan orang cina yang tidak dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di negara ini.

 Selain itu, kejayaan kaum cina di negara ini khususnya di Batu 8 ialah mereka berjaya mendominasikan aktiviti perniagaan. Kebanyakannya, penduduk di Batu 8 terlibat dengan perniagaan. Mereka terlibat dengan perniagaan sama ada dalam perniagaan runcit, borong, pasaraya, restoran dan sebagainya. Mereka merupakan kaum utama yang mendominasikan aktiviti perniagaan berbanding dengan kaum-kaum lain. Mereka sememangnya berminat dengan aktiviti perniagaan sehingga mereka memperolehi kejayaan iaitu mendominasikan aktiviti perniagaan di Batu 8 berbanding dengan kaum-kaum lain.8

Sumbangan kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah.

Dalam mencapai kejayaan, orang cina turut memberi sumbangan kepada masyarakat disekelilingnya dan juga kepada negara. Sumbangan kaum cina dalam bidang ekonomi amnya kepada negara ini ialah terhadap pembangunan negara secara menyeluruh. Sebagai contoh menerusi komuniti peniaga golongan tersebut bukan sahaja menawarkan kuasa beli yang hebat malah membuka menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, khususnya di Batu 8 selain menjana aktiviti ekonomi. Ekonomi di negara ini tidak akan maju tanpa penglibatan kaum Cina dalam aktiviti perniagaan. Selain itu, kaum Cina juga merupakan kaum yang terkenal dalam bidang keusahawanan, daya adaptasi dan dorongan kuat untuk memajukan diri mereka seterusnya memajukan bangsa mereka di negara ini.

 Perdana Menteri turut mengakui dengan kehebatan orang cina dalam aktiviti perniagaan dan ekonomi negara turut menjadi suram tanpa kaum cina yang melibatkan diri dengan perniagaan. Orang-orang cina yang hidup di tujuh benua akhirnya berjaya menjadi pengusaha-pengusaha yang berjaya, professional, pegawai-pegawai awam dan ahli akedemik di negara masing-masing. Selain itu, orang cina di Malaysia merupakan contoh terbaik. Kaum cina telah membentuk tulang belakang ekonomi negara melalui perusahaan-perusahaan kecil dan menengah seperti yang dilakukan oleh majoriti penduduk kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah. Dan di Malaysia amnya, syarikat-syarikat yang terkemuka dan berjaya pada hari ini adalah dimiliki oleh kaum Cina. Sememangnya, sumbangan ekonomi oleh kaum cina di negara ini diiktiraf oleh kerajaan dan juga negara.

Selain itu, sumbangan kaum cina kepada masyarakat yang tinggal di Batu 8, khususnya telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Hal ini demikian kerana, penglibatan orang Cina dalam perniagaan memerlukan tenaga kerja bagi menjayakan aktiviti perniagaan mereka. Mereka tidak mampu untuk mengurus sendiri aktiviti mereka. Oleh sebab itu, mereka mengalu-alukan orang ramai bekerja dengan mereka. Mereka akan membayar gaji pekerja dan hal ini akan membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat sekelilingnya. Apabila masyarakat cina menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, secara tidak langsung kaum cina telah mengurangkan kadar pengangguran negara ini seterusnya menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara. Apabila ramai orang yang sudah bekerja, hal ini akan mengurangkan masalah social dan jenayah dalam masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat yang tidak bekerja sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menampung kehidupan mereka. Contohnya, mereka boleh merompak, meragut, memeras  ugut, dan membunuh. Hal ini dilakukan agar mereka memperolehi pendapatan untuk meneruskan kehidupan mereka kerana apabila tiada peluang pekerjaan yang diwujudkan, masyarakat tidak dapat hidup. Dengan penglibatan kaum cina dalam bidang perniagaan, peluang pekerjaan yang luas dapat diwujudkan. Masyarakat akan memperolehi pekerjaan seterusnya dapat menampung kehidupan mereka. Oleh itu, sudah terbukti bahawa dengan penglibatan kaum Cina dalam bidang ekonomi, ia boleh mengurangkan masalah social dan jenayah kepada penduduk khususnya penduduk Batu 8, Sandakan, Sabah.9

 Seterusnya, kaum cina juga turut menyumbang kepada pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, kaum cina membuka perniagaan sendiri dan akan membayar cukai kepada kerajaan. Hasil daripada cukai yang dibayar mereka turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Kaum cina merupakan kaum yang membayar cukai tertinggi berbanding kaum lain di negara ini. Penglibatan kaum cina dalam bidang perniagaan turut memajukan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, cukai merupakan pendapatan utama negara dan tanpa cukai ekonomi negara tidak akan membangun. Semua pihak harus menyedari bahawa penglibatan orang cina akan memajukan negara kerana sumbangan terbesarnya dalam hasil-hasil cukai.

 Selain itu, sumbangan kaum cina khususnya kaum cina di batu 8, Sandakan ialah menarik pelancong dari dalam dan luar negara datang ke negara ini. Hal ini demikian kerana, pelancong dari luar negara khususnya menyukai kepelbagaian dalam perniagaan dan inginkan kemajuan. Mereka akan melancong ke negara yang membangun dan maju dari aspek ekonomi Orang yang melancong juga tidak suka melancong ke negara yang tidak aman, tidak mempunyai kepelbagaian dan mundur dari aspek ekonomi. Oleh itu, dengan kepelbagaian yang diwujudkan oleh kaum cina di Batu 8, Sandakan, Sabah, ia mampu menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar negara untuk datang melancong ke negeri Sabah khususnya. Orang cina akan berniaga bermacam-macam jenis barang dan peralatan. Dengan perniagaan tersebut, pelancong akan tertarik dan itu akan menyebabkan mereka datang ke negara ini. Sikap orang cina dalam perniagaan juga mampu menarik minat pelancong, bukan dari dalam negeri sahaja malah luar negara. Oleh itu, semua orang patut mengetahui bahawa orang cina turut berpotensi memajukan negara dari sudut ekonomi dengan menarik pelancong datang ke negara ini dan menjadi pembayar cukai tertinggi di negara ini seterusnya meningkatkan pendapatan negara dan memajukan ekonomi negara.10

Kesimpulan

Perniagaan merupakan kegiatan ekonomi utama kaum Cina dan perniagaan juga merupakan aktiviti-aktiviti kaum Cina dalam memajukan ekonomi kaum mereka. Banyak  usaha-usaha dan strategi-strategi yang diambil oleh kaum Cina untuk memajukan ekonomi mereka dalam bidang perniagaan khususnya. Berdasarkan penelitian terhadap usaha-usaha dan strategi-strategi yang diambil oleh kaum Cina, kaum Cina telah mengamalkan usaha dan strategi ini sebelum tahun 2001 lagi dan telah dilanjutkan sehingga tahun 2005. Hal ini menyebabkan ekonomi kaum cina di Batu 8, telah meningkat secara konsisten dari tahun ke tahun. Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh kaum Cina terutamanya dalam usaha memajukan ekonomi mereka. Selain itu, banyak kejayaan dan sumbangan yang telah dicapai oleh kaum Cina terutama sekali sumbangan kepada masyarakat dan negara serta kejayaan kaum Cina yang berkaitan dengan diri mereka akibat daripada penglibatan yang aktif dengan aktiviti perniagaan iaitu, kegiatan ekonomi utama, majoriti kaum Cina di Batu 8, Sandakan, Sabah. Kejayaan kaum Cina hari ini patut dijadikan contoh kepada semua penduduk di negara ini khususnya penduduk Batu 8, Sandakan, Sabah agar mereka boleh melakukan seperti yang orang cina lakukan. Hal ini bertujuan agar, semua penduduk boleh maju seperti kaum Cina seterusnya menyumbang kepada kemajuan dan peningkatan ekonomi negara.

Bibliografi
Sumber primer

En. Lim Vui Kent, Batu 8 Sandakan, 19.02.2014
En. Lee Kim Chua, Batu 8 Sandakan, 18.02.2014
Responden 3: En. Chin Nai Thon@ Chin Lai Choon, Batu 8 Sandakan, 17.02.2014.

Sumber sekunder
Emsan. Buku  perniagaan orang Cina, Arab dan India. RISALAH PRODUCT SDN BHD. (m/s 65)
Jiang Wei dan Ma Weichi. BUKU strategi Bisnes orang Cina, NUSAMAS PUBLICATION, Kuala Lumpur, 2009.
ANN WAN SENG Buku rahsia bisnes orang Cina, PELANGI PRODUCT SDN BHD, 2003. (m/s 12)
Sumber surat khabar ARKIB : 26/06/2011

1 ulasan:


  1. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    BalasPadam