Isnin, 11 Februari 2019

TEMA: SEJARAH EKONOMI



 CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA: SEJARAH EKONOMI
TAJUK : Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd., Sandakan : Sejarah dan perkembangannya dari tahun 2006-2015

Industri air minuman di Sandakan mula berkembang sejak tahun 1980an berikutan permintaan tinggi masyarakat tempatan akibat kesedaran pentingnya meminum air yang bersih dan menyihatkan .   Di Sandakan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat minuman paling awal wujud.  Syarikat ini terletak di Jalan Lintas Sibuga.  Syarikat ini bukan sahaja mengeluarkan air minuman tetapi termasuk juga air minuman berkarbonat, air minuman isotonik, dan air minuman berperisa.  Antara tahun 2006-2015 syarikat ini telah berkembang dan membuka cawangan di Lahad Datu, Tawau, dan Kota Kinabalu dan menjadi salah satu syarikat minuman paling terkenal di Sabah.

OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang penubuhan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
            Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. di Sandakan dari tahun 2006-2015.
            Kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan sumbangan Syarikat Life Water Industries terhadap ekonomi penduduk setempat.
                      
PERMASALAHAN KAJIAN
            Dalam kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas apakah  latar belakang Syarikat Life Water Industries.
Kajian ini juga untuk merungkai persoalan bagaimanakah perkembangan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.  di Sandakan dalam tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015. 
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh manakah sumbangan Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.  kepada ekonomi masyarakat setempat.

SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini fokus kepada daerah Sandakan. Ia adalah sebuah daaerah yang mempunyai permintaan tinggi terhadap air minuman. 
Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2015. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan sigfinikan dalam syarikat tersebut.
Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu  yang dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang Syarikat Life Water Industries  sebagai sebuah syarikat minuman yang utama di Sandakan.  Malah ia juga akan mengupas perkembangan syarikat tersebut dalam tempoh 10 tahun. Aspek  ini dipilih memandangkan syarikat ini memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan ekonomi masyarakat Sandakan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS[MRAR1] 
            Terdapat beberapa kajian ilmiah yang berkaitan dengan  perusahaan air minuman di Malaysia telah dihasilkan. Antara kajian  berkenaan adalah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sekolah Perniagaan, OUM pada September 2015.  Kajian ini menjelaskan tentang dua syarikat berkaitan industri minuman yang tersenarai di Bursa Malaysia pada tahun 2012 hingga 2013 iaitu Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad dan Spritzer Berhad.
            Kajian ilmiah yang lain adalah “Kajian Terhadap Minuman 'rasa' dalam pasaran Malaysia".  Kajian ini dilakukan  oleh Aida Usrita Binti Ghazali dari Univerisiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2004. Kajian ini menilai tentang pemasaran produk minuman ringan yang kurang bergas yang hanya dijual di kedai-kedai kecil.

 KAEDAH KAJIAN[MRAR2] 
            Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis akan menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis akan menemubual  beberapa orang responden yang memainkan peranan penting dalam Syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.
            Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah  Laporan Tahunan, majalah, surat khabar dan laman sesawang.  Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan laman sesawang syarikat tersebut.
            Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melakukan pemerhatian dan mengambil gambar-gambar berkaitan.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
            Secara umumnya penulisan  kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum mengenai kepentingan air minuman kepada kehidupan manusia.  Selain itu penulis akan menjelaskan khusus tentang perkembangan industri air minuman di Malaysia.
            Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang penubuhan penubuhan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. Selain itu penulis juga merungkaikan perkembangan syarikat antara tahun 2006 hingga 2015.   Seterusnya penulis juga akan membincangkan tentaang sumbangan syarikat terhadap ekonomi masyarakat Sandakan.
            Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP
            Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan lebih memahami tentang perkembangan dan sumbangan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd. terhadap masyarakat Sandkan.

BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan syarikat Life Water Industries Sdn. Bhd.

Temubual
1.  Pengurus pemasaran
2.  Pekerja

Sumber Sekunder

Aida Yusrita Ghazali, “Kajian terhadap minuman 'Rassa' dalam pasaran Malaysia”, Universiti  Malaysia Sarawak, 2004 " https://ir.unimas.my.kajianterhadapminuman "

Asma Wan Talaat, "Kepentingan air dalam Kehidupan", Utusan Online,5 April 2016


Fakulti Sekolah Perniagaan, "Kajian yang dilakukan oleh OUM", Open University Malaysia, 2015


Dalam melakukan sorotan kajian lepas, perlu difahami bahawa kajian-kajian terhampir dengan tajuk kajian adalah keutamaan bagi penulisan. Namun, dari segi format, kandungan ini boleh diterima pakai
Keutamaan adalah kepada sumber bertulis (primer dan sekunder). Sumber lisan adalah pelengkap sahaja


Tiada ulasan:

Catat Ulasan