CONTOH
CADANGAN PENYELIDIKAN
TEMA:
SEJARAH SUKAN
TAJUK :
KELAB EAGLES: SEJARAH
PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN RAGBI DI SANDAKAN ANTARA TAHUN 2005 HINGGA
TAHUN 2015
PENGENALAN
Ragbi merupakan salah satu
kegiatan sukan penting yang mula mendapat tempat di Malaysia amnya dan Sandakan
khususnya. Permainan ini nampak lasak, keras dan melibatkan rempuhan. Asal-usul
permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England. Di Malaysia, ragbi
diperkenalkan selepas Perang Dunia Pertama dalam tahun 1925 di Negeri Sembilan.
Manakala di Sandakan pula, Kelab Eagles mula ditubuhkan pada 24 Februari 2005.
OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga
objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan
latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Sejarah penubuhan Kelab
Eagles amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami pentingnya penubuhan
organisasi ini kepada perkembangan sukan ragbi di Sandakan.
Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
perkembangan Kelab Eagles dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Kajian dalam aspek
ini perlu bagi mencapai matlamat penubuhannya dalam melahirkan pemain ragbi di
Sandakan.
Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan
kejayaan Kelab Eagles sepanjang tahun
2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji dalam usaha menjejak pencapaian
Kelab Eagles dalam mengharumkan arena ragbi di daerah Sandakan.
PERMASALAHAN KAJIAN
Permasalahan kajian melibatkan kesusahan atau kesukaran, perasaan ingin tahu
dan keraguan yang menjadi inti dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini terdapat
tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar
belakang dan sejarah penubuhan
Kelab Eagles. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah
penting bagi membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana
perkembangan organisasi ini dalam membantu melahirkan pemain ragbi
bertaraf dunia lebih jelas dan mendalam.
Kajian ini juga untuk
mengenalpasti signifikan dan perkembangan Kelab Eagles dalam memacu
kecemerlangan para pemain dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji
bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan
oleh Kelab Eagles sebagai organisasi sukan dalam melahirkan para pemain ragbi
yang berkualiti di Sandakan dengan lebih terperinci.
Selain itu, kajian ini akan
turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh mana kejayaan Kelab Eagles dalam mengharumkan nama
Sandakan dalam tempoh masa 2005 hingga 2015. Tuntasnya, kajian ini membolehkan
masyarakat luar dapat memahami perkembangan Kelab Eagles serta kejayaan
organisasi tersebut dalam melahirkan pemain bertaraf dunia di kawasan ini.
SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang
perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang pertama adalah kawasan
kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini berfokus kepada Kelab
Eagles yang terletak di Bandar IJM Sandakan. Kedudukannya di kawasan bandar
memudahkan Kelab Eagles ini berkembang dari segi keahlian dan fasilitinya.
Dari segi tempoh masa
kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu dari
tahun 2005 hingga 2015. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh
tersebut berlaku perkembangan dalam sukan ini. Malah dalam tempoh tersebut juga
dapat dilihat aktiviti yang telah dilaksanakan Kelab Eagles dalam membantu melahirkan
pemain ragbi di Sandakan.
Manakala dari segi aspek
kajian (fungsional), terdapat tiga isu
yang dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan
Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi
bukan kerajaan yang membantu melahirkan
pemain ragbi di daerah Sandakan. Malah ia juga mengupas perkembangan kelab ini
dan kejayaan yang telah dicapai dalam sukan tersebut.
Dalam menghasilkan karya
ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis
menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis
menemubual Presiden dan Setiausaha Kelab Eagles. Tokoh yang ditemubual ini adalah tokoh yang
terlibat secara langsung dalam Kelab Eagles dalam memajukan sukan ragbi di
kawasan kajian.
Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan.
Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber
sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah
Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, artikel, jurnal, majalah dan surat
khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Kelab
Eagles sendiri.
Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah
ini dilakukan bagi membolehkan penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang
telah dilakukan oleh Kelab Eagles bagi membantu meningkatkan prestasi sukan
ragbi di daerah berkenaan.
SOROTAN KAJIAN LEPAS
Dalam
kajian yang bertajuk “Kejurulatihan dan Sains Sukan” yang
dihasilkan oleh Encik Gapor Ahmad,pada tahun 2007 terbitan Utusan Publications
dan Distributors . Dalam kajian ini jelas menyatakan bagi menyertai sesuatu
perlawanan , kebiasaannya para pemain ragbi akan menjalani latihan yang
secukupnya bagi memastikan mereka mempunyai kekuatan, stamina dan keserasian
bersama ahli kumpulan masing-masing.
Selain itu, latihan yang bersesuaian juga penting untuk mengurangkan
risiko kecederaan kepada setiap pemain .
Kebanyakan kelab ragbi yang
ternama akan menggunakan mesin scrum untuk berlatih.
Berdasarkan Portal Rasmi MSN Sabah, Persatuan Ragbi
Sabah(Sabah Rugby Union 1999) pada tahun 2000, persatuan ini telah ditubuhkan
memandangkan banyak kelab atau persatuan ragbi yang telah di wujudkan di
setiap negeri di Malaysia. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia amat berminat
dalam sukan ini. Oleh itu, kajian yang
dibuat berdasarkan penubuhan kelab ragbi di Sabah adalah wajar terutamanya di
daerah Sandakan.
Kajian seterusnya menulis tentang bagaimana permainan
ragbi bermula di luar negara dan di Malaysia.
Sejarah awal menyatakan permainan ini bermula di sebuah sekolah yang
berada di pekan kecil di negara England.
Manakala di Malaysia pula, penulis laman web (newtonsportscience,2004)
tersebut menyatakan bahawa ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang
dunia pertama.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
Secara umumnya
penulisan kajian ini terbahagi kepada
tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan
secara umum persatuan-persatuan mahupun kelab-kelab sukan yang terdapat di
Sandakan yang berjaya melahirkan atlet bertaraf kebangsaan. Seterusnya penulis
menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu daerah Sandakan dan mengaitkan
perkembangannya dalam melahirkan pemain ragbi yang bermutu. Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan
tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang dan
sejarah penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dalam
membantu perkembangan sukan ragbi di Sandakan. Selain itu penulis juga
merungkaikan pencapaian-pencapaian Kelab Eagles dalam tempoh kajian.
Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan
membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.
PENUTUP
Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini
masyarakat akan beroleh pemahaman tentang perkembangan penubuhan Kelab Eagles
sebagai sebuah organisasi yang membantu melahirkan pemain ragbi yang berkualiti
serta kejayaan-kejayaan yang diraih oleh kelab tersebut.
BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan Kelab Eagles
Minit Mesyuarat Kelab Eagles
Temubual
Nama : Vela Tan
Tempat lahir: Sandakan
Umur : 65 tahun
Pekerjaan : Presiden Kelab
Eagles
Pengalaman : Menjadi
Presiden Kelab Eagles
Tempat temubual :Ibu pejabat Kelab Eagles
Sumber Sekunder
Gapor Ahmad “Kejurulatihan dan Sains Sukan”, Utusan publication
& Distributors, Kuala Lumpur, 2007.
[MRAR1]Keutamaan adalah kepada sumber bertulis (primer dan sekunder).
Sumber lisan adalah pelengkap sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan