Isnin, 1 Januari 2018

Contoh-contoh Esei Kerja Kursus


Tema Kehakiman dan Perundangan

Tajuk: Sejarah dan perkembangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Sandakan dari tahun 2010-2015

Pengenalan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribu pejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya.1 Program pencegahan jenayah yang sentiasa dijalankan oleh PDRM kini ialah mengadakan sistem bit dan ronda, mengadakan sekatan jalan raya, membuat serbu-serbuan keatas penjenayah, mengiringi atau mengawal pemindahan wang untuk mengelak daripada dirompak atau disamun atau mengenakan sekatan ke atas orang-orang yang dikenal pasti boleh menjejaskan kententeraman dalam masyarakat. Selain itu, PDRM juga menjalankan kempen-kempen untuk menyedarkan orang tentang modus operandi penjenayah dan cara-cara mencegah daripada berlakunya jenayah. Di samping itu, PDRM juga mengaturkan rancangan untuk membasmi jenayah dan menjalankan risikan untuk mengesan serta mengenal pasti penjenayah dan kawalan-kawalan kegiatan mereka.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) merupakan salah satu cawangan yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia, Sabah. Cawangan ini berpusat di Ibu Pejabat Kontinjen, Sabah. Terdapat beberapa lagi cawangan yang di wujudkan di beberapa daerah di kawasan Sabah ini. Antaranya ialah di daerah Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Keningau dan banyak lagi.2 Fungsi pasukan polis adalah seperti yang termaktub mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 iaitu berkhdmat di dalam dan di seluruh Malaysia termasuklah perairan wilayahnya bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwah pesalah-pesalah dan seterusnya mengumpul risikan keselamatan. 

Sejarah Perkembangan IPD Sandakan
            Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) merupakan salah satu cawangan yang diwujudkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sandakan. Dahulunya IPD Sandakan ini dikenali sebagai Ibu Pejabat Bahagian Polis Sandakan. IPD Sandakan ini mula beroperasi secara rasmi pada 14 Jun 1982, bersamaan 22 Syaaban 1402. Pada waktu itu, IPD mempunyai keluasan kawasan 2,266 km persegi.Bangunan IPD Sandakan ini telah dirasmikan oleh YBH Tan Sri Datuk Mohammed Haniff Bin Omar. Beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara bermula pada 8 Jun 1974 sehingga 15 Januari 1994. Beliau merupakan Ketua Polis Negara yang keempat pada masa itu. 3 Tujuan utama penubuhan IPD Sandakan ini ialah untuk memudahkan pasukan polis menyelesaikan kes-kes jenayah, melaksanakan jentera pasukan dan mengeratkan perhubungan serta kerjasama dengan orang ramai.4 Hal ini demikian kerana anggota-anggota polis yang ditempatkan disesuatu daerah akan lebih faham mengenai keadaan geografi kawasan, masyarakat dan kebudayaan serta adat resam penduduknya. 5 Dengan itu kawasan yang mempunyai banyak kes jenayah akan mudah disekup oleh pihak polis. Keadaan membuktikan bahawa penubuhan IPD di setiap daerah sangat penting.
Sejak IPD Sandakan ini dibukasecara rasmi oleh YDH Tan Sri Datuk Mohammed Haniff Bin Omar, Ketua Polis Daerah yang pertama di Sandakan telah pun dilantik, beliau ialah YDH Datuk Iliyas Ibrahim.6 Pada tahun 1982 ini, IPD Sandakan telah mula beroperasi dengan kekuatan tentera seramai 11 Pegawai Kanan dan 442 APR. Pada tahun itu juga IPD Sandakan mempunyai 3 Balai Polis dan 6 Pondok Polis dalam menjalankan struktur pentadbirannya.7 Antara Balai Polis yang telah diwujudkan di beberapa kawasan Sandakan ialah Balai Polis Sandakan yang terletak di Bandar Sandakan, Balai Polis Ulu Dusun yang terletak di Batu 30 Jalan Labuk Sandakan dan Balai Polis Seguntur yang terletak diBatu 8 Jalan Labuk Sandakan. Manakala, Pondok Polis pula ialah Pondok Polis Sg.Manila yan terletak di Batu 12 Jalan Labuk Sandakan, Pondok Polis Sibuga yang terletak di Batu 6 Jalan Labuk, Pondok Polis Kim Fung yang terletak di Bandar Kim Fung Batu 4 Sandakan, Pondok Polis Suan Lamba yang terletak di Off Jalan Sukau Sandakan, Pondok Polis Lapangan Terbang yang terletak di Lapangan Terbang Sandakan dan Pondok Polis Sg.Tiram yang terletak di daerah Sandakan.
Tujuan utama Balai Polis dan Pondok Polis ini ditubuhkan adalah sama seperti tujuan penubuhan IPDdi setiap daerah Sabah, iaitu untuk memudahkan pasukan polis menyelesaikan kes-kes jenayah, melaksanakan jentera pasukan dan mengeratkan perhubungan serta kerjasama dengan orang ramai. Hal ini juga selaras dengan slogan “Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami” .Penubuhan Balai Polis dan Pondok Polis di beberapa  kawasan Sandakan ini mendapat sambutan yang baik oleh penduduk-penduduknya yang tinggal di kawasan berkenaan.

Sumbangan Pasukan Polis IPD Sandakan
            Dalam melakukan sesuatu tugasan, IPD Sandakan sememangnya telah banyak memberikan sumbangan kepada semua masyarakat di daerah Sandakan. Demi mempertahankan negara dan memelihara keselamatan masyarakatnya, IPD Sandakan telah melakukan tugasan mereka dengan sedaya dan semampu mereka. Berikut merupakan sumbangan IPD Sandakan kepada masyarakat di daerah Sandakan.

Membantu Membuat Pemeriksaan Semasa Sabah Diceroboh
            Pada tahun 2013, Jamalul Kiram mencoba untuk menceroboh negeri Sabah.Penceroboh ini telah mula bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 9 februari bagi melakukan persediaan menentang tentera Malaysia. Penceroboh ini inginkan negeri Sabah kerana menurut mereka Sabah adalah kepunyaan mereka.9 pencerobohan ini telah dapat dikesan sekumpulan nelayan tempatan dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala polis dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou. Setelah kerajaan Malaysia mengetahui pencerobohan ini, perbalahan antara sekumpulan kecil kumpulan penceroboh dengan anggota polis Malaysia telah berlaku. Setelah kejadian ini menjadi semangkin serius, Persuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Jalaludin Abdul Rahman berkata, enam daerah terlibat dalam perintah berkurung iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad  Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Datuk Jalaludin Abdul Rahman juga berkata tempoh perintah berkurung di enam daerah ini akan berlanjutan tidak melebihi 14 hari. Dengan itu, IPD Sandakan  telah mengarahkan anggota-anggotanya untuk membuat pemeriksaan di beberapa kawasan di Sandakan.Pada tahun 2013 iaitu bersamaan dengan bulan Mac pada hari khamis, anggota-anggota polis IPD Sandakan dari beberapa kawasan telah mula beroperasi untuk membuat pemeriksaan di beberapa kawasan di Sandakan. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengelak daripada diceroboh oleh pihak musuh. Pemeriksaan ini juga bertujuan untuk membantu anggota polis daripada Lahad Datu agar musuh-musuh tidak berjaya menceroboh daerah Sandakan dan untuk menjaga keselamatan masyarakat di Sandakan supaya tidak menjadi mangsa penimbakan pihak musuh.

Menjalankan Usaha Untuk Mengeratkan Hubungan Mesra Polis Bersama Masyarakat
            Usaha mengeratkan hubungan mesra di antara pihak polis dengan masyarakat umum terus diperhebat menerusi Program Jiwa Murni. Program Jiwa Murni ini merupakan satu landasan terbaik bagi mendekatkan pihak polis dengan masyarakat setempat.10  Program ini dikendalikan oleh PasukanGerakan Am (PGA) dan diadakan di padang Pangsapuri Batu 10 sungai Batang, Sandakan. Melalui progrm ini sekurang-kurangnya ia dapat membantu pasukan untuk berinteraksi dengan orang ramai dan sekali gus meningkatkan lagi kerjasama antara pihak polis dengan masyarakat yang sedia wujud selama ini. Pegawai Pemerintah Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA), Sandakan, Encik Supt. Landi Ilod berkata, program ini amat penting kerana ini dapat memperlihatkan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab anggota polis dalam menjaga keselamatan masyarakat dan memerangi jenayah. Dalam program yang dijalankan ini, pelbagai acara telah diadakan antaranya, senamrobik antara anggota polis bersama masyarakat, pameran, sukaneka, persembahan hiburan dan gerai-gerai jualan turut diadakan.

Mengadakan Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan
            Pada tahun 2014, ssatu program telah diadakan di Sandakan iaitu “Program PDRM bertemu pelanggan IPD Sandakan”.11  Program ini bertempat di Enterance Wisma MPS Sandakan. Program yan dilangsungkan ini dihadiri oleh 12 orang pegawai PDRM dan 250 orang awam. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mendengar keluhan masyarakat tempatan mengenai masalah yang dihadapi oleh sebilangan masyrakat ini. Antara isu yang dibangkitkan ialah masalah kecurian di kampung Sabah Baru di Batu 3, Sandakan. Selain itu, masalah lalulintas di kawasan Taman Mawar, Sandakan juga turut dibangkitkan oleh masyarakat tempatan. Tidak tertinggan juga masalah sosial yang berlaku juga di kampung Sabah Baru di Batu 3, Sandakan. Masyarakat ini kebanyakanya meminta agar pihak berkuasa sering membuat rondaan di kawasan taman-taman dan bandar baru bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

Kaedah Pengurusan IPD
            Matlamat organisasi akan dapat dicapai dengan adanya sistem pengurusan yang baik terutamanya dalam menjalankan amanah yang diberikan untuk menjaga keharmonian negara. Dalam hal ini, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan (IPD) telah menetapkan visi dan misi yang harus dicapai melalui kaedah pengurusan yang digunakan, antara visi penubuhannya ialah “Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia yang Selamat, Aman dan Sejahtera”. Manakala, misi IPD pula adalah “Menjadikan Perkhidmatan Profesional Dan Berkualiti Dalam Melindungi Negara Dan Menjamin Persekitaran yang Selamat Bagi Masyarakat”. Melalui visi dan misi ini ketua bahagian dan ketua cawangan membahagikan tugasan mengikut bidang kuasa masing-masing terpulang kepada jenyah yang dilaporkan oleh masyarakat. Walau bagaimanapun, menurut Sub/Insp KAKK RF/ 108424 Aribahal Bin Hj. Siam yang bertugas dalam Hal Ehwal Awam, visi dan misi ini akan berubah setiap tahun berdasarkan pencapaian melalui kaedah yang digunakan.

Membuat Pemantauan Tugas Melalui Masyuarat
Ketua polis IPD akan sentiasa membuat pemantauan tugasan melalui mesyuarat yang kebiasannya diadakan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Dalam masyuarat ini, anggota-anggota polis kebiasaannya membincangkan mengenai struktur pembahagian tugasa mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ketua bahagian dan ketua cawangan. Struktur pembahagian tugas ini wujud disebabkan IPD Sandakan mempunyai banyak cawangan. Jadi dengan itu, masyuarat antara polis-polis di Sandakan akan diadakan bagi membahagikan struktur tugasan mereka.  Tujuan utama masyuarat ini diadakan adalah untuk melicinkan pentadbiran IPD Sandakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Namun begitu, dalam melaksanakan masyuarat ini, anggota-anggotanya tidak dikehendaki untuk menangkap gambar mereka bermasyuarat. Keadaan ini juga telah dijelaskan oleh anggota-anggotanya melalui sesi temubual. Mereka mengatakan bahawa keadaan ini merupakan peraturan yang tidak boleh dilanggar oleh anggota-anggotanya. Oleh itu tangkapan gambar tidak boleh didedahkan oleh anggota-anggota polis.

Mengadakan Latihan Kawad Kaki
            Selain membuat pemantauan tugas melalui masyuarat, latihan kawad kaki juga turut dijalankan oleh IPD. Tujuan utama latihan kawad kaki ini diadakan adalah untuk meraihkan perpisahan seseorang pegawai tinggi yang akan bersara. Latihan kawad kaki ini diadakan dengan menggunakan senjata api. Latihan ini dijalankan oleh anggota pasukan seragam terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan yang serentak. Latihan kawad kaki ini juga dijalankan bertujuan untuk menyeragamkan pergerakan anggota-anggota polis. Pergerakan yang seragam dapat mempercepatkan sesuatu urusan pihak polis kerana anggota-anggota polis mengutamakan pergerakan kaki, tangan dan badan yang serentak dalam melakukan sesuatu tugasan. Namun, tidak kesemua urusan mereka memerlukan keseragaman hanya hal-hal tertentu sahaja. Sebagai contoh, sekiranya pihak polis menangkap penjenayah dan penjenayah tersebut dihadapkan ke Mahkamah, dengan itu pergerakan polis haruslah serentak dalam membawa penjenayah ini.12 Latihan kawad kaki ini sudah dimulakan sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu iaitu pada kurun ke-14.

Operasi Rondaan 1 Malaysia
            Operasi Rondaan 1 Malaysia ini dijalankan bagi membantu pasukan keselamatan seperti polis dalam melaksanakan tugasan mereka terutamanya dalam mencegah dan membanteras masalah jenayah. Operasi ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah Sandakan pada tahun 2012 iaitu ACP Rowell Marong.1 3Operasi ini turut dibantu oleh pihak-pihak yang lain, antaranya Rela, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dengan adanya bantuan daripada pihak lain, maka matlamat pihak kerajaan ke arah memastikan keamanan negara sentiasa terjamin akan dapat direalisasikan. Dalam hal ini juga peranan daripada orang ramai juga turut diperlukan, seperti menyalurkan pandangan dan memberi maklumat bagi memudahkan polis melaksanakan operasi yang dijalankan melibatkan kerjasama agensi-agensi berkenaan. Operasi Rondaan 1 Malaysia juga mempunyai tujuan lain iaitu untuk meningkatkan imej pasukan keselamatan seperti polis dimata masyarakat.

Menjalankan Pengabungan Dengan ESSCOM Dalam Menjalankan Operasi
            IPD Sandakan juga turut menjalankan latihan melalui pengabungan dengan pihak ESSCOM. Keadaan ini dapat memperkuatkan latihan anggota-anggota pihak polis. Dalam menjalankan sesuatu operasi seperti pemeriksaan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di daerah Sandakan, bantuan daripada pihak ESSCOM sememangnya diperlukan oleh pihak polis. Dengan adanya bentuan daripada pihak ESSCOM, maka operasi pemeriksaan PTI akan dapat dijalankan dengan jayanya.14  Pihak ESSCOM sememangnya tidak dapat dinafikan mempunyai teknologi canggih dalam mengekang kemasukan asing.15  Namun begitu, teknologi canggih ini mempunyai kekuatan yang ada hadnya  jika tidak digunakan secara pintar. Tujuan utama pengabungan IPD Sandakan dengan pihak ESSCOM adalah untuk menyekat kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PTI). Hal ini demikaian kerana tugas pemeriksaan PTI ini adalah dibawah bidang kuasa pihak ESSCOM, namun gabungan dengan pihak polis dapat melancarkan lagi kegiatan pemeriksaan PTI ini.

Kejayaan-kejayaan Pasukan Polis IPD Sandakan
            Berdasarkan slogan kata “Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami” jelas menunjukkan bahawa IPD ini mempunyai kecekapan dan keberkesanan dalam malaksakan sesuatu tugasan.16Kejayaan cemerlang polis dalam kawalan kadar jenayah di negeri Sabah menurut Mustaffah Mohd Hassan adalah disebabkan adanya kerjasama dan persefahaman antara PDRM dan masyarakat yang mahukan negara ini aman dan tenteram. Menurut Encik Arbahal Bin Haji Siam (Sub/Insp KAKK RF/108424), IPD Sandakan mempunyai banyak kejayaan dalam melakukan tugasan mereka. Namun begitu, tidak kesemua bukti kejayaan IPD Sandakan masih disimpan sehingga kini oleh mereka. Jesteru dengan itu, bukti yang menunjukkan IPD Sandakan berjaya melakukan tugasan mereka tidak dapat diberikan sepenuhnya. Akan tetapi ada juga bukti yang menunjukkan IPD Sandakan ini berjaya dalam melakukan sesuatu tugasan mereka sepanjang tempoh 5 tahun ini, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Berjaya Menahan Tiga Rakyat Yang Terbabit Dengan MILITAN
            Pada 13 Jun 2014, anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara tiga rakyat tempatan ditahan polis di Sandakan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan MILITAN. 17 Timabalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin mengatakan suspek yang ditanhan ini adalah berusia antara 29 dan 31 tahun . Mereka ini ditahan dalam operasi khas yang dijalankan Bahagian Countre Terrorism dan cawangan khas Sandakan. Individu yang ditangkap ini merupakan anggota Kanan Sel MILITAN yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem tentera milik kumpulan Abu Sayyaf di Selatan Filipina sejak 22 April lalu. Suspek dipercayai menyusu masuk ke Malaysia secara haram dan bersembunyi di sebuah rumah di Sandakan. Suspek termasuk anggota TLDM yang bertugas di Sandakan itu ditahan kerana disyaki bantu anggota MILITAN menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya. Namun suspek ini dibebaskan semula oleh Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar pada11 Julai 2014.

Berjaya Menahan Seorang Lelaki Warga Asing Yang Cuba Untuk Mencabul
            Pada 25 November 2014, seorang lelaki warga asing telah ditahan dan dihukum penjara 2 tahun, 6 bulan oleh Mahkamah Majestret Sandakan kerana mencabul seorang kanak-kanak yang berumur 11 tahun. Tertuduh berumur 52 tahun itu telah didakawah melakukan perbuatan itu pada 5 November 2013 di sebuah rumah di ladang kelapa sawitdi Batu 10 Sandakan.18 Berdasarkan fakta kes, pengadu telah diberitahu oleh jirannya ternampak mangsa bersama tertudu berpegang tangan keluar daripada ladang sawit berkenaan. Setelah ditanya mangsa yang berumur 11 tahun memberitahu telah dirogol oleh tertuduh. Pengadu kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada Polis untuk tindakan lanjut.19  Hasil siasatan mendapat behawa tertuduh berniat mencabul mangsa dan mereka saling mengenal antara satu sama lain kerana tertudu pernah bekerja dengan bapa mangsa. Atas kesalahan itu, lelaki warga asing ini telah didakwah mengikut sesyen 354 kanun keseksaan. Pendakwah kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwah Raya Mohamad Faisal Mohamad Noor.

Berjaya Menahan Seorang Wanita Tiada Keterangan Diri Bagi Bantu Siasatan Kes Bunuh Membabitkan Remaja Berusia 15 Tahun
            Pada 10 November 2012, seoran wanita telah ditahan oleh polis di Sandakan  kerana tidak memberi keterangan dalam siasatan kes bunuh yang membabitkan remaja yang berumur 15 tahun.20 Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Mohd Zain berkata, wanita berkenaan berusia 27 tahun berjaya ditahan pada 11 November sekitar pukul 3.30 petang dikawasan berhampiran sebuah bangunan kedai di jalan Batu Sapi, Sandakan. 21Dalam pada masa itu, pihak polis turut menahan sebilah pisau, satu beg tangan, empat utas rantai emas dan sebentuk cincin.

Kesimpulan
            Penulis menegaskan bahawa matlamat utama penubuhan IPD Sandakan adalah untuk memudahkan pasukan polis menyelesaikan kes-kes jenayah, melaksanakan jentera pasukan dan mengeratkan perhubungan serta kerjasama dengan orang ramai. Berdasarkan sejarah penubuhan IPD Sandakan, adalah jelas menunjukkan bahawa penubuhan IPD di setiap daerah amatlah penting kerana ia dapat memelihara keselamatan masyarakat di sesuatu daerah. Berdasarkan kaedah pengurusan yang telah dilaksanakan oleh IPD Sandakan, jelas menunjukkan bahawa kewujudan IPD Sandakan sememangnya amat perlu kerana ini bukan hanya sebagai agenda perjuangan, malah juga sebagai petujuk negara maju. Keadaan ini dapat dibuktikan melalui kejaannya yang pernah dikecapi oleh IPD Sandakan dari tahun 2009 sehingga 2014. Penubuhan ini juga amatlah bermakna, ia bahkan adalah suatu sumbangan besar dari IPD Sandakan dalam memelihara keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Sandakan. Oleh itu, penubuhan IPD Sandakan perlulah dihargai oleh semua pihak, khususnya generasi muda pada hari ini.

Nota Hujung
1 Mohd Reduan Aslie, “Jenayah Di Malaysia”, Kuala Lumpur : AMK Interaksi Sdn. Bhd, (1990) : 320-322
2 Syed Ibrahim, “Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia : Kuasa-kuasa Kanun Prosedur Jenayah”, Kuala Lumpur : Golden Book Centre Sdn. Bhd, (1992) : 15
3 Tpp Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim, “Polis DiRaja Malaysia : Pasukan Polis di Negeri-negeri Borneo”, Kuala Lumpur : Karya Bestari Sdn. Bhd, (1990) : 69
4 Ibid: 70
5 Ibid: 74
6 Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, “Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan : Latar Belakang Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan”, Sandakan : Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, (2015): 16
7 Ibid: 18
8 Astro Awani, “Kronologi Pencerobohan Pantai Timur Sabah”, Astro Awani Network Sdn. Bhd, (2013) : 25
9  Ibid: 26
10  Tan Sri Lee Lam Thye,”New Sabah Times”, (2013): 16
11  PDRM Sabah, “Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan”, (2014) : 25
12  Diyana Man Ashim, “Sejarah Kawad”, (2010): 1
13  Rozzalin Hashim, “New Sabah Times”, (2012): 3
14  Azmi Hassan, “ESSCOM Sebagai Arahan Pusat”, Sabah  (2013): 16
15 Ibid : 18
16 Mustaffah Mohd Hassan, “New Sabah Times”, Sabah (2010): 11
17 Laksamana Tan Sri dan Abdul Aziz Jaafar, “BeritaSandakanFm”, Sandakan (2014): 13
18 Wan Hidzwah Ahmad, “BeritaSandakanFm”,Sandakan (2014): 13
19 Ibid: 14
20 Iswadiman Shamsuddin, “BeritaSandakanFm”, Sandakan (2013): 25
21 Ibid: 26

Bibliografi
Sumber Primer
Sub/Insp Aribahal Bin Hj. Siam KAKK RF/ 108424, 26 Mac 2015
Arkib ESSCOM Sebagai Arahan Pusat. Encik Azmi Hassan, 24 Mac 2013.
Sumber Sekunder
Mohd Reduan Aslie, “Jenayah Di Malaysia : Polis Dan Media Massa”, Kuala Lumpur : AMK  Interaksi Sdn. Bhd, 1990.
Syed Ibrahim, “Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia : Kanun Prosedur Jenayah”, Kuala Lumpur : Golden Book Centre Sdn. Bhd, 1992.
TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim, “Polis DiRaja Malaysia : Pasukan Polis di Negeri-negeri Borneo”, Kuala Lumpur : Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, “Gambar-gambar Bersejarah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan”, Sandakan : Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, (2015).
Astro Awani, “Kronologi Pencerobohan Pentai Timur Salah”, Kuala Lumpur : Astro Awani Network Sdn. Bhd, 2013.
Tan Sri Lee Lam Thye, “New Sabah Times”, Sabah, 2013.
Rozzalin Hashis, “New Sabah Times”, Sabah, 2012.
PDRM Sabah, “Program PDRM Bertemu Pelanggan IPD Sandakan”, Sandakan, 2014.
Diyana Man Ashim, “Sejarah Kawad”, Kuala lumpur, 2010.
Mustaffah Mohd Hassan, “New Sabah Times”, Sabah, 2010.
Laksamana Tan Sri dan Abdul Aziz Jaafah, “Berita Sandakan FM”, Sandakan, 2014.

6 ulasan:

  1. Bagaimana cikgu mendapat sumber primer dan sumber sekunder terutamanya arkib?

    BalasPadam
  2. Sumber nie banyak membantu..boleh berikan contoh contoh lain sumber primer selain temubual dan arkib?terima kasih

    BalasPadam
  3. maaf cg boleh tak explain cara buat endnote tu chegu?

    BalasPadam
  4. dekat bahagian references dalam microsoft word ade tulis insert endnote. tekan yang tu lepas dah selesct ayat yang nk letak endnote.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum, ada tak contoh kerja kursus mengenai bertemakan sejarah tempat dan tajuk sejarah dan perkembangan?

    BalasPadam