CADANGAN PENYELIDIKAN KERJA
KURSUS SEJARAH 940/4 2019
Tema : Sejarah Tempat
Tajuk : Sejarah
dan Perkembangan Pekan Beluran dari Tahun 1940 hingga Tahun 2015.
Pengenalan.
Masyarakat
di Sabah telah mengalami proses transformasi sejarah yang besar dan mendalam
dalam beberapa abad ini khususnya semenjak mencapai mencapai kemerdekaan dan
menyertai persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Antara proses yang telah
merombak struktur masyarakat dan kehidupan penduduk ialah pembukaan banyak
kawasan yang berfungsi sebagai pusat petempatan dan pusat pelbagai kegiatan
seperti ekonomi dan sosial.
Oleh
itu, kajian ini menumpukan kepada sejarah pembukaan pekan Beluran, perkembangan
dari aspek sosio ekonomi dan faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan
tempat ini.
Objektif Kajian .
Antara tujuan utama kajian ini
dijalankan adalah untuk mengkaji sejarah
pembukaan Pekan Beluran Tahun 1940-2015.
Di
samping itu, kajian ini juga mengkaji perkembangan
Pekan Beluran dari aspek sosio dan ekonomi tahun 1940-2015.
Selain
itu, kajian ini juga dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor –faktor yang menyebabkan perkembangan
sosio-ekonomi Pekan Beluran antara Tahun 1940-2015.
Permasalahan Kajian.
Kajian
ini akan menjelaskan tentang bagaimana sejarah pembukaan Pekan Beluran ini
sehingga menjadi sebuah petempatan masyarakat pelbagai kaum tahun 1940-2015.
Seterusnya,dalam kajian ini membincangkan
tentang apakah perkembangan Pekan Beluran dari aspek sosio dan ekonomi tahun
1940-2015.
Di samping itu,
kajian ini juga menjelaskan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
Pekan Beluran tahun 1940-2015.
Skop Kajian
Kajian
ini akan menjurus tentang sejarah
pembukaan Pekan Beluran. Justeru kawasan kajian adalah bertempat di Pekan
Beluran.
Seterusnya, kajian ini mengkaji
perkembangan Pekan Beluran dari aspek ekonomi dan sosial.
Di
samping itu, kajian ini juga lebih spesifik kepada faktor-faktor yang
menyebabkan perkembangan Pekan Beluran dari tahun 1940 hingga 2015.
Sorotan
Kajian Lepas
Terdapat beberapa kajian ilmiah yang
berkaitan dengan pembukaan dan pembangunan daerah di Malaysia. Antara kajian
tersebut ialah kajian yang dilakukan oleh Lee teck Choo (2008) yang berkaitan
dengan perkembangan sosioekonomi dan politik dalam kalangan orang Cina di
daerah Bandar Kuching sejak tahun 1840-1947. Berdasarkan dapatan kajian, beliau
mendapati bahawa pembukaan petempatan di sesuatu tempat tidak ditubuhkan dengan
begitu sahaja tetapi dibina di tapak yang sesuai yang merujuk kepada
bentuk-bentuk persekitaran setempat di mana petempatan-petempatan didirikan dan
berkembang.
Sementara
itu, Thomas (1985) menyatakan sesetengah pekan atau bandar dibina berhampiran
dengan kawasan sumber galian atau di kawasan sumber itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan pembukaan kawasan
petempatan di pekan Beluran yang dipengaruhi oleh faktor sumber hasil sungai
Labuk.
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang digunakan oleh penulis untuk mendapatkan
hasil kajian ialah melalui sumber primer, data seperti statistik penduduk di
Pekan Beluran.
Seterusnya, kaedah
temubual, penulis
mengadakan temuramah dengan penduduk yang sudah lama menetap di Pekan Beluran.
Juga sumber sekunder
seperti rujukan dalam buku-buku, laman web yang berkaitan, artikel-artikel dan
gambar-gambar yang berkaitan dengan Pekan Beluran.
Pembahagian
Struktur Essei
Pengenalan
Dalam bahagian ini, penulis akan menjelaskan
tentang latar belakang pembukaan Pekan
Beluran secara umum.
Isi-isi
Dalam
bahagian ini akan fokuskan kepada sejarah pembukaan pekan Beluran sebagai
sebuah petempatan dari tahun 1940 hingga tahun 2015
Seterusnya,
bahagian ini pula akan lebih memfokuskan tentang perkembangan Pekan Beluran
dari segi sosial dan ekonomi.
Di
samping itu, bahagian ini pula akan menjelaskan tentang faktor-faktor menyebabkan
berlakunya perkembangan petempatan di Pekan Beluran.
Penutup
Penulis
berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan dapat pemahaman
tentang asal usul pekan Beluran serta perkembangannya dari aspek ekonomi dan
social berdasarkan tempoh kajian serta memaparkan faktor-faktor perkembangan
Pekan Beluran.
Bibliografi
Abdul Halim Bandan. 2006. Cerita Tradisi Sabah Suku Kaum Sungai. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Aminah Syuhaa. Budaya kaum sungai. http://www.academia.edu/12369295/ADAB DAN BUDAYA KAUM
SUNGAI_DI_SABAH. 16 Januari
2016.
Anak Sungai Beluran. Budaya kaum sungai. http://riverboybeluran. blogspot.
my/2009/09/kenali-suku-kaum-sungai-sabah.html(tarikh)
Justine Vaz. 1993. Dataran
Banjir Hilir Kinabatangan. Sabah:Tabung Alam Malaysia
Nor Esah Binti Baharum.2005.Kamus Dewan Edisi Keempat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosazman Hussein, Julihah M.d Shah, Dayu Sansalu. 2012. Orang Sungai. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan dan Buku Malaysia.
Salsidu Bin Haji Ibrahim.2012. Etnik Orang Sungai
Buludupi. Kota Kinabalu: Kebudayaan Negeri Sabah.
Thomas R. Detwyler dan Melvin G.Marcus. 1985. Pembandaran
dan Persekitaran- Geografi Fizikal Bandar. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.Hlm.33
Lee Teck Choo.
2008. Perkembangan Sosioekonomi dan Politik Dalam Kalangan Orang Cina Di Daerah
Bau dan Bandar Kuching Sejak 1840 Hingga 1947. Universiti Sains Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan