4.3.1 Bentuk Pemerintahan
Soalan 156:
Huraikan Bentuk Pemerintahan di Filipina
Pendahuluan
§ Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara
dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa,
budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang
menjadi warganegara.
§ Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946,
Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model
Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas
menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi
Penting:
a)
Presiden sebagai
ketua negara dan ketua kerajaan. Presiden dipilih untuk selama enam tahun bagi
mengetuai kabinet dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Presiden tidak dipilih oleh parlimen tetapi
dipilih secara langsung oleh rakyat.
b)
Parlimen
Filipina memiliki dua buah dewan perwakilan iaitu “House of Representatives”
dan “Senate House of Representatives” (HoR).
HoR mempunyai 260 orang anggota (Seramai 208 dipilih secara langsung, 52
orang dipilih melalui sistem Parti List untuk selama 3 tahun) dan Senat pula
terdiri daripada 24 orang anggota dipilih oleh rakyat. Parlimen Filipina
memiliki kuasa menggubal undang-undang.
c)
Sistem
pemerintahan bercorak presiden. Badan Eksekutif dan Legislatif memiliki
kedudukan yang bebas dan tersendiri.
d)
Berdasarkan
Perlembagaan 1973, terdapat beberapa institusi yang memainkan peranan dalam
struktur pemerintahan negara iaitu Presiden, Kabinet dan Dewan Menteri, Majlis
Nasional (National Assembly) dan Mahkamah Agung (Supreme Court).
e)
Antara 1972 –
1983 Undang-Undang Darurat Perang diperakui iaitu berlaku sekatan terhadap
anggota parlimen dan ketidakbebasan dalam memberi pendapat serta penyelesaian
rombakan perlembagaan oleh Majlis
Perlembagaan.
f)
Semasa rejim
Marcos berlaku peningkatan dan penglibatan tentera dalam bidang pemerintahan
serta memperkenalkan undang-undang Darurat Perang.
Kesimpulan
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 157 :
Huraikan Bentuk Pemerintahan di Thailand
Pengenalan
§ Revolusi Thai 1932 menamatkan
sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
§ Di Thailand sering berlaku
perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan
golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa
yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan
melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
Isi-isi
Penting:
a)
Revolusi Thai 1932 menamatkan sistem raja mutlak dan digantikan
dengan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Raja tertakluk di bawah perlembagaan
negara. Di Thailand sering berlaku
perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan
golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa
yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan
melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
b)
Kerajaan yang muncul merupakan kebangkitan golongan tentera dengan
agenda politik yang tersendiri. Kebangkitan golongan tentera berlaku semasa
pemerintahan Pya Manopakorn. Pembaharuan
ekonomi Pridi yang membela nasib rakyat Thailand dengan cadangan kerajaan
memiliknegarakan semua punca penghasilan negara termasuk tanah tidak
menyenangkan Pya Manopakorn. Pya
mengecam rancangan ekonomi Pridi sebagai manifesto Komunis dan Pridi letak
jawatan dan lari ke luar negara. Pya Manopakorn menangguhkan persidangan Dewan
Perundangan dan mewujudkan pemerintahan bersifat diktator. Tindakannya menggagalkan sistem demokrasi
berparlimen.
c)
Pimpinan tentera di bawah Pya Bahol telah rampas kuasa pada Jun
1933. Semasa Pya Bahol, pilihan raya
diadakan dan kerajaan Pya Bahol menang dalam pilihan raya dengan dibantu oleh
Pridi Phanomyong sebagai Menteri Dalam negeri dan Phibun Songkhram sebagai
Menteri Pertahanan. Namun erti prinsip demokrasi sebenar masih tidak
dilaksanakan.
d)
Tahun 1938 Phibun Songkhram dilantik sebagai Perdana Menteri
menggantikan Pya Bahol yang uzur.
Perlantikan Phibun mula meletakkan asas penguasaan golongan tentera
dalam kerajaan Thailand. Phibun seorang nasionalis Siam yang melampau dengan
sikap anti orang Cina dan barat. Beliau
menjadi seorang diktator tentera dan bekerjasama dengan Jepun.
e)
Pridi berusaha memulihkan pemerintahan demokrasi di Tahiland dan
memenangi pilihan raya pada 6 Januari 1946 tapi gagal kerana perselisihannya
dengan Khuang Aphaiwong yang dilantik sebagai Perdana Menteri. Bulan November
1947 golongan tentera rampas kuasa dan kemudiannya Siam sering berlaku rampasan
kuasa dan kerajaaannya sering bertukar kuasa.
Kesimpulan
§ Revolusi Thai 1932 menamatkan
sistem raja mutlak dan digantikan dengan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Raja tertakluk di bawah perlembagaan negara.
§ Di Thailand sering berlaku
perselisihan dan perpecahan golongan revolusioner membawa kepada penguasaan
golongan tentera dalam menentukan perubahan di Thailand. Berlaku “coup d’etat” atau rampasan kuasa
yang menyebabkan penguasaan tentera, ketidakstabilan politik dan kegagalan
melaksanakan sistem demokrasi berparlimen.
terima kasih banyak cg. sy dapat mempelajari dgn mudah melalui blog ini.
BalasPadam