Soalan 158:
Huraikan sumbangan Macapagal dalam konteks pembangunan Negara Filipina
Pengenalan
§ Diosdado Pangan Macapagal lahir
di Lubao Pampanga pada 28 Sept. 1910. Presiden Filipina ke-9 (1961-1965)
sebagai ”Orang Terjujur” dan bertindak menghapuskan rasuah. Beliau melaksanakan
program politik, ekonomi dan sosial untuk kepentingan rakyat.
Isi-isi Penting:
a)
Dari segi politik beliau mengubah tarikh perayaan rasmi Hari
Kemerdekaan Filipina dari 4 Julai (Hari Amerika Syarikat menyerahkan
Kemerdekaan tahun 1946) kepada 12 Jun iaitu Hari semasa Aquinaldo mengumumkan
kemerdekaan daripada penjajahan Sepanyol 1898.
b)
Beliau juga membuat tuntutan ke atas Sabah tahun 1962 kerana
dianggap sebahagian daripada milik Kesultanan Sulu sedangkan Sabah pada masa
itu telah dijual kepada Syarikat Borneo Utara British (SBUB).
c)
Dari segi ekonomi pula Macapagal merangsang pertumbuhan ekonomi
dengan membiarkan wang peso Filipina bergerak mengikut pasaran pertukaran wang
asing. Melaluinya berjuta-juta peso
dapat dipungut setiap tahun. Beliau juga
meningkatkan pengeluaran makanan, peluang pekerjaan, reformasi tanah melalui
Kod Reformasi Tanah Pertanian 1963.
d)
Dari segi sosial beliau bertindak menghapuskan rasuah, dan
memperkenalkan nilai-nilai kemasyarakatan di Filipina.
Kesimpulan
§ Keseluruhannya, Macapagal telah
berjaya melaksanakan program dan pembangunan politik, ekonomi dan sosial untuk
kepentingan rakyat.
Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram dalam pembinaan negara Thailand pada tahun 1938 hingga 1957.
Soalan 159: Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram dalam pembinaan negara Thailand pada tahun 1938 hingga 1957.
Pengenalan
§ Phibun Songkhram atau Major Jeneral Plaek Phibun Songkhram dilahirkan pada 14 Julai 1897 di sebuah kampung pertanian di Daerah Nonthaburi.Nama sebenar beliau ialah Plaek Khitasangkha.Phibun Songkhram merupakan Perdana Menteri Thailand antara tahun 1938 hingga 1944.Beliau meninggal dunia pada 11 Jun 1964 di Sagamihara,Kanagawa,Jepun semasa berumur 66 tahun.Pada tahun 1948 hingga 1957 beliau menjadi diktator ketenteraan pula.Sepanjang tempoh tersebut ,Phibun Songkhram telah memberi sumbangan yang penting dalam pembinaan negara Thailand dari aspek politik,ekonomi dan sosial.
Isi-isi Penting:
Aspek politik
a)
Dari aspek politik, Phibun Songkhram memberi sumbangan penting
dengan membawa Thailand menyertai SEATO.Beliau juga turut memberi sokongan
kepada Amerika Syarikat dalam Perang Korea untuk menentang kegiatan komunis
dunia.Hasilnya ,Thailand telah mendapat bantuan yang banyak daripada Amerika
Syarikat.
b)
Phibun Songkhram juga berjaya menghidupkan semula politik dalam
negeri setelah beliau melawat Amerika Syarikat dan Britain pada tahun
1957.Kesannya pelbagai parti politik mulai muncul dengan ketara.Beliau jugalah
tokoh yang berperanan penting dalam membawa gerakan nasionalisme Thailand ke
peringkat yang lebih radikal.
c)
Selain itu ,Phibun Songkhram berjaya mengekalkan kemerdekaan
Thailand dengan mengamalkan dasar pro-Jepun pada tahun 1930an.Beliau juga
sanggup mewujudkan Pakatan Thai-Jepun pada awal tahun 1940an.Malahan,Jepun juga
merupakan rakan perdagangan dan negara pelabur
kedua terbesar di Thailand sebelum Perang Dunia Kedua.Phibun juga telah
memberi laluan kepada Jepun untuk mara ke Tanah Melayu semasa berlakunya Perang
Dunia Kedua.Dasar pro-Jepun ini akhirnya menjadikan Thailand satu-satunya
negara yang tetap merdeka berbanding dengan negara-negara lain di Asia tenggara
yang telah dijajah.
Aspek Ekonomi
d)
Sumbangan Phibun Songkhram dari aspek ekonomi juga tidak kurang
hebatnya.Demi membangunkan ekonomi Thailand,Phibun telah melancarkan satu
rancangan ekonomi yang nasionalistik.Tujuan rancangan ini diadalah adalah untuk
menghapuskan penguasaan orang Eropah dan Cina dalam kegiatan ekonomi.
e)
Beliau juga turut memberi sumbangan kepada kaum tani dengan memperkenalkan Kanun Hasil
Negara pada bulan Mac 1939.Kanun ini bertujuan membebaskan kaum tani daripada
cengkaman golongan peminjam wang.Kadar cukai atas petani juga dikurangkan .Manakala
cukai tinggi dikenakan kepada syarikat dan pelabur-pelabur asing.Subsidi
diberikan pula kepada syarikat swasta Thai.
f)
Kebajikan rakyat Thailand terus terpelihara apabila Phibun
menyediakan kawasan pembalakan yang lebih baik kepada orang Siam sahaja.Selain
itu,undang-undang syarikat perkapalan menetapkan 75% pekerjanya mestilah
terdiri daripada orang Thai.Setiap pelaburan modal mesti meliputi 70% modal
Thai.Kilang-kilang seperti kilang kapas di Bangkok dan kilang gula di Lampang
telah dibina dan diletakkan di bawah kawalan dan tajaan kerajaan.
g)
Phibun Songkhram ternyata telah berjaya memberi sumbangan yang
tidak ternilai dalam aspek ekonomi. Misalnya, pada tahun 1941,orang Thai telah
mengambil alih industri tembakau rokok melalui penubuhan Syarikat Monopoli
Tembakau Negara.
Aspek Sosial
h)
Dari aspek sosial, Phibun turut menyumbang jasa yang besar dalam
memperkukuhkan semangat dan cinta akan negara dalam kalangan penduduk
Thai.Beliau menetapkan agama Buddha dijadikan syarat kenaikan pangkat .Agama
Buddha juga disamakan dengan semangat patriotik.Kesannya sebahagian besar
masyarakat Thai sehingga ke hari ini adalah penganut agama Buddha.
i)
Sumbangan lain yang ketara dan penting ialah apabila beliau
berjaya menukar nama Siam kepada Thai yang bermakna ‘Tanah Bebas’.Beliau juga
berjaya menaikkan semangat dan
kebanggaan orang Thai terhadap negara mereka yang bebas daripada sebarang
bentuk penjajahan.
j)
Demi menjaga kesejahteraan rakyat Thai,dasar anti-Cina telah
dilakukan oleh Phibun. Antara langkah yang dijalankan ialah akhbar,sekolah dan
pertubuhan-pertubuhan Cina ditutup.Orang Cina yang ingin masuk ke Thailand
dikenakan bayaran sebanyak 100 baht.Penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dibatalkan.
Kesimpulan
§ sumbangan Phibun Songkhram sangat
penting dalam pembinaan negara Thai pada tahun 1938 hingga 1957. Sumbangan
beliau jelas terutama dalam melindungi
kesejahteraan rakyat dan negara Thai.Program-program yang dilaksanakannya
berjaya mengggalakkan orang Thai menceburi bidang perdagangan dan perniagaan.
terima kasih cikgu ^_^
BalasPadamUi
PadamDasar ekonomi filipina?
BalasPadamDasar ekonomi filipina?
BalasPadamAgak lengkap
BalasPadamTerima kasih cikgu
BalasPadamBerapa markah ni
BalasPadamPeruntukan 20 markah ke ni
BalasPadam