4.2 : Pembangunan
Soalan 154:
Huraikan Pembangunan dan Dasar Ekonomi di Filipina.
Pendahuluan
§ Pembinaan negara bangsa menekankan konsep perpaduan dalam satu negara
dengan mewujudkan satu bangsa dalam sebuah negara dengan sejarah, bangsa,
budaya, dan undang-undang yang dikongsi bersama oleh semua individu yang
menjadi warganegara.
§ Sejak mencapai kemerdekaan pada 4 Julai 1946,
Filipina mengamalkan bentuk pemerintahan demokrasi berparlimen mengikut model
Amerika Syarikat. Presiden Manuel Roxas
menjadi Presiden yang pertama.
Isi-isi
Penting:
§ Dalam krisis kewangan Asia 1998
Filipina tidak menerima kesan yang nyata kerana dibantu oleh pengiriman wang
oleh rakyatnya yang bekerja di luar negara.
Di samping itu juga insentif-insentif kerajaan kepada firma-firma
tempatan dan asing untuk melabur dengan menyediakan Akta Galakan Pelaburan 1967. Namun Filipina terpaksa membangunkan
ekonominya untuk mengatasi masalah kemiskinan yang tinggi dan kadar hutang yang
meningkat di samping untuk membiayai kemudahan infrastuktur dan perbelanjaan
sosial.
§ Filipina menggunakan ekonomi laissez-faire dalam
pembangunan ekonominya dan banyak berurusan dengan Amerika Syarikat. Manuel Roxas dan beberapa presiden seperti
Quirino, Magsaysay dan Macapagal telah mengambil beberapa dasar dan langkah
untuk memulihkan ekonomi Filipina.
§ Antara dasar ekonomi Filipina ialah menekankan kepada
perusahaan gula, perusahaaan kelapa, perusahaan abaka, perusahaan getah dan
perusahaan perlombongan dan perindustrian.
Dalam perusahaan-perusahaan itu diperkenalkan beberapa tarif untuk
meningkatkan pengeluarannya.
§ Undang-undang juga diperkenalkan untuk melindungi
kepentingan penduduk tempatan seperti memperkenalkan Akta Organik 1902 dan Akta
Nombor 2874 Filipina tahun 1919.
Soalan 155: Pembangunan
dan Dasar Ekonomi Thailand
Isi-isi
Penting:
§ Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn telah melakukan
banyak dasar dan program pemodenan ekonomi.
Ekonomi Thailand bergantung kepada pertanian padi, getah, bijih timah,
kayu jati, jut dan sebagainya.
§ Pada tahun 1936 kerajaan Thailand
mula mengusahakan perusahaan minuman keras.
§ Kerajaan Thailand juga
melaksanakan ekonomi agresif termasuk
memiliknegarakan jalan keretapi dan kapal terbang, membina Sekolah Sains
Chulalongkorn untuk memberi latihan teknikal, memperhebatkan bidang
perindustrian, dengan membina kilang
kapas, kilang kertas, kilang gula, kilang mengetin dan sebagainya. Kerajaan juga mengubah suai kadar tarif untuk
melindungi perusahaan desa.
§ Semasa pemerintahan Phibun
sebagai Perdana Menteri, dasar ekonomi anti Cina dilaksanakan. Beliau menubuhkan beberapa perbadanan untuk menggalakkan masyarakat peribumi
Thailand terlibat dalam bidang perniagaan dan perdagangan dan berusaha
mengambil alih dari kuasa lain.
§ Kerajaan Thailand juga berjaya
memajukan industri penghasilan beras, getah, kayu-kayan, tembakau, besi dan
keluli serta gelas. Industri terbaru
Thailand tahun 1959 ialah pembinaan kilang penapis minyak dengan kemampuan
pengeluaran minyak sebanyak 280,000 tong sehari.
Kesimpulan
§ Apa-apa yang berkaitan
Asal Pendek2 dei
BalasPadamPendek nyaaa
BalasPadamPendek banget
BalasPadam