Soalan 152:
Huraikan sistem pemerintahan Republik di Filipina
Pendahuluan
§
Semasa Frank
Murphy dilantik sebagai Gabenor Jeneral Amerika Syarikat di Filipina, beliau
menyokong kemerdekaan Filipina. Setelah
Manuel Quezon mengetuai rombongan kemerdekaan ke Amerika Syarikat, Presiden
Amerika Franklin Roosevelt bersetuju menerimanya pada Mac 1934. Akta Tydings-McDuffie diluluskan dan Kerajaan
Sementara Filipina ditubuhkan pada 4 Julai 1936.
§ Filipina mengamalkan sistem
demokrasi berparlimen.
Isi-isi Penting:
§ Selepas kedatangan Jepun, pilihan raya umum diadakan
pada 23 April 1946. Parti Nasional mencadangkan Sergio Osmena sebagai Presiden,
Parti Liberal pula cadang Manual A. Roxas dan Parti Modenis cadang Hilario C. Moncado.
§ Manual Roxas mendapat mandat dan sokongan dari
Amerika Syarikat. Seterusnya
mengisytiharkan Republik Filipina sebagai sebuah negara merdeka pada 4 Julai
1946. Beliau menjadi Presiden Republik Filipina yang pertama.
§ Filipina mengamalkan pemerintahan Republik Demokrasi
berpresiden. Pentadbirannya terbahagi
kepada tiga badan iaitu badan eksekutif, badan perundangan dan badan kehakiman.
Presiden mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua kabinet.
§ Beliau dipilih melalui pilihan raya bagi tempoh enam
tahun sekali dan mempunyai kuasa veto.
§ Demokrasi berparlimen di Filipina
adalah mencontohi sistem yang diamalkan di Amerika Syarikat, iaitu Presiden
dipilih melalui pilihan raya di seluruh negara.
Kesimpulan
§ Kesinambungan waris pemerintahan
Filipina tetap diteruskan sehingga sekarang. Presiden Filipina menjadi
institusi penting bagi penyatuan negara. Presiden juga adalah tonggak
kestabilan negara dalam memelihara sistem demokrasi di Filipina.
Soalan 153: Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan
yang diamalkan di Thailand selepas tahun 1932
Pengenalan
§ Thailand merupakan sebuah negara
yang mengamalkan sistem pemerintahan monarki berperlembagaan. Ia
merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932. Mulai tahun
1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki mutlak.
Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk
pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara. Thailand mengamalkan pemerintahan Raja
Berperlembagaan. Raja merupakan ketua
negara dan mengetuai tiga badan utama
kerajaan iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
§ Ssitem demokrasi berparlimen di
Thailand pula berdasarkan kedudukan raja sebagai penaung dan pelindung.
Walaupun perlembagaan berada di atas raja, namun raja mempunyai keistimewaan
tertentu dan dihormati dari segi perundangan.
Selepas Revolusi Thai 1932, Thailand mengamalkan sistem demokrasi Raja
Berperlembagaan. Raja Thailand merupakan ketua negara dan Perdana Menteri
merupakan Ketua Kerajaan
Isi-isi Penting:
a) Raja
Thailand tertakluk kepada perlembagaan negara dan tidak berkuasa mutlak dalam
pemerintahan. Raja Thailand menjadi simbol kedaulatan kerajaan yang memerintah
tanpa sebarang kuasa pemerintahan. Semua urusan pemerintahan akan dilaksanakan
oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.
b) Raja Thailand bertindak ketua
bagi tiga komponen utama kerajaan iaitu badan eksekutif, badan
perundangan dan badan kehakiman. Badan Eksekutif adalah badan yang berkuasa
membuat dan melaksanakan dasar-dasar negara. Perdana Menteri mengetuai badan
eksekutif, iaitu kabinet yang akan membantunya dalam membuat keputusan dan
menentukan dasar-dasar negara. Perdana Menteri dan ahli-ahli kabinet yang lain
terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja
Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.
c) Badan perundangan mengandungi dua
dewan yang iaitu Dewan Negara (Senat) dan Dewan Undangan Negeri. Dua dewan ini
berkuasa menggubal dan meluluskan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih oleh
rakyat menerusi pilihan raya. Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri akan
dibubarkan empat tahun sekali.
d) Sebuah lagi badan ialah badan
kehakiman yang bebas daripada badan perundangan dan badan eksekutif. Badan
kehakiman berkuasa dalam melaksanakan hukuman berdasarkan peruntukan di dalam
perlembagaan negara. Badan ini terdiri daripada golongan hakim yang dilantik
oleh Raja Thailand. Terdapat empat jenis mahkamah yang membantu bandan
kehakiman iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Jenayah dan Mahkamah
Sivil.
Kesimpulan
§ Walaupun sepanjang tahun 1932
hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun bentuk pemerintahan monarki
berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand. Politik Thailand
hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun ia
tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand.
§ Kesinambungan waris pemerintahan
raja Thailand tetap diteruskan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah
dihormati. Raja menjadi institusi penting bagi penyatuan negara. Raja juga
adalah tonggak kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan
masalah politik dalaman Thailand.
Terima kasih cikgu....1
BalasPadamTerbaik cikgu
BalasPadamThankyou cikgu !
BalasPadamTelimaa kacee
BalasPadam