Rabu, 8 Julai 2015

3.2.3 Kemerdekaan

3.2.3 Kemerdekaan


Soalan 149: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Myanmar pada abad ke-20.

Pendahuluan

§  Perjuangan kemerdekaan Myanmar begitu jelas selepas Perang Dunia Kedua dengan kekalahan Jepun di tangan Tentera Bersekutu. Sebenarnya, sebelum Perang Dunia Kedua, gerakan nasionalisme Myanmar telah muncul ke arah mencapai kemerdekaan.
§  Pada 4 Januari 1948, Myanmar mencapai kemerdekaan mutlak daripada penjajahan British. Pencapaian kemerdekaan Myanmar merupakan satu proses perjuangan para nasionalis bersama-sama rakyat jelata.

Isi-isi Penting:

1. Sebelum Pendudukan Jepun

§  Young Men Buddhist Association (YMBA) terlibat dalam pertikaian pemakaian kasut di pagoda, iaitu Isu Kasut pada tahun 1916. Pada tahun 1917, perjuangan YMBA menjadi lebih agresif apabila Myanmar tidak dimasukkan dalam pembahruan Montagu-Chelmsford kerana dianggap masih belum mantap untuk mencapai taraf pemerintahan sendiri. British telah meluluskan akta Universal pada 28 Ogos 1920. Sekali lagi, YMBA membantah tindakan British tersebut kerana akta ini bertujuan untuk mengangkat taraf pendidikan di Universiti Rangoon. Pada para nasionalis, akta ini merupakan satu teknik British melengah-lengahkan langkah berkerajaan sendiri bagi Myanmar. YMBA mengatur satu mogok pelajar menentang akta ini. Bantahan ini berjaya apabila British menguatkuasakan Pindaan Akta Universiti pada tahun 1924 yang bermakna kuasa pentadbiran universiti akan dipindahkan ke tangan orang Myanmar. YMBA disokong oleh golongan pongyi dalam perjuangan mereka menentang dasar British.
§  Pada tahun 1922, Sangha Sametggi telah bergabung dengan Majlis Umum Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA) untuk menentang Sistem Diarki yang dilancarkan pada tahun 1921. Mereka memulaukan pilihan raya pertama untuk memilih ahli-ahli Dewan Perundangan. Seterusnya, mereka memulaukan pilihan raya tahun 1925 dan 1928. Dalam isu pemisahan Myanmar dari India, kumpulan anti-pemisah yang terdiri daripada Dr. Ba Maw dan U Khaw Myint membentuk Liga Anti Pemisah kerana bimbang akan melambatkan dan membantutkan usaha Myanmar mencapai taraf berkerajaan sendiri.
§  Pada tahun 1930-1931, berlaku Pemberontakan Saya San bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan memulihkan agama Buddha. Walaupun pemberontakan ini gagal, namun pemberontakan ini telah menyedarkan bangsa Myanmar akan kepentingan tradisi lamanya. Dobama Asiayone yang dipimpin oleh golongan Thakin mengamalkan taktik perjuangan Mahatma Ghandi di India, iaitu dasar tidak bekerjasama dengan pihak penjajah.
§  Pada tahun 1936, pelajar-pelajar Universiti Rangoon di bawah pimpinan golongan Thakin mengadakan satu mogok untuk membantah Akta Universiti 1920. Mereka berjaya apabila permintaan untuk beberapa pindaan dibuat. Untuk mendapatkan sokongan petani dan pekerja, golongan Thakin menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Myanmar dan menegaskan beberapa pembaharuan cukai bagi meringankan beban petani.
§  Pada tahun 1939, golongan Thakin membentuk Blok Kemerdekaan bertujuan mencapai pemerintahan sendiri. Blok ini menyarankan kerjasama dengan kerajaan British sekiranya British memberi kemerdekaan kepada Myanmar. British tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana mencurigai hubungan Blok Kebebasan dengan Jepun.

2. Pakatan Thakin-Jepun Sebelum Perang Dunia Kedua
§  Golongan Thakin pimpinan Aung San telah bekerjasama dengan Jepun sejak awal tahun 1930-an. Mereka menyokong Jepun dan meminta supaya Jepun memberikan kemerdekaan kepada Myanmar. Apabila Aung San melarikan diri ke Jepun, beliau telah menubuhkan pertubuhan tentera bernama Minami Kikan. Pertubuhan ini dilatih oleh tentera Jepun.
§  Jepun memasuki Myanmar melalui Tenasserim dan pada bulan Mei 1942, angkatan perang Jepun berjaya menawan seluruh Myanmar.

3. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar pada Zaman Jepun
§  Kemerdekaan Myanmar 1943. Kejayaan Jepun menawan Myanmar telah menamatkan pemerintahan British. Golongan Thakin berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara.  Bagi membalas jasa Thakin, Jepun telah memberikan kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 Ogos 1943. Jepun membentuk satu kerajaan boneka dengan Dr. Ba Maw sebagai perdana menteri. Myanmar diisytiharkan “merdeka” di bawah kerajaan boneka dan mempunyai kabinet sendiri yang kebanyakannya terdiri daripada para nasionalis Thakin. Penentangan terhadap Myanmar melalui Liga Pembebasan Rakyat Anti- Fasis. Golongan Thakin menyedari muslihat Jepun dalam memberikan mereka kemerdekaan.

§  Kekejaman dan penderitaan semasa pendudukan Jepun telah melahirkan semangat anti-Jepun. Nasionalis tempatan telah bersatu di bawah Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (LPRAF) yang dipimpin oleh Aung San. LPRAF akhirnya menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dalam menuntut kemerdekaan negara. Aung San dan pemimpin Thakin yang lain berpura-pura bekerjasama dengan Jepun. Sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet Jepun, Aung San dapat bantuan Than Thon membentuk Tentera kemerdekaan Myanmar yang bbulan April erunsur anti-Jepun.

§  Tentera Kemerdekaan Myanmar kemudiannya menjadi asas penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis pada tahun 1944. LPRAF menentang Jepun melalui sabotaj serta gerakan bawah tanah dengan harapan dapat menubuhkan kerajaan negara Myanmar yang berdaulat. Mulai bulan Mac 1945, LPRAF memihak kepada British dan menentang jepun secara terbuka. LPRAF memihak kepada British dengan penuh keazaman bahawa British akan mengisytiharkan kemerdekaan secepat mungkin selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

4. Perjuangan Kemerdekaan Myanmar Selepas Perang Dunia Kedua

§  Pembentukan kerajaan baharu. Bagi Myanmar, Thakin masih memainkan peranan utama dalam perjuangn tersebut. Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. British kembali ke Myanmar tanpa ada tentangan daripada rakyat Myanmar. Gabenor British, Rance telah mengadakan rundingan dengan pihak nasionalis Myanmar dan mencadangkan bahawa Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis diperikan perwakilan minoriti dalam Dewan eksekutif. Cadangan ini ditolak oleh Aung San dan LPRAF melancarkan satu mogok kebangsaan. Kerajaan baharu dibentuk dan Aung San dilantik sebagai Perdana Menteri, British mula mngakui peranan LPRAF.
§  Perjanjian Atlee-Aung-San 1946. Pada 20 Disember, 1946, Perdana Menteri British, Atlee telah mengemukakan dasar baharu bagi Myanmar di Dewan Rakyat (House of Commons). Nasionalis Myanmar dijemputn ke London untuk membincangkan perlembagaan yang akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada rakyat Myanmar. Rundingan ini membawa kepada Perjanjian Atlee-Aung San.
§  Pilihan Raya 1947. Satu pilihan raya telah diadakan pada bulan April 1947. LPRAF berjaya mendapat kemenangan cemerlang dalam pilihan raya 1947. Ini bermakna LPRAF akan membentuk kerajaan baharu dengan kabinet dan perlembagaannya sendiri. Persediaan perlembagaan baharu. Sebelum Perhimpunan Perlembagaan dibuka, LPRAF telah bersiap sedia menggubal perlembagaan baharu bagi Myanmar yang akan merdeka. Dalam perhimpunan tersebut, diadakan perbincangan tentang soal perlembagaan dan pembentukan negara merdeka yang akan dikenali sebagai Kesatuan Myanmar.
§  Pembunuhan Aung San. Ketika kabinet sedang mengadakan mesyuarat, empat orang pemuda berpakaian tentera telah menyerang Dewan Majlis lalu melepaskan tembakan kepada semua ahli kabinet. Peristiwa tembakan ini mengakibatkan beberapa orang pemimpin terkorban. Selepas siasatan, didapati bahawa U Saw yang merancang peristiwa hitam tersebut. Beliau dibicarakan dan dihukum mati. Pencapaian kemerdekaan. Perjuangan kemerdekaan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin LPRAF yang lain di bawah pimpinan U Nu.

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 150. Huraikan peranan pertubuhan dan parti-parti utama yang berjuang ke arah membangkitkan semangat nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20
Pendahuluan

§  Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.

§  Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi.

Isi-isi penting

Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik.

1.       Sekolah Kartini

§  Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini menubuhkan sebuah sekolah bagi anak perempuan pegawai-pegawai anak Indonesia.
§  Mengikut J.S. Furnivall, kemunculan Kartini menunjukkan permulaan gerakan kesedaran Indonesia.

2.       Budi Utomo

§  Budi Utomo yang ditubuhkan pada tahun 1908 oleh Dr. Mas wahidin Soediro Hoesoedo bertujuan untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
§  Budi Utomo merupakan persatuan golongan pertengahan Jawa yang memperjuangkan pendidikan Barat untuk penduduk Jawa.

3.       Sarekat Islam

§  Sarekat islam ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Omar Said Tjokroaminoto. Sarekat Islam berasal dari Sarekat Dangang Islam yang bertujuan melindungi saudagar-saudagar batik Jawa dari persaingan orang Cina yang telah menguasai ekonomi Indonesia serta memajukan kepentingan islam dan kedudukan Sosioekonomi penduduk Indonesia. Sarekat Islam mengunakan Islam sebagai satu lambang penyatuan dan persaudaraan dalam usaha menentang kaum asing dan pengaruh mereka di Indonesia.
§  Kebanyakan pemimpin Sarekat Islam merupakan golongan reformis yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis di Timur Tengah. Pada tahun 1976, Sarekat Islam memperjuangkan kerajaan sendiri. Pada tahun 1917, Sarekat Islam di bawah pemimpinan Haji Agus Salim memperjuangkan kemerdekaan Indonesia dengan perlembagaan yang berasaskan undang-undang Islam. Kemunculan Sarekat Islam menandakan titik peralihan gerakan kesedaran Indonesia. Sarekat Islam adalah parti politik massa Indonesia yang pertama. Keanggotaannya dibuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak terhad kepada golongan tertentu. Oleh sebab ancaman komunis dan masalah dalaman, Sarekat Islam mulai merosot pada tahun 1920-an.

4.       Muhammadiyah

§  Muhammadiyah ditubuhkan pada tahun 1912 oleh Haji Ahmad Dahlan yang dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam. Muhammadiyah menekankan pentingnya menyebarkan ajaran Islam yang sejati berdasarkan al-Quran sebagai pegangan hidup untuk menentang ancaman sekularisme dan perkembangan agama Kristian.
§  Muhammadiyah juga aktif dalam penubuhan sekolah, klinik, msjid, dan perpustakaan. Muhammadiyah tidak berunsur politik.

5.       Nahdatul Ulama

§  Nahdatul ulama merupakan sebuah parti konservatif di bawah pimpinan Kiyai Hashim Ashari. Nahdatul Ulama yang ditubuhkan pada tahun 1926 ingin menyebarkan ajaran ortodoks Islam.
§  Keanggotaannya terdiri daripada ulama-ulama ortodoks (kyais), golongan santri, dan pedagang. Nahdatul Ulama juga bergiat cergas dalam mengendalikan sekolah agama ortodoks, masjid, dan kerja-kerja kebajikan.

6.       Parti Komunis Indonesia

§  Pada tahun 1920, Parti Komunis Indonesia (PKI) ditubuhkan oleh Semaun dan Darsono. Parti ini merupakan sebuah parti radikal yang ingin menubuhkan sebuah republik komunis di Indonesia melalui revolusi bersenjata. PKI menentang Belanda secara kekerasan. PKI berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan telah menganjurkan beberapa pemogokan antara tahun 1923-1926.
§  Revolusi bersenjata yang dilancarkan oleh PKI pada tahun 1926-1927 gagal mencapai matlamat untuk menumpaskan pemerintahan Belanda. Belanda mengamalkan dasar  yang lebih agresif terhadap PKI.

7.       Parti Nasional Indonesia

§  Parti Nasional Indonesia (PNI) sebuah parti massa sekular ditubuhkan pada 4 Jun 1927 oleh ahli-ahli Kelab Pendidikan Bandung. Pemimpin utamanya ialah Soerkarno. Beliau berpendapat bahawa penyatuan dan perpaduan rakyat Indonesia adalah penting untuk mencapai kemerdekaan mutlak. Beliau mengamalkan dasar tidak berkerjasama dengan Belanda dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Beliau berusaha menyatukan pertubuhan-pertubuhan nasional yang ada melalui penubuhan satu persekutuan yang longgar, iaitu Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPKI).
§  Pihak Belanda berasa cemas dengan sokongan kuat terhadap PNI dan dasar anti-Belandanya yang terlalu radikal. Memandangkan kedudukan Belanda agak terjejas, Belanda bertindak menangkap Soerkarno dan tukuh orang pemimpin yang lain. Ini melemahkan PNI dan akhirnya PNI berpecah. Ahli-ahli PNI menubuhkan tiga buah parti yang lebih kecil, iaitu Partindo, Parti Rakyat Indonesia, dan Kelab Pendidikan Nasional.

8.       Rayuan Soetardjo dan Rayuan Wiwoho

§  Rayuan Soetardjo (1936) meminta supaya Volksraad mengadakan satu persidangan bagi membincangkan autonomi Indonesia dalam satu kesatuan Belanda-Indonesia. Rayuan ini diluluskan oleh Volksraad tetapi ditolak oleh kerajaan Belanda.
§  Permintaan yang sama juga dibuat melalui Rayuan Wiwoho. Seperti Rayuan Soertardjo, Rayuan Wiwoho juga ditolak oleh kerajaan Belanda dengan alasan Pembaharuan politik akan dibincangkan selepas Perang Dunia Kedua.

9.       Majlis Rakyat Indonesia

§  Kegagalan Rayuan Wiwoho menigkatkan semangat perpaduan para nasionalis untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang tetap, iaitu Majlis Rakayat Indonesia.
§  Majlis ini bertujuan untuk menubuhkan sebuah parliman yang dapat mewakili rakyat Indonesia. Rancangan Majlis terbantut apabila Jepun menyerang Indonesia.

Kesimpulan

§  Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
§  Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia. Bagi Myanmar, perjuangannya ke arah kemerdekaan lebih aman daripada apa yang berlaku di Indonesia. Myanmar mencapai kemerdekaannya secara perlembagaannya.

Soalan 151: Huraikan langkah-langkah ke arah mencapai kemerdekaan di Indonesia pada abad ke-20

Pendahuluan

§  Sebelum perjuangan kemerdekaan, nasionalis Indonesia telah berusaha melindungi kepentingan masyarakat peribumi dan membangkitkan semangat nasionalisme melalui penubuhan pertubuhan di parti politik. Semasa Perang Dunia Kedua, para nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syarir telah berganding bahu berjuang mengusir Jepun dan Belanda dari Bumi Indonesia.

§  Soerkarno telah mengistiharkan kemerdekaan Indonesia dan menubuhkan Republik Indonesia sebelum Belanda Bertapak semula ke Indonesi selepas Perang Dunia Kedua. Belanda enggan mengiktiraf kemerdekaan tersebut, lalu terdapat penentangan dan bantahan di kedua-dua pihak sehinnga membawa kepada campur tangan kuasa luar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Indonesia hanya mencapai kemerdekaan selepas mengangkat senjata atau selepas melancarkan revolusi.

Isi-isi penting

Perjuangan kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua

§  Beberapa pertubuhan dan parti politik telah muncul di Indonesia pada awal abad ke-20 bagi membangkitkan semangat nasionalisme dan kesedaran politik seperti Muhammadiyah dll.

Perjuangan Kemerdekaan Semasa Perang Dunia Kedua

§  Para nasionalis Indonesia menyokong kedatangan Jepun demi mencapai kemerdekaan. Jepun telah mengusir Belanda memerintah Indonesia pada tahun 1942-1945. Terdapat tiga unit pentadbiran, iaitu Sumatra, Jawa, dan Indonesia Timur. Jepun mengekalkan sistem pentadbiran asas Belanda dan memerintah Indonesia melalui golongan Priyayi (elit). Pentadbiran Jepun memperlihatkan berlakunya inflasi, penindasan, kebuluran, dan penderitaan rakyat. Penduduk Jepun telah membangkitkan semangat nasionalisme melalui kejayaanya mengalahkan Belanda. Jepun telah membebaskan nasionalis Indonesia yang telah dipenjarakan oleh Belanda. Jawatan pentadbiran diberikan kepada rakyat tempatan.
§  Penubuhan PUTERA pada Mac 1943 di mana Soerkarno menjadi pengerusi. Melalui PUTERA, Soerkarno cuba mendapatkan sokongan rakyat tempatan. Soerkarno mengunakan PUTERA untuk meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan keazaman untuk mencapai kemerdekaan. Penubuhan PETA dipimpin oleh pegawai Indonesia dan menerima latihan tentera dari pihak Jepun. PETA bertujuan mempertahankan Indonesia dari serangan kuasa Barat. PETA membangkitkan semangat antipenjajah melalui: Penubuhan MASJUMI untuk menyebarkan perasaan anti-Belanda melalui agama dan menjanjikan kemerdekaan.Jawatan Kuasa Persedian Kemerdekaan dibentuk. Pengerusinya ialah Soerkarno.
§  Soerkarno membentuk Pancasila dengan lima prinsip, iaitu nasionalisme, internasionalisme, kerajaan yang mewakili rakyat, kemakmuran sosial dan kepercayaan kepada Tuhan. Apabila nasionalis Indonesia mendapati bahawa Jepun tidak berniat ingin memberi kemerdekaan, mereka menentangnya melalui gerakan bawah tanah. Terdapat empat kumpulan gerakan bawah tanah iaitu, Gerakan bawah tanah pimpinan Amir Syarifudin, Gerakan bawah tanah pimpinan Sutan Syahrir, Gerakan bawah tanah anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Jakarta dan Gerakan bawah tanah pimpinan Soerkarno.

Perjuangan Kemerdekaan Selepas kembalinya Kuasa Belanda
§  Dua hari selepas Jepun menyerah kalah kepada kuasa-kuasa Berikat, Soerkarno dan Hatta telah mengumumkan Kemerdekaan Republik Indonesia, iaitu pada 17 Ogos 1945. Belanda enggan mengiktiraf kerajaan baharu Soerkarno yang merdeka itu. Belanda ingin berkuasa semula. Belanda melantik Syahrir, seorang ahli sederhana sebagai ketua kerajaan republik itu. Rundingan bermula antara kabinet Syahrir dengan kerajaan Belanda.
§  Walau bagaimanapun Syahrir mengumumkan bahawa tuntutan dasar kerajaan republik ialah pengiktirafan Belanda. Belanda enggan berbuat demikian dan tetap dengan pendirian mengenakan kawalan terhadap pulau-pulau Indonesia. Percubaan Belanda ini menyebabkan penentangan dan pertumpahan darah sehingga berlaku Revolusi Kemerdekaan Indonesia (1945-1949).
§  Pada tahun 1946, kerajaan Belanda mengesyorkan pembentukan sebuah Komenwel Indonesia. Komenwel ini terdiri daripada wilayah-wilayah dengan kerajaannya sendiri. Sebuah parlimen yang dipilih akan mengawal hal-ehwal kerajaan. Kerajaan komenwel ini akan diketuai oleh wakil Belanda. Komonwel Indonesia akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Belanda.
§  Pada bulan Jun 1946, Syahrir dan beberapa ahli kabinetnyadiculik oleh komunis di bawah Tan Melaka. Rancangan tersebut merupakan percubaan komunis untuk merampas kuasa. Soerkarno dengan segaranya mengisytiharkan darurat. Syahrir dan rakan-rakanya dibebaskan dua hari kemudian.

Perjanjian Linggajati 1946
§  Sementara itu, kuasa Barat yang lain seperti British mengkrtik tindakan Belanda di Indonesia. Tentera British sedia berundur dari Jawa. Belanda kurang senang dan terpaksa menyelesaikan krisis Indonesia di meja perundangan.
§  Akhirnya, perundingan antara kedua-dua pihak berlansung di Langgati antara bulan Oktober dan November 1946. Menurut perjanjian tersebut: Pihak Belanda mengiktiraf republik itu sebagai kuasa pemerintahan di Pulau Jawa, Madura, dan Sumatra, Persekutuan yang dinamakan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia akan dibentuk dan Kesatuan Negeri-negeri Indonesia merupakan sebahagian daripada Kesatuan Belanda-Indonesia dan Ratu belanda menjadi ketua kesatuan ini.
§  Perjanjian Linggajati bukan sahaja gagal tetapi juga ditentang oleh pihak tertentu seperti PNI, MASJUMI, dan ahli-ahli komunis. Kerajaan republik tidak dapat menerimanya memandangkan Belanda telah mengumumkan bahawa sehingga Kesatuan Negeri-negeri Indonesia dibentuk, maka kerajaan Belanda menjadi kuasa agung di seluruh Indonesia.

Perjanjian Renville 1948
§  Melihat keadaan huru-hara di Indonesia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas desakan India dan Australia mengeluarkan satu perintah gencatan sejata. Satu jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil Australia, Belgium, dan Amerika Syarikat dibentuk untuk menyelesaikan masalah itu. Hasilnya Perjanjian Renville ditandatangani pada bulan Januari 1948. Antara syarat-syaratnya ialah Belanda dan Indonesia bersutuju mengundurkan tenteranya. Perjanjian Renville gagal menyelesaikan perselisihan antara Belanda dengan Indonesia. Para nasionalis Indonesia menuduh Belanda cuba menyekat perkembangan bandar dan pelabuhan Republik Indonesia manakala Belanda mendakwa bahawa Republik Indonesia dikuasai oleh golongan komunis.
§  Belanda sekali lagi mengenakan tindakan militan, iaitu “tindakan polis” dan pemimpin nasionalis seperti Soerkarno, Hatta, dan Syahrir ditangkap. Walaupun tanpa pemimpin utama, perjuangan kemerdekaan masih diteruskan. Menteri kewangan, Syafruddin Prawiranegara telah menubuhkan pemerintahan Darurat Republik Indonesia dan Sumatra. Beliau berjaya menyeru rakyat melancarkan dasar tidak kerjasama dengan Belanda.

Perjanjian Hague 1949
§  Belanda dikecam hebat oleh dunia luar. Akhirnya Soekarno, Hatta, dan pemimpin-pemimpin lain dibebaskan. Oleh sebab tidak ingin peperangan berterusan maka Perjanjian Hague ditandatangani pada 2 November 1949.
§  Belanda terpaksa mematuhi desakan kuasa luar untuk mengadakan Rundinagn Meja Bandar di Hague atas sebab Belanda tidak ingin perang kerana kerajaannya tidak mempuyai tenaga perang untuk menakluki Indonesia secara kekerasan.
§  Belanda ingin melindungi kepentingan ekonominya di Indonesia. Jika berlakunya perang, semua kegiatan ekonomi akan musnah. Belanda tidak ingin negaranya tersingkir daripada hubungan diplomatik antara bangsa kerana soal kemerdekaan Indonesia memperlihatkan penglibatan kuasa luar terutama Amerika Syarikat. Belanda masih bergantung kepada Amerika Syarikat untuk kegiatan perdagangannya.
§  Antara syarat-syarat Perjanjian Hague 2 November 1949 ialah: Belanda bersetuju melepaskan penguasaannya ke atas Hindia Timur Belanda tanpa syarat kepada Republik Indonesia Syarikat sebelum 30 Disember 1949 dan Republik Indonesia Syarikat akan merangkumi 16 buah negeri.

Perjuangan Ke Arah Kemerdekaan Mutlak
§  Belanda menyerahkan kuasa kepada Republik Indonesia Syarikat pada 27 Disember 1949.  Ini bermakna Indonesia mencapai status negara merdeka dan berdaulat yang bebas daripada penjajahan Belanda.
§  Pada 27 Disember 1949, Ratu Juliana menyerahkan kedaulatan kepada Kesatuan Negeri-negeri Indonesia. Soerkarno dilantik sebagai Presiden dan Hatta sebagai Perdana Menteri bagi Republik Indonesia yang merdeka

Kesimpulan

§  Indonesia berjaya mencapai kemerdekaanya selepas satu siri pemberontakan dan peperangan dengan Belanda yang enggan melepaskan Indonesia setelah kembali semula ke Indonesia selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.
§  Kerajaan Belanda hanya menyerahkan kedaulatan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949 setelah pihak Belanda dan Indonesia berusaha menyelesaikan masalah mereka di Indonesia.

6 ulasan: