Rabu, 8 Julai 2015

2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing

2.2 Penentangan Terhadap Kuasa Asing


Soalan 121: Analisiskan sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19.

Pendahuluan:

§  Kedatangan Belanda sebagai kuasa asing yang menjajah negara Indonesia mendapat tentangan daripada masyarakat di negara tersebut am nya masyarakat Jawa.

§  Penentangan ini didorong oleh beberapa sebab seterusnya menanamkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

Isi-isi penting:

1)      Ekonomi

§  Penindasan ekonomi oleh penjajah menyebabkan masyarakat Jawa di Indonesia tidak berpuas hati terhadap Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda. Belanda juga mengenakan pelbagai jenis cukai yang mesti dibayar oleh masyarakat terutama yang menjalankan kegiatan ekonomi; seperti cukai tanah pertanian. Belanda telah menyerahkan kuasa mengutip cukai kepada orang Cina tempatan. Penduduk tempatan marah disebabkan tindakan orang cina yang mengenakan cukai yang lebih tinggi berbanding cukai yang dikenakan oleh Belanda. Cukai sempadan pula akan dikenakan ke atas penduduk apabila ingin membawa hasil pertanian mereka ke ladang melalui kawasan pedalaman.

§  Kadar faedah yang tinggi juga dikenakan ke atas peminjam wang. Penindasan ekonomi yang dilakukan oleh Belanda ini menyebabkan penduduk Indonesia mengalami kesusahan dan kesempitan hidup. Pembatalan kontrak sewa tanah yang diperkenalkan  oleh Gabenor Van der Capellan telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pembesar dan petani Jawa terutamanya di daerah Jogjakarta dan Surakata. Pembatalan kontrak juga telah membebankan penduduk sehingga membawa kepada Perang Jawa.

2)      Politik

§  Campur tangan kuasa Barat dalam hal ehwal politik tempatan khususnya pemerintahan dan pentadbiran telah membawa kepada berlakunya penentangan terhadap mereka. Penjajahan Belanda di kepulauan Indonesia telah mengubah sistem pentadbiran tradisional masyarakat di sana.

§  Gabenor Jeneral Belanda merupakan pemegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran. Beliau dibantu oleh empat orang konsul yang ditugaskan untuk menasihati dan menjadi bahan perundangan kerajaan.

3)      Sosial dan Budaya

§  Penentangan penduduk tempatan terhadap Belanda berlaku akibat pencabulan agama dan budaya setempat. Perjuangan menjadi semakin hebat ekoran keinginan untuk menegakkan agama Islam terutama setelah kedatangan agama Kristian dan Budha di Indonesia.

§  Beberapa buah persatuan ditubuhkan untuk menyatupadukan orang Islam seperti Sarekat Islam. Perjuangan mereka berdasarkan prinsip reformasi Islam. Tindakan Belanda membina jalan raya merentasi tanah perkuburan diraja. Tanah perkuburan tersebut menempatkan kubur ibu bapa Diponegoro. Tindakan Belanda deianggap melampaui batas.

Penutup:

§  Tindakan kuasa Belanda yang mengubah sistem pentadbiran kepada sistem yang tidak adil bagi masyarakat Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat sehingga penentangan tersebut berlaku.

Soalan 122: Analisiskan  sebab-sebab penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19.

Pendahuluan

§  Penentangan terhadap British di Myanmar didorong oleh kekecewaan penduduk tempatan terhadap penguasaan ekonomi oleh orang asing.
§  Hubungan yang buruk antara Raja Myanmar dengan british telah memperluaskan penentangan dalam kalangan penduduk tempatan.

Isi-isi penting

Faktor-faktor penentangan:

a)       Dari segi ekonomi

§  Penduduk tidak bersetuju dengan kuasa barat barat yang lebih membantu pihak pemberi pinjaman wang dan tuan tanah tetapi tidak memberi peluang kepada petani untuk menyelesaikan hutang mereka.Ini menyebabkan golongna ceti menguasai tanah milik orang Myanmar. Petani terpaksa berhutang dengan ceti untuk mengusahakan tanah.
§  Kegagalan membayar pinjaman menyebabkan tanah mereka dirampas dan merek menjadi penyewa atau buruh. Mereka juga dibebani dengan pelbagai jenis cukai hingga menyebabkan terpaksa meminjam wang.Ini menyebabkan petani menetnag british untuk mendapatkan semula hak mereka.

b)       Dari segi politik

§   Penjajahan british menyebabkan perubahan kepada sistem pentadbiran tempatan terutama institusi beraja kerana telah diubah dan kemudiannya telah dihapuskan. Pembaharuan oleh british bermula dengan sistem kerajaan tempatan melaui Akta Perkampungan Burma 1889.
§  British juga mengubah sistem pendidikan tempatan untuk memudahkan dasar kolonialisme berkembang di Myanmar.

c)       Dari segi sosial dan budaya

§  Keengganan pegawai british menghormati agama buddha dan budaya masyarakat tempatan seperti enggan membuka kasut semasa memasuki rumah pagoda dan berhala telah membangkitkan kemarahan rakyat myanmar. Keangkuhan british yang tidak menghormati budaya tempatan telah memburukkan hubungan antara kedua-dua kerajaan.
§  Sistem pendidikan barat mendapat tentangan daripada golongan sami dan buru tradisional yang tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat. Pembukaan sekolah english telah melahirkan intelek yang berpendidikan english menyebabkan jumlah dan bilangan murid sekolah buddha semakin merosot.

Penutup

§  Pengenalan sitem pentadbiran barat oleh british nmendapat tentangan daripada penduduk peribumi kerana budaya dan amalan buddha mereka tergugat.
§  Keadaan bertambah buruk apabila institusi beraja yang sekian lama diamalkan juga terhakis akibat dasar penjajahan british di Myanmar.

Soalan 123: Nilaikan peranan Diponegoro terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Indonesia pada abad ke-19

Pendahuluan :

§  Diponegoro merupakan putera sulung Hamengkubuwono III, raja Mataram di Jogjakarta. Beliau lahir pada 11 November 1785 di Jogjakarta. Nama sebenarnya ialah Bendoro Raden Mas Ontowiryo diketepikan daripada takhta kerajaan Jogjakarta apabila Hamengkubuwono III mangkat pada tahun 1814. Raffles melantik Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta dengan gelaran Hemengkubuwono IV.

§  Raffles berjanji akan melantik Diponegoro sebagai pemerintah Jogjakarta selepas kemangkatan Djarot. Raffles tidak berada di Jogjakarta apabila Djarot mangkat pada tahun 1822. Belanda melantik putera Djarot yang baru berumur dua tahun sebagai pengganti dengan gelaran Hamengkubuwono V. Diponegoro hanya dilantik sebagai penasihat. Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang Jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa.

Isi-isi penting :

a)       Pembela nasib penduduk tempatan.

§  Diponegoro berjuang untuk membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan Belanda. Masyarakat peribumi Jawa tidak berpuas hati dengan tindakan Van der Capellan yang membatalkan kontrak penyewaan tanah pada tahun 1823. Pembesar tempatan dan golongan bangsawan berasa tertekan kerana terpaksa memulangkan balik wang sewaan dan wang pendahuluan kepada pengusaha asing yang terlibat dalam kontrak tersebut.
§  Demi menyelesaikan wang pendahuluan tersebut, pembesar tempatan dan tuan tanah memaksa petani bekerja lebih kuat. Semasa kontrak penyewaan tanah masih berlansung, petani telah ditindas oleh golongan pengusaha dan penyewa tanah. Penduduk tempatan hidup sengsara apabila pemungut cukai mengenakan kadar tol sesuka hati. Orang cina memberi pinjaman wang kepada orang jawa dengan kadar faedah yang tinggi. Mereka menjadi orang tengah dalam perdagangan garam. Mereka memaksa penduduk tempatan menjual garam dengan harga murah dan selepas itu mereka akan menjualnya dengan harga yang tinggi di kawasan Bandar.

b)      Mempertahankan kesucian agama islam.

§  Tindakan Belanda membina jalan raya melalui tanah perkuburan nenek moyang Diponegoro dianggap melanggar nilai masyarakat tempatan. Diponegoro mengisytiharkan perang jihad untuk memulihkan pemerintahan islam di Jawa.
§  Penduduk tempatan mempercayai bahawa Diponegoro ialah Ratu Adil atau Wali Allah yang dapat membebaskan mereka daripada cengkapan orang kafir. Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai ketua islam. Tindakan ini menunjukkan Belanda tidak menghormati agama islam. Diponegoro dan masyarakat jawa menganggap usaha Belanda ini mencabuli adat resam tempatan serta tatasusila dan nilai-nilai islam.

c)       Pembela maruah negara dan bangsa.

§  Pada tahun 1825, beliau memimpin Perang jawa untuk menentang kekejaman dan penindasan Belanda di Pulau Jawa. Diponegoro berjuang menegakkan maruah negara dan bangsa. Beliau dan pengikutnya menentang Belanda yang meluaskan kuasanya ke Pulau Jawa.

d)      Pembatalan Kontrak Sewa Tanah.

§  Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun 1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.
§  Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana telah habis dibelanjakan.
§  Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial. Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

e)       Putera Pembebas.

§  Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda dan agama Kristian.
§  Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda

f)        Pembinaan jalan merentasi makam diraja.

§  Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.
§  Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut. Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

g)       Pemimpin Perang Jawa.

§  Mendapat sokongan kaum tani, para ulama, golongan bangsawan dan para bupati. Pengikut beliau ialah Kyai Mojo, Kyai Hasan Besari, Sentot dan Mangka Bumi. Mereka melancarkan perang gerila terhadap orang Belanda. Pada mulanya, Diponrgoro berjaya dalam pertumpuran berhampiran Lengkong dan Delanggu. Beliau diangkat menjadi sultan dengan gelaran “Sultan Abdulhamid Cokro Amirulmukminin Sayidin Panotogomo Khalifatullah Tanah Jowo”.
§  Tentera Diponegoro mengalami kemerosotan apabila ramai mati kebuluran dan diserang penyakit. Sentot dan Mangka Bumi berpaling tadah memihak kepada Belanda. Keadaan tersebut melemahkan perjuangan Diponegoro dan akhirnya beliau bersetuju berdamai dengan Belanda. Namun, Belanda enggan mengiktiraf Diponegoro sebagai Sultan Surakarta dan Ratu adil.

Penutup :

§  Peranan penting Diponegoro dalam perang Jawa tidak boleh dinafikan. Beliau Berjaya memimpin satu penentangan yang agak berkesan bertujuan untuk memulihkan pemerintahan Islam di Jawa dan membebaskan penduduk tempatan daripada penindasan orang kafir. Perjuangan Diponegoro menyedarkan pentadbiran Belanda bahawa penduduk tempatan tidak boleh dipermainkan.

§  Perjuangan Diponegoro dalam perang Jawa memberi inspirasi kepada para nasionalis kemudiannya untuk menggerakkan satu perjuangan yang lebih berorganisasi menentang Belanda.

Soalan 124: Nilaikan peranan Raja Thibaw terhadap penentangan masyarakat terhadap kuasa asing di Myanmar pada abad ke-19

Pengenalan

§  Raja Thibaw lahir pd 1858 di Mandalay, Myanmar. Meninggal pd 19 Disember 1916 di India dan merupakan pemerintah terakhir Myanmar. Pemerintahan berakhir dgn pendudukan Hulu Myanmar oleh British. Baginda menaiki takhta pada 1878. British campur tangan apabila terdapat kekacauan yang berlaku di Myanmar.
§  Anak kepada Raja Mindon dengan Puteri Laungshe.  Beliau dipilih sebagai raja oleh Permaisuri Utama dengan persetujuan Kinwun Mingyi Ditabalkan pada tahun 1878. Beliau merupakan raja terakhir Dinasti Konbaung dalam sejarah Burma (Myanmar). Pemerintahan beliau berakhir apabila Burma dikalahkan oleh tentera British dalam Perang British-Burma 3 pada 29 November 1885.

Isi-isi Penting:

a)       Thibaw mengamalkan pemerintahan yang keras, menekan dan menindas berbanding pemerintahan ayahandanya yang bertolak ansur dengan istana, rakyat dan kuasa asing. Keadaan ini menyebabkan kekacauan dalam negara yang British campur tangan di Myanmar. Sikap Raja Thibaw menyebabkan saudagar-saudagar British merasa tidak puas hati lalu mendesak kerajaan British di India supaya menguasai Burma Hulu. Selain itu, perbendaharaan Burma Hulu mengalami masalah kekurangan sumber pendapatan semasa zaman beliau. Sebagai menyelesaikan masalah tersebut, beliau meningkatkan cukai terhadap golongan masyarakat.
b)      Raja Thibaw mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa Perancis sebagai usaha untuk menangani ancaman dan kemaraan British. Beliau memahami British tidak senang dengan kehadiran Perancis di Annam dan Tongking. Beliau menjalinkan perjanjian perdagangan dengan Perancis dan menghantar wakilnya, Atwinwun ke Paris untuk membuat perjanjian yang ditandatangani pada 1 januari 1885. Sebenarnya beliau ingin membeli senjata dari Perancis.
c)       Beliau berpendapat beliau boleh menangani kekuasaan British dengan bantuan Perancis. Oleh itu, beliau banyak memberi keistimewaan seperti kebenaran menubuhkan bank di Mandalay kepada Perancis dan pembinaan jalan kereta api dari Mandalay ke Toungoo adalah atas pembiayaan Perancis. Beliau berniat sungguh untuk menyekat British dan keadaan ini menyebabkan hubungan antara British dan Myanmar semakin renggang.
d)      Raja Thibaw tidak menyukai British telah mengambil alih tindakan terhadap Syarikat Perdagangan Bombay-Burma yang mengusahakan perdagangan kayu jati di kawasan Burma Hulu. Raja Thibaw mengemukakan beberapa perkara berikut terhadap syarikat tersebut: iaitu Mengeluarkan kayu jati melebihi dua kali ganda daripada yang dibenarkan, Memberi rasuah kepada pegawai kerajaan, Tidak memberi upah yang sewajarnya kepada pekerja-pekerja Burma seperti yang dijanjikan. Keadaan ini menyebabkan Raja Thibaw bangkit menentang British di Myanmar.
e)       Syarikat ini didenda sebanyak 23 juta rupee da menyebabkan British tidak puas hati walaupun penipuan syarikat tersebut agak benar seperti yang dibuktikan oleh Majlis Hluttaw. British segera meminta rundingan namun ditolak kerana Raja Thibaw kerana yakin Perancis akan menyokong dan membantu Burma. Namun pada bulan september, Freycinet (menggantikan Jules Ferry )telah mengubah dasar Ferry dengan serta-merta. Raja Thibaw terpaksa menghadapi sendiri masalahnya dengan pihak British.
f)        British menganggap hukuman Raja Thibaw terhadap syarikat tersebut tidak adil lalu bersiap untuk bertindak secara kekerasan terhadap Burma. Duta Burma di Perancis dan Duta China di London cuba menawarkan diri untuk berunding tetapi British enggan. British menghantar kira-kira 10 000 orang tentera ke Burma dan memberi kata dua supaya Raja Thibaw mencari orang tengah bagi menyelesaikan masalah dan pada masa hadapan dasar luar Burma akan ditentukan oleh kerajaan British.  Beliau diberi tempoh sehingga 10 november 1885 untuk memberi jawapan.  British tidak puas hati lalu mengisytiharkan perang ke atas Burma Hulu pada 11 November 1885 dan British berjaya menakluki Burma Hulu pada 1 januari 1886. Keadaan seperti inilah yang menyebabkan Raja Thibaw menentang British.
Kesimpulan
§  Raja Thibaw mewarisi sebuah kerajaan Burma Hulu yang agak aman dan menjalin hubungan baik dengan kuasa Barat daripada ayahandanya. Tetapi disebabkan keazamannya merampas semula Burma Hilir dan keyakinan terhadap bantuan Perancis untuk menentang British, tetapi baginda gagal.
§  Raja Thibaw dan keluarganya dibuang negeri ke India dan meninggal dunia di sana. Berakhir Dinasti Konbaung yang memerintah Burma selama 130 tahun. Myanmar manjadi tanah jajahan Britih sehingga tahun 1948 . British menyatukan Burma Hilir dan Hulu dan meletakkannya di bawah pentadbiran British di India.

12 ulasan:

  1. Cikgu paula christianus smk putatan kirim salam .

    BalasPadam
  2. boleh minta skema jwpn bagi soalan ini?
    - bincangkan perluasan keuasa British di Myanmar pada tahun 1825 hingga 1826.

    BalasPadam
  3. Boleh minta skema jawapan bgi soalan ni?
    -bincangkan peranan/dasar Raja Thibaw sehingga berakhirnya perang Inggeris-Burma tahun 1885 pada perang dunia ke-3.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. nota yang sangat padat dan mudah difahami

    BalasPadam