2.3 Pengubahsuaian dalam
Pentadbiran, Ekonomi dan Sosial
Soalan 125: Huraikan kesan penjajahan asing
terhadap perubahan sistem pentadbiran di Indonesia pada abad ke-19
Pendahuluan:
§ Belanda
bertapak dgn kukuh di pulau jawa sejak abad ke-17 manakala kwsn lain yg masih
ditadbir oleh raja2 tempatan jatuh ke tangan belanda menjelang pertengahan abad
ke-19.
Isi-isi Penting:
1.Institusi pemerintahan beraja di Pulau Jawa.
§ Sehingga
awal abad ke-19 terdapat 2 bentuk sistem pemerintahan dipulau jawa. Bentuk
pertama ialah kerajaan yg diperintah oleh belanda di kenali sbgai kerajaan
betawi. Bentuk kedua ialah kerajaan tempatan yg terdiri drpd beberapa kerajaan
kcil di bawah sultan an susunan spt kerjaan Surakarta, Jogjakarta,bantam dan
cheribon. Raffles bertidak terhadap bantam, iaitu sultan muhamad yg tlah
dinaikan takhta oleh belanda sbelum kdatangan raffles. Raffles memaksa sultan
turun takhta dgn memberikan pencen sbnyk 10 000 wang sepanyol. Pemerintahan
sulatan dibantam tamat. Bagi
pemerintahan kesultanan bantam dan cheribon sultan tidak lagi mempunyai kuasa
mutlak. Mereka dibenarkan memakai gelaran sultan tetapi kuasa sama spt seorang
bupati.
§ Di mataram,
kdatangan belanda menyebabkan keruntuhan kuasa pentadbiran pusat tempatan. Awal
abad ke-19 sebelum peluasan kuasa belanda, kekuasaan pemerintah mataram
merangkumi empat bulatan. Selepas perang jawa, kerajaan betawi bertindak thdp Jogjakarta. Sempadan
antara Surakarta dan Jogjakarta ditentukan scra jelas. Penjajahan belanda jga
menjejaskan institusi kesultanan di daerah2 spt sambas, bali dan Banjarmasin.
2. Sistem pentadbiran tradisional tempatan.
(a)
Zaman
pemeritahan daendels.
§ Daendels
membahagikan bhgian timur laut jawa kpd 5 bhgian dan setipa bhgian kpd 28buah
daerah. Daerah jawa diluar kerajaan Surakarta dan Jogjakarta dibhagikan mjadi
9daerah pentadbiran yg dikenali sbgai perfectur dibwh pengawasan prefect.
Perfectur dibwh pentadbiran pusat di betawi.
§ Peranan
bupati amat penting dlm pentadbiran daendels sbg perantara antra pemerintah dgn
rakyat. Bupati mendapat kedudukan militer di bwh kekuasaan perfect. Hak jawatan
scra tradisional para bupati, iaitu scra turun temurun tetap dipertahankan.
Pentadbiran daendels tdk mbawa faedah kpd kerajaan belanda. Hubungan daendels
dgn glongan bupati adalah renggang. Semua msalah ini membebankan krajaan
belanda dan akhirnya daendels dipanggil pulang pd tahun 1811.
(b)
Zaman
pemerintahan raffles.
§ Asas2
pemeritahan smentara british dipulau jawa ditentukan oleh raffles selaku
leftenan gabenor yg sgt dipengaruhi oleh pentadbiran british di india, iaitu
pemerintahan scara langsung. Pulau jawa dibahagikan kpd 16 residensi dan setiap
residensi dan setiap residensi ini diperintah scra langsung oleh seorang
residens. Namun begitu. Pentadbiran raffles tdk mengakui kedudukan tradisi para
bupati scra turun temurun, malah beliau cuba menghapuskan kekuasaan dan
pengaruh bupati thadap rakyat sgt kuat. Untuk mengurangkan kuasa bupati,
raffles btindak menolak sistem penggantianbupati scra turun temurun dan
mengambil mreka sbgai pegawai umum pemerintahan british di bwh pemerintahan
langsung oleh resinden dan penolong residen.
§ Dari segi
kehakiman, raffles mperkenalkan undang2 yg sma bgi smua pduduk dipulau jawa.
Mahkamah keadilan, mahkamah polis, mahkamah ulang bicara, mamahkamah awam, mahkamah ulang bicara, dan mahkamah jenayah
ditubuhkan.
(c)
Pemerintahan
belanda selepas tamatnya perang napoleon.
§ Pemerintahan
scara tdk langsung diwujudkan smula untuk menggantikan pemerintahan lngsung
raffles. Dipulau2 luar, pentadbiran brada dibwh pembesar2 yg dikwal oleh
gabenor belanda. Belanda meneruskan usaha utk mengurangkan kuasa dan kedudukan
para bupati usha belanda ini tlah menimbulkan penentangan yg memuncak shgga
mletusnya perang jawa. (1825-1830)
§ Peristiwa
ini tlah mnyedarkan belanda btapa pentingnya hbungan baik dgn pihak pembesar
tmpatan. Akan tetapi, usaha mengawal glongan bupati msih diteruskan. Rombokan
struktur birokrasi di Indonesia bermula pd tahun 1848. Sistem pmerintahan yg
diterapkan ialah sistem pemerintahan colonial belanda yg memegang kuasa
tertinggi.
§ Struktur
ptadbiran belanda dikenali sbg binenland bestuur yg tdiri drpd gabenor jeneral,
residen, penolong residen, dan controleur. Bupati dilantik oleh gabenor jeneral
atas cadangan residen dan pnolong residens. Pada awalnya, para bupati dipilih
dan dilantik bdasarkan keturunan, trutama anak lelaki sulung dlm keluarga,
kemudiannya, pelantikan bupati mengikut beberapa syarat spt pencapaian
pendidikan
Penutup:
§ Dengan
kehadiran penjajah belanda, sistem pemerintahan tradisional digantikan dgn
sistem pemerintahan colonial yg mana penjajah sbg pihak yg menguasai manakala
msyarakat peribumi mrupakan pihak yg harus tunduk kpd sgala peraturan pihak
kolonial.
Soalan 126: Huraikan kesan
penjajahan asing terhadap perubahan sistem pentadbiran di Myanmar pada abad
ke-19.
Pendahuluan
§ Dalam kehadiran kuasa Barat di Asia
Tenggara telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan
pendidikan. Perubahan yang dibawa oleh British di Myanmar telah menyebabkan
berlakunya penentangan rakyat tempatan. Mereka berasa tidak puas hati kerana
kepentingan mereka terjejas dan terpaksa menerima pendidikan Barat yang
bersifat tegas, memonopoli serta membebankan mereka dengan pelbagai jenis
cukai.
§ Tujuan perubahan ini adalah untuk membolehkan kuasa barat mengukuhkan
kedudukan mereka di tanah jajahan.
Isi-isi Penting
1)
Penghapusan Sistem Pentadbiran Tradisional
§ Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan setelah British berjaya
menawan Myanmar Utara. British menjadikan ketiadaan putera raja yang layak
untuk ditabalkan sebagai waris takhta kerajaan sebagai alasan untuk
menghapuskan sistem beraja di Myanmar. Sistem pentadbiran tradisional seperti
Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw, dan Thatnabaing dihapuskan. British melantik
sebahagian daripada ahli Hutdaw sebagai pegawai kerajaan yang bergaji tetap.
Namun, mereka tidak mendapat kerjasama dan penghormatan daripada penduduk
tempatan kerana bekerja dengan pihak British. Desakan daripada penduduk
tempatan agar sistem Thatnabaing dikekalkan telah ditolak oleh pihak British.
§ Sir Charles Crosthwaite telah merancang untuk menjadikan kampung-kampung sebagai unit pentadbiran
supaya kesalahan jenayah dapat dipertanggungjawabkan kepada lingkungan kawasan
tersebut. Pada tahun 1889, Undang-undang
Kampung Myanmar diperkenalkan untuk membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung
dikuatkuasakan. Berdasarkan undang-undang tersebut, ketua kampung akan dilantik
sebagai pegawai kerajaan dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan mengutip
cukai di kawasan kampung mereka.
2)
Pelaksanaan Sistem Pentadbiran India di Myanmar
§ British telah menggunakan corak pentadbiran berdasarkan Dasar Liberal yang disesuaikan dengan
pentadbiran tempatan di wilayah Pegu. Wilayah Pegu dibahagikan kepada 5 buah
daerah dengan setiap daerah diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris. Daerah-daerah pula
dibahagikan kepada bandar-bandar kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau
Myo-ok. Setiap bandar dipecahkan kepada sistem bulatan dengan seorang ketua
sebagai penasihat. Sistem ini mirip dengan sistem di India kerana
pegawai-pegawai Inggeris yang dilantik pernah berkhidmat di Benggala dan
Madras, India.
§ Myanmar Utara pula dibahagikan kepada 14 buah daerah. Pesuruhjaya British
yang pertama, Sir Charles Bernard
mengusulkan supaya pentadbiran awan dan pungutan cukai dijalankan melalui
wakil-wakil tempatan dan mengikut peraturan tempatan. Namun, pengganti beliau, Sir Charles Crosthwaite menjalankan
pentadbiran mengikut sistem di India.
3)
Penubuhan Dewan Perundangan
§ Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan
terhadap sistem pentadbiran di peringkat pusat. Jawatan Ketua Pesuruhjaya,
iaitu ketua eksekutif pada peringkat pusat telah dinaikkan menjadi Leftenan Gabenor. Leftenan Gabenor
Myanmar yang pertama ialah Arthur Phayte. Bagi membantu Leftenan Gabenor
dalam pentadbiran, Majlis Perundangan ditubuhkan.
Terdapat 9 orang ahli yang terdapat dalam majlis ini yang terdiri daripada
pegawai kerajaan dan ahli-ahli terpilih.
§ Selepas tahun 1897, British melakukan beberapa perubahan dalam dasar
penjajahannya di Myanmar, seperti; Mewujudkan jawantan-jawatan tinggi untuk
menambahkan kecekapan pentadbiran. Terlibat secara aktif dalam hal ehwal
kerajaan untuk memajukan kegiatan ekonomi dan Meningkatkan kebajikan rakyat Myanmar.
§ Pada tahun 1909, jumlah anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 15
orang. Pada tahun 1920, anggota Dewan Perundangan telah ditambah menjadi 30
orang. Golongan pedagang mempunyai wakil terbesar dan diikuti beberapa orang
Myanmar sebagai anggota dewan tersebut.
Penutup
§ Kesimpulannya, perubahan yang dilakukan oleh pihak British dalam sistem
pentadbiran di Myanmar ini telah membangkitkan perasaan cinta akan negara dalam
kalangan rakyat tempatan serta keinginan untuk membebaskan diri daripada
cengkaman penjajahan British.
§ Keadaan ini berlaku apabila rakyat tempatan mula menyedari tentang
kepentingan sebuah negara yang merdeka.
Soalan 127: Bincangkan pengubahsuaian dalam bidang ekonomi di Indonesia
Pendahuluan
§ Sistem
ekonomi sara diri bermaksud aktiviti yang hanya dilaksanakan untuk menampung
keperluan harian. Hasil yang dikeluarkan tidak bertujuaan untuk dijual atau di
perdagangkan. Lebihan yang ada akan diperdagangkan atau di tukarkan kepada
keperluan asas yang lain. Kegiatan yang dilakukan tertumpu kepada pertaniaan
padi, perikanan secara kecil-kecilan, penternakan, dan pemungutan hasil hutan.
Kegiatan tersebut tidak memerlukan modal yang besar dan peralatan yang di gunakan
ialah peralatan primitif yang digunakan oleh keturunan yang terdahulu.
§ Kegiatan
ekonomi sara diri bersifat keperluan diri dan keluarga dan tidak mementingkan
kelebihan untuk diperdagangkan serta tidak wujud satu pengkhususan kerja yang
jelas. Kegiatan ekonomi sara diri ialah kegiatan utama yang dijalankan oleh
rakyat Vietnam dan Indonesia sebelum kedatangan barat. Namun, masyarakat peribumi di Indonesia juga
menjalankan kegiatan ekonomi komersial. Ekonomi komersial merujuk kepada
kegiatan ekonomi yang bertujuan bukan sahaja untuk memenuhi keperluan harian
sekeluarga tetapi juga di perlukan sebagai asas dalam pertukaran atau penjualan
barangan.
Isi-isi Penting:
A.
Pertanian
§ Kegiatan
ekonomi yang utama di Indonesia ialah penanaman padi. Padi di tanam di
sepanjang dataran pantai lanar, lembah, lembangan, dan lereng gunung berapi
yang di teres. Penanaman padi sawah di usahakan secara giat di pulau jawa dan
Madura kerana kesuburan tanah dan terdapat sistem pengairan. Padi sawah di tuai
pada bulan april setiap tahun dengan menggunakan kaedah primitive.
§ Selain
penanaman padi sawah, padi huma atau padi bukit juga di tanam oleh masyarakat
peribumi Indonesia. Padi ini di tanam di kawasan timur jawa yang lebih kering
dan dilereng bukit yang tinggi. Kaedah penanaman padi bukit ialah sesuatu yang
primitive, iaitu tebang dan bakar. Sebelum musim hujan, petani akan membakar
kawasan hutan. Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak 3 kali untuk memastikan
kesuburan tanah. penanaman padi bukit hanya akan berlaku selama 2 hingga 3
tahun diatas kawasan yang sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat
lain dan melakukan kaedah yang sama.
§ Selain
penanaman padi huma, tanaman lain seperti ubi kayu dan tanaman berasaskan ubi
juga di tanam untuk menambahkan hasil keluaran makanan. Jagung juga penting sebagai
bahan makanan dalam ekonomi sara diri. Jagung di tanam di Madura, jawa timur,
dan sumatera. Tanaman ini di perkenalkan oleh portugis pada abad ke-16.
§ Masyarakat
Indonesia juga menanam tebu dan kelapa. Tebu di tanam di wilayah Cheribon,
dataran pantai utara, bahagian tengah jawa, Jogjakarta, dan Surakarta. Kelapa
terdapat di seluruh pelosok Indonesia. Kelapa hidup subur di kawasan yang
mempunyai suhu tinggi, hujan lebat, dan tanah yang berlumpur.
§ Masyarakat
peribumi Indonesia menanam rempah ratus seperti bunga cengkih, buah pala, dan
kayu cendana. Bunga cengkih banyak di tanam di pulau-pulau Maluku, buah pala di
pulau Bonda, dan kayu cendana di pulau timur.
B.
Perusahaan
§ Perusahaan
batik di usahakan oleh masyarakat peribumi Indonesia. Perusahaan batik di
jalankan secara kecil-kecilan di jawa tengah. Aktiviti ini di lakukan sebelum
musim menuai padi pada musim memungut hasil tanaman.
§ Masyarakat
jawa meghasilkan corak batik yang mempunyai unsur alam seperti burung,
kupu-kupu, buah-buahan, dan sebagainya. Seni melukis corak batik ini diturunkan
pada satu generasi kepada generasi yang lain. Biasanya, kemahiran membuat batik
akan di ajar oleh ibu kepada anak perempuan mereka.
Kesimpulan
§ Pada
keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang berjaya menikmati
keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Ekonomi telah menjadi pesat dalam
bidang pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta
kemudahan asas.
§ Masyarakat
peribumi yang menjadi buruh diladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah,
dan diperhambakan. Penindasan ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan
gerakan nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.
Soalan 128: Bincangkan pengubahsuaian dalam
bidang ekonomi di Myanmar.
Pendahuluan
§ Masyarakat
peribumi menjalankan kegiatan ekonomi tradisional berasaskan tanaman seperti
beras, sekoi, minyak sayuran, ikan, garam, sutera, kapas, barang tembikar dan
senjata. Dasar pemerintahan kerajaan Myanmar memang tidak berminat menjalankan
perdagangan dengan negara-negara luar kerana mampu menyediakan keperluan
sendiri.
§ Namun,
penjajahan British di Myanmar telah mengubah kegiatan ekonomi tradisional
kepada ekonomi komersial yang mendorong perkembangan ekonomi yang pesat bukan
sahaja dalam bidang pertanian bahkan dalam bidang perdagangan, perlombongan dan
kemajuan kemudahan asas.
Isi-isi penting
1)
Kemajuan
kegiatan pertanian
§ Beras. Perkembangan ekonomi
yang paling menonjol di Myanmar kesan daripada penjajahan British ialah
perusahaan beras. Arakan dan Tenasserim berkembang pesat sebagai kawasan
penanaman padi semasa penjajahan British. Beras menjadi eksport utama di
Myanmar disebabkan oleh beberapa faktor seperti tanah yang sesuai dan bekalan
air yang banyak. Rangoon merupakan
pelabuhan utama yang mengendalikan eksport beras di Myanmar.Hasil daripada
perkembangan industri beras, Myanmar menjadi jelapang padi utama di dunia.
Kemajuan industri beras turut menggalakkan kemasukan orang india untuk membantu
pembangunan Myanmar yang kekurangan penduduk.
§ Kayu balak. Kayu jati ialah bahan
eksport utama dalam kegiatan pembalakan di Myanmar. Perkembangan kegiatan
pembalakan di Tenssarim pada tahun 1830an telah mewujudkan semula kepentingan
perusahaan membina kapal pada tahun 1847. British telah mewujudkan Jabatan
Perhutanan pada tahun 1856. Jabatan ini di bawah seorang Ketua Pemelihara Hutan
dan tugas beliau adalah untuk memastikan kegiatan mendapatkan sumber dari hutan
dijalankan dengan sempurna dan betul.Syarat pembalakan dan pengawalan
ditetapkan dan hutan-hutan yang berharga di jadikan hutan simpan untuk
dipajakkan kepada pengusaha swasta.Perusahaan pembalakan di kuasai oleh
beberapa buah syarikat asing seperti Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar.
2)
Kemajuan
kegiatan perlombongan
§ Minyak. Telaga minyak dilombong
semasa pemerintahan Raja-raja Burma dan kebanyakkannya berpusat di Yenangyaung.
Minyak digunakan dirumah untuk menyalakan pelita dan mengawet kayu, tikar, dan
kertas yang dibuat daripada daun palma. Keadaan berubah setelah Syarikat Minyak
Myanmar ditubuhkan oleh sebuah firma Britsh di Rangoon pada tahun 1886 yang
menjalankan kegiatan menggali minyak dan membeli pajakan kerajaan serta
persendirian.Setelah lima tahun beroperasi, hasil minyak berjaya menandingi
minyak tanah yang diimport dari AS di pasaran tempatan. Malah, syarikat ini
mampu mengeksport minyak ke India dan Pulau Pinang.
§ Bijih timah. Perusahaan bijih timah
tidak sepenting industri minyak. Lombong- lombong di Bawdwin menghasilkan timah
hitam dan dimiliki oleh syarikat Myanmar. Perlombongan bijih timah diusahakan
oleh orang Cina.
§ Galian lain. Perlombongan emas dan
batu permata dijalankan di kawasan Mogok. Syarikat eropah memajakkan lombong
emas dengan cukai sebanyak 315 ribu paun. Lombong perak dibuka berhampiran
Namtu pada penghujung abad ke-19. Lombong besi diusahakan di Mawchi dan Karen.
3)
Kemajuan
kemudahan asas
§ Pengangkutan air. Sungai Irrawaddy antara
sistem perhubungan air yang penting ke Bhamo di Myanmar Hulu. Menjelang tahun
1900, pengangkutan air sangat penting di Myanmar. Syarikat Flotilla Irrawaddy
memonopoli sistem pengangkutan jarak jauh manakala Syarikat Flotilla Arracan
mengendalikan kegiatan perdagangan di sepanjang pantai Arakan.
§ Landasan kereta api. Landasan kereta api
pertama antara Rangoon dengan Prome siap dibina pada tahun 1877. Landasan
Rangoon-Tounggoo dibuka pada tahun 1885. Pada tahun 1889, landasan ini disambung
dengan Mandalay dan merentang hingga ke Myitkina pada tahun 1898.
Penutup
§ Ekonomi
Myanmar telah menjadi pesat setelah perluasan kuasa British dalam bidang
pertanian, perladangan, perlombongan, perdagangan, infrastruktur, serta
kemudahan asas. Pada keseluruhannya, golongan kapitalis dan pemodal swasta yang
berjaya menikmati keuntungan daripada perkembangan ekonomi. Masyarakat peribumi
yang menjadi buruh di ladang kapitalis asing telah ditindas, dikerah dan
diperhambakan.
§ Penindasan
ekonomi menjadi salah satu punca kebangkitan gerakan nasionalisme di Myanmar
pada abad ke-20.
Soalan 129: Bincangkan pengubahsuaian dalam
perkembangan pendidikan di Indonesia
Pendahuluan
§ Belanda
hanya memberi keutamaan terhadap pendidikan di Indonesia ketika pelaksanaan di
bawah Dasar Liberal, iaitu sekitar tahun 1870-1900.
§ Mengikut
Dasar Etika, pendidikan penting supaya penduduk tempatan dapat menerima dan
menguasai tamadun Barat.
Isi-isi penting
1.
Pada tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan
manakala system persekolahan peringkat rendah dijalankan selama tiga tahun.
Menjelang tahun 1892, terdapat kira-kira 516 buah sekolah di Indonesia. Pada
tahun 1893, Belanda telah memperkenalkan dua jenis sistem pendidikan, iaitu
Sekolah Kelas Pertama dan Sekolah Kelas Kedua.
2.
Sistem pendidikan di Indonesia di Indonesia
mengalami perubahan apabila Dasar Etika diperkenalkan oleh Belanda. Pada tahun
1900 J. H Abendonan, Pengarah Pelajaran Indonesia yang pertama telah
menggalakkan penubuhan sekolah yang menngunakan bahasa Belanda sebagai bahasa
penghantar untuk anak-anak golongan pyiyayi.
3.
Sejak tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan
khusus untuk anak-anak golongan bangsawan atau priyayi dan golongan yang
berpengaruh. Pada tahun 1900, Sekolah Jawa yang didirikan khusus untuk golongan
menengah kelas bawahan didirikan.
4.
Pada tahun 1907, sekolah desa disediakan
untuk anak-anak petani. Sekolah desa atau sekolah rakyat hanya setakat kelas
III. Dengan kelulusan ini mereka layak untuk menjadi rendah sahaja.
5.
Belanda juga telah mengadakan beberapa kursus
dalam bahasa Belanda sebagai persediaan kepada pelajar untuk menyambung
pelajaran ke pelajaran ke peringkat universiti. Bahasa Belanda diwajibkan
dipelajari di sekolah menengah.
Penutup
§ Anak-anak
peribumi Indonesia tidak berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah
dan institute pengajian tinggi kerana syarat kemasukan yang ketat.
§ Bilangan
pelajar bumiputera Indonesia yang masuk ke institusi pengajian tinggi amatlah
sedikit kerana kebanyakan mereka tidak mampu membayar yuran pengajian yang
tinggi.
Soalan 130: Bincangkan
pengubahsuaian dalam perkembangan pendidikan di Myanmar.
Pendahuluan:
§ Pendidikan
sekular diperkenalkan di Myanmar berikutan penjajahan British di Negara
tersebut. Sistem pendidikan Barat telah melemahkan sistem pendidikan tradisional
yang berlandaskan agama Buddha di Myanmar.
§ Dasar
pelajaran penjajah pada abad ke-19 hanya menekankan pendidikan tahap rendah dan
asas kepada masyarakat pribumi.
Isi-isi penting:
1. Penjajah
British telah mengubah sistem pendidikan di Myanmar. pendidikan secular dan
mubaligh yang diperkenalkan menjadi ancaman kepada sekolah Buddha. penggunaan
bahasa Myanmar tidak begitu penting dengan penubuhan sekolah-sekolah Inggeris.
2. Sekolah-sekolah
kerajaan ditubuhkan pada tahun 1870-an dan bantuan kewangan diberikan kepada
sekolah-sekolah agama kristian yang dimulakan oleh mubaligh Roman Katolik dan
persatuan mengembangkan Kitab Agama Baptist.
3. Sistem
pendidikan di Myanmar dirombak pada tahun 1880-an.perubahan yang dilakukan
seperti peperiksaan wilayah diadakan supaya pelajar-pelajar sekolah menengah
boleh melanjutkan pelajaran ke Universiti Calcutta. Maktab Ragoon ditubuhkan
pada tahun 1884 bertujuan menyediakan penuntut mengambil ijazah luar Universiti
Calcutta.
4. British
membina lebih banyak sekolah menengah Inggeris selain mengekalkan
sekolah-sekolah kebangsaan Myanmar yang menggunakan bahasa Myanmar sebagai
bahasa pengantar.
5. Dasar
pelajaran British di Myanmar adalah untuk menggalakan sekolah sukarela
menubuhkan kerajaan.kesannya,menjelang tahun 1900,16 buah sekolah Kristian dan
sebuah maktab Baptist yang kecil di Rangoon ditubuhkan untuk pengajian tinggi
orang Karen.
6. Penubuhan
sekolah teknikal untuk kemahiran ukur-mengukur, pengetahuan asas ilmu
kejuruteraan ,bidang kehutanan dan perbidanan. Menjelang abad ke-20,wujud 170,000 buah sekolah kebangsaan, 341
daripadanya dikhaskan untuk kanak-kanak perempuan.
Penutup:
§ Kesan
daripada pengenalan pendidikan Inggeris,lahir golongan intelektual Myanmar yang
berpendidikan Barat.
§ Kecewa
dengan dasar pilih kasih pihak penjajah akhirnya mendorong kemunculan gerakan
nasionalisme berunsur radikal untuk menentang penjajahan dan menuntut
kemerdekaan.
Tajuk pengubahsuaian tidak ada perkembangan...tolong rombak kembali nota tersebut..terutamanya pengubahsuaian bidang ekonomi Indonesia&Myanmar
BalasPadamterima kasih
BalasPadamkasim lancau
BalasPadamkasim lancau
BalasPadamAben daki arang
BalasPadammana boleh kata centu
Padamqassim mat
BalasPadamBoleh hntrkan mklumat ini ke email sya?
BalasPadamIni email sya mariamayorelsiana@gmail.com
BalasPadam