1.4 Sistem Ekonomi
Soalan 16: Jelaskan konsep dan ciri-ciri
ekonomi tradisional Melayu pada abad ke-19.
Pendahuluan:
§ Sejak dahulu
lagi, Tanah Melayu telah dikenali oleh pedagang dari India sebagai “Suvarnabhumi” yang bermaksud “bumi emas.” Ini kerana, hasil bumi
Tanah Melayu kaya dengan pelbagai sumber galian seperti emas dan perak.
§ Kedudukan
Tanah Melayu yang strategik dari segi geografi juga menjadi daya penarik dan tumpuan
kepada kegiatan perdagangan. Ini membuktikan, bahawa sejak dahulu lagi
masyarakat Melayu telah terlibat secara aktif dalam kegiatan ekonomi.
Isi-isi penting:
Konsep ekonomi
tradisional
§ Ekonomi
tradisional merujuk kepada kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk memenuhi keperluan diri sendiri dan menyara keluarga.
Kegiatan ekonomi jenis ini juga dikenali sebagai ekonomi sara diri serta merupakan kegiatan asas dan kegiatan utama
bagi masyarakat pada masa itu.
§ Tiada pengkhususan dalam pekerjaan ; masyarakat
boleh melakukan pelbagai pekerjaan pada masa yang sama seperti petani, nelayan,
penternak dan pembuat sampan. Tiada pembahagian kerja kecuali berdasarkan
jantina dan umur.
§ Peralatan tradisional digunakan
untuk mengerjakan suatu pekerjaan. Misalnya, bubu, tangguk, lukah, serkap dan
jala khusus digunakan bagi menangkap ikan.
§ Berskala kecil. Tidak menghasilkan
sesuatu keperluan untuk orang lain, hanya apabila adanya lebihan, barulah ada
aktiviti penjualan.
Ciri-ciri ekonomi
tradisional
1)
Tiada
Pengkhususan Pekerjaan
§ Melakukan
pelbagai jenis pekerjaan pada masa yang sama. Pekerjaan juga melibatkan semua
anggota keluarga termasuk kanak-kanak dan orang-orang tua.
§ Kanak-kanak
biasanya akan melakukan kerja-kerja yang lebih ringan seperti menjemur ikan,
menganyam tikar, dan memungut rotan.
2)
Kegiatan
Ekonomi Berkait Rapat Dengan Kawasan
Penempatan
§ Tertumpu di
kawasan berhampiran dengan laut, pinggir sungai atau kawasan pedalaman. Jika
kawasan penempatan berhampian laut, maka kegiatan utama masyarakat cenderung kepada
aktiviti perikanan.
§ Pertanian
pula, lebih dekat dengan masyarakat yang tinggal di pedalaman kerana kekayaan
hasil bumi seperti rotan, buluh, damar, kabung, mengkuang, pinang dan akar-akar
kayu.
3)
Tiada
Peralatan Moden
§ Hanya
menggunakan peralatan tradisional dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan.
§ Alatan
tradisional tersebut biasanya dibuat sendiri oleh seseorang pekerja. Misalnya,
bubu yang diperbuat dari rotan kemudian dijadikan satu alat untuk menangkap
ikan.
4)
Amalan
Bergotong-royong
§ Amalan
gotong-royong seperti berderau menjadi
satu daripada ciri asas dalam kehidupan masyarakat tempatan. Berderau adalah
amalan yang dilakukan bersama atau secara berkumpulan bagi memudahkan serta
mempercepatkan penyiapan sesuatu pekerjaan yang dilakukan di samping
mengeratkan hubungan antara anggota masyarakat.
§ Amalan
seumpama ini biasanya dilakukan untuk kegiatan pertanian seperti menanam dan
menuai padi sawah.
5)
Tiada
Lebihan Hasil
§ Dalam
ekonomi tradisional, tiada hasil yang berlebihan diperoleh melalui pengeluaran
kerana mereka tidak berupaya mengeluarkannya.
§ Masyarakat
tempatan ketika itu dikatakan tidak mempunyai insentif untuk menghasilkan
lebihan penawaran kerana didorong oleh beberapa faktor, iaitu: Masalah tenaga
buruh yang terbatas menyebabkan mereka terpaksa bergantung hanya kepada tenaga
keluarga sebagai unit asas buruh untuk mengusahakan tanah dan sawah, Tiada
ternakan yang boleh melakukan kerja-kerja pembajakan yang berat. Lembu hanya
mula digunakan dalam kerja-kerja membajak pada suku akhir abad ke-19, iaitu
apabila kereta lembu diperkenalkan., Petani terpaksa menanggung beban kerja
kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Jika mereka diminta untuk
melakukan kerja-kerja kerah, kerja mereka sendiri tidak dapat disiapkan dan Petani
di sesetengah negeri dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil mereka kepada
golongan pembesar sebagai tanggungjawab tradisi. Jika pengeluaran yang
dihasilkan itu bertambah, sumbangan kepada golongan pemerintah akan ditambah.
Penutup:
§ Kesimpulannya,
ekonomi tradisional Melayu adalah lebih kepada kegiatan secara kecil-kecilan,
belum terdedah kepada aktiviti penjualan langsung. Masyarakat petani pada masa
itu, percaya sekiranya mereka mahu menambahkan harta dengan aktiviti ekonomi
yang lebih besar, ini bermakna mereka perlu menyerahkan kepada pembesar dalam
bentuk cukai yang juga lebih tinggi.
§ Oleh sebab
itu, pengumpulan kekayaan lebih tertumpu kepada golongan pemerintah dan
bukannya dalam kalangan petani itu sendiri.
Soalan 17: Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu
tradisional mengamalkan ekonomi sara diri. Sejauh manakah kenyataan ini benar.
Pengenalan
§ Sistem
ekonomi masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri, separa
sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan.
§ Sistem
ekonomi sara diri dijalankan oleh hampir semua negeri Melayu, sistem ekonomi
separa diri dijalankan di Kedah dan Perlis, kegiatan ekonomi komersial
dijalankan di Johor dan negeri-negeri Selat serta aktiviti perdagangan.
Isi-isi Penting:
1.
Ekonomi sara
diri
§ Bermaksud hasil
pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan sendiri sahaja. Lebihan
pengeluaran akan ditukar dengan barang-barang keperluan lain. Mengamalkan
ekonomi sara diri disebabkan beberapa faktor iaitu; Alat-alat tradisional
digunakan seperti parang, cangkul, tenggala, Saiz tanah kecil dan tenaga buruh
tidak mahir
§ Hasil
pengeluaran adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja. Antara
kegiatan yang dijalankan ialah pertanian ,iaitu padi sawah di Kedah, Kelantan
dan Melaka dan padi bukit di lereng-lereng bukit oleh orang Asli. Tanaman
sampingan seperti pisang, ubi kayu, keledek, tebu, sireh yang ditanam di
sekeliling. Menternak binatang seperti ayam, itik, lembu, kambing, kerbau untuk
bekalan makanan dan bekerja di sawah. Meramu seperti mengumpul damar, rotan,
buluh , ubat-ubatan. Menangkap ikan air tawar dan air masin.
2.
Ekonomi
Separa Sara Diri
§ Terdapat di
Kedah dan Perlis. Hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain contohnya
Pulau Pinang.
§ Tanah
dimiliki oleh sultan dan rakyat dibenarkan untuk mengerjakan tanah tersebut.
3.
Pertanian
Komersial
§ Di Johor
sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang
gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada
hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.
§ Tanaman kopi
secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang
Eropah.
4.
Perlombongan
§ Diusahakan
oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-buruh Cina seperti di Taiping,
Larut, dan Sungai Ujong.
§ Terdapat
perkongsian antara pembesar Melayu dengan taukeh-taukeh Cina untuk memajukan
perlombongan bijih timah contohnya Ngah Ibrahim dengan ketua kongsi gelap
Perak.
5.
Perdagangan
Antarabangsa
§ Berpusat di
Melaka dan Pulau Pinang sebelum diambil alih oleh Singapura selepas tahun
1820an. Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem ekonomi kapitalis.
§ Juga
dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.
Kesimpulan
§ Ini
membuktikan masyarakat Melayu tradisional tidak hanya mengamalkan ekonomi sara
diri sahaja. Kesan daripada perkembangan ekonomi telah menghapuskan sistem
barter dan digantikan dengan sistem mata wang.Pengenalan sistem sukatan
barangan bertujuan untuk memudahkan sistem perdagangan. Perkembangan ekonomi
Tanah Melayu membawa kepada kewujudan masyarakat majmuk.
Soalan 18: Bincangkan sebab-sebab masyarakat
melayu tidak berminat untuk meningkatkan lebihan hasil pengeluaran ekonomi sara
diri pada abad ke-19.
Pendahuluan
§ Sistem
ekonomi sara masyarakat Melayu tradisional bersifat pelbagai,iaitu sara
diri,separa sara diri,ekonomi komersial,dan perdagangan. Sistem ekonomi sara
diri dijalankan oleh hampir semua negeri
Melayu,sistem ekonomi separa sara
diri dijalankan di Kedah dan Perlis,kegiatan pertanian komersial dijalankan di
Johor,Singapura,Pulau Pinang,dan Melaka serta aktiviti perdagangan.
§ Sebahagian
besar daripada masyarakat Melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara
diri.Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan
sendiri sahaja.Sekiranya terdapat lebihan pengeluaran,hasil tersebut akan
ditukar dengan barang-barang keperluan lain.
Isi-isi Penting:
1.
Alat-alat
tradisional yang digunakan untuk bertani.
§ Alat-alat
tradisional seperti cangkul,parang,dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti
lembu dan kerbau yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja pembajakan yang
berat. Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan
dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian.
§ Masyarakat
tempatan pada masa ini tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian
adalah mudah dan tradisional,iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia
tanpa teknologi moden.
2.
Saiz tanah
pertanian.
§ Masyarakat
melayu memiliki saiz tanah dalam ukuran
yang kecil sahaja.Oleh sebab itu, masyarakat melayu tidak dapat mengeluarkan
hasil pertanian yang berlebihan hanya mampu untuk sistem sara diri dan memenuhi
keperluan seharian mereka.
§ Petani
disesetengah neger diminta menyerahkan satu persepuluh daripada hasilmereka
kepada golongna pembesar sebagai sememnuhi tanggungjawab tradisi. Jika
pengeluaran yang dihasilkan adalah bertambah , maka sumbangan kepada golongan
pemerintah juga terpaksa ditambah.
3.
Tenaga buruh
tidak mahir.
§ Masyarakat
tempatan pada zaman dahulu tidak mempunyai tenaga buruh yang mahir. Mereka
tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang khusus dalam satu-satu bidang pekerjaan
sebagai contoh pertanian. Mereka hanyak mengusahakan tanah pertanian mereka
secara tradisional tanpa menggunakan sebarang alat-alatan moden untuk meningkatkan
mobiliti buruh.
4.
Penduduk
terikat kepada sistem kerah.
§ Petani
terpaksa mematuhi perintah kerja kerah yang dituntut oleh golongan
pemerintah.Jika mereka diminta untuk melakukan kerja-kerja kerah,kerja mereka
sendiri tidak dapat disiapkan.
Penutup
§ Faktor-faktor
yang berlaku menyebabkan petani dalam masyarakat melayu tradisi tidak berusaha
untuk melebihi keupayaan sendiri. Mereka hanya mengusahakan tanaman yang dapat menampung keperluan diri
dan keluarga sahaja.
§ Secara
umumnya,masyarakat melayu telah mengamalkan sistem ekonomi sara diri untuk
memenuhi keperluan kehidupan mereka sejak berabad lamanya dan dibahagikan kepada
dua sistem ekonomi iaitu sistem ekonomi tradisional dan sistem ekonomi
kormesial.
Soalan 19: Jelaskan konsep dan kegiatan
ekonomi komersial melayu pada abad ke-19.
Pendahuluan :
§ Sejak abad
ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan
golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam
perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.
§ Bukti
hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan
antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat
terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :
Konsep Ekonomi Komersial
§ Ekonomi
komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada lebihan
pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual kepada
pedagang bagi mendapatkan keuntungan.
§ Kegiatan
menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan menanam padi yang
dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi komersial. Kegiatan
ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan dan perlombongan.
Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah iaitu raja dan
pembesar.
Kegiatan Ekonomi kemersial Melayu
1.
Perdagangan
§ Perdagangan
dilakukan secara jual beli dan secara eksport. Pemodal terdiri daripada raja
dan pembesar dan memonopoli kegiatan perdagangan. Rakyat menjalankan kegiatan
perdagangan secara berjaja di pasar atau di luar kawasan. Mereka menjual barang
seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf tangan dan sebagainya.
§ Lokasi
perdagangan di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai. Pelabuhan
menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang. Contohnya, pelabuhan Kedah,
Klang dan Singapura.
2.
Penanaman
lada hitam dan gambir
§ Pemerintah
Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun
1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan
mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu. Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat
kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan
tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh
seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.
§ Penanaman
lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan
eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah.
3.
Pemungutan
hasil hutan
§ Catatan
Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun yang mengutip hasil
hutan seperti damar, rotan, kayu wangi untuk diperdagangkan dengan orang melayu
di Pahang pada tahun 1838. Pada tahun
1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli sebagai wakil di
penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal kegiatan pemungutan hasil hutan.
§ Di Johor,
Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca dengan bantuan orang melayu
dan orang Asli, beliau Berjaya membawa bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke
luar negara. Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
4.
Penanaman
Padi
§ Masyarakat
peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus
ke arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport
ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi
pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan
pula ke Singapura.
§ Begitu juga
Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar
padi dan tidak perlu mengimportnya lagi.
Penutup :
§ Tidak dapat
dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih tertumpu kepada
kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan ekonomi komersial.
Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat Melayu bersifat terbuka.
§ Masyarakat
peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata.
Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui
kegiatan jual beli dan kegiatan pengeksportan tanaman dan hasil galian.
Soalan 20: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial
melayu pada abad ke-19 di Tanah Melayu.
Pendahuluan :
§ Sejak abad
ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era komersial. Ini disebabkan
golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar sudah lama bergiat dalam
perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China, Tanah Arab, dan kerajaan serantau.
§ Bukti
hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan rangkaian perdagangan
antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah melayu, Sabah dan Serawak bersifat
terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
Isi-isi penting :
1.
Penggunaan
wang dalam kegiatan ekonomi
§ Pada zaman
dahulu, antara barang berharga yang diterima sebagai wang dalam urusan jual
beli ialah logam berharga daripada emas, perak, tembaga atau timah yang
berbentuk ketul, keping atau dibentuk seperti binatang.
§ Misalnya
tampang buaya (berbentuk buaya kecil), bapa ayam (bentuk ayam jantan), jongkong
tampang (bentuk empat segi) dan syiling yang mempunyai nama pemerintah.
2.
Urusan jual
beli dijalankan di tempat yang tertentu
§ Mereka yang
terlibat dalam kegiatan ekonomi bercorak komersial biasanya berniaga di pasar
atau luar dari pelabuhan dengan menggunkan perahu atau kapal kecil.
§ Tempat-tempat
seperti kuala sungai sering menjadi tumpuan para pedagang kerana mempunyai
pelabuhan yang dapat menjadi persinggahan kapal perdagangan daripada dunia
luar.
3.
Melibatkan
semua lapisan dalan masyarakat
§ Kegiatan
ekonomi bercorak komersial dijalankan oleh semua lapisan dalam masyarakat.
Kegiatan ekonomi komersial bagi rakyat biasa dikenali sebagai berjaja dan
mereka biasanya berniaga di pasar.
§ Golongan
pembesar juga terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial secara tidak langsung.
Mereka hanya menjadi pemodal dengan melantik wakil-wakil tertentu untuk
menjalankan dan menguruskan perniagaan mereka. Wakil-wakil ini yang dikenali
sebagai kiwi terdiri daripada orang yang mahir dalam mengendalikan urusan
perniagaan.
4.
Wujudnya
aktiviti perdagangan dengan dunia luar
§ Kegiatan
ekonomi komersial telah mewujudkan aktiviti perdagangan dengan dunia luar yang
giat dijalankan di muara sungai yang menjadi pelabuhan persinggahan. Di tanah
Melayu, terdapat empat buah pelabuhan utama yang menjadi pelabuhan
persinggahan, iaitu Kedah, Melaka, Kelang, dan Johor Lama.
§ Pelabuhan
ini sering menjadi pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar-saudagar dari
Asia Tenggara, India, Arab dan China.
5.
Kemasukan
pelabuhan Asing untuk tujuan eksport
§ Selepas
kemasukan penjajah British, ekonomi Tanah Melayu secara berunsur-unsur telah
berubah daripada kegiatan pertanian tradisional kepada kegiatan ekonomi
bercorak komersial. Selain adanya modal tempatan yang dilaburkan oleh golongan
pemerintah yang terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan ekonomi, pihak
British juga membawa masuk pelaburan asing untuk dilaburkan ke dalam beberapa
sektor penting seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.
§ Ini membawa
kepada pembukaan lebih banyak lombong bijih timah dan ladang getah yang
diusahakan para pemodal asing.
Penutup
§ Ekonomi
komersial lebih mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan atau jual beli serta melibatkan pembayaran. Walaupun
kegiatan ekonomi komersial telah wujud, tetapi bilangan penduduk tempatan yang
melibatkan diri dalam kegiatan tersebut amat sedikit dan lebih tertumpu kepada
golongan pembesar.
§ Pada
peringkat awal, kegiatan ekonomi bercorak komersial diusahakan melalui tanaman
ladang untuk tujuan dagangan. Kegiatan ini mula diberi perhatian secara
besar-besaran setelah perlombongan bijih timah dan perusahaan getah mendapat
tempat dan berkembang pesat menjelang pertengahan abad ke-19.
Soalan 21: Bincangkan sebab-sebab kemunculan
kegiatan ekonomi komersial di alam Melayu pada abad ke-19
Pengenalan
§ Sistem
residen yang diperkenalkan di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad 19
bukan sahaja menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga
melibatkan bidang ekonomi. Keamanan yang Berjaya dipulihkan telah melahirkan
satu suasana yang membolehkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu berkembang pesat.
Isi-isi Penting:
1. Perkembangan di peringkat antarabangsa seperti
keperluan utk bahan mentah oleh Negara perindustrian di Barat, penggunaan kapal
wap yg dpt mempercepat perjalanan & pembukaan Terusan Suez memendekkan
jarak perjalanan pelayaran mempengaruhi corak ekonomi Tanah Melayu.
2. Kedudukan Tanah Melayu yang kaya
dgn sumber bahan mentah mendorong kuasa Barat untuk menguasainya. British
berpeluang utk meluas dan mengukuhkan pengaruh di Tanah Melayu.
3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan dan
perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api menggalakkan lagi perkembangan
ekonomi Tanah Melayu. Kemudahan tersebut dibina
bagi memudahkan bahan-bahan diangkut dgn mudah
4. Kemudahan bekalan air dan elektrik disediakan
dgn sebahagian besarnya tertumpu dgn kawasan yg hamper dengan perusahaan itu.
Pembangunan infrastruktur ini terbatas kpd
kawasan yg terdapat kedua-dua komoditi berkenaan.
Penutup
§ Negeri-negeri
di pantai Timur yg mempunyai bilangan
penduduk yg sedikit dan sistem perhubungan yg tidak terbatas tidak mengalami
banyak perubahan.
§ Sebaliknya
lebih tertumpu di sepanjang pantai Barat seperti Johor dan Perak terutamanya di
kawasan pengeluaran bijih timah dan getah
Soalan 22: Huraikan ekonomi komersial telah membawa
perubahan besar kepada struktur masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad
ke 19.
Pengenalan
§ Kedudukan
ekonomi Tanah Melayu lebih bersifat sara diri sebelum kedatangan British
meskipun terdapat aktiviti-aktiviti ekonomi bersifat komersial yang dilakukan
dalam skala yang kecil dan membabitkan golongan pemerintah. Sistem ekonomi
komersial diperkenalkan oleh barat telah membawa perubahan besar kepada
perkembangan struktur masyarakat di T.Melayu.
Isi-isi Penting:
a) Pengenalan
sistem ekonomi komersial sangat berkait rapat dengan kemasukan pelabur asing,
pelaburan modal, penggunaan teknologi baru, pengenalan tanaman baru telah membawa kepada peningkatan taraf hidup
masyarakat tempatan.
b) Kemasukan
imigran asing terutama dari India dan China mempunyai kaitan langsung dalam
bidang perlombongan bijih timah dan pertanian seperti getah, tebu dan
sebagainya.Keadaan ini menyebabkan wujudnya masyarakat majmuk.
c) Dasar pecah
dan perintah British menyebabkan masyarakat dikenali berdasarkan pekerjaan
mereka dan lokasi tempat tinggal dan bekerja.
d) Wujud
pendidikan vernakular yang mengasingkan pendidikan Melayu, Cina, India dan
Mubaligh daripada segi bahasa pengantar, guru, sukatan pelajaran dan buku.
e) Budaya yang
pelbagai mengikut kaum seperti penggunaan bahasa pertuturan, adat resam,
sambutan perayaan, agama, kesenian, cara berpakaian dsb.
f) Kewujudan
amalan kongsi gelap dalam masyarakat Cina yang menyebabkan timbulnya masalah
pergaduhan dan keganasan. Amalan sistem kasta dalam masyarakat India.
g) Pertambahan
penduduk Tanah Melayu.
Kesimpulan
§ Pengenalan
ekonomi komersial sama ada dalam bidang pertanian mahupun perlombongan menjadi
faktor penting yang mengubah struktur masyarakat di Tanah Melayu.
§ Satu rumpun
bangsa menjadi sekurang-kurangnya tiga bangsa yang berbeza iaitu Melayu, Cina
dan India. Sistem pendidikan dijadikan sebagai alat untuk menyatukan masyarakat
pelbagai kaum yang akhirnya menerima proses asimilasi.
TERIMA KASIH ASHIAP ASHUAAPPPP KERANA MENOLONG KAMI WASALAM
BalasPadamMMG MANTUL ASHIAP....SAYANG CIKGU....
xKGAMIN SEND 99999 STERSS
BalasPadammantap la mohammad dia
PadamASHUAPPPP
PadamYEYEKELAPE NAA
Cringe gila
PadamOk
Padammantap la mohammad dia
BalasPadamashiappppppp
BalasPadamDari penggal 1 lg memang membantu 😍
BalasPadamsangat pendek untuk menulis
BalasPadambaik
BalasPadamhahahahaah
BalasPadamSenang difahami padu!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam