Rabu, 8 Julai 2015

2.1 Peluasan Kuasa Asing

2.1 Peluasan Kuasa Asing


Soalan 23: Bincangkan faktor-faktor perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu.

Pendahuluan:

§  peluasan kuasa asing di tanah melayu merujuk kepada kehadiran kuasa barat seperti portugis, belanda dan british secara meluas dalam pemerintahan atau pentadbiran masyarakat tempatan. Peluasan kuasa ini boleh berlaku dalam beberapa keadaan spt penaklukan atau melalui perjanjian yg ditandatangani antara kuasa asing.

Isi-isi penting:

1.     Faktor Ekonomi

§  Ekonomi merupakan faktor terpenting yg mendorong peluasan kuasa british di tanah melayu. Revolusi perusahaan di eropah, menyebabkan Britain memerlukan bahan-bahan mentah. Britian memerlikan tanah jajahan yang dapat memenuhi keperluan itu. Secara kebetulan, negeri-negeri melayu kaya dengan bahan mentah yg diingini British. Selepas revolusi perusahaan, AS dan Britian muncul sebagai pengimport bijih timah yg terbesar. Permintaan bijih timah semakin meningkat. Harga bijih timah yg melambung, menyebabkan negeri2 melayu yang kaya dengan bijih timah semakin penting. Ramai pelabur berminat melabur di tanah melayu.
§  Setelah monopoli perniagaan dengan china dibubarkan pd tahun 1883, golongan saudagar dibenarkan menjalinkan hubungan scra langsung dgn china. Akibat pkembangan ini, golongan saudagar dinegeri2 selat kehilangan kuasa monopoli perniagaan yg dimiliki sebelum itu. Golongan saudagar mendesak British supaya campur tangan untuk memulihkan keamanan.

2.     Bimbang campur tangan kuasa barat lain

§  Selepas tahun 1870-an, keadaan politik mula berubah apabila kuasa-kuasa asing seperti Belanda, Itali, Perancis, Rusia dan Jerman mula bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.
§  British paling mencurigai jerman. Hal ini kerana, selepas penyatuan Negara tsebut jerman mula melancarkan serangan agresif yang mengancam kedudukan britian. Golongan pemodal mgunakan faktor kebimbangan untuk menguatkan lagi tuntutan spya british campur tangan di negeri2 melayu.

3.     Perubahan politik dan dasar Britain

§  Selepas kerajaan parti konservatif di bwh pimpinan Benjamin disrael yg menyokong dasar imperalisme meletakkan jawatan pd tahun 1868, di ambil ahlih oleh wiliam E. Gladstone iaitu parti liberal. Pd tahun 1874 gladstone di jatuhkan dan digantikan semula dgn Benjamin Disraeli.
§  Pelantikan lord Kimberly sebagai setiausaha di pejabat tanah jajahan dan Edward knatchbull sbg setiausha rendah parlimen menyebabkan munculnya golongan baharu yang menyokong dasar peluasan kuasa melindungi kpentingan british di seberang laut. Clarke diarah untuk meneliti k’adaan yg berlaku di ngeri-negeri melayu bagi memulihkan keamanan serta mengekalkan kepentingan perdagangan british di negeri-negeri melayu.

4.     Pembukaan Terusan Suez

§  Revolusi perusahaan dieropah telah menghasilkan banyak rekaan baharu yg membantu memudahkan pedagang eropah untuk datang ke Asia tenggara. Kapal berkuasa wap yg mempercepatkan perjalanan ke asia tenggara dan boleh memebawa lebih banyak baranagan dagangan.
§  Terusan suez yg menghubungkan laut merah dgn laun Mediterranean dpt memendekkan perjalanan laut dri britian ke tanah melayu. Penciptaan kapal wap dan pembukaan terusan suez telah dpt memendekkan perjalanan antara timur dan barat serta menjimatkan masa dan kos perjalanan ke asia tenggara

5.     Keadaan huru-hara di nergei-negeri Melayu

§  Negeri-negeri melayu berada dalam keadaan huru hara. Raja tidak berkuasa penuh di atas pembesar. Keadaan huru hara disebabkan oleh perebutan kuasa antara para pembesar melayu. Pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap serta kegiatan lanun yg berleluasa di tanah melayu.
§  Huru harajga disebabkan oleh perang saudarayg tercetus ditanah melayu spt perak , Pahang dan Selangor. Perang tersebut memaksa british untuk campur tangan bertujuan untuk memulihkan keamanan ttpi bgi memastikan kpentingan ekonomi mreka tdk terancam akibat k’adaan huru hara yg berlaku itu.

Penutup:

§  Campur tangan kuasa asing telah menyebabkan perubahan faktor politik terutamanya para pembesar di negeri-negeri melayu kehilangan kuasa dan sultan masih berkuasa tetapi atas nasihat residen.

Soalan 24: Bincangkan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara tahun 1897-1909 yang membawa kepada perluasan kuasa Inggeris di Negeri-negeri Melayu Utara.

Pengenalan ;
1.       Perjanjian Burney 1826 telah berjaya menyelamatkan negeri-negeri Melayu Utara daripada perluasan kuasa Siam. Walaubagaimanapun perjanjian ini merupakan permulaan kepada campurtangan kuasa British di Tanah Melayu.
2.       Inggeris meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu melalui tiga perjanjian:  Perjanjian Sulit (1897), Perjanjian Inggeris Siam (1902) dan Perjanjian Bangkok (1909).

Isi-isi Penting:

1.       Perjanjian Sulit Inggeris-Siam(1897)

a.        Sebab:

i.         Khabar angin Prancis merancang membina terusan melintasi Segenting Kra untuk memudahkan perjalanan antara Indo-China dengan Eropah.
ii.        Terusan ini akan mengacam perdagangan British dan kedudukan Singapura.
iii.      Untuk mengelakkan perluasan kuasa Perancis di Siam dan NNMU.
iv.      British mengadakan perundingan sulit dengan Siam pada tahun 1897.

b.       Syarat-syarat:

i.         British mengiktiraf  kedaulatan Siam terhadap mana-mana wilayahnya di selatan garis lintang 11 darjah Utara kepada kuasa lain.
ii.        Siam berjanji tidak akan memberi konsensi perdangan kepada mana-mana kuasan asing tanpa persetujuan kerajaan British.
iii.      British berjanji akan membantu Siam sekiranya di serang musuh.

c.        Kesan-kesan

i.         Menandakan satu dasar Inggeris yang aktif terhadap NNMU
ii.        NNMU akan dipengaruhi oleh kedua-dua kuasa British dan Siam.

2.       Perjanjian/Pengistiharan Inggeris-Siam 1902.

a.        Sebab:

i.         Kebimbangan campur tangan kuasa asing.

§  Walaupun Perjanjian Sulit 1897 di tandatangani antara Sian dengan British.  British masih bimbang Siam tidak berupaya mempertahankan negerinya daripada pencorbohan asing. Contoh:  Jerman-Pulau Langkawi, Rusia-Ujong Selang (Pulau Phuket), Amerika-Terengganu.

ii.       Peranan Frank Swettenham

§  F. Swettenham memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud IV dari Kelantan daripada di ancam oleh Siam.

iii.     Kegiatan R W Duff di Kelantan

§  1900 Sultan Kelantan menyerahkan tanah seluas 7770 km persegi kepada Duff (British). Sebagai balasannya Sultan Kelantan menerima wang tunai dan saham dalam syarikat Pembangunan Duff. Siam tidak mengesahkan hak milik Duff dan Duff tidak mengindahkan tuntutan pertuanan Siam ke atas Kelantan. Duff mengugut akan mempelawa Jerman menyokong tuntutannya jika British enggan membantunya. British berunding dengan Siam agar mengesahkan konsesi Duff agar menghalang Duff  daripada meminta bantuan luar.
§  Swettanham mendesak Siam mengesahkan konsesi Duff.  Sekiranya Siam tidak bersetuju British akan menyokong Kelantan dan Terengganu dalam tuntutan mereka mendapatkan kemerdekaan. Ugutan British menyebabkan Siam terpaksa menerima cadangan Swettanham.

c.        Syarat-syarat

a.  Siam diberi kuasa melantik penasihat dan penolong British di negeri-negeri tersebut.
b.       Siam akan menguasai hubungan luar Kelantan dan Terengganu.  

d.       Kesan-kesan

a.        Sultan Kelantan dan Terengganu mendakwa mereka tidak dibawa berunding Mengenai pengistiharan itu.  Sultan Terengganu enggan mengakui pengistiharan itu.
b.       Pengaruh British ke atas Kelantan dan Terengganu semakin kukuh.

3.       Perjanjian Bangkok 1909

a.        Sebab-sebab
i.         Pakatan Inggeris – Perancis 1904.
ii.        Kebimbangan campurtangan asing yang lain.
iii.      Pembatalan hak-hak wilayah asing.
iv.      Masalah kewangan Siam.

b.       Syarat-syarat
i.         Siam telah menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris.
ii.        Inggeris pula akan menyerahkan hak wilayah asingnya di Siam.
iii.      Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

c.        Kesan:
i.         NNMU berpindah tangan dari Siam ke Inggeris.
ii.        Penerimaan seorang penasihat Inggeris di NNMU.
iii.      Menetapkan sempadan antara Siam dengan Tanah Melayu.
iv.      Menjamin Inggeris menjalankan dasar monopoli perdagangan di Tanah Melayu.

Kesimpulan:

§  Inggeris berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu kecuali Johor yang hanya dikuasai pada tahun 1914.

Soalan 25:  Huraikan tentang Perjanjian Inggeris Belanda 1824 dan implikasinya terhadap Negeri-negeri di Tanah Melayu.

Pendahuluan :

§  Perjanjian Inggeris-Belanda termeterai akibat perebutan kawasan perdagangan yang strategik antara pihak British dengan Belanda . British telah membuka pengkalan baru iaitu Singapura bagi menyaingi Belanda. Akibatnya Belanda membawa Singapura di bawah kuasanya.
§  Demi kepentingan ekonomi dan mengelakkan pertelingkahan dengan Belanda, British telah menanda tangani perjanjian ini pada tahun 1824.

Isi-isi penting:

Syarat Perjanjian Inggeeris-Belanda 1824.

1.       Pembahagian wilayah takluk masing-masing. Belanda mengiktiraf Singapura sebagai hak milik British dan bersedia melepaskan segala tuntutannya ke atas Singapura. Belanda juga bersetuju menyerahkan semua loji/pusat perdagangannya di India, di samping penyerahan Melaka dan segala jajahan takluk di utara Singapura kepada British.

2.       Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan Syarikat Hindia Timur di Sumatera kepada Belanda. British juga berjanji tidak akan membuka petempatan atau membuat perjanjian dengan pembesar tempatan . Kedua-dua pihak juga bersetuju menduduki tempat tersebut jika mana-mana pihak berundur daripada salah satu kawasan dan setiap wilayah tidak boleh diserahkan kepada kuasa asing.

3.       Menghadkan kawasan perdagangan bagi kedua-dua pihak. Belanda diberikan monopoli ke atas kepulauan rempah sahaja. Dan kedua-dua pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas. Manakala perjanjian  bijih timah antara Belanda dengan Selangor, Perak dan Kedah berakhir. Belanda tidak akan menganiaya pedagang-pedagang British dengan mengenakan cukai yang tinggi. Masyarakat peribumi dibenarkan berhubung secara bebas dengan pelabuhan-pelabuhan kedua-dua pihak di samping bekerjasama menghapuskan kegiatan lanun.

4.       Belanda membayar hutangnya sebanyak 100,000 pound  kepada British dan kedua-dua pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang perjanjian dengan negeri-negeri tempatan yang boleh menjejaskan perdagangan pihak lain.

Implikasi Perjanjian Inggeris Belanda:

1.       Kepulauan Melayu dibahagi kepada dua iaitu Singapura dan kawasan utaranya Terletak di bawah naungan British, manakala kawasan di Selatan Singapura di bawah naungan Belanda.
2.       British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu tanpa gangguan mana-mana pihak. Melalui perjanjian ini, British mempunyai tiga buah penempatan iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yang akhirnya dikenali sebagai Negeri-negeri Selat pada 1863.
3.       Perpecahan empayar Johor yang dahulunya terdiri daripada kepulauan Riau –Lingga di bawah pemerintahan Sultan Husin(pengaruh British) dan kepulauan Riau-Lingga di bawah pemerintahan Sultan Abdul Rahman (pengaruh Belanda). Pahang telah membebaskan diri daripada empayar Johor dan diperintah oleh keluarga bendahara.
4.       Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.

Kesimpulan:

§  Perjanjian ini membawa keuntungan kedua-dua pihak kerana pembahagian kawasan,wilayah dan perdagangan yang lebih jelas. Perdagangan kedua-dua pihak semakin maju dan dapat mengelakkan perebutan kawasan yang berlaku sebelumnya.

Soalan 26: Huraikan cara peluasan kuasa asing di negeri Johor pada abad ke-19 hingga abad ke-20

Pendahuluan

§  Peluasan kuasa British telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang (1786). Penglibatan yang dikatakan sebagai peluasan kuasa tidak rasmi bermula di kebanyakan negeri di Tanah Melayu seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.
§  Peluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau Penasihat British. Stamford Raffles tiba di Singapura dan mendapati paling sesuai untuk tujuan perdagangan kerana kedudukannya strategik. British meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian.

Isi-isi Penting

1)      Cara Peluasan Kuasa British di Singapura

§  Raffles mencadangkan Tengku Hussein ditabalkan sebagai Sultan Johor dan tinggal di Singapura. Tengku Hussein bersetuju dengan cadangan Raffles dan menandatangani perjanjian rasmi dengan Raffles pad 6 Februari 1819. Raffles berjaya menduduki Singapura dengan menggunakan muslihat dan memaksa Tengku Hussein dan Temenggung Abdul Rahman menandatangani Perjanjian 1819.
§  Pertabalan Sultan Hussein sebagai sultan menyebabkan kerajaan Johor mempunyai 2 orang Sultan. Sultan Hussein bersemayam di Singapura dan Sultan Abdul Rahman pula di Lingga.

2)      Perjanjian Persahabatan 1855

§  Sultan Hussein mangkat pada tahun 1835 di Melaka dan diganti oleh puteranya, Tengku Ali. Pertengahan abad ke-19, berlaku pertikaian antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim (anak Temenggung Abdul Rahman) tentang hasil negeri Johor.
§  Pada tahun 1847, Tengku Ali menuntut gelaran Sultan Johor tetapi telah ditolak dan didesak agar menggugurkan segala tuntutannya terhadap pentadbiran Johor kerana Temenggung Ibrahim lebih berpengaruh. Penglibatan British dalam hal ini telah membawa kepada Perjanjian Persahabatan antara Tengku Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855.

3)      Penglibatan British dalam peristiwa Pengilhakan Muar (1877)
§  Temenggung Ibrahim meniggal dunia pada tahun 1862 dan digantikan dengan anaknya, Maharaja Abu Bakar yang amat rapat dengan British. Pihak British telah meluaskan pengaruhnya secara tidak langsung apabila A.E.H. Anton menawarkan Muar kepada Maharaja Abu Bakar buat sementara sehingga satu undian dijalankan oleh Temenggung dan penghulu-penghulu Muar. Pada 20 Jun 1877, Sultan Ali mangkat di Umbai. Jenazahnya tidak dapat dikebumikan hampir sebulan kerana masalah pengganti. Temenggung Muar dan penghulu-penghulu Muar telah menandatangani surat mengakui Tengku Alam (anak Sultan Ali) sebagai pengganti.
§  Maharaja Abu Bakar telah bertindak dengan menangkap Temenggung dan penghulu-penghulu Muar bagi mendapatkan undian. Demi mengelakkan pertumpahan darah, Temenggung dan penghulu-penghulu Muar telah meminta perdamaian dan mematuhi peraturan Maharaja Abu Bakar. Upacara undian diadakan pada bulan September 1877 di Kesang disaksikan oleh pegawai-pegawai British. Majlis bersidang dan bersetuju melantik Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah Muar. Dengan ini, kekuasaan waris-waris Sultan Johor terhadap takhta Johor tamat. Pihak British meluaskan kuasanya secara langsung sekali lagi melalui Perjanjian 1885 dengan Maharaja Abu Bakar dan mengiktirafnya sebagai Sultan Johor.

4)      Penubuhan Lembaga Penasihat Johor

§  Lembaga ini ditubuhkan di London pada 1886. Sultan Johor boleh berhubung terus dengan pejabat Tanah Jajahan di London. Usaha British meluaskan kuasanya melalui lembaga ini nyata berhasil apabila Lembaga tersebut berfungsi menguruskan hubungan luar Johor dan menasihati sultan dalam hal-hal pentadbiran. Lembaga Penasihat Johor juga menasihati Sultan Ibrahim supaya meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura. Cadangan tersebut merupakan muslihat British untuk mengawal kewangan Johor. Dato’ Abdul Rahman Andak sedar akan muslihat tersebut menasihati Sultan Ibrahin agar tidak menerima tawaran pinjaman tersebut.
§  British mendapati agak sukar untuk meluaskan kuasa ke atas negeri Johor lalu berusaha menyingkirkan Dato’ Abdul Rahman Andak. Pada tahun 1907, John Anderson (Gabenor NNS) mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan dihantar ke London. Beliau menerima pencen sebanyak 1000 paun setahun. Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim terpaksa menandatangani perjanjian dengan British dengan syarat Johor mesti mematuhi nasihat daripada Penasihat Am British. British berjaya meluaskan kuasa ke atas Johor apabila Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British.

Penutup

§  Kesimpulannya, British bertekad meluaskan pengaruh ke negeri Johor. Mereka telah berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu yang lain sejak 1874 tetapi kurang berjaya di Johor.
§  British berjaya meluaskan pengaruh di Johor melalui perjanjian dengan kerajaan Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar. Strategi yang digunakan bermula sejak Perjanjian Persahabatan 1855 ditandatangani apabila hal ehwal luar Johor diletakkan dibawah kawalan British.

Soalan 27 : Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Naning pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

§  Perluasan kuasa asing oleh british boleh di kesan sebelum tahun 1874 lagi ( dianggap sebagai tahun british campur tangan secara rasmi ). Kuasa british telah menduduki Singapura (1819), Melaka (1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terangganu.

Isi-isi penting


1.       Berdasarkan Perjanjian Inggeris-Belanda (1824), Belanda telah menyerahkan Melaka kepada british. Ini bermakna british mula melibatkan dirinya di Melaka. Perang Naning meletus apabila Robert Fullerton, Gabenor Negeri-negeri Selat menganggap Naning sebahagian daripada Melaka. Beliau cuba melaksanakan sistem undang-undang tanah dan kehakiman Melaka di Naning. Pada masa yang sama beliau cuba mengutip hasil cukai setempat yang berhak dimiliki oleh Melaka menurut perjanjian awal dengan Belanda.
2.       Dakwaan dan tindakan British ini berdasarkan kepada perjanjian pada tahun 1801 antara Kolonel Aldwell Taylor, wakil british dengan penghulu dan Empat Suku Naning, bagi Naning pula, perjanjian ini berasaskan kepada perjanjian antara Belanda dengan Naning pada tahun 1643 dan tidak melibatkan British.
3.       Oleh sebab british mendakwa naning sebahagian daripada Melaka, ini bermakna naning di bawah pertadbiran british. Oleh yang demikian, kes-kes jenayah yang berlaku di naning harus dibawah ke Melaka dan undang-undang negeri-negeri selat patut dilaksanakan di naning. Tindakan british ini telah mencabar kedudukan tradisi penghulu Dol Said, pemerintah naning. Beliau tidak boleh menghakimi kes-kes jenayah naning. Apabila penghulu Dol Said menyelesaikan kes jenayah di naning, beliau telah diberi amaran dan dituduh tidak mematuhi arahan british di Melaka.
4.       Dol Said tidak menghiraukan dakwaan british. Beliau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya tidak mematuhi arahan british yang cuba menjalankan bancian di naning. Tindakan Dol Said adalah berdasarkan pendapatnya bahawa naning sebuah negeri bebas dan merdeka.
5.       Cara-cara perluasan kuasa british di naning. Peperangan berlaku antara melayu naning di bawah pimpinan penghulu Dol Said dengan british antara tahun 1831 dan 1832. Naning mencapai kejayaan pada tahun 1831, tetapi tewas di tangan british pada tahun 1832. Ini kerana pada mulanya naning mendapat bantuaan daripada Yamtuan Ali dari Rembau dan beberapa pemimpin negeri Sembilan yang lain. Pada tahun 1832, brtish telah membuat persetiaan dengan Rembau. Rembau berjanji tidak akan membantu naning.
6.       Pada bulan Mac 1832, Kolonel Herbert mengetuai tentera menyerang naning. Pakatan british dengan Rembau telah Berjaya mengalahkan naning. Taboh, iaitu pusat pentadbiran naning telah ditawan dan rumah penduduk naning dibakar. Dol Said berundur ke Seri Menanti dan akhirnya menyerah diri kepada pihak british. Selepas itu, british menyatukan daerah naning dengan Melaka.
Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 28: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke19 hingga ke 20.

Pengenalan
§  Perluasan kuasa British di Tanah Melayu (TM) telah bermula pada abad ke-18 lagi, iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang. Penglibatan yang di katakan sebagai perluasan kuasa tdak rasmi telah bermula di kebanyakan negeri di TM seperti Kedah, Perak, Naning dan Johor.
§  Perluasan kuasa British secara rasmi di Negeri-Negeri Melayu terlaksana pada tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. Mulai tahun 1874, British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang Residen British atau Pensihat British.

Isi-isi Penting:

a)       British berjaya meluaskan pengaruh di Terengganu melalui Perjanjian Bangkok yang di tandatangani pada tahun 1909. Pada mulanya, Sultan Terengganu, iaitu Sultan Zainal Abidin III enggan mengiktiraf Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara Siam dengan British kerana baginda tidak dibawa berunding semasa perjanjian tersebut di buat.
b)      Namun, setelah didesak oleh British, baginda terpaksa menerima seorang wakil British di Terengganu. Selepas Sultan Zainal Abidin III mangkat, seorang penasihat British dilantik di Terengganu pada tahun 1919.
c)       Selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali (pemerintah Pahang) pada tahun 1857, rimbul perbalahan antara dua orang anaknya, Wan Mutahir dengan Wan Ahmad. Hal ini menyebabkan tercetusnya perang saudara. Wan Ahmad meminta bantuan daripada kerajaan Siam. Siam ingin menjadikan Terengganu sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan keatas Pahang.
d)      Kerja-kerja melombong bijih timah milik syarikat British di Kuantan terjejas. Demi menjaga kepentingan ekonomi di Pahang dan menyekat perluasan kuasa Siam di Negeri-negeri Melayu, Gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Orfeur Cavenagh memberi amaran kepada sultan Terengganu supaya tidak terlibat dalam perang saudara di Pahang, namun amaran tersebut langsung tidak dipedulikan.
e)       Hal ini menyebabkan Gabenor Orfeur Cavenagh menghantar sebuah kapal perang untuk menyerang Terengganu. Apabila rundingan dengan sultan Terengganu gagal, British menggunakan kekerasan dengan membedil Kuala Terengganu. Kesan daripada serangan tersebut menyebabkan : British berjaya campur tangan secara tidak langsung di Terengganu, British berjaya menyekat perluasan pengaruh Siam dan British berjaya menjamin kepentingan ekonominya.

Penutup

§  Pada dasarnya, perluasan kuasa British melalui dua cara, iaitu melalui peperangan misalnya di Naning dan menandatangani perjanjian seperti Perjanjian Burney dan Perjanjian Pangkor.

Soalan 29: Huraikan cara perluasan kuasa British di Perak

Pendahuluan

§  Peluasan British di tanah melayu yang bermula pada tahun 1874 lebih berkait dengan kepentingan ekonomi dan perdagangan, kebimbangan pengaruh kuasa asing lain yang boleh menggugat ekonomi dan keperluan bahan mentah, dan pasaran akibat Revolusi perindustrian di Britain.
§  Di Sarawak dan sabah, kepentingan perdagangan merupakan factor utama peluasan kuasa british. Peluasan kuasa asing oleh british boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Kuasa british telah menduduki singapura ( 1819 ), Melaka ( 1824 ), dan siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu.

Isi-isi penting
1.     Perang Larut

§  Long jaafar, seorang pembesar melayu telah menjumpai bijih timah di larut. Pada tahun 1848, beliau telah membawa masuk ramai orang cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di larut. Orang Hakka Chen Sang merupakan pelombong paling awal tiba di larut pada tahun 1840-an. Mereka tertumpu di kawasan perlombongan kelian Pauh. Kebanyakan daripada mereka merupakan ahli kongsi gelap Hai San. Orang Hakka Fui Chew tiba pada tahun 1850-an dan tertumpu di kawasan Kelian Bahru. Kebanyakan daripada mereka ialah ahli kongsi gelap Ghee Hin.
§  Pada tahun 1875, long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya, Ngah Ibrahim.seperti ayahnya, beliau menggalakkan orang cina bekerja di lombong-lombong bijih timah. Akan tetapi, Ngah Ibrahimtidak mempunyai kuasa terhadap Ghee Hind an Hai San. Apabila pergaduhan meletus antara kedua-dua kongsi gelap itu, Ngah Ibrahim akan menyebelahi pihak yang lebih kuat untuk menjaga kepentingannya.

2.     Perebutan takhta kerajaan perak

§  Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda. Oleh itu, apabila sultan mangkat, putera sulungnya tidak akan menjadi sultan secara automatik. Raja Di Hilir merupakan putera sultan yang sedang memerintah manakala Raja Bendahara dan Raja Muda ialah putera sultan sebelumnya.
§  Sistem pewarisan ini tidak selalunya berjalan dengan lancer kerana sultan yang sedang memerintah dan pembesar yang berpengaruh sentiasa campur tangan dalam pelantikan calon yang dianggap layak. Campur tangan Sultan dan Pembesar dalam sistem pewarisan pada tahun 1857 membawa kepada perebutan takhta kerajaan perak pada tahun 1873 di mana terdapat tiga calon yang bakal menaiki takhta.
§  Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, Raja Yusuf yang merupakan Putera Sultan Abdullah sepatutnya diberikan jawatan Raja Bendahara tetapi beliau telah diketepikan oleh pembesar-pembesar perak kerana dianggap tidak layak. Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara. Jawatan Raja Di Hilir diberikan kepada sultan Jaafar, iaitu Raja Abdullah. Oleh itu, Raja Yusuf telah di ketepikan.

3.     Perang saudara di perak

§  Raja Abdullah berasa kecewa kerana tidak dilantik  menjadi sultan perak. Keadaan di larut tidak tenteram kerana perang saudara antara Hai San dengan ghee hin. Hai san mendapat sokongan ngah Ibrahim dan sultan ismail. Raja Abdullah pula menyokong ghee hin. Pada tahun 1873, perang meletus antara hai san dengan ghee hin dan kali ini dengan penyertaan ngah Ibrahim, sultan ismail, dan raja Abdullah. Ghee hin dengan bantuan raja Abdullah telah menyerang simpang dan menawan pangkalan yang strategic itu.
§  Saudagar- saudagar british di perak mengadu bahawa kekacauan di larut telah menganggu perdagangan mereka. Mereka menghantar surat rayuan kepada sir harry ord untuk meminta perlindungan.

4.     Cara peluasan kuasa british di perak

§  Sir Andrew Clarke bertindak dengan segera. Beliau memanggil semua pihak yang terlibat menghadiri satu mesyuarat di pulau pangkor.
§  Pertemuan itu berlangsung di atas kapal british, iaitu H.M.S. Pluto di luar Pulau Pangkor pada 20 januari 1874. Raja Abdullah dan penyokongnya seperti ngah Ibrahim, pembesar-pembesar hilir perak, ketua hai san, dan ketua ghee hin telah hadir. Sultan ismail dan raja yusuf tidak hadir.

5.      Syarat-syarat perjanjian pangkor 1874

§  Perjanjian pangkor dibahagikan kepada dua, iaitu persetiaan kongsi-kongsi gelap cina dan persetiaan pangkor. Syarat-syarat persetiaan kongsi-kongsi gelap cina iaitu ghee hin  dan hai san bersetuju menamatkan pertelingkahan antara mereka dan mengekalkan keamanan di larut. Sesiapa yang menimbulkan kekacauan akan didenda sebanyak $50 000. Kedua-dua pihak bersetuju menyerahkan senjata mereka kepada pihak bnerkuasa dan memusnahkan semua kubu yang dibina.
§  Syarat-syarat persetiaan pangkor iaitu British mengiktiraf raja Abdullah sebagai sultan perak. Bekas sultan perak. Raja ismail akan diberi gelaran raja muda dan menerima pencen bulanan sebanyak $ 1 000. Sultan perak akan menerima seorang pegawai yang digelar residen untuk menasihati baginda dalam semua hal- ehwal pentadbiran kerajaan kecuali hal-hal berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Sultan juga dikehendaki membina tempat kediaman untuk residen dan membayar gajinya. Orang kaya memteri larut , ngah Ibrahim akan mengekalkan gelarannya dan menjaga urusan di daerahnya. Beliau akan menerima seorang penolong residen.

Penutup

§  Pada tahun 1857, Sultan Abdullah mangkat dan digantikan oleh Sultaan Jaafar Muaazam Shah dan Raja Ali menjadi Raja Muda. Mengikut sistem pewarisan takhta perak, seseorang putera raja mesti menjawat tiga jawatan sebelum menjadi sultan. Jawatan ini ialah Raja Di Hilir, Raja Bendahara, dan Raja Muda.
§  Pada tahun 1875,  Long jaafar meninggal dunia dan jawatannya sebagai pembesar larut diambil alih oleh anaknya.

Soalan 30: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di Negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan:

§  Perluasan kuasa British di Tanah Melayu telah bermula pada abad ke-18 lagi iaitu dengan pendudukan Pulau Pinang pada tahun 1786
§  Perluasan kuasa British secara rasmi di negeri-negeri Melayu terlaksana dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.Mulai tahun 1874,British giat meluaskan kuasa dengan meletakkan seorang residen atau penasihat British..

Isi-isi penting:

1.Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British 1874
§  Sungai Ujong merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di Tanah Melayu pada awal abad ke-19. Dua masalah utama di Sungai Ujong, iaitu percubaan pembesar-pembesar mengenakan cukai terhadap pengeluaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi dan percubaan Dato’ Kelana untuk menegakkan kuasanya ke atas Sungai Ujong.

§  Bijih timah dari Sungai Ujong dieksport melalui Sungai Linggi akibat daripada perdagangan bijih timah yang meningkat dengan pesatnya. Kesannya, setiap ketua yang berpengaruh di sepanjang Sungai Linggi ingin mengenakan cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi. Dato’ Bandar Kulop Tunggal menuntut hak untuk mengutip cukai di sepanjang Sungai Linggi tanpa memberitahu Dato’ Kelana Sendeng yang turut mempunyai hak yang sama dengannya di Sungai Ujong.Ini menimbulkan kemarahan Dato’ Kelana Sendeng yang mengarahkan Dato’ Bandar Kulop Tunggal ditangkap di Melaka atas tuduhan gagal menjelaskan hutang-hutangnya.
§  Keadaan ini tidak menghalang pembesar lain mengutip cukai.Saudagar-saudagar Melaka merayu kepada British agar campur tangan bagi melindungi pelaburan mereka.British memilih Dato’ Kelana Sendeng. Dato’ Kelana Sendeng menandatangi persetiaan perdagangan dengan British. Manakala Dato’ Bandar Kulop Tunggal masih menuntut hak yang sama di Sungai Ujong. Walaupun aktiviti perlombongan berjalan seperti biasa, Dato’ Kelana Sendeng gagal menegakkan kuasanya di Sungai Ujong. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman telah menggantikan Dato’ Kelana Sendeng yang meninggal dunia. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan Dato’ Bandar Kulop Tunggal telah bekerjasama menghalang percubaan penghulu yang baru, Dato’ Perba Rembau yang membina kubu-kubunya di sepanjang Sungai Linggi. Saudagar-saudagar Melaka telah menghantar surat rayuan kepada gabenor negeri-negeri selat,Sir Harry Ord. beliau cuba mengadakan perjumpaan dengan semua pembesar tetapi gagal.

2. Cara perluasan kuasa British di Sungai Ujong dan syarat-syarat perjanjian.

§  Pada tahun 1874,Sir Andrew Clarke memanggil satu mesyuarat pembesar-pembesar di Singapura. Hanya Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang hadir. Satu perjanjian telah ditandatangi antara Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dengan Sir Andrew Clarke.
§  Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong yang sah. British akan memberi perlindungan kepada beliau.

3. Kesan-kesan perjanjian
§  Dato’ Bandar Kulop Tunggal tidak bersetuju dengan campur tangan British dan menyerang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang mendapat perlindungan British. Dato’ Bandar Kulop Tunggal tewas dan terpaksa berundur ke Kepayang.
§  Seorang Residen iaitu P.J. Murray ditempatkan di Sungai Ujong.

Penutup:

§  Kesan daripada perluasan kuasa asing,berlaku perubahan dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan.
§  Semua aspek ini memberi kesan kepada masyarakat tempatan.

Soalan 31: Jelaskan cara peluasan kuasa asing di negeri Selangor pada abad ke-19 hingga ke-20.

Pendahuluan

§  Daerah Klang kaya dengan bijih Timah. Daerah ini dibawah kekuasaan Raja Sulaiman tetapi apabila Raja Sulaiman mangkat, Sultan Abdul Samad telah menyerahkan daerah tersebut kepada Raja Abdullah. Penyerahaan ini tidak dipersetujui. Berlaku peperangan saudara. Manakala, daerah klang menjadi rebutan dalam kalangan pembesar.
§  Hal ini menyebabkan campur tangan British dalam kekecohan ini.

Isi-isi penting

Cara-cara perluasan kuasa di Selangor

a)       British mencari alasan untuk memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen British.
b)      Pada pertengahan November 1873, sebuah kapal dagang British dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka diserang oleh lanun berhampiran Sungai Jugra,Langat.
c)       Orang Jugra dituduh dan Sembilan orang diberkas. Sultan Abdul Samad telah menjatuhkan hukuman mati ke atas orangJugra ini.
d)      Pada tahun 1874, rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang di perairan Selangor. Sir Andrew Clarke, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaksa Sultan Abdul Samad menerima Residen baru.

e)       J.G Davison dilantik sebagai Residen British yang pertama dan Frank Swettenham sebagai penolongnya.

f)        Selangor menjadi negeri naungan British. British dengan rasminya mengiktiraf Tengku Kudin sebagai wakil Sultan Selangor.

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 32: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri-negeri melayu utara (NNMU) pada abad ke-19 hingga ke-20

Pendahuluan

§  British meluaskan kuasanya ke atas Negeri-negeri melayu utara sejak awal abad ke-19. Selain itu, Negeri-negeri melayu utara seperi kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri-negeri naungan Siam.

§  Hubungan antara Negeri-negeri melayu Utara dengan British dan Siam dipengaruhi oleh faktor seperti penghantaran bunga emas ke Siam, hubungan Inggeris-Siam, dan dasar tidak campur tangan British. Dengan itu, British ingin memelihara hubungan baik dengan Siam atas soal kepentingan pedagangan.British hanya akan campur  tangan jika kepentingan terancam.

Isi-isi penting

1 .  Persekutuan Crawfurd 1882

§  Pada tahun 1818, Siam mengarahkan kedah menyerang perak dan memaksa menghantar bunga emas ke Bangkok.
§  Siam menawan kedah pada tahun 1821 apabila sultan kedah, Sultan Ahmad Tajuddin gagal menghadirkan diri di Bangkok untuk menjelaskan beberapa perkara. Baginda meminta bantuan ketenteraan dari British tetapi gagal. Baginda juga gagal mendapatkan semula takhta karajaannya.

2 . Perjanjian Burney 1826

§  Pada awal tahun 1825, Raja Ligor menyediakan  satu angkatan tentera laut dan ingin menyerang perak dan Selangor. Kapten Henry Burney dihantar ke Ligor untuk membincangkan beberapa perkara. Persetiaan awal diadakan pada tahun 1825. Syarat-syaratnya ialah Raja Ligor tidak akan menyerag perak dan Selangor,Siam tidak akan memaksa perak menghantar bunga emas, dan jika sultan kedah mendapat kembali takhta kerajaannya, baginda mesti menghantar bunga emas setiap tiga tahun sekalidan $ 4000 tiap-tiap tahun. Persetiaan awal ini disahkan oleh kerajaan British di india.
§  Pada awal tahun 1826, Perjanjian Burney ditandatangani antara Kapten Burney dengan Raja Siam

3 . Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897

§  Pda akhir abad ke-19, keajaan British ingin menuruskan hubungan baik dengan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan di Siam.British juga ingin mengekalkan Siam sebagai Negara penampamdi antara india dan Perancisdi indo-China. Siam pula ingin mengekalkan kemerdekaan. Perancis Berjaya menduduki indoChinadan cuba meluaskan pengaruhnya di Siam. Pada tahun 1896, British mandatangani Peristiharan Inggeris-Perancis untuk melindungi kepentingan mereka di Siam dam Tanah melayu. Melalui penghistiharan tersebut, kemerdekaan Lembah Menam Chao Phraya terjamin.
§  Kebimbangan peluasaan kuasa Barat yang lain memaksa British menandatangani perjanjian sulit inggris- Siam pada tahun 1897. Britishbimbang kuasa Barat seperti jerman akan menguasai Negeri-negeri melayu Utara.

Penutup
§  British menggiatkan usahanya meluaskan kuasa ke atas Negeri-negeri melayu utara dengan menandatangani Peristiharan Inggris- Siam pada tahun 1902
§  Penasihat british telah dilantik di kedah dan perlis pada tahun 1905. Selain itu, pada tahun 1909, Negeri-negeri melayu utara di serahkan kepada British melalui perjanjian Bangkok.

Soalan 33: Jelaskan Cara Perluasan Kuasa Asing Di Negeri Sabah

Pendahuluan

§  Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. British telah menduduki Singapura 1879), Melaka(1824), dan Siam mencerobohi kedaulatan Negeri-negeri Melayu Utara, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
§  Potensi sabah dari segi ekonomi telah menarik perhatian pelabur-pelabur Barat dari As, Britain, Balanda, dan Sepanyol. Kerajaan British telah meluaskan pengaruh dan kuasanya terhadap Sabah secara tidak langsung melalui pemberian Piagam Diraja. Di Sabah, kepentingan perdagangan merupakan salah satu faktor utama perluasan kuasa British.

Isi-isi penting

a)       Perluasan kuasa asing di Sabah melibatkan beberapa tokoh pedagang bermula pada tahun 1865. Seorang warga Amerika iaitu Claude Lee moses mendapatkan dua konsesi pajakan beberapa kawasan daripada kesultanan Brunei.
b)      Bagi mendapatkan keuntungan , Moses telah menjual hak pajakannya kepada pedagang Amerika ( joseph William torrey dan Thomas B.Haris) dan hong kong ( wo hang) Dan telah menubuhkan The American Trading Company untuk memajukan kawasan tersebut.
c)       Disebabkan kekurangan modal, Overback telah menjalankan usahasama dengan british ( Dent Brother) tahun 1877 dan telah mencetuskan satu perjanjian baru.
d)      Bagi mengatasi pertindihan kuasa, Overback diiringi dengan William hood gabenor Labuan, berjumpa dengan kesultanan sulu dan telah menandatangani perjanjian pada 22 jan 1878. Dalam perjanjian tersebut kesultanan sulu bersetuju menyerahkan kesemua tanah kepada syt Overback dan Dent.

Penutup

§  Kesannya, melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatngani pada tahun 1877-1878.  Syarikat Overbeck dan Dent memperolehi Borneo Utara yang meliputi kawasan antara Teluk gaya di pantai baratt hingga ke Sungai Sibuku di Timur Wilayah Kimanis.

Soalan 34: Jelaskan cara perluasan kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19 hingga Ke-20

Pendahuluan
§  Perluasan kuasa asing oleh British boleh dikesan sebelum tahun 1874 lagi. Bagi Sarawak, perluasan kuasa dilakukan oleh James Brooke, seorang pesara yang melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.
§  Beliau belayar dengan kapalnya Royalist dan berusaha mencari kawasan perdagangan di tanah melayu dan Sarawak.  Di Sarawak, kepentingan perdagangan merupakan faktor utama perluasan kuasa British.

Isi-Isi penting

a)       Perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Penentangan di Sarawak 1836-184. Sebelum tahun 1836, Sarawak merupakan sebahagian daripada kesultanan Brunei di bawah Sultan Omar Ali Saifuddin. Pada mulanya, kerajaan Brunei tidak campur tangan dalam pentadbiran Sarawak dan Sarawak ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan sahaja. Sultan Omar Ali telah menghantar pangeran Indera mahkota sebagai wakil baginda untuk memerintah Sarawak.

b)      Pangeran Indera Mahkota bertindak

Merampas kuasa politik dan ekonomi. pembesar-pembesar melayu. Mereka kehilangan monopoli perdagangan dan penguasaan ke atas lombong emas dan antimony yang merupakan eksport utama Sarawak ketika itu. Mengenakan cukai yang tinggi keatas orang melayu dan Membeli hasil orang melayu dengan harga rendah. Sekiranya orang Bidayuh gagal menjelaskan hutang, maka isteri dan anak akan dijadikan sebagai hamba abdi. Akibatnya, orang bidayuh dan orang melayu yang dipimpin oleh Datu patinggi Ali dan orang dayak  memulakan penentangan pada tahun 1836.

c)       Pakatan Panggeran Raja Muda Hashim dengan james Brooke

Pangeran Raja Muda mengambil keputusan meminta bantuan orang luar. Kebetulan ketika itu james Brooke seorang bekas SHTI dan pengembara telah tiba di Sarawak pada tahun 1839. Panggeran raja Muda dengan segeranya meminta bantuan Brooke untuk mematahkan penentangan di Kuching. Sebagai balasan, James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan berkuasa mentadbir Sarawak sebagai wakil sultan Brunei.

d)      Cara perluasan kuasa Brooke di Sarawak

Satu perjanjian telah ditandatangani antara james Brooke dengan pengeran Raja Muda Hashim (1841). Syarat-syarat James Brooke di beri kuasa memerintah Sarawak serta jajahannya, James diberi hak untuk memungut cukai di sarawak, Bertanggungjawab dalam hal kewangan Sarawak dan Dikehendaki menghormati dan memelihara undang-undang serta adat istiadat orang melayu di Sarawak.
Penutup

§  Kesimpulannya, kesan daripada perjanjian 1841, james Brooke telah dilantik sebagai gabenor Sarawak dan Raja Sarawak (24 Nov 1841).

19 ulasan:

  1. bagaimana cara peluasan kuasa secara tipu helah di pulau pinang ?

    BalasPadam
  2. terima kasih soalan terkumpul cara perluasan kuasa

    BalasPadam
  3. Terima kasih cikgu untuk perkongsian ilmu sejarah penggal 1 dan 3 kemarin

    BalasPadam
  4. Macam mana Cara peluasan kuasa asing di pahang

    BalasPadam
  5. Apakah bandingan cara peluasan kuasa British di Perak dengan di Pahang

    BalasPadam
  6. Cara british mengukuhkan kuasanya di pahang ??

    BalasPadam
  7. Kesan perluasan british ke atas kedah ?

    BalasPadam
  8. Saya nk 4 iktibar perluasan kuasa

    BalasPadam
  9. sebab sebab emas menjadi rebutan kuasa barat di negara kita

    BalasPadam
  10. terangkan faktor yang menyebabkan British ingin menguasi pulau pinang?

    BalasPadam
  11. apakah kesan perluasan kuasa british di perak ?

    BalasPadam
  12. Apakah iktibar yang diperolehi daripada peluasan kuasa kuasa British di negeri selat?

    BalasPadam
  13. Apakah iktibar yang diperolehi?

    BalasPadam
  14. Terima kasih cg atas semua information mengenai sejarah peluasan kuasa asing nih😊

    BalasPadam