Isnin, 3 Februari 2014

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan

3.2 Reaksi Masyarakat Tempatan Mesir dan Algeria

     Soalan 111. Jelaskan kebangkitan gerakan rakyat tempatan terhadap British di Mesir bermula abad ke-19 hingga ke-20 Masihi.

      Pengenalan 

  • Negara Mesir pernah berada d bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, namun pada tahun 1798, negara tersebut telah berada di bawah kekuasaan Perancis yang berjaya menguasai negeri ini sehingga tahun 1801. Namun begitu, kerjasama antara British dengan kerajaan Uthmaniyah telah menyebabkan Perancis berundur, dan memberikan peluang kepada British untuk mencari ruang bagi bertapak kukuh di Mesir, dan hal ini dapat direalisasikan bermula pada tahun 1882. 
  • Penjajahan british merujuk kepada kekalahan tentera Mesir di tangan British pada bulan  September 1882 M. Bermula pada tahun 1914 hingga 1918 M, British mempunyai pengaruh yang kuat di Mesir. Tindakan British yang berhasrat menguasai Mesir telah disedari oleh masyarakat terutamanya menjadikan Khedif sebagai boneka yang memberikan ruang seluasnya untuk menjayakan cita-cita tersebut menyebabkan munculnya gerakan untuk menghalang peluasan kuasa ini yang dengan dimulai oleh Gerakan Rosetta.  Pentadbiran British di Mesir pada peringkat awal ini dipelopori oleh Lord Cromer yang dilantik sebagai Consul General antara tahun 1883 hingga 1907 M. Dasar British yang jelas mendiskriminasi golongan pribumi telah membawa kepada gerakan rakyat Mesir terhadap pihak British pada abad ke-19 dan abad ke-20 Masihi.

      Isi-isi utama 

      1. Gerakan Rosetta 

  •             Kebangkitan rakyat Mesir telah bermula melalui Gerakan Rosetta merupakan perangsang kepada gerakan di Mesir.  Jalinan kerjasama antara British dengan Alfi Bey merupakan kesempatan kepada British untuk menguasai pantai atau kawasan persisiran Mesir. Hal ini terbukti pada tahun 1807, seramai 2 000 orang tentera British telah mendarat di bandar Rosetta dengan hasrat menjadikan bandar berkenaan sebagai pusat gerakan untuk meluaskan kuasa.  
  •              Walau bagaimanapun usaha British telah dapat dihidu oleh pemimpin tempatan yang diketuai oleh Gabenor Rosetta, Ali Bey yang telah bertindak menggerakkan masyarakat di bandar pelabuhan ini mempertahankan bandar Rosetta menyebabkan berlakunya pertentangan yang mengorbankan banyak nyawa antara kedua - dua pihak, namun bagi masyarakat tempatan, peristiwa menjadi asas kebangkitan terhadap kuasa Barat berkenaan.

       2. Gerakan Sayyid Umar Makram         

  •             Seterusnya, Gerakan Sayyid Umar Makram. Perjuangan Ali Bey telah mendapat perhatian ulama tempatan, al Sayyid Umar Makram yang tidak putus - putus menyemarakkan semangat jihad dalam kalangan masyarakat tempatan agar berani mempertahankan kedaulatan. Kemunculan ulama ini telah menyemarakkan perjuangan golongan massa dan penuntut Universiti al Azhar agak menggerakkan api perjuangan.  
  •         Gerakan ini telah menyusun strategi dengan menggerakkan tentera melalui dua kumpulan; masing-masing bergerak ke lembah Sungai Nil dan sepasukan lagi akan menyerang bandar yang terletak di selatan Baitulmaqdis. Serangan ini telah memberikan impak yang cukup besar kepada perjuangan masyarakat tempatan, British akur dengan kekalahan dan mulai meninggalkan pelabuhan Islandariah pada September 1807.

      3. Gerakan Islah  

  • Di samping itu adalah Gerakan Islah. Gerakan ini dipelopori oleh dua orang golongan cerdik pandai Islam, Jamaluddin al Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan Islah ini berhadapan dengan arus sekularisasi Barat di samping kekolotan pemikiran masyarakat tempatan. Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh telah memperkenalkan Gerakan Pemulihan Islam dengan menyeru masyarakat tempatan kembali kepada ajaran Islam sebenar bagi meningkatkan kemajuan dalam kehidupan di samping tidak menolak sains dan teknologi. Ciri-ciri utama gerakan ini termasuk gagasan al-Jamiah al-Islamiah (Pan Islamisme) dan perjuangan kemerdekaan.
  • Kesemua idea dan program islah dilaksanakan melalui pelbagai kaedah termasuk melalui proses pengajaran, pidato dan media massa (majalah dan akhbar) serta karya-karya ilmiah. Gerakan Islah juga dilakukan melalui jawatan-jawatan yang disandang. Kempen-kempen yang dijalankan oleh tokoh-tokoh ini membangkitkan semangat perasaan antipenjajah. Jamaluddin al Afghani telah menubuhkan Misri al Falat dan al Hizb al Watani bagi membebaskan Mesir daripada penjajahan Barat.

      4. Penentangan golongan Fellahin

  •             Selain itu, Penentangan golongan Fellahin yang terdiri daripada golongan bangsawan (Pasha), ulama dan tuan tanah bersatu dengan golongan tentera. Penyatuan ini berpunca daripada bangsa Eropah menunjukkan sikap dan dasar permusuhan terhadap kedua-dua golongan tersebut dan menyokong Khedif Taufiq yang menindas rakyat. Kebangkitan utama ini sebenarnya berpunca daripada ketidakpuasan hati golongan tentera tempatan yang telah di diskriminasikan. Gaji golongan tentera beberapa bulan tidak dibayar, dan ketegangan semakin memuncak apabila pegawai berpangkat rendah yang berketurunan fellahin tidak diberikan peluang yang sama dalam soal kenaikan pangkat berbanding pegawai tinggi yang berketurunan Turki – Circassia dan yang akrab dengan pihak istana. 
  •          Khabar angin ramai tentera fellahin akan diberhentikan perkhidmatan membangkitkan kemarahan tentera tempatan ini. Sementara golongan tuan tanah menyertai penentangan Urabi disebabkan mereka berhadapan dengan kadar faedah yang tinggi yang dikenakan oleh peminjam wang Kristan Lubnan. Kegagalan melangsaikan hutang menyebabkan tanah mereka tergadai atau dirampas. Malah, golongan ini juga menanggung bebanan cukai yang tinggi. Jaminan Ahmad Urabi yang akan mengurangkan masalah ini menyebabkan mereka menyokong Pemberontakan Urabi.

     5. Gerakan Urabi Pasha. 

  •             Akhir sekali adalah Gerakan Urabi Pasha. Gerakan Kolonel Urabi Pasha l88l - 1882M pula merupakan gerakan menuntut kemerdekaan Mesir, dikenali sebagai pemberontakan Urabi. Gerakan ini menjadi tonggak kepada semangat nasionalisme Mesir. Awal perjuangan, gerakan ini adalah sebuah gerakan anti orang asing (Perancis, British dan Turki). 
  •        Namun, akhimya gerakan ini menuntut perubahan dalam pentadbiran dan pemerintahan termasuk menyingkirkan Khedif Taufiq yang bertindak memohon bantuan British.  British menyerang Urabi Pasha kerana ia mengancam kedudukan British di Mesir dan berjaya mengalahkan Urabi Pasha. Urabi Pasha telah dibuang ke Sri Lanka. Syeikh Muhamad Abduh turut diusir keluar dari Mesir.

      Kesimpulan

  •      Kebangkitan awal yang berpunca daripada Gerakan Rosetta ini telah menyemarakkan perjuangan orang-orang tempatan bagi menyanggah British. Kemuncak kepada kebangkitan masyarakat tempatan ialah kemunculan golongan lulusan Barat yang lantang mengkritik British dan berani menyuarakan hasrat untuk menuntut kemerdekaan, dan ianya mendapat sokongan padu rakyat. 
  •       Penjajahan British di Mesir pada abad ke-19 M dan  ke-20 M membawa kepada reaksi dan penentangan masyarakat tempatan. Kemunculan tokoh-tokoh seperti ‘Urabi Pasha, Sa’d Zaghlul, Mustafa Kamil Pasha dan Hassan al-Banna di Mesir, mereka telah Berjaya menggerakkan rakyat untuk bangun menentang penjajahan. Berikutan penentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan, akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922 M.

Soalan 113:  Terangkan reaksi masyarakat tempatan di Algeria pada abad ke-19.                                                                                                 
Pengenalan

Sebelum penjajahan Perancis, Algeria merupakan sebahagian daripada empayar Turki uthmaniyah. Kelemahan pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyah memberi ruang kepada kuasa Perancis campur tangan di Algeria.  Kuasa-kuasa Barat mula membahagi-bahagikan wilayah dunia Islam. Penjajahan Perancis di Algeria bermula kerana isu kewangan. Pada akhir abad ke-18, Perancis terlibat secara aktif dalam ekonomi Algeria.  Campur tangan Perancis dalam politik bermula apabila pemerintah Algeria, Husain Dey menuntut hutang dari tentera Perancis yang masih tertunggak untuk pembelian gandum.

Isi-Isi :

Penentangan Pada Zaman Husain Dey

Husain Dey ialah pemerintah Algeria yang dilantik oleh Khalifah Turki Uthmaniyah.  Beliau ingin mengutip hutang dari Perancis, tetapi ditolak.  Tindakan Husain Dey yang tidak mahu memberikan penghormatan kepada bendera Perancis telah menimbulkan krisis. Keadaan ini menggiatkan lagi usaha penjajahan Perancis ke Algeria.

Penentangan Semasa Betrand Clausel

Ketua tentera Perancis, Bertrand Clausel mempergiatkan lagi penjajahan Perancis yang mendorong kemasukan ramai peneroka Eropah ke Algeria. Mereka menceroboh masjid dan tanah perkuburan orang Islam. Keadaan ini mendorong penentangan kuat daripada masyarakat tempatan. Penentangan paling hebat berlaku pada tahun 1830-an dan 1840-an.

Penentangan Oleh Amir Abdul Qadir

Pada tahun 1832, penentangan terhadap Perancis yang sangat hebat dipimpin oleh Amir Abdul Qadir. Beliau ialah seorang tokoh ulama, pemimpin politik dan tentera. Pengalaman yang diperolehnya di Makkah, Damsyik dan Baghdad menanamkan semangat kepimpinan dalam dirinya.  Sebagai seorang amir, beliau telah menyatupadukan pelbagai puak untuk menentang Perancis.

Amir Abdul Qadir ialah seorang yang mempunyai semangat cinta akan tanah air. Penentangan beliau berterusan sehingga tahun 1842. Kejayaan beliau adalah kerana menggunakan taktik perang gerila. Beliau bergabung dengan Abu Ma’zi untuk menentang Perancis di wilayah Oran. Beliau berjaya menggerakkan pendudukan Algeria dan menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Sepanjang penentangan selama 10 tahun, beribu-ribu umat Islam terkorban.

Kekejaman Thomas Robert Bugeaud 

Gabenor Jeneral Perancis yang baharu, iaitu Thomas Robert Bugeaud menyerang Algeria secara berterusan dari tahun 1841 hingga 1847.  Beliau merebut banyak tanah Algeria dan peneroka Perancis di Algeria menuntut supaya Algeria digabungkan dengan negara Perancis.  Tindakan Bugeaud sangat ganas dan penduduk Algeria sangat menderita. Banyak kawasan pertempatan, pertanian dan binatang ternakan dimusnahkan. Tentera Islam yang dibawa oleh Amir Abdul Qadir tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerah diri.

Undang-Undang 1848

Undang-undang 1848 membahagikan Algeria kepada dua kumpulan masyarakat, iaitu masyarakat Eropah yang hidup mewah dan masyarakat Islam yang hidup menderita.Penduduk Eropah menyokong dasar perluasan. Selepas tahun 1851, Raja Napoleon III memberikan tanah dirampas daripada penduduk Algeria kepada syarikat-syarikat Perancis.  Syarikat-syarikat ini mengupah penduduk tempat untuk bekerja di ladang-ladang mereka.

Pemberontakan Kabylia 

Penjajahan Perancis banyak menindas masyarakat tempatan sehingga penduduk di kawasan Kabylia melancarkan pemberontakan.  Pemberontakan ini kemudian merebak ke kawasan-kawasan lain.  Lebih kurang satu pertiga penduduk Algeria terlibat dalam pemberontakan ini. Pemberontakan ini akhirnya ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1872. Selepas pemberontakan berakhir, masyarakat Algeria menjadi lebih miskin. 

Pihak Perancis memaksa penduduk tempatan untuk membayar cukai yang lebih banyak untuk menampung perbelanjaan Perancis. Masyarakat Algeria juga tidak dibenarkan berhubung dengan masyarakat Islam lain. Perancis telah bekerjasama dengan golongan ulama dengan melantik mereka sebagai pegawai kerajaan untuk mengelakkan penentangan peribumi. Perancis juga mengehadkan pendidikan orang Islam, mengenakan cukai yang tinggi dan mengadakan undang-undang  khas untuk mengawal masyarakat tempatan.

Gerakan Algeria Muda

Pada tahun 1900, golongan modenis Islam Algeria (Algeria Muda) menghantar satu memorandum kepada pemerintah Perancis bagi mendapatkan hak mengundi dan melantik perwakilan. Mereka juga cuba bekerjasama dengan pendukung modenis Islam di timur tengah untuk membebaskan diri daripada Imperialisme Eropah secara politik, ekonomi, dan kebudayaan. Selepas Perang Dunia Pertama, golongan Algeria Muda yang memperkenalkan diri mereka sebagai orang Islam Perancis berusaha menuntut kemajuan dalam pendidikan dan hak politik.

Selain daripada golongan Algeria Muda, terdapat juga rakyat Algeria yang bangkit menentang penjajah Perancis dengan menjadikan dasar Pan-Islamisme sebagai penyesalesaian kepada masalah di Negara mereka. Gerakan ini berjaya menyekat kegiatan Kristianiti di Algeria dan Afrika Utara.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Perancis telah menyekat kegiatan golongan peribumi, namun menjelang tahun 1900-an muncul golongan modenis Islam Algeria. Mereka berjuang dengan cara yang berhemah untuk mendapatkan kebebasan daripada penjajahan Perancis. Jihad yang berterusan telah berlaku di Algeria, menelan korban sejuta syuhada sehingga negara ini juga digelar “negara sejuta syuhada”. Perjuangan panjang masyarakat tempat Alegeria yang dipimpin oleh para ulama telah menghasilkan kejayaan apabila Algeria memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1962, iaitu setelah dijajah selama 132 tahun.

Soalan 114: Jelaskan peranan yang di mainkan oleh Abdul Qadir dalam gerakan penentangan masyarakat islam Algeria terhadap Perancis.

Pendahuluan:

§   Gerakan kemerdekaan di Algeria dipelopori oleh Amir Abdul Qadir.Beliau dilahirkan pada 26 September 1807 di Bandar Mascara, Wilaya Oren, Algeria. Ayahnya, Shaykh Muhyiddin al-Hasani, merupakan seorang tokoh ulama terkemuka di Algeria. Pada tahun 1825, beliau bersama ayahnya menunaikan ibadah haji di makkah. Abdul Qadir bertemu Imam Shamil, pemimpin dan perjuang Chechnya yang berperang menentang penjajah Rusia di negaranya. Mereka berbincang megenai politik dan nasib umat Islam.

Isi-isi penting

1.       Pengalaman Abdul Qadir ini Berjaya menanamkan semagat dalam diri beliau dan pulang ke Algeria beberapa bulan sebelum penjajah Perancis. Dalam tempoh dua tahun, Abdul Qadir dilantik sebagai amir dan beliau Berjaya menyatukan perbagai puak dan melakukan penentagan terhadap Perancis. Abdul Qadir menggunakan teknik perang gerila selama hampir sedekad, dan dalam tempoh tersebut, beliau Berjaya megalahkan Perancis dalam beberapa petempuran. Sementara itu, wilayah barat Algeria menjadi kubu kuatnya untuk menentang Perancis.

2.       Abdul Qadir dikenali sebagai seorang ahlui sufi dan pejuang gerila yang memainkan peranan menyusun barisan tentera untuk menentang musuh. Antara tokoh lain yang berperanan dalam gerakan penentagan di Algeria ialah Abu Ma’zi yangberasal dari Mahhribi dan dating ke Algeria pada tahun 1835. Beliau memgerakkan masyarakat untuk menentang Perancis di wilayah Selatan Oran.

3.       Abu Ma’zi seterusnya memindakan aktiviti penentagannya di Zawawah dan bergabung dengan Abdul Qadir yang kemudiannya melantik beliau sebagai Gabenor di wilayah tersebut. Abu Ma’zi kemudiannya dipaksa pulang ke Maghribi pada tahun 1845, namun kembali semula pada tahun yang sma. Abu Ma’zi kemudiannya Berjaya mengerakkan penduduk Algeria dan Berjaya menewaskan Perancis dalam pertempuran Sidi Ibrahim. Situasi ini membingbangkan Perancis, lalu Jenerel Bugeaud menggerakkan pasukan tenteranya dan mereksut seramai 10 000 orang tentera dan Berjaya menewaskan pasukan Abdul Qadir.

4.       Selepas perang dunia pertama, struktur social masyarakat Algeria mengalami kemunduran dan ramai yang kehilangan pekerjaan. Keadaan ini memaksa mereka memimjam daripada golonganYahudi, namun golongan tersebut memeras masyarakat dengan mengenakkan kadar bunga yang tinggi, iaitu sehingga 50 hingga 60 peratus. Begitu juga dengan golongan petani yang tinggal di daerah sekitar yang masih mempunyai tanah, yang juga mengalami dua kali pemindahan milik harta mereka, iaitu daripada tengan orang Algeria kepada Yahudi atau Eropah dan satu pihak lagi daripda golongan kelas menegah kepada golongn peniaga.

5.       Berakhirnya perang Rif, membawa semangat baharu kepada rakyak Algeria. Semangat social mula kelihatan dalam tindakan.Madrasah dan masjid bebas daripada kawalan pemerintah. Perang Rif ini juga di kenali sebagai Second Morrocan War yang melibatkan Perancis, Sepanyol dan juga Maghribi di kawasan pergunungan Rif. Perang ini bermula pada tahun 1920 dan memperlihatkan kekalahan Sepanyol menguasai Djebala.

6.       Pada tahun 1921, kegagalan yang lebih besar dialami oleh Sepanyol yang dikalahkan oleh pasukan pemimpin Shaykh Abdul Karin yang mengakibatkan kematian seramai 14 000 orang tentera yang pemimpin oleh Jenerel Silvestre. Perang ini kemudiannya diteruskan oleh Perancis, walaupun kekalah berpihat kepada umat Islam, ia memberikan suntikan semagat kepada rakyat Algeria untuk menentang penjajah. Dari satu, lahir sebuah msyarakat baharu di Algeria hasil sumbagan bersama dari segi kesedaran dan autonomi dalam membuat keputusan yang memberikan cirri sah kepada sesebuah masyarakat.

Kesimpulan

§   Abdul Qadir merintis herakan kemerdekaan di Algeria. Penentangan pertama yang dipimpin oleh beliau berlaku pada tahun 1832. Abdul Qadir dikenali sebagai seorang yang tegas serta mempunyai semangat kecintaan yang tinggi kepada tanah air. Beliau juga ialah seorang ahli sufi yang bijak menyusun barisan tentera untuk menenteng musuh.

   Soalan 114 (b): Terangkan peranan Mustafa Kamil Pasha dalam reaksi masyarakat tempatan di Mesir.

Mustafa Kamil Pasha adalah anak kepada seorang pegawai tentera Mesir, Kamil dilatih sebagai peguam di sebuah sekolah undang-undang Perancis di Kaherah dan Fakulti Undang-undang di University of Toulouse di Perancis. Pada Januari 1893, sebagai pelajar universiti kamil mula terkenal apabila beliau mengetuai sekumpulan pelajar yang memusnahkan pejabat akhbar al-Muqattam yang menyokong pendudukan British di Mesir. Sebagai seorang nasionalis yang bersemangat, beliau menyokong Mesir Khedif Abbas Hilmi II, yang sangat menentang pendudukan United Kingdom di Mesir dan Sudan. Beliau merupakan seorang protege Abbas Hilmi pada tahun 1892, adalah khedif yang banyak mendidik dan membantu Kamil di Toulouse. Sejarawan Amerika Syarikat Michael Laffan menyifatkan Kamil sebagai seorang  nasionalis yang tidak berkesudahan, penulis prolifik dan personaliti yang berkarisma" di Mesir. Beliau telah memberikan banyak sumbangan yang besar dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial.

Peranan Mustafa kamil adalah dalam memperjuangkan Petisyen kemerdekaan kepada Britain. Kamil mula mendapat perhatian meluas di luar Mesir apabila menyampaikan petisyen kepada Dewan Rakyat Perancis di Paris pada Jun 1895 meminta Perancis memberi tekanan kepada Britain untuk meninggalkan Mesir. Sekembalinya ke Mesir, Kamil menulis dan menerbitkan risalah dalam bahasa Perancis (bahasa elit Mesir) yang tajuknya Le peril anglais: Conséquence de l'occupation de l'Mesir par l'Angleterre memberikan tesisnya. Dari tahun 1895 hingga 1907, Kamil melawat Perancis setiap tahun, sentiasa memberi ucapan dan menulis artikel akhbar yang mengecam pemerintahan British di Mesir. Persahabatan Kamil dengan penulis Perancis Pierre Loti dan juliette Adam feminis menyebabkan beliau diperkenalkan kepada banyak pintar Perancis, yang kagum dengan orang Mesir muda yang berkarisma dan pintar yang bercakap dan menulis fasih berbahasa Perancis.

Seterusya, beliau juga telah berperanan dalam Perjuangan Menuntut kemerdekaan. Beliau juga mencari kerjasama dengan Perancis dan Empayar Uthmaniyyah, tetapi kemudian dia secara beransur-ansur berkembang lebih bebas daripada penyokong luar, dan merayu terutamanya kepada rakyat Mesir untuk menuntut penghujung pendudukan British. Kamil sering bekerja sebagai diplomat tidak rasmi, melawat ibu kota Eropah bagi pihak Khedive, mencari sokongan untuk menamatkan pendudukan British yang "sementara" Mesir. Kamil mempunyai apa yang digambarkan sebagai "kesetiaan rumit" yang memiliki status Mesir sebagai vilayat Uthmaniyyah (wilayah) yang mentadbir sendiri di bawah keturunan Mohammad Ali Agung yang telah diduduki oleh Britain pada tahun 1882. Seperti kebanyakan rakyat Mesir generasinya, Kamil melihat orang-orang Khedives sebagai pemerintah Mesir yang sah, yang seterusnya memiliki kesetiaan mereka kepada Sultan-Khalifah Uthmaniyyah di Constantinople. Menurutnya, Mesir tidak mengusir British secara ketenteraan, Kamil merebut usahanya untuk perhubungan awam dan perjanjian dengan British.

Selanjutnya, Mustafa Kamil telah mengasaskan Parti Negara. Kamil mengasaskan Parti Negara pada Disember 1907, dua bulan sebelum kematiannya. Beliau disokong kuat oleh Mohammad Farid, ahli terkemuka Mesir dan bangsawan Sudan. Beliau  menghabiskan masa terakhirnya menyokong gerakan pembebasan negara, menjadi pemimpin Parti Kebangsaan. Kewujudannya adalah kemarahan terhadap kemanusiaan dan hak sivil rakyat Mesir dan cacat cela terhadap kehormatan tamadun British." Selepas itu, Kamil melawat 10 Dowding Street untuk bertemu Perdana Menteri, Henry Campbell-Bannerman. Campbell-Bannermann meminta Kamil untuk senarai orang Mesir yang mampu menjadi menteri, yang membawanya untuk menulis 32 nama, beberapa daripadanya telah dilantik ke Mesir.

Di samping itu, beliau juga berusaha untuk ke arah penyatuan Mesir. beliau sangat dipengaruhi oleh ahli falsafah Perancis Ernest Renan yang berpendapat bahawa apa yang ditakrifkan sebuah negara adalah "Le désir d'tre ensemble" ("wasiat untuk hidup bersama"), Kamil mengekalkan bahawa orang Mesir mahu hidup bersama dalam satu negeri. Hujah Kamil bahawa penyatuan Upper and Lower Mesir sekitar kira-kira 3100 SM adalah kelahiran Mesir sebagai sebuah negeri yang berdasarkan rasa nasionalisme Mesir.  Seperti ramai nasionalis Mesir yang lain pada abad ke-19, Kamil berbangga dengan penemuan ahli arkeologi yang membongkar runtuhan Mesir purba, dan beliau menyampaikan sejarah Mesir dari zaman Firaun sebagai salah satu yang harus dibanggakan oleh semua lapisan rakyat Mesir.

Beliau juga berperanan dalam menerbitkan akhbar Al-Liwa’. Pada tahun 1900, Kamil mengasaskan akhbar Al-Liwa' ("Standard") sebagai platform untuk pandangannya dan menggunakan kemahirannya sebagai wartawan dan peguam. Beliau juga mengasaskan sekolah kanak-kanak lelaki yang terbuka kepada umat Islam Mesir, Kristian, dan Yahudi. Sebuah Francophile, Kamil banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai republik Perancis Liberté, Égalité, Fraternité, melihat Perancis sebagai penerjun nilai-nilai kemajuan, kemakmuran, dan kebebasan. Penulisan Kamil membantu mendefinisikan semula kesetiaan kepada Al-Watan ("tanah air") dari segi menekankan kepentingan pendidikan, nizam (perintah), dan cinta al-watan, secara tersirat mengkritik negeri yang dicipta oleh Mohammad Ali agung, yang dijalankan pada garisan yang sangat militarist. Seperti ramai nasionalis Mesir yang lain pada awal abad ke-20, Kamil berbangga dengan pencapaian tamadun Mesir purba, yang baginya menunjukkan bahawa Mesir mempunyai sejarah negeri kembali beribu-ribu tahun, yang menetapkan orang Mesir selain daripada orang lain.


Akhir sekali, peranan beliau juga dapat dilihat dalam aspek pendidikan. Pada 26 Julai 1906 Kamil memberi ucapan di Hotel Carlton di London, yang bermula dengan menonjolkan sejarah minoriti Coptic di Mesir untuk menentang hujah "fanatik" Cromer sebelum menyerang Cromer kerana pengabaiannya terhadap sistem pendidikan di Mesir. Mustafa Kamil juga telah menyatakan bahawa seluruh generasi Mesir telah berjaya dalam aspek pendidikan berhasil sejak beliau mengambil alih sistem pendidikan Mesir melalui beberapa perubahan dasar dan sistem pendidikan yang lebih pragmatik. Jelaslah, Mustafa kamil telah banyak menyumbang dalam pembangunan dan kemajuan sistem pendidikan di Mesir.

Kesimpulannya, Mustafa Kamil telah banyak memberikan sumbangan dalam pembangunan politik, ekonomi dan sosial di Mesir. Kamil dikenang sebagai nasionalis Mesir yang subur, dan penyokong artikulasi kemerdekaan Mesir. Fazlur Rahman Malik berhujah bahawa walaupun semestinya sekular, nasionalismenya diilhamkan oleh masa lalu Islam. Ini nampaknya kesimpulan semula jadi kerana Mesir telah kekal di bawah sistem Khalifah Islam selama berabad-abad sebelum ini.  British sering menuduh beliau menyokong pan-Islam, dan diketahui bahawa beliau menyokong Sultan Uthmaniyyah terhadap Kerajaan Mesir dan British yang menguasai Mesir dalam pertikaian ke atas Taba pada Mei 1906, walaupun kemudian dalam hidupnya dia berpindah jauh dari menyokong Mesir sebagai sebahagian daripada dunia Islam yang pelbagai, dan banyak lagi sebagai sebuah negara yang unik.

  Soalan 114 (c). Huraikan sumbangan Saad Zaghlul dalam membangkitkan reaksi masyarakat tempatan di Mesir

Nama sebenar Saad Zaghlul adalah Saʿad Zaghlūl Pasha ibn Ibrāhīm, Beliau dilahirkan pada Julai 1857, Ibyānh, Mesir dan meninggal dunia pada 23 Ogos 1927, Kaherah, Mesir. Beliau merupakan negarawan dan patriot Mesir, pemimpin parti Wafd dan gerakan nasionalis 1918-19. Beliau adalah perdana menteri pada tahun 1924. Beliau dididik di Universiti Islam Al-Azhar di Kaherah dan di Sekolah Undang-undang Mesir, kemudian berlatih sebagai peguam bela dan juga dalam bidang kewartawanan. Saad Zaghlul Pasha (1859-1927), pemimpin politik Mesir, mengasaskan parti politik terpenting negara itu, Wafd. Di Universiti Azhar beliau pakar dalam hukum Islam, falsafah, dan teologi dan datang di bawah pengaruh kuat reformasi Islam Jamal al-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kerjaya Zaghlul seterusnya mencerminkan jejak reformasi ini, dan beliau memperjuangkan pembaharuan dalaman institusi sosial, pendidikan, dan politik Mesir sehingga akhir hayat peristiwanya. Terdapat beberapa sumbangan Saad Zaghlul dalam membangkitkan reaksi masyarakat tempatan di Mesir.

Sumbangan utama Saad Zaghlul adalah dalam aspek politik. Zaghlul telah dilantik menjadi Menteri Pendidikan (1906-1908), dan beberapa bekas ahli Dewan Undangan Negeri yang tidak berfungsi, telah menghabiskan tahun-tahun perang membentuk kumpulan aktivis di seluruh Mesir untuk tujuan muktamad percamaman dan tindakan politik. Pada 13 November 1918, dua hari selepas senjata, delegasi (wafd) daripada tiga bekas ahli Dewan Undangan Negeri yang terkemuka, yang diketuai oleh Zaghlul, menyeru Sir Reginald Wingate, pesuruhjaya tinggi (sebagai wakil British di Mesir kini dipanggil). Mereka juga menuntut agar mereka dibenarkan untuk meneruskan ke London untuk merundingkan perjanjian sedemikian secara langsung dengan kerajaan British. Apabila permintaan ini ditolak, gangguan meluas tercetus, dianjurkan melalui badan-badan landestine yang ditubuhkan oleh Zaghlul dan rakan-rakannya. Zaghlul segera meneruskan ke Paris, di mana Persidangan Keamanan sedang bersidang, untuk membentangkan kes Mesir kepada Sekutu. Pembebasan Zaghlul meletakkan pengakhiran sementara kepada gangguan awam di Mesir pada tahun 1919.

Di samping itu, sumbangan Saad Zaghlul juga adalah telah mengasaskan Parti Wafd. Saad Zaghlul Pasha (1859-1927), pemimpin politik Mesir, mengasaskan parti politik terpenting negara itu, Parti Wafd. Di Universiti Azhar beliau pakar dalam hukum Islam, falsafah, dan teologi dan datang di bawah pengaruh kuat reformasi Islam Jamal al-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kerjaya Zaghlul seterusnya mencerminkan jejak reformasi ini, dan beliau memperjuangkan pembaharuan dalaman institusi sosial, pendidikan, dan politik Mesir sehingga akhir hayat peristiwanya. Pelantikan pertama Zaghlul adalah sebagai penolong editor bahagian Arab Jurnal Rasmi Mesir, yang disunting oleh Muhammad Abduh. Wawasan dan komitmen beliau terhadap pembaharuan pendidikan tidak lama lagi mula dicerminkan dalam pelbagai esay sama ada ditulis atau diilhamkan oleh Zaghlul yang sangat kritikal terhadap keadaan rendah pendidikan dan institusi di Mesir.

Selain itu, beliau juga memperjuangkan kebangkitan birokrasi. Saad Zaghlul mengamalkan undang-undang dan membezakan dirinya yang membolehkan beliau mengambil bahagian dalam politik Mesir, kemudian dikuasai oleh perjuangan sederhana dan melampau-menentang pendudukan British; dan melaksanakan hubungan yang berguna dan kekal dengan puak-puak yang berbeza nasionalis Mesir. Beliau menjadi rapat dengan Puteri Nazli, dan kenalannya dengan kelas atasan Mesir membawa kepada perkahwinannya dengan anak perempuan perdana menteri Mesir, Mustafa Pasha Fahmi, yang persahabatannya dengan Lord Cromer, kemudian pemerintah Mesir yang berkesan, akaun sebahagiannya untuk penerimaan zaghlul kepada pendudukan British. Dalam pewarisan Zaghlul dilantik sebagai hakim, Menteri Pendidikan (1906-1908), Menteri Kehakiman (1910-1912); pada tahun 1913 beliau menjadi naib presiden Dewan Undangan Negeri. Dalam semua jawatan menterinya Zaghlul melaksanakan langkah-langkah tertentu pembaharuan yang boleh diterima oleh nasionalis Mesir.

Seterusnya, beliau juga telah memimpin Revolusi Mesir. Desakan Mesir, dan keengganan British untuk memberikan, kemerdekaan akhirnya membawa kepada wabak revolusi Mesir kedua, pada tahun 1919. Mengetuai revolusi adalah Zaghlul, yang sebagai ketua delegasi Mesir (Wafd) menyampaikan permintaan kemerdekaan Mesir kepada pesuruhjaya tinggi Britain. Zaghlul telah ditangkap dan pada bulan Mac dipindahkan ke Malta. Selepas pembebasannya pada bulan April, beliau pergi ke Paris untuk cuba membentangkan kepada Persidangan Keamanan permintaan Mesir untuk kemerdekaan; Pada bulan Jun 1920 beliau telah ke London untuk berunding dengan Pejabat Kolonial; dan kembali ke Mesir pada Mac 1921. Zaghlul meneruskan perjuangannya, dan British sekali lagi memenjarakannya pada tahun 1921, pertama ke Aden, kemudian ke Seychelles, dan akhirnya ke Gibraltar. Beliau akhirnya dibebaskan pada Mac 1923 dan dibenarkan pulang ke Mesir. Delegasi Mesir yang pada mulanya dipimpinnya telah berubah menjadi parti Wafd, yang terbesar dan berjaya memimpin rakyat untuk berjuang ke arah kemerdekaan Mesir.

Seterusnya, sumbangan beliau dalam tuntutan kemerdekaan Mesir. Zaghlul mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Setiausaha Koloni British Alfred Milner untuk membincangkan masa depan Mesir. Milner mencadangkan pada Kerajaan British untuk melepaskan status Mesir sebagai negeri naungan Britain. Pada tahun 1921, Zaghlul dan penyokongnya cuba menghalang penubuhan kerajaan British di Mesir, menyebabkan Zaghlul dibuang negeri sekali lagi ke kepulauan Seychelles. Untuk meredakan kebangkitan rakyat Mesir, Kerajaan British secara unilateral mengumumkan kemerdekaan Mesir pada 28 Februari 1922. Namun begitu, kemerdekaan untuk Mesir hanya sekadar nama dan amat terhad pelaksanaannya. Britain masih menempatkan tenteranya di Mesir, di samping menguasai sepenuhnya urusan pertahanan dan hubungan luar Mesir. Sudan yang merupakan sebahagian daripada Mesir sebelum itu masih dikuasai sepenuhnya oleh British. Pihak British memainkan peranan menjaga kepentingan imperialis Eropah di Mesir. Pihak British juga memastikan kerabat diraja yang rapat padanya terus kekal berkuasa. Fuad I yang menjadi Sultan boneka British sejak tahun 1917 kekal sebagai Raja Mesir selepas “kemerdekaan” pada tahun 1922.

Selain itu, beliau juga turut memberi sumbangan dalam Pendidikan. Beliau kekal sebagai menteri pendidikan sehingga tahun 1910. Selama enam tahun beliau menjadi menteri, beliau telah berkhidmat dalam beberapa siri kerajaan yang telah bekerjasama dengan penjajah British dan ahli-ahli yang sehubungan itu dianggap hampir sebagai pengkhianat oleh nasionalis yang melampau. Walau bagaimanapun, pada tahun 1912, sikap Zaghlul berubah. Dipilih ke Dewan Undangan Negeri, sebuah parlimen unicameral dengan kuasa yang terhad, pada tahun 1913, beliau menjadi naib presiden dan dalam tempoh setahun memulihkan dirinya di mata nasionalis oleh kritikannya terhadap kerajaan. Jelaslah, peranan beliau sebagai menteri pendidikan Mesir pada tahun 1910 telah banyak memberikan sumbangan dalam sistem pendidikan di negara Mesir setanding dengan perkembangan pendidikan di negara-negara lain.

Kesimpulannya, Saad Zaghlul telah banyak memberikan sumbangan kepada Mesir merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Dengan Mesir mendapat status “merdeka”, Parti Wafd telah mengemukakan perlembagaan baru untuk Mesir yang berasaskan sistem perwakilan parlimen pada tahun 1923. Pihak British membenarkan demokrasi berparlimen wujud di Mesir selagi ia tidak menggugat kepentingannya, asalkan dapat memastikan golongan nasionalis borjuasi berada dalam kawalan mereka. Parti Wafd pimpinannya telah menang sebanyak 188 daripada 215 kerusi parlimen dalam Pilihanraya Parlimen Mesir yang pertama, dan Zaghlul dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 1924. Namun, Zaghlul dipaksa untuk meletak jawatan kerana tidak menerima arahan dan tunduk kepada pihak British. 



2 ulasan: