3.1 Perluasan Kuasa
Soalan 105: Huraikan peluasan kuasa barat terhadap
kerajaan Uthmaniyah
Pendahuluan
§ sejak abad ke-15, bangsa Eropah mula melancarkan gerakan
peluasan kuasa secara besar-besaran
melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik dan sebagainya seluruh
dunia berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, British dan Perancis
sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi mencari kawasan baharu dan menakluki
kawasan-kawasan yg telah dirancang terlebih awal. Norman Daniel melalui bukunya Islam, Europe and Empire
menegaskan bahawa, “…..perluasan kuasa atau imperialisme adalah
lebih daripada mencari sebuah empayar”. Negara-negara eropah berusaha keras untuk
memotong dan mengerat tubuh turki Uthmaniyah yg mereka gelar sebagai orang
sakit Eropah untuk merebut bahagian masing-masing daripada wilayah dan harta
peninggalan empayar Turki Uthmaniyah.
Isi- isi penting
1) Tuntutan kuasa autonomi
§ Selain bersaing dengan wilayah dunia Islam, kerajaan
uthmaniyah juga terpaksa bersaing dgn kuasa 2 barat dlm abad ke -19. Cabaran dari
dunia barat lebih menekankan kerajaan Uthmaniyah di sebabkan kuasa barat membawa
ancaman politik dan jga tlah mnyebarkan fahaman @ semangat nasionalisme.
Semangt ini pd mulanya brkembang di Greece, Serbia dan juga Romania. sepanjang
abad ke-18 m, situasi kemerosotan jelas kelihatan dan tidak dapat dielakkan.
§ Sebahagian besar wallachia Serbia dan bosnia di sempadan
sgai Morava , dwina dan unna berserta kupu 2 pertahanan di Belgrade serta
semendria telah diserahkan kpd Austria dlm peperangan peterwadien dan Belgrae,
kerajaan utmaniyah turut mengalami kekalahan. Perjajnjian Belgrade telah di tandatangani pd
tahun 1739 m merupakan percubaan utk brdamai tetapi usaha trsebut lebih
menguntungkan rusia.pengistyiaran perang oleh krajaan utmaniyah trhadap rusia
mendorong tentera rusia ke Bulgaria.
§ Peperangan tersebut di akhiri dgn Perjanjian kucuk
kaynarca pd thun 1774 m. menerusi prjanjian ini crimea mendapat kemerdekaan. sepanjang
abad ke-19 M, hubungan di plomatik dgn negara2 eropah turut diwujudkan seperti hubungan dgn perancis, british dan Holland. seterusnya
pd tahun 1897 m, Greece mengistyiarkan perang ke atas utmaniyah apabila sultan
abdul al hamid II menghantar tenteranya untk mematahkan pemberontakan bangsa
greek di pulau Crete. meskipu tentera uthamaniyah brjaya mngalahkan tentera
greek yg dihantar di Athens bagi menyokong pemberontakan, namun ia terpaksa mmberi autonomi kpd crete atas
desakan kuasa barat.
1.1 Uthmani muda
§ uthmani muda @ uthmani bru di kenali sbgai yeni
osmanlilar. kebebasan yg di anjur oleh krajaan utmaniyah pd ketika itu tlah
memberi peluang yg luas kpd golongan ini utk mengkritik dasar polisi kerajaan
yg di lihat mengabaikan hak rakyat dan brtentangan dgn ajaran islam .golongan
ini trdiri dripada sekumpulan intelektual yg brpendidikan barat yg brkrja sbgai
wartawan dan prterjemahan di biro pentrjemahan prdana mnteri.antara tokoh
utamanya ialah,nemik Kemal , ali suavi, nuri bey dan jga Mustafa fazil
pasha.golongan ini muncul pd awal tahun 1960-an, berikutan ketidakpuasan hati
mreka trhadap system pemerintahan yg di peruntukkan kuasa yg lebih kpd perdana
menteri dan dasar era tanzimat yg pro barat.antara konsep pembaharuan yg
dipelopori oleh golongan ini ialah mnukar system politik yg sedia ada kpa
;system khalifah brpelembagaan ;yg brteraskan system syura
1.2 Turki muda
§ kemunculan gerakan turki muda telah mnjadi satu titik
tolak yg mmbawa kpd perubahan dlm krajaan uthmaniyah pd abad ke – 19 m.
kebangkitan rakyat yg brlaku dlm revolusi turki muda adalah brtujuan untuk
memperbaiki kelemahan yg ada. namun ia jga turut mnyumbang kepada kelemahan
pemerintah kerajaan utmaniyah.semangat yg wujud dlm kalangan para pelajar ini
dianggap sbagai asas kpd kemunculan pergerakan pelajar yg mnentang
kerajaan.idea pergerakan ini di teruskan oleh Ibrahim temo yg merupakan seorg
muslim Albania. beliau prnah mnjadi tenaga pengajar di akedemi perubatan
tentera selama beberapa tahun.
2) konflik Uthmaniyah – Eropah
§ kerjasama antara kerajaan eropah dan rusia untuk
menguasai wilayah 2 kerajaan uthmaniyah dpt di lihat pd zaman
kemerosotan.kelemahan kerajaan uthmaniyah jga mnyebabkan wujudnya wilayah 2 yg
menuntut kuasa autoriti dan kemerdekaan.austria dan rusia brminat dgn isu2 yg
brlaku di Balkan dan menguasai pantai Mediterranean. British dan perancis jga
mempunyai cita2x yg sma utuk menguasia kawasan trsebut.penglibatan british dan
perancis dlm perang crimer membuktikan kebinbangan mereka trhadap pengaruh
rusia.basi pihak uthmaniyah pula, mereka trpaksa brdepan dgn percaturan politik
dripada jiran2 nya di Balkan.peperangan uthmaniyah – itali memberi kesan kpd
wilayah kekuasaan kerajaan uthmaniyah. Sejak bulan oktober 1909 m, itali dan
rusia membuat persepakatan bahawa itali akan menguasai trapoli dan kapal perang
rusia mndapat laluan ke selat dardanelles.
1.1 Perang Balkan
§ perang Balkan prtama meletus apabila pasukan tentera Montenegro
brgerak msuk ke utara Albania novi Pazar pd 8 oktober 1912 m.montenegro
menuntut kuasa autonimi ke atas wilayah di eropah , persempadan wilayah
brdasarkan etnik , melantik gabenor masyarakat kristian dan sbagainya.kerajaan
uthmaniyah tidak mnerima permohonan trsebut,ini memberi kesan yg hebat kpd
mereka trutamanya apabila greek-montenegro brjaya mnawan pulau Aegean dan jga
mnyekat laluan ke Anatolia dgn menguasai rumelia.bulgaria pula memberi peluang
kpd greek-montenegro,dan servia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan
jga Edirne.siri peperangan perang Balkan ini mnyaksikan kekalahan kerajaan
uthmaniyah.albania mndapat kemerdekaan dan mmberi sokongan pd itali utk brkuasa
di adriatika.
1.
Permasalahan timur
3.1 Perancangan Kuasa Barat
§ permasalahan timur @ the eastern question ialah,
persepakatan di antara Rusia, British dan perancis utk menguasai wilayah2
kerajaan uthmaniyah sekiranya kerajaan trsebut runtuh.menurut al-jabarti,
permasalah timur ialah msalah agama yg tidak dpt di nilai dgn sepenuhnya
sebab-sebab, faktor-faktor serta rahsia
yg mnyebabkan permasalahan itu brlaku. walaubagaimanapun,
kerajaan uthmaniyah berusaha utk mnyelesaikan msalah trsebut.
3.2 Perang crimea
§ perang ini mrupakan turning point kpd krajaan uthmaniyah
dlm dasarnya trhadap masyarakat kristian eropah.walaubagaimnapun, selepas
perjanjian paris 1856 m .kesangsian di lahirkan kpd british dan perancis kerana
mengeksplotasikan hak2 persamaan yg di berikan kpd masyarakat islam.rusia dan
british mengadakan perbincangan sulit , iaitu di antara raja Nicholas I dgn sir
Hamilton Seymour, duta british di
st.petersburg pd awal tahun 1853 m. kedua-dua pihak mneliti semula persetujuaan
yg di buat pd tahun 1844 m.prsetujuaan trsebut mnekankan bahawa apabila
kerajaan utmaniyah runtuh,mereka akan brkerjasama dlm pembahagian kuasa ke atas
wilayah kerajaan uthmaniyah.
4) Tanzimat dan pembaratan dlm kerajaan uthmaniyah
4.1 Tanzimat
§
Tanzimat ialah
istilah yg brasal dri bhasa arab. Kata dasarnya ialah tanzim yg brerti
mngatur.dri segi sejarah perkataan ini membawa pengertian satu gerakan
pembaharuan, khususnya yg di laksanakan oleh kerajaan uthmaniyah pd thun
1839-1876 m. namun begitu berbeza dripada pembaharuan pd zama awal yg di
laksanakan dlm skop yg lebih luas dan meningalkan kesan yg mndlm pd masyarakat
turki.pada era tanzimat , tekanan dripada kuasa luar yg brlaku secara
brterusan, khususnya oleh pihak british merupakan antara factor utama
pelaksanaan pembaharuan kerajaan uthmaniyah,sama ada dri aspek pentadbiran
mahupun perundagan.
4.2 Hatt-I shari gulhane
§ piagam trsebut yg di lancarkan pd tahun 1839 m, memberi
hak yg sma kpd semua warganegara walaupun brlainan agama.aspek undang2
sperti,meclis-I adliye di naikkan bidang kuasanya. Selain kodifikasi undang2 yg
brlandaskan syariat islam ,undang2 sivil yg di ambil dri barat turut
dimasukkan.pd thun 1847 m, mahkamah sivil di tubuhkan dan wujudnya undang2
jenayah dan perdangangan yg baharu.Antara jaminan yg di berikan dlm piagam ini,
pertama.keselamatan nyawa ,kehormatan dan harta benda. Kedua , menubuhkan
system pungutan dan agihan cukai yg tetap dan adil.ketiga,mewujudkan satu
system teratur dlm pemilihan tentera bgi mnjamin keadilan khasnya dlm system
kerahan latihan dan sebagainya.
4.3 Hatt-I humayun
§ pada 1 febuari 1856 m, piagam hatt-I humayun pulak di
perkenlkan. Segala jaminan yg di tentukan dlm hatt-I gulhane dan bersesuaian
dgn dasar tanzimat adalah di sahkan dlm hatt-I humayun.di samping itu, piagam
ini jga mnyebut bahawa masyarakat kristian dan bkn islam di benarkan utk mnganut
mna2x agama dgn bebas dn tidak ada paksaan dlm bragama.
§ Piagam ini di umumkan pd thun 1856M, lebih byk menempukan
pembaharuan mengenai kedudukan rakyat uthmaniyah brbangsa eropah.piagam ini di
buat atas desakan negara2x eropah berikutan kekalahan kerajaan uthmaniyah dlm
perang crimea.
Penutup
§ Abad ke-18 m dan abad ke-19 m, menyaksikan kerajaan
uthmaniyah brhadapan dgn pelbagai tuntutan kuasa autonomi kpd wilayah2 yg di
naunginya.
§ Situasi ini mndorong kpd perkembangan kegiatan
intelktualisme dan politik dgn kemunculan gerakan uthmaniah muda dan jga turki
muda.dlam perbahasan brkaitan perluasan pengaruh dan jga kuasa barat trhadap
dunia islam mnyebabkan brlakunya konflik uthmaniyah-eropah sehingga mmbawa kpd
trcetusnya perang Balkan pada tahun 1912-1913 m.
Soalan 106: Sejauhmanakah dasar imperialisme menyebabkan peluasan kuasa
Barat pada abad ke-18 hingga ke-20.
Pengenalan
§ Sejak abad ke-15, bangsa Eropah
mula melancarkan gerakan perluasan kuasa secara besar-besaran melalui bidang
perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan petempatan rakyat mereka
sendiri di tanah-tanah baharu. Sehingga akhir abad ke-20, seluruh dunia berada
di bawah cengkaman pengaruh Barat. Kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis,
Sepanyol, British, Belanda dan Perancis telah menjalankan dasar imperialisme.
Kuasa-kuasa ini berusaha keras merebut bahagian masing-masing daripada wilayah
dan harta benda peninggalan empayar Turki Uthmaniyah.
§ Kuasa-kuasa Barat juga bersaing
antara satu sama lain untuk meluaskan wilayah yang dikuasai. Keluasan tanah
jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa Barat tersebut. Selain dasar
imperialisme terdapat beberapa faktor lain yang menyumbang kepada perluasan
kuasa-kuasa Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah seperti revolusi
perindustrian, bahan mentah, pembinaan terusan Suez, agama dan penyebaran
falsafah dan pemikiran Barat.
Isi-Isi
1.
Persaingan kuasa-kuasa Barat
§ Persaingan kuasa-kuasa telah
telah menjadi ancaman kepada empayar Turki Uthmaniyah. Kuasa-kuasa Barat
berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah. Britain,
Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary bersaing sengit antara satu sama
lain untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang
dikuasai oleh mereka.
§ Perancis misalnya telah lama
berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah Turki Uthmaniyah seperti
Algeria dan Tunisia. Pada tahun 1830, Perancis menawan Algeria dan pada tahun
1831 Perancis menawan Tunisia dengan alasan melindungi Algeria daripada
gangguan kabilah Tunisia yang menetap di sempadan. Turki Uthmaniyah gagal
mempertahankan wilayah tersebut kerana mengalami masalah dalaman dan ancaman
luar.
§ Kekalahan Turki Uthmaniyah dalam
Perang Rusia-Turki Uthmaniyah (1877-1878) telah menyebabkan beberapa Wilayah
seperti Romania, Serbia dan Montenegro telah mengistiharkan kemerdekaan setelah
empat abad berada di bawah kekuasaan Uthmaniyah.
2.
Kesan Perjanjian Berlin
§ Perjanjian Berlin turut
menyumbang imperialisme Barat dalam empayar Turki Uthmaniyah. Misalnya dengan
membenarkan Austria-Hungary menduduki Bosnia Herzegovina dan Rusia menduduki
Bessarabia dan kawasan Kars. Menurut perjanjian Berlin, Austria-Hungary
dibenarkan menduduki Bosnia Herzegovina secara sementara. Namun selepas 30
tahun, mengistiharkan wilayah tersebut sebagai milik kekal kerajaannya.
§ Dalam perjanjian Berlin (1878)
Turki Uthmaniyah mendapat sokongan Britain dalam menentang Rusia. Sokongan
Britain bukan percuma kerana Turki Uthmaniyah terpaksa menyewakan Cyprus kepada
Britain. Hal ini menyebabkan Cyprus diperintah oleh dua kuasa. Dari segi
kedaulatan Cyprus berada di bawah Turki Uthmaniyah manakala dari kuasa
pemerintahan Britain menguasainya.
3.
Konflik antara kerajaan Turki
Uthmaniyah dengan Rusia
§ Konflik antara dua kerajaan ini
turut menyumbang kepada dasar imperialisme Rusia dalam wilayah Turki
Uthmaniyah.
§ Peperangan pada tahun 1877 yang
berakhir dengan perjanjian San Stefano pada tahun 1878M. Perjanjian tersebut
menguntungkan Rusia yang sekaligus membawa kepada kemerdekaan Serbia dan
Montenegro. Rusia pula berjaya memiliki Caucasus.
4.
Kepesatan sektor perindustrian
§ Faktor seterusnya ialah kepesatan
sektor perindustrian yang berlaku di Eropah pada abad ke-18 menyebabkan
kuasa-kuasa Eropah tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa
bagi memenuhi kehendak Revolusi Perindustrian.
Tambahan pula, hasilan Revolusi Perindustrian seperti jentera atau enjin
berkuasa wap memajukan bidang pengangkutan. Kemajuan bidang pengangkutan
memudah dan mempercepatkan perjalanan.
§ Begitu juga dengan penciptaan
telegarf, pihak penjajah dapat memberi arahan kepada pewagai-pegawai mereka
dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah Turki Uthmaniyah.
5.
Keperluan bahan mentah
§ Faktor seterusnya adalah mengenai
bahan mentah yang didapati oleh Turki Uthmaniyah. Kerajaan Uthmaniya kaya dengan sumber ekonomi
terutamanya petroleum.
§ Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa
Barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari
gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
6.
Pembinaan Terusan Suez
§ Peluasan kuasa-kuasa Barat
diperhebatkan lagi selepas pembinaan Terusan Suez yang dibuka pada tahun
1869. Terusan ini membenarkan laluan air secara dua hala, dan menjadi
kepentingan antara Eropah dengan Asia tanpa perlu mengelilingi benua Afrika.
Sebelum pembukaan terusan ini, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan
diangkut menggunakan kenderaan darat antara dua laut tersebut.
§ Melalui pembukaan Terusan Suez,
urusan perdagangan dipercepatkan di samping perjalanan yang jauh dapat
dipendekkan dan kos perdagangan dapat dijimatkan.
7.
Faktor agama
§ Faktor agama juga merupakan sebab
peluasan kuasa Barat di kawasan Emapayar Turki Uthmaniyah. Oleh kerana empayar
Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut mendorong
kuasa-kuasa Barat menghapuskan empayar Islam ini.
§ Tidak hairanlah jika Sultan Abdul
Hamid II dalam catatannya menyebut “Kempen Perang Salib yang dilancarkan ke
atas kerajaan Uthmaniyah masih belum tamat”.
8.
Penyebaran falsafah dan pemikiran
Barat
§ Tambahan pula, melalui dasar
pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan
masing-masing, kuasa-kuasa Barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah
hidup) Barat ke dalam masyarakat peribumi.
§ British menyemai falsafah hidup
Barat di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Sebaliknya, sesiapa
yang menolak konsep modenisme akan dianggap sebagai manusia yang mundur, kolot,
atau ketinggalan zaman.
Penutup
§ Jelas dasar imperialisme dan
beberapa faktor yang lain telah membawa kepada peluasan kuasa-kuasa Barat dalam
empayar Turki Uthmaniyah. Konflik dengan kuasa-kuasa Barat, Kelemahan
kepimpinan, pemberontakan wilayah-wilayah di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyah
telah mendedahkan kepincangan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang sekaligus
menyumbang kepada kemerosotan dan kejatuhan empayarnya.
§ Penglibatan Turki Uthmaniyahdalam
kancah politik dunia juga menyebabkan empayar
ini dibahagi-bahagikan kepada pihak yang menang. Dengan itu muncul
bebarapa negara bangsa yang baharu di Eropah.
Soalan 107: Bincangkan faktor-faktor peluasan kuasa
Barat terhadap empayar Turki Uthmaniyah
Pendahuluan :
§ Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan
gerakan peluasan kuasa barat secara besar-besaran melalui bidang perdagangan,
kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan rakyat mereka sendiri di
tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia berada di
bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan
Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui
kawasan baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal.
§ Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan
oleh Uthman Ertughrul pada tahun 1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan
sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah lebih 600 tahun.
Isi-isi penting :
1.
Persaingan kuasa-kuasa Barat
§ Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa
barat seperti Britain, Perancis, Rusia, Jerman dan Austria-Hungary ingin
menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar Turki Uthmaniyah.
§ Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang
kemudiannya membawa keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan
kuasa-kuasa barat yang berlumba-lumba ingin memusnahkan kedaulatan empayar
Turki Uthmaniyah.
§ Kuasa-kuasa barat bersaing sengit antara satu sama lain
untuk merebut bahagian dan keuntungan daripada wilayah-wilayah yang dikuasai
mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang dikuasai, semakin tinggi
sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa barat itu. Keluasan tanah jajahan juga
melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
§ Perancis telah lama berminat untuk menguasai
wilayah-wilayah di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis
bertindak menawan Algeria. Kemudian, Tunisia dikuasai Perancis pada tahun 1881
dengan alasan untuk melindungi Algeria puak kabilah Tunisia yang menetap di
sempadan.
§ Rusia berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada
tahun 1877-1878. Peperangan ini berpunca daripada keazaman Rusia untuk
mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang terlepas dalam Perang Crimea
(1854-1856). Rusia berjaya menewaskan Turki Uthmaniyah dalam peperangan
(1877-1878) ini.
§ Dalam Perjanjian Berlin (1878), Britain menyokong
kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketika itu, kerajaan Turki Uthmaniyah memerlukan
sokongan Britain untuk menentang Rusia. Namun sokongan yang diberi bukanlah
percuma. Britain mahukan Cyprus. Hal ini menyebabkan Cyprus berada di bawah dua
kuasa. Dari sudut kedaulatan, Cyprus berada di bawah kerajaan Turki Uthmaniyah
tetapi dari segi kuasa pemerintahan, Britain menguasainya sungguhpun Cyprus
disewa daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
§ Britain kemudiannya menguasai Mesir, Teluk Arab dan
membuat perjanjian dengan Syeikh Mubarak al-Sabah pada tahun 1899 yang antara
lain isi perjanjiannya ialah bandar Kuwait atau sebarang tanah lain tidak boleh
disewa kepada kuasa lain tanpa pengetahuan dan kebenaran Britain. Pihak British
juga membuat membuat perjanjian dengan penguasa wilayah di Hadhramaut, Bahrain
dan Muscat (Oman).
2.
Revolusi Perindustrian
§ Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di eropah
pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-kuasa barat tidak ada pilihan selain
melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi kehendak Revolusi
Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi
bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin,
alat-alat elektrik dan kereta. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu
transformasi yang memperlihatkan sesetengah kawasan pertanian menjadi kawasan
perindustrian.
§ Penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap merupakan
salah satu perkembangan penting dalam proses perindustrian di peringkat awal.
Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada penggunaan kayu arang untuk
melebur besi tersebut.
§ Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain
berkurangan. Para usahawan telah menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam
proses penggalian arang batu, timbul masalah takungan air di dalam lubang yang
digali. Masalah ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen mencipta enjin
berkuasa wap pada tahun 1702.
§ Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di
lombong-lombong arang batu. Oleh yang demikian, arang batu dapat dihasilkan
dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan pengusaha besi yang memerlukan
banyak arang batu.
§ Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi
dengan kemajuan bidang pengangkutan.sistem pengangkutan bukan sahaja melibatkan
pengedaran bahan mentah dan barangan siap dalam negara tetapi juga menjana
urusan eksport dan import.
§ Penciptaan lokomotif enjin berkuasa oleh George
Stephenson pada awal abad ke-19 memberi kesan yang hebat. Selain itu, sistem
pengangkutan di laut dipertingkat iaitu kapal menggunakan enjin berkuasa wap
direka bagi menggantikan kapal layar.
§ Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah
dapat membantu kuasa-kuasa eropah mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan
mewujudkan pusat perdagangan di seberang laut. Dengan itu perdagangan dalam
negeri dapat diperluas ke serata dunia.
§ Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan
muatan yang banyak tetapi juga mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu
destinasi dan dapat memberi arahan kepada pegawai-pegawai mereka dengan lebih
cepat dan berkesan di mana-mana wilayah turki Uthmaniyah.
3.
Bahan Mentah Petroleum
§ Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi
terutamanya petroleum. Keadaan ini mendorong kuasa-kuasa barat berusaha dengan
pelbagai cara untuk mendapatkan hak keistimewaan mencari gali hasil bumi umat
Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
§ Duta Britain datang sekali lagi meminta kebenaran untuk
menggali punca air perigi di wilayah Syria dan Hijaz kononnya untuk
menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di sana. Tujuan mereka sebenarnya
untuk mencari telaga minyak.
4.
Agama
§ Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang
Islam, faktor agama turut mendorong kuasa-kuasa barat menghapuskan empayar
Islam ini.
§ Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme
dalam kalangan masyarakat yang berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah.
Golongan yang berselindung di sebalik alasan kajian ilmiah ini telah berusaha
untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat sambil menyemai
kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai agama yang
mundur, anti-kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.
5.
Menyebarkan Falsafah dan Pemikiran Barat
§ Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang
diperkenalkan di tanah jajahan masing-masing, kuasa-kuasa barat berjaya
menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)nbarat ke dalam masyarakat peribumi
yang mereka jajah itu.
§ British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai
Mesir pada tahun 1881. Peranan British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi
mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon Bonaparte semasa menakluki Mesir
pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan kedaulatan dan ketaatan
kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
§ Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep
hidup moden denagn jolokan seperti orang yang maju, berpengetahuan, progresif
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh
sekular (modenis) Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk, Midhat Pasha, Zia Gokalp
dan sebagainya.
Penutup :
§ Tujuan sebenar negara-negara eropah berusaha keras untuk
memotong dan mengerat tubuh Turki Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai “Orang
Sakit Eropah” adalah untuk membuat bahagian masing-masing daripada wilayah dan
harta empayar Turki Uthmaniyah.
Soalan 108: Huraikan sejarah kemunculan dan perkembangan gerakan Uthmani
Muda dan Turki Muda.
Pendahuluan
§ Uthmani muda
atau Uthmani Baru dalam Turki dikenali sebagai Yeni Osmanlilar. Kebebasan yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan Uthmaniyah pada ketika itu telah memberi peluang
yang luas kepada golongan ini untuk mengkritik dasar dan polisi kerajaan yang
dilihat mengabaikan hak rakyat dan bertentangan dengan ajaran islam.
§ Kemunculan
gerakan Turki Muda telah menjadi satu titik tolak yang membawa kepada perubahan
dalam kerajaan Uthmaniyah pada abad ke-19M. kebangkitan rakyat yang berlaku
dalam Revolusi Turki Muda ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang
ada. Namun, ia juga turut menyumbang kepqdq kelemahan pemerintahan kerajaan
Uthmaniyah.
Isi-isi penting
a. Uthmani Muda
§ Uthmani Muda
terdiri daripada sekumpulan intelektual yang berpendidikan Barat yang
bekerja sebagai wartawan dan
penterjemahan di Biro Terjemahan di Jabatan Perdana Menteri. Antara tokoh utama
kumpulan ini ialah Nemik Kemal, Ali Suavi, Nuri bey, Ziya Pasha dan Mustafa
Fazil Pasha.
§ Secara umum,
gerakan Uthmani Muda turut terpengaruh dengan gerakan lain yang muncul di
Eropah seperti Young Spain, Young Italy dan Young France. Golongan ini muncul
pada awal tahun 1860-an berikutan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem
pemerintahan yang memperuntukkan kuasa yang lebih kepada Perdana Menteri serta
dasar dalam era Tanzimat yang pro-Barat.
§ Jati diri
masyarakat Uthmaniyah mula terhakis lantaran dasar pembaharuan ala Barat yang
semakin meluas. Penguasan Barat terhadap permerintahan dan pentadbiran kerajaan
Uthmaniyah mula mencengkam dan mengancam kestabilan politik, dalaman dan luaran
disebabkan kebergantungan yang melampau oleh golongan pentadbir dan bangsawan
kepada kuasa Eropah.
§ Antara
konsep pembaharuan yang dipelopori oleh golongan ini ialah menukar sistem
politik yang sedia kepada ‘’sistem khalifah perlembagaan’’ yang berteraskan sistem
syura (menerusi penubuhan parlimen). Uthmani Muda yakin pemerintahan
berlandaskan ‘’sistem khalifah perlembagaan’’ mampu mengembalikan kegemilangan
kerajaan Uthmaniyah. Mereka melihat ajaran Islam sudah tidak diendahkan dan
dalam masa yang sama, pengambilan budaya Barat terlalu berleluasa tanpa melihat
kesesuaian dengan ajaran Islam.
§ Pengaruh
gerakan ini mula meningkat pada zaman Sultan ‘Abd al-‘Aziz memandangkan
pemerintahan baginda yang bersifat autokratik di samping keadaan ekonomi
kerajaan Uthmaniyah yang mula goyah dan muflis..
b. Turki Muda
§ Organisasi
gerakan Turki Muda yang terawal dalam kerajaan Uthmaniyah telah ditubuhkan di
Akademi Perubatan Tentera di Istanbul pada bbulan Mei 1887M apabila Kazim Nami
Duru bersama rakan-rakannya telah mewujudkan Ittihat Ve Terakki Cemiyeti atau
Persatuan Perpaduan dan Kemajuan (Committee of Union and Progress) atau
CUP.seterusnya dalam masa dua tahun , iaitu pada bulan Mei 1889M. sekumpulan
pelajar dari akademi tersebut telah membentuk satu pertubuhan rahsia yang
bertujuan untuk menjatuhkan Sultan ‘Abd al-Hamid II (1876-1909 M).
§ Idea
pergerakan ini diteruskan oleh Ibrahim Temo yang merupakan seorang muslim
Albania. Beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Akademi Perubatan Tentera
selama beberapa tahun. Pada bulan Mei 1889M, Ibrahim Temo bersama beberapab
orang rakannya, iaitu Ishak Sukuti, Cerkez Mehmed Resad dan Abdullah Cevdet
telah mencadangkan supaya satu
pertubuhan rahsia diwujudkan
dalam kalangan para pelajar. Pertubuhan ini mulanya dinamakan sebagai Ittihat
Osmani Cemiyeti (Ottoman Union Commiitte).kemudiaan , nama pertubuhan tersebut
ditukar kepada Ittihat Ve Terakki (Union and Progress) dan menjadi terkenal
dengan nama tersebut. Perjuangan mereka kearah Constitutionalism, Ottomanism
dan kebebasan, untuk menggulingkan Sultan ‘Abd-al-Hamid II dan menggantikan
takhta baginda dengan saudaranya, Murad V atau pun mehmed Resad.
§ Gerakan
Turki Muda juga berkembang dalam kalangan rakyat Uthmaniyah yang berada di luar
Negara. Kebanyakan daripada mereka merupakan pelarian politik yang terpaksa
melarikan diri daripada dikenakan tindakan oleh pihak pemerintahan kerajaan
Uthmaniyah. Di paris contohnya, sekumpulan rakyat Uthmaniyah yang berfahaman
liberal telah bergabung untuk menggerakan idea revolusi. Namun begitu, agak
sukar bagi mereka untuk bergabung kerana kewujudan perbezaan ideologi dalam
kumpulan-kumpulan yang berbeza walaupun tujuan mereka sama, iaitu menentang
Sultan ‘Abd al-Hamid II.
§ Pada tahun
1889M, kumpulan tersebut dipimpin oleh Ahmid Riza (1859-1930M) yang terkenal
dalam kalangan kumpulan Turki Muda di Eropah. Beliau telah meninggalkan
jawatannya sebagai pengarah pendidikan di wilayah Bursa bagi mengetuai kempen
menentang pemerintahan Sultan ‘Abd al-Hamid II dari luar Negara. Dalam pada
itu, apabila Selanikli Nazim tiba di paris, beliau telah menemui Ahmad Riza dan
mencadangkan supaya Ahmad Riza menjadi pengarah dalam penerbitan rasmi
pergerakan mereka.
§ Pada akhir
tahun 1895 M, Ahmad Riza bersama Halil Ganim menerbitkan akhbar dwibulanan,
iaitu Mesveret. Beliau telah menggunakan harta peribadinya untuk menerbitnya
akhbar tersebut. Akhbar Mesveret
kemudiannya memasuki pasaran kerajaan Uthmaniyah melalui pos dan Berjaya
disebarkan, terutama kepada golongan intelektual. Akhbar tersebut menjadi
pemangkin semangat kebangkitan dan perkembangan pemikiran rakyat.
§ Pada tahun
1895 M, Ahmad Riza telah dilantik sebagai Presiden gerakan tersebut. Beberapa
kumpulan Turki Muda yang lain turut berada di bawah pimpinannya, termasuk
kumpulan Syeikh Naili yang terdiri daripada ulama dan kadi. Selain daripada
Ahmad Riza, seorang lagi tokoh utama gerakan Turki Muda di luar Negara ialah
Mehmed Afendi (1853-1912M). ketika berada dalam negeri, beliau pernah menjadi
tenaga pengajar di sekolah Perkhidmatan Awam pada tahun 1878M.
§ Beliau
berhubung rapat dengan para penulis liberal dan mula menerbitkan hasil
karyanya, iaitu Tarih-i Umumi dan Osmamli Tarih. Oleh kerana tidak berpuas hati
dengan hasratnya yang tidak kesampaian untuk mengubah keadaan, beliau telah
pergi ke Mesir pada tahun 1895 M. Beliau menerbitkan akhbar Mizan dengan
bantuan pesuruhjaya Tinggi kerajaan Uthmaniyah di Mesir. Beliau kemudiannya
pergi ke Eropah dan mengumpul seramai yang boleh pengikutnya di sana.
§ Ishak sukuti
pula pernah menubuhkan cawangan baharu gerakan Turki Muda dan turut menerbitkan
beberapa buah naskah akhbar. Beliau kemudiannya pergi ke Geneva dan bekerjasama
dengan Mizanci Murad dan Abdullah cevdet untuk menubuhkan cawangan baharu dan
mula menerbitkan akhbar Osmanli. Mehmed murad pula mempunyai pandangan yang
lebih jauh dengan cita-citanya untuk menyelamatkan Kerajaan Uthmaniyah daripada
Kristianisasi dan menuduh sultan menjadi penyebab kepada ketidakupayaan
kerajaan untuk menghapuskan penentangan, sama ada dari dalam atau luar.
Kesimpulan
§ Kemunculan
gerakan Uthmani Muda dan Turki muda berkait rapat dengan pembaharuan yang
dilakukan oleh kerajaan Uthmaniyah. Era Tanzimat yang banyak mengikut acuan
Barat menjadi pendorong kepada gerakan ini.
§ Reaksi yang
diberikan adalah supaya kerajaan Uthmaniyah melaksanakan sistem kerajaan
perlembagaan
Soalan 109: Bincangkan konflik Uthmaniyah-Eropah dan kesannya terhadap
Kerajaan Uthmaniyah
Pendahuluan
§ Kerjasama
antara kerajaan Eropah dengan Rusia untuk menguasai wilayah-wilayah kerajaan
Uthmaniyah dapat dilihat pada zaman kemorosotannya Kelemahan kerajaan
Uthmaniyah juga menyebabkan wujud wilayah-wilayah yg menuntut kuasa autonomi
dan kemerdekaan
§ Austria dan
Rusia berminat dengan isu-isu yang berlaku di Balkan dan menguasai pantai
Mediteranean. Britain dan Perancis yg mewakili kuasa Eropah juga turut
menyimpan cita-cita untuk menguasai kawasan tersebut.
Isi-isi Penting:
a)
Konflik
Uthmaniyah-Eropah
§ Penglibatan
Perancis dan Britain dalam Perang Crimea pada tahhun 1850-an, membuktikan
kebimbangan mereka terhadap pengaruh Rusia. Austria Berjaya menguasai Bosnia
dgn sokongan daripada Rusia. Manakala Serbia pula membentuk pakatan dengan
Bulgaria pada 13 Mac 1912 bagi menghalang monopoli olh Austria. Pakatan
Greek-Montenegro dan Bulgaria pula diwujudkan pada 29 Mei 1912.Pada bulan
Oktober 1912 , Montenegro menandatangani perjanjian dgn Serbia dan Bulgaria dan
bersedia utk berperang
§ Bagi pihak
kerajaan Uthmaniyah, mereka tepaksa berhadapan dgn percaturan politik daripada
jiran-jirannya di Balkan. Perang Uthmaniyah-Itali memberi kesan kpd wilayah
kekusaan kerajaan Uthmaniyah.sejak bulan Oktober 1909,Itali dan Rusia membuat
persepakatan bahawa Itali akan menguasai Tripoli dan kapal perang Rusia
mendapat laluan ke Selat Dardanelles. Pada 29 September 1911,Itali melancarkan
perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne yg ditandatangani pda
18 Oktober 1912, menyaksikan wilayah Tripoli dan Cyrenaica diserahkan kepada
Itali. Manakala Pulau Dodecanese hanya diserahkan kepada kerajaan Uthmaniyah
setelah keadaan menjadi damai. Itali terus menguasai pulau Dodecanese sehingga
Perang Dunia Pertama.
§ Peperangan
Uthmaniyah-Itali juga membawa kesan kepada wilayah di Semenanjung Balkan spt
Serbia, Bulgaria, Montenegro dan Greek yg berada di bawah kekuasaan kerajaan
Uthmaniyah. Wilayah-wilayah tersebut mengambil peluang membentuk gabungan utk
mengadakan revolusi,menentang kerajaan Uthmaniyah yg kemudiannya membawa kpd
konflik peperangan di Balkan
b)
Perang
Balkan
§ Perang
Balkan Pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke
Utara Albania dan Novia Pazar pd 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa
autonomi ke atas wilayah Eropah, persempadanan wilayah brdasarkan
etnik,melantik gabenor masyarakat Kristian,majlis pentadbiran daerah,pendidikan
secara percuma.
§ Kerajaan
Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. ini memberi kesan yg hebat kpd
mereka terutama apabila Greek-Montenegro Berjaya menawan Pulau Aegean dan
menyekat laluan ke Anatolia dgn
menguasai Rumelia. Bulgaria pula memberi peluang kpd Greek-Montenegro dan
Serbia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan Edirne
§ Siri kedua
Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthmaniyah.Albania mendapat
kemerdekaan dan memberi sokongan pada Itali utk berkuasa di Adriatik. Seruan ke
arah perpaduan dan kesamarataan yg dilaungkan olh pemimpin Turki Muda slps
Revolusi 1908. membawa kesan kpd kerajaan Uthmaniyah
§ Kerajaan
Uthmaniyah bimbang sekiranya berlaku konflik yg besar tlh membuat perjanjian
perdmaian terlebih dahulu dgn Albania pada bln September 1912 dan Itali pada
bln Oktober 1912. Itali tdk hanya mndapat wilayah Tripoli dan Cyrenaica,bahkan
memanipulasi isu perang di Balkan utk mndapatkan Pulau Dodecaness
§ Pentadbiran
Turki Muda realitinya tidak bersedia tk berperang walaupun sering menumpaskan
kebangkitan yg berlaku di Balkan. Kebangkitan kali ini amat kuat utk dihadapi
olh kerajaan Uthmaniyah.wilayah-wilayah di Balkan mula bangkit utk menuntut
kemerdekaan
§ Faktor
menyebabkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran Turki Muda
utk menangani kemelut di Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan. Perjanjian
London yg ditandatangani pada 30 mei 1913, memaksa kerajaan Uthmaniyah
melepaskan Bulgaria, Serbia, Greek dan Mentenegro.
§ Peperangan
di Balkan dianggap olh kebanyakan umat Islam sebagai Perang Salib yg
dilancarkan olh masyarakat Kristian Eropah terhadap saudara mereka disana
Kesimpulan
§ Konflik
uthmaniyah- Eropah melibatkan percaturan antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Eropah di rantau Balkan yg menuntut kuasa autonomi. Siri perang Balkan
menyebabkan kerajaan Uthmaniyah berusaha untuk mempertahankan wilayah
kekuasaanya
§ Perjanjian
London yg ditandatangani pada 1913,memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan
Bulgaria,Serbia,Greek dan Montenegro berikutan kekalahan dalam perang balkan
Soalan 110: Jelaskan dasar tanzimat yang dilaksanakan oleh kerajaan
uthmaniyah pada tahun 1839
Pendahuluan
§ Dari segi
sejarah perkataan tanzimat membawa pengertian satu gerakan pembaharuan atau
reformasi, khususnya yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah antara tahun
1839-1876
§ Pelaksanaan
tanzimat oleh kerajaan uthmaniyah boleh dilihat melalui implementasi piagam
hatt-I sharif gulhane (1839) dan juga piagam hatt- humayun (1856)
Isi-isi penting
a) Dasar Tanzimat
§ Tanzimat
tidak berlaku secara mendadak, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada
usaha-usaha pembaharuan yang dilakukan oleh sultan salim III (1789-1807) dan sultan Mahmud II (1808-183).
Namun begitu berbeza pada pembaharuan pada zaman awal yang dilaksanakan dalam
skop yang lebih luas dan meninggalkan kesan yang mendalam pada masyarakat turki
khasnya dan umat islam amnya
§ Dasar
pembaharuan tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan uthmaniyah daripada
kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran dan memberi focus kepada masalah
rakyat yang beragama kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan
perlindungan daripada Negara atau kuasa luar. Pada era tanzimat tekanan
daripada kuasa luar yang berterusan khususnya oleh Britian merupakan antara factor utama pelaksanaan
pembaharuan kerajaan uthmaniyah, sama ada dari aspek pentadbiran dalaman mahu
pun perundangan
§ Kuasa eropah
terbabit amat mengambil berat tentang nasib dan kedudukan golongan minorit
kristian dalam kerajaan uthmaniyah yang selama ini dianggap sebagai masyarakat
kelas kedua. mereka akhirnya Berjaya memperoleh persamaan hak sebagaimana yang
dinikmati oleh majority orang islam. Sultan Mahmud II merasakan pembaharuan
yang perlu dilakukan adalah memodenkan bidang ketenteraan kerajaan uthmaniyah
dan menghapuskan tentera janissary.
b) Hatt-I sharif gulhane
§ Piagam
hatt-sharif gulhane yang dilancarkan pada tahun 1839, memberikan hak yang sama
kepada semua warganegara walaupun berlainan agama, menekankan keharmonian
masyarakat , harta benda dan kehormatan warganegara
§ Aspek
undang-undang seperti meclis-i ahkam-iadliye dinaikkan bidang kuasanya . selain
kodifikasi undang-undang yang berlandaskan syariat islam ,undang-undang sivil yang
diambil dari barat turut dimasukkan
§ Jaminan yang
diberikan dalam piagam ini ialah pertama, keselamatan nyawa, kehormatan dan
harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat islam dan
hukuman tidak akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan. Pelanggaran terhadap
kehormatan seseorang juga tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin
dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan terhadap harta yang dimilikinya
c) Hatt-humayun
§ Diperkenalkan
pada tahun 1856. segala jaminan yang ditentukan dalam hatt-I sharif gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar tanzimat disahkan dalam hatt I – humayun.
Kandungan hatt-I humayun mengesahkan segala segala janji yang dibuat melalui
hatt-I sharif gulhane.
§ Sekiranya
terdapat sebarang bentuk diskriminasi degan sebab agama, bangsa dan bahasa, ia
akan dihapuskan
Kesimpulan
§ Tanzimat
merujuk kepada era pembaharuan dan reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan
uthmaniyah untuk mengembalikan segala kegemilangannya. Dua dasar penting dalam
tanzimat ialah hatti-I humayun. Pembahruan
yang dilaksanakan menerima pengaruh barat, terutamanya dalam memberikan hak dan
kesaksamaan kepada setiap rakyat kerajaan uthmaniyah.
Bagus
BalasPadam