Isnin, 3 Februari 2014

3.3 Gerakan Nasionalisme

3.3 Gerakan Nasionalisme Mesir dan Syria


Soalan 115: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Mesir abad ke-20M

Pendahuluan

§  Mesir pada awal abad ke-20 berada di bawah naungan empayar Turki Uthmaniyah,namun pengaruh British di mesir sangat kuat. British mula berkuasa di Mesir sejak 1882 hingga 1918 iaitu sehingga tamatnya perang dunia pertama. selepas itu,pihak british mula melonggarkan sedikit cengkamannya ke atas pentadbiran dalam negeri mesir,namun mereka tetap melindungi kepentingan ekonomi mereka di mesir.

§   Dengan melantik seorang konsul jeneral,iaitu Lord Cromer,british seolah-olah memerintah mesir pada ketika itu. Jentera pentadbiran tradisional di bawah kepimpinan Khedif,iaitu wakil pemerintah empayar Turki Uthmaniyah,namun pemerintah mesir hanyalah seperti boneka untuk mengawal penduduk tempatan sahaja. Dalam banyak hal, penduduk tempatan ditindas sehinggakan membawa kepada semangat anti-british dan pengaruh kuasa asing.

Isi-isi penting

1. Pengaruh agama

§  Melihatkan cara british di mesir yang cuba untuk membaratkan masyarakat mesir serta menjauhkan agama islam daripada tertegak di mesir,muncul golongan rerformis islam menentang pihak british.pergerakan ini dinamakan Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh sheikh Hassan al-Banna. Sebagai sebuah pergerakan islam,Ikhwanul Muslimin cuba menegakkan kembali islam di mesir berlandaskan ajaran al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w dan menolak modenisme yang berbentuk sekular yang telah meresap masuk dalam masyarakat mesir ketika itu.

§  Gerakan ikhwanul muslimin menggunakan pengaruh agama dengan menyedarkan umat islam mesir untuk berjihad dengan membersihkan diri daripada amalan syirik,khurafat dan sebagainya serta berbalik kepada islam. Ikhwanul muslimin semakin bimbang apabila wujud golongan cerdik pandai islam yang terpengaruh dengan gaya pemikiran barat.

§    Antaranya termasuklah syaikh ali abdul raziq yang menulis buku berjudul islam dan dasar-dasar pemerintahan. Beliau menyokong tindakan Mustafa kamal Ataturk kerana memisahkan antara agama dengan politik. Ali menegaskan bahawa islam tidak mewajibkan umatnya mendirikan Negara bahkan adanya khalifah islam itu akan membawa bencana kepada umatnya.

2. Peranan bahasa dan kesusasteraan

§  Boutros ghali seorang berbangsa Qibti iaitu penduduk asal mesir yang memegang jawatan sebagai hakim telah dibunuh pada tahun 1910 selepas menandatangani perjanjian pemerintahan bersama sudan. Pembunuhan beliau berkait rapat dengan keengganan beliau mendesak parlimen mesir bagi memberikan konsesi terusan suez yang lebih kepada pihak british.

§  Kematian beliau diabadikan oleh penyajak ahmad shawqi dan hafiz Ibrahim yang diterbitkan dalam al-muayyaddan al-liwa.sajak-sajak ini menjadi pemangkin semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan.

§  Golongan modenis islam yang dipelopori oleh rasyid rida sangat lantang memperjuangkan bahasa arab mesir dan mereka meminta agar bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan menggantikan bahasa inggeris dan bahasa perancis.dengan cara ini ,dapat mengikis rasa hormat kepada penjajah sedikit demi sedikit.

3. Pengaruh kewartawanan

§  Surat khabar ataupun bidang kewartawanan turut meniup semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk mesir yang rata-rata beragama islam ketika itu. Penulisan rasyid rida melalui akhbar salafiya banyak membuka minda rakyat mesir pada waktu itu.rasyid rida merupakan orang kanan kepada Muhammad abduh,dan penulisannya banyak menyentuh soal modenisasi islam.

§  Rasyid Rida menyemarakkan semangat nasionalisme dalam penulisan beliau dengan menyalahkan dan menganggap penjajah yang membuatkan umat islam mundur.beliau dan pendukung modenisasi islam cuba menegakkan warisan dan keperibadian arab terutamanya bahasa arab mesir iaitu lanjah misriyah.
§  Penulis wanita juga giat memperjuangkan hak mereka seperti malak hifni nasif yang menggunakan nama pena bahithat al-badiya.beliau membincangkan isu pendidikan dan peranan wanita secara terbuka dalam penulisannya dan mesejnya sampai kepada masyarakat terutama golongan intelektual.

4. Peranan pendidikan

§  British mengabaikan pendidikan sekolah tajaan kerajaan di mesir walaupun mereka mampu membiayainya.hal ini memberi kesan kepada golongan muslim di mesir untuk membaiki taraf kehidupan mereka.lebih teruk lagi,kesemua jawatan kerajaan diisi oleh golongan berpendidikan yang berasal daripada keluarga berada.  

§  Titik perubahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk apabila banyak jawatan kerajaan diisi oleh pegawai dari Britain yang kurang berkelayakan daripada diberikan kepada penduduk tempatan,dan gaji yang diberikan adalah tinggi berbanding gaji yang diberikan kepada penduduk tempatan.

§  Pada tahun 1908, rakyat mesir dipimpin oleh menteri pendidikan dan beberapa tokoh nasionalis terkenal cuba menubuhkan sebuah university swasta mereka sendiri.selepas melihat usaha mereka ini,barulah kerajaan mula mengambil berat tentang penubuhan universiti ini.

§  Peranan pendidikan tidak dapat disangkal menyumbang kepada gerakan nasionalisme di mesir terutamanya lulusan dari sekolah undang-undang.ramai daripada bijak pandai berhujah serta bercita-cita tinggi menyertai sekolah undang-undang.
§  Graduan ini telah terdedah dengan nilai politik dan kebudayaan barat semasa tempoh pembelajaran mereka.selain itu,mereka juga disuntik sikap anti-british melalui guru-guru mereka yang berbangsa perancis.

§  Guru-guru ini merupakan saki-baki daripada pendidik perancis yang masih berkhidmat di mesir,dan mereka masih berdendam dengan british yang berkomplot dengan empayar Turki Uthmaniyah untuk merampas mesir dari perancis.

5. Peranan golongan intelektual

Golongan intelektual dalam meniup semangat nasionalis menentang kuasa barat di mesir terbahagi kepada dua,iaitu golongan ulama dan golongan intelektual berorientasikan barat. Antara tokoh intelektual yang muncul dari bidang undang-undang ialah Mustafa kamil dan mohammed farid. Mustafa kamil cukup terkenal dalam kalangan masyarakat mesir kerana sikapnya yang keras dalam menentang british.

Beliau menyokong nasionalisme sekular  seperti yang berlaku di dunia barat,dan cuba meraih sokongan daripada golongan intelektual daripada keturunan qibti.cita-cita Mustafa kamil adalah untuk merebut kemerdekaan daripada british dan menubuhkan sebuah kerajaan berparlimen ala-barat.

Sheikh Hassan al-banna telah mempelopori golongan intelektual islam untuk bangkit menetang british melalui penubuhan ikhwanul muslimin.pertubuhan ini merupakan sebuah organisasi yang teratur dan mempunyai cawangan di seluruh mesir. Melalui ikhwanul muslimin, sheikh Hassan al-banna melaksanakan program-program keislaman yang komprehensif untuk membetulkan akidah umat islam di mesir dengan tujuan untuk membina sebuah kerajaan islam.  

Golongan intelektual daripada kalangan pegawai tentera mesir memberikan sumbangan yang cukup besar dalam gerakan nasionalisme mesir.ini terbukti apabila golongan pegawai-pegawai tentera berketurunan Fellahin bangkit menetang british dan pemerintahan khedif dari empayar Turki Uthmaniyah yang suda korup.

6. Pengaruh luar

Pengaruh luar paling besar yang berjaya membuatkan penduduk mesir bangkit melawan kuasa asing ialah perang dunia pertama. 

Para petani di mesir dikerah secara paksa oleh british untuk meninggalkan ladang-ladang mereka dan menyertai perang dunia pertama dengan membantu pertubuhan palang merah dan menjadi kuli kepada tentera british di palestin, Gallipoli serta Perancis. Banyak nyawa rakyat mesir terkorban dalam peperangan yang tidak mereka pinta ini.

Penutup

Gabungan faktor-faktor yang dibincangkan tadi menimbulkan gerakan nasionalisme di mesir pada abad ke-20m. Bagaimanapun faktor pengaruh agama,peranan golongan intelektual,dan peranan pendidikan memberi sumbangan yang ketara terhadap gerakan nasionalisme di negara sungai Nil.

Soalan 116: Perincikan usaha dan peranan yang dimainkan oleh dua orang tokoh intelektual Mesir iaitu Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida dalam gerakan pembaharuan di Mesir.

Pendahuluan

§  Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, Mesir merupakan sebahagian daripada kerjaan Turki Uthmaniyah. Pada tahun1798 Masihi ,Mesir telah dikuasai oleh Perancis(diketuai oleh Napoleon Bonaparte) selama tiga tahun. Tahun 1801 selepas pakatan Uthmaniyah-British telah berjaya mengalahkan Perancis dan British telah mengambil alih pemerintahan di Mesir. British mula menguasai Mesir dengan sumber ekonomi yang berharga seperti minyak. 

§  Tindakan British yang mengeksploitasi masyarkat Mesir demi kepentingan mereka telah mengakibatkan berlakunya penindasan – jaul ketinggalan berbanding golongan pendatang. Menyedari keadaan tersebut, timbul gerakan semangat nasionalisme bagi memulihkan keadaan ini yang dipelopori golongan intelektual tempatan seperti Jamal al-Din al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad  Rashid Rida.
Isi-isi

1.       Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Biodata Muhammad Abduh (1849-1905M)

Biodata Muhammad Abduh

§  Nama penuh- Muhammad bin Abduh bin Hasan Khayr Allah. Lahir di desa Mahallat Nashr, al-Buhayrah, Mesir tahun 1849 Masihi dan meninggal pada 1905M. Berketurunan-bangsa Turki sebelah ayahnya Abduh bin Hasan Khayr Allah. Pendidikan- awal mempelajari Al-Quran, hafal kitab umur 12 tahun. Formal di Masjid Ahmadi dan bapa saudaranya Shaykh Darwish Khidr di Shibral Khit. Melanjut pelajaran di Universiti Al-Azhar di Kaherah tamat tahun 1877 Masihi Ketika ini (1869Masihi) bertemu dengan tokoh reformasi dunia Islam, Sayyid Jamal al-Din al Afghani dalam sebuah diskusi. Terpengaruh dengan fahaman Al –Afghani yang merupakan seorang pemikir moden yang memiliki semangat tinggi untuk mengembalikan kegemilangan umat islam yang ketika itu berada di bawah penjajahan Barat dan  menolak kefanatikan

Usaha Pembaharuan (Reformasi ) Muhammad Abduh.

a.     Pendidikan Masalah Pendidikan Dualisme di Mesir

§  Semasa era Shaykh Muhamad Abduh, Mesir mempunyai dua sistem pendidikan yang berlainan dari segi matlamatnya iaitu: Sistem Pendidikan Tradisional yang menfokuskan kepada ilmu-ilmu keagamaan-golongan konsevertif. Sistem pendidikan moden yang mengambil contoh dari Barat-Muhammad Ali Pasha.  Muhammad Abduh melihat bahaya akan timbul berikutan daripada dualisme dalam pendidikan. Akibatnya, sistem pendidikan tradisional akan melahirkan ulama yang tidak mempunyai pengetahuan ilmu moden. Manakala sekolah kerajaan yang moden melahirkan lulusan yang kurang  ilmu agamanya. Berikutan perbezaan yang wujud, semasa menjadi pensyarah di Dar al-Ulum dan Universiti al-Azhar Shaykh beliau berani melakukan perubahan-perubahan radikal. Berusaha memperbaharui sistem pendidikan tradisional dan sistem pendidikan moden. kebebasan berfikir, menyerap ilmu-ilmu moden buang amalan kolot dan fanatik

§  Sekembalinya dari buangan pada tahun 1888M, Muhammad Abduh cuba menangani isu pendidikan dan memberi laporan kepada pihak berkuasa mengenai rancangan pendidikan untuk membaiki kemerosotan di Universiti al-Azhar. Caranya ialah melakukan penambahan ilmu-ilmu moden dalam Universiti al-Azhar di samping memperkukuhkan ilmu-ilmu agama di sekolah-sekolah kerajaan supaya dapat merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pendidikan tersebut-Dar al Ulum 1871. Meskipun pembaharuan yang diperkenalkan mendapat sambutan perlahan pada peringakat awal, namun pembaharuan telah mewujudkan suasana keilmuan baharu di Universiti al-Azhar sekaligus telah dapat menyediakan asas perubahan seterusnya. Reformasi Pendidikan yang dilakukan oleh Muhammad Abduh di Universiti al-Azhar pad akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah menaikkan imej universiti tersebut dan menjadi simbol modenisasi dalam Islam.

b.     Masalah Buta Huruf Dalam Kalangan rakyat Mesir

§  Reformasi juga dilakukan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalamkalangan rakyat Mesir. Shaykh Muhammad Abduh mendapati pihak kerajaan gagal menyediakan pendidikan yang sesuai kepada rakyat Mesir –menyebabkan berlakunya buta huruf dalam kalangan rakyat Mesir. Sistem pendidikan yang dirancang oleh penjajah ketika itu tidak memberi faedah kepada sebahagian besar rakyat Mesir. Contohnya, golongan petani  yang menjadi penyumbang utama pendapatan negara hidup terbiar, kehadiran ke sekolah hanya 4% sahaja. Didapati setelah empat dekad penjajahn British 92% penduduk lelaki dan 99% penduduk wanita buta huruf.

§  Tindakan – kegiatan penterjemahan buku ilmiah ke dalam bahasa Arab dilakukan bagi membolehkan rakyat Mesir membaca dan memahaminya. Setelah beliau kembali ke Mesir selepasdipecat mendapat tugas oleh pemerintah untuk terbit majalah al-Waqa’I al- Misriyyah. Kesempatan ini diguna oleh beliau untuk bekongsi isu-isu yang berlaku dalam masyarakat sperti nasib rakyat, pendidikan dan pengajaran.

c.    Gerakan Nasionalisme

§  Muhammad Abduh dan Al-Afghani telah meniupkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Mesir. Menyusun gerakan untuk memberim kesedaran kepada seluruh umat Islam untuk menentang penjajahan Barat dalam al-Urwahal-Wuthqa. Melindungi masyarkat tempatan dibelenggu penjajah yang menindas dan menguasai ekonomi dan politik di Negara Mesir.

§  Kesannya, semangat kebangsaan bergema seluruh dunia dan member pengaruh kuat kebangkitan umat Islam menentang penjajahan. Akibatnya, pihak British berasa bimbang dan akhirnya pemerintah British menyekat kemasukan majalah tersebut ke wilayah Mesir dan India. Tetapi gerakan Muhammad Abduh tetap diteruskan  setelah beliau menjadi mufti Mesir pada 1899 kembali berjuang meniup roh perubahan dan kebangkitan kepada umat Islam.

Gerakan Pembaharuan Mesir oleh Muhammad Rashid Rida (1865-1935)

Biodata Muhammad Rashid Rida;

§  Nama- Muhammad Rashid bin Ali bin Muhammad Shams al-Din bin Muhammad Baha al-Din bin Munla al-Khalifa. Lahir- di Qalamun, Tripoli, Lubnan 23 September 1865. Pendidikan- kanak-kanak belajar di kuttab setelah lancar membaca dan menulis beliau belajar di Madrasah al-Rashidiyyah.

§  Mempelajari ilmu alam, ilmu hisab, nahu, saraf, dan ilmu agama lain seperti akidah dan ibadah. Pendidikan tinggi umur 18 tahun melanjut pengajian di Madrasah al-Wataniyyah al-Islamiah yang didirikan oleh Shaykh Husayin al-Jisr.  Mempelajari mantik falsafah dan ilmu agama lain.  Mempelajari bahasa Turki Prancis dan karya-karya imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah.

Usaha-usaha Muhammad Rashid Rida:

a.     Seorang Reformis Pembaharuan Pendidikan:

§  Merupakan penulis yang prolifik berpengaruh dengan reformasi Islam, pen- Arabisama dan Nasionalisma Arab. Idea pembaharuan dalam diri Muhammad Rashid Rida ditanam oleh Syaykh Husayin al-Jsir. Ketika menuntut Rida juga mengikuti perkembangan dunia Islam melalui akhbar al-‘Urwah al- Wuthqa melalui akhbar ini beliau mengenali gagasan permikiran dua orang tokoh pembaharuan yang sangat dikaguminya iaitu al-afghani dan Muhammad Abduh.Penelitian terhadap karya Imam al-Ghazali dan Ibn Taymiyyah telah memberikannya inspirasi mengenai  kepentingan membaiki kemunduran umat Islam dan memurnikan ajaran Islan dalam kalangan umatnya.

§  Sepanjang karer interlektualnya Rida mendukung reformasi dan meyakini bahawa kemunduran umat Islam adalah kesan daripada kebekuan ulamanya dan kezaliman para pemimpin. Namun begitu Rida juga menyeru kepada umat Islam agar mengambil iktibar daripada peradaban barat dan mengambil aspek-aspek positif seperti ilmu pengetahuan dan teknologi. Beliau juga menekankan pendidikan dakwah dan bimbingan dengan menyerasikan pendidikan moden dan pendidikan agama menerusi penubuhan Madrasah al-Da’wah al-Irshad pada tahun 1912 di Khahirah. Idea-idea Muhammad Rashid Rida amat mempengaruhi pendidikan Islam pada abad ke-20 Masihi dalam pembangunan dan perlaksanaan falsafah politik sebuah “Negara Islam”.

b.     Pemimpin Politik

§  Rida juga aktif dalam dunia politik dengan memegang jawatan Pesiden Kongres Syria pada tahun 1920. Di samping sebagai wakil deligasi Palestin Syria ke Giniva Pada tahun 1921.
§  Menghadiri persidangan Islam di Makkah 1926 dan diJerusalem pada tahun 1931.

Kesimpulan

§  Kesimpulannya, sumbangan kedua-dua tokoh reformasi ini telah berjaya membawa perubahan dan berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Mesir untuk berubah dan memerdekakan diri daripada penjajahan barat.

§  Berikutan perentangan dan gerakan kemerdekaan yang merupakan reaksi daripada rakyat tempatan akhirnya Mesir memperoleh kemerdekaan daripada British pada tahun 1922.

§  Gerakan reformasi oleh kedua-dua tokoh ini telah berjaya mempengaruhi gerakan Nasionalisma di seluruh dunia Islam dan mereka menjadi benteng umat Islam daripada idea  dan pemikiran barat yang tidak selari dengan syariat Islam.

Soalan 117: Bincangkan faktor-faktor kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20 Masehi.

Pendahuluan

§    Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918, menyaksikan kejatuhan empayar turki uthmaniyah yang menaungii Negara-negara arab islam. Kuasa imperialis barat mula mengambil alih peranan empayar turki uthmaniyah. Di Syria, perancis telah diberi mandate untuk menjaga hal ehwal Negara tersebut. Walaupun perancis dikatakan ingin memberi kemerdekaan kepada Syria, namum mereka telah menjajah Negara tersebut selama tujuh tahun.

§  Pada tahun 1927, perancis telah menganjurkan pilihan raya di Syria yang dimenangi oleh parti blok nasional. Namun, Syria masih berada di bawah penguasaan perancis tanpa mendapt kemerdekaan penuh.

Isi-isi penting

1.       Pengaruh agama

§ Atas kesedaran agama, timbul keinginan untuk menyatukan kesemua Negara dan bangsa arab sehingga mewujudkan pergerakan-pergerakan di Syria. Kedudukan palestin yang bersempadan di bahagian barat daya Syria menyebabkan penduduk Syria sangat mengambil berberat perihal saudara islam mereka di palestin

§  Gerakan yahudi yang ingin menempatkan penduduk mereka di kawasan orang palestin jelas kelihatan apabila golongan turki muda yang memerintah turki dikuasai oleh pertubuhan al-Ittihad wa al-Taraqqi yang didalangi oleh orang yahudi. Keadaan ini menyemarakkan lagi semangat penduduk tempatan di Syria menentang pihak penjajah.

2.       Peranan bahasa dan kesusteraan

§  Perancis cuba menonjool kan bahawa mereka merupakan kuasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan golongan minoritii. Mereka memperjuangkan bahasa golongan minority. Dengan alas an tersebut, mereka mengamalkan pemerintahan dasar pecah dan perintah di Syria. Antara kesan ketara dasar berkenanan ialah perjuangan bahasa oelh golongan minority agar diiktiraf seperti bangsa kurdi yang meninginkan bahasa mereka diiktiraf sebagai bahasa rasmi di kawasan yang diduduki  oleh puak kurdi.

§  Di Alexandria, perkara sama turut sama berlaku apabila penduduk kawasan tersebut yang majoritinya berbangsa turki dan diberi pengecualian untuk menggunakan bahasa turki.

3.       Peranan pendidikan

§  Sebuah akademik telah ditubuhkan di Syria bagi mengumpulkan ahli linguistic di seluruh pelusuk tanah arab untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran. Tumpuan akademik bahasa ini adalah untuk menyuasaikan bahasa masing-masing dengan keadaan masyrakat arab yang mengamalkan pelbagai budaya. Walaupun secara politiknya mereka berbeza, namun mereka bersatu dibawah satu perkara, iaitu bahasa arab.

§  Antara tokoh terkenal yang menyokong usaha menubuhkan sebuah Negara arab merdeka di Syria ialah Abu Khaldun Sati al-husri. Beliau dilahirkan di Aleppo dan pada masa mudanya, beliau bekerja sebagai pegawai pendidikan turki uthmaniyah. Di damsyik dan Beirut, beberapa buah university yang dibina menjadi medan perdebatan golongan terpelajar tempetan.

4.       Peranan golongan intelektual

§  Rasyid Rida merupakan golongan intelektual muslim dari Syria yang mengembangkan gagasan modenisme islam yang awalnya dipelopoti oleh jamaluddin al-afghani dan Muhammad Abduh. Rasyid rida mengkaji kelemahan masyrakat islam ketika itu dibandingkan dengan masyrakat colonial barat. Beliau berpendapat bahawa kelemahan ini dapat diatasi apabila masyrakat islam kembali kepada perinsip-prinsip dasar islam dan melakukan ijtihad dalam menghadapi kehidupan moden.

§  Penulis beliau banyak menyumbang kepada gerakan nasionalisme dalam kalangan umat islam ketika itu termasuk di Syria. Beliau berhijrah dari Syria ke mesir pada tahun 1897 untuk menuntut ilmu.

5.       Pengaruh luar

§  Syria pada awal abad ke-20 masih berada di bawah pemerintahan empayar turki uthmaniyah. Oleh kerana dasar pan-islamisme menjadi dasar kerajaan turki uthmaniyah, maka dasar ini telah menyemarakkan semangat penduduk tempatan menagkis ancaman pihak barat.

§  Shakid arselan melalui tulisannya menyeru penduduk Syria supaya bersatu padu di bawah kerajaan turki uthmaniyah dan menolak konspirasi barat yang mahukan penduduk Syria menentang penguasaan kerajaan turki uthmaniyah. Syaked arselan yang berasal dari lubnan menggesa penduduk Syria bangun secara sukarela menentang pihak british semasa perang dunia pertama, iaitu pada tahun 1916.
Penutup

§  Selepas tamatnya perang dunia pertama pada tahun 1918 , terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemunculan gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20m. Gerakan nasionalisme bertujuan menyatukan semua Negara dan bangsa arab.

   Soalan 117 (b). Huraikan peranan Muhammad Ali Pasha dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.

 

Muhammad Ali atau lebih dikenali sebagai Muhammad Ali Pasha Al Mas’yd Ibrahim Agha yang berketurunan Turki, berbangsa Albania dan merupakan salah seorang panglima tentera Uthmaniyah.  Beliau berasal dari Macedonia telah dihantar ke Mesir oleh Sultan Selim III bagi memerangi pencerobohan Perancis. Kejayaan beliau memberikan kemajuan yang tinggi terhadap umat Islam di Mesir menjadikannya diangkat sebagai salah seorang Khedif  Mesir pada tahun 1805M. Gelaran Pasha (orang bangsawan) turut diberikan kepada dirinya sendiri sebagai ganjaran atas kegigihan, ketekunan dan juga keberanian yang dimilikinya untuk melenyapkan pengaruh Dinasti Mamluk. Beliau turut melaksanakan proses modenisasi Mesir dengan  menggunakan Model Perancis. Oleh kerana itu, beliau digelar Bapa Permodenan Mesir. Muhammad Ali Pasha telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme terhadap rakyat Mesir.

Salah satu peranan Muhammad Ali Pasha ialah  bidang pentadbiran  juga menjadi salah satu sebab kebangkitan semangat nasionalisme di Mesir terjadi. Hal ini demikian kerana setelah beliau menjadi Khedif di Mesir, seluruh sistem politik di Mesir diubah dan telah menubuhkan sebuah sistem birokrasi yang lebih efisien dan cekap. Sehubungan itu, beliau menyingkirkan seluruh pemimpin-pemimpin golongan pro-Mamluk termasuklah golongan-golongan yang berhaluan kiri dalam pentadbiran. Bukan itu sahaja, beliau turut  mengenepikan golongan ulama dalam pentadbiran kerana ulama menjadi penghalang kepada usaha pembaharuannya yang berkiblaktkan Barat. Lazimnya, penasihat dan sarjana luar terutama dari Perancis diambil untuk berkhidmat dalam pentadbiran untuk memastikan pembaharuan dan permodenan Mesir berjalan lancar. Malahan pada tahun 1805, beliau telah membentuk sekumpulan pemerintah Mesir yang terdiri daripada bangsa Turki dan Mesir serta pegawai elit yang terpelajar untuk menguruskan pentadbiran dan melancarkan pengutipan cukai.  Keadaan ini menunjukkan bahawa beliau amat berhati-hati dalam menjalankan pentadbirannya demi mencapai matlamatnya iaitu membebaskan Mesir dari kerajaan Uthmaniyah.

Selain itu, Muhammad Ali Pasha turut berperanan dalam bidang  ketenteraan untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir.  Kejayaan  beliau menumbangkan Dinasti Mamluk menyebabkan beliau meneruskan gagasannya iaitu bagi memastikan taraf ketenteraan yang dimiliki adalah sejajar dengan negara Barat. Oleh itu, beliau telah menyusun semula angkatan tentera Mesir agar mereka lebih  berdisiplin dan pentadbirannya lebih cekap dan teratur. Misalnya, pada tahun 1815 M, Muhammad Ali Pasha memastikan bahawa setiap bala tenteranya akan dilatih dengan baik berdasarkan “Nizam Al-Jadid” yang dikenali sebagai peraturan baru  termasuklah arahan yang mewajibkan setiap para petani di luar daerah untuk mengikuti ketenteraan. Beliau turut mengimport beberapa senjata buatan Eropah untuk digunakan oleh bala tenteranya. Misalnya pada tahun 1986, seramai 90000 anggota tentera lengkap dengan pasukan mariam setanding tentera Eropah. Seterusnya, beliau turut menguruskan kolej ketenteraan Aswan untuk memberi latihan dan kemahiran kepada pegawai tentera. Bagi pegawai tentera yang telah mendapat pendidikan ketenteraan hendaklah berbakti kepada beliau dengan memastikan setiap ilmu yang dipelajari mereka dapat membantu bidang ketenteraan di Mesir. Kesannya, Muhammad Ali Pasha  berjaya mematahkan pemberontakan al-Muwahiddun, menguasai utara Suddan dan menjadikan Mesir mucul sebagai sebuah kuasa tentera yang terkuat di Asia Barat.

Semangat nasionalisme juga terbentuk apabila Muhammad Ali Pasha turut cuba mengukuhkan lagi alur ekonomi di Mesir. Antara  usaha Muhammad Ali Pasha ialah melaksanakan sistem monopoli yang bertujuan untuk mengambil keseluruhan hasil demi meningkatkan pendapatan negara. Keadaan ini termasuklah dengan merampas seluruh tanah wakaf dan harta-harta orang kaya di Mesir sekaligus menghapuskan harta kekayaan yang dimiliki oleh kaum Mamluk  Berdasarkan sistem monopoli ini, sistem cukai baharu juga diperkenalkan dan memastikan bahawa segala pembelian hasil pertanian dari petani adalah murah, kemudian menjualnya kepada masyarakat tempatan dan  para pedagang dengan harga yang tinggi. Sejajar dengan sistem yang dilaksanakan, Muhammad Ali Pasha juga mewujudkan sistem pengairan yang lengkap bagi menambahkan produktiviti hasil pertanian dan membolehkan para petani menanam tiga jenis tanaman dalam setahun. Antaranya ialah pembinaan terusan kuno juga dilaksanakan yang menghubungan Alexandria hingga ke Sungai Nil sepanjang tahun bagi mengantikan sistem pengairan takungan. Kilang-kilang memproses makanan, barangkan kulit, peralatan senjata dan lain-lain turut dibangunkan. Ini termasuklah sistem pengangkutan yang melancarkan segala aktiviti perdagangan dan perhubungan dalam negeri mahupun antArabangsa. Misalnya, menugaskan kumpulan Saint Sinonians untuk pembinaan  Terusan Suez.

Seterusnya, peranan Muhammad Ali Pasha yang mementingkan pendidikan juga adalah salah satu sebab semangat nasionalisme itu terbentuk di Mesir. Hal ini dapat dikaitkan dengan keperibadian beliau yang begitu memandang tinggi terhadap ilmu pengetahuan meskipun dia adalah seorang yang buta huruf sejak kecil lagi.  Beliau telah mewujudkan dua sistem pendidikan di Mesir semasa pemerintahannya iaitu sekolah tradisional (bidang keagamaan) dan sekolah moden (ilmu umum).  Kewujudan kedua-dua sistem ini diasingkan kerana beliau berpendapat bahawa ilmu tersebut akan berguna membantu perkembangan Mesir kelak. Beliau menubuhkan Kementerian Pendidikan, sekolah rendah berorientasikan kurikulum Barat dan Sekolah Ketenteraan yang merupakan sekolah pertama yang ditubuhkan pada tahun 1815 MDi samping itu, Muhammad Ali Pasha juga mendelegasikan seramai 311 pelajar ke Eropah seperti Perancis, Itali, Inggeris atau Austria untuk mempelajari ilmu ketenteraan, pentadbiran, kejuruteraan, perubatan serta  sains dan teknologi. Bukan itu sahaja, beliau juga menjemput guru-guru agung dari Eropah  bagi melaksanakan pengajaran di sekolah-sekolah yang telah ditubuhkannya.

 Seterusnya, Muhammad Ali Pasha juga banyak memainkan peranan dalam memupuk semangat nasionalisme melalui kewartawanan. Beliau telah menerbitkan beberapa karya dan buku-buku. Pada tahun 1828M, Muhammad Ali telah mencetak dan menerbitkan majalah yang dinamakan sebagai “ al-Waqa’i al-Mishriyah” (Berita Mesir). Penerbitan majalah ini adalah untuk memberitakan segala peristiwa dunia sekaligus menyebarkan gagasan nasionalisme sehingga menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tempatan Mesir. Bukan itu sahaja, majalah ini juga menjadi salah satu sumber berita yang boleh dipercayai. Sehubungan itu, beliau turut mencetak beberapa buku teks hasil daripada terjemahan pelajar-pelajar yang dihantar ke Eropah. Lazimnya, buku-buku yang diterjemahkan dari bahasa Eropah ke Arab mencakupi bidang falsafah, biologi, geografi, pelancongan, politik dan antropologi. Berdasarkan penterjemahan ini, Muhammad Ali Pasha menggunakan terjemahan itu untuk dijadikan buku teks di sekolah-sekolah yang dibangunkannya. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat di Mesir mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.

Kesimpulannya, Muhammad Ali Pasha amat berperanan untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Mesir melalui pentadbiran, ketenteraan, ekonomi, pendidikan dan kewartawanan. Usaha beliau dalam pendidikan sangat meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat tempatan Mesir untuk melancarkan gerakan nasionalisme. Tampuk pemerintahannya yang bersifat ditaktor dan permodenan yang berlebihan dengan meminggirkan Islam menjadikan beliau tidak begitu disukai segelintir masyarakat Mesir.  Apa yang pasti, Muhammad Ali Pasha telah terperangkap dengan muslihat kuasa Barat khasnya British yang memaksa beliau menandatangai perjanjian London pada 1840M. Perjanjian ini telah menghadkan kuasa beliau dan mengurangkan saiz pasukan tenteranya. Keadaan ini telah membuka mata masyarakat Mesir bahawa masih terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pemerintahan yang terbaik. Muhammad Ali Pasha telah menjadi titik permulaan semangat nasionalisme di Mesir.

  Soalan 117 (c). Terangkan peranan Abdul Rahman al-Kawakibi dalam gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke-20.

 

Abd al-Rahmān ibn Ahmad Bahā’i ibn Mas‘ūd al-Kawākibi dilahirkan pada tahun 1855 di Kota Aleppo, Syiria. Ayahnya Sayid Ahmad Bahā’i ibn Muhammad ibn Mas‘ūd al-Kawākibi (1244-1299/1829-1882) merupakan seorang Mufti di Antokia. Ibunya bernama Afifah binti Mas‘ud. Beliau dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan  Ali ibn Abi Talib. Pada usianya enam tahun, ibunya meninggal dan dibesarkan oleh  ibu saudaranya iaitu Safiyyah. Beliau dapat menguasai  bahasa Uthmani-Turki dan Persia hasil didikan beliau. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Said Najib al Naqaib di Anatokia. Keintelektualan beliau terbukti dengan menguasai  Ulum Islamiyyah, Bahasa Inggeris, matematik, fizik dan politik. Beliau amat dikenali sebagai penulis Syiria yang terkenal, pejuang Pan Arabisme dan pemikir reformis di timur Mediterrranean pada penghujung abad ke 19. Oleh kerana itu, Abdul Rahman al-Kawakibi amat berperanan dalam gerakan nasionalisme di Syiri pada abad ke 20.

 

Peranan Abdul Rahman Al-Kawakibi dalam gerakan nasionalisme di Syria pada abad ke 20 adalah dalam bidang kewartawanan. Beliau sangat meminati sastera dan politik. Pada tahun 1870, beliau mula terlibat dalam penulisan akhbar rasmi di Aleppo dalam bahasa Arab dan Turki.  Beliau bekerja sebagai penyunting akhbar al-Furat selama lima tahun (1875-1880) ketika usianya 20 tahun. Beliau juga telah mengasaskan dua buah akhbar baharu iaitu al-Sahba dan al-Itidal.  Akhbar al-Sahba telah diterbitkan pada 1875. Akhbar ini dianggap lebih radikal berbanding akhbar yang sedia ada. Ini kerana Abdul Rahman al-Kawakibi telah mengkritik pemerintahan kuku besi dan kezaliman Empayar Uthmaniyah, mengkritik pemerintahan gabenor Aleepo, Jamil Pasha serta membangkitkan idea-idea reformis dalam kalangan masyarakat tempatan. Kesannya, akhbar ini ditutup pada 1877 setelah 16 terbitan. Kemudia beliau mengasaskan pula akhbar al-Itidal pada Julai 1879. Namun akhbar ini hanya bertahan tiga bulan setengah sahaja kerana isu yang sama dengan akhbar sebelumnya. Namun begitu, artikel-artikel beliau tetap diterbitkan di majalah Kaherah, Damsyik dan Beirut walaupun tanpa nama.

 

Dalam pada itu, beliau turut berperanan dalam pentadbiran tempatan dan wilayah dalam gerakan nasionalisme di Syiria pada abad ke 20. Ini kerana Abdul Rahman al-Kawakibi berpengalaman menjawat jawatan rasmi di Aleepo, Syiria dalam bidang pendidikan, kehakiman dan ekonomi.  Bermula tahun 1878, beliau merupakan penyuting akhbar al-Furat dan pada masa yang sama beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Majlis Pendidikan. Pada April 1879, beliau lulus dalam bidang kehakiman dan menjawat Pendaftar Mahkamah Pertama di Aleepo. Bidang tugas beliau adalah mengendalikan kes-kes tempatan. Manakala pada Mac 1881, sekali lagi beliau dinaikkan pangkat oleh Jamil Pasha sebagai Presiden Majlis Kanan Awam, ekoran ramai pegawai yang telah dipecat oleh gabenor tersebut. Kemudian telah dilantik sebagai hakim Mahkamah Komersial oleh Kementerian keadilan Istanbul.  Pada tahun 1884, beliau turut memegang jawatan Pegawai waqaf Agama di Aleepo. Penangkapan beliau telah menjadikan beliau lebih dikenali oleh seluruh masyarakat Syria akibat penganiyaan terhadap beliau. Pada tahun 1896 beliau beralih ke bidang swasta dengan membuka Syarikat sendiri.  Namun demikian usaha beliau gagal akibat pemberontakan puak Armania dan akhirnya beliau diberi jawatan ketua Setiausaha Mahkamah Syariah oleh Raif Pasha. Walau bagaimanapun,  beliau sendiri yang meletakkan jawatan pada 1898 dan kemudiannya berhijrah ke Mesir kerana menumpukan sepenuhnya kepada penerbitan karyanya.

 

Selain itu, Abdul Rahman Al-Kawakibi turut berperanan menghasilkan karya dalam gerakan nasionalisme di Syiria pada abad ke 20. Beliau berjaya menghasilkan beberapa karya iaitu Tabā’i‘ al-istibdād wa masāri‘ al-isti‘bād (The Nature of Despotism and the Harm of Enslavement) dan Umm al-Qura (The Mother of Villages: Mecca). Melalui karya Tabā’i‘ al-istibdād wa masāri‘ al-isti‘bād, beliau banyak  membincangkan idea kezaliman dan beliau menolaknya. Beliau menolak despotisme iaitu kekuasaan yang mutlak atas kemahuan pemerintah itu sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat yang lazimnya diamalkan oleh pemerintah Empayar Uthmaniyah. Bukan itu sahaja, beliau turut memperjelaskan  punca kemerosotan masyarakat Islam antaranya penyalahgunaan agama, pemesongan agama, pengabaian nilai-nilai Islam serta penolakan permodenan teknologi. Sementara itu, Karya  Umm al-Qura beliau telah diterbitkan pada 1900. Melalui karya ini, beliau percaya bahawa Mekah sepatutnya menjadi ibu negara dunia Islam, bukan Istanbul. Beliau adalah penyokong sejarah Arab luar biasa sebagai lokasi pengasas Islam. beliau mendakwa bahawa jawatan khalifah adalah hak orang Arab dan mesti dikembalikan kepada bangsa Quraisy.  Beliau menyeru agar kongres Islam rahsia diadakan semasa Haji di Mekah setiap tahun sekali gus menggambarkan kepentingan Mekah kepada dunia Islam.

 

Di samping itu, Abdul Rahman Al kawakibi turut berperanan memperjuangkan idea-idea pembaharuan politik dalam gerakan nasionalisme di Syiria. Beliau memegang visi “kecelakaan yang terbesar adalah hilangnya kebebasan kita, kebebasan untuk bersuara dan menerbit, kebebasan untuk menjalankan kajian saintifik”. Dalam erti kata lain, beliau menentang pemerintahan secara kuku besi yang menyekat kebebasan dan hak-hak rakyat. Selain itu, beliau turut mendukung kemerdekaan Arab dan khalifah Arab yang dipilih dengan kuasa yang terbatas sebagai asas bagi kebangkitan Islam. Maka tidak hairanlah jika beliau dianggap pejuang reformis Islam Syria dan penganjur khalifah Arab serta pelopor semangat perjuangan nasionalis. Semangat perjuangannya dalam membela kaum tertindas dan menyingkirkan ketidakadilan menarik perhatian masyarakat khasnya rakyat  yang daif dan melarat sehingga mengelarnya i Abū al-Du‘afā’ yang bermaksud “Bapa kaum yang lemah”.

 

            Seterusnya, beliau juga berperanan memperjuangkan Pan Arabisme dalam gerakan nasionalisme di Syiria pada abad ke 20. Semangat dan pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh pemikiran Jamal al-Din al-Afghani dan Muhammad Abduh. Matlamat beliau dalam gerakan Pan Arabisme ialah memperbaharui dunia Islam yang semakin lemah serta memberi keistimewaan kepada orang Arab dengan memberi penekanan keperibadian Arab mereka. Beliau juga mengharapkan penubuhan khilafah Arab yang bertentangan dengan sistem Khilafah Uthmaniyah. Idea Pan Arabisme ini memperlihatkan pemikiran beliau bahawa hanya orang Arab yang mampu memulih dan membangkitkan semula agama Islam.

            Kesimpulannya, Abdul Rahman Al Kawakibi sememangnya berperanan penting dalam gerakan nasionalisme di Syiria. Antaranya terlibat dalam kewartawanan, pentadbiran, penghasilan karya, idea-idea pembaharuan politik dan perjuangan Pan Arabisme. Walau bagaimanapun, penglibatan dalam bidang kewartawanan merupakan perintis kepada gerakan nasionalisme beliau di Syiria. Pada tahun 1902 beliau tiba-tiba meninggal dunia di Kaherah setelah menghabiskan hari sebelumnya sebagai tetamu Khedif di Iskandariah. Ahli keluarga dan penyokongnya mendakwa beliau diracun oleh ejen-ejen Turki tetapi tidak dapat dibuktikan. Apa yang pasti, pemikiran beliau telah berakar umbi dan menjadi perintis kepada gerakan nasionalisme di Syiria  dan seluruh Timur Tengah pada abad ke 20.

    Soalan 117 (d). Jelaskan peranan Jamal al-Din al-Qasimi dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Syria pada abad ke-20.

 

Pada 17 September 1866, lahir seorang tokoh intelektual Islam yang tersohor di Damsyik iaitu Jamal al-din al-Qasimi atau lebih dikenali sebagai Muḥammad Jamāl al-Dīn Abu al-Farj bin Muḥammad Saʿīd bin Qāsim ibn Ṣāliḥ bin Ismāʿīl bin Abi Bakr. Beliau yang berketurunan al-Hasan bin Ali, cucu kepada Rasulullah SAW itu mempunyai ilmu agama sangat mendalam dan bakat dalam seni bahasa. Selain itu, beliau juga merupakan seorang imam di Syam dan mewarisi gelaran datuknya “al-Qasimi” serta mendapat pendidikan awal di kampung dan bandar bumi kelahirannya iaitu Syria. Jamal al-Din al-Qasimi adalah seorang yang mempunyai akhlak yang terpuji dan sangat berpengaruh dalam kalangan masyarakat disebabkan beliau telah berguru dengan tokoh-tokoh agama di kawasan tempat tinggalnya. Ketekunan beliau dalam mendalami ilmu menjadikan beliau salah seorang intelektual yang disegani di Syiria. Oleh kerana itu, beliau sangat memainkan peranan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Syria sekitar abad ke-20.

Salah satu peranan Jamal al-Din al-Qasimi untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Syria dengan menyertai Jam‘iyyah al-Mujtahidīn. Beliau mula menyertai kumpulan ini ketika kerajaan Syiria mengamanahkan beliau merantau ke bandar-bandar dan kampung-kampung di Syiria untuk memberikan pengajaran awam selama empat tahun dari 1308H hingga 1312H. Bukan itu sahaja, beliau turut melawat Masjid Al-Aqsa, Juruselam, Mesir dan beberapa negara Arab lain untuk menimba ilmu pengetahuan.  Kumpulan ini adalah kumpulan pengajian kitab-kitab agama yang terdiri daripada para ulama. Atas dasar itulah, al-Qāsimī digelar sebagai Ḥādithah al-Mujtahidīn, yang bermaksud pembaharu dalam kalangan mujtahid. Walau bagaimanapun, beliau telah ditahan oleh kerajaan Syira pada tahun 1313H bersama beberapa ulama dalam kumpulan ini atas tuduhan mengadakan mazhab sendiri yang dikenali sebagai al-Madhhab al-Jamālī disebabkan pengaruhnya yang luar biasa dalam masyarakat ketika itu. Beliau kemudiannya dibebaskan setelah didapati tidak bersalah. Impak daripada penahanan ini beliau semakin dikenali ramai.

Selain itu, peranan Jamal al-Din al-Qasimi dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Syiria ialah membangkitkan kepentingan perundangan Islam. Beliau cuba untuk mengetengahkan perundangan Islam dengan kaedah dan dasar yang membenarkan penggunaan teknologi moden seperti telegraf sebagai salah satu tangga untuk mencapai kemajuan.  Menurut beliau dalam penulisannya, perundangan Islam merupakan salah satu bentuk prinsip yang dicipta berdasarkan al-quran dan sunnah yang memberi peluang kepada masyarakat untuk menjalani segala transaksi sosial dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu, penggunaan teknologi moden seperti telegraf mampu melancarkan lagi transaksi sosial itu sekaligus menjadikan perundangan Islam bukanlah sesuatu hal yang sangat sukar untuk dipelajari dan penggunaannya adalah terbaik dalam mencapai sebuah permuafakatan. Beliau yang merupakan seorang golongan intelektual banyak menyedarkan masyarakat Syria akan perbezaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah jika idea-idea beliau diaplikasikan dalam pemerintahan tersebut. Oleh itu, peranan Jamal al-Din al-Qasimi dalam menyuarakan perundangan Islam ini menjadi salah satu sebab kepada kebangkitannya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Syria.

Di samping itu, Jamal al-Din al-Qasimi juga sangat memainkan peranan dalam bidang kewartawanan untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Syria. Penulisan ini bermula apabila beliau menceburkan diri dalam idea reformis pada tahun  1890. Beliau telah mencipta beberapa karya tetapi tidak dapat diterbitkan secara terbuka sehingga Revolusi Perlembagaan Uthmaniyyah mewujudkan iklim politik yang lebih bebas pada tahun 1908. Keadaan ini memberi peluang kepada beliau untuk bergiat aktif kembali melalui penulisan dalam pelbagai bidang dan disiplin agama seperti perundangan Islam, akidah, tafsir, adat, budaya Islam dan sejarah Arab. Beliau mempunyai lebih dari 100 karya secara keseluruhannya termasuklah penulisan kitab dan majalah. Secara tidak langsung, beliau pada ketika itu digelar salah seorang tokoh agama liberal di Damsyik yang memihak kepada perlembagaan kerajaan. Lebih-lebih lagi, generasi muda Syria dengan kecenderungan nasionalisme Arab mendapat inspirasi dari seruannya untuk memperbaiki budaya Arab dan kebangkitan sastera menjadi tumpuan utama

Seterusnya, Jamal al-Din al-Qasimi turut berperanan menghasilkan karya-karya untuk membangkitkan semangat nasionalisme di Syiria. Terdapat dua aspek yang menjadi panduan kepada Jamal al-Din al-Qasimi untuk menerbitkan karyanya. Antaranya ialah seseorang hendaklah menggesa umat Islam untuk menangani perpecahan mazhab serta kembali kepada al-Quran dan Sunnah sebagai salah satu sumber rujukan. Selain itu, seseorang hendaklah melakukan penekanan terhadap merasionalkan pemahaman Islam dalam akidah dan syariat. Antara karyanya yang terkenal ialah Kitab tafsir Maḥāsin al-Ta’wil, Kitab ini ditulis oleh beliau pada 1317H hingga penghujung usianya. Melalui tafsiran dalam kitab ini, beliau telah memberikan sumbangan pelbagai bidang ilmu yang terkandung dalam al-Quran seperti fizik, astronomi, biologi, sains sosial dan sebagainya. Keadaan ini menunjukkan bahawa penulisan karya-karya beliau banyak memberikan impak positif kepada perkembangan ilmu dan juga sebagai jambatan antara al-Quran dengan kajian saintifik semasa.

Akhir sekali, peranan Jamal al-Din al-Qasimi dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Syria adalah melalui pendidikan. Hal ini demikian kerana Syria ketika itu sangat tidak mementingkan pendidikan sehingga begitu banyak lembaga pendidikan ditutup dan kebanyakan masyarakatnya tidak berilmu dan buta huruf. Keadaan ini berbeza dengan latar belakang beliau kerana keluarganya sangat mengutamakan dan memuliakan ilmu pengetahuan. Beliau yang dari kecil begitu tekun membaca, menulis dan mempelajari Al-quran menyebabkan dia begitu terkenal dalam kalangan masyarakat Syria. Seluruh ilmu tauhid dan ilmu bahasa dikuasainya bahkan pelbagai kitab juga dipelajari dan dikaji secara mendalam sehinggalah beliau menjejakkan kaki ke kota Damsyik demi meneruskan pengajiannya. Tambahan lagi apabila beliau diminta mengajar di Universiti Sinan untuk menggantikan tempat ayahnya yang telah wafat, telah membuka peluang kepada beliau untuk menunjukkan kemampuan dan kualitinya sebagai seorang ulama. Latar belakang pendidikan beliau sememangnya sudah hebat dan tidak ada seorang masyarakat Syria mampu menyangkalnya.

Kesimpulannya, Jamal al-Din al-Qasimi sememangnya memainkan peranan terbesar di Syria antaranya ialah menyertai Jam‘iyyah al-Mujtahidīn, membangkitkan perundangan Islam, kewartawanan, menghasilkan karya-karya dan latar belakang pendidikannya. Namun demikian penghasilan karya beliau khasnya kitab tafsir merupakan peranan yang penting dalam membangikitkan semangat nasionalisme di Syira. Apa yang jelas, perkembangan idea penulisan beliau sedikit sebanyak memberikan nafas baru kepada umat Islam di Syria bahawa pelbagai ilmu yang diperkenalkannya mampu membantu mereka menguasai dunia. Jamal al-Din al-Qasimi telah meninggal dunia pada 1332M. Idealisme beliau telah diwarisi oleh tokoh-tokoh seterusnya seperti Rashid Rida, Mahmoud Al-Alousi dan abangnya Salah Al-Din Al-Qasimi

8 ulasan: