4.4.1 : Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa
Soalan 160: Huraikan Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa Filipina
Pendahuluan
§ Filipina telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa. PBB memberi penghormatan pada Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
a) Filipina menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
Filipina berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea. Filipina berjaya mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman.
Terlibat dalam forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation” (APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan lain-lain
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
a) Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah negara penaja utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di Filipina.
Pembentukan SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara akan dilindungi daripada pengaruh komunis. Penglibatan Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir.
Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak berfungsi.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
a) Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di namakan sebagai MAPHILINDO. ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Dalam Deklarasi Kuala Lumpur, ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok.
Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984 bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya.
Kesimpulan
Filipina telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan Organisasi Antarabangsa
Pendahuluan
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946. PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
§ Tahun 1956 hingga 1957, Putera Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11 PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
§
Thailand menganggotai SEATO dan Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.
§
Thailand mendapat banyak kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta tahun 1957. Thailand juga membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis di Indo-China.
§
SEATO merupakan satu pakatan kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama ketenteraan.
§
Thailand juga melalui SEATO telah menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di rantau Asia Tenggara.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura. Kemudiannya diikuti oleh Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai 1997) dan Timur Leste.
§
Matlamat utama ASEAN adalah untuk mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama dengan negara-negara ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.
§
Menerusi ASEAN, Thailand berusaha untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.
§
Thailand menyokong usaha melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
§
Thailand menjadi tuan rumah Forum Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan ASEAN.
§
Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga keselamatan negara ASEAN. Thailand juga menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan infrastrukturnya.
§
Thailand juga melibatkan diri dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3.
Kesimpulan
§ Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa pada abad ke-20.
Pendahuluan
§
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
§
PBB member penghormatan pada Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
1. Sering terlibat sebagai tentera pengamanan PBB
§ menamatkan konflik di Korea. Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB.
§ Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan Suruhanjaya Beras Antarabangsa
2. Tuan rumah kepada pejabat serantau agensi khusus PBB.
§ Bangkok telah lama menjadi ibu pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.
§ Pada 22 Oktober 1984, Thailand telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan PBB dari tahun 1985 – 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang sama juga , Thailand mencadangkan penciptaan sebuah ‘sistem amaran awal’untuk PBB dalam Perhimpunan Agung
3. Sumbangan kewangan ke arah operasi pengaman PBB di seluruh dunia
§ Thailand sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.
§ Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan (UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk berkhidmat di Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di Iraq.
4. Sumbangan penyelesaian politik melalui resolusi Perhimpunan Agung
§ Isu Kemboja melalui resolusi Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut.
§ Sokongan ini menjadi satu faktor penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing dari Kemboja yang bermula pada tahun 1989.
5. Menjadi Tuan rumah dalam dua mesyuarat di Pattaya
§ Wakil pihak Kemboja yang hadir dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991.
§ Pada bulan Mei 1993, 27 orang pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja
Kesimpulan
Thailand telah memberikan sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan