Isnin, 20 Julai 2015

3.1 Perkembangan Perindustrian Kedua di Jerman dan Jepun


3.1.2.3  Perkembangan ekonomi Perindustrian Kedua di Jerman.

Soalan 74: Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian kedua di Jerman

Pendahuluan:

Revolusi perindustrian menyebabkan pembangunan industri yang pesat di Eropah Barat (Britain, Jerman, Perancis), Amerika Syarikat dan Jepun. Revolusi kedua ini adalah kesinambungan daripada revolusi perindustrian pertama yang bermula pada lewat abad ke-18 yang tersebar ke seluruh Eropah Barat dan Amerika Syarikat.


Menjelang tahun 1890-an,perindustrian di kawasan ini telah mewujudkan syarikat gergasi pertama industri seperti AS Steel,General Electric,Minyak Standard dan Bayer AG menyertai syarikat-syarikat di pasaran saham dunia.


Isi-isi penting:


Revolusi perindustrian kedua juga dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan fasa revolusi perindustrian yang lebih besar. pada tahun 1860,sir Henry Bessemer telah mencipta sebuah relau baharu yang boleh menukar besi tempa menjadi keluli dalam kuantiti yang besar. Ciptaan tersebut hanya digunakan pada 1870 selepas prosesnya diubahsuai menghasilkan kuantiti yang seragam. Di Barat Jerman, perkembangan perindustrian meliputi pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia.Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun 1860 hingga tahun 1870.pengeluaran bijih besi meningkat dripada 1.5 juta tan pada tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.


Perkembangan membawa kemunculan penguasaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi. pada tahun 1851, syarikat Krupp mengadakan pameran di Istana Crystal, London yang mempamerkan gerabak kereta api yang terkini dan meriam.Hasilnya,permintaan kereta api dari Jerman meningkat. Sistem Kartel Jerman(Konzerne) digunakan sepenuhnya untuk memastikan penggunaan modal yang lebih cekap.malah Jerman mencontohi  dan melaksana daripada apa yang menjadi asas perindustrian Perancis


Pada tahun 1870, Jerman telah mengambil alih tempat England dalam industri kulit. Perkembangan indusrtri kulit di Jerman turut menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.pada pertengahan tahun 1830-an,pembangunan industri tekstil berlaku dan tertumpu di wilayah Rhineland,Saxony dan Silesia.


Pembangunan syarikat kimia dan elektrik Jerman telah menjadi perintis kepada kepesatan perusahaan kimia baharu. Syarikat-syarikat kimia dan elektrik telah membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di university.kesannya,Jerman berjaya memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik. Revolusi perindustrian kedua ini telah berkembang secara beransur-ansur.perkembangan ini merangkumi industri kimia,penapisan dan pengedaran petroleum serta industri elektrik.pada abad ke-20,industri automotif turut berkembang pesat dengan peralihan teknologi dari Britain ke Amerika Syarikat dan Jerman.pada tahun 1900,industri kimia Jerman telah menguasai pasaran dunia untuk pewarna sintetik


Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran.Oleh yang demikian, Otto Von Bismarck berusaha meluaskan tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.hasilnya,pada tahun 1884,Jerman berjaya mengambil alih bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron. seterusnya menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.


Jerman meluaskan perdagangannya dan kegiatan mendapatkan tanah jajahan di kawasan pasifik dengan menguasai sebahagian New Guinea,dan membeli kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun 1884. Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan pangkalan tentera laut di pinggir laut China.Jerman telah mengugut China dengan menggunakan alasan pembunuhan dua orang paderi Jerman di wilayah Shantung utuk mengadakan perjanjian dengan China.Pada tahun 1898,satu perjanjian ditandatangi dan China bersetuju menyewakan  Tsingtao kepada Jerman selama 99 tahun.sepanjang tempoh penyewaan,China tidak akan menjalankan kuasa politiknya ke atas Tsingtao.Seterusnya,China memberikan hak pembinaan jalan kereta api dan mengusahakan perlombongan arang batu di wilayanh Shantung,perjanjian ini memberi keuntugan pada Jerman. Perkembangan ini membolehkan pendapatan negara Jerman meningkat. perolehan pendapatan ini digunakan untuk meningkatkan pembangunan insfrastruktur seperti landasan kereta api.


Penubuhan Kartel  di Jerman telah banyak membantu perkembangan perindustrian. matlamat Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan. Kartel Jerman memerlukan kerjasama dari negara luar untuk membantunya mengawal harga  dan pasaran antarabangsa.melalui kerjasama dengan bank dan penguasaha perindustrian dari Perancis,Belanda,dan Britain.Kesannya,pada tahun 1907,terdapat 15 juta penduduk Jerman yang bekerja di kilang-kilang perindustrian.

Penutup:

Revolusi perindutrian kedua adalah kesinambungan revolusi perindustrian pertama yang juga dikenali sebagai revolusi teknologi dan merupakan revolusi fasa yang lebih besar di Jerman. Revolusi ini menyaksikan perubahan gaya hidup masyarakat kepada kehidupan lebih mewah dan mementingkan pendidikan. Pertambahan pembangunan perindustrian di Jerman juga menimbulkan masalah dalam meluaskan pasaran. Pakar sosiologi, Werner Sombart menganggarkan 67%-68% penduduk tertumpu dalam bidang perindustrian.


Soalan 75: Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian kedua di Jerman

Pendahuluan

Revolusi perindustrian tahap kedua di Eropah bermula di Jerman dan ciri utama revolusi perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri. Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber, dan bentuk. Muncul industri baharu seperti elektrik, kimia, petroleum, dan logam ringan. Keluaran sampingan seperti kereta, radio, kapal terbang, dan kain tiruan juga dihasilkan. Pada abad ke-19, ahli kimia dan metalurgi Jerman mencipta teknologi baharu untuk menghasilkan barangan daripada arang batu dan besi.

Isi-isi Penting :

1.Penyatuan Jerman

  §  Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah.
  §  Penyatuan ini telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan dan perundangan.

2.Kemajuan Pertanian

  §  Kemajuan dalam bidang pertanian meletak asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas itu,sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan perkembangan dengan pesat. Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian. Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluar hasil pertanian.
  §  Terdapat lebih 2000 buah sekolah pertanian diseluruh Jerman. Sekolah pertanian dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.

3. kemajuan Dalam Penyelidikan

  §  Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman dan makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu.
  §  Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik baharu dengan menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang. Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

4. Penubuhan Koperasi

  §  Institusi koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian ini.
  §  Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit diseluruh Jerman. Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

5. Penghapusan Sistem Guild

  §  Salah satu faktor yang mendorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild. Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.
  §  Pengalam dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman. kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan keistimewaan guild melalui peraturan 1811.

6. Penghijrahan Penduduk Ke Bandar

  §  Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 000 orang.
  §  Bandar perusahaan muncul di kawasan ruhr, saxony, silesia, dan berlin.

7. Kekayaan Bahan Mentah.

  §  Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah dan sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah lembah ruhr, lorainne, dan silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.
  §  Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah.

8. Kemajuan Industri Perkapalan.

  §  Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan. Industri perkapalan Jerman di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby.
  §  Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman. Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barang yang diangkut turut meningkat.

Penutup.

  §  Terdapat tiga ciri utama revolusi perindustrian yang tercetus di Jerman iaitu kemajuan teknologi, pembangunan kejuruteraan manusia dan kemajuan kewangan.
  §  Revolusi perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Faktor perkembangan revolusi perindustrian ini dapat meletakkan asas yang kukuh bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

3.1.2.3  Perkembangan ekonomi Perindustrian Jepun

Soalan 76: Huraikan perkembangan sistem ekonomi perindustrian di Jepun

Pendahuluan:

Pada tahun  1868, sistem ekonomi feudal di Jepun telah digantikan oleh sistem pentadbiran dan ekonomi gaya Barat yang dilaksana oleh Maharaja Meiji menjadikan Jepun lebih dihormati di Barat. Zaman Meiji menjadikan Jepun sebagai negara terkuat di Asia. Permodenan zaman Meiji turut menjadikan Jepun muncul sebagai negara yang termaju ekonominya yang bertukar ekonomi perdagangan di rantau Asia Timur. Perkembangan negara Jepun melalui perindustrian dapat dilihat daripada empat elemen perindustrian. Iaitu industri-proto, perkembangan melalui pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme.


Isi-isi penting:

Sektor pertanian menjadi penyumbang utama ekonomi Jepun. Sektor pertanian menyumbangkan hampir 60% daripada jumlah pendapatan kerajaan Jepun. Eksport pertanian seperti sutera dan teh telah menampung pembelian kebanyakan dari jentera dan bahan-bahan perindustrian yang diimport dari Barat. Produktiviti pertanian Jepun sangat tinggi dan berjaya mengekalkan pengeluaran industri-proto Jepun dikawasan Bandar dan luar Bandar.Industri-proto merujuk kepada satu bentuk pengeluaran pembuatan dan organisasi. Peningkatan dan pertambahan pelaburan dicapai melalui pelaburan domestik dalam industri dan insfrastruktur. Kerajaan pusat dan kerajaan tempatan menyelaraskan pembinaan tempatan


Kerajaan Jepun juga membangunkan perusahaan kilang-kilang penggulungan sutera moden di Tomioka dan Maebashi pada tahun 1870, kilang memintal kapas di Nagoya pada tahun 1875,dan kilang benang bulu kambing di Senju pada tahun 1875.Kerajaan Meiji turut membina kilang simen Fukugawa pad atahun 1875 dan kilang kaca Shinnagawa pada tahun 1876. Untuk memastikan perkembangan perindustrian berterusan,kerajaan Meiji telah menyerahkan kebanyakan daripada milik perindustrian ini kepada beberapa buah syarikat seperti Mitsui,Mitsubishi,Sumitomo,Yasuda dan lain-lain.Kemunculan zaibatsu telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.


Kemunculan ekonomi dualisme pada tahun 1910-an sebagai pemacu kepada industri berat seperti industri bahan kimia, besi dan keluli, jentera telah melonjakkan permintaan untuk tenaga kerja mahir yang fleksibel. Buruh-buruh yang dikategori mengikut kemahiran dan pasaran modal muncul di Jepun selepas tahun 1910-an.Sektor yang memerlukan dan menggunakan tenaga buruh yang tinggi mendapat upah yang lebih rendah.Ini disebut sebagai dualisme. Ekonomi dualisme turut menyumbang kepada ketidaksamaan pendapatan dan menyebabkan berlaku pergolakan sosial dalam negeri.


Penggunaan kaedah terbaik dalam pertanian telah menyumbang kepada kemajuan wilayah-wilayah yang kurang produktif. pertemuan dan penyebaran benih-benih berkualiti telah meningkatkan produktiviti pertanian di seluruh negara.Pada masa sama,berlaku kemajuan dalam bidang pertanian apabila menggunakan teknoligi pertanian yang diimport dari Barat.


Penggunaan teknologi kuasa wap telah meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos, penggunaan kuasa elektrik membolehkan setiap mesin diselengara secara berasingan dan menjadikan seluruh kilang menggunakan jentera elektrik. Kapasiti sosial untuk mengimport dan menyesuaikan teknologi asing bertambah baik selepas Perang Pasifik. Kerajaan Jepun mewujudkan consensus sosial dalam melaksanakan pembaharuan tanah dan subsidi pertanian,mengurangkan pecah belah politik,melanjutkan pendidikan wajib,dan perpecahan zaibatsu telah memberi kesan positif. 


Penubuhan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MITI bertindak sebagai pembeli tunggal ekonomi dan memainkan peranan untuk mengurangkan persaingan dalam kalangan industri Jepun dan dapat mengawal harga yang perlu dibayar untuk teknologi Barat. Kawalan kualiti dalam industri pemasangan telah dilaksana dan pekerja velajar dengan tekun bagaimana untuk mengendalikan mesin selain daripada berusaha untuk mengeluarkan komponen-komponen  sendiri. Jepun berjaya merevolusikan industri pemasangan pada tahun 1950-an dan tahun 1960-an

Penutup:


Perkembangan perindustrian Jepun mempunyai empat elemen perindustrian iaitu industri-proto, pelaburan, peralihan bidang dan ekonomi dualisme. Perindustrian yang pesat dan pemodenan Jepun menyumbang kepada peningkatan besar-besaran dalam pengeluaran dan insfrastruktur


Jepun membina industri seperti limbungan kapal dan pelaburan besi yangh kemudiannya dijual kepada usahawan berkaliber.kesannya,syarikat-syarikat tempatan menjadi pengguna teknologi Barat dan menggunakan untuk menghasilkan barangan yang dapat dijual murah di pasaran antarabangsa.

Soalan 77: Huraikan faktor-faktor perkembangan perindustrian di Jepun.

Pendahuluan

Perkembangan pesat dalam bidng perindustrian di Jepun di sebabkan oleh dasar yang diamalkan oleh kerajaan Meiji. Pemimpin-pemimpin Meiji meletakkan asas bagi perkembangan dalam sektor perindustrian. Perkembangan dalam sektor perindustrian disebabkan oleh pembaharuan yang dilakukan oleh Meiji dalam bidang ekonomi. Pertumbuhan pesat dalam bidang perindustrian menyebabkan Jepun muncul sebagai negara industri dalam tempoh masa yang singkat.

Isi-isi penting: 

 Dasar kerajaan Meiji

§  kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha persendirian. kerajaan turut memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Kerajaan turut menyediakan bantuan latihan perindustrian dan khidmat nasihat kepada pengusaha industri. Bengkel-bengkel mengenai teknik perniagaan turut diadakan.
§  Kerajaan mendapatkan khidmat pakar-pakar luar negara untuk memodenkan perindustrian. Menjelang tahun 1879, kerajaan mengambil 130 orang pegawai asing untuk memajukan sektor perindustrian.

Kemajuan dalam pengangkutan

§  Pemimpin-pemimpin Meiji telah mengambil langkah untuk memajukan sektor pengangkutan di Jepun. Menjelang tahun 1872, landasan kereta api sepanjang 26 batu didiriakan di Jepun. Pada tahun 1872, Tokyo dan yokohama dihubungkan oleh landasan kereta api. Dalam pada itu, landasan kereta api yang menghubungkan Kobe dan Osaka dibina pada tahun 1874.
§  Pada tahun 1877, landasan kereta api diperluaskan hingga ke Kyoto. Pada tahun 1878, kerja-kerja pembinaan landasan kereta api telah dimulakan untuk menghubungkan Kyoto dengan Otsu, Tsuraga dan Nagahama. Landasan kereta api Kyoto-Otsu dibina oleh jurutera Jepun dan telah siap pada tahun 1880. Pada tahun 1880, landasan kereta api Tokyo-Yokohama telah telah mengangkut dua hingga tiga juta orang penumpang. Kemajuan dalam bidang pengangkutan meransang perkembangan sektor perindustrian di Jepun.

3.       Kemajuan dalan telegraf

§  Perkembangan pesat dalam sektor perindustrian di Jepun di dorong oleh kemajuan dalam bidang perhubungan. Kerajaan Jepun mengambil langkah untuk membangunkan sistem perhubungan seperti perkhidmatan telegraf. Talian telegraf dibina untuk memudahkan perhubungan dan komunikasi. Stesen-stesen telegraf dan talian telegraf dibina di seluruh negara Jepun.
§  Menjelang tahun 1893, terdapat kawat telegraf  sepanjang 4000 batu di seluruh Jepun. Jumlah kawat yang diterima dan dihantar telah bertambah daripasa 19 448 pada tahun 1871 kepada 1.2 juta pada tahun 1884. Kemajuan sistem telegraf telah membantu pembangunan sektor perindustrian dan proses modenisasi di Jepun.

4.       Perkembangan sektor pertanian

§  Perkembangan pesat dalam sektor pertanian membolehkan kerajaan Meiji membangukan bidang perindustrian. Pemimpin-pemimpin Meiji mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Antara langah yang diambil oleh kerajaan untuk memajukan sektor pertanian adalah; Pelajar-pelajar daripada jurusan pertanian dihantar keluar Negara; Pakar-pakar pertanian asing diimport benih-benih baharu; Baja kimia digunakan secara ekstensif; Sistem pengairan diperbaiki; Sekolah, maktab, dan stesen pertanian dibina di bandar-bandar utama; dan Kerajaan menggalakkan penanaman tanaman dagangan komersial seperti the dan sutera.
§  Langkah-langkah tersebut menyebabkan hasil pengeluaran sektor pertanian meningkat antara 35 pratus hingga 40 pratus antara tahun 1894 hingga tahun 1914.

5.       Dasar kewangan yang teratur

§  Perkembangan dalam sektor perindustrian disebabkan oleh pengurusan sistem kewangan yang teratur dan sistematik di Jepun. Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan  mata wang diperkenalkan dan bank ditubuhkan. Pada tahun 1872, Mitsu-Ono Bank ditubuhkan. Pada tahun 1873, Bank Negara ditubuhkan berasaskan model bank di Amerika Syarikat. Menjelang tahun 1882, bank pusat Jepun ditubugkan dan bank ini menjadi agensi kewangan utama kerajaan.
§  Pada tahun 1868, unit mata wang kertas ditukar dari ryo kepada yen. Pada tahun 1880, bank Yokohama Specie muncul sebagai  bank asing utama di Jepun. Pada tahun 1896, kerajaan menubuhkan bank Hypothec. Bank Hypoyhec berperanan sebagai bank pusat bagi bank-bank pertnian dan perindustrian di 47 buah wilayah di Jepun. Pada tahun 1900, muncul bank Perindustrian Jepun untuk membiayai perindustrian secara besar-besaran. Menjelang akhir abad ke-19, terdapat lebih daripada 200 buah bank di Jepun. Kemunculan bank-bank ini membantu pertubuhan perindustrian di Jepun.

6.       Kemunculan pengusaha-pengusaha baharu

§  Perkembangan sektor perindustrian di Jepun di dorong oleh kemunculan pengusaha-pengusaha baharu yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20, empat buah keluarga telah menguasai sektor perindustrian di Jepun.
§  Empat keluarga tersebut menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustrian di Jepun. Keluarga ekonomi baharu tersebut dikenali sebagai Zaibatsu.

7        Peralihan bidang

§  Satu lagi langkah untuk meningkatkan keupayaan dan penghasilan dalam bidang industri ialah dengan beralih daripada pertanian yang menghasilkan produktiviti rendah ke bidang pembuatan yang menghasilkan produktiviti yang tinggi, sektor perlombongan, dan pembinaan. Bidang-bidang tersebut menyumbang kepada peningkatan dan pertumbuhan produktiviti. Semua ini dapat direalisasikan melalui pelaburan.
8    Pertumbuhan seimbang
§  Pertumbuhan seimbang pada penghujung abad ke-19 telah menyumbang kepada industrialisasi Jepun. Pertumbuhan seimbang merujuk kepada sektor yang menggunakan teknologi tradisional dan moden telah meningkat pada kadar yang lebih kurang sama dan penggunaan tenaga buruh terutama gadis-gadis muda yang direkrut daripada isi rumah untuk bekerja di kilang tekstil menggunakan kuasa wap turut meningkatkan produktiviti.

9        Mencontohi kuasa Barat

§  Jepun juga membuka pintu negaranya dengan kesediaan untuk mencontohi kuasa Barat. Hal ini disebabkan perubahan dan kemajuan domestic yang dicapai. Beberapa langkah dilaksanakan seperti meningkatkan infrastruktur, membaiki pendidikan, dan melahirkan tahapcelik huruf yang tinggi.
§  Dalam bidang industri-proto, Jepun meniru dari Barat cara pengagihan kuasa, bentuk organisasi dan teknik dalam pengeluaran tenaga, serta pengurusan sumber tenaga seperti arang batu dan bahan api yang lain untuk menjana kuasa wap. Setelah membangunkan ekonomi organik yang bergantung kepada aliran tenaga semula jadi seperti angina, air, dan api secara intensif, Jepun sudah cukup bersedia untuk menguasai pengeluaran bukan organik.
10    Perkembangan infrastruktur dan pertahanan negara

§  Jepun dapat membina pasukan tentera laut moden yang mampu menghadkan kuasa Barat dan menubuhkan zon penampan perlindungan di Asia Timur yang akhirnya membentuk asas bagi empayar Jepun untuk berkembang di Asia dan Pasifik.
§  Infrastruktur dipertingkatkan melalui peluang pekerjaan,keupayaan untuk mengimport dan mengeksport melalui ekonomi antarabangsa, dan akses kepada teknologi Amerika yang disokong melalui pakatan keselamatan dengan Amerika Syarikat. Melalui langkah-langkah ini, Jepun mengalami pertumbuhan dramatik dan menakjubkan turut mempengaruhi peningkatan dalam kadar pengumpulan modal tetap domestik dan kenaikan dalam nisbah pelaburan terutamanya dalam tabungan isi rumah persendirian

Penutup 


Dengan wujudnya faktor-faktor ini, perindustrian di Negara Jepun semakin berkembang. Negara Jepun juga semakin maju dimata dunia.

1 ulasan: