3.1.2.2
Perkembangan Ekonomi Pertanian di Belanda
Pendahuluan
Iklim Belanda yang sederhana membolehkan pertanian menjadi punca ekonomi yang utama. Belanda mempunyai tanah yang subur dan sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai Mass serta beberapa terusan yang membantu perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-17 hingga ke-18

Isi-isi penting
Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman. Petani mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi permintaan di Bandar. Belanda masih mendahuluhi dalam bidang pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda meningkat kerana penebusgunaan tanah yang dilaksanakan. Pada separuh pertama abad ke-17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah dijalankan. Benteng-bentebg yang dibina menggunakan dinding tanah, kadang-kadang kayu yang di perkukuhkan san diliputi rumput. Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari kawasan rendah. Penyelanggaraan sistem seperti ini memerlukan usaha bersama dan menjadi Belanda jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.
Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian. Pertanian bergilir diperkenalkan oleh petani-petani Belanda. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja. Sementara menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak, kacang pis dan sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini membolehkan meraka mengekalkan pengeluaran pertanian yang tinggi di samping memastikan kesuburan tanah. Penggiliran tanaman dengan bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan menggunakan najis haiwan tersebut sebagai baja untuk tanah. Walaupun Belanda merupakan Negara yang maju dalam pertanian, Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk kegunaan penduduk kerana penduduknya sangat padat.
Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara intensif. Lembu-lembu di sini dijaga dengan baik dan hasilnya sangat memberansangkan. Belanda memiliki kawasan yang sesuai untuk member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum penyembelihan. Akhirnya, lembu-lembu yang telah disembelih dieksport ke Bandar-bandar wilayah selatan. Perdagangan lembuh disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun 1660. Tetapi langkah-langkah perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu menggalakkan penggemukkan lembu di rumah belaan menyebabkan pengucupan perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan tahun 1750.
Perdagangan gandum dengan baltik telah menjadi sumber utama pekerjaan bagi Belanda bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi juga dalam hal menguruskan bekalan. Perdagangan ini telah diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang tertua dan teguh merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam jangka waktu panjang ,gandum dari Baltik telah memajukan sektor perkapalan, perdagangan, dan industri pembuatan.

Penutup
Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi perdagangan dan seterusnya industri perkapalan

Soalan 72:
Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda
Pendahuluan
Menjelang abad ke-17 dan 18, berlaku pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkat. Peningkatan penduduk di kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil tenusu meningkat. Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di sekitar Bandar.

Isi-isi
penting
Menebus Guna Tanah
Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna tanah. Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765 hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian meningkat di Belanda

Pengenalan
Tanaman Bergilir
Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644. Dalam sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di mansuhkan. Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian turut meningkat.

Kesuburan
Tanah
Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah Kesuburan tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan petani-petani Belanda memperoleh hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah, Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman Perosak

Sistem
Penanaman Deretan
Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Sistem Batas
Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas. Melalui sistem ini, Saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran diperkenalkan.

Kemajuan
dalam teknologi Peralatan
Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala dan mesin menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem Penanaman Deretan, dan Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah mangakibatkan perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di Belanda

3.1.2.2 Perkembangan Ekonomi Pertanian di England
Soalan 73 : Huraikan perkembangan sistem Pertanian di
England pada abad ke-17 dan 18
Pendahuluan
Menjelang akhir abad ke-17, tercetus revolusi yang dikenali sebagai ‘Revolusi Pertanian’ di England. Revolusi pertanian meletakkan asas bagi kemunculan Revolusi Perindustrian di England.

Perkembangan dalam Bidang Pertanian di
England
1.
Pengeluaran
Makanan
Sebelum revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara kecil-kecilan. Selepas revolusi pertanian, pengeluaran makanan secara besar-besaran berlaku kerana Penggubahan dalam sistem pemilikan tanah; Penggunaan kaedah saintifik dalam penanaman dan Kaedah pemasaran produk yang berkesan.

2.
Sistem
Pemilikan Tanah
§ Sebelum
revolusi pertanian, terdapat dua sistem
pemilikan tanah, iaitu: Sistem pemilikan
tanah persendirian dan Sistem pemilikan tanah awam. Tanah
persendirian dimiliki oleh golongan
tuan-tuan tanah yang kaya. Tanah awam merupakan tanah yang dimiliki oleh orang perseorangan.
§ Rakyat biasa
dibenarkan menggunakan tanah awam
untuk: Bercucuk tanam, Memelihara ternakan, Memburu binatang dan Memancing
3.
Akta
Pemagaran Tanah
§ Menjelang
abad ke-18 dan 19, berlaku pertambahan
penduduk di England. Menjelang tahun 1801, bilangan penduduk di England dan
Wales adalah Sembilan juta orang. Tahun 1831 – Bilangan penduduk meningkat
secara mendadak mencapai 14 juta orang.
§ Pertambahan
penduduk menyebabkan tuan-tuan tanah memanfaatkan
tanah awam untuk menjalankan aktiviti pertanian secara besar-besaran dan
mendapat kelulusan parlimen untuk memagari
tanah awam. Tahun 1761 hingga 1792 – hampir 500 000 ekar tanah dipagari.
§ Akta
pemagaran tanah menyebabkan tuan-tuan tanah membeli tanah awam dan muncul
ladang pertanian.
4.
Kaedah
Pertanian Baharu
§ Revolusi
pertanian menyebabkan kaedah baharu
diperkenalkan dalam bidang pertanian. Kaedah yang diperkenalkan ialah sistem penanaman bergilir. Kaedah ini
diperkenalkan oleh Lord Townshend.
Mengikut kaedah ini, kaedah pertanian dapat digunakan secara berterusan sepanjang tahun. Melalui kaedah baharu ini, kesuburan tanah tidak terjejas kerana
tanaman yang berlainan menggunakan bahan mineral tanah yang berlainan.
§ Pengenalan
sistem penanaman bergilir menyebabkan beberapa tanaman baharu diperkenalkan.
Antara tanaman baharu yang diperkenalkan di England termasuklah turnip dan ubi kentang. Thomas William
Cake telah memperbaik sistem penggiliran tanaman dan mendapati hasil
pertanian semakin meningkat berlipat kali ganda.
5.
Kaedah
Penternakan Baharu
§ Usaha
dilakukan untuk memperkenalkan kaedah
baharu dalam bidang penternakan. Robert
Bakewell telah memperkenalkan kaedah baharu dalam penternakan biri-biri dan
lembu. Dengan kaedah ini, binatang ternakan boleh membesar dan matang
dengan lebih cepat.
§ Bekalan daging dan bulu binatang bertambah menerusi kaedah
baharu ini dan binatang-binatang ternakan juga membekalkan baja kepada para petani untuk tanaman mereka.
6.
Pengenalan
Pertanian Campuran
§ Sistem
penggiliran tanaman yang diperkenalkan oleh Lord Townshend, petani terlibat dalam penanaman rumput. Rumput yang
ditanam oleh petani digunakan sebagai sumber
makanan kepada binatang ternakan
seperti biri-biri dan lembu.
§ Petani
mengamalkan sistem pertanian campuran
yang melibatkan tanaman dan ternakan. Penglibatan petani dalam aktiviti
pertanian dan penternakan menambahkan
pendapatan mereka.
7.
Ciptaan
Baharu
§ Revolusi
pertanian menyebabkan peralatan baharu
dicipta untuk meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian. Jethro Tull telah
mencipta alat yang digunakan untuk menggali dan menugal tanah pertanian. Penciptaan
alat ini membolehkan penugalan dan penanaman bijih benih dapat dilakukan
dengan lebih pantas. Tahun 1730-an, sejenis bajak berbentuk tiga segi yang dikenali sebagai rotterham telah direka.
§ Penciptaan
alat tersebut membolehkan kerja membajak
tanah dilakukan dengan lebih berkesan. Antara alat pertanian yang telah direka ialah alat mengetam, alat memukul, dan alat menumbuk bijirin. Dalam pada itu, penciptaan jentera berkuasa wap menyebabkan kerja dapat dijalankan
dengan cepat dan berkesan.
8.
Penggunaan
Baja dan Sistem Saliran
§ Menjelang
pertengahan abad ke-19, ahli-ahli sains berjaya menghasilkan baja tiruan. Di samping itu, baja asli juga digunakan secara meluas
untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.
§ Selain itu,
langkah-langkah juga diambil untuk membina dan membaiki sistem saliran.
Pembinaan sistem saliran menyebabkan berjuta-juta
hektar tanah dapat disalirkan untuk tujuna pertanian.
Penutup
Perkembangan dalam bidang pertanian di England pada abad ke-17 dan 18 adalah disebabkan oleh pengeluaran makanan, sistem pemilikan tanah, akta pemagaran tanah, kaedah pertanian baharu, kaedah penternakan baharu, pengenalan pertanian campuran, ciptaan baharu, penggunaan baja dan sistem saliran.

Saye pojan
BalasPadamSaye pojan jugak
PadamPojan tu apa?
PadamPojan Celik pojan Celik
PadamEsei² ini amat bagus untuk memahami konsep pertanian di Belanda dan England dengan lebih mendalam.
BalasPadamnice lah hokage
PadamKalu kesan kemajuan pertanian di england macam mana
BalasPadamwealth of nation?
BalasPadam