Rabu, 8 Julai 2015

4.2 Pembinaan Negara Bangsa

4.2  Pembinaan Negara Bangsa


4.2.1            :  Pembangunan Sosial

Soalan 97: Huraikan dasar-dasar pembangunan sosial yang telah dilaksanakan di Malaysia

Pengenalan

§        Konsep pembangunan sosial di Malaysia

Isi-isi Penting

Dasar Bahasa Kebangsaan

§   Perkara 152,  perlembagaan – Bahasa Melayu adalah  bahasa kebangsaan,  walau bagaimanapun penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain tidak boleh dihalang.
§   Tujuan : untuk menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum

Dasar Pendidikan Kebangsaan

§   Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama
§   Pendidikan untuk semua. Mengadakan kurikulum yang sama bagi semua jenis sekolah. Kurikulum terbahagi kepada 2, iaitu: KBSR dan KBSM. Penekanan juga diberikan kepada kegiatan kokurikulum
§   Meningkatkan mutu pendidikan dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
§   Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun
§   Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan  mutu
§   Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknik
§   Mempelbagai dan memperbanyak kemudahan pendidikan di peringkat universiti
§   Meningkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

§  Berasaskan Kongres Kebudayaan Kebangsaan  1971. Bersasaskan 3 prinsip iaitu; Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan; Memupuk dan memelihara keperibadian  kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan dan Memperkaya  dan mempertingkat   kualiti kehidupan  kemanusiaan dan kerohanian  yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
§  Bentuk kebudayaan kebangsaan : berteraskan kebudayaan rakyat asal serantau, unsusr-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan   wajar   diterima dan Islam dijadikan unsur pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

Rukun Negara

§  Digubal oleh Majlis Perundingan Negara (MPN) dalan mesyuarat pertama MPN pada 27 Januari 1970. Tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
§  Objektif iaitu, Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat, Memelihara cara hidup yang demokratik dan Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan


4.2.2 Pembangunan Ekonomi

Soalan 98: Huraikan dasar-dasar pembangunan yang telah dilaksanakan di Malaysia

Pengenalan
§  Konsep pembangunan ekonomi di Malaysia

Isi-isi Penting:

Dasar Pembangunan Luar Bandar
§  Berhasrat untuk melahirkan masyarakat luar bandar yang progresif, berilmu dan berintegriti di samping mewujudkan kawasan luar bandar yang maju dan menarik. Objektifnya ialah Memastikan supaya setiap penduduk luar bandar mempunyai minda dan sikap yang positif serta berdikari, Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan tinggal dalam persekitaran harmoni, indah, selamat dan terpelihara alam sekitarnya dan menjadi tarikan kepada masyarakat bandar serta pelancong asing

§  Pada 10 April 1984, Tun Dr Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri telah memperkenalkan Halacara Baru Pembangunan Kampung Dan Luar Bandar. Tujuannya adalah untuk meningkatkan taraf hidup melalui pembasmian kemiskinan, menekankan penggunaan teknik teknik moden dan pelbagai kemudahan untuk menambah pengeluaran petani-petani, menggalakkan penggeluaran berskala besar dengan bimbingan dan latihan organisasi tertentu dan melibatkan perkidmatan sosial  untuk membaiki taraf hidup seperti projek perumahan awam, kemudahan pengangkutan, kesihatan, pelajaran dan kemudahan rekreasi.

§  Program –program yang telah dilaksanakan

(a)       Pembangunan Industri Kecil
(b)      Penubuhan RIDA untuk merancang dan menyediakan rancangan pembangunan ekonomi luar bandar
(c)       Lembaga Kemajuan Tanah Pesekutuan – ditugaskan membuka tanah untuk penempatan baru dan  menambah hasil pertanian
(d)      Kemententerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar ditubuhkan untuk menyelaras projek pembangunan luar bandar
(e)       Kerajaan menyediakan bantuan kredit luar bandar
(f)        Penubuhan FELCRA , MARDI dan RISDA
(g)       Rancangan pembangunan Wilayah KETENGAH, KESEDAR
(h)      Bahagian Industri Kampung untuk menggiatkan lagi program perindustrian di kampong
(i)        Program-program pembangunan di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Dasar Ekonomi Baru (DEB)

§  DEB telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Latar belakang ekonomi sebelum merdeka disebabkan oleh pembangunan yang tidak seimbang – ekonomi dualism, jurang ekonomi antara kaum dan corak kegiatan ekonomi mengikut kaum- mengakibatkan jurang antara kaum
§  Dilaksanakan untuk tempoh dua dekad ( 1970-1990) Objektif : memperbaiki kedudukan sosioekonomi yang tidak seimbang antara kaum, mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan mempercepat proses penyusunan semula masyarakat

Dasar Pembagungan Negara

§  Dimulakan pada 3 Februari 1986 meliputi tempoh 10 tahun ( 1986-1995)
§  Matlamat penting ialah, menjadikan sektor perkilangan sebagai pemangkin pertumbuhan perindustrian Negara, menggalakkan penggunaaan sepenuhnya sumber asli Negara dan meningkatkan penyelidikan (R&D) teknologi tempatan sebagai asas

Dasar Perindustrian Negara

§  Terdapat 12 sektor dikenal pasti untuk diberi tumpuan iaitu sektor yang berasaskan  sumber tempatan getah, kelapa sawit, kayu kayan, masakan, kimia, logam bukan ferus dan  galian bukan ferus dan sektor industri yang bukan berasaskan sumber seperti elektrik,dan elektronik, peralatan pengangkutan, mesin, kejuruteraan, logam-logam ferus, tekstil dan pakaian

§  Strategi yang telah dilaksanakan ialah Menyusun semula struktur galakan perindustrian yang sedia ada, Mempelbagai eksport dan menggalakkan sektor gentian import, Menggalakkan penggunaan barangan buatan Malaysia, Mempelbagaikan pasaran eksport termasuk mencari pasaran baharu di negara-negara yang sedang membangun, Memperluaskan kegiatan industri ke kawasan-kawasan yang kurang maju, Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan oleh pihak awam dan swasta, Menggalakkan industri berat dan Menggalakkan pertumbuhan perushaan kecil

Dasar Pertanian Negara

§  Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Musa Hitam ( Pengerusi Jawatankuasa Kabinet – Dasar Pertanian Negara)
§  Objektif: garis panduan pembangunan pertanian untuk meningkatkan pendapatan daripada sumber pertanian, menggariskan pendekatan bersepadu yang tidak berasaskan satu komoditi,memaksimakan pendapatan pengusaha, bertujuan untuk memaju dan  meningkatkan hasil serta mutu komoditi
§  Strategi:
(a)       Pembukaan tanah baharu, pembangunan institusi, perkhidmatan sokongan pertanian dan pembangunan sosial.
(b)      Membangunkan kawasan-kawasan melalui  MADA, KADA dan perbadanan-perbadanan pembangunan wilayah
(c)       Meningkatan penyelidikan melalui institusi seperti PORIM, MARDI, RRI
(d)      Meningkatkan mutu persembahan dan pembungkusan , pengenalan kepada sistem gred, penstabilan harga dan pengukuhhan kemudahan infrastuktur dengan bantuan FAMA dan LPP

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 99: Huraikan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dalam konteks perjuangan dan pembangunan Negara Malaysia.

Pengenalan
§  Putera kepada Sultan Abdul Halim,  Sultan Kedah ke-24. Dilahirkan pada  8 Februari 1903. Anak Melayu pertama berkelulusan University Of Cambridge, England. Merupakan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama.
§  Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan

Isi-isi Penting:

         Sumbangan Politik
a)       penentangan terhadap Malayan Union
b)      menerajui kepimpinan UMNO
c)       memperjuangkan kemerdekaan
d)      mengemukakan idea pembentukan Malaysia
e)       mengasaakan PERKIM ( Pertubuhan Kebajikan Islam)
f)        Membantu dalam penubuhan OIC pada tahun 1969

         Sumbangan Ekonomi
a)       Kerajaan Perikatan di bawah pimpinan beliau melancarkan Rancangan Malaya Pertama
b)      Menubuhkan Kementerian  Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1959

Sumbangan Sosial
a)       melancarkan projek pembangunan seperti  pembinaan Masjid Negara, Stadium Negara, Muzium Negara, Bangunan Parlimen dan lain-lain
b)      menganjurkan pembentukan jawatankuasa pendidikan untuk mengkaji pembentukan dasar pendidikan kebangsaan
c)       mencadangkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 100: Huraikan Sumbangan Tun Abdul Razak bin Dato Hussein

Pengenalan

§  Beliau Dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pekan, Pahang. Anak sulung kepada Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein. Lulusan daripada Lincoln’s Inn di London. Menjadi Perdana Menteri yang Kedua pada  22 September 1970
§  Diberi gelaran Bapa Pembangunan

Isi-isi Penting:

Sumbangan Politik

a)       salah seorang yang menyertai rombongan kemerdekaan pada tahun 1956
b)      memperluaskan  gabungan perikatan (UMNO-MIC-MCA) kepada parti-parti lain seperti Gerakan, dan PPP
c)       banyak melakukan perubahan dalam angkatan tentera seperti alat kelengkapan, melancarkan RELA dan Skim Rukun Tetangga
d)      mengubah dasar luar dari pro-Barat dan anti-komunis kepada Dasar Berkecuali
e)       menjadi Pengarah MAGERAN untuk menyelesaikan masalah perkauman selepas rusuhan  1969
f)        melancarkan Rukun Negara pada 31 Ogos  1970
g)       mewakili Malaysia menjalin hubungan dan rundingan Malaysia-Indonesia selepas peristiwa konfrantasi

Sumbangan Ekonomi

a)       di bawah seliaan beliau Kementerian Pembangunan dan Luar Bandar telah mewujudkan Bilik Gerakan Negara di Kuala Lumpur untuk menyelaraskan program di peringkat bandar, daerah dan kampung, mengawasi FELDA, FELCRA
b)      melancarkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun pertama pentadbirannya sebagai Perdana Menteri
c)       memulakan pelan pembangunan yang komprehensif yang dikenali sebagai Rancangan Malaysia Lima Tahun
d)      menubuhkan agensi-agensi untuk membantu penduduk luar bandar seperti Lembaga Beras dan Padi Negara, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan sebagainya
e)       memperkenalkan Rancangan Buku Merah dan Buku Hijau

Sumbangan Sosial

a)       sebagai Menteri Pendidikan telah memperkenalkan Penyata Razak
b)      mengusahakan penubuhan sistem pendidikan kebangsaan demi untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
c)       meneruskan usaha Tunku Abdul Rahman dalam sistem pendidikan  dengan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara pada tahun 1972

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 101: Huraikan sumbangan Tun Hussein bin Onn

Pengenalan

§  Beliau Dilahirkan peda 12 Februari 1922 di  Johar Bharu. Anak kepada Dato Onn Jaafar,  lulusan undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Menjadi Perdana Menteri yang Ketiga pada 15 Januari 1976.
§  Dikenali sebagai Bapa Perpaduan

Isi-isi Penting:

Sumbangan Politik

a)       menyelesaikan kemelut politik di Kelantan pada tahun 1977
b)      menghapuskan amalan rasuah dalam kalangan kaki tangan kerajaan dan kepimpinan UMNO
c)       membentuk KUB ( Koperasi Usaha Bersatu ) untuk menggalakkan penyertaaan kaum Melayu dalam bidang perniagaan
d)      mengukuh dan memperbesar angkatan bersenjata  akibat krisis kejatuhan Vietnam ke tangan komunis
e)       berusaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli UMNO

Sumbangan Ekonomi

a)       Melancarkan Rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976
b)      Pembukaan tanah secara besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah yang dilaksanakan oleh agensi seperti KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR
c)       Menggalakkan kaum Melayu dan golongan bumiputera lain dalam pemilikan modal dan saham dengan mengumumkan pindaan hak milik Skim Amanah Nasional dikendalikan  oleh Yayasan  Pelaburan Bumiputera

Sumbangan Sosial

a)       semasa menjadi Menteri Pelajaran, pada tahun 1970  menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat wajib lulus dalam peperiksaan awam.
b)      memperkenalkan sistem kuota dalam kursus iktisas di  universiti tempatan
c)       memulakan langkah dalam penubuhan Universiti Pertanian Malaysia
d)      Melancarkan Lembaga Perpaduan Negara
e)       merasmikan PEMADAM untuk menghadapi ancaman dadah

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

Soalan 102: Huraikan sumbanga Tun Dr Mahathir bin Mohammad dalam konteks pemodenan Negara malaysia

Pengenalan

§  Beliau Dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Kedah. Anak bongsu daripada sembilan adik beradik. Beliau merupakan Lulusan Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
§  Pada tahun 1976 menjadi Timbalan Perdana Menteri. Menjadi Perdana Menteri keempat pada tahun 1981. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan

Isi-isi Penting:

Sumbangan Politik

a)       orang pertama mendaftar sebagai ahli apabila UMNO ditubuhkan
b)      memperkenalkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah dan Kepimpinan Melalui Teladan
c)       memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur untuk meningkatkan produktiviti
d)      memperkenalkan idea wawasan 2020

Sumbangan Ekonomi

a)       menolak konsep pasaran bebas “laissz faire” dan menganjurkan ekonomi terkawal agar tidak dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu
b)      melancarkan program Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan  pada tahun 1983
c)       memperkenalkan dasar Sogoshosha
d)      melancarkan Dasar Perindustrian Negara
e)       berjaya mengawal masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997

Sumbangan Sosial

a)       memperkenalkan Program Pengurusan Kualiti Menyeluruh ( TQM)
b)      memperkenalkan Dasar Komunikasi Negara pada tahun 1994, mengasaskan Pusat Kajian Angkasa Lepas dan menubuhkan Planetarium Negara
c)       melancarkan satelit milik Malaysia – MEASAT 1 pada tahun 1995
d)      melancarkan Koridor Raya Mutimedia (MSC)
e)       pembinaan KLIA dan Menara Kembar Petronas dan membangunkan Putrajaya

Penutup
§  Apa-apa yang berkaitan

5 ulasan: