4.3 Wawasan 2020
Soalan 103: Huraikan cabaran dan
strategi utama Negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020
Pengenalan
§ Wawasan 2020 merupakan gagasan
negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Idea
wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, iaitu Tun Dr
Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk menjadikan negara ini
sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan negara-negara
maju yang lain.
§ Terdapat beberapa perkara asas
yang perlu dititik beratkan untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan
rakyat, kestabilan politik, ketinggian taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan
etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah bangsa serta semangat yakin
diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi oleh negara
Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.
Isi-isi Penting:
a.
Cabaran yang pertama ialah
membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Malaysia menjadi negara yang
aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum dengan rakyat hidup dalam
harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh satu bangsa
Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Asas
kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi
cabaran pertama Wawasan 2020. Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar
kerajaan sepanjang tiga dekad lalu seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar
Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan
Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan perpaduan kaum dan rakyat
yang beridentitikan Malaysia.
b.
Cabaran kedua ialah membina
masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan. Masyarakat Malaysia
mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan, sedar terhadap
semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan dihormati
oleh rakyat negara lain. Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian
dan berani menghadapi pelbagai masalah. Rakyat Malaysia yang memiliki dan
menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa gagah yang sentiasa
berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat bangsa dan
negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan
mudah.
c.
Seterusnya, memupuk dan
membina masyarakat demokratik yang matang. Malaysia perlu mengamalkan satu
bentuk persefahaman yang matang dan prinsip demokrasi yang menjadi amalan boleh
dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun yang lain. Sebuah masyarakat
yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina. Masyarakat
demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan. Rakyat yang rasional akan
menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak. Perasaan tidak puas hati dan
teguran disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat
membina.
d.
Selain itu, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika bagi merealisasikan
Wawasan 2020. Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat
dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu
ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi membentuk etika yang baik, seseorang perlu
mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga
unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk sekaligus dihayati bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan hasil
kerja yang cemerlang. Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi
yang cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem
kekeluargaan juga menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral
dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan
masyarakat berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
e.
Cabaran yang kelima ialah
mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi. Masyarakat
yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran
terbuka menerima perubahan dan pandangan
orang lain. Masyarakat yang bertolenrasi dapat digambarkan melalui kebebasan
yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat resam, kepercayaan, dan
kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada negara. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan merupakan langkah
ke arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertolenrasi.
f.
Seterusnya, Malaysia perlu mewujudkan
masyarakat yang maju dan saintifik.
Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap
segala perubahan persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat
yang maju tidak boleh terpisah daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu
pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi merupakan ukuran kemajuan sesuatu
bangsa. Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana
produktiviti, kreativiti dan inovatif. Malaysia seharusnya mempunyai daya
perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang kepada
tamadun saintik dan teknologi masa depan.
g.
Cabaran ketujuh ialah
mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang. Hal ini merujuk kepada sistem
sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi kepentingan individu dan
kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.Masyarakat penyayang akan hidup
muafakat, saling memahami, hormat menghormati dan saling membantu antara satu
sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan kepentingan masyarakat
melebihi kepentingan diri sendiri.Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah
kepatuhan kepada agama, kasih sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai
murni. Hubungan sesama manusia dalam masyarakat juga ditekankan dalam
agama.Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin
dalam keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama.
Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati
semula untuk memupuk masyarakat yang bersifat penyayang.
h.
Cabaran seterusnya ialah menjamin
masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi. Pengagihan kekayaan
negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan perkongsian
secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan
menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari
zaman penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi. Kerajaan telah
melaksanakan pelbagai rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan
ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pembangunan Nasional dan Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
i.
Cabaran yang terakhir ialah
memupuk dan membina masyarakat yang makmur. Masyarakat yang makmur ialah
masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.
Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota masyarakat yang hidup dalam
kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga berada pada tahap
yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing, dinamik,
giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi
masyarakat yang makmur.
Kesimpulan
§ Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan
terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan adalah bertujuan
merealisasikan Wawasan 2020.
§ Kesejahteraan rakyat yang menjadi
agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan
perpaduan negara.
Sejarah perlu dipelajari menjadi bahan untuk berbuat lebih baik ke masa depan, salam blogger dari saya di Indonesia
BalasPadamiyaa betul..wah dari indon .jauh
Padamiyaa betul..wah dari indon .jauh
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamboleh tak tambah bahan dalam ni
BalasPadam1 ja ka ni bosku?
BalasPadamBoleh ambil 5 cabaran sj ka tu dlm 1 esei??
BalasPadamOk
BalasPadamSalam tuan minta halalkan sebab saya ambil sebahagian bahan tuan utk buat skima soalan
BalasPadamTerima kasih atas perkonsian bahan pelajaran yang amat bermakna dan amat membantu.
BalasPadamSama sama
PadamMay God Bless you for sharing your knowledge and help alot of students
BalasPadamTeda langkah langkah dia ka ni?
BalasPadamTeda langkah langkah dia ka ni?
BalasPadamLngkah
BalasPadamTerbaikk😐
BalasPadam