2.4 Masyarakat Pelbagai
Kaum
Soalan 64:
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada abad
ke-20.
Pengenalan:
§ Maksud
masyarakat majmuk : Menurut J.S Furnivall – pelbagai kaum mempunyai budaya,
agama, bahasa dan adapt resam yang tersendiri. Walaupun berada di bawah sistem
politik yang sama tetapi kehidupan mereka berasingan. Masyarakat majmuk muncul
akibat daripada dasar penjajahan yang menggalakkan penghijrahan mengikut
keperluan ekonomi.
§ Orang Melayu
yang asli merupakan penduduk asal tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Negara
China dan India memenuhi keperluan ekonomi menyebabkan pembentukan tiga kaum
utama di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India. Pembentukan masyarakat
majmuk adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang berikut.
Isi-isi Penting:
1.
Dasar
British
§ British
menggalakkan kemasukan buruh India dan Cina
untuk kepentingan perkembangan sector perladangan dan perlombongan .
Kehadiran mereka telah mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
2.
Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah.
§ Perkembangan
pesat perusahaan Bijih Timah telah menyebabkan kemasukan buruh dari china. Perkembangan
ekonomi yang pesat dan pertapakan modal asing di Tanah Melayu terutamanya dalam sector
perlombongan bijih timah telah menarik Minat orang Cina ke Negara ini.
§ Perkembangan
pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad Ke-20 meningkatkan
keperluan tenaga buruh. Akibat perkembangan revolusi Perindustrian, permintaan
tenaga buruh semakin tinggi dan dasar British Yang menggalakkan kemasukan
buruh-buruh India telah menarik minat Mereka ke negara ini. Kegiatan ekonomi
yang berbeza antara kaum, iaitu orang Cina bekerja sebagai Pelombong, orang
India bekerja sebagai pekerja ladang dan buruh jalan raya Dan jalan kereta api.
Manakala orang Melayu kekal sebagai nelayan dan petani
3.
Kawasan
penempatan yang berbeza
§ seperti
orang Cina tinggal di lombong- lombong bijih timah yang kemudiannya berkembang
menjadi Bandar seperti ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Manakala orang
India tinggal di kawasan ladang getah yang terpencil daripada orang Cina dan
Melayu.
§ Masyarakat
Melayu pula tinggal di kampong-kampung di luar Bandar. Penempatan yang berbeza
ini menyebabkan mereka tidak berhubung antara satu sama lain.
4.
Faktor agama
§ Setiap kaum
mengamalkan agama yang berbeza dan rumah ibadat yang berbeza. Orang Cina dan
India membawa bersama agama mereka ke kawasan petempatan baru tersebut.
§ Mereka juga
membina rumah ibbadat di kawasan penempatan mmasing-masing. Orang Melayu
beragama Islam , orang India sebahagian besarnya beragama hindu manakala orang
Cina pula beragama Budha.
5.
Pendidikan /
persekolahan
§ Pendidikan
juga berbeza mengikut suku kaum. Pendidikan Cina untuk orang Cina , buku-buku
dan guru-gurunya juga dibawa dari cina . Kebanyakan sekolah Cina dibina di
kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi Bandar.
§ Sekolah
tamil pula dibina untuk anak-anak kaum India yang tinggal di kawasan ladang
getah. Buku–buku dan guru-gurunya dibawa dari India. Manakala Pendidikan Melayu
hanya untuk orang Melayu. Perbezaan ini telah mewujudkan masyarakat majmuk di
Tanah Melayu.
6.
Sosio budaya
§ Setiap kaum
Cina, India dan Melayu mengamalkan cara hidup yang berbeza . Bagi Cina dan
India , mereka mengekalkan amalan sosio budaya mereka seperti pakaian, bahasa
dan budaya.
§ Di samping
itu, wujud pertubuhan di petempatan masing-masing yng kegiatannya berdasarkan
kepentingan sesuatu kaum. Perkembangan ini menyebabkan masyarakat Cina , India
dan Melayu hidup sebagai sebuah masyarakat tersendiri.
Kesimpulan:
§ Pembentukan
masyarakat majmuk secara tidak langsung telah mempengaruhi dan mengubah system
social di Tanah Melayu yang akhirnya mewujudkan jurang perbezaan
antara kaum. Walaupun ketiga-tiga kaum ini tinggal di Negara yang sama tetapi
masih mengekalkan identity masing-masing dan mengamalkan tradisi tersendiri
tanpa mengasimilasikan budaya antara satu sama lain.
Soalan 65: Huraikan sejarah dan faktor-faktor penghijrahan masyarakat
Indonesia di tanah melayu pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan:
§ Masyarakat Indonesia yg berhijrah ke tanah melayu terdiri daripada beberapa
komuniti spt jawa, banjar,bugis dan minangkabau. Penghijrahan ini di sebabkan
dasar belanda di Indonesia yang bertujuan mengurangkan kepadatan penduduk
Indonesia di pulau jawa.
Isi-isi penting:
1. kesengsaraan
social dan ekonomi penduduk Indonesia
§ Semasa pemerintahan belanda, pendduk Indonesia dikerah, dipaksa, dan
ditindas. Belanda hanya berminat mendapatkan bahan mentah semata2 dan tdk
menjaga kebajikan penduduk tempatan. Pelaksanaan system kultur, petani jawa
ditindas dan dipaksa menanam tanaman kontan yg diperkenalkan oleh
belanda.penanaman padi merupakan tanaman utama diabaikan. Akibatnya drpd 300
000 org mati kebuluran di cheribon pd tahun 1949-1950.
§ Cukai yg membebankan jga diperkenalkan spt cukai buruh, cukai tanah, cukai
harta, cukai kepala, cukai perniagaan dan cukai tol.
2. Sistem sosial dan sifat
keperwiraan.
§ Di minangkabau, system sosial mreka adalah berasaskan adat perpatih yg
lebih memihak kepada kaum wanita menyebabkan anak lelaki mreka merantau,
mengembara, belayar, dan berniaga mendorong orang bugis menjelajah jauh dri
ngeri asal mereka.
3. Kestabilan politik dan
perkembangan pesat ekonomi tanah melayu.
§ Perkembangan pesat di tanah melayu
di tanah melayu menyebabkan pada abad ke-19 penduduk Indonesia memainkan
peranan penting dalam perlombongan bijih timah. Dengan ini, pengusaha lading
getah telah menggunakan orang banjar terutamanya dlm kerja2 menebas dan
menggali parit.
4.Undang-undang tanah yg longgar.
§ Orang ramai jawa yg berhijrah kejohor akibat dprp dasar pembukaan tanha yg
membolehkan mreka menerokai tanah baharu utk dijadikan kwsn pertanian, lading,
dan kebun kecil. Disamping itu, tiada cukai yg diperkenalkan terhadap peneroka.
Penutup:
§ Penghijrahan beramai2 orang Indonesia ke tanah melayu pada akhir abad ke-19 dan ke-20 telah membawa kepada
perubahan yg ketara dalam msyarakat tanah melayu.
Soalan 66: Huraikan
faktor-faktor dan cara-cara penghijrahan masyarakat India di Tanah Melayu pada abad
ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan
§ Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, semakin ramai orang. Kebanyakan mereka
golongan pedagang, saudagar dan mubaligh. Namun bilangan mereka tidaklah begitu
ramai. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang kembali ke India setelah urusan
masing-masing selesai. Manakala yang lainnya terus menetap di Tanah Melayu dan
berkahwin dengan wanita tempatan.
§ Buruh asing India berhijrah secara ramai-ramai ke Tanah Melayu bermula pada
akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, apabila semakin ramai tenaga buruh
diperlukan untuk sektor pertanian.
Isi-isi Penting
1)
Faktor Penolak
a)
Pertambahan pesat yang berlaku
di India telah menimbulkan pelbagai masalah terutamanya kepada masyarakat tani.
Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan pertanian semakin berkurang. Petani
yang memiliki tanah pula mula kehilangan tanah kerana terpaksa menjual atau
menggadaikannya untuk membayar cukai atau hutang. Petani yang tidak memiliki
tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan tanah yang menyewakannya dengan
kadar yang tinggi.
b)
Kesusahan ini ditambah lagi
dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan
merebaknya wabak penyakit.
c)
Sistem sosial di India juga
membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang berasal daripada kasta
rendah tidak berpeluang meningkat ke taraf yang lebih tinggi. Mereka sentiasa
dihina dan tidak dapat menikmati hak yang sama dengan golongan yang berasal
daripada kasta tinggi.
d)
Keadaan ini diburukkan lagi
dengan wujudnya jurang antara mereka yang berpendidikan dengan golongan yang
kurang terdidik dan buta huruf yang sebahagian besarnya adalah daripada kasta
mereka yang rendah.
e)
Semua masalah ini menimbulkan
kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk
memulakan kehidupan baru.
2)
Faktor Penarik
a)
Perkembangan pesat perusahaan
getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah meningkatkan keperluan tenaga
buruh yang semakin mendesak kerana penduduk tempatan enggan bekerja di ladang
getah. Oleh itu, oranh India dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di ladang
getah.
b)
Permintaan terhadap tenaga
buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi
Pertanian di Eropah. Kuasa Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah
di beberapa kawasan tropika yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
c)
Keadaan diburukkan lagi dengan
penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di tanah jajahan British. Peladang-peladang
Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta British mengadakan peraturan
baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang tetap dari India.
d)
British di Tanah Melayu
mengalakkan kemasukan buruh asing dari India kerana mereka sanggup bekerja
walaupun dibayar gaji yang sedikit. Selain
ladang getah, mereka juga diambil bekerja untuk membina jalan raya dan landasan
kereta api. Orang Punjabi keturunan Sikh dibawa masuk untu menjadi polis dan
tentera. Orang Tamil daripada India Selatan yang berpendidikan Inggeris pula
diambil untuk menjadi kerani dalam perkhidmatan kerajaan atau bertugas di
ladang.
3)
Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kontrak
§ Pada peringkat awal, kemasukan orang
India di Tanah Melayu dikendalikan melalui Sistem
Buruh Kontrak yang mula diperkenalkan pada tahun 1820. Buruh dikehendaki
mengikat kontrak dengan majikan yang membiayai tambang perjalanan mereka ke
Tanah Melayu. Mereka diwajibkan bekerja dengan majikan untuk tempoh yang
tertentu, biasanya lima tahun.
§ Namun sistem ini tidak lama digunakan kerana didapati bersifat menindas.
Buruh-buruh yang dibawa masuk diberi layanan buruk dan dipaksa bekerja keras di
ladang-ladang. Mereka dibayar upah yang rendah sehingga ada yang jatuh sakit
dan tidak mendapat gaji. Pada tahun 1868, sistem ini dihentikan dan digantikan
dengan satu sistem lain iaitu Sistem Kangani.
4)
Cara Kemasukan Melalui Sistem Buruh Kangani
§ Kangani bermaksud mandur dalam bahasa Tamil. Majikan yang ingin memperoleh
buruh dari India dikehendaki menghantar pulang seorang kangani (mandur) ke
kampung halamannya untuk mendapatkan pekerja. Kangani itu bertanggungjawab
membiayai tambang dan lain-lain perbelanjaan sehingga mereka tiba di ladang
majikan masing-masing. Buruh-buruh ini diambil bekerja di bawah jagaan kangani
berkenaan.
§ Sistem ini berjaya membawa masuk lebih ramai tenaga buruh dari India dan
kebanyakannya datang secara berkeluarga. Cara ini memudahkan mereka
menyesuaikan diri dengan suasana dan tempat kerja yang baharu. Buruh-buruh ini
dikendalikan oleh kangani yang dikenali dan dilayan dengan baik.
§ Walaubagaimanapun, Sistem Kangani juga mempunyai kelemahan. Sistem kangani
dibayar mengikut jumlah buruh yang diambil dan ini mendorong mereka untuk
mengambil seberapa ramai buruh yang ada.
Penutup
§ Selepas kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1930-an, penggunaan tenaga
buruh dari India dikurangkan. Pada tahun 1938, Sistem Kangani dihentikan
setelah kerajaan India mengenakan sekatan terhadap pengambilan buruh dari
negara itu. Bagi mengelakkan beban kewangan yang besar untuk membantu
buruh-buruh yang diberhentikan itu, kerajaan British memutuskan untuk
menghantar mereka pulang ke negara masing-masing.
§ Melalui Ordinan Imigrasi dan Ordinan Orang Asing, kerajaan British telah
berjaya mengawal kemasukan buruh asing dari negara China dan India ke Tanah
Melayu dengan lebih teratur.
Soalan 67 : Huraikan faktor-faktor dan
cara-cara penghijrahan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak pada
abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Masyarakat
pelbagai kaum di tanah melayu terdiri
daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india. Terdapat juga
golongan minority seperti kaum peranakan atau kacukan. sebelum pertengahan abad
ke-20, hampir semua penduduk di tanah melayu terdiri daripada orang melayu.
§ Orang cina
berasal dari Negara China dan berhijrah ke tanah melayu sejak wujudnya
jalinan hubungan antara kerajaan melayu
Melaka dengan negara china pada abad ke-15. Pedagang-pedagang cina telah
membuka petempatan di Pahang, Kelantan, dan terangganu pada awal abad ke-17. Pada
awal abad ke-19, british telah membuka petempatan di pulau pinang dan
singapura. Orang cina berkerja sebagai buruh, peniaga, tukang dan melibatka
diri dalam pertanian ladang seperti ubi kayu, tebu, dan lada hitam. Kedatangan
orang cina pada peringkat awal bertujuan untuk tinggal sementara dan tidak
bermaksud untuk menetap dan menjadikan negara ini sebagai tanah air mereka.
Kedatangan mereka ke tanah melayu adalah semata-mata dipengaruhi oleh faktor
ekonomi.
Isi-isi Penting:
1.
Sejarah
kemasukan masyarakat cina di Sarawak
§ Kemasukan
orang cina ke Sarawak berlaku pada pertengahan abad ke-18. Mereka di jemput
oleh sultan–sultan melayu untuk mengusahakan lombong emas. Pada mulanya,
bilangan orang cina kecil dan tinggal di kawasan seperti pengkalan Tebang. Pelombong-pelombong
cina di Kalimantan menjalankan kegiatan secara persendirian. Mereka tidak
menubuhkan Kongsi.
§ Bilangan
orang cina telah meningkat dari 45 000 orang pada tahun 1908 kepada 229 154
orang pada tahun 1960. Kemasukan oranfg cina berketurunan Foochow dari selatan
China pada abad ke-20 dikendalikan oleh Wong Nai Siong , ketua Foochow di sibu.
Seramai lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak
antara bulan januari hingga mac 1901. Orang cina Foochow ini mengusahakan
ladang lada hitam dan gambir.
2.
Sejarah
kemasukan masyarakat cina sabah
§ Orang cina
mula memasuki sabah semasa pemerintahan syarikat borneo utara british (SBUB). Untuk menggalakkan penglibatan orang
cina dalam penanaman getah, tembakau, pembalakan, perdagangan, dan
perlombongan, SBUB telah mengeluarkan pas kepada mereka.
§ Petempatan
orang cina berkembang sehingga munculnya Bandar Sandakan, kota kinabalu, tawau,
dan kudat.
5)
Faktor
Penolak kepada kemasukan masyarakat Cina
§ Pertambahan pesat yang berlaku di China telah menimbulkan pelbagai masalah
terutamanya kepada masyarakat tani. Tanah yang boleh diusahakan untuk kegiatan
pertanian semakin berkurang. Petani yang memiliki tanah pula mula kehilangan
tanah kerana terpaksa menjual atau menggadaikannya untuk membayar cukai atau
hutang.
§ Petani yang tidak memiliki tanah pula terpaksa memajak tanah daripada tuan
tanah yang menyewakannya dengan kadar yang tinggi. Kesusahan ini ditambah lagi
dengan bencana alam yang sering berlaku seperti banjir, kemarau, kebuluran dan
merebaknya wabak penyakit.
§ Keadaan ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka yang
berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik dan buta huruf yang
sebahagian besarnya adalah daripada kasta mereka yang rendah. Semua masalah ini
menimbulkan kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain
untuk memulakan kehidupan baru.
6)
Faktor
Penarik
§ Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20
telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang semakin mendesak kerana penduduk
tempatan enggan bekerja di lombong-lombong
§ Permintaan terhadap tenaga buruh semakin meningkat kesan tercetusnya Revolusi Perindutrian di Eropah. Kuasa
Eropah yang inginkan bahan mentah mula menjajah di beberapa kawasan tropika
yang sesetengahnya tidak dapat membekalkan tenaga buruh.
§ Keadaan diburukkan lagi dengan penghapusan amalan menggunakan hamba abdi di
tanah jajahan British.
§ Peladang-peladang Eropah yang kehilangan sumber tenaga buruh meminta
British mengadakan peraturan baharu untuk mendapat bekalan tenaga buruh yang
tetap dari China.
3.
Cara-cara
kemasukan orang Cina
a)
Melalui ejen
atau sistem tiket kredit
§ Orang cina
datang melalui seorang ejen yang dikenali sebagai Kheh-thau. Ejen ini akan
membayar tambang pelayaran mereka dan mengikat mereka dengtan satu perjanjian
untuk bekerja dengan mereka pada satu tempoh masa sehingga hutang tambang
pelayaran mereka dijelaskan.
§ Apabila
sampai ke destinasi, buruh-buruh cina ini akan dijual pada majikan seperti
pengusaha lombong atau ladang dengan harga $10 seorang. Mereka dikenali sebagai
Sin Kheh. Mereka dikehendaki berkhidmat dengan majikan sehingga hutang tambang
mereka selesai dibayar. Selesai
menjelaskan hutang tersebut, mereka yang kini dikenali sebagai Lau khek bebas
berkhidmat dengan sesiapa yang mereka suka.
§ Pada bulan
mac 1872,jawatan pegawai pelindung buruh dari china telah diwujudkan di tanah melayu bagi mengawasi
kemasukan buruh dan imigran dari china.
b)
Sistem
pengambilan kakitangan
§ Dalam sistem
ini, majikan di tanah melayu telah menghantar pegawainya sendiri ke negara
china untuk mendapatkan buruh. Majikan akan menyediakan segala keperluaan
seperti tambangkepada bakal buruhnya.
§ Pegawai yang
Berjaya mendapatkan buruh akan menguruskan buruh tersebut sehingga sampai ke
tempat majikan atau ke tempat kerja.
c)
Sistem
pengambilan rumah kongsi
§ Dalam sistem
ini, pegawai di negara china yang di lantik oleh sebuah rumah kongsi di tanah
melayu akan menguruskan kemasukan buruh ke tanah melayu. Pegawai yang
mengendalikan buruh akan menyediakan segala keperluan buruh termasuk tambang
dan perbelanjaan.
§ Setelah
menyerahkan buruh tersebut kepada rumah kongsi, mereka di bayar wang dalam
kadar yang telah di tetapkan oleh rumah kongsi.
d) Cara kemasukan orang cina adalah melalui
tajaan oleh Charles Brooke
§ melalui
syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Di Sarawak, kemasukan orang cina
berketurunan Foochow dilakukan secara berkumpulan kerana wujud persetujuan
antara ketua Foochow di sibu, iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.
Kesannya, lebih kurang 570 orang imigran Foochow telah dibawa masuk ke Sarawak
antara bulan januari hingga mac 1901.
Penutup
§ Terdapat
pelbagai faktor dan cara kemasukan masyarakat Cina di Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak melalui beberapa sistem yang telah digunakan yang telah menjadikan
masyarakat pelbagai kaum telah terbentuk
yang terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu orang melayu, cina dan india.
Soalan 68: Huraikan perubahan kependudukan
dan sebab-sebab kemajmukan masyarakat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Pendahuluan
§ Masyarakat
pelbagai kaum di Tanah Melayu (TM) terdiri daripada tiga kaum terbesar, iaitu
orang Melayu, Cina, dan India. Terdapat juga golongan minoriti seperti kaum
peranakan atau kacukan. Sebelum
pertengahan abad ke-20, hampir semua penduduk di TM terdiri daripada orang
Melayu. Walaubagaimanapun terdapat sebilangan kecil kaum Cina dan India di
Kelantan, Melaka, Terengganu dan Seberang Perai.
§ Penghijrahan
beramai-ramai orang Cina, India, dan Indonesia ke TM pada akhir abad ke-19 dan
abad ke-20 telah membawa perubahan ketara dalam masyarakat TM. Di Sabah dan
Sarawak, masyarakat pelbagai kaumnya terdiri daripada orang Melayu, Cina dan
kumpulan etnik. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan di TM. Kemajmukan
masyarakat di TM juga telah didorong oleh beberapa faktor.
Isi-isi Penting:
1)
Perubahan
kependudukan
a)
Jumlah
penduduk
§ Penghijrahan
penduduk ke TM telah menyebabkan berlakunya perubahan kependudukan dari segi
jumlah penduduk. Orang Indonesia yang berhijrah ke TM seperti masyarakat Jawa, Minangkabau,
Bugis, Banjar dan sebagainya telah menambahkan bilangan orang Melayu di TM.
§ Tahun 1870,
jumlah orang Melayu hanya 500 000 sahaja. Tetapi menjelang tahun 1921, jumlah
ini telah meningkat sehingga 3 juta orang. Dengan kemasukan orang Cina dan India,
orang melayu tidak lagi menjadi kaum yang terbesar.
b)
Jenis
penduduk
§ Penduduk
Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat sebarang sikap
perkauman dan permusuhan dalam kalangan bangsa Melayu. Keadaan ini telah
berubah dengan drastiknya berikutan munculnya dua kaum besar, iaitu Cina dan
India.
§ Tahun 1921,
hampir setengah daripada penduduk di TM merupakan penduduk tidak tetap.
c)
Nisbah
jantina
§ Penduduk
melayu pada pertengahan abad ke-19 mempunyai nisbah jantina yang seimbang. Bilangan
kaum lelaki Cina dan India masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
§ Tahun 1901,
bagi setiap seribu orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang,
tahun 1911 pula 308 orang dan tahun 1921 meningkat sehingg 40 orang.
2)
Sebab-sebab
kemajmukan masyarakat
a)
Amalan
budaya yang berbeza
§ Orang Cina
tertumpu di kawasan perlombongan seperti KL, Ipoh, dan Seremban. Hidup mereka
berkelompok berdasarkan puak masing-masing. Hubungan sosial dalam kalangan
puak-puak cina ini tidak erat. Pergaualan dan interaksi kaum cina dengan
masyarakat melayu juga kurang. Orang India pula terdiri daripada beberapa
kumpulan etnik yang berbeza seperti
Tamil, Malbari, Pelikat, Telegu dan Punjabi. Kelompok ini menggunakan bahasa
etnik masing-masing. Mereka juga hidup berasingan daripada kaum cina dan
Melayu.
§ Orang cina
dan india terus mengekalkan budaya mereka seperti cara pemakaian dan perayaan.
b)
Perbezaan
agama
§ Penubuhan
institusi dan tempat beribadat serta pendidikan menyebabkan masyarakat cina dan
india terpisah daripada masyarakat peribumi.
§ Untuk
menjaga kepentingan dan keselamatan mereka di tempat asing, orang cina dan
india menubuhkan pelbagai institusi sosial, tempat beribadat dan persatuan
tidak rasmi. Kesemua ini mampu melindungi dan mengekalkan identiti etnik
masing-masing.
c)
Perbezaan
dalam fungsi ekonomi
§ Orang melayu
meneruskan kegiatan ekonomi sara diri dengan bekerja sebagai petani, nelayan
dan pegawai rendah di pejabat British. Orang cina hidup di bandar utama dan
menjalankan kegiatan ekonomi komersial dengan tumpuan kepada perlombongan dan
perdagangan.
§ Orang india
tertumpu di kawasan ladang getah dan sebilangan kecil bertumpu di bandar
sebagai kerani dan buruh di pelabuhan. Fungsi
ekonomi yang berbeza antara ketiga-tiga kaum ini secara langsung membawa kepada
kewujudan masyarakat majmuk.
d)
Perbezaan
dalam sistem pendidikan
§ Orang cina
menubuhkan sekolah mereka sendiri dengan menggunakan bahasa penghantar cina dan
matapelajaran yang berteraskan peristiwa yang berlaku di Negara China dan
bukanya mengenai hal ehwal setempat. Orang india dari kelompok Tamil menubuhkan
sekolah di ladang tempat tinggal mereka dengan menggunakan bahasa penghantar
Tamil. Segala mata pelajaran yang diajar berteraskan pengetahuan mengenai
negara India.
§ Pendidikan
bagi masyarakat peribumi berteraskan agama islam dan sistem pendidikan
tempatan.
Penutup
§ Penghijrahan
masyarakat Cina, India dan juga orang Indonesia pada abad ke-19 ke TM telah
menyebabkan perubahan kependudukan di TM. Perubahan tersebut meliputi aspek
jumlah penduduk, jenis penduduk dan juga nisbah jantina penduduk.
§ Kependudukan
masyarakat Cina dan India di TM secara tidak langsung membawa kepada kewujudan
masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat di TM telah didorong oleh beberepa
sebab seperti amalan budaya yang berbeza, perbezaan agama, perbezaan dalam
fungsi ekonomi serta perbezaan dalam sistem pendidikan.
Asalamaualaikum, Cikgu yg factor yg membawa kepada pembentukan masyaraktat majmuk Di tanah melayu abad ke 20 tu sekali dngn kesan kan
BalasPadamYag soalan 64.. Sbb sya konfius kit
BalasPadam