2.3 Pengubahsuaian dalam
Pentadbiran, Ekonomi dan Pendidikan
Soalan 44: Huraikan perubahan pentadbiran
dalam sistem residen (1874) di negeri-negeri Melayu.
Pendahuluan
§ Sistem
Residen yang diperkenalkan pada tahun 1874 merupakan satu bentuk sistem
pemerintahan secara tidak langsung di negeri-negeri Melayu. Residen ialah
seorang pegawai British yang ditugaskan untuk menasihati sultan dan nasihatnya
itu mesti dipatuhi dalam semua perkara, kecuali melibatkan agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
§ Kuasa
memerintah jatuh ke tangan Residen British yang mentadbir atas nama sultan. British
telah memperkenalkan beberapa perubahan secara beransur-ansur di negeri-negeri
Melayu melalui institusi-institusi politik tradisi yang wujud ketika itu.
Isi-isi
penting
1. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri
§ Majlis
Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
pentadbiran negeri. Pada tahap awal penubuhannya, Majlis Mesyuarat Negeri
berperanan sebagai badan penasihat. Majlis Mesyuarat Negeri dianggotai oleh
sultan sebagai ketua, Residen British, 12 orang pembesar Melayu, dan seorang
wakil masyarakat Cina. Mesyuarat ini dikendalikan dalam Bahasa Melayu dan semua
usul dan cadangan dibahas sebelum dijadikan undang-undang.
§ Tidak
mempunyai kuasa perundangan yang luas. Kuasa sultan dalam Majlis juga terbatas
kerana baginda hanya berkuasa dalam agama dan adat istiadat melayu.
2. Sistem Pentadbiran Tanah
§ Sistem
Residen telah mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan British meneruskan
usaha mengeksploitasi kekayaan ekonomi di Tanah Melayu. British telah mengambil
langkah untuk menyusun semula sistem pentadbiran tanah. Antaranya
memperkenalkan undang-undang dengan menjadikan tanah sebagai hak milik
persendirian.
§ Akibat pengenalan
langkah ini, tanah menjadi satu daripada sumber pendapatan kerajaan. Pengenalan
perubahan ini menimbulkan bantahan dan membangkitkan penentangan para pembesar
Melayu terhadap pentadbiran British.
3. Sistem Pentadbiran Negeri
§ British
mengadakan perubahan pentadbiran dengan membahagikan negeri kepada beberapa
buah daerah yang diketuai oleh seorang Pemungut Cukai dan Majistret untuk
memungut cukai dan mentadbir keadilan di daerah itu. Pemungut cukai dan
Majistret ditukar kepada Pegawai Daerah dan ditambah beberapa tugas.
§ Pembahagian
negeri kepada daerah menyebabkan wujudnya sempadan geografi yang jelas antara
negeri. Di bawah sistem pentadbiran negeri yang baharu, setiap daerah
dibahagikan kepada beberapa buah unit pentadbiran yang lebih kecil dikenali
sebagai mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Unit di peringkat bawah
sekali ialah kampung yang diketuai oleh seorang ketua kampung. Beliau
berperanan sebagai penghubung antara penduduk kampung dengan pentadbir yang
lebih tinggi.
Penutup
§ Walaupun Sistem
Residen merupakan satu sistem pemerintahan yang secara tidak langsung, tetapi
sistem ini dilaksanakan tanpa garis panduan yang lengkap.
§ Sistem
Residen dijalankan dengan terlalu bebas sehingga banyak kuasa terlepas ke
tangan British.
Soalan 45: Huraikan sebab-sebab dan
kesan-kesan penubuhan dan Persekutuan 1896 terhadap perubahan pentadbiran di
negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Pendahuluan.
§ Pada tahun
1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah persekutuan yang terdiri
daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, dan Pahang.
§ Perjanjian
persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1 Julai
1896. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang.
Isi-isi penting
Sebab-sebab Penubuhan
Persekutuan 1896
1.
Masalah
Kewangan Pahang
§ British
campur tangan di Pahang pada tahun 1888. Pahang menghadapi masalah
kewangan yang rumit akibat kebangkitan rakyat menentang British. Perbelanjaan
negeri melebihi pendapatan. Oleh yang demikian, Pahang banyak meminjam dari
Negeri-negeri Selat. Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak lagi mampu meneruskan
pinjaman itu kerana turut menghadapi masalah kewangan.
§ Pegawai-pegawai
di Pejabat Tanah jajahan bimbang dengan masalah kewangan Pahang. Mereka
mempuyai dua pilihan, sama ada menarik diri dari Pahang tanpa menyelesaikan
masalah kewanganya atau mencari penyelesaian. Imej dan martabat Bitish akan jatuh sekiranya British menarik diri
dari Pahang. Pembentukan Persekutuan merupakan satu-satunya jalan penyelesaian
yang paling baik atas alasan negeri kaya seperti Perak dan Selangor yang
membantu Pahang.
2.
Mengurangkan
kuasa Residen
§ Residen di
keempat-empat buah negeri Melayu bertindak tanpa
panduan yang jelas. Terdapat kes-kes di mana Residen mempuyai kuasa yang
lebih luas daripada sultan. Gabenor Negeri-negeri Selat yang tinggal jauh di
singapura tidak dapat mengawal Residen secara langsung.
§ Tanpa
pengawasan yang berkesan, Residen menjadi teralu berkuasa sehingga Sultan dan
Majlis Mesyuarat Negeri tidak berupaya mengawal mereka. Majlis Mesyuarat Negeri
hanya berfungsi meluluskan usul yang dibentangkan oleh Residen.
3.
Keseragaman
Pentadbiran
§ Keempat-empat
buah negeri Melayu tidak mempuyai sebarang penyelarasan dan keseragaman. Setiap
negeri mempuyai sistem kehakiman, undang-undang tanah, dan sistem percukaiannya
tersendiri. Pembentukan Persekutuan membolehkan sumber di keempat-empat buah
negeri Melayu ini digunakan secara optimum. Begitu juga dari segi kecekapan
pentadbiran.
§ Terdapat
juga faedah dari segi kekuatan pertahanan apabila semua negeri yang disatukan
itu dapat menghadapi ancaman anasir luar secara bersama.
4.
Dasar
Penjajah British
§ Sejak tahun
1890-an, kerajaan British telah menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri
naugannya menubuhkan Persekutuan.
§ British
telah memulakan dasar ini dengan jayanya di Australia dan afrika.
Kesan-kesan politik
Persekutuan 1896
1. Kesatuan
politik
§ Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) bukan satu persekutuan dalam erti kata sebenar. Ianya
lebih mirip kapada satu kesatuan politik disebabkan NNMB tidak memenuhi
syarat-syarat pentadbiran yang berupa sebuah persekutuan. Sepatutnya, setelah keempat-empat buah negeri Melayu itu dijadikan
Persekutuan, salah seorang atau berdasarkan sistem giliran, keempat-empat Sultan dijadikan Ketua Kerajaan
Persekutuan. Walau bagaimanapun, dalam NNMB yang berkuasa ialah Residen Jeneral sebagai ketua Kerajaan
Persekutuan.
§ Asas
pembentukan sesebuah persekutuan ialah pembahagian kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri. Pembahagian ini tidak wujud dalam Persekutuan 1896.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya melaksanakan beberapa tugas tidak penting.
Segala tugas dan dasar penting digubal oleh kerajaan Persekutuan yang berpusat
di Kuala Lumpur.
2.
Kuasa
Residen Jeneral
§ Persekutuan
memberikan kuasa yang luas kepada Residen Jeneral. Hampir semua kuasa dan tugas
Residen dipindahkan ke tangan Residen Jeneral.
§ Pesuruhjaya
Tinggi yang berada di Singapura tidak berupaya mengawal dan mengawasi Residen
Jeneral.
3.
Kehilangan
kuasa sultan
§ Lebih banyak
pegawai British dilantik dalam Jabatan Persekutuan yang ditubuhkan. Ini secara
Implisitnya menuju ke arah pemerintah lansung berbeza dengan pemerintah secara
tak langsung semasa di bawah sistem Residen. Dengsupaya pemerintahan an
demikian, kuasa sultan semakin merosot jiak dibandingkan di bawah sistam
Residen.
§ Sultan-sultan
berkenaan terpaksa menyerahkan kuasa mereka secara sah kepada Residen Jeneral.
Antara tahun 1874 hingga tahun 1896, penyerahan kuasa tidak berlaku kerana
Residen hanya dihantar untuk membentuk dan membaiki pentadbiran. Melalui
Persekutuan British seolah-olahnya mempuyai kuasa penuh di keempat-empat buah
negeri itu.
4.
Penubuhan
Persidangan Raja-raja Melayu Durbar (1897)
§ Penubuhan
Persekutuan 1896 telah membuka mata sultan-sultan dan golongan Intelektual
Melayu. Buat pertama kalinya dalam sejarah Tanah Melayu (sejak Kesultanan
Melayu Melaka) , sebuah gagasan empayar Melayu dapat mewujudkan keempat-empat
negeri Melayu dalam satu gabungan jang jelas. Sultan dari keempat-empat buah
negeri dapat bertemu antara satu sama lain dan perbincangan tertumpu kepada hal
ehwal adat,agama islam, dan kebajikan orang Melayu.
§ Ahli Durbar
terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, empat orang Sultan, Residen Jeneral, dan
empat orang Residen. Durbar diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak
dan Durbar kedua di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Melalui Durbar, Sultan mengkritik
pemusatan kuasa yang berlebihan dalam tanagan Residen Jeneral. Mereka juga
membantah kehilangan kuasa mereka. Sultan juga tidak berpuas hati tentang
bilangan pegawai British yang kian bertambah. Melalui Durbar, Sultan menyeru
supaya kuasa pemerintahan dikembalikan semula.
5.
Pembentukan
Majlis Mesyuarat Pesekutuan 1909
§ Pada
Persidangan Durbar kedua, Sultan Idris mencadangkan desentralisasi (pengagihan
kuasa pusat). Residen Jeneral seharusnya membahagikan kuasanya dalam kalangan
Sultan Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen. Kesan cadangan Sultan Idris,
langkah pertama ke arah pengagihan kuasa pusat bermula pada tahun 1909 dengan
penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP). MMP sepatutnya menjadi sebuah badan penasihat kepada sultan tetapi sultan hanya menjadi biasa saja.Sultan
tidak mempunyai kuasa mempengerusikan mesyuarat MMP atau mempunyai hak
membatalkan usul yang dibentangkan dalam MMP.
§ Ini bermakna
MMP boleh menjalankan tugasnya tanpa kehadiran sultan kerana kehadiran sultan
sebagai ahli biasa tidak penting sedangkan segala usul yang diluluskan oleh MMP
ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya oleh sultan. Pemusatan
kuasa terletak pada tanga Pesuruhjaya Tinggi selaku Presiden MMP. Pesuruhjaya
Tinggi mempuyai kuasa luas seperti mencalonkan ahli-ahli rasmi dan tidak rasmi,
memberhentikan ahli-ahli tidak rasmi sebelum tamat tempoh perkhidmatan mereka,
dan mempuyai undi pemutus.
Kesimpulan
§ Sebab-sebab
penubuhan persekutuan 1896 adalah masalah kewangan di mana British campur
tangan di pahang pada tahun 1888. seterusnya mengurangkan kuasa residen. Hal
ini menyebabkan, sultan dan majlis mesyuarat tidak mampu mengawal kuasa
residen. keseragaman pentadbiran setiap negeri mempunyai sistem yg tersendiri
seperti kehakiman, undang-undang tanah, cukai dan pertahanan. Dasar penjajahan
sejak 1980, mereka menggalakkan tanah jajahan dan negeri-negeri sebagai
persekutuan.
§ Kesan-kesan
politik 1896, kesatuan politik. Kempat-empat Sultan dijadikan ketua kerajaan
persekutuan dan Residen Jeneral merupakan ketua bagi kerajaan persekutuan.Kuasa
Residen Jeneral,persekutuan memberikan kuasa yang luas kepada residen jeneral.
§ Penubuhan
persidangan Raja-Raja Melayu Durbar 1897, menyeru supaya kuasa pemerintahan
dikembalikan semula. Pembentukan majlis mesyuarat persekutuan 1909. Sultan
tidak mempunyai kuasa untuk mempengerusikan mesyuarat MMP. Segala usul yang
diluluskan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 46 :
Jelaskan sebab-sebab pengagihan kuasa pusat (desentralisasi) dan
langkah-langkah ke arahnya di
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu sehingga tahun 1939.
Pendahuluan:
§ Menurut L.A.
Mills, desentralisasi didefinasikan sebagai “Ia melibatkan pemulangan kuasa pentadbiran,
perundangan dan kewangan secara berperingkat oleh keraja pusat kepada kerajaan
negari. Pada masa yang sama juga,
kerajaan pusat mengekalkan kuasa yang cukup untuk menjaga keselarasan
pentadbiran dan kestabilan kewangan”.
§ Pembentukan
Persekutuan 1896 telah mewujudkan satu sistem pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di
Kuala Lumpur. Semua hal-ehwal pentadbiran ditadbirkan dibawah Jabatan-jabatan
Persekutuan di Kuala Lumpur. Dasar desentrlisasi disifatkan sebagai satu usaha
untuk mengurangkan kuasa kerajaan Pusat
dengan cara mengembalikan sebahagian daripada kuasa itu kepada kerajaan Negeri.
Isi-isi Penting:
Sebab-sebab pengagihan Kuasa Pusat
1.
Rasa tidak
puas hati sultan-sultan
§ Sultan-sultan
telah kehilangan kuasa-kuasa politik, kedudukan mereka seperti patung
sahaja. Di samping itu juga Majlis
Mesyuarat Negeri juga tidak mempunyai kuasa ke atas perbelanjaan awam,
melantik, menukarkan atau memecat pegawai dan menetapkan gaji tanpa persetujuan
daripada Residen Jeneral atau Gabenor.
2.
Penyatuan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu
§ Hasrat
Inggeris untuk menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekut dengan Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu di bawah satu unit pentadbiran. Raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor enggan menyertai persekutuan
tersebut.
§ Ini kerana
Raja-raja bimbang dengan penyertaan mereka dalam persekutuan akan menyebabkan
mereka akan kehilangan kuasa politik seperti apa yang terjadi kepada Raja-raja
Negeri Melayu Bersekutu. Inggeris berharap dengan dasar desentralisasi akan
dapat menarik Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu untuk menyertai persekutuan.
3.
Kemelesetan
ekonomi dunia tahun1920-an
§ Bertujuan
untuk memulihkan keadaan kewangan yang merosot di Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Keadaan ini bertambah
meruncing apabila harga getah dan bijih timah jatuh sehingga membawa kepada
berlakunya krisis kewangan pada tahun-tahun 1921-1923.
§ Disamping
itu kerajaan Inggeris juga terlalu boros membelanjakan wang dengan membayar
gaji yang tinggi kepada para pegawai Inggeris.
Dengan pengagihan kuasa kepada negeri-negeri masing-masing maka
perbelanjaan kerajaan pusat akan berkurangan kerana pentadbir-pentadbir yang
berkhidmat dalam sesebuah negeri itu akan dibiayai oleh kerajaan negeri
sendiri.
4. Perebutan kuasa antara Rasiden Jeneral dengan
Pesuruhjaya Tinggi
§ Sir Lawrence
Guillemard (Persurujaya Tinggi) dengan Sir George Maxwell (Rasiden Jeneral)
telah membantut pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Pengagihan kuasa kerajaan Persekutuan kepada
kerajaan-kerajaan negeri kuasa Rasiden Jeneral akan dapat dikurangkan.
5. Sokongan orang Melayu untuk memperimbangi
sikap anti-Inggeris.
§ Bertujuan
untuk menyekat kegiatan politik yang bersikap anti-Eropah di kalangan
orang-orang Cina yang begitu meluas. Pelaksanaan desentralisasi akan dapat
mengimbangkan kedudukan orang-orang Cina dengan orang-orang Melayu.
Langkah-langkah Pelaksanaan
Dasar Desentralisasi
1.
Jawatankuasa Pengagihan Kuasa Pusat di bawah Sir George
Maxwell 1923 Untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pengagihan
kuasa pusat
2.
Antara cadangannya:
Kuasa Residen ditambah supaya seimbang dengan kuasa Residen Jeneral dan
kuasa pengawalan beberapa jabatan dipindahkan kepada kawalan kerajaan negeri.
Walaubagaimanapun cadangan ini masih mempunyai beberapa kelemahan.
3.
Sir L. G telah mengemukakan beberapa cadangan baru
mengenai Pengagihan kuasa pusat pada tahun 1925.
4.
Cadangan-cadangan Cecil Clementi untuk mempercepatkan
proses Desentralisasi.
Kesimpulan:
§ Walaupun
berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan British untuk melaksanakan dasar
desentralisasi namun akhirnya ia tidak berjaya dilaksanakan ekoran kurangnya
sokongan daripada Raja-raja Melayu dan masyarakat tempatan.
Soalan 47: Huraikan Perubahan pentadbiran
Dasar Desentralisasi 1909-1939 di negeri-negeri Melayu
Pendahuluan
§ Desentralisasi
ialah satu proses pemulangan kuasa dari
kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. Dasar ini dilaksanakan kerana
Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan
kuasa yang berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar
desentralisasi 1909 bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada
pada Residen Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta
membahagikan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
§ Semasa
pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan
melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Isi-Isi Penting
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir
John Anderson.
§ Pada tahun
1909, percubaan pertama ke arah
melonggarkan pemusatan kuasa yang ada di negeri-negeri Melayu Bersekutu
telah dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson. Perubahan
perlembagaan yang besar ialah penubuhan Majlis
Mesyuarat Persekutuan ( 1909 ).
§ Desentralisasi
dalam erti kata yang sebenar belum lagi bermula kerana tidak wujud pembahagian
kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri. Ini menunjukkan Sir John Anderson tidak berniat membahagikan
apa-apa kuasa kepada kerajaan negeri. Malahan, setelah Sir John Anderson
menjadi Presiden MMP, beliau memusatkan kuasa yang berlebihan dalam tanganya.
Jelas di sini bahawa Anderson hanya mahu mewujudkan hubungan rapat antara
Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Selat dan mengurangkan
kuasa Residen Jeneral. Pemusatan kuasa yang dahulunya tertumpu di Kuala Lumpur
kini Berpinda ke Singapura.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir Lawrence Guillemard
§ Pada tahun 1920-an,
dasar desentralisasi telah dimulakan selepas pelantikan Sir Lawrence Guillemard
sebagai Pesuruhjaya Tinggi. Sebab-sebabnya,
sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu membantah kehilangan kuasa mereka
dan pemusatan kuasa pentadbiran dalam tangan Pesurujaya Tinggi. Sultan NNMB
berasa kecewa dengan penubuhan MMP.
§ British
ingin memujuk Negeri-negeri melayu Tidak bersekutu menyertai Persekutuan. Dasar
desentralisasi dipikirkan sebagai langkah yang paling berkesan kea rah tujuan
itu apabila perubahan yang dijalankan dapat mengembalikan kuasa kepada sultan
di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1924, Sultan Idris telah berangkat ke London dan mendesak Pejabat Tanah
Jajahan supaya meneruskan dasar desentralisasi. Baginda mengritik perubahan
tahun 1909 yang tidak memuaskan itu.
Dasar desentralisasi semasa pemerintahan Sir
Cecil Clementi
§ Dasar
desentralisasi semasa Sir Cecil Clementi dipercepatkan pada tahun 1930-an. Cadangan-cadangan Sir Cecil Clementi. Climenti
mencadangkan supaya Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu
kesatuan yang menggabungkan semua negeri. Selain itu, Negeri-negeri ini diberi
kuasa mentadbir semua jabatan kecuali Jabatan Kereta Api, Kastam, dan Pos. Jawatan ketua setiausaha dibubarkan.
Tempatnya diambil alih oleh Setiausaha Persekutuan yang lebih rendah
kedudukannya daripada seorang Residen.
§ Reaksi terhadap cadangan Sir Cecil Clementi. Golongan pedagang
Cina, Eropah, dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membantah dengan
hebatnya. Bantahan dari NNMTB berdasarkan pandangan bahawa pemansuhan jawatan
Ketua Setiausaha akan membawa kepada perubahan kuasa kearah Singapura. Masyarakat
Cina bimbang mereka akan dikuasai oleh orang melayu.
§ Bantahan
terhadap cadangan Clementi telah menimbulkan masalah. Oleh itu, kerjaan British
melantik Sir Samuel Wilson, Setiausaha Rendah Tetap di Pejabat Tanah Jajahan
mengkaji keadaan di Tanah Melayu dan cadangan Clementi
Cadangan Laporan Sir Samuel Wilson
§ Pada tahun
1933, kerajaan British menerima laporan dari Sir Samuel Wilson. Hasil laporan Sir Samuel Wilson, hasil
drpd cadangan dlm Laporan Sir Samuel Wilson, dasar desentralisasi dilaksanakan
secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934 sehingga tahun 1941.
§ Majlis
Mesyuarat Negeri diberi lebih kuasa. Pada tahun 1935, jawatan Ketua Setiausaha
dihapuskan dan digantikan dengan jawatan Setiausaha Persekutuan. Menjelang
tahun1939, jabatan pertanian, perhutanan, kesihatan, perlombongan dan kerja
raya dipindahkan dibawah kuasa Majlis Mesyuarat Negeri. Majlis Mesyuarat Negeri
tidak dibenarkan memungut hasil sendiri tetapi akan diberikan peruntukan
tahunan (annual grant) oleh Kejaraan Pusat. Bilangan ahli tidak rasmi dalam
Majlis Mesyuarat Negeri ditambah.
Penutup
§ Dasar ini
dilaksanakan kerana Persekutuan 1896 telah menyebabkan pemusatan kuasa yang
berlebihan pada Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Dasar desentralisasi 1909
bertujuan melonggarkan kawalan yang luas dan ketat yang ada pada Residen
Jeneral dan Kerajaan Pusat kepada Majlis Mesyuarat Negeri serta membahagikan
kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
§ Semasa
pemerintahan sir Lawrence Guillemard, dasar desentralisasi bertujuan
melonggarkan pemusatan kuasa yang berlebihan pada tangan Pesuruhjaya Tinggi.
Soalan 48: Bincangkan pentadbiran Syarikat
Berpiagam Borneo Utara di Sabah dan keluarga Brooke di Sarawak pada abad ke-19.
Pendahuluan:
§ Syarikat
Berpiagam Borneo utara memperkenalkan pentadbiran Barat di Sabah.
§ Keluarga
Brooke menjadi pemerintah di Sarawak dengan menggunakan penduduk tempatan.
Isi-isi Penting:
Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara
(SBUB) di Sabah.
a)
Pentadbiran SBUB di Sabah diketuai oleh seorang gabenor
yang bertanggungjawab kepada lembaga pengarah syarikat di London.Majlis penasihat
ditubuhkan untuk menasihati gabenor dalam hal ehwal pentadbiran. Pada peringkat
awal pentadbiran SBUB Sabah dibahagikan kepada dua buah residensi sahaja. Iaitu
Residensi Pantai Barat dan Pantai Timur. Pada tahun 1935, jumlah residensi
bertambah menjadi 4.
b)
Setiap residensi diketuai oleh seorang residen yang
bertanggungjawab terhadap semua daerah dalam residensinya. Residensi pula
dibahagikan kepada 10 buah daerah yang setiap satunya diketuai oleh pegawai
daerah. Pegawai daerah bertugas sebagai majistrate, pegawai buruh, pemungut
cukai ,bendahari daerah dan ketua pentadbir semua jabatan pada peringkat
daerah.
c)
SBUB menghadapi masalah kekurangan modal semasa
memerintah Sabah. Bagi mengatasi masalah ini SBUB telah menyerapkan system
pentadbiran penduduk tempatan dengansistem pentadbiran syarikat dengan
mengekalkan jawatan Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung.
d)
Ketua Anak Negeri membantu pegawai daerah menjalankan
pentadbiran pada peringkat daerah. Mereka diberi surat kuasa oleh SBUB untuk
menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan .Ketua
Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri.
e)
Ketua Kampung menjalankan pentadbiran peringkat kampong.
Mereka terdiri daripada orang yang berpengalaman dan berpengaruh dalam masyarakat.
f)
Dalam bidang perundangan SBUB telah menggunakan dua jenis
undang-undang iaitu undang-undang Barat dan undang-undang tempatan. Selain itu,
diwujudkan juga mahkamah majistrate yang menggunakan undang-undang Barat untuk
mengendalikan kes-kes berat seperti membunuh, menculik dan merompak dan diadili
oleh pegawai daerah.
Pentadbiran Keluarga Brooke di Sarawak.
a)
Kerajaan Sarawak diketuai oleh keluarga Brooke iaitu
James Brooke, Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke yang bergelar Raja Putih
Sarawak. Keluarga ini mengamalkan system pemerintahan beraja. Walaupun mereka
menjadi pemerintah Sarawak yang mutlak system pemerintahan tradisional masih
dikekalkan dengan melantik semula pembesar-pembesar yang disingkirkan oleh
Pengiran Mahkota. Brooke juga mengadakan hubungan yang rapat dengan ketua-ketua
tempatan untuk memudahkan urusan pentadbiran dengan masyarakat pribumi Sarawak.
b)
Pentadbiran keluarga Brooke dibantu oleh sebuah Majlis
tertinggi. Tugas utama MT ialah meluluskan undang-undang dan peraturan yang
berkaitan dengan pentadbiran Sarawak. Majlis Negeri juga dibentuk untuk membawa
semua ketua kaum Bumiputera dalam satu perjumpaan besar dan ketua-ketua kaum
Bumiputera boleh bertukar-tukar pendapat dan menyuarakan pandangan.
c)
Bagi memudahkan pentadbiran, keluarga Brooke telah
membahagikan Sarawak kepada tiga bahagian kemudian ditambah menjadi lima
bahagian pada tahun 1912.
d)
Pemerintahan Brooke telah mengadakan sebuah Mahkamah
Keadilan dan beliiau menjadi hakimnya. Pemerintah Brooke juga masih mengekalkan
undang-undang tradisional bagi menyelesaikan kes-kes yang berkaitan dengan
adapt resam masyarakat pribumi.
e) Pada 1941, Charles Vyner Brooke telah mengistiharkan
perlembagaan bertulis yang pertama di Sarawak yang menggariskan pemerintahan
sendiri kepada Sarawak. Charles Vyner Brooke akan menyerahkan kuasa
pemerintahannya kepada rakyat Sarawak melalui Majlis Tertinggi dan Majlis
Negeri.
f) Perlembagaan 1941 tidak sempat dilaksanakan kerana Jepun
telah menyerang dan menawan Sarawak. Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang
Dunia Kedua , Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan
British. Pada 1 Julai 1946, Chharles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak
kepada Kerajaan British dan seorang gabenor telah dilantik untuk menjalankan
pentadbiran di Sarawak.
Kesimpulan:
§ Kedua-dua
pihak mempunyai pentadbiran yang terpisah dengan kerajaan British. Pentadbiran
mereka mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
Soalan 49: Bandingkan perluasan kuasa asing di
Sabah dan Sarawak.
Pendahuluan :
§ Perluasan
kuasa British di Sarawak bermula pada 24 Jun 1841 dengan perlantikan James
Brooke sebagai raja Sarawak oleh Raja Muda Hashim iaitu wakil Sultan Brunei di
Sarawak. Perlantikan James Brooke adalah untuk membalas jasa baik beliau
menghapuskan pemberontakan yang dicetuskan oleh Pengiran Indra Mahkota.
Isi-isi Penting:
Sabah :
1. Perluasan
kuuasa British bermula apabila seorang pegawai British yang bernama Alexender Dalrymple berjaya
menandatangani perjanjian perdagangan dengan Sultan Sulu, Sultan Muizuddin pada
1761. Menurut perjanjian tersebut British diberi kebenaran mendirikan pusat
perdagangan dan berniaga dalam kawasan taklukan Sultan sulu iaitu di timur
Kimanis. Pada 1763 Dalrymple dibenarkan mendirikan pusat perdagangan di Pulau
Balambangan. Pada 1775, petempatan British di Balambangan diserang dan
dimusnahkan oleh Datu Tating saudara
Sultan Israel Sulu.
2. Kemudian
John Harbet serang pegawai British yang mentadbir Balambang terpaksa membuka
petempatan baru di Pulau Labuan tetapi terpaksa dibatalkan kerana pembukaannya
bercanggah dengan arahan Syarikat Hindia Timur Inggeris.
3. Sebelum
syarikat Berpiagam Borneo Utara, kegiatan ekonomi Sabah dijalankan oleh seorang
wakil Amerika iaitu Charles Lee Morses yang mendapat konsesi ke atas kawasan
pantai barat Sabah selama sepuluh tahun dengan bayaran ringgit 9500 daripada Sultan Brunei. Kemudian
Morses menjualkannya kepada William Torey , seorang pedagang Amerika syarikat
di Hong Kong.
4. Torey cuba
memajukan dengan menanam tebu dan kopi di Kimanis tetapi tidak menguntungkan,
lalu menjualkan kepada Baron Ven Overback dan Alfred Dent. Overback dan Dent
memperbaharui perjanjian dengan Sultan Sulu dan membentu sebuah Syarikat
British supaya rakyat boleh melabur. Dent menjadi pemilik tunggal kerana
Overback telah menjualkan bahagiannya kerana beliau bukan berbangsa British. 1881,
Piagam Diraja telah diberikan oleh Keerajaan British dan Syarikat Berpiagam
Utara ditubuhkan dan meluaskan pengaruhnya dari 1881 hingga 1946.
Sarawak :
1.
1842, James Brooke telah melawat Brunei supaya
mengiktirafnya sebagai wakil baginda di Sarawak. James Brooke mendapat
tentangan pribumi seperti orang Iban di kawasan Seribas dan Sekiang serta
Shariff Shahab seorang ketua lanun di Sadung.
2.
1843-1846 James Brooke telah melancarkan beberapa
serangan ke atas petempatan pribumi dengan mendapat bantuan angkatan tentera
laut British.
3.
Jamees Brooke meluaskan kuasanya ke Mukah yang kaya
dengan sagu. Setelah mendapat kebenaran sultan Brunei meletakkan Mukah di bawah
kuasanya, James Brooke telah mendirikan kota di Sarikei dengan alas an untuk
menjaga keamanan di situ.
4. 1853-1856, sultan Brunei terpaksa menyerahkan beberapa
kawasan James Brooke antaranya sungai Sadong ,Saribas, Rejang, samarahan,
Krian, Sekrang dan dari rejang ke
Tanjung Kidurung.
5. 1890 Sultan Brunei menyerahkan kawasan Limbang kepada
Charles Brooke kerana beliau mewujudkan keamanan di situ.
Kesimpulan :
§ Perluasan di
Sarawak lebih mendapat penentangan oleh kompulan pribumi berbanding Sabah .
Manakala pentadbiran di Sabah banyak kali bertukar tangan kerana keadaan muka
bumi yang kurang subur untuk pertanian.
Soalan 50: Huraikan perubahan pentadbiran di
sarawak pada tahun 1841-1946
Pendahuluan
§ Sistem
pemerintahan beraja diamalkan dan raja mempunyai kuasa mutlak dengan
gelaran Raja Putih. Raja Putih Sarawak
yang pertama ialah James Brooke
(1841-1868)
§ Pentadbiran
berasaskan pengubahsuaian sistem barat dengan beberapa unsur tempatan.
Isi-isi Penting:
1.
Pentadbiran
James Brooke (1841-1868)
§ Beliau
mengekalkan jawatan Ketua tempatan Melayu Sarawak iaitu Datu Patinggi, datu
Temenggung, dan Datu Bandar.mereka dikehendaki memungut cukai di kawasan
masing2 dan menyerahkan sebahagian hasil kepada pentadbiran Brooke. Pembesar2 tempatan berperanan sebagai penasihat kepada
Brooke.
§ Pada tahun
1855, sebuah Majlis Tertinggi Sarawak di bentuk untuk membuat dasar2
pentadbiran. James brooke menubuhkan majlis tertinggi dan majlis negeri dan di
bahagikan kepada 5 bahagian yang ditadbir oleh majlis bahagian.
2.
Pentadbiran
charles Brooke (1868-1917)
§ Charles
Brooke mengantikan James Brooke sebagai raja puitih sarawak yang ke-2. Asas pentadbiran ialah sistem pemerintahan
tradisional masih diteruskan.
§ Majlis
negeri ditubuhkan pada tahun 1865, untuk membantu pentadbir dalam pemerintahan
negeri. Majlis negeri dianggotai oleh ahli majlis tertinggi, pegawai kanan
kerajaan, dan pegawai tempatan. Majlis
negeri mengadakan mesyuarat 3 kali setahun dan bersidang buat kali pertamanya pada
tahun 1867 di Sibu.
§ Charles
Brooke membahagikan sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh seorang
residen dan dibantu oleh pegawai anak negeri, pegawai rendah dan ketua2 suku. Diperingkat
kampung, ketua orang melayu atau ketua orang cina menjalankan tanggungjawab
menjaga keamanan dan memungut cukai.
§ Badan
perkhidmatan awam terdiri daripada Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat
kastan dan cukai. Pada tahun 1888,Badan perkhidmatan awam terdiri daripada
Jabatan kehakiman, jabatan polis, pejabat kastan dan cukai.
§ Pada tahun
1888, kerajaan british mengiktiraf sarawak sebagai negeri naungan british dan
charles brooke yang sah.
3.
Pentadbiran
Charles Vyner Brooke (1917-1946)
§ Majlis
tertinggi sarawak dikurangkan dan tidak dipanggil bersidang dari tahun 1927-1941.
Sebuah jawatankuasa pentadbiran terdiri daripada 8 orang pegawai kanan eropah,
2orang melayu, dan 2 orang cina ditubuhkan.
§ Pada tahun
1941, beliau memperkenalkan perlembagaan baharu bagi sarawak,antaranya; Menyerahkan
kuasa mutlak charles vyner brooke kepada majlis tertinggi(majlis eksekutif) dan
majlis negeri(majlis perundangan), Majlis tertinggi mempunyai 5 orang ahli dan
majlis negeri mempunyai 25 orang ahli, Kedua2 ahli majlis ini dilantik oleh
Raja brooke dan Sarawak dijanjikan kemerdekaan.
§ Perlembagaan
sarawak tidak dapat dilaksanakan kerana serangan jepun ke atas sarawak pada
November 1941. Pentadbiran Brooke pada tahun 1841-1940 merupakan pentadbiran
personal rule kerana tidak terdapat satu perlembagaan formal.
Penutup
§ Apa-apa yang
berkaitan
Soalan 51: Huraikan perubahan pentadbiran di
Sabah 1881-1946
Pendahuluan
§ Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBU)
mengambil alih pemerintahan Sabah pada tahun 1881. Pada tahun 1888, Sabah
dijadikan sebuah negeri di bawah naungan Empayar British dan diperintah secara
langsung oleh SBBU antara tahun 1881 sehingga 1946.
§ SBBU tlh menggabungkan institusi pentadbiran
British dgn institusi tempatan dlm pentadbiran awam negeri. Pentadbiran negeri Sabah diketuai oleh seorang Gabenor
yang dilantik oleh Lembaga Pengarah SBBU dgn persetujuan kerajaan Britain di
London.
Isi-isi Penting:
1) Sabah yang
ditadbir oleh SBUB merupakan sebuah syarikat awam di mana saham dijual kepada
orang awam. SBUB mempunyai struktur pentadbirannya sendiri yang digabungkan dgn
institusi tempatan. Sabah menjadi negeri
naungan British mulai tahun 1888.
2) Gabenor
merupakan ketua pentadbir SBUB yg dilantik oleh Lembaga Pengarah London. Ibu
pejabatnya di Sandakan dan beliau dibanttu oleh Majlis Penasihatnya yg di
anggotai oleh pegawai kanan SBUB seperti Setiausaha Kerajaan, Bendahari, dan
Ketua Pasukan Keselamatan.
3) Setiap
residensi di Sabah dibahagikan kpd
daerah yg diketuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak
Negeri.
4) SBUB
mengekalkan golongan peribumi dlm pentadbirannya.
Ketua Anak Negeri yg bergelar Orang Kaya-Kaya dilantik utk menguruskan perkara berkaitan dengan masyarakat tempatan.
Antara Ketua Anak Negeri yang pernah dilantik ialah OKK Haji Mohammad Arshad.
5) Walaupun
Ketua Anak Negeri mempunyai kuasa tertentu, tetapi kuasa sebenar terletak dlm
tangan Residen dan Pegawai Daerah. Residen dan Pegawai Daerah melantik dan
mengawal Ketua Anak Negeri.
6) Di Peringkat
Kampung, ketua kampung atau digelar Orang Tua dilantik. Pentadbiran kampung
dikenali sebagai Majlis Orang Tua-Tua
Penutup
§ Pada tahun
1912, Majlis Undangan ditubuhkan bertujuan utk mendapatkan pandangan pelbagai
kaum dlm penggubalan undang-undang. Pada tahun 1915, jawatan Timbalan Penolong
Pegawai Daerah diperkenalkan. Jawatan
ini disandang oleh penduduk tempatan.
§ Majlis Penasihat
Ketua-Ketua Anak Negeri berperanan sebagai orang tengah antara kerajaan dgn
rakyat tempatan. Sebuah Majlis Penasihat Cina dibentuk bagi menasihati Gabenor
mengenai hal ehwal orang Cina. Ini menunjukkan betapa pentingnya orang Cina dlm
kegiatan ekonomi Sabah.
Soalan 52: Huraikan sejarah perkembangan
Perusahaan Bijih Timah pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Peluasan
kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke-19 bukan sahaja
menandakan bermulanya perubahan dari segi politik, tetapi juga bidang ekonomi,
dan social. Setelah keamanan dapat dipulihkan, ekonomi Tanah Melayumula
berkembang dengan pesat.
§ Penjajah
British secara beransur-ansur mula mengubah corak ekonomi Tanah Melayu daripada
pertanian sara diri kepada kegiatan ekonomi bercorak komersial. Selain modal
tempatan, British membawa masuk modal asing untuk dilaburkan ke dalam sektor
seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport.1
Isi-isi penting
1. Sebelum
campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kegiatan melombong bijih timah
diusahakan oleh orang Melayu secara kecil-kecilan sebagai pekerjaan sampingan.
Mereka menggunakan cara mendulang dan melampan.
2. Pada awal
tahun 1820-an, kegiatan melombong bijih timah mula berubah apabila orang Cina
mula dibawa masuk untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah setelah
terdapatnya pelaburan modal saudagar di Negeri-negeri Selat dan pengenalan
teknik melombong yang baharu.
3. Orang Cina
memperkenalkan kaedah lombong dedah dan pam kelikir dengan menggunakan air
untuk memisahkan bijih daripada tanah. Mereka juga menggunakan saluran air dan
pam rantai yang berenjin untuk mengeringkan lombong bagi mengatasi masalah
banjir atau mengawal bekalan air.
4. Setelah
orang Eropah mula melabur dalam perusahaan bijih timah, maka usaha mencari gali
semakin diperluaskan. Mereka menggunakan peralatan yang lebih moden seperti
kapal korek untuk menghasilkan lebih banyak bijih timah. Akibatnya, mereka
dapat menguasai monopoli perusahaan bijih timah pada tahun 1930-an.
5. Apabila
Revolusi Perindustrian meletus di Eropah, permintaan terhadap bijih timah
meningkat. Bijih timah digunakan dalam perusahaan mengetin makanan. Pengeluaran
bijih timah menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar timah yang terbesar di
dunia pada akhir abad ke-19.
6. Sebahagian
besar bijih timah dieksport ke Amerika Syarikat. Hasil pendapatan ini digunakan
untuk membiayai pentadbiran dan pembangunan ekonomi di negeri-negeri Melayu
pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Penutup
§ Satu skim
bagi mengawal harga dan pengeluaran bijih timah turut diperkenalkan untuk
mengurangkan lebihan penawaran. Pada tahun 1931, Tanah Melayu, Bolivia,
Indonesia, dan Nigeria menandatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai
Skim Kawalan Timah.
§ Melalui
perjanjian ini, negara-negara pengeluar diberi kuota pengeluaran tertentu
berpandukan angka pengeluaran pada tahun 1929 untuk menggelakkan lebihan
penawaran.
§ Hasil
daripada perjanjian ini, Majlis Timah Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1934
untuk menyelaraskan pengeluaran bijih timah. Kawalan pengeluaran bijih timah
menerusi perjanjian ini telah berjaya menstabilkan harga bijih timah.
Soalan 53: Huraikan perkembangan dan
kesan-kesan pertanian dagangan pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Pertanian
dagangan mendapat tempat dalam sektor ekonomi dunia. Terdapat beberapa tanaman
menjadi tumpuan negara untuk keperluan mereka dalam menghasilkan produk negara.
§ Terdapat dua
peringkat dalam pertanian dagangan.
Isi-isi Penting:
Perkembangan
1.
Pertanian
dagangan peringkat pertama
§ Antara jenis
tanaman pada peringkat pertama ialah Ubi Kayu, Kopi, Gambir dan Lada Hitam,
Tebu. Ubi Kayu dimulakan oleh orang Cina pada tahun 1850-an. Mendapat
permintaan tinggi daripada pasaran British dan menjadi tanaman dagangan yang
menguntungkan di Melaka pada tahun 1850. Kopi menjadi tanaman eksport yang
menguntungkan pada abad ke-19 dan abad ke-20. Ditanam secara besar-besaran di
selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor oleh pengusaha Eropah.
§ Gambir dan
lada hitam diusahakan oleh orang Cina dari Singapura di sepanjang sungai di
selatan Johor. Gambir dan lada hitam menjadi eksport utama negeri Johor pada
tahun 1910. Tanaman ini dibuka di Selangor dan Negeri Sembilan. Tebu diusahakan
oleh orang Cina dan Eropah pertengahan abad ke-19. Ladang tebu dibuka di
Seberang Perai, Linggi di Melaka dan Kerian di Perak.
2.
Pertanian
dagangan peringkat kedua
§ Perusahan Getah telah digiatkan. Pada
peringkat pertama, perusahan getah ini kurang mendapat sambutan. Pada awal
kurun ke-20, permintaan terhadap getah meningkat kerana perkembangan perusahaan
membuat motokar di Eropah dan Amerika Syarikat. Perusahaan getah pesat
berkembang atas sumbangan H.N. Ridley, dasar kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu, kejatuhan harga kopi dan sumbangan peneroka-peneroka perintis. Selain
itu, pelaburan individu dan syarikat-syarikat Eropah, peningkatan permintaan
getah dunia, tenaga buruh yang murah dan penyelidikan saintifik.
§ Kelapa sawit juga mula ditanam tetapi
sebagai pohon perhiasan sahaja. Ladang kelapa sawit pertama muncul di Selangor
atas usaha Henri Fauconnier pada tahun 1917. Kelapa sawit muncul apabila
berlaku kemelesetan dalam perusahaan getah. Kawasan penanaman utama di Tanah
Melayu ialah Perak, Johor dan selangor. Johor pengeksport utama kelapa sawit.
Kesan-kesan
Q
§ Kesan
daripada perkembangan pertanian dagangan, permintaan pertanian perdagangan
telah meningkat.
§ Perusahaan
membuat motokar di Amerika Syarikat telah meningkatkan lagi permintaan getah.
§ Pertubuhan
penanam-penanam getah ditubuhkan pada tahun 1907.
§ Orang asing
dari luar dibawa masuk ke Tanah Melayu untuk mengusahakan tanaman.
Penutup
§ Apa-apa
sahaja yang berkaitan
Soalan 54: Huraikan sebab-sebab perkembangan
dan zaman kemelesetan perusahaan getah pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Peluasan
kuasa British di negeri-negeri Melayu menjelang akhir abad ke 19 bukan sahaja
menandakan bermulanya perubahan dari segi politik tetapi juga dalam bidang
ekonomi dan sosial.
§ Walaupun
ekonomi berkembang pesat tetapi kegiatan ekonomi tidak dipelbagaikan. Tumpuan
hanya diberikan kepada dua jenis komoditi iaitu bijih timah dan getah. Tanaman
getah yang ditanam di Tanah Melayu berasal daripada jenis Hevea Brasiliensis.
Isi-isi penting
Sebab-sebab perkembangan
1.
Sumbangan
H.N. Ridley
§ Pada tahun
1888, H.N. Ridley telah dilantik sebagai Pengarah Botanical Gardens, Singapura.
Beliau memainkan peranan penting dalam perkembangan penanaman getah. Beliau
berusaha memujuk peladang-peladang kelapa, kopi dan tebu yang masih ragu-ragu
terhadap potensi getah supaya menanam getah. Beliau memenuhkan saku
kawan-kawannya dengan biji getah sambil merayu kepada mereka supaya cuba
menanamnya. Keazaman dan minat beliau terhadap getah sangat mendalam sehingga
beliau dikenali sebagai “Ridley Getah” atau “Ridley Gila”.
§ Atas usaha
beliau, cara menoreh getah iaitu sistem ibedem atau sistem tulang ikan herring
mula digunakan pada tahun 1897. Sistem ini membolehkan torehan dilakukan
beberapa kali tanpa merosakkan pokok getah. Beliau juga telah memperkenalkan
cara mengangkut anak getah dalam keadaan iklim yang panas dengan selamat iaitu
dengan membungkus anak-anak getah dalam arang yang lembap.
2. Dasar
kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
§ British
telah mengambil beberapa langkah menggalakkan penanaman yang lebih luas. Pada
tahun 1897, tanah yang digunakan bagi penanaman getah hanya dikenakan cukai
tanah sebanyak 10 sen seekar untuk tempoh 10 tahun yang pertama. Selepas tempoh
tersebut, cukai tanah akan dinaikkan sebanyak 50 sen seekar. Cukai ke atas
getah hanya 2.5% selama 15 tahun daripada tarikh kerja dimulakan. Selepas itu,
cukai tidak akan melebihi 5%.
§ Pada tahun
1905, British telah memberikan 45 dividen kepada syarikat pengusaha getah dan
pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. Kerajaan juga mengambil langkah
dari segi kewangan. Pada tahun 1899, sebanyak $4 000 diperuntukkan untuk usaha
penanaman getah dan tanaman lain.
3.
Kejatuhan
harga kopi
§ Pada
pertengahan tahun 1890-an, harga kopi merosot disebabkan penawaran yang
berlebihan di pasaran dunia. Persaingan kopi dari Brazil dan ancaman penyakit
yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memaksa orang ramai mencari tanaman gantian.
§ Orang ramai
mula menanam getah yang ketika itu menjadi tanaman gantian yang paling sesuai.
Zaman kemelesetan perusahaan getah
a)
Setelah harga getah melambung sebelum perang
dunia pertama, perusahaan getah mula menempuh zaman kemelesetan dan kesukaran.
Antara tahun 1920-1922, harga getah mula tidak stabil dan mengalami turun naik
sehingga mencecah harga terendah. Pertubuhan penanam-penanam Getah yang mewakili
pengusaha ladang getah di Tanah Melayu mendesak British supaya campur tangan.
British diminta merangka satu skim sekatan kepada semua pengeluar kerana stok
simpanan yang bertimbun dan hatga yang semakin merosot.
b)
Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran
getah yang dikenali sebagai ‘Skim Sekatan Getah Stevenson’ diperkenalkan
bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah. Pada
tahun 1928, skim sekatan ini dihentikan dan ketika itu, jumlah pengeluaran
getah di Tanah Melayu melambung naik walaupun harga getah di paras yang rendah.
Keadaan menjadi semakin buruk setelah kemelesetan besar ekonomi melanda dunia
mulai bulan oktober 1929.
c)
Kejatuhan harga telah memaksa negara-negara
pengeluar supaya berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934,
satu perjanjian yang dikenali sebagai ‘ Perjanjian Peraturan Getah
Antarabangsa’ ditandatangani antara Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam
untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah.
d)
Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, harapan untuk memulihkan harga getah terus musnah
apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan
getah asli yang terputus bekalannya di
pasaran antarabangsa.
Penutup
§ Apabila
kemelesetan ekonomi dunia melanda sekitar tahun 1929-1931, ekonomi Tanah Melayu
terjejas teruk.
§ Selepas
tahun 1941, barulah ada usaha untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan
menggalakkan pengeluaran lain-lain jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa
kering dan nenas.
Soalan 55: Huraikan kesan-kesan perkembangan
perusahaan getah dan bijih timah terhadap ekonomi Tanah Melayu.
Pendahuluan
§
Perlombongan bijih timah di Tanah Melayu bermula sebelum
kedatangan British lagi. Tanah Melayu pernah mengeksport bijih timah ke India,
Tanah Arab, dan China. Pada abad ke-19, bijih timah menjadi salah satu faktor
penting yang menyebabkan British meluaskan politiknya di negeri-negeri Melayu.
§
Perusahaan getah jiga mengalami peningkatan pada abad
ke-19 atas peningkatan permintaan.
Isi-isi penting
§
Perkembangan Ekonomi
Ekonomi Tanah Melayu melalui tahap perkembangan yang
menakjubkan. Menjelang akhir abad ke-19, ciri-ciri ekonomi tanah melayu moden
telah muncul. Teras ekonomi berlandaskan perusahaan bijih timah dan getah.
Bijih timah dan getah tidak diperlukan di Tanah Melayu tetapi untuk dieksport.
Dengan ini, wujud ekonomi moden berorientasikan eksport. Ekonomi moden ini
terdedah kepada ekonomi antarabangsa dan dipengaruhi oleh turun naik ekonomi
dunia. Merangkumi 47% pendapatan negara.
§
Perkembangan sistem perhubungan
Sistem perhubungan moden iaitu landasan keretapi dan
jalan raya. Pada peringkat awal, ianya dirangsangkan oleh keperluan untuk
mengangkut bijih timah dan juga disebabkan ketiadaan sistem perhubungan yang
memuaskan kecuali perhubungan melalui sungai atau kereta lembu sebelum tahun
1874. Pada awalnya, jalan raya hanya dibina di antara pusat perlombonngan
dengan pangkalan terdekat di sepanjang sungai. (Kerja membina landasan keretapi
pertama sepanjang lapan batu antara lombong di Taiping dengan kawassan pantai
di muara Sungai Larut telah bermula pada tahun 1881). Selepas itu, beberapa
landasan keretapi telah dibina oleh pihak British untuk mengangkut bahan bijih
timah dan getah.
§ Kemajuan
pelabuhan
Dengan wujudnya landasan keretapi utama, beberapa buah
pelabuhan baharu muncul contohnya Port Weld, Telok Anson, Port Dickson, dan
Port Swettenham.
§ Kemunculan
bandar baharu
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah menyebabkan
munculnya bandar-bandar baharu di kawasan pedalaman. Mengambil alih pentadbiran
bandar contohnya Taiping, Kuala Lumpur, dan Seremban. Kuala Lumpur
menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api
utama manakala Gemas merupakan tempat persimpangan jalan. Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang terlibat dalam ekonomi moden.
§
Ketidakseimbangan perkembangan ekonomi
Selangor dan Perak yang kaya dengan bijih timah mengalami
perkembangan yang pesat. British telah membina infrastuktur yang lengkap.
Manakala keadaan di Pahang terus merosot kerana keadaan Geografi, masalah
pengangkutan, kekurangan infrastruktur, dan kekurangan galian berharga.
Negeri-negeri yang lain seperti Terengganu dan Kelantan turut ketinggalan dari
aspek pembangunan kerana tidak mempunyai
potensi bijih timah dan getah.
§
Perkembangan industri sampingan
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah turut
membawa kepada perkembangan perusahaan sampingan yang berkait rapat
dengan kedua-dua perusahaan tersebut.
§ Peluang
pekerjaan
Perkembangan perusahaan tersebut telah menyediakan
peluang pekerjaan dan keadaan ini menyebabkan tumpuan kepada aktiviti ekonomi
dan pembinaan infrastuktur di kawasan bandar atau kawasan yang kaya dengan
bijih timah dan getah.
§ Kemunculan
sistem dwiekonomi
Sektor pertanian tradisional seperti penanaman padi dan
penangkapan ikan tidak diambil berat oleh British. Pertanian tradisional yang
diamalkan oleh Orang Melayu di kawasan luar bandar terus ketinggalan dan
berbentuk sara diri. Muncul sistem dwiekonomi di Tanah Melayu yang
terdiri daripada kegiatan ekonomi moden yang berlandaskan eksport di bandar dan
ekonomi tradisional yang berlandaskan pertanian sara diri di kawasan luar
bandar.
Penutup
§
Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah
meningkatkan taraf ekonomi di Tanah Melayu. Akibat daripada perkembangan
ekonomi, kemajuan dan pembangunan juga dapat dirasakan di luar bandar.
Contohnya, Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai kawasan luar bandar, namun
setelah British mengenal pasti potensi kawasan tersebut, maka Kuala Lumpur
menjadi tempat pertemuan jalan raya dan jalan kereta api utama dan mengambil
fungsi pentadbiran.
§ Jelaslah bahawa terdapat banyak perubahan yang
berlaku akibat perkembangan perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu.
Soalan 56: Huraikan perkembangan ekonomi di
Sabah pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan
§ Ekonomi
komersial di sabah melibatkan Syarikat Borneo Utara British mengaut keuntungan
daripada sabah. Tanaman tradisional sabah dijalankan secara komersial untuk mengekploitasi
kesuburan tanah.
§ Kegiatan
ekonomi komersial berasaskan kegiatan pertanian dagangan perlombongan, dan
perdangangan.
Isi-isi Penting:
Tanaman Tradisional
§ Kegiatan
ekonomi tradisional dan komersial meningkat di sabah pada zaman pemerintahan dan
pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB), hasil eksport tradisional
merupakan sumber utaman di sabah. SBUB menggiatkan usaha mencari hasil laut
seperti trepang, sirip ikan yu, dan mutiara. Akitiviti ini diusahakan oleh kaum
bajau. Trepang mendapat permintaan yang tinggi di Cina.
§ Gentian
pokok lanut (abaka atau manila hemp)
dijemur sebelum diproses menjadi tali kapal sebelum dieksport ke Eropah.
Pertanian Dagangan
§ Demi mengaut
keuntungan lumayan, SBUB mengusahakan tanaman baharu seperti getah dan tembakau.
Ini dilakukan memandangkan sabah menpunyai tanah yang luas dan subur.
Tembakau.
§ Tanaman
eksport yang dihasilkan secara komersial pada abad ke-19 dan menjadi tanaman
dagangan utama kerana mutu tembakau sabah diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia.
Perusahaan tembakau diusahakan oleh orang Cina. Tanaman tembakau diusahakan di
pulau banggi. SBUB telah memberi tanah secara liberal dan mengecualikan cukai
eksport kepada peladang tembakau.
§ Menjelang
tahun 1890, hasil eksport tembakau bernilai lebih dua juta dolar. Buruh dari
singapura dan Hong Kong diambil untuk mengusahakan ladang tembakau.
Getah
§ Pembinaan
landasan kereta api telah meningkatkan pembukaan ladang getah di Beaufort,
Tenom, dan Jesselton. Bagi menggalakkan penanaman getah SBUB telah menberi 4%
dividen kepada pengusaha getah.
§ Penanaman
getah meningkatkan daripada 3 226 ekar pada tahun 1900 kepada 34 828 ekar pada
tahun 1911.
Kayu Balak
§ Kegiatan
pembalakan dijalankan di Sandakan, Lahad Datu, dan Tawau. Buruh dari Filipina
dan Indonesia dibawa masuk untuk bekerja dalam sektor ini.
§ British
Borneo Trading and Planting company ialah syarikat terbesar yang terlibat dalam
industri ini. Pada tahun 1920, BBTPC sebuah syarikat yang dibiayai olej
Harrisons and Crosflied telah mendapat monopoli untuk menenbang pokok balak di
sabah selama 25 tahun.
§ Sandakan
muncul sebagai pelabuhan balak yang penting di dunia. Hasil balak diksport ko
China, Britian, Singapura dan Australia.
Kegiatan
Perlombongan
§ Di sabah,
SBUB menggiatkan usaha perlombongan seperti emas, arang batu dan mangan. Orang
Cina mengusahakan perlonbongan emas di sungai segama.
§ Syarikat
British Borneo mengusahakan perlombongan mengan. Mengan dieksport ke Britian.
Penutup.
§ Apa-apa yang
berkaitan.
Soalan 57: Huraikan perkembangan ekonomi di
Sarawak pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Antara tahun
1900 hingga 1941, perkembangan ekonomi di Sarawak adalah sederhana disebabkan
kerajaan Brooke tidak menggalakkan pelaburan luar sevara besar-besaran demi
menjaga kepentingan ekonomi mereka di Sarawak. Walaupun keluarga Brooke
menguasai ekonomi Sarawak, namun orang Cina diberi peluang bergiat dalam
perdagangan dan perlombongan.
§ Pembangunan
ekonomi dan sosial di bawah pemerintahan keluarga Brooke tidak seimbang dan
kebanyakkannya tertumpu di Bahagian Pertama dan Kedua Sarawak.
Isi-isi Penting:
Pertanian Perdagangan
1.
Lada hitam
dan Gambir
§ Lada hitam
diusahakan oleh orang Cina disepanjang Sungai Sarawak dan Sarikei di Sungai
Rajang. Lada hitam menjadi bahan eksport utama pada tahun 1910.
§ Kerajaan
Brooke memberi geran tanah dan bantuan kewangan kepada orang Cina untuk menanam
lada hitam. Raja Charles menggalakkan penanaman lada hitam dengan membenarkan
kemasukan orang Cina dari Singapura sehingga projek penanaman lada hitam
berjaya dilaksanakan di kawasan Ulu Sarawak pada tahun 1870-an dan berkembang
ke Lembangan Sungai Rajang.
2.
Getah
§ Ditanam di
Kuching pada tahun 1881. Diusahakan oleh orang Cina dan Iban.
§ Menjelang
tahun 1910, getah menjadi bahan eksport kedua utama selepas minyak.
3.
Kayu Balak
§ Menjelang
akhir tahun 1890-an – 1941, kayu balak
menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai
hasil pendapatan utama Sarawak.
§ Penanaman
kayu balak dijalankan oleh orang Cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai
Rajang. Hasil kayu balak dieksport ke Hong Kong, Australia, dan Amerika
Syarikat.
4.
Sagu
§ Sagu menjadi
hasil pertanian komersial yang penting mulai tahun 1840-an. Dibawah
pemerintahan keluarga Brooke, penanaman sagu dipergiatkan lagi.
§ Syarikat
Borneo membuka kilang di Mukah dan memberi wang pendahuluan kepada
pekebun-pekebun kecil untuk menanam sagu. Pada tahun 1880-an, Sarawak
mengeluarkan separuh daripada jumlah pengeluaran sagu di dunia dan orang Cina
menguasai perusahaan sagu menjelang abad ke-20.
Kegiatan Perlombongan
§ Pentadbiran
keluarga Brooke mempergiatkan lagi kegiatan perlombongan emas, antimoni, dan
minyak di Sarawak.
1.
Emas
§ Emas
diusahakan oleh pelombong Cina di Bau.
§ Apabila
orang Cina melarikan diri ke Sambas, kerana membantah pengenalan cukai,
perlombongan emas diambil alih oleh Syarikat Borneo.
2.
Antimoni
§ Syarikat
Borneo mendapat monopoli melombong antimoni daripada keluarga Brooke. Antimoni
dilombong di Bau dan Kuching. Perusahaan antimoni menambahkan sumber pendapatan
negeri Sarawak.
§ Antara tahun
1870 – 1916, eksport antimoni bernilai hampir dua juta dollar.
3.
Minyak
§ Pentadbiran
keluarga Brooke memberi konsesi kepada The Anglo Saxon Oil Company untuk
menjalankan kegiatan perlombongan minyak di Sarawak. Pada tahun 1882, telaga
minyak yang pertama digali di Miri. Pada tahun 1909 pula, usaha mencari gali
minyak ditawarkan kepada Sarawak Oil Company dan anak syarikat iaitu Syarikat
Royal Dutch Shell untuk dieksport.
§ Kilang
menapis minyak didirikan di Lutong pada tahun 1917.
Penutup
§ Sebab
perkembangan ekonomi di Sarawak ialah perkembangan dalam pertanian perdagangan
iaitu lada hitam dan gambir, getah, kayu balak, dan sagu.
§ Seterusnya
ialah kegiatan perlombongan emas, antimoni dan minyak.
Soalan 58: Jelaskan perubahan sistem pendidikan
di negeri-negeri melayu pada abad ke-19 hingga ke-20
Pendahuluan
§ Secara
amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebagsaan ditanah melayu semasa
penjajahan british. Dasar british yang
kurang memberi perhatian kepada bidang pendidikan telah membawa kepada
pengenalan sistem pendidikan vernakular.
§ Lima aliran
sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan british, iaitu sekolah agama
islam, sekolah vernakular melayu, cina, tamil, dan aliran inggeris.
Isi-isi penting
1.
Sekolah
agama islam
§ Sebelum
penjajahan british, kanak-kanak melayu mendapat pendidikan di surau, masjid,
dan sekolah pondok. Kurikulumnya ialah
membaca dan memahami al-quran, mempelajari bahasa arab, hukum-hukum agama serta
kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selepas penjajahan british, sistem
pendidikan pondok atau madrasah menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih
teratur
§ Ciri-ciri
pendidikan madrasah adalah Berdasarkan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan,
Dilaksanakan secara kelas mengikut tahap, Tahap pengajian ialah tahap
permulaan, pertengahan, dan pengkhususan dan Mudir atau guru besar
bertanggungjawab mengawasi perjalanan sistem madrasah
2.
Sekolah
vernakular melayu
§ Semasa
pentadbiran british, sekolah melayu didirikan untuk memberi pendidikan sekular
kepada anak-anak petani dan nelayan. Anak-anak melayu diajar menulis, membaca,
dan mengira serta sedikit ilmu geografi, seni pertukangan dan pekebunan.
Sekolah melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam
§ Pendidikan
vernakular melayu adalah rendah mutunya. Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas seperti membaca, menulis, dan
mempelajari asas kira-kira. Perkembangan sekolah melayu hanya terhad kepada
sekolah rendah sehingga darjah empat dan maktab perguruan
3.
Sekolah
vernakular cina
§ Pendidikan
cina di tanah melayu sehingga abad ke-20 adalah berasaskan pengetahuan klasik
confucius. Sekolah-sekolah cina menekankan kaedah pembelajaran secara
menghafal, mendeklamasi teks confucius atau klasik cina tanpa memahami
maknanya, penggunaan sempoa adalah penting
§ Sekolah cina
menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar. Guru, sukatan
pelajaran dan buku dibawa dari negara cina
4.
Sekolah
vernakular tamil
§ Pendidikan
tamil secara formal di tanah melayu dimulakan oleh orang perseorangan dan
pertubuhan masyarakat india. Perkembangan sekolah vernakular tamildi pengaruhi
oleh perkembangan ekonomi di tanah melayu, orang india berhijrah secara
beramai-ramai untuk bekerja di ladang kopi, tebu, kelapa dan getah.
Sekolah-sokolah tamil didirikan dikawasan ladang di seberang perai, pulau pinang dan johor
§ Bahasa
pengantar digunakan ialah bahasa tamil dan kadangkala bahasa telegu, malayalam,
punjabi atau hindi
5.
Sekolah
aliran inggeris
§ Sekolah
inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di tanah melayu. Sekolah-sekolah
ini diusahakan oleh mubaligh kristian dan badan-badan awam
§ Sekolah
inggeris dibahagikan kepada sekolah perempuan dan sekolah lelaki. Kelas yang
lebih tinggi akan mengajar kemahiran pertukangan seperti pertukangan kayu,
membuat kasut dan pakaian.
Penutup
§ Kesan
daripada perubahan sistem pendidikan, wujud perbezaan politik, ekonomi dan
sosial sehingga perpaduan kaum terhalang. Setiap kaum terpisah mengikut
kebudayaan masing-masing. Tiada wujud satu bahasa kebangsaan yang boleh
menyatukan semua kaum
Soalan 59: Jelaskan perubahan sistem
pendidikan di Sabah pada abad ke-19 hingga abad ke-20
Pendahuluan:
§ Sebelum
tahun 1963, perkembangan system pendidkan di Sabah tidak begitu maju jika
dibandingkan dengan negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini deisebabkan oleh
dasar pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang tidak memberi
keutamaan kepada perkembengan pendidikan di negeri itu.
Isi-isi penting:
Sekolah Mubaligh
Kristian
§ Percubaan
awal dilakukan oleh Gabenor W.H Treacher
dengan mendirikan sekolah agama, tetapi gagal kerana tidak mendapat
sokongan daripada penduduk yang beragama Islam. Mereka mencurigai tujuan W.H
Treacher. Sekolah pertama yang telah didirikan di negeri Sabah pada awal abad
ke-19 terletak di daerah Sandakan, yang telah ditubuhkan oleh mubaligh Roman
Katolik dan dinamakan sebagai Institut Bryon.
§ Namun
apabila sebuah Jabatan Pelajaran dibentuk , nazir-nazir telah ditempatkan di
kawasan-kawasan pantai timur dan barat Sabah bagi mengawasi perkembangan
sekolah persendirian oleh golongan mubaligh Kristian dan masyarakat Cina.
Sekolah Melayu
§ Sekolah Melayu Kota Kinabalu telah
didirikan pada tahun 1915 bertujuan untuk melatih anak-anak Ketua Anak Negeri.
Penekanannya lebih kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dan al-Quran. Sekolah
Melayu yang pertama ditubuhkan di Kota Belud pada tahun 1921. Pada tahun 1930,
hanya terdapat 10 buah sekolah Melayu bagi menampung 400 orang murid.
§ Sekolah
Melayu di Sabah sama dengan sekolah Melayu di Tanah Melayu yang memberi
penekanan kepada latihan jasmani, berkebun, Bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar,mata pelajaran Ilmu Hisab dan Kesihatan. Sekolah Melayu hanya pada
peringkat rendah sahaja.
Sekolah Inggeris
§ Sekolah
Inggeris lebih tinggi mutunya jika dibandingkan dengan sekolah lain. Pada tahun
1933, murid dari sekolah Inggeris boleh menduduki peperiksaan Junior dan Senior Cambridge serta berpeluang menjadi
kakitangan kerajaan kolonial.
§ Semua
sekolah berkembang secara berasingan dan tidak dibiayai oleh SBUB. SBUB hanya
menyediakan pendidikan di peringkat rendah sahaja. Ini disebabkan SBUB
menghadapi masalah kewangan dan menganggap bidang pendidikan tidak mendatangkan
keuntungan.
Maktab Perguruan dan
Laporan Woodhead 1953
§ Bagi
menampung keperluan tenaga pengajar untuk sistem pendidikan di negeri Sabah,
Maktab Perguruan Kent, Tuaran telah ditubuhkan pada tahun 1952. Maktab ini
telah melatih lebih ramai guru sebelum ditempatkan ke sekolah-sekolah sekitar
Sabah.
§ Laporan
Woodhead pula merupakan satu laporan bagi mencadangkan beberapa perkara khusus
mengenai sistem pendidikan di Sabah temasuklah Peruntukan Kewangan; Langkah
meningkatkan mutu pendidikan sekolah rendah, menengah, vokasional dan dewasa;
dan Sistem pendidikan baharu diwujudkan di Sabahdan kerajaan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan sistem persekolahan.
Penutup
§ Dasar
Pentadbiran British di negeri Sabah sememangnya membawa perubahan dalam sistem
pendidikan masyarakat pribumi. Akhirnya, pada tahun 1956 Lembaga Pelajaran
ditubuhkan, dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan dengan tujuan
mengangkat martabat pendidikan di negeri Sabah agar menjadi satu sistem yang
lebih sistematik dan teratur.
Soalan 60: Bincangkan perubahan sistem
pendidikan di Sarawak pada abad ke 19 hingga abad ke 20
Pendahuluan
§ Masyarakat
tempatan dan bumiputera mempunyai sisitem pendidikan sendiri sebelum kedatangan
british iaitu berbentuk formal dan tidak formal.Sebelum kedatangan British,
masyarakat tempatan sudah mempunyai kesedaran tentang pentingnya pendidikan
untuk anak-anak mereka walaupun berorentasikan pengajian agama islam. Sistem
pendidikan zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar
anak-anak mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda
masing-masing. Sukatan pelajaran dan
kurikulum juga tidak seragam.
§ Sistem
pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik dan tidak terbuka kepada setiap
orang.Pendidikan inggeris hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai
saluran untuk melatih mereka menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas
tamat pengajian.
Isi-isi Penting
1. Dasar
pendidikan Brooke tidak banyak mengubah masyarakat tempatan Sarawak. Brooke
enggan mengubah gaya hidup masyarakat tempatan khasnya orang iban melalui
sistem pendidikan barat. Namun, Brooke
tidak menghalang para mubaligh menjalankan usaha menyebarkan pendidikan.
2. Atas desakan
untuk memenuhi kekurangna yang besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku
penolong pengarah pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir
sekolah-sekolah vernakular Melayu.Beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah
maktab bagi melatih guru-guru melayu di Tanjung Malim, Perak. Dengan ini,
lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) pada tahun 1992.
3. Sungguhpun
penubuhan MPSI dikatakan satu peristiwa yang bersejarah dalam pendidikan melayu,
namun bidang pelajarannya masih sempit.Kerajaan British masih tetap degna dasar
ingin mengekalkan status quo orang melayu. Dasar yang dipegang oleh pentadbir
British adalah semata-mata untuk mengeluarkan petani dan nelayan melayu yang
tahu menulis dan membaca.Menurut Tan Din Eing “...perhatian yang lebih berat
diberikan supaya tiada orang Melayu keluardari Kampung-kampungya untuk mendapat
pekerjaan.”
4. Pendidikan
vernakular melayu adalah rendah mutunya.Tumpuan diberi hanya kepada asas-asas
seperti membaca,menulis,dan mempelajari asas kira-kira.Antara tahun
1914-1940,tidak terdapat sekolah menengah aliran melayu di Tanah
Melayu.Perkembangan sekolah Melayu hanya terhad kepada sekolah rendah sehingga
darjah empat dan maktab perguruan sahaja.
5. Selepas
tahun 1950-an perkembangan pendidikan di Sarawak semakin bertambah baik
terutama setelah laporan woodhead 1955 memperakuhkan beberapa cadangan untuk
memperbaiki sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak.
6. Hasil
laporan itu, sistem persekolahan di Sabah dan Sarawak diperkemaskan dengan
penubuhan lembaga pelajaran pada tahun 1956.
Lembaga ini dianggotai oleh orang awam bagi mewakili kaum masing-masing
dengan setiausaha majlis tempatan dilantik menjadi pengerusi dan pengarah pelajaran
sebagai ahli.
Penutup
§ Sistem pendidikan
zaman penjajah lebih bersifat terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak
mereka belajar di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum juga tidak
seragam.
§ Sistem
pendidikan aliran inggeris dianggap terbaik tidak terbuka kepada setiap orang
pendidikan inggeris. Pendidikan inggeris
hanya dikhaskan pada golongan bangsawan sebagai saluran untuk melatih mereka
menceburi diri ke dalam perkhidmatan awam selepas tamat pengajian.
Soalan 61: Bincangkan usaha British terhadap
sistem pendidikan sebelum merdeka pada tahun 1946-1957 dan Dasar pendidikan
negara selepas merdeka selepas 1957.
Pendahuluan :
§ Secara
amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah Melayu semasa
penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi perhatian kepada bidang
pendidikan telah membawa kepada pengenalan sistem pendidikan vernakular.
§ Lima aliran
sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British, iaitu sekolah agama
islam, sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan aliran inggeris. Selepas
Perang Dunia Kedua, kerajaan British telah berusaha untuk memperbaiki sistem
pendidikan di negara ini.
Isi-isi penting :
Usaha Pendidikan British sebelum merdeka
1.
Rancangan
Cheeseman
§ Bertujuan
menyusun semula dasar pendidikan di bawah Malayan Union. Syor yang dicadangkan ialah pendidikan percuma
di peringkat rendah, pengajaran bahasa inggeris di semua sekolah rendah dan
penubuhan dua jenis sekolah.
§ Tidak dapat
dilaksanakan disebabkan Jabatan Pelajaran terlalu sibuk dengan kerja membaiki
sekolah-sekolah yang rosak akibat peperangan. Pada tahun 1949, satu Jawatankuasa Pusat
Penasihat Pelajaran telah ditugaskan untuk mengkaji semula dasar pendidikan di
bawah kerajaan Persekutuan. Namun cadangan ditolak oleh Majlis Perundangan
Persekutuan.
2.
Laporan
Barnes
§ Jawatankuasa
Barnes ditubuhkan untuk mengkaji semula masalah pendidikan di sekolah
vernakular melayu. Mencadangkan rombakan semula semua sistem persekolahan
termasuk sekolah melayu.
§ Syor yang
dicadangkan ialah sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum
hendaklah dimansuhkan dan digantikan dengan satu sistem persekolahan yang
dinamakan sekolah kebangsaan., pendidikan percuma untuk semua sekolah
kebangsaan., sekolah rendah diberi sokongan kewangan dan bahasa melayu menjadi
bahasa penghantar pada peringkat sekolah rendah dan bahasa inggeris akan
menjadi bahasa penghantar di sekolah menengah.
3.
Laporan
Fenn-Wu
§ Ditubuhkan
untuk mengkaji sistem pendidikan vernakular cina dan diketuai oleh dua orang
pakar pendidikan cina iaitu Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh Yao.
§ Syor yang
dicadangkan ialah bahasa Melayu, Cina, dan Tamil dikekalkan sebagai bahasa
penghantar, pelajar-pelajar dari semua kaum digalakkan mempelajari semua
bahasa, sekolah cina dikekalkan tetapi sukatan pelajarannya hendaklah
berorentasikan kepada keadaan dan sejarah tempatan dan kerajaan patut
menambahkan bantuan kewangan untuk pentadbiran sekolah cina.
4.
Ordinan
Pelajaran 1952
§ Oleh sebab
perbezaan pandangan antara Laporan Barnes dengan laporan Fenn-Wu, satu
jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan-cadangan mereka. Laporan
jawatankuasa khas telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952.
§ Cadangannya
ialah dua sistem persekolahan yang menggunakan bahasa inggeris dan bahasa
melayu sebagai bahasa penghantar bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar
sekiranya terdapat permintaan, pendidikan vokasional diperluaskan di peringkat
sekolah menengah dan bahasa melayu dan bahasa inggeris diajar di peringkat
sekolah rendah selama enam tahun. Tidak dapat dijalankan kerana mendapat
tentangan daripada masyarakat cina dan india, kekurangan kewangaan dan ancaman
komunis ketika itu.
5.
Penyata
Razak 1956
§ 1955,
kerajaan persekutuan telah melantik Tun Abdul Razak untuk mempengerusikan
sebuah jawatankuasa pelajaran. Ditugaskan mengkaji semula sistem pendidikan di
tanah melayu. Tugas jawatankuasa Razak ialah membentuk satu sistem pendidikan
kebangsaan bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang kaum,
menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar, manjaga perkembangan bahasa
dan kebudayaan kaum-kaum lain, mengkaji Ordinan Pelajaran 1956 dan membuat
pindaan jika perlu.
§ Cadangan
diluluskan dikenali Penyata Razak. Cadangan penyata Razak ialah penubuhan
sekolah umum (rendah) yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum (rendah)
yang menggunakan bahasa inggeris, cina, dan tamil sebagai bahasa penghantar. Sekolah
menengah melayu menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah
menengah inggeris menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar. Bahasa
melayu dan bahasa inggeris wajib diajar di semua sekolah.
§ Dua elemen
yang dapat memupuk semangat perpaduan negara, iaitu sistem persekolahan yang
sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Penyata
Razak dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Dasar Pendidikan selepas merdeka
1)
Akta
Pelajaran 1961
§ Semua syor
dalam Laporan Rahman Talib digubal dan diterima sebagai Akta Pelajaran 1961.
System pendidikan aneka jurusan ditubuhkan pada 1965 bg sekolah menengah rendah
menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.
2) Jawatankuasa
cabinet mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979
§ 1974,
kerajaan persekutuan telah menubuhkan jawatankuasa cabinet yang telah
dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana MEnteri ketika itu,
Dr.Mahathir Mohammad.
§ Laporan ini
bertujuan untuk mengkaji semula Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya selaras
dengan keperluan semasa Negara dengan mempertimbangkan pelbagai aspek spt
keperluan tenaga kerja, pembangunan Negara dan identity kebangsaan.
3)
Akta
Pendidikan 1996
§ Diperkenalkan
oleh YDPA setelah diluluskan Parlimen pd 15 Julai 1996. Diwartakan 1 Ogos 1996
dan dikuatkuasakan 31 disembe 1997. Konsep system pendidikan kebangsaan
dimantapkan dgn melipti semua peringkat persekolahan dari pra sekolah hingga
peringkat pengajian tinggi serta meliputi semua jenis sekolah. Memperlihatkan
secara jelas halatuju dan wawasan pendidikan Negara Malaysia. ini berdasarkan
hasrat pemimpin Negara yang ingin menjadikan pendidikan sebagai asas
pembangunan daripada pelbagai aspek
§ Dengan
adanya akta ini, sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti utk mencapai aspirasi Negara
seperti yang termaktub dalam Wawasan
2020 dan semangat 1Malaysia.
Penutup :
§ Usaha
British terhadap sistem pendidikan sebelum merdeka telah membawa banyak
perubahan kepada sistem pendidikan di negara kita.
Soalan 62: Bincangkan
faktor-faktor yang mempengaruhi dasar pendidikan Negara sebelum merdeka.
Pengenalan.
§ Dasar
pendidikan Negara sebelum merdeka adalah bercorak vernacular iaitu pengasingan
pelajar mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan 5 jenis sistem
persekolahan yg ternyata berbeza antara satu sama lain. Jenis2 sekolah tersebut
ialah sekolah Inggeris, sek Melayu sek Agama, sek Cina dan Sek Tamil.
Pengenalan kepada isiten persekolahan yg berbeza antara kaum mempunyai kaitan
dengan dasar pecah dan perintah yg diamalkan oleh pemerintah Inggeris di Tanah
Melayu.
Isi-isi
penting:
1.
Pengkhususan Kaum Dalam Satu Sekolah.
§ Tiap-tiap
sekolah adalah khusus utk satu-satu kaum yg tertentu shj. Ini menyebabkan anak2
Melayu, Cina dan India sukar utk bergaul antara satu sama lain. Kesempatan utuk
bergaul bg ketiga-tiga kaum ini hanya terdapat di sekolah inggeris yg terletak
di bandar sahaja. Pendidikan tradisional org Melayu, pendidikan agama dan
al-Quoran dilakukan di surau, rumah Tok Guru atau pondok. Ini tidak
memungkinkan bangsa lain utk turut serta.
§ Sementara
pendidikan org Cina pada peringkat awal diasaskan oleh individu perseorangan atau
kelompok berteraskan kpd kaum. Gurunya tidak terlatih dan mengajar secara
sambilan berdasrka buku2 teks klasik dari China. Org India tidak dihiraukan
pendidikannya hanya pd 1816 bhgn sek Tamil, Penang Free Scholl ditubuhkan. Pd
1923 Akta Buruh diperkenalkan iaitu mewajibkan setiap estet mengadakan sek
Tamil dan pengurusannya diserah kpd pihak lading.
2.
Tiada Bahasa Penghantar Tunggal
§ Tidak ada
dasar mengenai bahsa penghantarnyg tungal. Sek Inggeris menggunakan BI dan Sek
Melayu menggunakan BM dan sek Cina menggunakan bhs Cina dan sek Tamil
menggunakan bhs Tamil. Oleh yg demikian kominikasi menjadi sukar disebabkab
tiada medium yg sesuai utk menyatukan mereka.
3.
Perbezaan Kawasan tempat tinggal.
§ Kebanyakkan
sek Melayu didirikan di desa2 sesuai dgn dasar British yg mahu mengekalkan org
Melayu di kg2. Sek Cina pula di kawasan perlombongan misalnya di Perak sek Cina
terdapat di Kinta Larut. Di Selangor byk terdapat di Klang dan Kanching. Di
Negeri Sembilan terdapat di Lukut.
§ Sementara di
sekolah Tamil di tubuh di kawasan ladang yg dibiayai oleh pengurus ladang.
4.
Tiada Keseragaman Kurikulum
§ Kurikulum
bagi sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Sek2 ini masing2 mempunyai
kurikulumnya sendiri. Sek Inggeris
menggunakan sukatan yg digunakan sekolah2 di Britain. Guru2 yg mengajar di
sekolah ini di bawa dr sana. Begitu juga dengan
buku2 teks.
§ Sek Melayu
pula hanya terhad kepada peringkat rendah shj iaitu meliputi kemahiran membaca
dan menulis dan mengira. Selain itu pelajar juga diajar sedikit ilmu Geografi
perkebunan dan pertukangan. Sek Cina dan Tamil menggunakan kurikulum yg sama
dengan yg diajar di Cina dan India. Guru2 didatangkan dr neg mrk.Menggunakan
bhs ibunda sbg bhs pengantar. Lepasan sek Cina masih mempuyai kedudukan yg baik
krn mrk diserapkan kedlm sektor ekonomi yg dipunyai pengusaha Cina di tanah
Melayu. Sementara lulusan India hanya berpeluang meneruskan kerjaya diestet
atau sekiranya mampu membayar yuran yg tinggi boleh meneruskan pemgajian sek
Inggeris di bandar.
Kesimpulan.
§ Dasar
pendidikan yg diperkenalkan oleh Inggeris sebelum merdeka telah menyebabkan
perbezaan ras yg begitu ketara di Tanah Melayu pd masa itu. Bagi Inggeris
sistem pesekolahan begini sengaja dilakukan bagi mengasingkan pelbagai kaum
sebagai strategi utk mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mrk di Tanah
Melayu. Dengan cara ini kaum2 di Tanah Melayu khususnya org Melayu tidak
mempunyai asas dan kekuatan bagi menetang Inggeris.
Soalan 63: Bincangkan sistem pendidikan di
Tanah Melayu selepas merdeka dari tahun 1961-1996
Pengenalan
§ Sistem
pendidikan zaman penjajah lebih bersifat
terpisah dengan setiap kaum menghantar anak-anak mereka belajar di
sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan
kurikulum juga tidak seragam
§ Dianggap
terbaik dan terbuka kepada semua orang. British juga mengasingkan penubuhan
sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing.
Isi-isi Penting:
Sistem Pendidikan
1.
Pendidikan
Melayu
§ Penang Free
School dibuka 1815 dan beberapa sekolah lagi dibuka oleh persatuan Mubaligh Kristian.
1856, dua buah sekoalh dibuka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung
Gelam. Pada mulanya sambutan ibu bapa terhadap sekolah melayu tidak begitu
menggalakkan, tetapi setelah pengajian al-Quran disediakan, ibu bapa mula
membenarkan anak mereka bersekolah di sekoalh itu.
§ Apabila
orang Melayu menyedari kepentingan pendidikan, lebih banyak sekolah melayu
didirikan. Pendidikan melayu zaman penjajah tidak bertujuan menyediakan
kanak-kanak melayu supaya dapat perbaiki tartaf hidup yang sedia ada atau
membolehkan mereka menyertai sector ekonomi moden.
Maktab Latihan Perguruan
§ Usaha member
latihan kepada guru sekolah melayu dibuat pd 1878 melalui sebuah pusat latihan
di Telok Belanga.. namun usaha ini tidak berjaya kerana gaji guru terlalu
rendah menyebabkan tidak ramai orang berminat utk kekal menjadi guru.. walaupun
maktab ini tidak melashirkan ramai guru pelatih tetapi penubuhannya memulakan
satu tradisi latihan kebangsaan perguruan di Tanah Melayu.
Pengajian Tinggi
§ Penubuhan
Maktab Perubatan King Edward VII pd 1905 menandakan bermulanya pengajian tinggi
di Tanah Melayu. 1949, maktad tersebut digabung dengan Raffles College utk
menjadi UM di Singapura.
§ Bagi bidang
teknikal, Sekolah Teknik dibuka di KL utk melatih pembantu teknik dalam Jabatan
Ukur, Jabatan Kereta Api dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, Maktab Pertanian
didirikan di Serdang Selangor dan setelah dinaik taraf kini dikenali sbg UPM.
2.
Pendidikan
Cina
§ Penubuhan
sekolah cina menandakan keinginan orang cina utk bermastautin secara tetap.
Sekolah-sekolah cina lebih tertumpu di kawasan Bandar sekitar kawasan
perlombongan dan pelabuhan spt Singapura, Melaka dan Perak.
§ Pada 1920,
terdapat 494 buah sekolah cina di Tanah Melayu.
Peringkat Pengajian Kurikulum dan Perkembangan.
§ Orang cina memastikan
sekoalh yang ditubuhkan di TM sama coraknya dgn yg terdapat di China. Sekolah
cina menjadi pusat penyebaran ideology yg bercanggah antara pihak Koumintang
dan Komunis.
§ 1902,
peraturan mewajibkan semua sekolah cina didaftarkan. Ini bertujuan mengawal
perkembangan sekolah cina di TM. Jabatan
Penolong pengarah cina juga ditubuhkan utk mengawasi sekolah cina.
3.
Pendidikan
Tamil
§ Pada tahun
1923, British memperkenalkan peraturan yg mewajibkan majikan mendirikan sebuah
sekolah di setiap ladang getah yg mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yg
berumur 10-12 tahun.
§ Seelepas
1920-an semakin banyak sekolah tamil didirikan di TM. 1932, British mula memberi bantuan kewangan kpd
sekolah tamil.
Peringkat pengajian dan Kurikulum
§ Bahan bacaan
dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India dan tidak ada matapelajaran BM
mahupun BI. Ketiadaan kemahiran bahasa menyebabkan kesukaran utk melanjutkan pelajaran ke aliran sekolah lain.
§ Pihak
majikan menyediakan menyediakan kemudahan pendidikan hanya bagi mematuhi arahan
kerajaan dan selepas itu sekolah tamil di lading hanya bertujuan utk membasmi
buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
4.
Pendidikan
Inggeris
§ Dibiayai
melalui pungutan yuran dan derma drpd badan persendirian dan orang ramai.
Tertumpu di Bandar-bandar seperti di Perak dimana sekolah aliran Inggeris
dibuka di kawasan perlombongan utama seperti Taiping dan Ipoh.
§ 1930-an
anak-anak melayu mula dibenarkan bersekolah di sekolah Inggeris dan mereka
perlu belajar selama 2 tahun sebelum memasuki tahun 4 di sekolah Inggeris.
Peringkat Pengajian
§ Kurikulum
dibentuk dgn memberi tumpuan kepada pelajaran akademik. Dalam sesetengah
matapelajaran, murid-murid hanya didedahkan sejarah keagungan British spt
peperangan dan sejarah Eropah. Mereka tidak mempelajari perkara berkaitan
masyarakat tempatan.
5.
Sekolah
Agama Madrasah
§ Kaum Muda
berusaha menubuhkan sekolah agama bagi menyaingi sekolah aliran melayu dan
inggeris. Madras ad pertama ditubuhkan ialah madrasah al-Iqbal di Singapura
tetapi kurang mendapat sambutan. Keseragaman dari segi sukatan dan sistem
pendbiran juga tidak ada. Kekurangan ini menyebabkan sekolah madrasah tidak
menepati kehendak moden.
Penutup
§ Terdapat
pelbagai pembaharuan yang dilakukan oleh pihak British terhadap pendidikan di
TM terutamanya di sekolah-sekolah Melayu,, Inggeris, Cina dan Tamil.
banyak bagus!!!!!!!NATO!!!!!!
BalasPadamok
Padamdapat download kah semua nota sem 3
BalasPadamboleh awak
Padam