1.3 Sistem Ekonomi
Soalan 115: Jelaskan konsep dan ciri-ciri
ekonomi tradisional di Vietnam dan Indonesia pada abad ke-19 M.
Pendahuluan
§ Corak
ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem
ekonomi sara diri yang menjadikan pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem
ekonomi tradisional yang diamalkan di Vietnam dan Indonesia menunjukkan
kebergantungan yang kuat antara pemerintah dan yang diperintah.
§ Bersifat
kecil-kecilan dan hanya untuk menampung keperluan sekeluarga sahaja.
Isi-isi penting
Ciri-ciri ekonomi
Vietnam
1. Menjalankan
pertanian sara diri
§ Sara diri,
hanya untuk menampung keperluan bekalan makanan keluarga mereka sahaja. Tanaman
utama adalah sawah padi juga tanaman yang lain seperti ubi keledek, jagung,
kekacang, dan buah-buahan.
§ Hasil yang
lebih ditukar kepada barang keperluan yang lain.
2. Teknologi
pertanian yang lama digunakan
§ Petani
bergantung kepada sistem parit dan tali air untuk mengawal banjir dari Sungai
Song Koi dan lebihan air dari delta digunakan untuk mengairi kawasan kering.
Sistem tali air membolehkan petani untuk menanam padi dua kali setahun di
kawasan Delta Sungai Song Koi manakala keadaan berbeza di Delta Mekong akibat taburan hujan yang kurang menyebabkan
petani hanya menanam padi setahun sekali.
§ Teknik
kawalan air dan penggunaan sistem roda yang dikendalikan oleh binatang yang
diambil dari China.
3. Tanah
dikuasai oleh Tuan Tanah yang kaya
§ Petani kekal
miskin kerana Tuan Tanah MENGUASAI kegiatan pertanian dan hasil pertanian
dikuasai oleh Tuan Tanah. Petani yang menyewa tanah ditindas oleh Tuan Tanah
mereka.
§ Hasil
pengeluaran setiap kampung terhad untuk keperluan sendiri. Selain aktiviti
pertanian, penduduk mengusahakan tembikar, tenunan, menganyam dan bertukang.
Indonesia
1. Bersifat
sara diri
§ Kegiatan
sara diri seperti pertanian, merupakan kegiatan utama di Indonesia. Selain itu,
perikanan, memungut hasil hutan, berburu, perlombongan, dan perdagangan secara
kecil-kecilan turut dijalankan. Terhad dan untuk keperluan keluarga sahaja.
§ Lebihan
hasil akan ditukarkan untuk mendapatkan keperluan asas yang lain.
2. Menggunakan
peralatan yang mudah dan tradisional
§ Aktiviti sara
diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti cangkul, bajak dan tenggala
yang ditarik oleh kerbau atau lembu untuk membajak tanah. Hasil yang diperoleh
amat sedikit dan hanya mampu menampung keperluan keluarga.
§ Penanaman
padi secara tradisional yang dijalankan Pulau Jawa (Karawang dan Cianjur),
Bali, Madura, dan Sulawesi.
3. Hasil hanya
mencukupi untuk keperluan sendiri
§ Padi Bukit
dan Padi Sawah ditanam secara kecil-kecilan. Tidak mendapat pulangan yang
banyak kerana tidak menggalakkan kegiatan secara besar-besaran.
§ Penggunaan
alat yang mudah dan ringkas seperti tajak, cangkul dan sebagainya.Buruh terdiri
daripada ahli keluarga sahaja.
Penutup
§
Negara Vietnam dan Indonesia mempunyai sedikit persamaan.
§ Ekonomi sara
diri hanya bersifat kecil-kecilan dan tidak menggalakkan aktiviti secara
besar-besaran. Bersifat terbatas dan mempunyai terhad.
Soalan 116: Jelaskan ciri-ciri ekonomi komersial di Vietnam dan Indonesia
pada abad ke-19
Pendahuluan
§ Ekonomi
komersial mementingkan keuntungan dan pengumpulan harta melalui proses
penukaran barangan dan pengumpulan harta melalui proses penukaran barangan atau
jual beli serta melibatkan pembayaran. Penglibatan masyarakat tempatan dalan
kegiatan ekonomi bercorak komersial dikatakan telah pun bermula sejal abad
ke-15, namun kegiatan ekonomi komersial sejak kemunculan Melaka sebagai pusat
perdangan dan beberapa buah bandar pelabuhan yang lain.
§ Pelbagai
jenis ekonomi komersial diperkenalkan seperti peneneman padi, kopi, dan buah
pala, perlombongaan bijih timah dan arang batu serta aktiviti pembalakan dengan
megetepikan tanaman tradisional seperti penanaman padi.
Isi-isi Penting:
Konsep Ekonomi Komersial
Isi-isi Penting:
Kegiatan Pertanian
Dijalankan secara Besar-besaran.
§ Vietnam
menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran terutama tanaman komersial
seperrti padi dan getah. Dalam penanaman padi, Vietnam menghasilkan ¼ daripada
pengeluaran beras dunia.
§ Kawasan
penanaman padi yang utama di kawasan Delta Sungai Merah (song-koi) dan Delta
Mekong di selatan. Dalam pengeluaran getah pula, Vietnam merupakan pengeluran
ketiga terbesar getah dunia.
Sistem Pengairan yang
Baik
§ Kegiatan
penanaman padi secara komersial dapat dilaksanakan kerana wujudnya sistem
pengairan yang baik. Petani menggunakan teknologi pengairan yang dibawa oleh
orang cina ke vietnam. Selain itu, sistem kawalan air yang baik melalui
pembinaan benteng. Sistem ini telah berjaya menghalang limpahan air hujan dari
sungai song-koi ke kawasan pertanian.
§ Oleh itu,
kegiatan penanaman dapat dijalankan secara meluas seperti di wilayah Tonkin dan
Annam. Penanaman padi dua kali setahun juga dapat dijalankan dengan adanya
pengaiaran yang baik. Contahnya seperti di wilayah Tonkin.
Pelabuhan Modal yang
Banyak.
§ Kegiatan
pertanian secara komersial dibantu oleh keupayaan modal yang banyak. Saudagar
Cina dan Eropah menguasai kegiatan mengeksoprt beras kerana golongan ini
menguasai sebahagian besar tanah untuk diusahakan secara ladang.
§ Petani
Vietnam yang berkerja untuk golongan ini di sawah akan menanam jagung dan ubi
kayu sebagai tanaman makanan secara bergilir.
Ciri-ciri ekonomi komersial di Indonesia
Menanam Tanaman Eksport.
§ Bermula
apabila Belanda memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa pada tahun 1830. Petani
dipaksa menamansebahagian daripada tanahnya dengan tanaman eksport atas arahan
kerajaan dan memperolehi pendapatan daripada cukai tanah.
§ Hasil
tanaman eksport dikumpul dan diuruskan oleh pedagang-pedagang Belanda
menggunakan kapal milik Belanda dan dijual di pelabuhan-pelabuhan Belanda.
Pengenalan Sisten
Ekonomi Wang
§ Pengenalan
sisten ekonomi wang berlaku terutama kesan daripada perkembangan industri gula
di indonesia. Ini menggalakkan pelabur asing untuk membuka ladang bagi manaman
tanaman eksport
§ Penggunaan
wang sebagai upah kepada petani dan buruh yang bekerja oleh penguasa ladang
atau kilang telah menggalakkan perkembangan ekonomi kemersial di indonesia.
Penguasaan Ekonomi oleh
Penguasa Cina dan Eropah.
§ Belanda
membuat perjanjian kepada penguasa Cina dan Eropah untuk memungut hasil tanaman
bagi pihak Belanga dengan harga yang telah ditetapkan. Belanda telah memonopoli
tanaman kopi apabila mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda dengan
kadar yang telah ditetapkan.
§ Undang-undang
Pertanian De waal telah diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha
swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan mengikut perjanjian
jangka pendek dengan syarat-syarat tertentu.
Pengenalan Ekonomi
Pasaran Bebas atau Laissez-faire
§ Pengenalan
ekonomi pasaran bebas atau laissez-faire telah meggalakkan kemasukan pelabur
Barat ke Indonesia dengan membuka kilang dan ladang bagi tujuan komersial tanpa
campur tangan daripada kerajaan Belanda.
§ Belanda mendapatkan hasil daripada cukai dan duti
eksport yang dikenakan laissez-faire telah menyebabkan penguasaan
syarikat-syarikat Belanda di indonesia.
Penutup;
§ Corak
ekonomi masyarakat peribumi di Asia Tenggara pada abad ke-19 mengamalkan sistem
ekonomi sara diri yang menjadi pertanian sebagai kegiatan utama. Sistem ekonomi
komersial di vietnam dan Indonesia menentukan kejayaan rakyat dalam aspek
ekonomi.
izin kan saya menngunakan nya sebagai kerja tambahan saya
BalasPadamtq sir
BalasPadamAmpuni dosa says
BalasPadamsaya dah ampunkan dosa awak
BalasPadamtiber korang nie 😂😂
PadamHm
PadamSama sama
BalasPadamHai korang
BalasPadamLegend
BalasPadamTrima kasih info ny
BalasPadamTy
BalasPadamTy ;)
BalasPadamSaya ajuzul
BalasPadamByk manfaat tq sir alhamdulillah
BalasPadam