1.4 Kepemimpinan Nabi Muhammad SAW
Soalan 18: Huraikan ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad SAW
Pendahuluan
§ Keluarga
Nabi Muhammad s.a.w dikenali sebagai Bani Hasyim. Kewibawaan kepimpinan Bani
Hasyim dapat di lihat pada zaman Abdul Mutalib. Nabi Muhammad s.a.w berjaya
menyelesaikan masalah peletakan semula Hajar al-Aswad yang menjadi rebutan
dalam kalangan ketua-ketua kabilah di Makkah. Di Madinah, beliau dilantik
sebagai pemimpin tertinggi negara Islam dan sekali gus dapat membawa masyarakat
Islam Madinah meraih pelbagai kejayaan.
§ Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang terdapat pada diri baginda seperti
bercakap benar (siddiq), amanah,
menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana
(fatanah), berakhlak, lemah lembut, berbudi pekerti, penyabar, toleran,
berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat yang dianugerahkan kepada
baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
Isi-isi penting
1.
Bersikap Adil
§ Menyelesaikan
pertikaian mengenai perletakan Hajar al-Aswad. Membela atau menghapuskan
diskriminasi terhadap kaum wanita termasuk menghapuskan amalkan membunuh bayi perempuan.
§ Memperkenalkan
sistem ekonomi yang menghapuskan segala bentuk penindasan. Menghapuskan
semangat ‘asabiyyah’ dan amalan diskriminasi antara kabilah.
2.
Bersifat Berani
§ Mengetahui
setiap kali ekspedisi peperangan. Umpamanya,dalam Perang Badar,Perang
Uhud,Perang Khandak dan Perang Tabuk.
§ Menanamkan
semangat jihad dalam perjalanan Islam meskipun mempunyai bilangan tentera yang
sedikit berbanding dengan musuh.Contohnya ketika Perang Badar dan Perang
Khandak.
3.
Bijak
§ Bijak dalam
merencana Perlembagaan Madinah yang merangkumi semua aspek dan semua kaum.
§ Merencana
strategi peperangan bagi mengatasi ancaman musuh. Contohnya, menggunakan taktik
menguasai tempat strategik dalam Perang Badar dan strategi bertahan dalam
Perang Khandak.
4.
Berpandangan
jauh
§ Menerima
syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Hudaibiayah; bersetuju dengan
fasal menghantar semula orang-orang Makkah yang berhijrah tanpa kebenaran wali
mereka.
§ Tindakan
tersebut merupakan strategi dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
5.
Bersifat Tegas
§ Menjatuhkan
hukuman yang sewajarnya terhadap kaum Yahudi yang mengkhianati Piagam Madinah.
Bani Qainuqa’ diusir kerana
memperlekehkan kemenangan tentera Islam dalam Perang Badar dan bertindak
menjatuhkan maruah seorang wanita Islam.
§ Bani Nadhir
di usir kerana merancang membunuh Nabi Muhammad s.a.w. dan Bani Quraizah diusir
disebabkan bersekongkol dengan tentera Ahzab.
6.
Mahir
berpolitik ( bijak bersiasah )
§ Merencana
proses Hijrah; dimulai dengan memeterai perjanjian Aqabah I dan II bagi menanam
“benih” Islam di Madinah agar memudahkan baginda berhijrah kelak. Mengubal
Piagam Madinah; bersumberkan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak
bertentangan dengan syarak. 47 fasal yang terkandung dalam Piagam Madinah
dipersetujui oleh masyarakat tanpa mengira agama.
§ Mengasaskan
hubungan diplomatik dengan negara lain, bukan sahaja mengukuhkan negara Islam
bahkan melalui penghantaran utusan ia dapat menyebarkan agama Islam dengan
lebih luas sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Arab.
7.
Cekal dan Sabar
§ Meskipun
menghadapi cabaran hebat daripada kaum Quraisy di Makkah, baginda tetap tegar
mempertahankan akidah Islam walaupun menghadapi cabaran serta halangan sama ada
dalam bentuk fizikal, psikologi mahupun kewangan.
§ Tidak
berputus asa walaupun misi dakwah di Ta’if menemui kebuntuan. Kesabaran baginda
meninggalkan impak positif apabila wakil kaum Aus dan Khazraj menemui baginda
untuk menyatakan pengislaman, memeterai Perjanjian Aqabah dan menjemput baginda
berhijrah ke Madinah.
8.
Bertoleransi
§ Sedia
memaafkan golongan Quraisy yang selama ini mengkhianati pejuangan Islam.
Buktinya, tawanan Perang Badar tidak dijatuhkan hukuman bunuh, sebaiknya
baginda menetapkan supaya mengajar kanak-kanak Islam membaca dan menulis
sehingga pandai sebagai syarat untuk menebus diri.
§ Memperkenalkan
etika peperangan; bukan sekadar menggambarkan sikap tentera Islam yang
berdisiplin malah menolak tanggapan bahawa tentera Islam berperang berdasarkan
dendam dan mementingkan habuan dunia. Mengamalkan musyawarah dalam
pemerintahan; mengelak rasa tidak puas hati dalam kalangan warga Madinah.
Penutup
§ Nabi
Muhammad s.a.w dianggap oleh sejarahwan Islam sebagai negarawan yang unggul.
§ Dengan
kejayaan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin politik, pemimpin masyarakat,
perancang ekonomi, panglima tentera, ketua hakim yang adil, role model dalam
pembentukan institusi keluarga Islam, pemimpin agama dan penaung kegiatan
keilmuan.
Soalan 19: Nabi Muhammad bukan
sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang negarawan. Bincangkan.
Pendahuluan:
§
Nabi
Muhammad s.a.w b Abdullah telah dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan 20
April tahun gajah 570 Masihi. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17
Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610 Masihi. Dengan ini baginda secara rasmi telah
dilantik sebagai nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Kerasulan Baginda telah
tercatat dalam ayat al-Quran iaitu dalam surah al Muddathir ayat 1 hingga 7.
Baginda telah diseru agar berdakwah secara senyap dan secara terang-terangan.
§
Akibat
tentangan yang hebat oleh kaum Musyrikin Makkah baginda terpaksa berhijrah ke
Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang kuat dan disegani di
sana. Al-Quran menyifatkan nabi Muhammad
s.a.w. sebagai ‘Contoh Terbaik’atau Uswah Hasanah. Baginda mempunyai akhlak
sebagaimana akhlak yang diajar dalam al-Quran.
§
Sifat-sifat kenabian dan kerasulan yang
terdapat pada diri baginda seperti bercakap benar (siddiq), amanah, menyampaikan wahyu (tabligh), bijaksana (fatanah), berakhlak, lemah lembut, berbudi
pekerti, penyabar, toleran, berdikasi dan lain-lain. Akhir sekali, mukjizat
yang dianugerahkan kepada baginda. Contoh, mukjizat teragung ialah Al-Quran.
§
Baginda
bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang pemimpin negara dan
masyarakat. Pada awalnya beliau cuma terkenal sebagai nabi dan rasul namun
akhirnya baginda muncul sebagai panglima tentera dan pemimpin negara yang
disegani.
Isi-isi penting:
1. Sebagai Pemimpin Masyarakat dan
Negarawan
§
Baginda
terkenal sebagai seorang yang sangat amanah atau digelar al-Amin dalam kalangan
masyarakat Makkah. Sewaktu berada di
Madinah baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang
berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Kemudian baginda telah mempereratkan hubungan
persaudaran antara kaum Muhajirin dan Ansar.
Bagi mengekalkan perpaduan nabi Muhammad s.a.w menyeru semua kaum yang
terdapat di Madinah bersama-sama berganding bahu dan bertanggungjawab
mempertahankan Madinah daripada serangan musuh-musuh Islam. Perkara ini
terkandung dalam piagam Madinah yang menjelaskan tanggungjawab orang Islam dan
orang bukan Islam dalam mempertahankan Madinah.
§
Konsep
keadilan beliau dalam masyarakat terserlah dalam kes komplot kaum yahudi bani
Quraizah yang berkomplot dengan kaum Musyrikin Quraisy untuk menentang Islam. Dalam
kes ini beliau telah menyerahkannya kepada ketua-ketua suku iaitu Sa’d b.
Ubadah ketua kaum Khazraj dan Sa’d b. Mu’adh ketua suku Aus untuk menjalankan
siasatan. Setelah siasatan selesai nabi menyerahkan kuasa menjatuhkan hukuman
kepada Sa’d b. Mu’adh kerana beliau lebih arif tentang kedudukan bani Quraizah.
2. Sebagai Pemimpin Politik
§
Kepimpinan
politik Nabi Muhammad s.a.w. terserlah sejak beliau berada di Makkah lagi iaitu
ketika beliau menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya
di Kaabah. Kepimpinan politik beliau
juga tergambar diperingkat antarabangsa apabila baginda dianggap sebagai
seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar
negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran
Islam kepada mereka. Kesan daripada misi
diplomatik ini lah telah menyebabkan Negara-negara tersebut akhirnya telah
tunduk dibawah pemerintahan Islam.
§
Baginda
juga telah memperkenalkan sistem syura (musywarah). Sistem ini telah dilaksanakan di semua
peringkat pentadbiran dalam semua bidang. Sebagai contoh pengadilan terhadap tawanan
Yahudi bani Quraizah dilakukan secara sistem Syura. Lanjutan daripada ini lah suatu Majlis Syura
ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar b al- Khattab.
3. Sebagai Pemimpin dan Perancang
Ekonomi
§
Nabi
s.a.w telah memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi
zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat
aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan
kesenangan di dunia adalah diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba serta
menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya.
§
Baginda
sendiri telah berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Umpamanya
tanah-tanah yang terbiar telah diusahakan semula serta tanah-tanah yang
tergadai kepada kaum Yahudi berjaya ditebus semula dan dikerjakan.
§
Selain
itu, baginda juga berjaya menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli
aktiviti perdagangan terutamanya yang berkaitan dengan ekspedisi-ekspedisi
kafilah pedagang kaum Quraisy pada zaman itu.
4. Sebagai pemimpin Tentera
§
Nabi
Muhammad s.a.w telah mengetuai beberapa ekspedisi peperangan yang besar.
Kepimpinan beliau dalam bidang ketenteraan adalah berdasarkan akidah, syariat
dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah baginda dan para sahabatnya berkeyakinan
untuk menghadapi musuh walaupun jumlah tentera Islam lebih kecil berbanding
tentera musuh seperti dalam peperangan Badar.
§
Melalui
peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah, baginda dan para
sahabatnya bertindak mengikut batas-batas yang ditetapkan seperti tidak
memerangi golongan yang lemah dan orang yang tidak bersenjata, tidak
memusnahkan harta benda seperti bangunan rumah ibadat dan tanam-tanaman.
§
Dalam
perang di Hunayn dan Ta’if, baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang
baik dengan menggambarkan sifat perikemanusiaan dengan memulangkan semula harta
benda yang telah ditawan kepada pihak musuh. Tindakan baginda ini telah memikat
hati pihak musuh untuk memeluk agama Islam.
§
Baginda
juga seorang pemikir ketenteraan yang bijak dengan mengatur pelbagai strategi
peperangan yang berkesan dan membawa kejayaan kepada umat Islam. Antara perang
yang mengandungi strategi yang diatur oleh Baginda ialah dalam perang Badar,
Perang Uhud dan perang Khandak.
§
Sebagai
contoh dalam perang Khandak baginda telah menggunakan strategi bertahan dengan
menggali parit disekeliling dan strategi ini telah menyebabkan anggota musuh
mengaku kalah terhadap tentera Islam.
5. Sebagai Ketua hakim
§ Baginda
menjalankan kewajipan sebagai ketua hakim yang adil dan saksama. Baginda
menunjukkan beberapa etika yang perlu dipatuhi oleh mana-mana hakim. Contohnya,
keadilan yang dipaparkan oleh baginda ialah ketegasan tentang hokum memotong
tangan terhadap pencuri, walaupun pencuri itu ialah Fatimah r.a anak yang
paling disayang oleh baginda.
§ Tindakan
tegas baginda jelas apabila kaum Yahudi diusir dari bumi Madinah kerana
pengkhianatan yang dilakukan oleh mereka.
Kesimpulan
§ Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang
Nabi dan Rasul malahan baginda juga adalah sebagai pemimpin masyarakat,
negarawan, perancang ekonomi dan panglima angkatan tentera yang berjaya. Hal
ini menunjukkan agama Islam bukan sahaja mementingkan aspek akidah semata-mata
malahan merangkumi semua aspek kehidupan manusia.
§ Justeru itulah, baginda berjaya
membina tamadun Islam dan diwarisi pula pada zaman Khalifah dan zaman-zaman
seterusnya. Baginda juga telah menjadi contoh teladan yang terbaik kepada umat
manusia khususnya masyarakat yang beragama Islam
Soalan 20: Bincangkan kejayaan-kejayaan Nabi Muhammad SAW Madinah
Pendahuluan
§ Kepimpinan
Nabi Muhammad S.A.W telah terserlah sewaktu sewaktu baginda berada di Kota
Makkah atau lebih tepat sebelum baginda menerima wahyu sebagai Nabi dan Rasul.
§ Kepimpinan
baginda terserlah setelah berhijrah ke Madinah; diiktiraf sebagai pemimpin
tertinggi Negara Islam Madinah melalui penggubalan Piagam Madinah
.
Isi-isi Penting:
1. Mendirikan
Negara Islam dan menggubal Piagam Madinah; simbol Negara Islam yang berdaulat
dan menjadi asaqs perundangan Negara.
2. Melaksanakan
amalan Syura bagi mencerminkan sikap toleransi baginda dan mendapat kerjasama
daripada warga Madinah.
3. Menghapuskan
semangat ‘asabiyyah’ dilakukan melalui penerapan semangat
persaudaraan, contohnya, kaum Aus dan Khazraj dipersaudarakan atas dasar
akidah.
4. Memperkenalkan
sistem ekonomi Islam; menghapuskan
eksploitasi kaum Yahudi serta memperkenalkan sistem ekonomi yang adil.
5. Membentuk
angkatan tentera; meniup semangat jihad bagi mempertahankan kesucian agama
Islam, mempertahankan Negara dan maruah diri.
6. Menyingkirkan
kaum Yahudi; pengancam keselamatan Negara dan diibaratkan ‘barah’ dalam
kerajaan Islam di Madinah.
Kesimpulan
§ Kejayaan menyelesaikan
pelbagai permasalahan di Madinah menggambarkan kehebatan Nabi Muhammad S.A.W
sebagai pemimpin di Madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan