Jumaat, 24 Julai 2015

Contoh Proposal Kerja Kursus 940/4


TEMA : KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN

TAJUK : SEJARAH PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN IPD SANDAKAN DARI TAHUN 2010-2015

PENGENALAN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang terdiri daripada 111,450 orang pegawai dan anggota, dan beribupejabat di Ibu Pejabat Polis Bukit AmanKuala Lumpur. Pertubuhan ini adalah terpusat, iaitu segala bentuk kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang kuasanya. Kini Ketua Polis Negara disandang oleh Tan Sri Khalid Abu Bakar yang merupakan jawatan tertinggi di PDRM. Manakala, Timbalan Ketua Polis Negara pula disandang oleh Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan merupakan salah satu cawangan yang diwujudkan oleh Polis Diraja Malaysia, Sabah. Cawangan ini berpusat di Ibu Pejabat Kontinjen, Sabah. Terdapat beberapa lagi cawangan yang di wujudkan di beberapa daerah di kawasan Sabah ini. Antaranya ialah di daerah Kota Kinabalu, Beaufort, Beluran, Keningau dan banyak lagi. Fungsi pasukan polis adalah seperti yang termaktub mengikut Seksyen 3(3) Akta Polis 1967 iaitu berkhdmat di dalam dan di seluruh Malaysia termasuklah perairan wilayahnya bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwah pesalah-pesalah dan seterusnya mengumpul risikan keselamatan.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan mengenal pasti sumbangannya dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, tujuan lain kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti kaedah pengurusan yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka.

Seterusnya, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

PERMASALAHAN KAJIAN

Esei ini akan menjelaskan mengenai sejarah perkembangan Ibu pejabat Polis Daearah Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, esei ini juga akan menerangkan tentang kaedah pengurusan yang digunakan oleh Ibu Perjabat Polis Daerah Sandakan dalam meningkatkan kecekapan anggota-anggotanya dari tahun 2009 sehingga 2014.

Di samping itu, esei ini juga turut menjelaskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari datum 2009 sehingga 2014.

SKOP KAJIAN

Kajian ini akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kaedah pengurusan yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melakukan sesuatu tugasan dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Di samping itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dari tahun 2009 sehingga 2014.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidik yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Sejarah Perkembangan dan Sumbangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan Dari Tahun 2009 Hingga 2014.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah penyelidikan perpustakaan, dimana pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, majalah, internet atau website, akhbar-akhbar, dan gambar- gambar yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Kesemua sumber ini dapat diperoleh daripada sumber sekunder.

Kaedah kajian lapangan juga merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengkaji untuk memperolehi makumat yang berkaitan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Dalam kaedah ini, pengkaji akan mengadakan temuramah, temubual dan soal selidik dengan pihak polis supaya maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat diperolehi dengan mudah.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai Polis Diraja Malaysia dan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan secara umum.

Isi-isi Esei

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada sejarah perkembangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014 dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang sedia ada.

Selain itu, bahagian ini juga akan memfokuskan mengenai kaedah-kaedah pengurusan yang digunakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Kaedah pengurusan ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

Di samping itu, bahagian ini turut memfokuskan tentang kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam melaksanakan tugasan mereka. Kejayaan ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014

Kesimpulan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai iktibar daripada kejadian-kejadian lampau dan harapan untuk masa hadapan serta perancangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam usaha memartabatkan keselamatan masyarakat di daerah Sandakan ini. Dalam bahagian ini juga, rumusan bagi keseluruhan kajian akan dilakukan.

PENUTUP

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan adalah tertumpu kepada perkembangan, sumbangan, kaedah pengurusan dan kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 sehingga 2014.

BIBLIOGRAFI

Syed Ibrahim. Kuasa-kuasa Polis Di Raja Malaysia. Kuala lumpur : Penerbit Golden Books Centre, 1992.
Mohd Reduan Aslie. Jenayah Di Malaysia. Bangsar, Kuala Lumpur: Penerbit AMK Interaksi Sdn. Bhd, 1990.
TPP Mohd Reduan Aslie dan Mohd Redzuan Ibrahim. Polis DiRaja Malaysia. Kuala Lumpur Karya Bestari Sdn. Bhd, 1990.
Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan. Gambar-gambar Bersejarah di Daerah Sandakan: Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, 2015.
Mustaffah Mohd Hassan, “New Sabah Times”, Sabah, 2010.
Tan Sri Lee Lam Thye, “New Sabah Times”, Sabah, 2013.
Rozzalin Hashis, “New Sabah Times”, Sabah, 2012.

Bahan Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis_Diraja_Malaysia
http://m.facebook.com/PDRMSabah/posts/776797879054869
http://www.scribd.com/mobile/doc/15081789?width320
https://beritasandakanfm.wordpress.com/page/24/


.....................................................................................................

CONTOH CADANGAN PENYELIDIKAN

TEMA: SEJARAH SUKAN
TAJUK :
KELAB EAGLES: SEJARAH PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN SUKAN RAGBI DI SANDAKAN ANTARA TAHUN 2005 HINGGA TAHUN 2015

PENGENALAN
Ragbi merupakan salah satu kegiatan sukan penting yang mula mendapat tempat di Malaysia amnya dan Sandakan khususnya. Permainan ini nampak lasak, keras dan melibatkan rempuhan. Asal-usul permainan ragbi bermula pada tahun 1823 di England. Di Malaysia, ragbi diperkenalkan selepas Perang Dunia Pertama dalam tahun 1925 di Negeri Sembilan. Manakala di Sandakan pula, Kelab Eagles mula ditubuhkan pada 24 Februari 2005.

OBJEKTIF KAJIAN
Pada umumnya terdapat tiga objektif utama kajian ini. Secara dasarnya, kajian ini bertujuan untuk menjelaskan latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Sejarah penubuhan Kelab Eagles amat penting untuk dikaji bagi membantu memahami pentingnya penubuhan organisasi ini kepada perkembangan sukan ragbi di Sandakan.
            Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan Kelab Eagles dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Kajian dalam aspek ini perlu bagi mencapai matlamat penubuhannya dalam melahirkan pemain ragbi di Sandakan.
            Dalam pada itu, kajian ini juga bertujuan untuk menjelaskan kejayaan  Kelab Eagles sepanjang tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji dalam usaha menjejak pencapaian Kelab Eagles dalam mengharumkan arena ragbi di daerah Sandakan.
                      
PERMASALAHAN KAJIAN
            Permasalahan kajian melibatkan  kesusahan atau kesukaran, perasaan ingin tahu dan keraguan yang menjadi inti dalam sesuatu kajian. Dalam kajian ini terdapat tiga permasalahan yang ingin dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles. Justeru, kajian tentang latar belakang adalah penting bagi membolehkan pemahaman tentang apakah tujuan dan bagaimana perkembangan organisasi ini dalam membantu melahirkan pemain ragbi bertaraf dunia lebih jelas dan mendalam.
Kajian ini juga untuk mengenalpasti signifikan dan perkembangan Kelab Eagles dalam memacu kecemerlangan para pemain dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Aspek ini dikaji bagi memahami apakah dan bagaimana aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Eagles sebagai organisasi sukan dalam melahirkan para pemain ragbi yang berkualiti di Sandakan dengan lebih terperinci.
Selain itu, kajian ini akan turut mengungkapkan persoalan tentang sejauh mana kejayaan Kelab Eagles dalam mengharumkan nama Sandakan dalam tempoh masa 2005 hingga 2015. Tuntasnya, kajian ini membolehkan masyarakat luar dapat memahami perkembangan Kelab Eagles serta kejayaan organisasi tersebut dalam melahirkan pemain bertaraf dunia di kawasan ini.

SKOP KAJIAN
Terdapat tiga aspek yang perlu dijelaskan dalam bahagian skop kajian. Skop yang pertama adalah kawasan kajian (geografikal). Dalam aspek ini, kajian ini berfokus kepada Kelab Eagles yang terletak di Bandar IJM Sandakan. Kedudukannya di kawasan bandar memudahkan Kelab Eagles ini berkembang dari segi keahlian dan fasilitinya.
Dari segi tempoh masa kajian, ia melibatkan tempoh jangka masa selama sepuluh tahun iaitu dari tahun 2005 hingga 2015. Tempoh masa ini dipilih memandangkan dalam tempoh tersebut berlaku perkembangan dalam sukan ini. Malah dalam tempoh tersebut juga dapat dilihat aktiviti yang telah dilaksanakan Kelab Eagles dalam membantu melahirkan pemain ragbi di Sandakan.
Manakala dari segi aspek kajian (fungsional), terdapat tiga isu  yang dikaji. Kajian ini cuba untuk mengupas latar belakang penubuhan Kelab Eagles  sebagai sebuah organisasi bukan  kerajaan yang membantu melahirkan pemain ragbi di daerah Sandakan. Malah ia juga mengupas perkembangan kelab ini dan kejayaan yang telah dicapai dalam sukan tersebut.

KAEDAH KAJIAN
            Dalam menghasilkan karya ilmiah, penulis menggunakan tiga kaedah bagi mendapatkan maklumat. Penulis menggunakan sumber lisan pada awalnya. Dalam kaedah ini, penulis menemubual   Presiden dan Setiausaha Kelab Eagles.  Tokoh yang ditemubual ini adalah tokoh yang terlibat secara langsung dalam Kelab Eagles dalam memajukan sukan ragbi di kawasan kajian.
            Penulis juga menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Kaedah ini digunakan bagi mendapat maklumat dari sumber primer dan sumber sekunder. Antara sumber yang digunakan adalah  Laporan Tahunan, Minit Mesyuarat, artikel, jurnal, majalah dan surat khabar. Sumber ini diperolehi sama ada dari perpustakaan dan organisasi Kelab Eagles sendiri.
            Penulis juga menjalankan kerja lapangan. Kaedah ini dilakukan bagi membolehkan penulis melihat dengan sendiri pembangunan yang telah dilakukan oleh Kelab Eagles bagi membantu meningkatkan prestasi sukan ragbi di daerah berkenaan.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Dalam  kajian  yang  bertajuk “Kejurulatihan dan Sains Sukan” yang dihasilkan oleh Encik Gapor Ahmad,pada tahun 2007 terbitan Utusan Publications dan Distributors . Dalam kajian ini jelas menyatakan bagi menyertai sesuatu perlawanan , kebiasaannya para pemain ragbi akan menjalani latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka mempunyai kekuatan, stamina dan keserasian bersama ahli kumpulan masing-masing.  Selain itu, latihan yang bersesuaian juga penting untuk mengurangkan risiko kecederaan kepada setiap pemain .  Kebanyakan  kelab ragbi yang ternama akan menggunakan mesin scrum untuk berlatih.

Berdasarkan Portal Rasmi MSN Sabah, Persatuan Ragbi Sabah(Sabah Rugby Union 1999) pada tahun 2000, persatuan ini telah ditubuhkan memandangkan banyak kelab  atau  persatuan ragbi yang telah di wujudkan di setiap negeri di Malaysia. Ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia amat berminat dalam sukan ini.   Oleh itu, kajian yang dibuat berdasarkan penubuhan kelab ragbi di Sabah adalah wajar terutamanya di daerah Sandakan.

Kajian seterusnya menulis tentang bagaimana permainan ragbi bermula di luar negara dan di Malaysia.  Sejarah awal menyatakan permainan ini bermula di sebuah sekolah yang berada di pekan kecil di negara England.  Manakala di Malaysia pula, penulis laman web (newtonsportscience,2004) tersebut menyatakan bahawa ragbi mula diperkenalkan di Malaysia selepas perang dunia pertama.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI
            Secara umumnya penulisan  kajian ini terbahagi kepada tiga bahagian utama. Dalam bahagian pengenalan, penulis akan menjelaskan secara umum persatuan-persatuan mahupun kelab-kelab sukan yang terdapat di Sandakan yang berjaya melahirkan atlet bertaraf kebangsaan. Seterusnya penulis menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu daerah Sandakan dan mengaitkan perkembangannya dalam melahirkan pemain ragbi yang bermutu. 

                Pada bahagian isi pula, ia merungkaikan tiga persoalan yang dikaji. Aspek pertama yang dikaji adalah latar belakang dan sejarah penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi bukan kerajaan dalam membantu perkembangan sukan ragbi di Sandakan. Selain itu penulis juga merungkaikan pencapaian-pencapaian Kelab Eagles dalam tempoh kajian.
            
             Manakala di bahagian kesimpulan pula, penulis akan membuat rumusan berdasarkan hasil kajian yang telah dibuat.

PENUTUP
            Penulis berharap dengan penghasilan karya ilmiah ini masyarakat akan beroleh pemahaman tentang perkembangan penubuhan Kelab Eagles sebagai sebuah organisasi yang membantu melahirkan pemain ragbi yang berkualiti serta kejayaan-kejayaan yang diraih oleh kelab tersebut.

BIBLIOGRAFI
Sumber Primer
Laporan Tahunan Kelab Eagles
Minit Mesyuarat Kelab Eagles

Temubual
Nama : Vela Tan
Tempat lahir: Sandakan
Umur : 65 tahun
Pekerjaan : Presiden Kelab Eagles
Pengalaman : Menjadi Presiden Kelab Eagles
Tempat temubual :Ibu  pejabat Kelab Eagles


Sumber Sekunder
Gapor Ahmad “Kejurulatihan dan Sains Sukan”, Utusan publication & Distributors, Kuala Lumpur, 2007.





 [MRAR1]Keutamaan adalah kepada sumber bertulis (primer dan sekunder). Sumber lisan adalah pelengkap sahaja

30 ulasan:

  1. Terima kasih. Boleh dijadikan panduan.

    BalasPadam
  2. boleh beri contoh sej bagi tempat pulak?

    BalasPadam
  3. boleh beri contoh sej bagi tempat pulak?

    BalasPadam
  4. salam ... ad x contoh sejarah tempat ?

    BalasPadam
  5. cikgu , bagaimanakah kita akan melaksanakan atau pengumpulan maklumat atau data semua termasuk dalam skop kajian ka? harap cikgu bagi respon tq

    BalasPadam
  6. sangat membantu untuk dijadikan panduan kerja kursus sejarah saya. terima kasih, cikgu

    BalasPadam
  7. tq cg bnyak mmbantu cntoh nie .. pling pntg mmudahkan keja sya

    BalasPadam
  8. ckg skrg kena ada justifikasi kan kalau tak silap?

    BalasPadam
  9. salam... nak tanya . kalau lampiran terus buat page baru ke ? lepastu terus letak gambAr-gambar sepanjang kajian dengan penerangan setip gambar itu kan ?

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. semoga terus sabar yee. semua yg berlaku pasti ada hikmahnya .insya allah ,amiin.

      Padam
  11. ipd memang sesuai utk jadikan tema perundangan ke?

    BalasPadam
  12. Blh tak bgi cntoh full esei sej sukan

    BalasPadam
  13. Boleh bagi contoh srjarah ekonomi tak pasal perniagaan laksa atau apa apa makanan lain lagi? ??

    BalasPadam