Khamis, 16 Julai 2015

Contoh Proposal Kerja Kursus 940/4


Tema : Sejarah Sukan.

Tajuk : Sejarah perkembangan dan Sumbangan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dari tahun 1980 hingga 2000.

Pengenalan.

Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan mulai ditubuhkan pada tahun 1980.  Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan ditubuhkan oleh Majlis Sukan Daerah Sandakan. Matlamatnya untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh pelbagai peringkat. Terdapat lima cawangan yang bernaung di bawah Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan iaitu (nyatakan). Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan telah mengadakan pelbagai aktiviti dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan di peringkat negeri dan kebangsaan.  Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan telah banyak melahirkan tokoh-tokoh sukan ini sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Objektif Kajian

Mengenal pasti sejarah penubuhan persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan pengurusan persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dari tahun 1980 hingga tahun 2000.

Mengenal pasti usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dalam memajukan sukan Silat Olahraga dari tahun 1980 hingga tahun 2000.

Mengenal pasti kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Persatuan Silat  Olahraga Daerah Sandakan dalam tempoh 20 tahun dalam pelbagai peringkat pertandingan.

Permasalahan Kajian.

Esei ini akan menjelaskan perkembangan persatuan Silat olahraga Daerah Sandakan dari sejak penubuhanya pada tahun 1980 sehingga tahun 2000. Perkembangan merangkumi penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh persatuan-persatuan di peringkat cawangan yang bernaung di bawah Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan.

Di samping itu, essei ini juga akan menjelaskan usaha-usaha yang telah dilakukan  oleh persatuan ini untuk meningkatkan pencapaian anggotanya dalam tempoh 1980 hingga 2000.

Dalam kajian ini menjelaskan faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan kejayaan ahli-ahli persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan yang telah mencipta pelbagai kemenangan di peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh tersebut.

Skop Kajian

Sejarah penubuhan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan perkembangannya dari segi  keanggotaan, pengurusan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk ahli –ahlinya dari tahun 1980 hingga tahun 2000.

Kajian ini juga akan menfokuskan kepada penglibatan dan kejayaan yang dicapai oleh ahli-ahli persatuan di pelbagai peringkat pertandingan dalam tempoh 1980 hingga 2000.

Sorotan kajian lepas

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu mengenai Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dalam tempoh berkenaan.

Namun begitu terdapat juga kajian yang pernah dibuat oleh persatuan sukan yang lain berhubung dengan sejarah penubuhan persatuan sukan, perkembangan dan kejayaan yang dicapai (seperti kalau ada boleh masukkan - maksudnya kajian yang hampir serupa)

Kaedah Kajian

Kajian Perpustakaan.

Pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, jurnal, majalah, rekod-rekod lampau, internet atau website, buletin dan gambar yang berkaitan dengan persatuan seni silat olahraga Daerah Sandakan.

Kajian lapangan.

Pengkaji akan mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dengan mengadakan temuramah, temubual, soal selidik dan pemerhatian dengan bekas-bekas pengerusi persatuan dan ahli-ahli yang Berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan dalam tempoh 1980 hingga 2000.

Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai Silat Olahraga dan perkembangannya dalam sukan Negara secara umum.

Isi-Isi

Bahagian ini akan fokuskan kepada penubuhan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan dan pengurusannya dalam tempoh 1980 hingga tahun 2000 dengan  merujuk kepada pelbagai sumber primer dan sekunder.       
    
Kemudahan prasarana, kekuatan dan usaha-usahayang dibuat oleh Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan sehingga Berjaya melahirkan tokoh yang terkenal serta keupayaan ahlinya dalam pelbagai pertandingan.

Bahagian ini mengambarkan sumbangan dan kejayaan yang dicapai oleh ahlinya dalam pelbagai pertandingan yang disertainya dalam tempoh tahun 1980 hingga 2000. Disamping itu dipaparkan kejayaan ahli yang berjaya mewakili negara dalam pertandingan diperingkat antarabangsa.

Kesimpulan

Bahagian ini menyatakan mengenai harapan dan  prospek masa depan dan perancangan persatuan ini dalam usaha memartabatkan Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan.

Penutup

Pada keseluruhannya, kajian saya terhadap Persatuan Silat Olahraga Daerah Sandakan adalah untuk memperihalkan sumbangan yang telah diberikan oleh persatuan ini dalam tempoh 20 tahun (1980 hingga 2000) kepada kemajuan sukan silat olahraga kepada negeri Kelantan dan Malaysia.

Bibliografi

Menyenaraikan sumber primer dan sekunder yang digunakan


            

5 ulasan:

  1. Salam cgu. Nak tanya..klau buat kajian,mesti ada fokus di sesuatu tempat/kawasan ka cgu?

    BalasPadam
  2. Salam cgu. Nak tanya..klau buat kajian,mesti ada fokus di sesuatu tempat/kawasan ka cgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg ada ker perstuan silat olaraga di sandakan?

      Padam
  3. Salam nk tnya cg..untuk bahagian isi nanti apa yang boleh kita jdikan isi?

    BalasPadam
  4. Hello ...boleh terangkan apa definisi tokoh dan pendidikan?

    BalasPadam