3.2 Perjuangan Mencapai
Kemerdekaan
Soalan 143: Bagaimanakah pendudukan Jepun telah mempengaruhi
perkembangan nasionalisme Myanmar pada abad ke-20
Pendahuluan
§ Jepun telah menyerang Myanmar
pada Disember 1941. Menjelang Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh
Myanmar. Pendudukan Jepun di Myanmar berakhir pada Ogos 1945. Pendudukan Jepun
telah member kesan penting terhadap perkembangan nasionalisme Myanmar dan telah
mempercepat pencapaian kemerdekaan Myanmar.
Isi-isi Penting:
1.
Pakatan dengan Jepun
a.
Pada
tahun 1941, Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakakatan
ini, golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Myanmar daripada
Inggeris dan Jepun berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
b.
Pakatan
ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun.
Golongan Thakin menubuhkan Tentera Kemerdekaan Myanmar dengan bantuan Jepun.
Menjelang tahun 1941, Tentera Kemerdekaan Myanmar mempunyai 30,000 orang
anggota.
2.
Membantu Jepun Menyerang Myanmar
a.
Pada
Disember 1941, Jepun menyerang Myanmar dengan bantuan Tentera Kemerdekaan
Myanmar. Pada Mei 1942, Jepun Berjaya menakluki seluruh Myanmar. Kejayaan ini
menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap sebagai
pembela bangsa dan negara Myanmar dalam kalangan rakyat tempatan.
b.
Kemenangan
Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Myanmar bahawa
rakyat British adalah satu bangsa agung yang tidak dapat dikalahkan. Kekalahan
British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai
kemerdekaan.
3.
Pengalaman dalam bidang
pentadbiran
a.
Atas
usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1
Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai
Perdana Menteri. Kerajaan Ba Maw telah dipengaruhi golonan Thakin yang memegang
banyak jawatan menteri kabinet.
b.
Pengalaman
berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan keyakinan diri
golongan Thakin untuk menuntut kemerdekaan Myanmar dari British selepas
pengunduran Jepun.
4.
Pembentukan Liga Pembebasan
Rakyat Anti Fasis (LPRAF)
a.
Jepun
telah member kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Myanmar. Kuasa sebenar
pentadbiran Myanmar masih terletak di tangan Jepun. Kekejaman pentadbiran Jepun
dan kemerosotan taraf hidup rakyat Myanmar semasa pendudukan Jepun telah
mewujudkan sentimen anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar.
b.
Pada
tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Myanmar yang
lain telah menubuhkan LPRAF bagi menentang Jepun. LPRAF dipimpin oleh Aung San
dan Than Tun. Pada Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British apabila ia secara
terbuka menentang Jepun.
c.
Pada
Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, LPRAF di bawah
pimpinan golongan Thakin telah muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama
di Myanmar.
5.
Kemerdekaan Myanmar 1948
a.
Pada
Januari 1947, Thakin Aung San telah mengetuai rombongan ke London untuk
membincangkan kemerdekaan Myanmar. Kerajaan British bersetuju untuk mengadakan
pilihan raya pada April 1947 dan memberi kemerdekaan kepada Myanmar.
b.
Dalam
pilihan raya tersebut, LPRAF telah menenangi 171 kerusi daripada 182 kerusi
yang dipertandingkan. Pada 19 Julai 1947, Aung San dan 6 rakannya dalam kabinet
telah dibunuh oleh orang-orang upahan U Saw.
c.
Namun,
satu perlembagaan telah digubal bagi Myanmar. Lantaran itu, Myanmar mencapai
kemerdekaan sepenuhnya pada 4 Januari 1948. Perdana Menteri pertamanya ialah
Thakin U Nu.
Kesimpulan
§ Pendudukan Jepun telah
memperkukuhkan gerakan nasionalisme Myanmar dan mempercepat proses kemerdekaan
Myanmar selepas Perang Dunia Kedua.
§ Myanmar mencapai kemerdekaan pada
4 Januari 1948 dengan U Nu sebagai Perdana Menteri yang pertama.
Soalan 144: Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Myanmar.
Pendahuluan:
§ Jepun
menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar
imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun
antara tahun 1941 - 1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun
manakala di Myanmar, British mnyerah kalah.
§ Jepun
melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan
sosial.Pendudukan Jepun memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan
Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.
Isi-Isi Penting:
a)
Dasar
Politik
§ Jepun
membentuk Tentera Kemerdekaan Myanmar sebagai satu pertubuhan untuk mnyatukan
para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang
merdeka. Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh
Dr.Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis
tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara sendiri. Pada 1
Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan Dr.Ba Maw dilantik
sebagai Perdana Menteri kerajaaan bersama kabinetnya. Perlembagaan baharu
diisytiharkan.
§ Jepun
menyerahkan jawatan Timbalan Pesuruhjaya di peringkat daerah kepada orang
tempatan.Jepun mngamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan
pendudduk tempatan terlibat dalam ketenteraan. Jepun bertindak mnyatukan
kesemua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama
Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya di panggil Maha Bama Asiayone.
b)
Dasar Ekonomi
§ Jepun
menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan laut tetapi sector pengedaran
dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan. Dalam usaha untuk
mngeksplotasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan ‘Kawasan
KesemakmuranBersama Asia Timur Raya’.
§ Disebabkan
kekurangan bahan makanan, Jepun manggalakkan petani menanam hasil tanaman yang
lebih menguntungkan seperti kapas, kacang, dan jut.
c)
Dasar Sosial
§ Jepun
membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat
pentadbiran.
d)
Kesan
Politik
§ Kemenangan
Jepun memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah
sebuah kuasa yang kuat. Kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa
mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air sendiri.
§ Slogan “Asia
untuk Orang Asia” dan rancangan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada
belenggu penjajah dan mengukuhkan usaha
untuk menghapuskan pengaruh dan budaya Barat. Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengekploitasi ekonomi dan
menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slgan mereka itu.
e) Kesan Ekonomi
§ Jepun
mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semula jadi musnah dan Myanmar mengalami
kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri yang diperkenalkan oleh
Jepun membebankan rakyat tempatan sehingga berlaku kebuluran di beberapa
kawasan di Myanmar.
§ Perubahan
sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang
tinggi, dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun mangakibatkan
masyarakat tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah
tanahuntuk menentang Jepun.
f) Kesan Sosial
§ Rakyat hidup
dalam kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit yang tidak terkawal.
Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoirit. Akan tetapi, dasar ini
gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar
dengan kaum minotiti tempatan seperti Karen, Kachin, dan Chin.
§ Konflik ini
akhirnya menyedarkan penduduk tempatan kekejaman dan penindasan Jepun. Mereka
sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu menentang sebarang bentuk penjajahan.
Penutup:
§ Apa-apa yang berkaitan
Soalan 145: Huraikan dasar dan kesan
pendudukan jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan di Indonesia.
Pendahuluan
§ Jepun
menyerang negara-negara asia tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar
imperialismenya. Semua Negara asia tenggara kecuali Thailand ditawan oleh jepun
antara tahun 1941-1945.
§ Jepun melaksanakan
pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi, dan social. Pendudukan jepun
memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai
kemerdekaan.
Isi-isi Penting:
1.
Dasar-dasar
Dasar Politk
a.
Penglibatan
orang Indonesia dalam pentadbiran
§ Jepun
memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat dalam sistem politik.
Ini disebabkan jepun menghadapi kekurangan tenaga pentadbir perkhidmatan awam.
Pada ogos 1942 setelah belanda ditawan, jepun telah melantik penduduk Indonesia
untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran yang dahulunya dipegang oleh belanda. Contohnya
Soekarno dilantik sebagai pemimpin PUTERA dan dibantu oleh Hatta.
§ Bilangan
orang Indonesia yang dilantik menjadi penasihat semakin meningkat dalam
pemerintahan. Jepun telah membentuk Dewan Penasihat di Jakarta dan diletakkan
di bawah pemimpin Soekarno.
b.
Gerakan Tiga
A
§ Jepun telah
membentuk gerakan rakyat iaitu “Gerakan Tiga A” pada april 1942. Gerakan ini
berasal dari slogan jepun iaitu “Jepun Ketua Asia” atau “Jepun Cahaya”.
§ Gerakan Tiga
A bertujuan untuk mendapat bantuan orang Indonesia bagi memenuhi keperluan
perang dan menjayakan pelaksanaan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia
Timur Raya”. Jepun menggunakan slogan kata tersebut untuk menyeru orang asia
supaya bersatu di bawah kekuasaan tertinggi jepun untuk menentang kuasa barat.
c.
Pemerintahan
jepun di Indonesia
§ pemerintahan
jepun di Indonesia bercorak ketenteraan.
Jabatan Gabenor dan Jabatan Pembantu Residen dihapuskan. Kedudukan Residen
sebagai Ketua Wilayah Keresidenan masih dikekalkan. Begitu juga dengan jawatan
Bupati sebagai Ketua Wilayah kabupaten.
§ Pemerintahan
tertinggi dan kuasa Gabenor Jeneral yang dahulunya di bawah pemerintahan
Indonesia dijalankan oleh Perwira Tinggi Tentera Jepun yang dikenali sebagai
Saikoo Sikikan.
Dasar Ekonomi
a.
Bidang
pekebunan
§ Kegiatan
pekebunan berkembang dengan kewujudan sebuah badan pengawasan yang dibentuk
oleh Gunseikan. Badan pengawasan ini dinamakan Saibai Kigyo Kanrikodan (SKK).
§ SKK
mengawasi kegiatan pekebunan, mengendalikan urusan jual-beli, dan menentukan
harga hasil penjual pekebunan. Melalui SKK, bidang pekebunan terutamanya
pekebunan kina iaitu ubat-ubatan dan karet iaitu getah berkembang maju.
b.
Kegiatan pertanian
§ Jepun
menjalankan kegiatan membuka tanah baharu dan bekas tanah pekebunan untuk
penanaman padi. Contohnya, bekas pekebunan tembakau di sumatera timur telah
ditanam dengan tanaman padi yang luasnya lebih kurang 10.000 hektar.
§ Tanah
pertanian baharu di daerah Karo telah dibuka. Di Kalimantan dan Sulawesi pula,
penanaman padi diwajibkan untuk mengatasi masalah kekurangan beras terutamanya
di jawa. Usaha ini juga dapat mengurangkan kebergantungan Indonesia terhadap
pengimportan beras.
c.
Kegiatan
perdagangan
§ Jepun
mengeksploitasi bahan mentah Indonesia untuk kegunaannya sendiri. Masalah
pengeksportan berlaku kerana jepun telah mengharamkan eksport ke negara lain.
§ Bidang
perdagangan dimonopoli oleh syarikat swasta Jepun.
2. Kesan-kesan dasar yang dilaksanakan
Kesan politik dan
pentadbiran
§ Penduduk tempatan
terutama golongan pertengahan diberikan tempat oleh pentadbiran tentera jepun
dalam sistem pemerintahan dengan memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan.
Ini memberikan pengalaman kepada mereka dalam urusan pentadbiran Negara.
§ Pendidikan
ketenteraan diajar kepada pemuda Indonesia baik dalam PETA dan HEIHO. Ini
merupakan pengalaman paling berharga untuk perjuangan kemerdekaan Indonesia.
Pejuang-pejuang yang dilatih oleh tentera jepun ramai yang menjawat-jawatan
penting dalam Jabatan Tentera selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17
ogos 1945.
Kesan ekonomi
§ Pentadbiran
tentera Jepun telah mengeksploitasi sumber kekayaan dengan cara semua ladang
milik belanda, peralatan, dan kemudahan perusahaan seperti elektrik,
telekomunikasi dan pengangkutan diambil alih atau disita oleh tentera jepun.
Penduduk Indonesia dipaksa untuk bekerja di ladang untuk membiayai perbelanjaan
perang.
§ Penduduk
diwajibkan menyimpan padi, jagung, dan hasil ternakan dalam jumlah yang besar
untuk memenuhi keperluan logistik jepun di medan perang. Menanam pokok jarak
untuk diambil minyaknya dan diproses sebagai minyak pelincir untuk
jentera-jentera dan kelengkapan perang tentera jepun.
Kesan sosial
§ Kejayaan
jepun mengalahkan Belanda dan Tentera Bersekutu telah meniupkan semangat nasionalisme.
Masyarakat tempatan menyedari bahawa orang asia yang dianggap lemah juga mampu
mengalahkan kuasa barat. Penggunaan bahasa Indonesia semasa pendudukan jepun
dapat menyatupadukan masyarakat Indonesia. Bahasa Indonesia menjadi lambang
perpaduan kebangsaan untuk menentang jepun dan belanda serta seterusnya
mencapai kemerdekaan. Begitu juga, jepun membenarkan penggunaan lagu kebangsaan
Indonesia, iaitu Indonesia Raya. Lagu kebangsaan ini menyemarakkan perasaan
cinta akan Negara dan menolak sebarang penguasaan asing.
§ Sistem
Romusha turut diperkenalkan bagi menjamin sumber tenaga dalam bidang
ketenteraan. Lelaki dan perempuan berumur antara 16 hingga 25 tahun dikerah
untuk menyertai Sistem Romusha. Usaha jepun ini menyemarakkan perasaan benci
orang Indonesia terhadap pentadbiran jepun.
Kesimpulan
§ Pendudukan
jepun telah memberi kesan terhadap pergerakan nasionalisme Indonesia. Segala
pengalaman yang ditempuh oleh masyarakat tempatan telah diambil sebagai pedoman
hidup untuk lebih bersemangat mengusir penjajah jepun dan barat. Kesan yang
bermakna ialah perubahan pendirian para nasionalis di Indonesia seperti
Soekarno yang pada mulanya bersikap pro-jepun bertukar kepada anti-jepun. Para
nasionalis memainkan peranan penting dalam membawa Negara ke arah perjuangan
menentang jepun secara gerakan bawah tanah dan seterusnya memperjuangkan
kemerdekaan pada era selepas pendudukan jepun.
§ Pendudukan
jepun merupakan era penting dalam menyemarakkan semangat nasionalisme dalam
kalangan rakyat jelata yang menjadi benteng pertahanan yang kukuh.
Soalan 146: Bagaimanakah pendudukan Jepun
1942 – 1945 mempengaruhi gerakan kebangsaan di Myanmar dan Indonesia?
Pendahuluan
§ Jepun telah
menduduki Myanmar dan Indonesia pada 1942 . Para nasionalis di kedua-dua negara
ini telah menyokong dan membantu Jepun dalam penaklukan mereka demi mencapai
kemerdekaan. Pendudukan Jepun di Indonesia dan Burma tamat pada 1945.
Pendudukan Jepun telah mengukuhkan gerakan nasionalis Indonesia dan Burma dan
ini mempercepatkan proses kemerdekaan kedua-dua buah negara.
Isi-isi Penting:
A.
Indonesia
1.
Kekalahan
Belanda
§ kekalahan
ini telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda
§ menambah
semangat anti penjajah
2.
Peluang
pentadbiran
§ peluang ini
diberi kepada para pelajar dan nasionalis
§ mereka
diberi latihan dalam jawatan teknikal dan pentadbiran
§ dapat
keyakinan untuk memerintah Negara
3.
Penubuhan
PUTERA
§ sikap Jepun
yang lembut telah memberi peluang kepada golongan nasionalis bebas berpolitik. Sukarno
, Hatta dan Shahrir dibebaskan dari penjara
§ Penubuhan
PUTERA mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan
4.
Penubuhan
PETA ( Tentera Sukarela Pembela Tanahair )
§ dipimpin
oleh pegawai-pegawai Indonesia dan mendapat latihan tentera daripada pihak Jepun
§ mempertahankan
Indonesia daripada kuasa Berikat
5.
Pertubuhan-pertubuhan
Jepun
§ Semendan,
Gakototoi dan Barisan Pelopor mendapat latihan tentera. Pihak Jepun telah
membantu penubuhan Majlis Syura Muslimin Indonesia ( Masjumi )
§ Menentang
Belanda
B.
Myanmar
1. Kejayaan Jepun
§ menjatuhkan
maruah British
§ menyemarakkan
keazaman golongan Thakin untuk merdeka
2. Bantuan Thakin kepada Jepun
§ Jepun
menubuhkan kerajaan baru di bawah Dr Ba
Maw
§ mereka
diberi latihan mentadbir sendiri yang memberi keyakinan kepada Thakin untuk
menuntut kemerdekaan
3. Penindasan Jepun
§ Jepun
memperalatkan Burma dan kerajaan baru itu dalam program mereka untuk
mengeksploitasi sumber alam Burma demi kepentingan ekonomi mereka Golongan
Thakin menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat
Anti Fasis bagi menentang Jepun dan bekerjasama dengan pihak Berikat
Kesimpulan
§ Pendudukan
Jepun telah secara langsung telah mempercepatkan lagi proses pencapaian
kemerdekaan. Pendudukan ini telah membuka mata para nasioanalis terhadap
muslihat Jepun dan pihak penjajah. Ini memberi kesedaran bahawa mereka tidak
boleh mengharap kepada Jepun atau penjajah barat untuk menjaga kepentingan
negara.
§ Oleh itu,
para nasionalis sedar bahawa bagi mendapat kemerdekaan, mereka perlu
bekerjasama bagi menentang penjajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan