3.2.2 Perjuangan secara
perlembagaan
Soalan 81: Huraikan sebab-sebab dan
bentuk-bentuk penentangan orang Melayu terhadap rancangan Malayan Union 1946 .
Pendahuluan
§ Idea
penubuhan Malayan Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik yang ditandatangani
oleh Winston Churchill iaitu Perdana Menteri Britain dengan Roosevelt Presiden
Amerika Syarikat pada Ogos 1941. MU dilaksanakan selepas British kembali ke
Tanah Melayu setelah Perang Dunia Kedua tamat dan mendapat tentangan yang hebat
daripada orang Melayu.
§ Penentangan
terhadap perlaksanaan MU didorong oleh
beberapa faktor dan orang Melayu menggunakan pelbagai cara untuk menentangnya.
Isi-isi Penting:
A.
Sebab-sebab
penentangan
i.
Kedaulatan
dan kuasa sultan terancam
§ Dalam
kerajaan MU, kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa mereka dikurangkan. Raja
hanya menjadi ketua agama dan adat istiadat sahaja. Kuasa pentadbiran di tangan
Gabenor yang mempunyai kuasa pembatal (veto). Gabenor MU menjadi Pengerusi
Majlis Islam – menjatuhkan maruah dan kesucian Agama Islam kerana orang bukan
Islam menjadi pengerusi.
§ Orang Melayu
bimbang sultan kehilangan kuasa politik dan hak keistimewaan, tidak rela sultan
dilucutkan kuasa politik di negeri mereka sendiri. kehilangan kuasa sultan akan
menyebabkan status Tanah Melayu bertukar menjadi tanah jajahan British
ii.
Pemberian
taraf kerakyatan
§ Prinsip
kerakyatan berdasarkan jus soli menebalkan sentiment benci orang bukan Melayu
terutamanya kaum Cina. syarat kerakyatan yang terlalu longgar membolehkan orang
bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu. Orang Melayu meragui
taat setia orang Cina dan India kerana sebelum Perang Dunia Kedua semangat
nasionalisme mereka terarah ke negara asal masing-masing.
§ Perlaksanaan
MU akan mengakibatkan kira-kira 85% orang Cina dan 75% orang India mendapat
taraf kewarganegaraan Tanah Melayu.
iii. Cara Mac
Micheal mendapatkan tandatangan sultan
§ Mac Micheal
dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan sultan. Beliau
mendapatkan persetujuan secara paksaan – ugut sultan akan dilucutkan jawatan
atas alasan bekerjasama dengan Jepun menentang British semasa Perang Dunia
Kedua. Mac Micheal tidak memberi masa dan peluang kepada sultan untuk berunding
dengan Majlis Mesyuarat Negeri dan pembesar masing-masing.
§ Orang Melayu
marah kerana Mac Micheal tidak menerangkan syarat gagasan MU secara terperinci
serta mendapatkan pandangan daripada raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum
sultan menandatangani perjanjian.
B.
Cara-cara
penentangan
i. Tunjuk
perasaan secara besar-besaran di seluruh negara
§ 15 Dis
1945 - demonstrasi anjuran Persatuan Melayu
Kelantan
§ 19 Jan
1946 - demonstrasi Persatuan Melayu Kedah
§ 01 Feb
1946 - Persatuan Melayu Kelantan anjur demonstrasi.
§ 10 Feb
1946 - demonstrasi di Johor termasuk kaum wanita
ii.
Kongress
Melayu Se Malaya
§ oleh Dato
Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor dihadiri oleh 107 wakil dan 56
pemerhati dari 42 pertubuhan Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946 kongress Melayu Se
Malaya mengadakan mesyuarat tergempar dan mencapai beberapa persetujuan.
i.
orang Melayu mesti bersatupadu menentang MU
ii.
raja-raja Melayu, ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan orang
Melayu akan memulaukan upacara pengisytiharan MU sebagai tanda bantahan.
iii.
kongress bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang
kuat untuk menentang MU.
§
kongress mahu British menarik balik MU dan mengekalkan
Tanah Melayu seperti sebelum 1941.
iii.
Sokongan
bekas pegawai British
§ Bekas
pegawai British seperti Frank Swettenham, George Maxwell dll bersimpati dengan
nasib orang Melayu apabila MU dilaksanakan.
§ Mereka
menulis dalam akhbar Times - menyatakan kekesalan terhadap pengenalan
perlembagaan MU yang tidak sesuai dengan Tanah Melayu.
Kesimpulan
§ Penentangan
orang Melayu terhadap MU beroleh kejayaan. MU akhirnya dibubarkan dan
digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Soalan 82: Bincangkan reaksi orang Melayu dan bukan
Melayu terhadap cadangan Malayan Union pada tahun 1946.
Pendahuluan
§ British
perkenalkan MU selepas kembali ke Tanah Melayu setelah Jepun berundur. MU
bertujuan menyediakan Tanah Melayu kearah kemerdekaan
§ Orang Melayu
dan bukan Melayu memberikan reaksi yang berbeza terhadap MU. Orang Melayu
melakukan penentangan – bukan Melayu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada
awal tetapi menentang pada tahap berikut. Dasar penentangan berbeza dengan
orang Melayu
Isi-isi Penting:
1.
Reaksi Orang
Melayu
§ Jelas
menentang penubuhan MU. Penentangan berasaskan dua tahap : secara individu dan
secara kolektif iaitu cara individu dilakukan melalui tulisan dalam akhbar, perutusan
dan cara kolektif termasuklah melalui persatuan. orang Melayu melakukan
demonstrasi besar-besaran. Persatuan Melayu Kelantan berjaya menganjurkan
perhimpunan seramai 10,000 orang menentang MU 15 Disember 1946.
§ penentangan
terhadap MU dianjurkan oleh persatuan-persatuan Melayu hingga akhirnya membawa
kepada penubuhan UMNO. Boikot dianjurkan bagi menentukan MU tidak dilaksanakan.
orang Melayu menentang MU kerana tidak diminta pendapat dan pandangan sedangkan
MU akan menentukan kehidupan mereka, Sultan diugut dan dipaksa menandatangani
penerimaan MU, Kandungan Perlembagaan MU terutama tentang kewarganegaraan tidak
memuaskan hati orang Melayu dan Sultan kehilangan kuasa secara mutlak
2.
Reaksi Orang
Bukan Melayu
§ ini
disebabkan kandungan perlembagaan MU banyak memihak kepada mereka terutama hal
berkaitan kerakyatan. Reaksi mulai
timbul apabila rancangan MU ditangguhkan. Orang Cina dan India mula melihat
British menipu mereka lalu menunjukkan penentangan – bersifat kolonial . melahirkan
bantahan melalui akhbar cina dan menubuhkan Malayan Demokratik Union (
pertubuhan berhaluan kiri). bantahan orang Cina dipusatkan kepada sebuah
pertubuhan iaitu Pan-Malayan Council of Joint Action -
bertukar kepada All Malayan Council of Joint Action. AMCJA ditubuhkan
Disember 1946 , dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock – 400,000 ahli.
§ Memperjuangkan
6 prinsip iaitu: penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura, anggota Dewan
Undangan Pusat dipilih oleh rakyat, hak yang sama bagi semua kaum yang
menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan mengaku taat setia, Kedaulatan
raja-raja Melayu dikekalkan sebagai raja berpelembagaan – menerima nasihat dari
badan berunsur demokrasi, Perkara berkaitan agama Islam dan adat resam Melayu
diletakkan di bawah tanggungjawab orang Melayu sahaja dan Perhatian khas diberi
untuk memperbaiki soal kemunduran orang Melayu.
§ orang Cina
di Tanah Melayu yang menjadi ahli koumintang lebih memberi tumpuan kepada perkembangan politik negara China -
menganggap penerimaan MU membatalkan kebangsaan Negara China secara
automatik. Bagi kaum India tidak berminat langsung dengan keadaan politik Tanah
Melayu pada awalnya - menumpukan perhatian kepada keadaan politik
di India dan perjuangan parti Kongres India. sikap mulai berubah setelah UMNO
dan orang Melayu mendesak supaya British meminda peruntukan tentang
kerakyatan - mereka menuntut hak kerakyatan yang sama.
Kesimpulan
§ Rancangan MU
telah menunjukkan reaksi yang berbeza antara orang Melayu dengan bukan Melayu.
Reaksi orang Melayu dan bukan Melayu membawa kepada pembatalan MU dan
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
Soalan 83: Huraikan bentuk penentangan dan
faktor kejayaan orang melayu menggagalkan pentadbiran Malayan Union 1946.
Pendahuluan :
§ Pada tahun
1944, kerajaan British telah menerima satu rancangan yang diutarakan oleh Sir
Edward Gent. Rancangan ini berusaha menggabungkan Negeri-negeri Melayu Besekutu
(NNMTB), Pulau Pinang, dan Melaka menjadi sebuah Malayan Union. Singapura
dipisahkan menjadi tanah jajahan mahkota British.
§ Kerajaan
Malayan Union diistiharkan pada 1 April 1946 di King’s House, Kuala Lumpur.
Pengistiharan ini secara rasminya menggantikan Pentadbiran Tentera British yang
dikuatkuasakan di Tanah Melayu sejak bulan September tahun 1946.
Isi-isi Penting:
1.
Bentuk
penentangan melalui Peranan Akhbar
§ Akhbar-akhbar
Melayu seperti Warta Negara, Majlis, dan utusan Melayu menyuarakan bantahan
secara berterusan. Ketiga-tiga akhbar ini menyeru orang melayu di seluruh Tanah
Melayu supaya membantah dan menolak Malayan Union serta menubuhkan sebuah badan
yang berupa Barisan Bersatu.
§ Akhbar
utusan Melayu mendesak sultan-sultan supaya meneliti segala cadangan sebelum
meluluskannya. Utusan melayu juga mendesak persatuan-persatuan Melayu membentuk
barisan bersatu bagi melindungi kepentingan orang melayu. Warta Negara telah
memaparkan ketegasan masyarakat Melayu menentang Malayan Union.
2.
Bentuk
penentangan melalui Demonstrasi / rapat umum.
§ Pada 15
Disember 1945, Persatuan Melayu Kelantan menganjurkan satu tunjuk perasaan yang
disertai oleh 10 000 orang semasa ketibaan Sir Harold MacMichael ke istana. Pada
19 Januari 1946, satu tunjuk perasaan yang disertai oleh 50 000 orang telah
diadakan di Alor Star. Perarakan anjuran Persatuan Melayu kedah disertai ulama,
pelajar, orang kampung, dan kaun tani. Pada
3 Februari 1946, perarakan oleh 5 000 orang melayu membantah kertas Putih.
§ Orang Melayu
telah mengadakan rapat umum di setiap Bandar besar untuk menunjukan bantahan
mereka kepada ahli-ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese
Wiliams.
3.
Bentuk
penentangan melalui Peranan Sultan
§ Sultan
Negeri-negeri Melayu menghantar kawat ke London membuat bantahan terhadap
penipuan dan paksaan semasa menandatangani perjanjian Malayan Union. Sultan
juga menghantar kawat kepada tokoh yang berpengaruh di British dan bekas
pegawai tadbir British di Tanah Melayu.
§ Sultan telah
berkumpul di kuala Kangsar pada 28 April 1946 untuk menyatakan bantahan mereka
terhadap ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David Reese Wiliams. Sultan
memulaukan pengistiharan Malayan union yang diadakan pada 1 April 1946 di
King’s House, Kuala Lumpur.
4.
Peranan
Akhbar
§ Seruan
akhbar tempatan menjadi salah satu faktor penting menyatukan orang melayu untuk
menentang Malayan Union. Akhbar tempatan seperti Majlis, Warta Negara, dan
Utusan Melayu telah menyuarakan bantahan secara berterusan terhadap rancangan
pengenalan Malayan Union. Akhbar ini membangkitkan kesedaran tentang rancangan
British menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union, bahaya dan kesan negatif
Malayan Union terhadap orang melayu.
§ Pada 12
Oktober, Utusan Melayu menyeru supaya Raja-Raja melayu memikirkan kesannya jika
Malayan Union tidak dihapuskan. Majlis menyeru orang melayu menentang Malayan
union dan berusaha mewujudkan sebuah kerajaan Tanah Melayu serta merdeka dan
berdaulat yang ditadbir oleh anak tempatan.
5.
Faktor sokongan
rakyat
§ Hampir semua
orang Melayu menentang Malayan Union. Mereka menentang melalui demontrasi di
Alor Star, Kota Bharu, dan Johor Bharu.
§ Mereka sedar
bahawa kerakyatan terbuka yang dianjurkan dalam Malayan union akan mengancam
status quo mereka sebagai peribumi.
Penutup :
§ Penubuhan
Malayan union mendapat tentangan yang kuat oleh orang melayu. Sebab penentangan
ini ialah syarat kewarganegaraan yang longgar, kehilangan kuasa sultan, tindakan
Harold MacMichael dan kedudukan orang melayu.
§ Bantahan
orang melayu yang paling hebat adalah terhadap pemberian hak kewarganegaraan
yang longgar melalui prinsip jus soli. Orang melayu membantah cara ugutan dan
paksaan yang digunakan oleh Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan
sultan.
Soalan 84: Jelaskan sebab-sebab penentangan
dan faktor-faktor kegagalan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak kepada British.
Pendahiuluan:
§ Keluarga
Brooke memerintah Sarawak dari tahun 1841 sehingga 1941. Sarawak menjadi negeri
naungan British pada tahun 1888. Selepas pendudukan Jepun pada tahun 1946, Raja
Charles Vyner Brooke bertindak menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
Sarawak secara rasminya diserahkan kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.
§ British
mendesak Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak supaya pelaburan dan
kepentingan ekonomi mereka dilindungi dan lebih terjamin. Penyerahan Sarawak
menunjukkan tindakan British mencerobohi kedaulatan negeri Sarawak kerana
Sarawak kepunyaan peribumi Sarawak dan bukannya milik keluarga Brooke atau
kerajaan British.
Isi-Isi Penting:
a)
Sebab-Sebab
Penentangan
§ Ketua2
bumiputera tidak puas hati dengan cara
tipu muslihat yang digunakan oleh Gerald MacBryan semasa mendapatkan
persetujuan mereka mengenai rancangan penyerahan Sarawak kepada kerajaan
British. Ketua2 bumiputera Sarawak
tidak dibawa berunding atau diberitahu terlebih dahulu mengenai rancangan
tersebut.
§ Penyerahan
Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan
1941 yang menjanjikan pemerintahan sendiri kepada Sarawak.
§ Tindakan
Charles Vyner Brooke akan menutup peluang Sarawak untuk mencapai kemerdekaan.
b) Faktor-Faktor
Kegagalan Anti-Penyerahan Sarawak
1)
Tiada
pemimpin yang berwibawa
§ Selepas
kematian Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah, tiada pemimpin lain yang berwibawa
untuk menggerakkan Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak.
§ Pemimpin
yang berkaliber seperyi Datuk Pahlawan Abang Haji Mustapha telah menubuhkan
Young Malay Association yang menyokong penyerahan Sarawak kepada British.
2)
Tiada
pertubuhan kebangsaan
§ Di Tanah
Melayu, pertubuhan nasionalis, iaitu UMNO Berjaya menggerakkan orang Melayu
menentang Malayan Union. Fenomena seperti ini tidak terdapat di Sarawak. Hana
terdapat beberapa pertubuhan seperti Persatuan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak
Sarawak dan pertubuhan lain yang menentang.
§ Tiada satu
organisasi nasional yang Berjaya menyatupadukan semua pertubuhan ini untuk
menentang penyerahan Sarawak kepada British.
3)
Tindakan
menindas oleh British
§ Kerajaan
British bertindak keras terhadap penyokong Gerakan Anti-Penyerahan. British
mengelarkan Pekeliling No.9 yang memberi amaran kepada kakitangan kerajaan
supaya tidak menyertai Gerakan Anti-Penyerahan.
§ British
bertindak keras terhadap ahli Rukun 13 yang terlibat dalam komplot membunuh
Gabenor Kedua Sarawak. Mereka dijatuhi hukuman gantung sanpai mati dan lima
belas orang lain yang terlibat dipenjarakan. British juga mengharamkan
Persatuan Melayu Sarawak.
Penutup:
§ Apa-apa yang
berkaitan
Soalan 85: Bincangkan faktor-faktor dan
langkah-langkah pembentukan persekutuan tanah melayu 1948
Pendahuluan :
§ Persekutuan
Tanah Melayu dilaksanakan pada 1 Februari 1948 bagi menggantikan perjanjian
Malayan Union 1946.
§ Kegagalan
Malayan Union membuktikan kejayaan orang melayu menentang penjajahan british di
tanah melayu.
Isi-isi penting :
Faktor-faktor pembentukan
a. Perpaduan
orang melayu daripada semua golongan.
§ Perpaduan
dalam kalangan orang melayu dan raja – raja melayu telah wujud sehingga berjaya
mengatasi pihak lain yang menyokong Malayan Union.
§ Keupayaan
orang melayu memujuk dan mendesak british untuk menghidupkan semula dasar
perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union.
b.
Sikap
politik orang melayu yang sederhana.
§ Sikap
politik sederhana orang melayu telah mendorong british memulakan rundingan bagi
mencari jalan penyelesaian. Orang Melayu hanya bertindak dengan menulis rencana
dalam akhbar, berdemonstrasi, berkongres, dan memujuk Raja-Raja Melayu supaya
memulaukan Malayan Union.
§ Penentangan
orang melayu terhadap Malayan Union tidak dengan cara kekerasan seperti
mengangkat senjata seperti yang dibuat oleh Parti Komunis Malaya (PKM).
c.
UMNO tidak
menuntut kemerdekaan.
§ UMNO dan
Raja – Raja Melayu menuntut diadakan rundingan kerana tidak bersetuju dengan pelaksanaan
Malayan Union, tetapi mereka tidak menuntut kemerdekaan daripada British.
Faktor inilah menyebabkan british menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
1948.
§ British
bimbang orang melayu akan terpengaruh dengan perjuangan parti politik radikal seperti
PKMM, API, dan BATAS yang mendapat pengaruh gerakan politik radikal dari
Indonesia.
Langkah-langkah pembentukan
§ Jawatankuasa
Eksekutif yang dibentuk oleh british terdiri daripada 12 orang ahli yang
mewakili pegawai kanan british, pemimpin UMNO, dan wakil Raja – raja Melayu.
Mesyuarat jawatankuasa itu telah diadakan di King’s House, Kuala Lumpur.
§ Terdapat
lima tuntutan yang dikemukakan oleh orang melayu iaitu UMNO dan Raja-raja
Melayu menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union, mereka menuntut sebuah
persekutuan berkonsepkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menolak kerakyatan
terbuka dalam Malayan Union, dasar perlindungan terhadap negeri melayu dan
orang melayu hendaklah dikekalkan dan menuntut supaya kedudukan raja-raja
melayu sebagai ketua negeri melayu diakui serta dipulihkan semula.
Penutup
§ Perjanjian
persekutuan Tanah Melayu 1948 ditandatangani pada 21 januari 1948 antara
raja-raja melayu dengan british di King’s House, Kuala Lumpur dan diisytiharkan
pada 1 februari 1948. Pengenalan rakyat raja melayu iaitu orang melayu yang
lahir di sesebuah negeri melayu diakui sebagai rakyat negeri tersebut secara
automatik telah membuktikan penerusan dasar perlindungan british terhadap
kedudukan istimewa orang melayu, status quo negeri-negeri melayu dilindungi,
kedudukan agama islam dan adat istiadat melayu.
§ Institusi
raja melayu dikekalkan dengan bidang kuasa raja yang jelas dalam pentadbiran.
Setiap negeri mengadakan perlembagaan bertulis dengan british yang dikenali
sebagai undang-undang tubuh negeri.
Soalan 86: Bandingkan reaksi masyarakat
setempat di Sabah dan Sarawak terhadap penyerahan negeri masing-masing kepada
British pada tahun 1946.
Pendahuluan
§ Selepas
Perang Dunia Kedua Sabah dan Sarawak menjadi tanah jajahan British ekoran
tindakan Vyner Brooke dan SBBU. British bertanggung jawab membangunkan semula
Sabah dan Sarawak yang hampir Musnah semasa pendudukan Jepun.
§ Penyerahan
di Sabah tidak banyak menerima tentangan manakala di Sarawak gerakan Anti
penyerahan berlaku dengan hebat.
Isi-isi Penting:
A.
Sabah
1. tiada penentangan yang kuat kerana kurang berpendidikan
dan tidak memahami tujuan sebenar Sabah diserahkan. kesedaran politik masih
belum jelas – tiada parti politik yang boleh mengetuai penduduk Sabah menentang
penyerahan tersebut. Penduduk Sabah tidak berpengalaman dalam pentadbiran
2. kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu dan Indonesia
telah mempengaruhi pertumbuhan pertubuhan bercorak tempatan.
3. pertubuhan bercorak sosio-politik diasaskan oleh
tokoh-tokoh tempatan seperti guru dan pegawai kerajaan antara pertubuhan awal
yang muncul – Persatuan Pemuda Labuan,
Persatuan Pemuda Jesselton – pro Indonesia dan bertujuan meningkatkan
taraf sosial,politik dan ekonomi masyarakat pribumi Sabah.
B.
Sarawak
1. wujud penentangan kerana bertentangan dengan
Perlembagaan 1941 yang menjanjikan
pemerintahan sendiri kepada rakyat Sarawak. penyerahan kepada British akan
melambatkan proses kemerdekaan kerana rakyat Sarawak terpaksa berjuang untuk
mendapatkan kemerdekaan daripada British. Charles Vyner Brooke tidak berunding
terlebih dahulu dengan ketua kaum bumiputera Sebelum membuat keputusan
menyerahkan Sarawak kepada British.
2. Persatuan Melayu Sarawak (PPM) pimpinan Datu Patinggi
Abang Haji Abdillah telah menghantar surat bantahan kepada Pejabat Tanah. PPM
Sibu diharamkan oleh British, empat ahli dihukum mati dan yang bersubahat
dihukum penjara. kegiatan Rukun 13 lumpuh
3. PMS menyusun semula gerakan anti-penyerahan dan
menengaskan perjuangan akan dilakukan dengan cara yang sah. 5 April 1950 PMS
menghantar surat bantahan kepada gabenor Sarawak –menjelaskan mereka akan
mengadakan tunjuk perasaan raksasa tetapi tidak dibenarkan. 30 Ogos 1950
setiausaha PMS dan Yang Di Pertua Barisan Pemuda Sarawak ke Singapura untuk
bertemu Anthony Brooke bagi menentang gerakan penyerahan tetapi gagal. British
menasihatkan PMS supaya menghentikan penentangan – memberi jaminan Kerajaan
British akan membimbing dan membantu rakyat Sarawak memperolehi Pemerintahan
sendiri PMS menamatkan gerakan anti penyerahan pada 1951
Kesimpulan
§ penentangan
memberi peringatan kepada Inggeris bahawa mereka tidak mudah mengganggu
kehidupan sosial masyarakat setempat walau pun penentangan tidak berjaya.
Soalan 87: Galurkan perkembangan perlembagaan
di Sabah dan Sarawak
Pendahuluan :
§ Selepas
perang dunia kedua, SBUB tidak mampu mentadbir Sabah kerana keadaan ekonomi
Sabah merosot akibat peperangan. SBUB kemudiannya menyerahkan pentadbiran Sabah
kepada kerajaan British. 15 Julai 1946, Sabah menjadi tanah jajahan British. Charles
Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British dan Sarawak diisytiharkan
sebagai tanah jajahan mahkota British pada 1 julai 1946.
§ Kerajaan
British telah mengambil beberapa langkah untuk melatih penduduk tempatan ke
arah berkerajaan sendiri.
Isi-isi penting :
Perkembangan perlembagaan di Sabah
1. Tahun 1950 (perlembagaan baharu)
§ 17 oktober
1950, British mengisytiharkan perlembagaan baharu bagi Sabah yang merupakan
langkah awal ke arah berkerajaan sendiri. Dalam perlembagaan ini, Gabenor
dibantu oleh Majlis Eksekutif yang terdiri daripada 9 orang ahli yang
dilantiknya sendiri yang bertugas sebagai penasihat kepada Gabenor.
§ Melalui
Majlis Undangan, bumiputera Sabah berpeluang mendapat latihan dan pengalaman
dalam urusan pentadbiran negeri. Tokoh-tokoh yang pernah dilantik sebagai ahli
Majlis Undangan ialah Donald Stephens dan Datu Mustapha Datu Harun.
2. Tahun 1952 (Majlis tempatan)
§ Majlis
tempatan yg pertama ditubuhkan di Kota Belud. Berfungsi sebagai jabatan
kerajaan peringkat daerah atau bandar dan menjadi asas kepada pemilihan
perwakilan untuk pentadbiran secara demokrasi.
§ Bertanggungjawab
dalam bidang hal ehwal kewangan, pendidikan, bekalan air dan elektrik,
pertanian, kesihatan dan ternakan.
3. Tahun 1960 (pindahan perlembagaan)
§ Kerajaan
British meminda semula Perlembagaan 1950 dengan menambah jumlah bilangan
pemimpin kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan. Semua
ahli yang dilantik bukan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya tetapi mereka
dilantik oleh Gabenor British yang memegang kuasa sebenar.
§ Parti UNKO,
UNSO, Pasok Momogun dan SCA digabungkan menjadi Parti Perikatan Sabah yang
diketuai oleh Donald Stephens dan Datu Mustapha.
Perkembangan perlembagaan di Sarawak
1. Tahun 1946
§ British
menggunakan Perlembagaan 1941 yang telah dilaksanakan oleh pemerintahan Brooke
seagai asas pentadbirannya di Sarawak. Di bawah Perlembagaan 1941 terdapat
Majlis Negeri dan Majlis Tertinggi.
§ Fungsi
Majlis Negeri sama dengan Majlis Perundangan yang berkuasa meluluskan
perbelanjaan negeri Sarawak manakala fungsi Majlis Tertinggi sama dengan Majlis
Eksekutif iaitu berunding dengan Gabenor berkaitan dengan pentadbiran.
2. Tahun 1947
§ Majlis
Tempatan yg ditubuhkan pada akhir tahun 1947 merupakan satu usaha memberi
pengalaman pentadbiran dan kepimpinan kepada masyarakat tempatan.
§ Majlis
Tempatan berfungsi mengurus pendidikan rendah, mengawal perbelanjaan di
kawasannya dan mengutip cukai kepala dan cukai-cukai lain.
3. Tahun 1956
§ Pilihan raya
majlis daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching. Pada hujung
tahun 1959, semua Majlis Daerah di Sarawak mengadakan pilihan raya. Pilihan
raya tersebut memberi peluang kepada rakyat memilih wakil bagi memperjuangkan
kepentingan mereka secara tidak langsung.
§ Hasil
daripada pengenalan Perlembagaan 1956, beberapa parti plitik ditubuhkan seperti
SUPP, PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA.
Penutup :
§ Parti
Perikatan Sabah telah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya yang
diadakan pada tahun 1962.
§ Pada
November 1962, Perikatan Sarawak telah dibentuk. Pembentukan ini adalah bagi
menghadapi pilihan raya pada tahun 1963 dan telah memenangi 138 kerusi dalam
pilihan raya tersebut.
Soalan 88: Huraikan langkah-langkah mengatasi
ancaman Pati Komunis Malaya
Pendahuluan
§ Parti
Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada tahun 1930. Sebelum Perang Dunia Kedua,
PKM bukanlah tenaga utama dalam arena politik tempatan, malah ia hanya
melibatkan diri dalam gerakan bawah tanah secara haram. PKM telah beralih
kepada dasar agresif apabila dasar berpelembagaan gagal mencapai cita-cita
mereka untuk menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya.
§ Dasar baharu
yang digunakan oleh PKM ialah percubaan mempengaruhi golongan massa menentang
pemerintahan British.
Isi-isi
penting
1. Undang- undang Darurat
§ Undang-
undang Darurat dikuatkuasakan pada tahun 1948 dan beberapa langkah telah
dilaksanakan. Satu sistem pendaftaran kebangsaan diperkenalkan. Setiap
warganegara yang berumur 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dan mempunyai
kad pengenalan. Mereka mesti membawa kad pengenalan ke mana sahaja. Kerajaan
boleh menangkap sesiapa sahaja yang disyaki sebagai anggota komunis, anggota
Min Yuen, atau tali barut komunis tanpa perbicaraan.
§ Sekatan
jalan raya diadakan untuk menghalang pergerakan bebas komunis dan mengelakkan
bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan senjata sampai ke tangan pihak
komunis. Perintah berkurung dijalankan. Mereka yang didapati berbahaya akan
dibuang negeri atau dihantar balik ke China. Kerajaan juga mengharamkan
parti-parti radikal seperti API, AWAS, PUTERA, dan Malayan Democratic Union.
2. Pengharaman Perti Komunis Malaya dan parti
berhaluan kiri
§ Pada 23
Julai 1948, Parti Komunis Malaya diharamkan.
§ Parti-parti
radikal lain yang memperjuangkan kemerdekaan seperti API, AWAS, PETA, PERAM,
dan Hizbul Muslimin turut diharamkan.
3. Rancangan Briggs
§ Leftenan Sir
Harold Rowdon Briggs dilantik sebagai pengarah gerakan pada bulan Mac 1950. Briggs
telah mengenal pasti bahawa matlamat utama kerajaan adalah untuk melumpuhkan
pergerakan Min Yuen dan seterusnya tentera MRLA yang berada di hutan. Briggs telah
melancarkan satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Briggs yang
mengesyorkan penempatan semula setinggan di kampung baharu yang merupakan
sokongan kepada mereka. Selain itu, Briggs mengadakan kawalan ketat ke atas
bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk mengelakkan berlaku penyelewengan.. Kad
catuan makanan membolehkan orang ramai membeli barangan makanan mengikut catuan
yang ditetapkan.
§ Min Yuen
tidak dapat menghantar bekalan makanan, ubat-ubatan, pakaian, dan maklumat
kepada pengganas komunis. Tanpa Min Yuen, gerila-gerila komunis terpaksa keluar
dari hutan dan bertempur dengan pasukan keselamatan British.
4. Pasukan keselamatan
§ Kerajaan
bertindak memperbesarkan pasukan tentera dan polis. Pasukan Home Guard
diperingkat kampung dibentuk untuk membantu pasukan polis dan tentera menjaga
keamanan dan keselamatan. Kerajaan seterusnya melatih seramai 24000 orang
Mata-mata Khas Melayu. Mereka ini dihantar mengawal ladang dan kawasan lombong
yang terpencil.
§ Kerajaan
British juga bertindak membawa masuk askar dari negara-negara Komanwel untuk
memperkukuh pasukan keselamatan negara demi membanteras ancaman komunis di
Tanah Melayu. Pasukan ini berjaya mengebom dan melakukan serangan hendap di
kawasan yang menjadi sarang komunis terutamanya di hutan dangan bantuan Tentera
Udara British.
5. Perang Saraf (Perang Psikologi)
§ Perang saraf
bertujuan menawan hati dan fikiran rakyat bersama kerajaan dalam perjuangan
menentang komunis.
§ Antara usaha
yang dijalankan adalah Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”,
Penubuhan Jawatan Kuasa Hubungan Antara Kaum 1949, Menawarkan hadiah kepada
sesiapa yang dapat menangkap atau membunuh pengganas komunis, Mengisytiharkan
kawasan putih dan kawasan hitam, Perjanjian dangan negara jiran, dan
Pelaksanaan Sistem Ahli.
6. Pengampunan beramai-ramai
§ Sebagai
langkah menggalakkan gerila komunis menyerah diri, kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu
Sebanyak 40 juta risalah dan 12
juta pas pengampunan diedarkan dalam pelbagai bahasa kepada rakyat. Radio
Malaya menyiarkan syarat pengampunan ini pada setiap hari.
§ Gerila
komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Pasukan keselamatan sedia
membantu komunis yang ingin menyerah. Mereka yang menunjukkan kesetiaan kepada
Persekutuan Tanah Melayu dan rela melepaskan aktiviti komunis mereka dibenarkan
bersama dengan keluarga mereka. Gerila komunis yang ingin balik ke China,
permintaan mereka dipertimbangkan.
7. Pertemuan Baling
§ Pada 28 dan
29 Disember 1955, Pertemuan Baling antara wakil kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu (Tunku Abdul Rahman, David Marshall dan Tun Tan Cheng Lock) Tandengan wakil Parti Komunis Malaya (Chin
Peng, Chien Tien, dan Rashid Maiden) Dalam pertemuan tersebut, Tunku Abdul
Rahman meminta Chin Peng supaya membubarkan PKM, meletakkan senjata,dan
menyerah diri.
§ Chin Peng
setuju sekiranya PKM diakui oleh kerajaan sebagai satu parti yang sah dan bebas
di Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat yang
dikenakan oleh Chin Peng. Dengan ini, pertemuan Baling gagal mencapai
matlamatnya.
Kesimpulan
§ Langkah-langkah
yang diambil oleh kerajaan sangat berkesan dalam menangani ancaman komunis. Pada
permulaannya, kerajaan berusaha menghapuskan keganasan komunis dengan keganasan
tanpa melibatkan rakyat.
§ Kerajaan
sedar tanpa sokongan rakyat, pengganas komunis sukar dihapuskan sehingga ke
peringkat akar umbi.
Soalan 89: Pengisytiharan Darurat telah
meninggalkan pelbagai kesan sosio-politik terhadap Tanah Melayu antara tahun
1948 hingga 1960. Bincangkan.
Pendahuluan
§ Selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua, parti-parti politik mula ditubuhkan. Pentadbiran
Tentera Inggeris gagal memulihkan sosio-ekonomi rakyat yang menderita akibat
kekejaman Jepun. PKM mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu
tetapi gagal, lalu bergerak secara militant.
§ 1948 PKM
melancarkan revolusi bersenjata bagi menggulingkan pemerintahan Inggeris dan
menubuhkan Republik Tanah Melayu. Keganasan
PKM memaksa Inggeris mengisytiharkan darurat untuk mematahkan pemberontakan
komunis di Tanah Melayu.
Isi-isi Penting:
A.
Kesan Politik
1. Pengharaman PKM mengakibatkan sesiapa yang disyaki
terlibat dalam kegiatan komunis di tangkap dan dipenjarakan tanpa pembicaraan.
Pergerakan kesatuan Sekerja dikawal rapi supaya tidak mengadakan pakatan sulit
dengan PKM dan bersubahat untuk mengadakan permogokan.
2. Inggeris bertindak keras terhadap parti politik berhaluan
kiri yang terpengaruh dengan idea PKM. Pemimpin politik berhaluan kiri diberkas
dan dipenjarakan, pertubuhan mereka dibubarkan. Hanya parti politik sederhana
dan pro-Inggeris dibenarkan bergerak seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti Negara.
3. Kerajaan Inggeris mula mengambil langkah supaya Tanah
Melayu mencapai status berkerajaan sendiri. Pilihanraya diadakan di George Town
(Disember 1951 ) dan Kuala Lumpur 1952.
B.
Kesan Sosial
1. Rakyat mengalami tekanan hidup akibat kehilangan
kebebasan bergerak kerana dikenakan perintah berkurung terutamanya kawasan yang
masih terdapat ancaman komunis. Kegiatan ekonomi terjejas dan pengeluaran hasil
bumi terbantut akibat daripada orang ramai tidak mempunyai kebebasan untuk
keluar mencari nafkah. Dasar Bumi Hangus melumpuhkan ekonomi negara .
2. Sistem pengangkutan darat dihentikan akibat sekatan jalan
raya di kawasan yang menjadi sarang komunis. Keganasan komunis telah
melumpuhkan rancangan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara.
3. Rakyat mengalami penderitaan dan kepahitan hidup –
terpaksa mematuhi banyak peraturan keselamatan seperti arahan mewajibkan rakyat
mendaftar dan mempunyai kad pengenalan.
4. Timbul masalah perkauman – peperangan menentang komunis
dianggap sebagai peperangan orang Melayu dengan Cina kerana sebilangan besar
ahli PKM terdiri daripada orang Cina sementara orang Melayu berkhidmat dalam
pasukan bersenjata kerajaan. Kerajaan
mula memberi layanan terhadap beberapa tuntutan orang Cina terutama soal
kerakyatan – bertujuan menarik mereka pro-kerajaan. Syarat kewarganegaraan
dilonggarkan - kesannya 307,000 orang
Cina diluluskan permohonan untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Antara 1952 -1957 1.2 juta orang Cina
mendapat kerakyatan.
5. Banyak nyawa terkorban dan harta benda musnah akibat
pengisytiharan darurat termasuklah pegawai Tinggi Inggeris Sir Henry Gurney.
6. Kerajaan menghabiskan sejumlah besar wang untuk
membenteras kegiatan komunis contoh; antara 1948 -1955 kerajaan mengeluarkan
$150 juta untuk menumpaskan pergerakan komunis. Pengenalan rancangan Briggs
untuk mewujudkan kampung baru, penempatan semula setinggan menyebabkan
kemudahan asas disalurkan ke kawasan tersebut. Ini menyebabkan orang Melayu
yang banyak membantu kerajaan Inggeris melahirkan rasa tidak puas hati lalu
menuntut pemulihan ekonomi.
Kesimpulan
1. Tawaran rundingan dengan PKM oleh Tunku Abdul Rahman di
Baling menemui kegagalan. PKM meneruskan perang gerila bagi membentuk sebuah
republic komunis .
2. Pada masa yang sama kerajaan terus meningkatkan usaha
membenteras pemberontakan komunis. Kegiatan komunis mulai merosot – darurat
diisytiharkan tamat di seluruh negara pada 1960.
terima kasih cikgu
BalasPadamWah....bagus²...banyak maklumat yg diperolehi....thumb up !!!!!...terima kasih atas maklumat yg padat.....
BalasPadamMuhd irfan saodi
PadamTerima kasih cikgu atas segala maklumat yang berguna inii
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadam