2.2.3 Penyatuan Negara Itali
Soalan 56 : Bincangkan proses dan langkah-langkah ke arah
gerakan penyatuan negara bangsa Itali.
Pendahuluan
§ Negara bangsa merujuk kepada pembentukan Negara bangsa
moden Eropah. Pada ketika itu muncul idea tentang hak rakyat,kerajaan
berpelembagaan dan Negara bangsa moden. Beberapa kurun lamanya , Itali
terbahagi kepada negeri kecil yang menjadi rebutan Negara Eropah. Negara Itali dan Jerman merupakan contoh negara
bangsa yang dibentuk pada abad ke 19. Itali pada mulanya terbahagi kepada
beberapa wilayah. Di bahagian Utaranya, beberapa wilayah seperti Venetia
dan Lombardy masih di kuasai oleh Austria.
§ Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah mereka
di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang Austria dari bumi Itali Dengan
menggunakan amalan realpolitik, Count Camillio Benso di Cavour
berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio
Cavour amat menyanjung penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan
berusaha mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi
menentang Austriapada tahun 1860.
Isi-isi penting
Proses Penyatuan
1. Penyatuan melalui Gerakan di Itali bermula sejak tahun 1815 oleh
kelas Pertengahan Itali. Faktor pertama
ialah penduduk Perancis pada era Napoleon Bonaparte di Itali menyaksikan sistem
pentadbiran yang berkesan perlu diwujudkan. Napoleon
memperbetulkan undang-undang supaya lebih adil kepada semua kelas. Keistimewaan
golongan aristokrat dihapuskan & golongan menengah yang rajin berusaha
dinaikkan pangkat yang sama seperti golongan aristokrat.
2. Faktor kedua berkaitan dengan
kepentingan golongan saudagar. Bagi golongan saudagar, mereka
percaya dengan penyatuan Itali, dapat memberi faedah dalam bidang ekonomi.
Faedahnya termasuklah cukai kastam dapat dihapuskan, pasaran lebih luas,
pembinaan jalan pengangkutan diseluruh Itali & penyediaan prasarana
pelabuhan yang lebih baik. Itali juga dapat menjadi penghubung
antara England dengan India apabila Terusan Suez dibuka.
3. Faktor ketiga ialah semangat
untuk menyatukan Itali dikuatkan lagi dengan sentimen anti-Austria yang menguasai Lombardy & venetia serta
menempatkan tentera di 4 kawasan strategik di Itali iaitu Verona, Mantua,
Peschiera & Legnano.
4. Pada peringkat awal, antara tahun 1815 hingga 1830,
kemungkinan berperang secara terbuka dengan
penjajah Austria agak sukar dilakukan. Mereka yang menentang
terpaksa bergerak di bawah tanah dalam bentuk kongsi gelap. Kongsi gelap yang
terpenting ialah Carbonari. Walaupun Carbonari melakukan 2 kali penentangan
pada tahun 1818 & 1830, namun gerakan tersebut mengalami kegagalan.
5. Kebangkitan semangat nasionalisme untuk menyatukan
Itali dapat diperhatikan melalui beberapa gerakan yang dipimpin oleh Mazzini,
Count Camillo Benso di Cavour & Guiseppe Garibaldi.
Langkah-langkah Penyatuan
Itali
1.
Perjuangan Mazzini
§ Giuseppe Mazzini (1805-1872), adalah berasal
dari Genoa menubuhkan satu gerakan yang dikenali sebagai Itali Muda (
Young Itali ). Beliau berhasrat menjadikan Itali sebuah kerajaan republik.
Gerakan Young Itali cuba bersifat nasional dengan mempengaruhi
pelbagai golongan seperti golongan pertengahan, pekerja, buruh, pegawai,
petani,pengawai tentera & sebagainya. Pada tahun 1833, dianggarkan 60000
menjadi ahli gerakan ini.
§ Pada tahun 1833, Mazzini memimpin satu gerakan
menentang Raja Charles Albert di
Piedmant tetapi gerakan tersebut dapat dipatahkan oleh Raja Charles
Albert.
2.
Perjuangan Count Camillo Benso
de Cavor
§ Tokoh terbilang dalam menyatukan Itali ialah Count
Camillo Benso de Cavor (1810-1861), Perdana Menteri dalam kerajaan Raja Victor
Emmanuel di Piedmont ( Sardinia). Semasa pemerintahan Raja Charles Albert,
Count Camillo Benso tidak terlibat dengan kerajaan tetapi apabila Raja Victor
Emmanuel II menaiki tahkta, Count Camillo Benso de Cavour terlibat secara
langsung dalam bidang politik. Pada tahun 1849, beliau dipilih sebagai ahli
Parlimen Piedmont. Pada tahun 1850, beliau menjawat Menteri Pertanian &
Perdagangan. Pada tahun 1852, beliau menjadi Menteri luar & Perdana Menteri
Piedmont.
§ Semasa menjadi Perdana Menteri, beliau memajukan
Piedmont dengan menurunkan kadar cukai, membina kilang, membawa masuk jentera,
memperbaiki jalan raya & membina jalan kereta api. Sistem kewangan kerajaan
disusun semula & menghadkan keistimewaan yang diberi kepada penguasa
gereja. Perubahan yang dilakukan oleh beliau dilihat sebagai titik permulaan
kepada cita-citanya iaitu menyatukan Itali. Oleh sebab itu, beliau telah
menyusun semula tenteranya dengan berunding secara rahsia dengan pihak-pihak di
Itali yang ingin menghalau pemerintah Austria dari Itali .
§ Langkah pertama dan dasar luarnya ialah bekerjasama
dengan Perancis dan Britain dalam Perang Crimer bagi menentang Rusia.
Namun ramalan Count Camillo Benso de Cavour yang menjangkakan Austria akan
menyertai Rusia tidak berlaku dan rancangan pertama ini gagal. Langkah kedua
dalam usaha menyatukan Itali ialah membuat persetiaan dengan Perancis akhirnya
pada tahun 1858 Cavour menandatangani perjanjian dengan Napoloen III yang bertujuan
membebaskan Itali daripada penguasaan Austria.
§ Peperangan antara Sardinia-Perancis
dengan Austria meletus dan Austria dapat ditumpaskan di
Margenta dan Solferino. Bagaimanapun maharaja Perancis memberhentikan
peperangan tersebut dan membuat perjanjian dengan Austria. Kekalahan Austria telah
memberi kesan kepada pemerintah daerah sekutu Austria seperti Tuscany, Parma dan Modena kerana
kehilangan sokongan pihak luar seperti yang diperoleh sebelum ini. Mereka turun
takhta dan melarikan diri.
§ Untuk mengukuhkan kedudukan Sardinia, Cavour
merasakan perlunya Sardinia terlibat secara aktif di kawasan tertentu
seperti di negeri-negeri Papal. Tentera Sardinia menyerang negeri-negeri Papal
dan akhirnya negeri-negeri tersebut jatuh ke tanganSardinia kecuali Rom.
Kemenangan ini bermakna Cavour berjaya menguasai bahagian utara dan tengah
Itali.
3. Perjuangan Giusepppe Garibaldi
(1807-1882)
§
Di bahagian selatan Itali,
iaitu di Dua Sicily berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Raja
Bourbon, Ferdinand II dan penggantinya Francis II. Garibaldi memimpin
tenteranya ke Dua Sicily bagi pemberontak disana. Dalam
masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya
menguasai Sicily dan Naples.
§
Sehingga tahun 1861, semua
negeri berada dibawah kerajaan Sardinia kecuali Rom danVenetia. Parlimen
Sardinia bertukar menjadi parlimen Itali dan pada 17 Mac 1861, Raja Victor
Emmanuel II memakai gelaran raja Itali.
4. Bantuan Luar
§ Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan
daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali. Dengan
bantuan Perancsi, Itali berjaya menguasai Lombardy pada tahun 1859. Itali juga
dapat memperoleh wilayah Parman, Modena, Tuscany dan Romagna pada tahun 1860
§ Dengan bantuan Prusia, Itali berjaya dalam usahanya
untuk menguasai Venetia. Begitu juga sokongan moral daripada pihak Britain. Dengan
bantuan daripada negara-negara lain, pemimpin nasionalis Itali berjaya
menyatukan negara mereka.
5. Kepimpinan Piedmont
§ Kerajaan Piedmont mendapat bantuan dan sokongan
daripada negara-negara Perancis, Prusia dan Britain untuk menyatukan Itali. Piedmont diiktiraf sebagai harapan membebaskan
Itali daripada cengkaman kuasa asing kerana memiliki tentera yang ammpu untuk
menentang Austria, mempunyai perlembagaan dan kerajaan yang bebas dan berdaulat
dan mengetuai usaha ke arah perpaduan nasional dalam kalangan bangsa Itali.
6.
Penyatuan semula Giusepppe Garibaldi (1807-1882)
§ Pada 1859, beliau memimpin tentera gerila bagi
membantu Piedmont dalam peperangan dengan Austria. Pada 1860, beliau memimpin
tentera Kerajaan Revolusi di Bahagian Tengah Itali.
§ Terdapat kebimbangan Garibaldi akan menyerang
Venetia atau Rom. Beliau juga tidak berpuas hati dengan tindakan penyerahan
wilayah Nice kepada Perancis.
Penutup
§ Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia
dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan
antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom
(Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil
oleh tentera Itali untuk memasuki Rom
§ Pada tahun 1871, Raja Victor Emmanuel II
memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke Rom. Usaha
penyatuan ini tiba ke penghujungnya.
Soalan 57 : Huraikan Faktor-faktor Penyatuan Bahagian
Selatan dan Utara Itali
Pendahuluan :
§ Penyatuan bahagian Selatan dan Utara Itali mempunyai lima
faktor , di mulakan dengan Kemunculan Semula Garibaldi dan di akhiri dengan
Penguasaan Naples dan Sicily. Orang Itali mahu menyatukan
wilayah-wilayah mereka di bawah sebuah pemerintahan dan menghalau orang
Austria dari bumi Itali Dengan menggunakan amalan realpolitik,
§ Count Camillio Benso di Cavour berusaha menyatukan
Itali menjadi sebuah negara. Count Camillio Cavour amat menyanjung
penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki dan berusaha mewujudkan
kerjasama dengan Napoleon III (Pemerintah Perancis) bagi
menentang Austriapada tahun 1860.
Isi-isi penting :
1.
Kemunculan Semula Garibaldi
§ Pada tahun 1859, Garibaldi memimpin tentera gerila bagi
memimpin tentera gerila bagi membantu Piedmont dalam peperangan. Pada tahun
seterusnya, beliau memimpin tentera kerajaan revolusi di bahagian tengah itali.
§ Garibaldi bimbang untuk menyerang Venetia atau Rom dan
beliau tidak berpuas hati dalam penyerahan wilayah Nice kepada Perancis.
2.
Kekacauan di Selatan Itali
§ Raja Fancis II (Raja Naples) menjalankan reformasi untk
mengelak kebangkitan rakyat di wilayahnya kerana bimbang terhadap golongan
pemberontak berjuang untuk membebaskan wilayah Sicily daripada penguasaan
Naples.
§ Pada masa itu , seorang tokoh republik bernama Crispi
menghasut rakyat Sicily untuk memberontak.
3.
Ekspedisi Seribu Sukarelawan
§ Garibaldi berjaya mengumpulkan seribu sukarelawan di
Genoa lalu mendarat di Marsala, Sicily pada 11 Mei 1860 untuk menguasai Sicily.
4.
Penaklukan Sicily
§ Garibaldi berjaya menewaskan tentera Naples di Calatafini
lalu merekrut semula tentera-tenteranya.
§ Pertengahan bulan Julai 1860, Garibaldi berjaya menguasai
seluruh Pulau Sicily lalu beliau menubuhkan sebuah kerjaan republik yang
mngakibatkan Cavour bimbang.
5.
Penguasaan Naples dan Sicily
§ Pada 18 Ogos 1860, pasukan tentera Garibaldi menyeberang
Selat Messina manakala pada 6 September, Raja Naples meninggalkan Naples dan
berundur ke Gaeta yang mengakibatkan Garibaldi menguasai Naples pada keesokan
hari nya. Pada 12 September 1860, Cavour menhantar pasukan tentera nya ke
wilayah-wilayah Paus dan berjaya menewaskan tentera Paus pada 18 September
1860.
§ Garibaldi menerahkan kuasa kepada Raja Victor Emmanuel
dan membuat keputusan untuk bersara di Caprera disebabkan oleh pungutan suara
majoriti penduduk wilayah-wilayah selatan ingin bersatu dengan Piedmont.
Penyatuan Akhir (1886-1870)
1.
Pembentukan Kerajaan Baharu di Itali
§ Pemimpin-pemimpin di selatan Itali diberi jaminan oleh
Cavour tentang kuasa autonomi yang diberikan.
§ Populariti Raja Victor Emmanuel mula merosot disebabkan
oleh kerjaan pusat telah mengabaikan adat dan peraturan wilyah selatan Itali
tetapai pada 17 Mac 1886 beliau diisytiharkan sebagai Raja Itali.
2.
Kematian Cavour
§ Pada Jun 1861 merupakan kematian Cavour yang memberikan
tamparan hebat kepada pembentukan Itali membuatlan pemimpin-pemimpin selepasnya
tidak mempunyai kewibawaan bagi menyatukan bahagian utara dan selatan Itali.
3.
Penaklukan Venetia
§ Setelah pelbagai usaha diplomatik dilakukan untuk
memperoleh wilayah Venetia , pemimpin Itali menawarkan 1000 million Lire
walaupun Raja Francis Joseph berminat namun tidak disetujui oleh golongan
tentera. Pada tahun 1866, Itali
bersekutu dengan Prusia untuk menentang Austria. Tentera darat Itali ditewaskan
di Custozza manakala di Lissa bagi tentera laut Itali.
§ Namun demikian, tentera Prusia berjaya menewaskan Austria
lalu menyerahkan wilayah Venetia sebagai balasan penyertaana Itali dalam
peperangan tersebut.
4.
Pendudukan Rom
§ Tindakan politik terakhir Cavour adalah mendapatkan
deklarasi Parlimen mengistiharkan Rom sebagai ibu kota Itali.
§ Rakyat Itali menganggap penyatuan Itali tidak lengkap
selagi Rom tidak berada di bawah penguasaan mereka.
Kesimpulan :
§ Itali meminta bantuan kuasa asing,iaitu Prusia
dalam usaha mengusir Austria. Pada tahun 1870, meletus peperangan
antara Perancis dan Prusia. Perancis mengarahkan tenteranya yang berada di Rom
(Vatican City) supaya keluar bagi menghadapi Prusia. Kesempatan ini diambil
oleh tentera Itali untuk memasuki Rom Pada tahun 1871, Raja Victor
Emmanuel II memindahkan ibu kota Itali dari Florence ke
Rom. Usaha penyatuan ini tiba ke penghujungnya
§ Garibaldi berjaya menguasai Sicily dan Naples tetapi terpaksa
bersara kerana penduduk d wilayah selatan ingin bergabung dengan Piedmont.
Kematian Cavour tidak memutuskan semangat pemimpin Itali dalam menyatukan utara
dan selatan Itali.
2.2.3 Penyatuan Negara Jerman
Soalan 58: Bincangkan langkah-langkah ke arah penyatuan
Negara Jerman
Pendahuluan
§ Di Jerman terdapat dua buah negeri yang paling
berpengaruh dan bersaing sesama sendiri iaitu Prusia dan Austria. Kebangkitan
Revolusi 1848 menyebabkan golongan bangsawan bimbang penyatuan Jerman menggugat
status quo mereka.
§ Keadaan masih belum jelas kuasa yang manakah lebih
dominan sama ada Prusia dan Austria. Sesetengah golongan percaya penyatuan Jerman
akan menggabungkan negeri-negeri kecil di Jerman tanpa memasukkan Austria. Keadaan
di Prusia dan Austria, 1850-an tidak menunjukkan tanda-tanda dalam kalangan
nasionalis bahawa penyatuan Jerman akan berlaku.
Isi-isi penting
Langkah-langkah ke arah penyatuan
§ Kongres
Vienna 1815 menetapkan Persekutuan Jerman sebagai negeri penampan daripada penaklukan Perancis
menyebabkan negeri-negeri di Jerman mengadakan kerjasama ekonomi yang turut
menyemai penyatuan dalam bidang politik.
§ Prusia
memiliki sistem pemerintahan yang cekap dan mempunyai kedudukan ekonomi yang
kukuh. Kuasa politik dipegang oleh
tuan-tuan tanah atau junkers. Junkers menggalakkan perdagangan di negeri-negeri
di Jerman dengan menubuhkan kesatuan ekonomi yang dipanggil Zollverein.
Zollverein memparkenalkan sistem mata wang, sistem ukuran dan sistem timbangan
yang standard.
§ Prusia
dilihat berpotensi memainkan peranan ke arah penyatuan Jerman. Pada tahun 1861, William I ditabalkan sebagai Raja
Prusia menggantikan abangnya, Raja Frederick William IV. William I percaya
Prusia boleh memimpin menyatukan Jerman dan memperbesarkan angkatan tentera
Prusia dan memperkenalkan cukai.
§ Menteri
Pertahanan Prusia mencadangkan supaya menambah pegawai tentera, mengambil jumlah rekrut yang ramai dan memanjangkan
perkhidmatan tentera sukarelawan kepada 3 tahun. Bagaimanapun, golongan
nasionalis liberal bimbang angkatan tentera Prusia akan dikuasai oleh golongan
junkers. Di dewan perwakilan, wakil nasionalis
mengundi untuk tidak membenarkan kerajaan mengenakan cukai ke atas
rakyat.
§ Raja
William I melantik perdana Menteri baharu, iaitu Otto Eduard von Bismarck seorang junkers, anggota dewan parlimen di Prusia dan
Duta Prusia ke Rusia dan Perancis. Tugas utama Bismarck ialah menjinakkan
ahli-ahli parlimen supaya patuh kepada kehendak kerajaan dan raja. Apabila
parlimen menolak usul perbelanjaan tentera, Bismarck membelakangkan keputusan
parlimen dan melaksanakan dasar kutipan cukai.
Penutup
§ Kekuatan semangat kebangsaan telah menyatukan Jerman.
Bismarck mengamalkan realpolitik iaitu amalan politik yang dipelopori oleh
Niccolo Machiavelli yang menggunaknan pelbagai cara untuk menumpaskan
musuh-musuhnya.
§ Tindakan seperti menipu, berkompromi, berkawan semula,
mengugut, menekan, serta berperang digunakan untuk mencapai matlamat
politiknya, iaitu menyatukan Jerman. Bismarck berpegang kepada matlamat
menghalalkan cara iaitu dasar baik kalau boleh dasar jahat kalau perlu.
Soalan 59: Bincangkan siri peperangan ke arah penyatuan negara
Jerman
Pendahuluan
§ Di Jerman terdapat dua buah negeri yang paling
berpengaruh dan bersaing sesama sendiri iaitu Prusia dan Austria. Kebangkitan
Revolusi 1848 menyebabkan golongan bangsawan bimbang penyatuan Jerman menggugat
status quo mereka. Keadaan masih belum jelas kuasa yang manakah lebih dominan
sama ada Prusia dan Austria. Sesetengah golongan percaya penyatuan Jerman akan
menggabungkan negeri-negeri kecil di Jerman tanpa memasukkan Austria.
§ Keadaan di Prusia dan Austria,1850-an tidak menunjukkan
tanda-tanda dalam kalangan nasionalis bahawa penyatuan Jerman akan berlaku.
Isi-isi penting
Siri
Peperangan
1. Bismarck
merancang untuk mengukuhkan pasukan tentera dan memperkasa ekonomi Prusia
supaya dapat mengurangkan pengaruh Austria. Untuk melaksanakan dasar ini Bismarck melibatkan Prusia
dalam 3 peperangan. Peperangan pertama Bismarck ialah menentang Denmark atas
isu daerah Schleswig dan Holstein. Raja Christian IX mendakwa Schleswig sebagai
wilayah Denmark menyebabkan penduduk berbangsa Jerman meminta bantuan
negeri-negeri Jerman supaya membantu mereka. Bismarck memujuk Austria supaya
bekerjasama dengan Prusia untuk mengisytiharkan perang terhadap Denmark. Dalam
masa yang singkat sahaja, Denmark dapat ditewaskan. Kemenangan ini memberi dua
kesan. Pertama, kuasa-kuasa Eropah mula sedar akan kekuatan tentera Prusia dan
kedua , kaedah menyelesaikan tuntutan selepas perang ke atas kedua-dua daerah
Denmark dijadikan alasan oleh Bismarck untuk berperang dengan Austria.
2. Bismarck
meminta bantuan Rusia, itali dan Britain dan paling membimbangkan Bismarck
ialah Perancis kerana Perancis lebih pro-Austria dan menentang penyatuan Jerman. Bismarck telah mendapat persetujuan Raja Prusia bagi
menyerang Austria. Ketua-ketua tentera berada di pihak Bismarck. Bagaimanapun,
Bismarck menghadapi masalah di parlimen apabila Parti Progresif menentang
tindakan Bismarck untuk menyerang Austria. Perubahan ini menyebabkan Parti
Progresif kehilangan banyak kerusi di parlimen. Bismarck menggunakan tipu daya
menentang pentadbiran Austria di Holstein. Bismarck menuduh Austria melanggar
Persetujuan Gastein kerana Austria menentang Bismarck.
3. Peperangan
Prusia-Austria mengambil masa selama tujuh minggu. Kemenangan ini menyebabkan Prusia menubuhkan Kesatuan Jerman
Utara pada tahun 1867 dimana Austria dikeluarkan daripada kesatuan itu. Prusia
berhadapan dengan Perancis dalam usaha menyatukan negeri-negeri Jerman.
Nepoleon III tidak menyokong rancangan Prusia memimpin penyatuan Jerman selagi Jerman
tidak menerima sagu hati daripada Prusia kerana tidak menyebelahi Austria dalam
Perang Tujuh Minggu.
4. Pada
tahun 1868, revolusi di Sepanyol yang menyingkirkan Ratu Isabella daripada
takhta Sepanyol. Kerajaan
Sepanyol menawarkan kuasa pemerintahan kepada Putera Leopold dari Hohenzollern
iaitu sepupu Raja William dari Prusia. Nepoleon
III bimbang Prusia-Sepanyol akan membentuk sekutu dan menentang Perancis
lalu membantah tawaran itu. Perancis mendakwa waris Hohenzollern tidak pernah
menjadi Raja Sepanyol. Raja William tetap ingin sepupunya menaiki takhta
Sepanyol. Baginda menghantar telegram kepada Bismarck menerangkan terperinci
pertemuan baginda dengan duta Perancis .
5. Bismarck
menggunakan tipu helah dengan
mengubah kandungan telegram menunjukkan Raja William I melakukan tindakan yang
memalukan lalu memberikan salinan telegram itu kepada pihak akhbar. Tersebarnya
berita itu, Nepoleon III mengisytiharkan perang ke atas Prusia. Peperangan
Prusia-Perancis berlangsung dan Perancis dapat dikalahkan. Kesatuan Jerman
Utara menjemput negeri-negeri selatan bergabung dengannya. Raja William I
dilantik menjadi Kaiser atau Maharaja Jerman dan Bismarck menjadi Chancellor
atau perdana menteri Jerman.
Penutup
§ Kekuatan semangat kebangsaan telah menyatukan Jerman.
Bismarck mengamalkan realpolitik iaitu amalan politik yang dipelopori oleh
Niccolo Machiavelli yang menggunaknan pelbagai cara untuk menumpaskan
musuh-musuhnya.
§ Tindakan seperti menipu, berkompromi, berkawan semula,
mengugut, menekan, serta berperang digunakan untuk mencapai matlamat politiknya,
iaitu menyatukan Jerman. Bismarck berpegang kepada matlamat menghalalkan cara
iaitu dasar baik kalau boleh dasar jahat kalau perlu.
Mantap
BalasPadamTerbaik
PadamAuvsskisvw
BalasPadamNyaman tu wan
PadamNyaman eh jat
Padamassalamualaikum , klau usaha" ke arah penyatuan akhir , isi nya sama dgn langkah" penyatuan Italy , atau ambil isi dalam penyatuan akhir
BalasPadamAmbk sj
PadamNoh
BalasPadamSangat berguna 👩🎓
BalasPadamTerbaik
BalasPadamBaik😃
BalasPadamhm
BalasPadamapa ni ihh
BalasPadammantapppp
BalasPadammantap kannn
Padamya sangat mantap
Padamyg bilha punya tu ?
Padammungkin sekitar 1815 bgitu
Padamaku nda bekantut
BalasPadam