Rabu, 8 Julai 2015

1.1 Institusi Pemerintahan

1.1 Institusi Pemerintahan Beraja dan Pembesar



Soalan 111: Huraikan konsep dan peranan raja di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19

Pendahuluan

§  Raja Vietnam ditatabalkan oleh wakil Maharaja China. Jawatan ini diwarisi secara warisan oleh keluarga tertentu seperti Nguyen, Tuc, dan Minh dan sistem beraja di Vietnam dipengaruhi oleh konsep mandate dari syurga dan Confucianisme serta raja merupakan ketua negara dan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan.

§  Raja Thailand merupakan pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja, iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk memimpin manusia. Kepercayaan ini wujud kesan daripada pengaruh agama Hindu dan Buddha di Thailand.

Isi-isi Penting

Peranan Raja di Vietnam

1.       Pemerintahan dan Keagamaan

§  Raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan urusan keagamaan.
§  Raja berperanan sebagai ketua negara dan ketua pentadbir. Raja merupakan sumber autoriti dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran. Raja dipercayai mendapat mandate dari syurga atau tuhan untuk memerintah sesebuah negara.

2.       Dari Segi Ekonomi

§  Raja berkuasa penuh dalam bidang ekonomi dari segi penguasaan terhadap sumber ekonomi seperti tanah, buruh, hasil pertanian, kegiatan perdagangan, perkhidmatan, dan aktiviti mengutip cukai.

3.       Kehakiman dan Ketenteraan

§  Raja sebagai ketua hakim dan penggubal undang-undang. Raja berada di atas undang-undang dan tidak boleh didakwa atas kesalahannya. Maharaja mempunyai kuasa tertinggi dan sumber segala undang-undang. Maharaja berkuasa mutlak dalam segala hal.
§  Raja juga berperanan sebagai ketua tentera atau ketua panglima tentera.


Peranan Raja di Thailand

4.       Dari Segi Politik

§  Raja Thailand merupakan seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak dan menduduki hierarki tertinggi dalam pemerintahan serta berkuasa melantik pembesar.
§  Mengikut konsep order kosmos, raja dan istana sebagai pusat kegiatan. Kuasanya tidak terbatas meliputi keduniaan dan keagamaan sahaja.

5.       Dari Segi Sosial

§  Raja Thailand bertindak sebagai pelindung dan lambing perpaduan yang menjadi pelindung kepada rakyat daripada sebarang penganiayaan.
§  Raja dikenali sebagai Tuhan Kehidupan sesuai dengan konsep dhramaraja dengan pelbagai gelaran seperti Chaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin(Tuan Tanah) sehingga raja dianggap berkuasa memutus hidup dan mati rakyat.

6.       Dari Segi Ekonomi

§  Raja berkuasa dalam bidang ekonomi dan menguasai sumber ekonomi seperti pungutan cukai, hasil pertanian, dan kegiatan perdagangan. Contohnya, raja berkuasa ke atas balak dan beras.
§  Raja melantik pembesar sebagai pegawai untuk menguruskan semua kegiatan ekonomi bagi pihaknya.

Penutup

§  Raja mengetuai kerajaan dan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki politik. Raja merupakan pemimpin yang paling berkuasa dan menjadi perantaraan rakyat dengan tuhan.

§  Raja di Vietnam dianggap sebagai Thein-Tu (anak tuhan) manakala raja di Thailand dianggap sebagai devaraja, iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia. Raja di Vietnam dan Thailand secara umumnya mempunyai peranan dalam semua aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial.

Soalan 112: Huraikan konsep, hierarki dan peranan pembesar di Vietnam pada abad ke-19.

Pendahuluan

§  Sistem pemerintahan yang diamalkan dan diguna pakai di sesebuah  negara adalah berasaskan sistem kerajaan.Kerajaan berperanan untuk menggubal dasar-dasar negara serta membuat keputusan untuk rakyat yang diwakili.Kerajaan diketuai oleh seorang raja dan dibantu oleh para pembesar.

§  Pembesar memainkan peranan yang penting untuk memastikan segala urusan pentadbiran,ekonomi dan sosial sesebuah negara berjalan lancar bersesuaian dengan arahan daripada raja.Pembesar mempunyai kuasa tertentu namun terbatas mengikut keperluan dan kehendak raja.

Isi-isi penting:

Konsep Pembesar

§  Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakantugas-tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya sebelum kemasukan pengaruh Barat.Negara Asia mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan disokong oleh sistem pembesar.

§  Kumpulan pembesar inilah yang melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Kedudukan pembesar sangat penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja dalam hierarki pemerintahan. Pengagihan tugas kepada pembesar tidak menjejaskan kuasa mutlak raja atau maharaja kerana mereka hanya mempunyai kuasa yang terhad dan melaksanakan tugas mengikut apa yang telah diarahkan raja.

Hierarki Pembesar

Pembesar Mandarin

§  Mereka mengetuai setiap peringkat pentadbiran terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.Golongan Mandarin di Vietnam dipengaruhi oleh sistem yang diamalkan di China.Golongan Mandarin yang mendapat pendidikan Confucius yang baik adalah yang paling layak untuk menjadi pegawai pentadbiran,mereka akan mengetuai Quan atau kementerian.Golongan ini juga sangat berpengaruh kerana mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja,mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati rakyat,penegak keadilan pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

Majlis Tertinggi (Noi-cac)

§  Majils  ini dibentuk dan dipengerusikan oleh maharaja.Baginda akan diantu oleh enam kementerian  iaitu Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman dan Peperangan.Quan Hal Ehwal Awam mempunyai kedudukan yang paling tinggi berbanding Quan ynag lain.

§  Mereka bertangungjawab dalam memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua hal yang bekaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Majlis ini juga merupakan forum unuk menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian.

Peringkat Daerah/Kampung

§  Pembesar peringkat daerah berperanan untuk mengutip cukai,menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat,mengambil dan melatih tentera serta dalam bidang kehakiman.Manakalan pembesar peringkat kampung(komun) bertindak sebagai ketua hakim dan pentafsir undang-undang.Pembesar peringkat komun terdiri daripada Majlis Orang Tua.

Peranan Pembesar

§  Peranan pembesar adalah berdasarkan kepada peringkat atau bahagian yang disusun mengikut tugasan tertentu.Pengkhususan tugas secara tersusun telah dibuat berdasarkan jabatan yang dipegangnya.Pembesar bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk memastikan jawatannya kekal.

§  Pembesar kanan(Quan)-bertanggungjawab menasihati dan membantu maharaja dalam membuat keputusan.
§  Pembesar pusat bertanggungjawab di ibu kota.

§  Kerajaan dan istana mereka bertanggngjawab mengetuai sesebuah jabatan seperti jabatan jabatan peperangan,kehakiman dan percukaian.

Penutup

§  Keperluan pengikut memainkan peranan penting dalam membantu pembesar melaksanakan tugasan yang diarahkan oleh raja mereka.Ini bermakna seorang pembesar bukan sahaja bertangunggjawab secara terus kepada raja tetapi juga pengikutnya.Peranan pembesar sememangnya amat penting untuk memastikan sistem pentadbiran Vietnam berjalan lancar dan teratur.

Soalan 113: Bandingkan sistem pembesar di Vietnam dan Thailand pada abad ke-19

Pendahuluan

§  Sistem pembesar di Vietnam dan Thailand diwujudkan untuk membantu raja/maharaja dalam melaksanakan tugas dan melicinkan pentadbiran. Pembesar memainkan peranan penting dalam sistem politik Thailand dan Vietnam. Menduduki lapisan kedua dalam struktur sosial masyarakat.

§  Raja/maharaja mengagihkan tugasnya kepada golongsn pembesar di peringkat pusat, daerah dan kampung.Raja/maharaja masih memegang kuasa mutlak dan segala keputusan dalam politik, ekonomi dan sosial dalam raja/maharaja. Mempuyai tugas tertentu.

Isi-isi Penting:

Persamaan

§  Vietnam mempunyai hierarki pembesar. Begitu juga di Thailand terdapat hierarki pembesar, iaitu pembesar peringkat pusat dan peringkat daerah.

§  Pembesar di vietnam membantu maharaja dalam urusan di peringkat pusat, daerah dan kampung dan melaksanakan tugas yang diberikan oleh maharaja. Manakala di Thailand, pembesar menjalankan tugas yang diberikan oleh raja.

§  Pembesar di Vietnam dan Thailand menduduki lapisan kedua selepas raja dalam sistem pemerintahan.

Perbezaan

§  Vietnam menggunakan gelaran maharaja. Manakala di Thailand, menggunakan gelaran raja.

§  Vietnam tidak mempunyai pembesar yang terdiri daripada golongan bangsawan. Manakala di Thailand pula, pembesar terdiri daripada kerabat diraja dan golongan bangsawan yang dikenali sebagai khunnang. Jawatan khunnang adalah diwarisi.

§  Di Vietnam, kedudukan dan kuasa pembesar terletak pada golongan bangsawan (Quan) yang merupakan golongan sarjana berpendidikan Confucius dan mempunyai kedudukan istimewa dalam pentadbiran kerajaan. Setiap lapisan masyarakat berpeluang menjadi Mandrin(Quan) dengan syarat mendapat pendidikan tinggi Confucius. Berbeza dengan Thailand, pembesar ini tidak terbuka kepada golongan rakyat. Rakyat biasa tidak terlibat dalam sistem pemerintahan walaupun mempunyai kelayakan. Hanya putera-putera raja memegang jawatan seperti Menteri.

§  Golongan Mandrin mengetuai setiap birokrasi dalam kerajaan Vietnam dan dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

Kesimpulan

§  Kedatangan Barat menyebabkan perubahan dalam peranan pembesar di Vietnam dan Thailand. Golongan Mandrin di Vietnam kehilangan kedudukan dan kuasa, diambil alih oleh golongan berpendidikan Barat.

§  Thailand tidak dijajah tetapi pemodenan dalam sistem pentadbiran sedikit banyak telah mengubah peranan pembesar tradisional.

17 ulasan:

  1. salam cikgu terima kasih utk nota2 diatas.. slpas ckgu dtg ke sekolah sya, saya mula faham cara mnjawab sejarah stpm dgn btul. Hasilnya, kputusan pnggal 1 yang f tu :( , berubah jadi A di sem 2 ni. :D. haraf2 ulangan nnti boleh ubah f sem 1 tadi. sekali lagi. terima kasih cikgu, Pelajar smk Bugaya semporna.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Cikgu... Apa peranan pembesar di bidang ekonomi dan sosial??? Saya masih confuse dan dh pnt sgt dh dok cari haaaa.... Tolong berikan jawapan cg yee

    BalasPadam
  4. Macam mana mau jawab kalau soalannya 'huraikan ciri-ciri sistem beraja di thailand?'

    BalasPadam
  5. SAYA MOHON SHARE CIKGU SEBAGAI BAHAN RUJUKAN PELAJAR SAYA

    BalasPadam