4.3          Dekolonisasi dan Kedaulatan (China dan India)
4.3.1 Dekolonisasi China
Soalan 119: Bincangkan factor-fakor  tercetusnya revolusi di China pada abad ke-19
Pendahuluan:
§  Revolusi China pada abad ke-19 bertujuan untuk
menggulingkan dinasti Manchu yang telah memerintah China sejak tahun 1644.
Dalam pada masa itu usaha yang telah di ambil 
untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu menerusi Gerakan Islah dan
Gerakan Pembaharuan Manchu. Gerakan Revolusioner yang berkembang di bawah
pimpinan Dr. Sun Yat Sen telah menyebabkan kemunculan gerakan tersebut..
§  Revolusi China telah berjaya menumbangkan kerajaan Manchu
apabila Maharaja Hsuan-tsung turun daripada takhta pada 12 Februari 1912.
Isi-isi Penting :
1.      
  Kelemahan
Kerajaan Manchu.
§  Pada pertengahan abad ke-19 lagi kerajaan Manchu telah
mengalami kemerosotan,antara kemerosotan kerajaan yang jelas ketara dari segi
aspek pentadbiran dan ketenteraan. Kelemahan dalam bidang pentadbiran yang
dapat di lihat adalah seperti pengawai kerajaan Manchu tidak cekap menjalankan
pentadbiran , kerajaan juga tidak mengambil langkah untuk membaiki taraf hidup
rakyat selain dari itu kerajaan juga tidak menjaga kebajikan rakyatnya..
§  Kelemahan-kelemahan kerajaan Manchu dalam bidang
ketenteraan adalah kekalahan kerajaan Manchu dalam peperangan,s eperti Perang
Candu 1 dan 2, dan juga Perang China-Jepun (1894-1895).. Selain dari itu,
kerajaan juga terpaksa menandatanganni perjanjian-perjanjian yang berat sebelah
dengan kuasa-kuasa barat seperti Perjanjian Nanking (1842) dan Protokol Boxer
(1901).
2.      
Ketiadaan Pemimpin Yang Cekap
§  Maharaja Dowager dan Maharaja Kuang-hsu telah meninggal
dunia pada tahun 1911.
§  Selepas kematian Dowager , Hsuan-tung yang berusia tiga
tahun telah dilantik sebagai maharaja. Manakalah ayahnya, Putera Chun dilantik
sebagai Pemangku Raja..
3.      
Sentimen Anti Manchu 
§  Sentimen anti Manchu yang amat menebal dalam kalangan
orang cina turut menyumbang kepada pencetus Revolusi China 1911. Gerakan anti
Manchu telah dilancarkan oleh orang cina untuk bertujuan menggulingkan dinasti
Manchu dan mengembalikan pemerintahan dinasti Ming. Gerakan ini telah
dilancarkan oleh golongan yang masih setia kepada dinasti Ming.
§  Sejak tahun 1644, orang Cina menubuhkan pakatan-pakatan
sulit untuk melancarkan pemberontakkan bagi menggulingkan dinasti Manchu.
Antara pemberontakan anti Manchu yang telah dijalankan adalah 1673-1681
Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries, 1796-1804 Pemberontakan Teratai Putih,
1850-1864 Pemberontakan Taiping. Pemberontak –pemberontakan antiManchu
meletakan asas kepada pencetusan Revolusi China 1911.
4.      
Kesengsaraan Sosial.
§  Antara tahun 1885-1911 bilangan penduduk di China
meningkat daripada 337juta orang kepada 430juta orang.
5.      
Masalah Ekonomi.
§  Salah satu faktor yang menyebabkan tercetus Revolusi China
1911 adalah masalah ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan Manchu. Kejadian
banjir dan kemarau yang berlaku antara tahun 1910-1911 menjejaskan pengeluaran
hasil pertanian. Perkembangan ini menyebabkan berlaku kebuluran di
wilayah-wilayah seperti Kiangsu, Shantung, Anhui, Chekiang, dan Hupeh.
§  Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan Manchu
mengenakan cukai-cukai yang tinggi. Cukai yang tinggi menambahkan penderitaan
rakyat hingga mereka terpaksa menggadaikan tanah kepada tuan-tuan tanah.
Penutup :
§  Faktor-faktor tercetusnya revolusi China di sebabkan
ketidakpuasan hati masyarakat Cina dengan sistem pemerintahan dinasti Manchu.
Soalan 120:
Bincangkan peranan Dr. Sun Yat Sen ke atas Revolusi di China pada abad ke-19
Pendahuluan
:
§  Dalam
penentangan kerajaan Manchu, Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan
peranan yang penting. Beliau dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah
Hsiang-shan, kwangtung di China Selatan. Beliau menerima pendidikan Barat di
Sekolah Mubaligh Anglican dan Kolej Oahu di Honolulu, Hawaii. Pada tahun 1887,
beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Queens College di Hong
Kong.
§  Beliau telah
menubuhkan Pertubuhan Revolusioner, Parti Revolusi, menyebarkan perasaan
Antimanchu, mengemukakan Ideologi Revolusi dan melancarkan Pemberontakan.
Isi-isi
Penting :
1.      
Pertubuhan Revolusioner
§  Pertubuhan
Revolusioner, iaitu Hsing Chung-Hui ditubuhkan di Honolulu, Hawaii pada tahun
1894. Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah menggulingkan kerajaan Manchu
dan beliau telah mendapat sokongan daripada orang cina bagi melancarkan
pemberontakan tersebut.
§  Pada tahun
1895, golongan revolusioner merancang untuk menawan Canton bertujuan untuk
menjadikan Canton sebagai ibu pejabat Hsing Chung-hui, namun percubaan mereka
gagal dan Dr. Sun Yat Sen mendapatkan perlindungan di Jepun. Beliau menubuhkan
cawangan Hsing Chung-hui.
2.    Parti
Revolusi
§  Dr. Sun Yat
Sen Menubuhkan Parti Revolusi yang di kenali sebagai Tung Meng-Hui di Tokyo
pada tahun 1905, yang merupakan gabungan Hsing Chung-Hui dengan dua buah
persatuan revolusioner, iaitu Hua Hsing-Hu dan Kung Fu-Hui. Matlamat utama
penubuhan Tung Meng-hui adalah untuk menjatuhkan kerajaan Manchu, menubuhkan
kerajaan republik, menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China dan
menjadikan tanah-tanah hak kerajaan.
§  Cawangan-cawangan
Tung Meng-Hui ditubuhkan di Brusells, San Francisco, Singapura, Tanah Melayu,
Honolulu dan juga di bandar-bandar utama di seluruh China. Manakala, menerusi
cawangan-cawangan di seberang laut, beliau memungut wang dan merekrut
sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakan.
3.   Penyebaran Perasaan Anti manchu
§  Dr. Sun Yat
Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan antiManchu dalam kalangan rakyat
Cina dan menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo. Gerakan
Revolusioner beliau mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, rakyat yang
tidak berpuas hati terhadap kezaliman Manchu, kongsi-kongsi gelap dan tentera
yang mendapat latihan barat.
4.    
Mengemukakan Ideologi Revolusi
§  Dr. Sun Yat
Sen mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan dan Tiga Prinsip Rakyat (San
Min Chu I), iaitu nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan sosial. Dengan itu,
beliau berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi ideologi tersebut. Antara
prinsip-prinsip yang dikemukakan oleh melalui Ideologi Nasionalisme (Min-tsu
chui-i) yang berprinsip rakyat seharusnya menumpuhkan taat setia kepada negara
dan melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet dan orang Islam.
§  Selain itu,
Ideologi Demokrasi (Min-Chuan) yang berprinsipkan Kerajaan yang menjamin
kedaulatan rakyat ditubuhkan dan pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai
yang mahir. Ideologi Kebajikan Sosial (Min-sheng chui-i) yang berprinsip iaitu
kuasa digunakan untuk menentukan keperluan rakyat dan pembahagian sama rata hak
milik tanah untuk membaiki kehidupan petani. Prinsip tersebut telah pun
diterima sebagai ideologi utama revolusi Tung Meng-Hui dan beliau meletakkan
asas kepada perkembangan Gerakan Revolusioner di China.
5.     Melancarkan
Pemberontakan
§  Sekitar
tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancangkan 10
pemberontakan di China. Akhirnya, pemberontakan-pemberontakan tersebut telah
menjejaskan martabat dan maruah Kerajaan Manchu.
Penutup
§  Dalam
penentangan kerajaan Manchu, Dr Sun Yat Sen merupakan tokoh yang memainkan
peranan yang penting. 
Soalan 121: Huraikan faktor-faktor Gerakan 4 Mei dan
kesan-kesannya di China.
Pendahuluan:
§  Gerakan  4  mei 
merujuk   kepada   demonstrasi 
yang  dilancarkan  oleh 
pelajar-pelajar Universiti  Peking  pada 
4  Mei  1919. Merupakan  kebangkitan 
nasionalisme  rakyat  cina 
terhadap  kegiatan  imperialisme 
yang  ditekankan  ke 
atas  mereka  dan  juga 
merupakan sebahagian 
daripada  gerakan  intelektual 
yang  berlaku  antara 
tahun  1917-1923. Kemunculan  gerakan 
4  Mei  disebabkan 
oleh  perasan  tidak 
puas  hati  terhadap 
keputusan  Perjanjian  Versailles 
yang  memihak  kepada 
Jepun.
§  Lebih  kurang  5000 
pensyarah  dan  mahasiswa 
Universiti  Peking  mengadakan 
demonstrasi  membantah  keputusan 
Perjanjian Versailles  dan  demonstrasi 
pelajar  mendapat  sokongan 
dan  sambutan  yang 
amat  menggalakkan  daripada 
rakyat  Cina. Perkembangan   tersebut 
telah  menyebabkan  rusuhan 
dan  pemogokan  diadakan 
di  seluruh  negara 
dan  matlamat  utamanya 
adalah  menyelamatkan  China 
daripada  ancaman kuasa-kuasa  asing.
Isi-isi penting:
1.      
Ketidakstabilan 
politik
§  Perselisihan 
faham  timbul  dalam 
kalangan  pemimpin-pemimpin  di  China  menyebabkan 
mereka  tidak  dapat 
membentuk  sesebuah  kerajaan 
yang  kukuh. Mereka  juga 
gagal  mengatur  program-program bagi  membangunkan 
negara  yang  mundur. 
Pada  masa  itu, 
perselisihan  faham  antara 
Presiden Yuan  Shih-kai  dengan 
Dr.  Sun  Yat 
Sen  memburukkan  lagi 
keadaan  politik  di  China.
§  Keadaan 
politik  semakin  meruncingkan 
apabila  munculnya  zaman 
kehulubalangan  selepas  kematian 
Yuan Shih-kai.
2.      
Kemunculan 
golongan  saudagar  dan 
pekerja
§  Semasa  perang  dunia 
pertama  (1914-1918),  perusahan 
besi  dan  keluli 
berkembang  pesat  di  China.
Pihak  Berikat  memerlukan 
bekalan  besi  dan 
keluli  serta  kelengkapan 
perang. Perkembangan  tersebut  menyebabkan 
permintaan  untuk  bekalan 
besi  dan  keluli 
meningkat  dan  muncul 
golongan  saudagar  dan 
pekerja.
§  Golongan 
saudagar  dan  pekerja 
tidak  berpuas  hati 
dengan  pergolakan  politik 
yang  berlaku  di  China  dan 
juga  amalan  rasuah 
serta  penyelewengan  yang 
dilakukan  oleh  pegawai-pegawai  kerajaan.
3.      
Perkembangan 
intelektualisme
§  Antara  tahun  1903 
hingga  1919,  semakin 
ramai  pelajar  China 
dari  luar  negeri pulang 
ke  tanah  air. 
Mereka  menyedari  pelbagai 
kepincangan  yang  berlaku 
di  dalam  negara 
mereka.  Mereka  mula 
mengatur  langkah-langkah  untuk 
melakukan  pembaharuan  bagi 
membangunkan  negara  mereka. 
Dalam  masa  itu, 
Universiti  Peking  memainkan 
peranan  sebagai  pusat 
perkembangan  intelektual  di  China.
§  Tenaga 
pengajar  universiti  tersebut 
memainkan  peranan  menyebarkan 
idea  baharu  kepada 
pelajar-pelajar.  Mereka  yang 
terpengaruh  dengan  idea 
baharu  berperanan  dalam 
kebangkitan  Gerakan  4  Mei.
4.      
Faktor  luar  negeri
§  Peristiwa 
penting  yang  memberi 
kesan  mendalam  ialah 
Revolusi  Bolshevik  yang 
berlaku  di  Russia 
pada  tahun  1917. Kejayaan  Revolusi 
Bolshevik  menggulingkan  kerajan 
Tsar  dan  membentuk 
sebuah  kerajaan  yang 
moden.
§  Selain  itu,  revolusi 
sosial  yang  tercetus 
di  Finland,  Jerman, 
Australia,  dan Hungary turut  mempengaruhi 
pencetusan  Gerakan  4  Mei.
5.      
Pengambilan 
wilayah  Shantung  oleh  Jepun
§  Jepun 
bertindak  menguasai  wilayah 
Shantung  daripada  Jerman 
pada  Perang  Dunia 
Pertama  dan  menempatkan 
pasukan  tenteranya  bagi 
mengukuhkan  kedudukan  di 
wilayah  tersebut. Jepun  telah 
mengalahkan  Jerman  di 
Shantung  dan  merampas 
konsesi  Jerman  di 
Shantung.
§  Pada  18
Januari  1915,  Jepun 
telah  mengemukakan  tuntutan 
yang dikenali  sebagai  “21 permintaan”  untuk 
dilaksanakan oleh  China  dan 
menjadikan  negeri  China 
sebagai protektorat  Jepun.
Antara  perkara-perkara  yang 
terkandung  dalam  tuntutan 
tersebut  ialah; China  tidak 
menyerahkan  atau  memajak 
mana-mana  wilayahnya  kepada 
kuasa  ketiga; China  dikehendaki 
melantik  penasihat-penasihat  Jepun 
dalam  bidang  kewangan, 
ketenteraan,  dan  pasukan 
polis dan China  harus  menerima 
keputusan  yang  dicapai 
oleh  Jepun  dengan 
Jerman  berhubung  dengan 
hak-hak  Jerman  di 
wilayah  Shantung.
6.      
Mempertahankan 
kedaulatan  negara
§  Gerakan  4  Mei 
yang  dilancarkan  oleh 
golongan  pelajar  mempertahankan  kedaulatan 
China  daripada  pencerobohan 
kuasa  asing. Ekoran  daripada 
tekanan  yang  diberikan 
oleh  golongan  pelajar, 
kerajaan China membuat 
keputusan  untuk  menolak 
Perjanjian  Versailles.
§  Pada  masa  yang 
sama,  ahli-ahli  politik 
yang  bertanggungjawab  bagi 
penerimaan  21  tuntutan 
Jepun  terpaksa  meletakkan 
jawatan.  Jepun  terpaksa 
untuk  bersetuju  menarik 
diri  dari  wilayah 
Shantung  dalam  Persidangan  
Washington  1921-1922.
7.      
Melahirkan 
semangat  kebangsaan
§  Golongan 
pelajar  muncul  sebagai 
pejuang  bagi  mempertahankan  kepentingan 
dan  kedaulatan  negara. 
Mereka  juga  mengadakan 
demonstrasi  dan  memulaukan 
barang-barang  buatan  Jepun 
serta  melahirkan  perasaan 
antiJepun  dalam  kalangan 
rakyat  China.
§  Demonstrasi 
dan  pemogokan  yang 
dilancarkan  oleh  golongan 
pelajar-pelajar  mendapat  sambutan 
di  seluruh  negara. 
Pekerja-pekerja  juga  mengadakan 
demonstrasi  secara  besar-besaran 
di  Peking,  Shanghai, 
Hankow,  dan  Tientsin.
8.      
Perkembangan 
fahaman  komunis
§  Gerakan  4  Mei 
meletakan  asas  bagi 
perkembangan  fahaman  komunis 
di  China  dan 
mula  bertapak  serta 
mempengaruhi  pelajar-pelajar  daripada 
Universiti  Peking.
Perkembangan  fahaman  komunis 
dalam  kalangan  pelajar 
terserlah  apabila  Pertubuhan 
Pengajian  Marxism  telah 
ditubuhkan  di  Universiti 
Peking  oleh  Li Ta-chao 
pada  tahun  1918. 
Kebanyakan  daripada  anggotanya 
terdiri  daripada  pelajar-pelajar  Universiti 
Peking  seperti  Li Ta-chao, 
Chang Kuo-tao,  Mao  Tse-tung, 
dan  Chen  Tu-hsiu 
yang  memainkan  peranan 
dalam  perkembangan  fahaman 
komunis.
§  Fahaman 
komunis  bertapak  kukuh 
apabila  Parti  Komunis 
China  ditubuhkan  oleh 
Chen  Tu-hsiu  dan 
Li  Ta-chao  pada 
tahun  1921.
9.      
Melemahkan 
kedudukan  hulubalang-hulubalang
§  Gerakan  4  Mei 
telah  menyebabkan  kedudukan 
hulubalang  menjadi  semakin 
lemah. Malah  golongan  pelajar 
menyalahkan  golongan  hulubalang 
kerana  gagal  mempertahankan  kepentingan 
China  dalam  Perjanjian 
Versailles.
§  Kabinet  juga  terpaksa 
dibubarkan  ekoran  desakan 
orang  ramai.
10.   
Mengukuhkan 
kedudukan  Kuomintang
§  Rakyat 
memberi  sokongan  kepada 
kuomintang  yang  berjuang 
untuk  menyatukan  China.
§  Malah 
memberikan  dorogan  kepada 
Dr.  Sun  Yat 
sen  untuk  mengukuhkan kuasa di China  dan 
membentuk  kerajaan  baharu 
di  Nanking  pada 
tahun  1928.
 Penutup :
§  Pada  bulan  April 
1919,  Persidangan  Versailles  
membuat  keputusan  agar 
wilayah  Shantung  diserahkan 
kepada  Jepun  dan 
keputusan  tersebut  menimbulkan 
rasa  tidak  puas hati 
dalam  kalangan  golongan 
radikal  dalam  masyarakat 
cina. Demonstrasi   serta  pemulauan 
yang  dilakukan  oleh 
saudagar-saudagar  telah  melumpuhkan 
ekonomi  China. Perkembangan  ini 
telah  menyebabkan  pihak 
berkuasa  bertindak  membebaskan 
pelajar-pelajar  yang  ditangkap 
pada  7  mei 
1919.
§  Dalam  masa  yang 
sama,  Presiden  Hsu 
Shih-chang  mengarahkan  perwakilan 
China  yang  menyertai 
Persidangan  Versailles
supaya  menolak  syarat-syarat 
Perjanjian  Versailles. Pada  28  Jun  1919, 
perwakilan  China  tidak 
menghadiri  upacara  menandatangani  Perjanjian 
Versailles. Tindakan 
perwakilan  China  yang 
meninggalkan  Versailles  tanpa 
menandatangani  Perjanjian  Versailles 
menyebabkan  keadaan  di  China  pulih.
4.3.2
Dekolonisasi India
Soalan
122:  Bincangkan dekolonisasi di Negara India
Pendahuluan
§  Pada tahun 1905 sehingga 1918 deklonisasi di India
dikenali sebagai tahap militant .Hal ini kerana munculnya gerakan bersifat
radikal yang diketuai oleh B.G.Tilak, Lala Lajpat Rai , Bipin Chandra Pal  dan Aurobindo Ghosh .Tokoh-tokoh tersebut
memainkan peranan penting dalam menggerakan penentangan terhadap British kerana
bagi mereka tindakan yang keras harus dilakukan 
terhadap penjajah British harus dipulaukan termasuklah
barangan,institusi pendidikan,perkhidmatankerajaan, undang-undang dan mahkamah.
§  Jika langkah tersebut dijalankan secara berterusan , pastinya
melemahkan kedudukan British di India. Bagaimanapun, menjelang tahun 1920 ,
usaha golongan militant untuk membebaskan India daripada British namun menemui
kegagalan. Berikut adalah Usaha-usaha
mendaulatkan India.
Isi-isi Penting:
1.      
Melancarkan gerakan khilafat.
§  Masyarakat islam di India menganggap musuh kerajaan turki
juga musuh islam . Abul kalam azad khan ,Muhammad ali dan shaukat ali melancarkan gerakan yang dinamakan gerakan
khalifah .Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan
dan penutupan premis perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
§  Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua
aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan telah dilakukan pada 27
oktober 1919.
§  Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa India
bukanlah Negara islam dan menyarankan supaya masyarakat islam berhijrah ke
Negara islam iaitu Afghanistan.
2.      
Perjuangan penduduk tempatan bersifat sederhana
§  Selepas perang dunia pertama , perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana tetapi enggan bekerjasama dengan pihak British .Gandhi
merupakan pemimpin kongres kebangsaan India (INC)  dari tahun 1920 sehigga tahun 1939.
§  Dianggarkan antara 500 000 hingga 2 juta masyarakat islam
berhijrah ke Afghanistan. Kegagalan pemerintah Afghanistan memenuhi tuntutan
golongan ini menyebabkan penghijraan mereka sebagai usaha yang sia-sia.
3.      
Pemulauan terhadap barangan eropah dan barangan British
berlaku.
§  Prinsip swadesi 
atau berdikari bagi memenuhi keperluaan sendiri tanpa mengharapkan
bantuan orang lain. Gandhi menyarankan agar tindakan pemulauan terhadapa barangan
eropah dan barangan buatan British dilakukan .
§  Menurut Ghandi ,kebijaksanaan penjajah British ialah
menjadikan India sebagai tempat untuk memasarkan barang kilangnya .Ghandi
menjadi diri sebagai contoh dengan tidak
menggunakan barang barat.
4.      
Penentangan melalui mogok lapar.
§  Salah satu tindakan popular melalui prinsip ahimsa ialah
mogok lapar yang dilakukan pada tahun 1920. Penentangan melalui mogok lapar
menyebabkan kekuatan tentera British tidak berguna kerana tidak ada penentangan
bersenjata daripada pengikut Mahatma Gandhi.
§  Tindakan melalui tiga prinsip iaitu satyagraha,ahimsa,dan swadesi  memaksa British member kemerdekaan kepada India
pada tahun 1947. Menawarkan jawatan Presiden atau perdana meneri kepada Mahatma
Gandhi ,tetapi beliau  menolak kerana
perjuangannya bukan untuk mengejar pangkat dan kedudukan.
5.      
Mengadakan gerakan penentang awam
§  Usaha besar kearah pembebasan tanah air berlaku pada
bulan mac 1930 apabila Gandhi bertindak mengadakan
gerakan penentang awam dan peristiwa ini dikenali sebagai Perarakan Garam .Kerajaan  British yang memonopoli garam telah menaikkan
harga garam yang menyebabkan timbulnya kesukaran terutama golongan bawahan.
§  Mahatma Gandhi telah melakukan perarakan garam dari
Ahmadabad menuju ke pantai Gujerat .Perarakan ini juga dikenali sebagai
Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya memulakan perjalanan
tanpa menggunakan kasut dari Sabarmati Ashram sehingga ke pantai Gujerat. British
telah bertindak menahan dan memenjarakan pemimpi-pemimpin INC termasuk Mahatma
Gandhi dan mengharamkan INC.
6.      
Persidangan Meja Bulat.
§  Pada tahun 1930 , persidangan
meja bulat diadakan yang dihadiri Raja- raja India , orang islam,  hindu ,kristian ,dan sind gagal mencapai kata
sepakat . INC memboikot persidangan ini.
§  Seterusnya  British
telah berkerjasama dengan INC dan menganjurkan Pakatan Gandhi-Irwin pada tahun
1931.Berdasarkan pakatan tersebut 
M.Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan
sebagai balasan British akan menarik balik egala tindakan kekerasan dan member
jaminan untuk  membebaskan nasionalis India
yang ditahan.
7.      
Mengadakan mogok lapar di penjara. 
§  Selepas itu, INC bersetuju mengadakan Persidangan Meja
Bulat kedua. Keadaan tersebut membayangkan British member status dan autoriti
kepada INC sebagai jurucakap kepada rakyat India. M.Gandhi mendapati pegawai
–pegawai British berdolak-dalik dalam hal memberi kuasa kepada orang India
untuk mentadbir Negara mereka sendiri .
§  British mendakwa M.Gandhi gagal meyakinkan mereka tentang
cara menyelesaikan perpaduan dalam kalangan rakyat India. Sikap British
mengecewakan M.Gandhi dan beliau terus menentang British .Sekali lagi ,beliau
ditahan dan beliau terus mengadakan mogok lapar namun menghentikannay apabila British
memperkenalkan Pakatan Poona pada tahun1932.
8.      
Penghijrahan terbesar dalam sejarah dunia.
§  Liga muslim mendakwa INC sebuah parti yang memperjuangkan
nasib orang hindu  sahaja. Muhammad Ali
Jinnah mendesak wilayah-wilayah yang majoriti penduduknya beragama islam
seperti sind,Punjabi dan Bengal di bawah liga muslim. Bermula dari hal
tersebut, idea penubuhan Pakistan diperjuangkan di peringkatyang lebih luas.
Pada tahun 1940-an, liga muslim menerima sokongan sebilangan orang islam tetapi
menjadi sebuah parti massa yang mendapat sokongan daipada semua lapisan
masyarakat.
§  Isu pertikaian hindu dan islam tidak dapat dibendung lagi
. Gabenor Jeneral India , Lord Louis mountbatten bersama-sama dengan pemimpin
INC dan liga muslim telah mencapaikata sepakat. Kebuntuan politik mungkin dapat
diselesaikan jika India dipecahkan kepada dua iaitu satu tempat bagi hindu
manakal satu tempat lagi untuk orang islam.
§  Maka berlakulah penghijhraan terbesar dalam sejarah dunia
yang membabitkan pergerakan orang islam memasuki Pakistan dan hindu memasuki India.
Dalam proses penghijrahan berlaku banyak pertumpahan darah dan beribu orang
terkorban. Pada bulan ogos 1945,menjadi tarikh keramat buat kedua-dua Negara
apabila berakhirnya era penjajahan British di India dan kemunculan India dan
Pakistan sebagai Negara yang bebas berdaulat.
Penutup:
§  Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi
membebaskan India daripada penjajahan dan menjadi sebuah negar yang berdaulat .
Bagaimanapun usaha membebaskan diri daripada penjajahan British terjejas kesan
konflik antara orang hindu dan islam yang akhirnya menyebabkan India berpecah
kepada dua Negara iaitu inida dan Pakistan.
§  Kesimpulannya ,jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh
India berjalan penuh ranjau dan duri .. Bagaimanpun semangat kental yang
ditunjukan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi tekana barat dan mengatasi
masalah perpaduan rakyat India yang mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai
oleh generasi hari ini tidak dikira di mana kita berada. Sungguhpun jalan
penyelesaian yang diambil oleh masyarakat islam di India dengan menubuhkan
negar baharu,Pakistan, mungkin jalan terbaik bagi mengurangkan jumlah korban
yang lebih ramai.
Soalan 123: Huraikan
perkembangan  Gerakan Kebangsaan India
pada 1919-1935 .
Pendahuluan 
§  Mahatma
Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) . Beliau telah menukar INC
daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili pelbagai kelompok
daripada masyarakat bawahan kepada masyarakat atasan. 
§  Terdapat
tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa,
dan swadesi. Mahatma Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Bagi beliau,  melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan
masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain .
Isi-isi penting  
1.      
Usaha besar ke arah pembebasan tanah air berlaku pada
bulan Mac 1930 apabila Mahatma Gandhi bertindak mengadakan gerakan penentangan
awan dan peristiwa ini dikenali sebagai Perarakan Garam . Kerajaan British yang
memonopoli pengeluaran garam telah menaikkan harga garam dan tindakan tersebut
menimbulkan kesukaran terutamanya golongan bawahan. Mahatma Gandhi telah
melakukan perarakan garam dari Ahmadabad menuju ke pantai Gujeret . Perarakan
ini dikenali sebagai Perarakan Dandi kerana Mahatma Gandhi dan pengikutnya
memulakan perjalanan tanpa memakai kasut dari Sabarmati ashram menuju ke pantai
Dandi di Gujerat .
2.      
Di London, satu desakan agar kerajaan British mengadakan
perdamaian dengan INC dengan mengadakan satu persidangan di London dikenali
sebagai persidangan Meja Bulat . Pada tahun 1930 , Persidangan Meja Bulat yang
dihadiri oleh raja-raja India , orang islam , hindu , kristian , sikh gagal
mencapai kata sepakat INC . British telah bekerjasama dengan INC dan
menganjurkan pakatan Gandhi-Irwin pada 1931 . Berdasarkan pakatan tersebut : Mahatma
Gandi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam dan sebagai balasan
, British akan menarik balik segala tindakan kekerasan dan memberi jaminan
untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan .
3.      
Persidangan Meja Bulat ketiga diadakan bagi menyelesaikan
isu-isu yang berkaitan dengan perlembagaan. kerajaan British mencadangkan
usul-usul yang kemudiannya dikenali Akta Kerajaan India 1935. Berdasarkan akta
kerajaan India 1935. Dicadangkan penubuhan sebuah persekutuan India dan
memberikan kuasa autonomi kepada wilayah-wilayah jajahan British .
4.      
Melantik Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab ke atas
hal ehwal luar negeri, pertahanan dan keagamaan.
5.      
Mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1937.
Kesimpulan 
§  Jalan menuju
kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri .
Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam
menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang
mencecah ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di
mana kita berada .
Soalan 124: Huraikan
perkembangan Gerakan Kebangsaan di India tahun 1935-1947
Pendahuluan
§  Mahatma
Gandhi memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) . Beliau telah menukar INC
daripada sebuah parti elit kepada gerakan massa yang mewakili pelbagai kelompok
daripada masyarakat bawahan kepada masyarakat atasan. 
§  Terdapat
tiga prinsip perjuangan Mahatma Gandhi yang terkenal iaitu satyagraha, ahimsa,
dan swadesi. Mahatma Gandhi seorang pejuang anti kekerasan. Bagi beliau,  melakukan kekerasan tidak dapat menyelesaikan
masalah sebaliknya menimbulkan masalah lain .
Isi-isi Penting:
Akta Kerajaan India 1935
§  Akta
kerajaan India diluluskan pada Ogos 1935 yang menimbulkan perasaan tidak puas
hati parti-parti politik. Kongres kebangsaan India dan liga muslim di bawah
pimpinan jinnah menolak akta ini.
§  Rasa tidak
puas hati timbul kerana akta ini tidak menjamin taraf dominion yang di tuntut
oleh golongan nasionalis India. Hal ehwal pertahanan dan hubungan luar India
masih di kuasai oleh orang Inggeris.
Pilihan raya 1937
§  Pilihan raya
majlis perundangan provinsi yang dijanjikan dalam akta kerajaan India 1937.
Dalam pilihan raya tersebut, kongres kebangsaan India mencapai kejayaan yg
memberangsangkan.
§  Kongres
telah menguasai majlis perundangan di madras, provinsi bersatu, provinsi tengah
dan orissa. Kongres turut menguasai separuh daripada kerusi yang di
pertandingkan di bombay dan satu per tiga kerusi yang dipertandingkan di
wilayah barat laut dan assam. Pada keseluruhannya kongres memenangi 714
daripada 1585 kerusi yang di pertandingkan.
Idea penubuhan pakistan
§  Keputusan
kongres menolak cadangan membentuk kementerian-kementerian gabungan mencemaskan
jinnah. Oleh itu, liga islam mengambil keputusan bahawa tidak boleh mengharap
keadilan daripada kongres. Perkembangan ini menyebabkan hubungan antara kongres
dan liga islam menjadi buruk.
§  Mohammad Ali
Jinnah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara yang berasingan
bagi orang islam. Revolusi mengenai penubuhan Pakistan diluluskan dalam
Persidangan Liga Islam di lahore pada tahun 1940.
Kemunculan sayap kiri
§  Kongres
menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh dengan penyertaan ramai orang
menjadi anggota pertubuhan tersebut. Perkembangan ini menyebabkan muncul
kumpulan sayap kiri dalam kongres di bawah pimpinan Subash Candra Bose.
§  Kumpulan
sayap kiri menuntut agar kongres kebangsaan di India mengambil tindakan keras
terhadap pihak British. Kumpulan sayap kiri menjadi lebih aktif dan berpengaruh
apabila Subash Candra Bose dipilih menjadi presiden kongres. Namun begitu , beliau
terpaksa meletak jawatan apabila berlaku penentangan daripada musuh-musuhnya.
Nasionalisme India
semasa perang dunia kedua
§  Semasa
perang dunia kedua, British melibatkan India dalam peperangan tersebut tanpa
berunding dengan pemimpin tempatan. Perkembangan ini menyebabkan kongres
menuntut agar wizurai menjelaskan matlamat British menyertai peperangan dan
implikasinya terhadap India.
§  Selain itu
kongres juga menuntut penubuhan sebuah kerajaan pusat kebangsaan bagi
membuktikan niat baiknya. Kongres tidak berpuas hati dengan respon kerajaan British
terhadap tuntutannya. Perkembangan ini menyebabkan menteri-menteri kongres
meletak jawatan sebagai tanda bantahan mereka.
Tawaran ogos
§  Dalam pada
itu, keadaan politik di Eropah berubah ekoran kejayaan Jerman menawan Perancis
pada tahun1940. Perkembangan ini menyebabkan British mendapaat ancaman daripada
Jerman. Dalam keadaan ini, British memerlukan kerjasama daripada
pemimpin-pemimpin kongres bagi menghadapi situasi di Eropah.
§  Ogos 1940,
Lord Linlithgow menawarkan kepeda pemimpin-pemimpin kongres untuk membincangkan
perkembangan politik di India. Beliau juga bersetuju menubuhkan sebuah badan
perwakilan yang akan diterima oleh parlimen British.
Utusan cripss, Mac 1942
§  Dalam pada
itu, kejayaan Jepun menguasai negara-negara di asia tenggara seperti myanmar
dan tanah melayu menimbulkan kebimbangan British. Jepun turut mengumumkan
bahawa matlamat utama serangan terhadap India adalah untuk membebeskan negara
tersebut daripada pemerintahan British.
§  Propaganda Jepun
mendapat sokongan daripada orang India di seberang laut dan tentera British India.
Perkembangan ini membawa kepada penubuhan 
Liga Kemerdekaan India dan Tentera kebangsaan India bagi membebaskan India
daripada pemerintahan British. Ancaman Jepun telah menyedarkan British tentang
kepentingan hubungan persahabatan dengan kongres kebangsaan India.
Pergerakan keluar dari India
(1942)
§  Kongres
telah meluluskan resolusi dala persidangan yang diadakan di bombay pada bulan
ogos 1942 menuntut agar British menarik diri daripada India. Resolusi keluar
dari India mendapatan sambutan ahli-ahli kongres di seluruh India. Dalam pada
itu, kongres mengumumkan gerakan penderhakaan awam akan dilancarkan sekiranya British
enggan berundur dari India.
§  Kerajaan British
bertindak segera dengan menangkap gandhi dan beberapa orang pemimpin kongres
untuk menggagalkan gerakan tersebut. Tindakan ini menyebabkan 60000 orang di
tahan manakala 10000 orang menjadi mangsa rusuhan dan keganasan yang berlaku di
seluruh India.
Perjuangan tentera
kebangsaan India.
§  Subash
candra bose telah menubuhkan tentera pembebasan India untuk membebaskan India.
Subash candra bose mendapatkan bantuan daripada Jepun untuk memimpin gerakan
pembebasan India di asia tenggara. Beliau menubuhkan sebuah kerajaan dalam
buangan di singapura yang di kenali sebagai Azad Hind.
§  Seterusnya,
beliau menggerakkan tentera pembebasan India ke sempadan India untuk menyertai
tentera Jepun dalam usaha membebaskan India. Walau bagaimanapun, Kuasa Berikat
berjaya menyekat kemaraan tentera Jepun dan mengusir mereka dari sempadan India.
Rancangan wavell.
§  Dalam pada
itu, liga islam menuntut sebuah negara yang berasingan bagi orang islam iaitu
pakistan. Jinnah menyatakan pendirian bahawa pembahagian India adalah
satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah. Pendirian jinnah membentuk
sebuah negara yang berasingan bagi orang islam menghancurkan harapan orang India
bagi membentuk sebuah negara yang bersatu.
§  Lord Wavell
menjemput gandhi, jinnah dan pemimpin-pemimpin lain untuk mengadakan
perbincangan  di  Silma pada 25 jun 1945. Namun begitu,
perbincangan tersebut gagal mencapai kata sepakat dalam kalangan pemimpin
kongres.
Perutusan kabinet
§  Dalam pada
itu, Clement Atlee (Perdana Menteri Britain) menghantar satu utusan yang dikenali
sebagai Utusan Kabinet ke India pada bulan Mac 1946. Matlamat utama Utusan
Kabinet adalah mencari jalan untuk memberi kemerdekaan kepada India dan
menggubal perlembagaan baharu.
§  Utusan
kabinet mengumumkan laporan pada 6 Mei 1946. Antara syor-syor yang terkandung
dalam laporan tersebut adalah : Mewujudkan sebuah kesatuan yang dikenali
sebagai Indian Union, Terdiri daripada gabungan provinsi dan negeri dan
Kerajaan pusat kuasa terhadap pertahanan, hal ehwal luar dan perhubungan
§  Kongres
bersetuju menyertai Dewan Perwakilan dan akan melibatkan diri dalam Kerajaan
Sementara yang bakal ditubuhkan. Pendirian Wavell menyebabkan Liga islam
membuat keputusan untuk menolak semua cadangan perutusan kabinet.
Penubuhan kerajaan
sementara
§  Parti
kongres menguasai majoriti kerusi dalam pilihan raya yang diadakan pada bulan
julai 1946. Kemenangan kongres menimbulkan kebimbangan orang islam dan Jinnah
mengambil tindakan bagi pembentuk negara pakistan. Tercetusnya rusuhan
perkauman di Culcutta, Bihar dan seterusnya tersebar ke seluruh negara.
§  Pada 2
September 1946, Lord Wavell mengambil keputusan untuk membentuk kerajaan
sementara dengan Jawaharlal Nehru sebagai Timbalan Presiden. Liga islam
menyertai kerajaan sementara pada 15 Oktober 1946. Lord Wavell diganti oleh
Lord Maountbatten sebagai wizurai terakhir untuk menguatkuasakan rancangan
kemerdekaan India
Kesimpulan 
§  Jalan menuju
kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri .
Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam menghadapi
tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah
ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di mana kita
berada
Tiada ulasan:
Catat Ulasan