3.3 Kemajuan Pendidikan (Perancis dan Jerman)
Soalan 84 : Bincangkan sistem pendidikan di Perancis.
Pendahuluan
§ Pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara
serta sistem pendidikan yang diamalkan adalah berbeza mengikut masa,tempat,dan
adat resam yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat. Pendidikan diperoleh
daripada pelbagai sumber dan bentuk.
§ Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans
yang banyak melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
§ Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak
pada golongan raja yang memerintah .Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa. Di Perancis usaha untuk
meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan yang
dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu
sains,matematik, dan vernakular.
Isi –isi penting:
A) Sejarah
pendidikan
Semasa Zaman pencerahan dan
Revolusi Perancis.
§ Sistem pendidikan di eropah sentiasa mengalami kemajuan
dan proses ini berterusan sepanjang tempoh zaman pencerahan dan revolusi
perancis. Dalam tempoh tersebut ,pembangunan dan perkembangan dalam sistem
pendidikan menigkat dan menjadi lebih signifikan.
§ Peningkatan dalam sistem pendidikan membentuk masyarakat
membaca yang lebih besar .Hal ini terjadi kerana ledakan pencetakan yang
menigkatkan permintaan daripada pembaca daripada pelbagai golongan masyarakat
dan kelas sosial.
Sebelum Zaman Pencerahan
§ Sistem pendidikan belum begitu dipengaruhi oleh Revolusi
Saintifik .Apabila Revolusi Saintifik menembusi pandangan tradisional pada masa
itu , agama,dan kepercayaan karut telah digantikan dengan hujah dan fakta
saintifik yanb membawa kepada pandangan bahawa semua orang mempunyai kapasiti
yang sama dan pendidikan tidak harus terhad kepada kelas tertentu atau jantina.
Sebelum abad ke 17 dan 18
§ Sistem pendidikan asas dimulakan oleh Jules Ferry,
Menteri Pelajaran pada tahun 1880. Beliau mahukan sebuah sekolah yang mempunyai
guru yang terlatih disetiap Bandar dan kampung untuk menyampaikan pendidikan yang sempurna dan
wajib kepada semua golongan dan tidak harus berada di bawah pengawalan gereja.
Pada tahun 1880, telah wujud pemisahan yang jelas antara gereja dengan pihak
pemerintah.
B) Pertumbuhan
sistem pendidikan
§ Kadar
celik huruf di Eropah dari abad 17 -18 menigkat dengan ketara. Pendidikan teral disediakan untuk semua kelas masyarakat.
Pada pertengahan 1920 an ,majoriti masyarakat Perancis adalah celik huruf dan
50 peratus daripada mereka telah memperolehi apa yang dipanggil sebagai
Certificate d’etudes yang diberikan selepas tamat pendidikan rendah pada usia
12 tahun. Walaubagaimanapun ,hanya 3 peratus penduduk mendapat manfaat kerana
masalah yuran yang dikenakan.
§ Konsep
literasi Menggambarkan keadaan pada abad 17 dan 18 adalah bebeza
dari segi definisi literasi atau cekik huruf sekarang. Terdapat perubahan yang
ketara dalam bidang pendidikan pada abad ke 18 di Eropah .Secara amnya,kadar
celik huruf di Eropah pada abad ke 18 hampir dua kali ganda berbanding abad ke
17. Kadar celik huruf meningkat dengan ketara terutamanya di kawasan padat
penduduk dan kawasan sekitar sekolah-sekolah agama.
§ Konflik
antara istana dan gereja. Pihak
gereja dan istana berpendapat bahawa
institusi pendidikan seperti universiti dan kolej boleh mengekalkan
dominasi masing-masing. Walau bagaimanapun , subjek yang diajar di institusi
ini adalah terhad dan hanya menyokong salah satu pihak sama ada gereja atau
kerajaan.
§ Perubahan
dalam keperluan di alam pekerjaan. Perubahan dalam keperluan alam pekerjaan atau kerjaya
berpendapatan tinggi juga telah menyumbang kepada keperluan untuk berpendidikan
tinggi. Kriteria untuk pekerjaan seperti
ini telah di perketatkan .
§ Pencetakan bahan bacaan yang sangat penting. Pencetakan buku yang menigkat telah menyebabkan kadar
literasi meningkat. Bilangan buku yang diterbitkan dalam tempoh Zaman
Pencerahan meningkat secara mendadak kerana peningkatan dalam kadar celik huruf
dan penigkatan permintaan untuk buku. Walau bagaimanapun, sepanjang abad 18
,peratus minat membaca genre tradisional seperti agama telah menurun manakala
buku-buku Almanak meningkat.
§ Sastera
dalam bahasa Perancis. Sastera
yang menekankan sains dalam bahasa perancis telah mendapat sambutan. Walau
bagaimanpun ,sastera kontemporari juga menigkat pada abad ke 18. Selain itu
,terdapat perubahan dalam pencetakan buku. Sebelum abad 18 , kebanyakan buku
menggunakan bahasa latin tetapi tdengan peredaran masa peratus buku yang
dicetak dalam bahasa latin berkurang. Malah ,permintaan buku-buku perancis
menigkat dan ini menyebabkan peningkatan di dalam penerbitan buku-buku dalam
bahasa perancis yang menebakan bahas tersebut terus tersebar.
§ Pembinaan
perpustakaan awam Zaman Pencerahan. Pada zaman pencerahan perpustakaan awamtelah dibiayai
oleh kerajaan dan boleh digunakan oleh semua masyarakat secara percuma. Ini
merupakan perubahan yang berlaku kepada institusi awam seperti perpustakaan dan
muzium pada zaman pencerahan.
§ Peningkatan
bilangan kedai kopi, kelab, akademi, dan sebagainya menjadi lokasi sebagi
memperolehi pendidikan. Kedai kopi @ university Penny menjadi tempat untuk orang
ramai berkumpul , membaca, belajar, dan berdebat antara satu sama lain. Kedai
kopi mempunyai reputasi sebagai pusat pembelajaran tidak formal. Walaupun kedai
kopi umumnya boleh diguna semua orang kebanyakan daripada kedai-kedai kopi ini
tidak membenarkan wanita menyertai pebincangan. Secara amnya, kadar celik huruf
telah menigkat bagi kedua-dua jantina . walau bagaimanapun, terdapat juga
perbezaan daripada segi pendidikan, yang diterima kedua-dua jantina.
§ Peningkatan
dalam bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita. Kemunculan feminisme dalam pendidikan semasa Zaman
pencerahan dan Revolusi Perancis telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam
bilangan penerbitan yang dihasilkan oleh penulis wanita. Bilangan wanita yang
menerbitkan karya mereka dalam bahasa perancis pada abad 18 kekal sekitar 55-78
. Bilangan penulisan oleh wanitaterus meningkat selepas Revolusi Perancis dari
tahun 1789 sehingga 1800.
Penutup
§ Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam anjakan
dan transformasi idea . sistem pendidikan di Eropah sentiasa mengalami kemajuan
dan proses ini berterusan sepanjang
tempoh Zaman Pencerahan dan Revolusi Perancis.
§ Perkembangan sistem pendidikan di Eropah berlaku selepas zaman Renaisans
yang banyak melahirkan elemen baharu dalam bidang pendidikan .
§ Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke 18 terletak
pada golongan raja yang memerintah. Maka pendidikan lebih menjurus kepada kelas-kelas istimewa . Di Perancis usaha
untuk meluaskan pendidikan telah dilaksanakan oleh golongan belia. Pendidikan
yang dijalankan lebih praktikal dan menjurus kepada mempelajari ilmu sains, matematik,
dan vernakular.
3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Jerman
Soalan 85: Bincangkan Sistem dan peringkat pendidikan di Jerman
Pendahuluan
· Semasa abad
ke-18, kerajaan Jerman antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan cukai
yang dibiayai dan amnya pendidik rendah adalah wajib. Pendidikan terdiri
daripada kursus lapan tahun pendidikan rendah yang dipanggil volksschule.
· Pendidikan
menyediakan bukan sahaja kemahiran yang diperlukan dalam dunia industri yang
awal seperti membaca, menulis dan mengira, pendidikan yang tegas dalam etika,
tugas, disiplin dan ketaatan. Falsafah tentang tugas negara telah digabungkan
dengan pandangan John Locke, seorang ahli falsafah Inggeris yang sangat
berpengaruh pada zaman pencerahan.
·
Jerman telah
menubuhkan satu sistem pendidikan tiga peringkat yang dianggap saintifik yang
mula dirangka pada tahun 1807 dan telah disempurnakan menjelang tahun 1819.
Sistem pendidikan di Jerman menekankan sistem kawalan pemikiran atau kawalan
minda.
Isi-isi Penting :
Sistem
pendidikan di Jerman
1.
Martin Lurther telah menganjurkan kewajipan pelajaran
supaya semua rakyat bebas akan dapat membaca dan mentafsir kitab Bible. Pentadbiran sekolah dipengaruhi oleh masalah yang
berlaku antara raja, golongan Gereja Lutheran. Golongan ini tidak disukai oleh
raja dan golongan Pietism menyebelahi raja. Golongan Pietism merupakan kumpulan
reformis dalam Lutheranisme serta mengadakan satu pakatan politik dengan raja
Prusia berdasarkan kepentingan bersama untuk memecahkan dominasi Gereja
Lutheran. Golongan tersebut menekankan keperluan kerohanian dalaman dan hal ini
boleh dicapai melalui pembacaan kitab Bible. Golongan Pietism juga membantu
membentuk prinsip-prinsip sistem sekolah awam yang moden termasuklah penekanan
pada literasi.
2. Pendidikan dianggap sangat penting untuk menanamkan
ketaatan sosial dalam kalangan rakyat melalui Indoktrinasi. Oleh itu, sekolah-sekolah menggunakan bahasa rasmi untuk
memupuk kesetiaan kepada raja dan melatih lelaki muda menjadi tentera dan golongan
birokrat. Pendidikan dikategorikan sebagai salah satu tugas kerajaan. Pada
tahun 1763, aoabila raja Frederick II mengumumkan persekolahan wajib untuk
semua kanak-kanak antara usia lima hingga tiga belas tahun.
3.
Peperiksaan akhir, abitur telah diperkenalkan pada tahun
1788 dan dilaksanakan di semua sekolah menengah menjelang tahun 1812 dan diperluaskan ke seluruh Jerman pada tahun 1871.
Lulus abitur menjadi pra-syarat untuk menceburi profesion yang telah dipelajari
dan perkhidmatan awam.
4. Pada tahun 1809 pula, ahli falsafah Prusia yang merupakan
Menteri Pendidikan, Wilhelm von
Humboldt melaksanakan pembaharuan sistem pendidikan Prusia atau Jerman yang
dipengaruhi oleh pendebatan idealistik. Apabila empayar Jerman ditubuhkan pada
tahun 1871, Jerman mengalami perkembangan sistem persekolahan dan sistem
persekolahan menjadi lebih berpusat.
5.Jerman telah memperkenalkan sekolah menengah pertama pada
tahun 1872. 4 jenis sekolah menengah telah
dibangunkan antaranya : Gymnasium selama lapan atau sembilan tahun (tumpuan
kepada bahasa Latin); Realgymnasium selama sembilan tahun (tumpuan kepada
bahasa Latin, moden, sains dan math); Realschule selama enam tahun (tanpa
kelayakan masuk ke universiti) dan Oberealschule selama sembilan tahun (tumpuan
kepada bahasa-bahasa moden, sains dan math)
Peringkat
pendidikan di Jerman
Pendidikan
Rendah
§ Menjelang
abad ke 18, sekolah-sekolah rendah telah di tubuhkan di seluruh Prusia. Semasa
pemerintahan Raja Fredick William 1,
lebih kurang 1000 sekolah rendah di bina di seluruh Negara. Selepas mengalami
kekalahan dalam peperangan dalam peperangan dengan Napeoleon, Raja Fredick William 111 mengalihkan
perhatian terhadap usaha membangunkan sistem pendidikan di Jerman.
§ Kanak-kanak
yang berumur tujuh tahun di
kehendaki mendaftar di sekolah-sekolah rendah. Pengajian di sekolah-sekolah
rendah pembelajaran seperti agama, membaca, menulis, mengira, geografi,
sejarah, dan gimnastik.
Pendidikan
Menengah
§ Pendidikan
di peringkat menengah terdiri daripada
dua aliran,iaitu sekolah gymnasium
dan sekolah sekolah awam (real
school). Pengajian di gymnasium di utamakan bahasa Latin dan Greek. Sekolah awam pula memberi penekanan pada bahasa ibunda, matematik, sains tabii,
dan bahasa-bahasa moden.
§ Kerajaan Jerman
di bawah pimpinan Raja Fredick William 111
memberi penekanan kepada sekolah awam. Pelajar-pelajar yang mendaftar di
sekolah awam ketika berumur sembilan
tahun.
Pendidikan
Teknikal
§ Kerajaan Jerman
turut memberi keutamaan kepada pendidikan dalam
bidang teknologi. Penekanan di
berikan kepada bidang teknologi selaras usaha untuk membangunkan sektor perindustrian, dan perdagangan di Jerman.
§ Perkembangan
ini menyebabkan pelajaran ini di ubah suai kepada mata pelajaran teknikal. Selaras dengan itu sekolah-sekolah teknik
seperti politeknik dan sekolah-sekolah perdangangan telah di
tubuhkan.
Peringkat Universiti
§ Kerajaan Jerman
juga telah memberi penekanan kepada penubuhan institusi pengajian tinggi atau universiti. Pengajian universiti di bahagikan kepada empat fakulti iaitu, teologi, undang-undang, perubatan, dan
falsafah. Pengajian di fakulti falsafah turut meliputi Matematik, sejarah, geografi, kesusasteraan, sains tabii, dan filogi.
§ Pentadbiran
universiti akan di kendalikan oleh seorang rektor
yang di pilih oleh profesor. Universiti Berlin merupakan universiti
yang tersohor dan terbesar di Jerman
yang mempunyai 200 profesor dan 5000
pelajar. Idea asal penubuhan universiti ialah Fichte dari universiti di Jena.
Pentadbiran
Sekolah
§ Langkah-langkah
juga telah di ambil untuk mewujudkan sistem
pentadbiran pusat yang seragam di Prusia.
§ Sistem
pentadbiran pusat meletakkan asas
bagi kelahiran-kelahiran sekolah-sekolah
Gymnasien yang menggantikan sekolah latin.
Penutup :
· Pada awal
abad ke-20, sekolah tersebut telah mencapai pangkat dan keistimewaan yang sama
walaupun mempunyai prestij yang berbeza.
· Oleh itu,
pendidikan telah bermula sejak kewujudan manusia dan cara serta sistem
pendidikan yang diamalkan adalah berbeza mengikut kuasa, tempat dan adat resam
yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat.
· Proses seseorang
mendapat pendidikan adalah sepanjang hayat kehidupannya di dunia ini bermula
dari kelahirannya dan berterusan hingga ke akhir hayat.
terima kasih
BalasPadamAmat membantu saya dalam mengarang esei bagi bab ni
BalasPadamAmat membantu saya dalam penulisan esei
BalasPadamPerkembangan dasar pendidikan dengan sistem pendidikan sama tak ?
BalasPadamDalam soalan sistem pendidikan di jerman perlu jawab seperti semua jawapan di atas ke?
BalasPadam👍👍
BalasPadamJawapan untuk faktor faktor dan perkembangan ilmu di perancis pada abad ke-17 ada tk ??
BalasPadamhii
BalasPadamMantap cikguuu! tak pernah mengecewakan!
BalasPadamMantap cg Salmah 😁
PadamAdakah ini mwrupakan falsafah pendidikan jerman..
BalasPadamTERIMA KASIH CIKGU, SAYA MOHON GUNAKAN SEBAGAI NOTA KEPADA ANAK DIDIK SAYA
BalasPadam