Rabu, 8 Julai 2015

Panduan Menjawab Sejarah STPM



PANDUAN MENJAWAB  SEJARAH STPM 940

 FORMAT ESEI SEJARAH

1.     Pendahuluan

  • Ditulis dalam satu perenggan awal karangan.
  • Jangan campur dengan isi. Jika berlaku, calon akan kehilangan markah komunikasi
  • Mesti padat dan ringkas dan sekurang-kurangnya (6-8 baris)

2.     Isi atau fakta

  • Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 4-5 isi (4-5 Perenggan)
  • Setiap perenggan mempunyai isi, huraian dan contoh (8-10 Baris)
  • Perlu memahami soalan yang mempunyai DUA bahagian mengikut kehendak soalan

3.     Penutup

  • Ditulis dalam satu perenggan akhir. Rumusan kepada soalan dan mesti padat dan ringkas (6-8 Baris)
  • Gunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya dan akhirnya sebagai menunjukkan calon telah menutup esei


TEKNIK MENYUSUN FAKTA

1.    Markah maksima bagi isi yang lengkap ialah 20 markah  

2.    Isi bergantung kepada pemberat tajuk dan bahagian mengikut kehendak soalan

3.  Susun dan letakkan isi mengikut kepentingan iaitu Politik, ekonomi dan Sosial (PES). Isi penting diletakkan di bahagian atas dan sebaliknya. Calon perlu kemukakan sekurang-kurangnya 4 atau 5 Isi (4-5 Perenggan) yang mengandungi isi, huraian dan contoh.

4.    Kembangkan isi dengan menggunakan kaedah 5W1H.

5.   Gunakan Kaedah Induktif dalam menulis esei iaitu Isi diletakkan di atas dan diikuti huraian dan contoh.

6.    Gunakan penanda wacana bagi menunjukkan saling pertautan di antara perenggan. Contoh: Selain daripada itu, Justeru itu dll.

 

PANDUAN JAWAPAN YANG BAIK

1.  Jawapan mengikut format yang telah ditetapkan iaitu mempunyai Pendahuluan, Isi dan Penutup bagi setiap soalan.

2.      Baca sekurang-kurangnya DUA kali dan fahami kehendak soalan

3.      Gariskan Jenis dan kata kunci soalan pilihan yang hendak dijawab

4.      Penggunaan perkataan dan ayat bagi menegaskan kehendak soalan

5.  Catatkan isi penting terlebih dahulu bagi soalan yang hendak dijawab bagi mengelak perulangan isi. Gunakan masa 2 – 5 minit untuk memilih dan merangka isi. Kesemua soalan yang dipilih hendaklah dirangka terlebih dahulu bagi memudahkan pelajar menjawab esei yang seterusnya.

6.      Jika berasa was-was baca soalan sekali lagi untuk mengelak keluar tajuk

7.  Jawapan yang ditulis mesti mempunyai kesinambungan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain. Gunakan penanda wacana seperti seterusnya, selain itu, sebaliknya, justeru itu, akhirnya, kesimpulannya dll.

8.      Anggaran panjang 2 muka surat (Tulisan Biasa).

9.      Gunakan masa 30 Minit untuk menjawab setiap satu soalan

10.  Elakkan daripada

·         Mengulang isi atau fakta

·         Isi yang bercampur aduk dalam satu perenggan

·         Tidak menulis Bahagian dan Nombor soalan pada kertas jawapan calon

·         Sedikit atau banyak perenggan lebih daripada 5 perenggan isi.

·         Tulisan buruk yang sukar dibaca

·         Menulis ruang garisan sebelah kanan kertas khusus untuk “Ruangan Pemeriksa”

 

JENIS-JENIS SOALAN

Aras Pengetahuan

1.      Takrifkan - definisi

2.      Bincangkan – aspek pro dan kontra, positif dan negatif

3.      Huraikan – aspek yang dinyatakan

4.      Perihalkan – memerihalkan tanpa sebab

5.      Galurkan – menghurai mengikut kronologi

6.      Nyatakan – menyebutkan

Aras Kefahaman

7.      Jelaskan – aspek yang perlu dijelaskan

8.      Terangkan – menerangkan tentang sesuatu perkara

Aras Penggunaan

9.      Tunjukkan – menunjukkan tentang sesuatu perkara

10.  Dengan menggunakan .... jelaskan – menggunakan maklumat dalam satu situasi bagi menerangkan satu situasi yang lain

11.  Bagaimanakah – menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena

Aras Analisis

12.  Analisiskan – memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian dan jelaskan bahagian itu

13.  Bezakan – menerangkan aspek perbezaaan sahaja

14.  Bandingkan – menerangkan aspek persamaan dan perbezaan

15.  Mengapakah – mengenalpasti masalah secara khusus

Aras Sintesis

16.  Kategorikan – menyusun sesuatu mengikut kelas berdasarkan kriteria tertentu

17.  Rumuskan – membuat kesimpulan dengan alasan-alasan daripada fakta / maklumat

Aras Penilaian

18.  Ulaskan – menghuraikan fakta dan menilai fakta tersebut

19.  Sejauh manakah – menilai faktor yang dinyatakan dan terdapat faktor lain selain yang dinyatakan

20.  Adakah – menilai fakta untuk menjawab ya atau tidak / kombinasi ya dan tidak

21.  Nilaikan – menimbang sesuatu perkara berdasarkan kriteria

22.  Bincangkan – menyatakan pro/kontra

23.  Yang manakah – menilai fakta-fakta untuk memilih yang mana satu

 

TEKNIK PEMARKAHAN

1.      Pemeriksa membaca sepintas lalu bagi mendapatkan “Impresion”

2.      Pemeriksa akan mendapatkan gambaran sama ada karangan tersebut:

 

a)    Sangat Cemerlang               (18-20 Markah)

b)    Cemerlang                            (14-17 Markah)

c)     Baik                                       (10-13 Markah)

d)    Lemah                                   (06-09 Markah)

e)    Amat Lemah                         (01-05 Markah)

 

3.    Pemeriksa akan memeriksa dengan menggunakan simbol P, T dan K iaitu Pengetahuan 8M, Taakulan 6M dan Komunikasi 6M.

4.      Jumlah markah setiap esei adalah 20 Markah

 

PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEMESTER 1: SEJARAH DUNIA 1500-1955

Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17.

    KAEDAH MENGEMBANGKAN PENDAHULUAN

 

Fakta : Apa

Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-14 M. Istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan.

 

Huraian : Kenapa dan Bagaimana

                 

Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin.

                              Contoh : Siapa, Bila dan di mana

Catatan sejarah mengatakan bahawa feudalism  yang terbentuk di Eropah Barat seperti England dan Jerman bermula selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M.

                   Penegasan Soalan

Terdapat struktur masyarakat Feudal diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang terdiri daripada golongan pemerintah dan yang diperintah.

 

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH


                        Fakta: Apa

Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti di England. Dinasti Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan.

                      Huraian : Kenapa dan Bagaimana

               

 

Raja hanya bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan kepada rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan.

                       Contoh : Siapa, Bila dan dimana

Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa mutlak antaranya Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas (livery) dan Pengekalan tentera persendirian.

 

   KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN

 Fakta : Apa

Kesimpulannya, Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada 2 golongan iaitu pemerintah dan yang diperintah. Golongan ini adalah terdiri daripada raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan knight dan rakyat biasa.

Huraian : Fakta yang lebih dominan

 Struktur sosial di England adalah terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England merupakan asas utama kewujudan struktur sosial di England. Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki sosial yang tersusun.

 Penegasan : Futuristik atau sosial.

Susun lapis masyarakat ini telah mengalami perubahan apabila masyarakat terlibat secara langsung dalam revolusi perindustrian yang berlaku di Britain. Keadaan ini telah membawa kepada kepesatan pembangunan dan pemodenan negara Britain menjelang abad ke-19 di Eropah

 PENGAGIHAN SOALAN SEJARAH DUNIA

Tema

Bilangan Soalan

1

1/2

2

2/1

3

1

4

2

Jumlah

6

Jumlah Pelu dijawab

4

* Calon perlu menjawab 4 soalan daripada 6 pilihan soalan


PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEMESTER 2: SEJARAH ISLAM 500-1918

Contoh Soalan : Bincangkan sistem agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.

KAEDAH KEMBANGKAN PENDAHULUAN


 

 

Fakta : Apa

 

Istilah jahiliah berasal dari perkataan Arab iaitu Jahala yang bererti bodoh, dungu atau jahil. Konsep jahiliah mengikut al-Quran ialah masyarakat yang tidak mempunyai kitab suci dan nabi sebagai petunjuk. Masyarakat yang tidak tahu membaca, menulis dan tidak mengesakan Allah Mengikut P.K Hitti, beliau telah memberi pengertian bahawa masyarakat Arab Jahiliah adalah satu masyarakat Arab yang telah mencapai tahap tamadun yang tinggi kecuali dari aspek sosial dan akhlak. Tidak bertamadun, tidak berakhlak dan sombong

 

 Huraian : Kenapa dan Bagaimana

Masyarakat ini merujuk kepada satu masyarakat Arab yang hidup pada satu tahap antara tahun 300 Masihi iaitu bermula ketika runtuhnya empangan Maarib dalam Kerajaan Sabak hingga turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w tahun 610 Masihi iaitu turun ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah saw. Dalam tempoh 3 abad itu, masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama, politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan.

 

Contoh : Siapa, Bila dan di mana

Masyarakat Arab jahiliah mempunyai sistem kepercayaan dan agama yang tersendiri. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam seperti yang menetap di kota  Syam, Makkah dan Yaman mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri.

 

 Penegasan Soalan

Masyarakat ini mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang bercorak politheisme. Agama-gama utama ialah seperti Wathani, Samawi, Nasrani, Hunafa dan Majusi selain melakukan amalan-amalan jahiliah

 

 

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH

 

 Fakta: Apa

Salah satu sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah ialah Agama Wathani iaitu amalan menyembah patung-patung berhala.

 

Huraian : Kenapa dan Bagaimana

               

 

Agama Wathani merupakan agama dominan dan berpusat di Makkah. Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Mereka memuja berhala kerana menganggap akan membawa manfaat seperti al-Wad melambangkan kekuatan kelelakian, al-Suwa lambang kecantikkan wanita dan al-Yaghuth melambangkan kekuatan dan keberanian. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan.

 

Contoh : Siapa, Bila dan dimana

Penegasan Isi

 Patung-patung Berhala yang paling popular dan mendapat penghormatan di Kota Makkah adalah seperti Hubal, al-Uzza, al-Manat dan al-Latta. Mereka Menganggap berhala adalah tuhan dan menempatkan satu berhala  di sekeliling kaabah. Jelasnya, agama Wathani mendominasi sistem kepercayaan dan agama dalam masyarakat arab Jahiliah kerana Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi.

  KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN

Fakta : Apa

Kesimpulannya, Masyarakat Arab hidup dalam keadaan kesesatan, kejahilan dan terpesong daripada akidah yang sebenar. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan.

Huraian : Fakta yang lebih dominan

Sistem kepercayaan dan agama wathani merupakan agama yang dominan pada zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab selain terdapat amalan-amalan jahiliah yang lain.

 Penegasan : Futuristik atau sosial.


Bagaimanapun, keadaan mereka mengalami perubahan yang besar setelah kedatangan Islam. Islam telah membawa kemajuan yang sempurna  dan menjadikan masyarakat Arab sebagai bangsa yang bertamadun dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti Khualafa al-Rasyidin, Kerajaan Umaiyah dan Kerajaan Abbasiyah.

PENGAGIHAN SOALAN SEJARAH ISLAM

Tema

Bilangan Soalan

1

2

2

2

3

2

Jumlah

6

Jumlah Pelu dijawab

3

* Calon perlu menjawab 3 soalan daripada 6 pilihan soalan


PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEM 3: SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGARA 1800-2000

Contoh Soalan: Jelaskan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.


KAEDAH KEMBANGKAN PENDAHULUAN

 Isi / Fakta

Apa dan huraian Apa

Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing. 

 Huraian : Kenapa dan Bagaimana

 Raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat. Mengikut sistem pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja  berkongsi kuasa dan peranan dengan golongan pembesar dalam menjalankan dan melicinkan jentera pentadbiran.

 Contoh : Siapa, Bila dan di mana

Raja sangat bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan kekuasaan. Misalnya, pembesar di Perak dan Negeri Sembilan berkuasa melantik bakal sultan yang disukai dan menyingkirkan calon tidak disukai.

 Penegasan soalan

Raja memainkan memainkan peranan penting dalam sistem politik, ekonomi dan sosial di negeri-negeri Melayu seperti di Perak dan Terengganu yang diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat dan harus dihormati oleh segenap lapisan masyarakat sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH

 Fakta

Apa dan huraian apa

 Peranan raja dari aspek Politik dapat dilihat sebagai Ketua Kerajaan mengikut negeri masing-masing. Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negeri. Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi, kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah.

Huraian

Kenapa dan Bagaimana

               

 

Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan pembesar.

Contoh

Siapa, Bila dan dimana

Peranan sultan atau raja sebagai ketua kerajaan dapat dilihat seperti yang berlaku di negeri Perak dan Terengganu. Sultan atau raja berkuasa penuh sebagai ketua kerajaan dalam menentukan dasar-dasar dan pentadbiran kerajaan di negeri-negeri kekuasaan masing-masing sebelum campurtangan British pada tahun 1874.

KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN

 Fakta

Apa

 Kesimpulannya, Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. 

HuraianFakta yang lebih dominan

Peranan sebagai ketua kerajaan merupakan aspek yang utama dalam pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri melayu. Sultan adalah berkuasa mutlak dalam menentukan dan melaksanakan dasar-dasar turut dibantu oleh para pembesar negeri.

Penegasan kesimpulan Futuristik atau sosial.

Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.

PENGAGIHAN SOALAN

Bahagian A: Sejarah Malaysia Asia                                Bahagian B: Sejarah Asia Tenggara

Tema

Bilangan Soalan

 

Tema

Bilangan Soalan

 1

1

 

1

1

2 atau 3

1

 

2 atau 3

1

4

1

 

4

1

Jumlah

3

 

Jumlah

3

* Calon perlu menjawab 4 soalan. 2 soalan daripada setiap Bahagian A dan B


ELEMEN-ELEMEN DALAM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL

Jawapan Calon Perlu merangkumi PES iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial. (terutamanya bagi soalan-soalan seperti: faktor-faktor, kesan-kesan, ciri-ciri, peranan, sumbangan, tujuan, kepentingan, perubahan-perubahan, pengaruh, hikmah, langkah-langkah, perbandingan, persamaan, perbezaan, kemajuan, pembangunan, perkembangan, perlaksanaan). Elemen-elemen utama utama dalam Politik, Ekonomi dan Sosial.

 ELEMEN-ELEMEN DALAM POLITIK

1.   Peranan raja dan maharaja, Putera raja dan kerabat diraja

2.   Peranan Pembesar atau Bangsawan, Penasihat Raja, Presiden @Perdana Menteri, Menteri Kabinet, Senat

3.   Sistem Pemerintahan Beraja atau monarki, Feudal, Empayar, Negara Kota, Negara Bangsa, republik, demokrasi, Sosialis

4.   Dasar dan polisi kerajaan, pemerintahan atau pemimpin dan kerajaan

5.   Peranan dan sumbangan pemerintahan, Pemerintah, tokoh atau Pemimpin

6.   Struktur pemerintahan, Pentadbiran sistematik, jabatan-jabatan Kerajaan

7. Bidang perundangan dan kehakiman, Piagam atau perlembagaan, Parlimen, Undang-undang dan  akta-akta

8.   Kekuasaan dan pengaruh,

9.   Reformasi dan transformasi pemerintahan

10.  Peranan parti politik, pertubuhan kebangsaan

11.  Penaklukan dan penjajahan, Peranan Perang

12.  Wilayah dan tanah jajahan, pentadbiran wilayah, Aspek kedaulatan

13.  Penguasaan dan perubahan politik

14.  Hubungan diplomatik, Diplomasi kerajaan dan Perjanjian antara kerajaan

15.  Aspek ketenteraan, taktik dan strategi, risikan, isu senjata dan teknologi ketenteraan

16.  Aspek Keselamatan, keamanan dan Kemerdekaan

17.  Semangat  nasionalisme, sentimen kenegaraan, penyatuan bangsa dan negara

18.  Institusi kerajaan seperti Jabatan-jabatan kerajaan

19.  Pengaruh luar negara, persaingan kuasa dan negara, pertubuhan politik antarabangsa

20.  Peranan Budaya politik seperti kestabilan politik, blok politik

 

ELEMEN-ELEMEN DALAM EKONOMI

1.  Sistem ekonomi tradisional, komersial, feudal, merkantilisme, sistem barter, laissez faire, Islamik, monopoli dan monopsoni

2.   Kegiatan ekonomi perdagangan, memungut hasil hutan, sara diri, pertanian, penternakan, perikanan, perlombongan, pertukangan, perindustrian, kewangan dan perbankan

3.   Peranan pemerintah, tokoh-tokoh ekonomi

4.   Percukaian, tarif, import dan eksport

5.   Aspek modal dan kewangan

6.   Kekayaan bahan mentah, hasil bumi, sumber-sumber ekonomi

7.   Sistem pengairan, kesuburan tanah

8.   Kemudahan Infrastruktur gudang, pengumpulan, Pelabuhan

9.  Perhubungan dan pengangkutan, laluan perjalanan dan perdagangan

10.  Kemajuan sains dan teknologi, kaedah-kaedah teknologi baharu, ciptaan-ciptaan baharu

11.  Pengurusan perniagaan dan perdagangan

12.  Peranan dan sumbangan pedagang, Kesatuan Dagang

13.  Semangat keusahawanan, kemunculan pengusaha industri

14.  Kedudukan strategik, laluan perdagangan

15.  Sistem mata wang dan penggunaannya

16.  Penghasilan barangan dan perkhidmatan

17.  Pentadbiran perniagaan dan perdagangan

18.  Aspek Undang-undang ekonomi

19.  Aspek Sumber manusia, Pengkhususan kerja

20.  Kebajikan pekerja, kesatuan sekerja


ELEMEN-ELEMEN DALAM SOSIAL

1.   Organisasi sosial, struktur sosial dan susun lapis masyarakat

2.   Hubungan Sosial, golongan masyarakat dan status sosial

3.   Peraturan-peraturan dan norma-norma sosial

4.   Mobiliti sosial, Migrasi sosial, perubahan status, kemunculan kelas sosial

5.  Sistem sosial seperti perhambaan, kedudukan masyarakat, kedudukan gender, perubahan sosial

6.  Petempatan kekal, perbandaran dan  urbanisasi

7.  Institusi Kebangsaan dari aspek bahasa, budaya, perayaan, sukan

8.  Aspek Kepercayaan dan keagamaan, Doktrin

9.  Pendidikan seperti Sistem pendidikan, Dasar dan Institusi Pendidikan

10.  Peranan tokoh-tokoh pendidikan, pemimpin masyarakat

11.  Kemajuan dan Pembangunan sosial, pemulihan sosial

12. Peranan ilmu dan Intelektual seperti Falsafah, Undang-undang, perubatan,  seni bina, seni muzik, kesusasteraan, botani

13.  Kemajuan Pemikiran, idea dan  aliran, Idea-idea dan pemikiran agung

14.  Peranan tokoh, sarjana, ahli-ahli ilmuan dan Intelektual

15.  Golongan Etnik dan hubungan antara etnik, kebebasan rakyat

16.  Sentimen bangsa dan perpaduan rakyat

17.  Bahasa dan kesusasteraan, Karya-karya agung

18.  Kebudayaan seperti Gaya Hidup, Nilai-nilai, norma-norma sosial

19.  Kesenian seperti Seni bina, seni muzik, seni tari, khat dan kaligrafi

20.  Peranan kewartawanan, akhbar-akhbar, penulisan buku-buku

 

40 ulasan:

  1. Amat berguna sbg panduan.Terima kasih!!

    BalasPadam
  2. Teruskan memberi ilmu pengetahuan(well done!)

    BalasPadam
  3. Terima kasih cikgu...perkongsian ilmu yang hebat!

    BalasPadam
  4. Terima kasih untuk panduan sej ni.

    BalasPadam
  5. Terima kasih untuk panduan sej ni.

    BalasPadam
  6. Terima kasih untuk info yang sangat berguna👍

    BalasPadam
  7. ira,,belajar la bersungguh sungguh!

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. goodluck juga nabila huda amir,semoga berguna ilmu yang diberikan di blog ini.

      Padam
  9. Boleh saya tahu sama ada menjawab sejarah di tingkatan 6 mempunyai had perkataan bagi satu esei?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tiada had perkataan. Calon hanya ada purata 30 minit untuk menjawab setiap satu soalan. Jika calon mengambil masa yg terlalu panjang untuk menjawab satu soalan shj, maka sudah tentu ia akan menjejaskan soalan yg lain krn masa akan menjadi tidak mencukupi utk calon menulis jawapannya.

      Padam
  10. Pray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��

    BalasPadam
  11. Pray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��

    BalasPadam
  12. Pray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��

    BalasPadam
  13. Cikgu, kalau saya lupa tulis nombor soalan ,adakah markah esei saya akan ditolak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Markah esei tidak akan ditolak tetapi akan menyukarkan pemeriksa mencari soalan dan skema jawapan berdasarkan esei kamu. Sebaik2nya jangan lupa. 😁

      Padam
  14. saya rasa tak kot...tulis no.tuh nk memudahkan pemeriksa...doa yg baik2 ja

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum cikgu,penanda wacana nk kena letak ke stiap kali kita nk huraikan tu.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik2nya perlu ada dan letakkan penanda wacana bagi menunjukkan kesinambungan dan pertautan antara perenggan isi kamu. Penanda wacana mempunyai markah dalam aspek komunikasi

      Padam
  16. Ade teknik yang lebih sostematik,,,mudah difhami dan padat

    BalasPadam
  17. Terima Kasih sangat membantu

    BalasPadam
  18. Balasan
    1. Semoga bermanfaat dan mendapat result cemerlang dalam U1 kamu..

      Padam
  19. Cgu bule share pasal jawab sem 2 pula utk pendahuluan klw soalan minta reaksi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika soalan ttg reaksi masyarakat.. pendahuluan mesti menerangkan ttg latar belakang dan perkembangan reaksi masyarakat tersebut. Perkara2 yg perlu ada mesti merangkumi 5W dan 1H. What, why, who, when dan where serta how reaksi itu belaku. Dlm sukatan sej sem 2, reaksi masyarakat adalah di Mesir dan Algeria abad ke-19 hingga 1918 iaitu awal abad ke-20. Harap menjawab

      Padam
  20. Cg, boleh sy Tanya? Kenapa di bahagian format esei sejarah di atas mengatakan bahawa dalam pendahuluan tidak boleh letak isi sedangkan dalam contoh sem 2 di atas pendahuluannya mempunyai isi (agama Wathani) di penegasannya. Boleh cg terangkan?

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam