2.1 Institusi Pemerintahan (China dan Rusia)
2.1.1 Institusi
Pemerintahan China
Soalan 30: Bincangkan perlaksanaan sistem beraja di China
pada zaman dinasti Ming dan Ching.
Pendahuluan
§ Perkembangan masyarakat di China menyaksikan kemampuan China
menahan kemasukan barat sehingga pertengahan kedua abad ke 19. Masyarakat China
masih mampu mempertahankan pemerintahan tradisional .
§ Dalam masyarakat China, sistem beraja ataupun maharaja
menduduk hierarki teratas dalam struktur sosial dan merupakan kuasa penentu
dalam pentadbiran kerajaan.
Isi-isi penting
Dinasti Ming (1368-1644)
§ Era dinasti Ming (1368-1644) bermula dalam keadaan Negara
China yang tidak tenteram akibat kebuluran, banjir, perang saudara dan
kebangkitan penduduk China menentang pemerintahan mongol. Pemimpin China yang
berwibawa bertindak merampas kuasa daripada pemerintahan mongol.
§ Pada tahun 1351 sehingga 1353, muncul pemberontakan yang
mendakwa mendapat mandate dari syurga dan yang mendakwa keturunan kerabat
maharaja dinasti sung. Kebanyakan pemipin pemberontakan ini daripada kalangan penduduk
biasa dan dianggap sebagai hero oleh sejarawan China
§ Dinasti ming bermula daripada chu yuan-chang yang
dianggap sebagai salah seorang pemimpin berdaulat. Pada tahun 1356 , beliau
menguasai Nankingdan pada tahun 1357, beliau menguasai lembah sungai Yangtze
dan terus mara ke bahagian selatan menerusi jalan laut.
§ Pemerintahan Nurhaci dikenali sbagai zaman kegemilangan
Manchu . Beliau seorang pemimpin yang gigih dan tekun mencapai kejayaan. Beliau
berkhidmat dengan tentera Ming dan pihak istana ming memberinya gelaran Dragon
Tiger General. Nurhaci meletakkan puasat pentadbiran di Hetua Xinbin Liaoning)
dan menggerakan usaha menyatukan puak-puak Manchu melalui kekerasan, perkahwinan
dan pakatan.
§ Dinasti Manchu berasal dari puak Jurchad Nuzhun yang
tinggal di marchuria . Orang Manchu terbahagi kepada kepada beberapa puak dan
tinggal di hulu sungai Huiha.
Dinasti Ching (1644-1911)
§ Dinasti Ching, Dorgan meneruskan uasaha untuk memantapkan
dinasti dan berusaha untuk menggunakan kesempatan krisis dalaman Ming dan
keangkitan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tze Cheng dengan menawarkan
bantuan tentera kepada tentera Ming.
§ Tentera Nang dibawah pimpinan Wu San kuei (1612- 1678)
menerima tawaran Dorgan dan membuka pintu tembok China untuk member laluan
kepada tenera Manchu masuk ke dalam empayar Ming. Mereka bertempur dan Berjaya
menghalau Li Tzu Cheng .
Penutup
§ Pemerintahan diserahkan kepada Dorgan sebagai pemangku
raja,
§ Dengan ini , tamatlah pemerintahan Dinasti Ming dan
sekali lagi empayar China di perintah oleh orang asing.
Soalan 31 : Bincangkan peranan maharaja dalam sistem
pentadbiran di China
Pendahuluan
§ Dinasti Ching yang diasaskan oleh orang Manchu ini
menerima sistem pentadbiran yang berasaskan falsafah Confucius. Pemerintahan
pada zaman ini bercorak autokrasi dan diperintah oleh raja yang berkuasa
mutlak. Dalam menjalankan pemerintahan, maharaja dibantu oleh kakitangan awam
yang terdiri daripada golongan aristokrat. Sistem pentadbiran yang diamalkan
pada zaman Ching merupakan warisan daripada zaman Ming.
§ Pemerintahan pada zaman Ching memainkan peranan dalam
bidang eksekutif, perundangan, keagamaan dan intelektual.
Isi-isi Penting
Ketua Negara
§ Maharaja berusaha untuk mempertahankan Negara dari
serangan luar dan berusaha untuk meluaskan empayarnya. Hal ini dapat dibuktikan
pada peringkat awal Dinasti Ching. Maharaja Ching mendapat tentangan daripada
keluarga Maharaja Ming yang berpusat di Nanking dan berjaya menewaskan penentangan
tersebut.
§ berkuasa mutlak, berperanan penting dalam urusan dasar luar
negara, ketua perundangan, eksekutif dan
kehakiman dan dibantu oleh Jabatan Setiausaha Tinggi dan Majlis Tertinggi Jabatan Penapis
(pasukan perisikan raja) memutuskan dasar kerajaan. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, pemerintahan
beraja China di bawah pemerintahan dinasti Ching menyaksikan satu perubahan
dalam dasar pemerintahan beraja. Maharaja Ching telah menjalankan dasar tutup
pintu. Urusan mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar
memperlihatkan tanggungjawab maharaja China.
Ketua pentadbiran
§ Bagi melicinkan sistem perntadbiran, maharaja telah
membahagikan kepada tiga sistem iaitu pentadbiran awam, pentadbiran ketenteraan
dan pentadbiran syurga atau anak syurga.
Pentadbiran awam berperanan dalam menguruskan pelantikan kakitangan awam.
§ Mereka dilantik untuk tempoh tiga tahun setelah itu
mereka dikehendaki untuk menduduki peperiksaan awam. Pentadbiran ketenteraan
bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal ketenteraan. Menjelang
pemerintahan Dinasti Ching, terdapat seramai 8646 pengawal diraja.
Melantik pembesar
§ melantik dan melucutkan jawatan
pegawai-pegawai kerajaan dan melantik pembesar di peringkat pusat dan wilayah
Ketua tentera
§ bertanggungjawab memastikan
keamanan negara, mengetuai angkatan tentera dalam medan peperangan meluaskan
empayar (awal Dinasti Ming)
Ketua hakim/perundangan
§ setiap arahan maharaja menjadi
undang-undang.
Ketua Ekonomi
§ memajukan ekonomi dengan
mengamalkan dasar tutup pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara
seperti pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan timbangan. Berkuasa
ke atas tanah (tanah hak raja)
Penguasaan ekonomi ini diperlihatkan dengan pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja.
Aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah pertanian. Segala ekonomi negara seperti
pungutan cukai, hsil pertanian, perdagangan penduduk, ufti, barang dagangan,
kepakaran dan lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik
pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi.
§ Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah
yang diusahakan akan menambahkan keuntungan kepada golongan pembesar dan tuan
tanah dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan cukai maharaja
China. masyarakat China melihat pekerjaan sebagai pedagang adalah pekerjaan
yang hina dan juga disebabkan oleh kedudukan pedagang adalah paling bawah dalam
susun lapis masyarakat feudal di China. Maharaja China telah mengehadkan urusan
perdagangan di Canton, pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan
orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.
Ketua Sosial
§ Ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan memastikan alat-alat
kebesaran diraja sentiasa dijaga (lambang naga). Pemimpin intelektual istana
sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam
kerajaan
Ketua agama Buddha, Taoisme dan Confucius
§ memaastikan rakyat patuh ajaran
agama serta memastikan agama tidak dicemari dengan pengaruh agama luar seperti
agama Kristian. Maharaja China mengamalkan ajaran confucianisme. Setiap
individu harus memenuhi tanggungjawab bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni.
§ Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang
membawa kepada keamanan dan kemakmuran. Oleh itu, maharaja membahagikan pentadbiran
pusat kepada beberapa bahagian, iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi yang
dipecahkan kepada enam badan menteri dan Lembaga Penapis.
Penutup
§ Kesimpulannya, maharaja Ching memainkan peranan dalam
beberapa perkara terutama dalam mengawal keamanan dan ketenteraman negara.
§ Maharaja juga berkuasa mutlak dan mempunyai kedudukan
tertinggi dalam sistem pemerintahan di China.
Soalan 32: Huraikan kedudukan dan peranan beraja di China
pada zaman Dinasti Ching.
Pendahuluan
§ Kedudukan politik maharaja dilegitimasikan berdasarkan
konsep mandate of heaven atau mandate dari syurga.
§ Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga
atau “anak syurga” dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada
seseorang raja atau maharaja. Mereka mengamalkan kepada fahaman cofucius.
Isi-isi penting
Konsep mandat dari syurga
§ Maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan
masyarakat . Merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan. Mendapat
penghormatan tertinggi daripada rakyat China. Maharaja akan menjana kemakmuran
dan menentukan kehidupan rakyatnya
berada dalam teratur dan makmur.
§ Tidak bertamadun atau Menyifatkan wakil dari British
sebagai wakil daripada Negara yang dibawah perlindungan China dan mreka harus bersujud dihadapan maharaja Chieng
Ling. Menganggap semua wakil dari barat sebagai pembawa ufti dan tidak boleh
menghadap maharaja di Peking. Segala urusan hendaklah dilakukan melalui wizurai
di canton. Akhirnya, China menjadi tumpuan bagi kuasa barat untuk mendpatkan
kepentingan di China . Misalnya , rusia di Mongolia dan Manchuria , Jerman di
semenanjung Shantung , British di Wiehawei , Perancis di selatan China ,Jepun
mendapati Taiwan dan pulau Pescadores selepas Perang Sino- Jepun pada tahun
1894 -1895.
Ajaran Confucianisme
§ Maharaja China mengamalkan ajaran confuciusme. Setiap
indivudu harus memenuhi tanggungjawab bagi mewujudkan masyarakat yang harmoni. Ajaran
confuciusme ini menekankan konsep tata setia kepada raja yang membawa kepada
keadaan aman dan makmur.
§ Bagi pentadbiran pusat , pentadbiran dipecahka kepada
beberapa unit iaitu secretariat Agung, Majlis tertinggi ( enam badan menteri)
dan censorate (lembaga penapis).
Pengamalan dasar tutup pintu
§ Menghadkan urusan perdagangan hanya di canton. Urusan
perdagangan dijalankan pada musim tertentu sahaja. Pedagang British tidak boleh
bermalam di Canton dan mesti balik ke Macau. Para pedagang dikawal ketat dan
urusan pedagangan diuruskan oleh co-hong yang bertanggungjawab memonpoli
perdgangan,mengenakan cukai ke atas barangan, dan mengurus pengedaran
barang-barang.
§ Orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.
Ketua Aspek Ekonomi
§ memajukan ekonomi dengan
mengamalkan dasar tutup pintu serta menguasai semua sumber ekonomi negara
seperti pungutan cukai / ufti dan menentukan sistem sukatan dan timbangan.
Berkuasa ke atas tanah (tanah hak raja) Penguasaan ekonomi ini diperlihatkan dengan
pengiktirafan tanah sebagai hak maharaja. Aktiviti ekonomi yang dilakukan ialah
pertanian. Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai, hsil pertanian,
perdagangan penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan lain-lain akan
dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan
urusan ekonomi.
§ Penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah
yang diusahakan akan menambahkan keuntungan kepada golongan pembesar dan tuan
tanah dalam pada masa yang sama dapat meningkatkan pendapatan cukai maharaja
China. masyarakat China melihat pekerjaan sebagai pedagang adalah pekerjaan
yang hina dan juga disebabkan oleh kedudukan pedagang adalah paling bawah dalam
susun lapis masyarakat feudal di China. Maharaja China telah mengehadkan urusan
perdagangan di Canton, pedagang British tidak boleh bermalam di Canton dan
orang asing tidak dibenarkan mempelajari bahasa cina.
Ketua Aspek Sosial
§ ketua adat istiadat, adat Kow-tow, dan memastikan alat-alat
kebesaran diraja sentiasa dijaga (lambang naga). Pemimpin intelektual istana
sebagai pusat perkembangan ilmu dan istana sebagai pusat peperiksaan awam
kerajaan
Penutup
§ Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching,
kejatuhan kuasa Maharaja dan menamatkan
kerajaan kejatuhan feudal yang elah memeritah China selama 267 tahun.
Soalan 33: Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja di China
pada abad ke-16 hingga ke-18
Pendahuluan:
§ Sistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal. Raja
menduduki hieraki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan
dan pentadbiran.
§ Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan
urusan pemerintahan dan pentadbiran.
Isi-isi penting:
Konsep mandat dari syurga.
§ Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga
atau ‘anak syurga’ dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada
seseorang maharaja. konsep mandat ini menjelaskan bahawa Tuhan telah menanugerahkan
ke atas maharaja tersebut atau kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa
tersebut ditarik balik, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas
segala tindakan baginda.
§ Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan
kehidupan rakyatnya berada dalam teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja
mendapat penghormatan dari rakyat. Sekiranya berlaku sebarang malapetaka, Ini
menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapatkan mandat dari syurga.
Mengamalkan ajaran Confucianisme.
§ Ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak
kebahagiaan dan menyatakan bahawa kerana yang baik harus memiliki ciri
pemerintahan yang baik, raja mesti taat dan setia kepada Tuhan dan rakyat pula
harus setia kepada raja. Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi
rakyat. Ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kepada
keadaan aman dan makmur.
Menguasai ekonomi negara.
§ Segala ekonomi negara seperti pungutan cukai,hasil
pertanian, perdagangan, penduduk, ufti, barang dagangan, kepakaran dan
lain-lain akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk
menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian di
tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan golongan pembesar dan tuan-tuan
serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.
Berperanan menjadi ketua tentera.
§ Urusan mempertahankan serangan negara dari serangan luar
dan meluaskan empayar memperlibatkan tanggungjawab maharaja China.
Berperanan dalam urusan dasar luar
negara.
§ Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan
perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China.Ini dapat dilihat pada dasar
keterbukaan maharaja China terhadap masyarakat
Barat pada zaman Dinasti Ming.
Penutup:
·
Pemerintahan
maharaja membawa kemakmuran kepada negara China sebelum pertengahan abad ke-19.
·
Kekalahan
dalam perang Candu 1 memaksa maharaja China membuka pintu negaranya kepada
kuasa-kuasa Barat.
Soalan 34 : Huraikan peranan enam lembaga dalam
pentadbiran Dinasti Ching.
Pendahuluan
§ Sistem pemerintahan beraja bermula dengan pemerintahan
Raja Shih Ti pada zaman 2697 SM. Sistem pemerintahan ini bercorak dinasti
bermula di China. Raja Yu mengasakan dinasti pertama di China yang dikenali
sebagai dinasti Hsia. Gelaran ‘Maharaja’ atau ‘Huang Ti’ mula-mula digunakan
oleh Shih Huang Ti (221-210 SM). Selain Sekretariat Agung dan Majlis Agung,
terdapat sebuah badan yang dikenali sebagai enam lembaga.
§ Enam lembaga merupakan tulang belakang pentadbiran pusat
kerajaan Ching. Antara lembaga merupakan yang diwujudkan termasuklah Lembaga
Pentadbiran Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Upacara, Lembaga
Peperangan, Lembaga Keadilan, dan Lembaga Kerja Awam. Antara peranan dan tugas
lembaga-lembaga ini adalah seperti berikut .
Isi-isi penting
1.
Lembaga Pentadbiran Awam
§ Tugas utama lembaga ini adalah menguruskan pelantikan
kakitangan awam. Kakitangan awam akan dilantik untuk tempoh tiga tahun. Selepas
tamat tempoh tersebut, mereka dikehendaki menduduki peperiksaan awam.
Peperiksaan diadakan untuk menguruskan kenaikan pangkat kakitangan awam.
§ Dalam hal pelantikan kakitangan awam, seseorang tidak
dibenarkan memegang jawatan tinggi dalam wilayah kelahirannya. Dalam pada itu,
dua orang daripada keluarga yang sama tidak dibenarkan berkhidmat dalam kawasan
yang sama.
2.
Lembaga Hasil Dalam Negeri
§ Lembaga ini menduduki tempat kedua dalam enam lembaga.
Lembaga ini mempunyai dua orang presiden dan empat orang naib presiden. Seorang
superintenden dilantik untuk menguruskan lembaga ini.
§ Tugas utama lembaga ini adalah mengutip cukai daripada
penduduk. Selain itu, lembaga ini juga mengendalikan urusan pendaftaran tanah.
3.
Lembaga Upacara
§ Tugas utama lembaga ini adalah mengendalikan upacara
ritual. Antara upacara yang dikendalikan termasuklah upacara diraja, upacara
korban, majlis perkahwinan dan upacara kematian.
§ Selain itu, badan ini juga menguruskan sistem pendidikan
awam di peringkat daerah, provinsi, dan Bandar raya. Calon-calon yang lulus
dalam peperiksaan awam dianugerahkan ijazah
Shen-Shih. Mereka dianugerahkan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.
4.
Lembaga Peperangan
§ Lembaga ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal
ketenteraan. Lembaga ini menetapkan polisi ketentuan. Menguruskan pelantikan
dan pemecatan pegawai-pegawai tentera. Lembaga ini tidak mempunyai kuasa untuk
mengawal pengawal-pengawal diraja. Pengawal-pengawal diraja terletak di bawah
kawalan maharaja. Jabatan ini juga mengawal komunikasi antara kerajaan pusat dengan provinsi.
§ Menjelang zaman Ching terdapat seramai 8646 pengawal
diraja. Mereka diletakkan di bawah pemerintahan dan kawalan maharaja secara
langsung.
5.
Lembaga Keadilan
§ Lembaga ini mengendalikan hal ehwal berkaitan dengan
undang-undang. Badan ini juga mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman dan
memberi pengampunan kepada orang yang didapati melakukan kesalahan.
§ Di samping itu, ia juga mempunyai kuasa untuk
membicarakan kes-kes rayuan.
6.
Lembaga Kerja Awam
§ Lembaga ini menguruskan kerja-kerja pembinaan bangunan
awam. Selain itu, ia juga membaiki bangunan-bangunan awam.
§ Badan ini menjalankan tugas membeli dan menjual harta
kerajaan. Ia juga bertanggungjawab membaiki jalan dan sistem perparitan. Badan
ini juga membaiki tambak sungai, empangan dan sistem pengairan.
Penutup
§ Sistem pentadbir yang dilaksanakan oleh Dinasti Chin memiliki keunikannya yang
tersendiri sehingga mengakibatkan Dinasti tersebut mengalami kegemilangan. Terdapat
enam lembaga yang mremainkan peranan pentimg dalam pentadbiran Negara China
iaitu Lembaga Pertadbiran Awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Lembaga Upacara,
Lembaga Peperangan, Lembaga Keadilan dan Lembaga Kerja Awam.
§ Setiap lembaga ini mempunyai fungsi masing-masing
sehinggakan tidak berlaku sebarang pertindihan peranan mahupun fungsi dalam
pentadbiran yang dijalankan sama ada kepada golongan pemerintah mahupun
golongan diperintah.
Soalan 35: Jelaskan
sistem pentadbiran wilayah pada zaman dinasti ching
Pendahuluan:
§ Pentadbiran
kerajaan telah dijalankan oleh Jirgalang dan Dargon. Dargon meneruskan usaha
untuk memantapkan dinasti ching. Dargon menggunakan krisis dalaman Ming dan
kebangkitan golongan petani yang dipimpin oleh Li Tzu-Cheng dengan menawarkan
bantuan tentera kepada tentera Ming.
§ Dargon
mengambil kesempatan atas kemenangan tersebut dengan menabalkan Fu-Lin sebagai
maharaja pertama Dinasti Ching yang memakai gelaran Shun-Chih pada usia tujuh
tahun. Oleh itu, urusan pemerintahan diserahkan kepada Dargon sebagai pemangku
raja.
Isi-isi penting:
1. Pada peringkat wilayah, kerajaan membahagikan
empayarnya kepada 15 wilayah. Setiap wilayah dibahagikan kepada unit-unit
tempatan yang lebih kecil, iatu prefektur yang memepunyai 157 unit,
subprefektur (chou @ jabatan) yang terdiri daripada 234 unit hsien (daerah)
berjumlah 1 171 unit. Struktur organisasi unit pentadbiran peringkat wilayah
ini diketuai oleh seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh dua pegawai, iaitu
pesuruhjaya kehakiman atau hakim dan komandor tentera wilayah. Pada zaman
pemerintahan Dinasti Ching, wilayah-wilayah terbahagi kepada daerah fu yang
disatukan kepada lingkungan-lingkungan tao. Terdapat 18 buah wilayah, 184 buah
daerah, dan 95 buah lingkungan. Setiap daerah mengandungi beberapa buah mukim
(hsien) yang berjumlah 1 477 buah mukin.
2. Urusan pentadbiran wilayah diserahkan kepada
pegawai awam, pegawai tentera, dan pegawai pengawas. Pentadbiran pegawai
awam di daerah diurus tadbir oleh 6 orang menteri, iaitu Menteri Personal,
Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, dan Menteri
keja-kerja Awam. Menteri tersebut juga dibantu oleh gabenor di setiap daerah
yang dikenali sebagai Grand CordiNATOrs dan penyelia wilayah yang dikenali
sebagai Supreme Commanders serta pegawai-pegawai tempatan.
3. Pentadbiran ketenteraan berada di bawah lima
ketua suruhjaya tentera dan setiap seorang mempunyai kuasa kawalan
ke atas wilayah tertentu. Pegawai
pegawas mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat pentadbiran bagi
memperkukuhkan kekuasaan pemerintahan maharaja.
4. Pentadbiran wilayah diketuai oleh gabenor yang bertugas
menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan dan ketenteraan, mengutip
cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu oleh
pegawai daerah yang dilantik oleh Maharaja seperti Bendahari yang bertugas
mengitup cukai, hakim bertugas mengawal undang-undang jenayah bidang kuasa
rayuan dalam perkara-perkara jenayah, pegawal Garam dan pegawai Bijirin,
Tao-tai, iaitu seorang pegawai yang bertugas dalam pentadbiran khas dalam
lingkungan dan jajahan pula dikawal oleh ketua jajahan.
5. Pada peringkat awal Dinasti Ching, tugas
maharaja dalam ketenteraan turut terbukti menghadapi penentangan
daripada bekas keluarga Ming yang berpusat di Nangking dan berjaya menewaskan
penentangan tersebut. Cucu maharaja Wan-li beralih ke selatan dan mendirikan
pangkalan serta menyerang dari selatan. Penentangan ini berjaya dihapuskan dan
beliau dihalau keluar dari China dan berlindung di Burma. Akhirnya penentangan
itu dapat ditamatkan oleh Wu-San-kuei pada tahun 1662. Wu-San kuei dan
kumpulanya digelar Three Feudatories yang menentang kerajaan, namun dapat
ditumpaskan pada tahun 1681.
Penutup:
§ Ketiadaan
maharaja yang berwibawa, dan idea pembahruan yang dilaksanakan oleh Dinasti
Ching telah membawa kepada perkembangan Revolusi 1911 di China.
§ Revoluso
1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching kejatuhan kuasa maharaja, dan
menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah China selama 267 tahun.
2.1.1 Institusi
Pemerintahan Rusia
Soalan 36: Bincangkan perlaksanaan sistem beraja di Rusia
Pendahuluan:
§ Kemerosotan kerajaan Golden Horde, iaitu pemerintahan
bangsa mongol di Rusia pada tahun 1480 setelah memerintah Rusia sekitar dua
setengah abad.membawa kepada pembebasan Rusia daripada cengkaman pertuanan
mongul.kejayaan ini disebabkan oleh kemunculan Moscow dan kemelut politik dalam
empayar mongul.
§ Kemunculan Moscow dalam beberapa siri percubaan
menumbangkan pemerintahan khan akhirnya membuahkan hasil. Pemerintahan Moscow
iaitu Dmitri pada tahun 1380 telah menyerang mongul di kulikovo (berhampiran
sungai Don). Dimitri telah mengambil kesempatan di atas permasalahan politik
berlaku dalm kerajaan Mongul dengan membina kententeraan dan kekuatan politik untuk
berhadapan dengan tentera Mongul.
Isi-isi penting:
1. Tentera
Moscow berjaya menewaskan tentera mongul dan ini merupakan kejayaan terbesar tentera Rusia selama
Rusia berada dalam cengkaman mongul. namun kejayaan ini hanya sementara sahaja
apabila pada tahun 1382, Moscow dikuasai semula oleh tentera Mongul. Kemelut
politik yang dihadapi dalam empayar mongul pada sekitar tahun 1360-an membawa
kepada kejatuhan empayar mongul.kepecahan berlaku apabila Kublaiu Khan
(1279-1368),seorang bangsa mongul dan pemerintah tertinggi empayar mongul
dikalahkan oleh Dinasti Ming pada 1368.
2. Kekalahan
tersebut membawa kepada pepecahan dan kekalutan politik dalam empayar mongul. 25 orang Khan mongul bersaing sesama sendiri untuk
merebut jawatan tertinggi iaitu Great Khan. tumpuan tidak memberi perhatian
kepada masyarakat Rusia dan kesempatan ini digunakan oleh pemerintah rusia
berasur-ansur berhenti membayar ufti ke sarai. Keenganan membayar cukai atau
ufti selama beberapa tahun telah menyebabkan tentera mongul mendesar Moscow
membayar tunggakan ufti kepada sarai.namun Moscow enggan memenuhi tututan sarai
dan bersedia untuk berperang.
3. Ahmad
khan (1460-1480) yang menyedari kekuatan tentera Moscow semakin kuat telah
mengadakan pakatan ketenteraan dengan Poland dan Lithuania untuk menyerang
Moscow pada tahun 1480.
namun pakatan ini tidak menjadi kenyataan dan Ahmad khan terpaksa menentang
tentera Moscow yang diketuai oleh ivan 3. Dalam pertempuran ini Ahmad khan
telah dibunuh oleh pengikut sendiri yang berpaling tadah kepada tentera Moscow.
Ivan 3 berjaya mendapatkan semula kota Rusia dan disatukan dibawah pemerintahan
yang berpusat di Moscow.
4. Kejayaan
Ivan 3 telah menyebabkan beliau dikenali
dengan gelaran Ivan the Great. Ivan
the Great menyifatkan dirinya sebagai pemerintah kepada semua bangsawan bangsa
Rusia.dalam upacara keagmaan, gereja kristian ortodoks. pemerintah-pemerintah
Rusia yang seterusnya terus mengekalkan gelaran tsar. Keturunan Ivan the Great berakhir pada
penghujung abad ke 16 apabila Rusia disifatkan berada dalam zaman kekacauan.
5.
Perebutan tahkta menyebabkan berlakunya perang saudara. keadaan huru-hara ini telah mengudang campur tangan
asing kedalam negara Rusia. Pada ketika inilah Poland mengambil kesempatan
memasuki Rusia dan menakhluk kota Kremlin. Sweden mengambil kesempatan zaman
kekacauan ini dengan menahkluk pantai timur baltik dan merampas pusat
perdagangan penting iaitu Novgorov. dibahagian selatan pula, Turki Uthmaniyah
berperang dengan suku Cossack dan memperkukuhkan kedudukan mereka didaerah
Crimea.
Penutup:
§ Dalam keadaan zaman kekacauan ini dewan perhimpuann
bangsawan Rusia bersidang di Moscow pada tahun 1613 untuk melantik seorang Tsar
dan memilih seorang bangsawan tsar iaitu Michael Romanov maka bermulalah
keturunan romanov memulakan pemerintah diRrusia.
§ Dinasti Romanov ialah berkuasa selama 304 tahun hingga
tahun 1917 di Rusia. pemerintahan yang berakhir ialah tsar Nicholas 2 pada
bulan februari 1917.kerajaan tsar Nicholas 2 digulingkan dan kerajaan sementara
dibentuk.
Soalan 37: Huraikan kedudukan dan peranan beraja di Rusia
Pendahuluan
§ Sistem pemerintahan Rusia telah mengamalkan sistem
pemeriintahan beraja bermula tahun 1547 sehingga tahun 1917.sistem pemerintahan
Rusia adalah diwarisi daripada sistem pemerintahan empayar Byzantine selepas
berlakunya perkahwinan Ivan III dengan cucu maharaja Byzantine yang terakhir
iaitu Sophia pada tahun 1469.Sistemm pemerintah di Rusia menggunakan konsep caesaropapism iaitu konsep gabungan
unsur agama dan politik yang menghendaki rakyat taat setia kepada pemerintah
Rusia.
§ Gelaran Raja atau maharaja Rusia dikenali sebagai Tsar sempena gelaran caeser
yang diguna pakai oleh pemerintah Byzantine. Sistem pemerintahan
Rusia turut dipengaruhi oleh kerajaan Golden Horde yang bersifat autokrasi ini
digunakan oleh pemimpin Moscow dalam membentuk kerajaan pusat yang ukuh di
Rusia. Dalam konsep autokrasi ini, kuasa dipusatkan kepada seorang pemerintah
iaitu Tsar dan membentuk kerajaan
pusat.
Isi-isi penting:
Kedudukan Raja Rusia
Kedudukan Tertinggi
§ Dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia,Tsar mempunyai kedudukan tertinggi dalam
struktur masyarakat.Rakyat perlu perlu taat dan memandang mulia kepada Tsar. Tsar
merupakan ketua dalam seiap bidang pemerintahan di Rusia.Tsar berkuasa
membuat segala keputusan yang akan dilaksanakan di Rusia dan segala perintah Tsar tidak boleh dibantah oleh rakyat.
Berkuasa Mutlak
§ Sebelum revolusi Rusia 1917,Rusia mempraktikkan
pemerintahan bercorak autokratik. Pada tahun 1574, Ivan IV yang lebih dikenali
sebagai “Ivan yang Ganas” telah memerintah Rusia dengan kuasa mutlak.Beliau
telah bertindak mengisytiharkan kanun undang-undang baharu pada tahun
1550,menubuhkan badan perwakilan feudal(zemskii sabor)pertama di Rusia dan
Berjaya melemahkan kedudukan orang Tartar di Rusia dengan menguasai Kazan dan
Astrakhan.Begitu juga dengan pemerintahan Tsar IV Nikolon II mempunyai kuaa
mutlak dalam menentukan keputusan pentadbiran serta hal-ehwal kerajaan.
Hak Istimewa
§ Maharaja Rusia seperti maharaja lain di dunia mempunyai
hak istimewa dalam masyarakat seperti kekebalan dari seg undang-undang dan
diberi pelbagai kemudahan istimewa.Segala kata Tsar akan dirujuk dan dianggap
sebagai undang-undang.
Peranan Maharaja Rusia dalam pemerintahan
Ketua Negara
§ Maharaja Rusia berperanan sebagai ketua Negara atau ketua
kerajaan yang berkuasa mutlak dalam pentadbirann.Baginda berkuasa dalam bidang
politik,ekonomi dan sosial seperti zaman pemerintahan Tzar Nicholas II.
§ Tsar Rusia berkuasa dalam menentukan hubungan luar negeri
atau hubungan diplomatik dengan Negara-negara Eropah seperti Jerman untuk
melatih tentera Rusia.
Melantik Menteri
§ Dalam sistem pemerintahan beraja Rusia,Tsar juga
mempunyai kuasa melantik menteri bagi mengukuhkan kedudukannya. Selain itu, Tsar
juga beruasa untuk memecat menteri yang dianggap menentangnya dalam
pemerintahan. Contohnya, semasa pemerintahan Tsar Nicholas II Tsar akan memilih
dan melantik menterinya yang
benar-benarr boleh dipercayai dan mampu mentadbir kerajaan.
§ Menteri diibarat sebagai tulang belakang atau penyokong
kuat kerajaan. Hal ini kerana,kuat atau lemah seseorang pemimpin bergantug
kepada golongan menteri.
Bertanggungjawab menjaga keamanan
§ Tsar Rusia bertanggungjawab untuk memilih,menjaga
keamanan dan keselamatan seluruh Negara Rusia daripada ancaman musuh. Sehubungan
dengan itu,Tsar telah mengetuai ketenteraan untuk menjaga keamanan dan dasar
perluasan wilayah.Oleh sebab Rusia sering terancam,pemerintah Rusia memperkuat tenteranya
dengan menambah peruntukan ketenteraan seperti yang dilakukan oleh ‘Peter the
Great’.
§ Peter telah memastikan peruntukan perbelanjaan pusat
memberi keutamaan kepada pertahanan negara Rusia.
Mengetuai bidang ekonomi
§ Pemerintah Rusia juga bertanggungjawab memajukan ekonomi
supaya Negara bertambah kukuh dan stabil.Kesungguhan pemerintah Rusia dalam
memajukan ekonomi dapat dilihat semasa pemerintahan Peter the Great,Tzar
Alexander II dan Tzar Nicholas II.
§ Semasa Peter the Great, beliau telah manggalakkan
pembangunan industri perkilangan membuat senjata,peralatan tentera, pembuatan
makanan, sector pembuatan tekstil, kertas, kaca dan barangan kulit. Industri
besi dan keluli juga dimajukan di Ural sehingga Rusia muncul sebagai pembekal
besi utama untuk paaran Eropah pada abad ke-18.
Ketua agama Kristian
·
Pemerintahan
Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab memperkukuh
serta menyuburkan ajaran Kristian Ortodoks.Pemerintah Rusia perlu memastikan
rakyatnya sentiasa mematuhi pengamalan agama.
·
Sebagai
contoh,pemerintahan Peter the Great telah memberikan tawaran kemewahan dan
kebendaan serta ada yang diugut yang mana tanah mereka akan dirampas jika tidak
menukar agama.Bagi menjayakan hasratnya, beliau telah mengarahkan mubaligh
kristian mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke
dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang
menjadi sasaran pemerintah
Penutup
§ Kedudukan dan peranan Tsar di Rusia sememangnya tidak
banyak bezanya dengan kedudukan dan peranan raja atau maharaja di Negara-negara
lain di dunia ketika itu.
§ Tetapi akhirnya kedudukan dan peranan Tsar tamat setelah
berlakunya Revolusi 1917 di Rusia yang
akhirnya menjadikan Rusia sebagai sebuah Negara Republik dan dipimpin oleh
seorang Presiden.
Soalan 38: Huraikan pembaharuan yang dilakukan oleh Peter
The Great pada tahun 1682 sehingga 1725.
Pendahuluan
§ Peter menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1682 hingga
tahun 1725.Era pemerintahan Peter menyaksikan banyak pembaharuan uang
membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan standing dengan Negara eropah yang
lain.
§ Peter menggunakan pengalaman pengembaraanya ke Negara
eropah seperti Jerman, Britain, Britain, Belanda, Austria dan Perancis yang
diperoleh sebelum menjadi raja untuk memajukan empayar Rusia semasa era
pemerintahan Peter, Rusia mengalami banyak pembaharuan dari segi politik, ekonomi,
sosial dan perluasan kuasa.
Isi-isi penting
1. Pembaharuan aspek Politik
§ Peter menyusun semula sistem pentadbirann Rusia yang
diwarisi sejak era Moscow dan dinasti Rurik. Pada era Moscow, badan
pemerintahan dan pentadbiran yang bertanggunjawab membantu urusan seharian
ialah Duma, Zemski Sabor dan Prikazi. Penyusunan semula sistem pentadbiran
penting untuk melshirksn sistem pentadbiran berpusat, seragam, cekap dan tidak
berlaku pertindihan kuasa antara institusi tertentu.
§ Pada tahun 1711, Duma dan Zemski Sabor digantikan dengan
majlis senate yang mempunyai anggota
seramai sembilan orang. Colleges dibentuk
untuk memikul beban tugas Majlis senate yang semakin memberat.
§ Peter juga menekankan tanggungjawab keputusan secara
kolektif bagi menggantikan Prikazi yang lebih memberi laluan kepada individu
tertentu ntuk membuat keputusan.
§ Pada tahun 1712, pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia
dari Moscow ke St.Petersburg. Pada
tahun 1914, nama St. Petersburg ditukar kepada Petrograd yang lebih menjurus kepada identity Rusia.Segala tindakan
Peter ni telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai Tsar.
2. Pembaharuan aspek Ekonomi
§ Peter memberi sokogan kepada industri perkilangan membuat
senjata,perlatan teknikal tentera,dan pembuatan makanan.Tumpuan kapada sector
pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangann kulit.Industri besi dan
keluli dimajukan di ural yang kemudiannya menyebabkan Rusia menjadi pembekal
besi utama untuk pasaran eropah pada abad ke-18.
§ Bagi menambah hasil perbendaharaan Negara Peter telah
memperkenalkan pelbagai cuki terhadap penduduk tempatan sebagai contoh,cuki
tidak langsung dan cukai kepala.Semua cukai mesti dibyar dalam bentuk wnag
tunai. Bagi memastikan kutipan cukai berjalan lancar kaedah banci
diperkenalkan.Kaedah ii dapat memastikan jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan
memudahkan kutipan cukai kepala.
3. Pembaharuan aspek Sosial
§ Peter yang mengamalkan pemerintah berkuasa mutlak telah
melakukan pembaratan melalui
penampilan masyarakat Rusia dengan meminta pegawai tinggi mencukur janggut dan mewajibkan mereka
memakai pakaian ala Jerman dan Hungary. Hal ini diwajibkan kepad semua kecali
petani dan institusi gereja. Mereka juga diwajibkan menghisap cerut. Bagi
mereka yang enggan dikehendak membayar cukai yang telah ditetapkan.
§ Selain itu, bagi pembahagian tanah tak alih ia
dibahagikan secara sama rata dalam kalangan anak lelaki pemilik tanah yang telah
meninggal dunia. Namun, semasa pemerintahan Peter, beliau telah mengeluarkan
dikri satu anak lelaki sahaja sekiranya tidak mempunyai anak lelaki maka akan
diserahkan kepada anak perempuan atau saudara waris.
§ Peter turut mengubah sistem kalender Rusia yang menyambut
tahun baru pada setiap September kepada sistem takwim Julius iaitu pada bulan
Januari. Rakyat Rusia juga digalakkan menterjemah bahan bacaan dari Negara
luar.kaum wanita diberi kebebasan untuk keluar dari rumah.
§ Di samping itu, untuk menjadikan Rusia sebagai Negara
yang berdaya saing, Peter telah menghantar ramai pelajar Rusia untuk belajar di
barat.Institusi juga banyak didirikan seperti The Navigator school, Naval
Academy dan Artillery Academy serta ebuah university iaitu The Imperial Academy of Science.
4. Pembaharuan Aspek
Agama
§ Peter juga memaikan peranan penting dalam menyuburkan
agama Kristian. Beliau telah mengambil inisiatif dengan menawarkan kemewahan
dan kebendaan untuk menukarkan pegangan agama orang Islam.Tetapi terdapat juga bentuk
paksaan seperti merampas tanah orang islam yang tidak menukar agama dalam masa
enam bulan dan mewajibkan mereka berkhidmat dalam ketenteraan untuk tempoh yang
panjang dan sebaliknya sekiranya mereka bersetuju untuk bertukar agama.
§ Peter juga mengarahkan mubaligh Kristian untuk
menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa masyarakat tempatan.
5. Pengukuhan ketenteraan
§ Kedudukan Rusia yang sering terancam menyebabkan Peter
mengukuhkan pertahanan melalui ketenteraan.
§ Peter telah maningkatkan peruntukan untuk
ketenteraan.beliau telah memastikan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada
pertahanan negara dan sebahagian besar hasil perbebdaharaan adalah untuk
ketenteraan.
6.
Perluasan Empayar
§ Peter telah berusaha untuk mencari jalan baruuntuk
meluaskan empayar Rusia.Hal ini kerana jalan yang biasa digunaka tidak sesuai
iaitu Laut artik yang mengalami suhu takat beku sepanjang tahun dan menghalang
keluar masuk kapal-kapal Rusia.
Penutup
§ Kejayaan Peter the Great meluaskan empayar dan
kredibiliti serta kepimpinannya yang sistematik telah membawa banyak perubahan
yang baik kepada Rusia.
§ Pemimpin yang berbiwabawa ini telah membawa Rusia sebagai
negara yang berdaya saing dengan negara-negara di Eropah pada ketika itu.
Soalan 39: Bincangkan pembaharuan yang dilakukan oleh
Tsar Alexander II
Pendahuluan
§ Tsar Alexander II Lahir pada 17 April 1818 di Moscow dan anak sulung kepada
Tsar Nicholas II. Pada tahun 1841, beliau berkahwin dengan Marie Alexandrovia.
Menjadi Tsar Rusia pada akhir hayat ayahnya pada tahun 1855. Tsar Alexander II menaik takhta pemerintahan semasa
negara Rusia mengalami zaman kemorosotan. Baginda mengutamakan politik dan
mengamalkan dasar tolak ansur dalam menjalankan sistem pemarintahan.
§ Tindakan pertama yang diambil oleh baginda selepas
manaiki takhta ialah menamatkan perang Crimea. Selapas menamatkan perang
crimea, beliau mula mengalihkan perhatian kepada masalah dalam negara.
Isi-isi Penting:
1. Membebaskan hamba abdi
§ Tsar alexander II mengambil langkah-langkah untuk memberi
kebebasan sepenuhnya kepada golongan hamba. Baginda mendapat sokongan daripada
golongan tuan-tuan tanah. Golongan hamba dibebaskan untuk mengatasi masalah
kekurangan tenaga buruh yang dihadapi oleh kilang-kilang kepas dan bulu yang
berkembang di bandar-bandar besar.
§ Pada bulan mac 1861, tsar alexander II mengeluarkan satu
rang undang-undang ini yang dikenali sebagai titah perintah Emansipasi.
Mengikut rang undang-undang ini, golongan hamba abdi di Rusia dibebaskan.
2. Memperkenalkan Zemstove 1864.
§ Tsar Alexander II juga melakukan pembaharuan dalam
pentadbiran kerajaan tempatan di rusia. Sebelum pembaharuan dilakukan. Dewan
perhimpuan di peringkat wilayah dikuasai oleh golongan bangsawan. Baginda
mengambil langkah-langkah untuk memecahkan monopoli golongan bangsawan dalam
dewan perhimpuan.
§ Di samping itu golongan bangsawan, penduduk bandar dan
petani juga diberi hak untuk memilih anggota majlis daerah (zemstove). Anggota
zemstove daerah akan memilih anggota zemstove
wilayah. Peranan majlis-majlis daerah dan wilayah adalah seperti
berikut: Menguruskan jalan raya dan jambatan; menguruskan pendidikan dan
kesihatan awam dan menjalankan pemilihan jaksa pendamai.
3. Pembaharuan dalam sistem pentadbiran undang-undang.
§ Prinsip perundangan barat digunakan dalam sistem
pendidikan undang-undang di rusia. Sebagai contoh. Hakim dan mejistret
diletakkan bebas daripada jabatan-jabatan kerajaan yang lain. Bagi menjamin
keadilan, semua lapisan masyarakat diiktiraf sama taraf
§ Perbicaraan dijalankan secara terbuka dan sistem
pembicaraan yang menggunakan sistem juri diperkenalkan.
4. Dalam bidang ketenteraan.
§ Pada tahun 1874, baginda memperkenalkan beberapa
perubahan dalam bidang ketenteraan. Rakyat daripada semua kelas diwajibkan
berkhidmat sebagai anggota pasukan tentera.
§ Tempoh perkhidmatan dalam tentera dikurangkan daripada 25
tahun kepada 15 tahun. Dalam tempoh tersebut mereka juga dikehendaki berkhidmat
sebagai tentera tetap selama enam bulan. Di samping itu, mereka dikehendaki
berkhidmat sebagai tentera simpadan atau tentera sukarela selama lima tahun.
5. Kebebasan akhbar.
§ Tsar Alexander II juga membari sedikit kebebasan dalam
bdang penerbitan akhbar dan majalah. Semasa pemerintahan baginda. Penapisan
terhadap akhbar-akhbar juga dilonggarkan. Perkembangan ini menyebabkan bilangan
akhbar yang diterbitkan juga bertambah.
§ Pada zaman pemerintannya terdapat 16 buah akhbar dan 156
buah majalah bulanan. Pembaharuan yang dilakukan oleh Tsar Alexander II
menimbulkan rasa tidajkpuas hati dalam kalangan rakyat.
Penutup
§ Tsar Alexander II merupakan pemerintah yang telah memberi
sumbangan yang besar dalam memajukan dan memodenkan negara Rusia yang mencapai kemajuan dalam bidang politik,
sosial dan ekonomi.
Soalan 40: Huraikan faktor perubahan dasar perhambaan
yang dilakukan oleh Tsar Alexander II pada tahun 1855 hingga 1881
Pendahuluan
§ Tsar Alexander II Lahir pada 17 April 1818 di Moscow dan anak sulung kepada
Tsar Nicholas II. Pada tahun 1841, beliau berkahwin dengan Marie Alexandrovia.
Menjadi Tsar Rusia pada akhir hayat ayahnya pada tahun 1855. Tsar Alexander II menaik takhta pemerintahan semasa
negara Rusia mengalami zaman kemorosotan. Baginda mengutamakan politik dan
mengamalkan dasar tolak ansur dalam menjalankan sistem pemarintahan.
§ Tindakan pertama yang diambil oleh baginda selepas
manaiki takhta ialah menamatkan perang Crimea. Selapas menamatkan perang
crimea, beliau mula mengalihkan perhatian kepada masalah dalam negara.
Isi-isi penting
1. Pemberontakan
golongan hamba
§ Berlaku pertambahan bilangan golongan kesan peningkatan
pertanian atau dikenali sebagai Black Earth Region. Golongan hamba terdiri
daripada golongan petani, tawanan perang dan individu bebas. Golongan petani
yang menjadi hamba ialah golongan yang tidak dapat melunaskan hutang dan kos
sewa tanah kepada tuan tanah persendirian. Tawanan perang yang menjadi hamba
ialah tawanan semasa pemerintahan Ivan II, Ivan IV, Peter dan Catherine yang
melaksanakan misi perluasan empayar. Individu bebas pula berubah menjadi hamba
selepas berkahwin dengan golongan hamba. Golongan hamba sangat ramai dan
melebihi separuh daripada penduduk di kawasan pertanian seperti Poland, Kier,
Raizan, Tula, Minsk, Vladimir dan Kalaga.
§ Ketidakpuasan terhadap layanan yang diterima daripada
pemerintahan telah menyebabkan beberapa pemberontakan petani dan hamba berlaku
antara tahun 1820an hingga tahun 1860-an. Antara pemberontakan yang berlaku
ialah pemberontakan di wilayah Vladimir, Riazan, Tambor, Sarator, Penza dan
Vorotech telah memaksa Alexander II mengarahkan tentera untuk mematahkan
pemberontakan. Alexander II merasakan penggunaan tentera tidak akan menyelesaikan
masalah pemberontakan golongan hamba. Oleh itu, beliau membuat perubahan dasar
terhadap sistem perhambaan di Rusia
2. Tekanan
golongan pelajar yang menyokong idea liberalisme
§ Golongan pelajar mahukan perubahan dilakukan dan
mementingkan kebebasan individu. Mereka mendesak Alexander II menghapuskan
perhambaan yang tidak sesuai dengan peradaban manusia dan tidak produktif untuk
memajukan ekonomi Rusia.
§ Mereka mahu golongan hamba dibayar upah yang setimpal
dengan perkhidmatan yang diberikan.
3. Kekalahan
dalam perang Crimea
§ Kekalahan dalam perang Crimea yang berlangsung selama
tiga tahun (1853-1856) telah menjatuhkan kredibiliti Alexander II. Perjanjian
Paris yang ditandatangani oleh Alexander II menyebabkan Rusia kehilangan
pangkalan lautnya di Laut Hitam.
§ Masalah kewangan dan perbendaharaan negara yang defisit
diwarisi oleh Alexander II daripada Nicholas I turut menjejaskan imej Alexander
II.
Penutup
§ Walaupun Alexander II melakukan menghadapi namun beliau
masih mengamalkan autokrasi dalam pemerintahannya. Dasar beliau masih tidak
diterima oleh seluruh masyarakat Rusia dan mendapat penentangan daripada
golongan pelajar yang mahu kuasa Tsar dikawal dan menuntut demokrasi tulen di
Rusia. Ketidakpuasan hati golongan liberalisme menyebabkan mereka berpakat
untuk menjatuhkan Alexander II. Pada tahun 1866, satu cubaan untuk membunuh
Alexander II dilakukan, namun berjaya dipatahkan.
§ Alexander II mengambil tindakan tegas dengan mengehadkan
kemasukan pelajar ke universiti, memecat pengarang akhbar yang menulis dan
tidak memaparkan nama, menangkap dan membuang mereka yang memberontak ke
Siberia tanpa menjalani perbicaraan mahkamah, dan membentuk Polis Rahsia untuk
menangkap mereka yang mengkhianati Tsar.
Soalan 41: Bincangkan pembaharuan yang
dilakukan oleh Tsar Alexander III.
Pendahuluan
§ Tsar
Alexander III dilantik selepas
kemangkatan Tsar Alexander II pada tahun 1881. Beliau mengambil langkah-langkah
untuk meneruskan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tsar Alexander II.
§ Beliau juga
mengambil tindakan bersifat agresif terhadap golongan revolusioner untuk
mengekang golongan tersebut.
Isi-isi penting:
1.
Kawalan Terhadap Institusi Pendidikan
§ Kerajaan
mengambil tindakan mengawal pentadbiran di universiti dan sekolah. Guru-guru
yang mengamalkan fahaman liberal disingkirkan.
§ Kanak-kanak
daripada kelas petani dan pekerja tidak dibenarkan melanjutkan pelajaran di
peringkat menengah.
2.
Sekatan Terhadap Kebebasan Akhbar
§ Kerajaan
mengambil tindakan untuk mengawal penerbitan akhbar.
§ 14 buah
akhbar tempatan telah ditutup.
3.
Pelantikan Kapitan Tanah
§ Pegawai-pegawai
baharu dikenali sebagai Kapitan Tanah. Pegawai-pegawai dilantik daripada
kalangan golongan bangsawan.
§ Mereka
mempunyai kuasa mutlak terhadap pegawai tempatan yang lain. Mereka juga
berkuasa menyingkirkan pegawai-pegawai lain.
4.
Perubahan dalam Zemstovs ( Majlis Tempatan )
§ Kerajaan
turut melaksanakan pembaharuan dalam keanggotaan Zemstovs. Golongan Kapitan
Tanah secara tidak langsung menjadi anggota Zemstovs.
§ Golongan
Cerdik pandai seperti guru dan doktor tidak dibenarkan bertanding utuk kerusi
majlis tempatan.
5.
Dasar Pengrusiaan
§ Melaksanakan
dasar pengrusiaan di wilayah-wilayah sekitar Laut Baltik, Poland dan Finland.
§ Penduduk di
sekitar wilayah-wilayah Baltik seperti Estonia dan Latvia diwajibkan
menggunakan bahasa rusia. Bahasa Rusia dijadikan mata pelajaran wajib di semua
sekolah di Poland.
6.
Perubahan Dasar Agama
§ Tujuan
perubahan diperkenalkan adalah untuk mempertahankan peranan dan kedudukan
Gereja Ortodoks Rusia.
§ Pelbagai
sekatan dikenakan terhadap Gereja Lutheran Protestan yang bergiat secara aktif
di wilayah-wilayah sekitar Laut Baltik.
7.
Dasar Anti Yahudi
§ Penindasan
dilakukan kerana ramai pemimpin revolusi di Rusia terdiri daripada orang
Yahudi. Dasar ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah
sebenar yang dihadap oleh negara.
§ Pembunuhan
beramai-ramai orang Yahudi dilakukan dengan hasutan oleh pihak polis.
Penutup
§ Semasa
pemerintahan Tsar Alexander III, tindakan keras seperti membunuh, menyeksa dan
membuang negeri dikenakan terhadap golongan revolusioner.
Soalan 42: Huraikan dasar pemerintahan yang dilakukan
oleh Tsar Nicholas II pada tahun 1894 hingga 1917
Pendahuluan
§ Nama sebenar beliau ialah Nikolai Alexandrerich Demorau. Lahir
pada 06 mei 1868. Tempat lahir beliau ialah St. Petersburg, Russian Empire
(sekarang Russia). Anak pertama Tsar
Eritch Aleksandr III dan isteri, Maria Fyodorovna.
§ Nama panggilan beliau ialah Nicky, Nicholas the short dan
bloody Nicholas. Meninggal dunia pada 17 Julai 1918 di Yekaterinburg, Rusia.
Isi-isi penting:
1. Dasar
autokratik
§ Mempunyai kata pemutus dalam sebarang keputusan penting
berkaitan dengan hal ehwal kerajaan pusat. Berkuasa dalam sebarang hal
perundangan, pentadbiran, ekonomi dan ketenteraan. Berhak melantik dan
melucutkan jawatan seseorang menteri. Menteri yang dilantik bertanggungjawab
kepada Tsar. Mementingkan keluarganya dan bercita-cita untuk melantik puteranya
sebagai pengganti serta mendengar nasihat isterinya sehingga menolak sebarang
pembaharuan yang boleh menjatuhkan kekuasaan pemerintahan autokrasi di Rusia.
§ Tidak memberi hak asasi dan kebebasan kepada rakyat
Rusia. Misalnya, golongan bawahan tidak dibenarkan mengadakan sebarang
perhimpunan atau membentuk pertubuhan
tanpa kebenaran daripada pemerintah. Organisasi yang berbau keagamaan
tidak dibenarkan wujud tanpa kebenaran pihak pemerintah walaupun para penganut
ajaran Kristian Ortodoks merupakan golongan majoriti dan berpengaruh di Rusia.
Jika tidak mematuhi arahan Tsar, mereka akan dipenjarakan atau dihantar ke
Siberia tanpa dibicarakan.
§ Mengehadkan kebebasan akhbar bagi membendung penyebaran
idea subversif dalam kalangan masyarakat. Sebarang penulisan atau berita yang
ingin disebarkan perlu melalui tapisan yang ketat. Kebebasan golongan Yahudi
dihadkan. Tempat tinggal dikawal dan penempatan mereka dinamakan The Jewish
Pale Of Settlement. Golongan Yahudi hanya boleh menceburi bidang pekerjaan yang
ditetapkan dan hanya segelintir orang Yahudi yang mendapat tempat di
Universiti.
§ Bagi mengawal pergerakan bawah tanah yang mengetengahkan
ketidakpuasan hati rakyat dan membendung kebangkitan masyarakat yang melalui
fasa perubahan akibat ledakan ekonomi, Nicholas II menubuhkan polis rahsia atau
okhrana yang mempunyai jaringan wakil yang luas serta pemberi maklumat dari
kawasan luar bandar atau bandar. Mereka mendapat latihan khas untuk berhadapan
dengan gerakan bawah tanah yang menghasut rakyat dan menyebarkan propaganda di
Rusia. Oleh itu, penubuhan okhrana memperkukuhkan kekuasaan Nicholas II
2. Pembangunan ekonomi
§ Pada tahun 1892, beliau telah melantik Sergei Witte
sebagai Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia. Antara tahun 1892 hingga
tahun 1903, Sergei Witte telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan Rusia
dan melakukan pelbagai perubahan.
§ Memberi keutamaan dalam pembinaan landasan kereta api
kerana landasan kereta api merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia. Pada
tahun 1894, Kerajaan Rusia mengambil alih landasan kereta api St.
Petersburg-Moscow, St. Petersburg-Warsaw dan St. Petersburg-Nizhniy Novgorod.
Pembinaan landasan kereta api ke timur menerusi projek Rentas Siberia telah
dimulakan pada tahun 1891 dan siap pada tahun 1905. Perkembangan ini membawa
kepada pembangunan ekonomi dan penghijrahan penduduk untuk membuka penempatan baharu
di Siberia.
§ Menarik pemodal asing melabur di Rusia dengan mengambil
beberapa tindakan yang strategik. Antara tindakan yang diambil ialah
menstabilkan nilai semasa rouble dan menyekat kegiatan spekulasi serta menambah
simpanan emas dengan meningkatkan jumlah eksport hasil pertanian.
§ Selain itu, menguruskan pinjaman luar dan menawarkan
kadar bunga yang tinggi kepada pelabur Perancis, Britain dan Jerman. Di samping
itu, mengendalikan sistem kewangan dengan baik dan memberi keyakinan kepada
pelabur untuk melabur di Rusia.
3.
Pembangunan pendidikan
§ Nicholas II kurang memperuntukan perbelanjaan dalam
bidang pendidikan berbanding bidang ekonomi. Buktinya, hanya 150 juta rouble
dibelanjakan pada tahun 1890 hingga tahun 1900 untuk pendidikan berbanding 120
juta rouble diperuntukan untuk pembinaan landasan kereta api setiap tahun.
§ Perkembangan pendidikan teknikal hanya diberi keutamaan
oleh Sergei Witte demi memajukan ekonomi di Rusia. Pada tahun 1894, terdapat
lapan buah sekolah teknik di Rusia meningkat kepada beratus-ratus buah di Kiev,
Mosvow, dan St. Petersburg. Kesannya, kadar celik huruf meningkat daripada 20
peratus pada tahun 1890 kepada 38 peratus pada tahun1914.
4.
Kebangkitan golongan Intelegensia
§ Pemerintahan Nicholas II kurang aman dan tidak mendapat sokongan
padu daripada rakyat Rusia. Nicholas II menghadapi kebangkitan daripada
golongan intelligentsia. Namun, golongan intelligentsia menghadapi krisis
dalaman sehingga berpecah kepada Slavophiles dan Westernizers.
§ Golongan Slavophiles menyakini pemerintahan Tsar dan
ajaran Kristian Ortodoks sebagai kepercayaan terbaik. Malahan, golongan ini
mahu mengekalkan komun di wilayah pertanian. Golongan Westernizers pula mahukan
perubahan mengikut model negara Eropah seperti Perancis dan England yang
mengamalkan pemerintahan raja berperlembagaan. Golongan ini menuntut hak asasi
masyarakat bawahan dihormati dan tradisi lama yang membelenggu kemajuan
masyarakat Rusia dihapuskan.
§ Perubahan yang dikehendaki ialah membebaskan rakyat
daripada belenggu tunggakan hutang tanah, kemiskinan dan kebuluran. Kedua-dua
golongan ini sependapat dalam mengekalkan institusi pemerintahan beraja dan
inginkan Tsar melaksanakan pembaharuan.
§ Perkembangan pendidikan turut mempengaruhi perkembangan
liberalisme di Rusia. Penubuhan Universiti di Rusia telah melahirkan banyak
graduan dan peningkatan golongan profesional seperti pensyarah, peguam,
penulis, doktor, ahli sains dan jurutera. Golongan profesional ini lebih
cenderung kepada fahaman liberalisme. Mereka mendesak Tsar melakukan perubahan
dengan kaedah dialog dan interaksi. Namun, mereka gagal dan beralih kepada
corak radikal menerusi penglibatan dalam Union Of Liberation pada tahun 1903.
5.
Kebangkitan Gerakan Politik
§ Nicholas II turut meghadapi gerakan politik baru di Rusia
seperti Parti Buruh Sosial Demokrasi (Russian Sosial Demokratik Labor Party)
yang ditubuhkan pada tahun 1898 di Switzerland. Antara pemimpin yang terkenal
ialah Vladimir Ilyich Lenin.
§ Dalam tempoh dua minggu ditubuhkan, polis Rusia telah
menangkap pemimpin-pemimpin Parti Buruh Sosial Demokrat. Penangkapan ini
diarahkan oleh Nicholas II kerana tidak mahu penyebaran idea yang mengugat
kedudukannya sebagai Tsar yang berkuasa autokratik. Namun, Nicholas II tidak
mampu membendung penyebaran fahaman Marxisme di Rusia kerana semasa dalam
tahanan penjara, Lenin telah menggunakan masanya untuk mendalami teori Karl
Marx serta membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan Nechaev.
§ Selepas dibebaskan, Lenin telah mengikuti Plekhanov dan
menyebarkan fahaman Marxisme di Rusia. Melalui Parti Buruh Sosial Demokrat,
Lenin menggunakan hak kebebasan akhbar di Barat untuk menerbitkan akhbarnya,
iaitu Iskra. Menerusi akhbar Iskra, propaganda Marxisme dapat disebarkan kepada
generasi muda di Rusia melalui saluran bawah tanah.
§ Namun, pada tahun 1903, parti ini meghadapi konflik
dalaman dan berlaku perpecahan antara penyokong Lenin dan Menshevik. Lenin dan
Bolshevik mengetatkan keanggotaan parti kepada revolusioner profesional. Manakala,
Menshevik diketuai oleh Martov yang mahukan keahlian yang longgar, bebas
bersuara pada setiap masa dan terbuka kepada umum.
6) Kebangkitan Revolusi
1905
§ Nicholas II turut menghadapi peristiwa Ahad Berdarah yang
menyumbang kepada Revolusi 1905. Peristiwa ini berlaku semasa Paderi Gapon yang
membawa petisyen kepada Nicholas II di Winter Palace yang ditandatangani oleh
15 000 orang.
§ Malangnya, perkumpulan masyarakat untuk menyampaikan
petisyen kepada Nicholas II di luar istana Winter Palace hanya sia-sia kerana
Nicholas II tiada sebaliknya berada di Tsar Skoe, di luar St. Petersburg. Wakil
dari Tsar pula tidak dibenarkan menerima petisyen itu bagi pihak istana.
§ Oleh yang demikian, daripada perkumpulan masyarakat yang
bergerak secara aman, tidak membawa senjata, kemudiannya telah bertempur dengan
tentera Rusia. Mereka telah disuraikan dengan cara kekerasan sehingga
mengakibatkan seramai 130 orang terbunuh dan 299 orang tercedera.
§ Peristiwa Ahad Berdarah ini telah menyebabkan masyarakat
mula hilang kepercayaan terhadap Nicholas II. Pada masa yang sama, masyarakat
antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan Jerman turut mengecam tindakan
tentera Nicholas II yang menggunakan kekerasan terhadap masyarakat massa.
Penutup
§ Nicholas II terdesak dalam mempertahankan kedudukannya
sebagai pemerintah autokratik dan pada masa yang sama perlu menangani krisis
politik yang semakin mencabar daripada demonstrasi kelas sosial di bandar St.
Petersburg dan Moscow.
§ Masyarakat massa semakin berani memperjuangkan kehendak
mereka yang ingin mengehadkan kuasa yang dimiliki oleh Tsar. Akhirnya, Sergei
Witte menasihatkan Nicholas II untuk memilih sama ada pemerintahan secara
diktator ketenteraan atau monarki berperlembagaan.
§ Akhirnya, Nicholas II akur dengan tuntutan masyarakat dan
cenderung kepada Monarki berperlembagaan. Beliau mengisytiharkan manifesto pada
17 Oktober 1905.
Soalan 43: Huraikan faktor yang menyebabkan
tercetusnya Revolusi 1905 di Rusia semasa pemerintahan Tsar Nicholas II
Pendahuluan
§ Tsar
Nicholas II merupakan pemerintah atau Tsar yang terakhir memerintah Rusia. beliau
merupakan seorang pemerintah yang lemah dan tidak mengambil langkah-langkah
untuk memodenkan Rusia.beliau meneruskan pemerintahan bercorak autokratik iaitu
sistem pemerintahan yang diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa
mutlak dan menggunakan kekerasan semasa pemerintahan.
§ Tsar
Nicholas II gagal memahami dan mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam
negara semasa pemerintahannya. Perkembangan ini menimbulkan perasaan tidak puas
hati terhadap pemeritahannya.Kemuncak rasa tidak puas hati rakyat terhadap
pemerintahan Tsar Nicholas II menyebabkan tercetus Revolusi 1905
Isi-isi Penting:
1. Perkembangan industri.
§ Pada
pemerintahan Tsar Nicholas II, bidang perindustrian berkembang pesat. Terdapat
ramai pelabur asing seperti Perancis, Inggeris, dan Jerman yang melabur dalam
bidang perindustrian.
§ Hal yang
demikian,muncul golongan kapitalis dan pekerja yang tidak puas hati dengan
dasar yang dijalankan oleh Tsar Nicholas II
2. Kemunculan parti-parti politik.
§ Perkembangan
yang berlaku semasa pemerintahan beliau menyebabkan muncul parti-parti politik
di Rusia, antaranya Parti Buruh Demokrat,Rusia,Parti Revolusioner Sosial,dan
Parti Liberal.
§ Selepas
kemunculan Parti Buruh Sosial Demokrat,pekerja-pekerja mengadakan mogok dan
tunjuk perasaan.Tsar Nicholas II telah , mengambil langkah untuk menghapuskan
pengaruh Parti Buruh Sosial Demokrat dengan menghantar ejen-ejen rahsia ke
kilang.
3. Perang Rusia -Jepun
§ Dalam
peperangan tersebut Rusia mengalami kekalahan yang amat teruk kerana sebelum
ini,Rusia merupakan kerajaan yang mempunyai kuasa besar dan kuat serta sering
menang dalam peperangan.Kekalahan ini menyebabkan rakyat mempersoalkan kekuatan
pasukan tentera kerajaan pusat.Kelemahan pemerintahan beliau menyebabkan rakyat
ingin menghapuskan pemerintahan autokratik Tsar.
4. Revolusi 1905 tercetus disebabkan Peristiwa
Ahad Berdarah.
§ Dalam
peristiwa tersebut,Paderi Gapon mengetuai perarakn untuk menyampaikan
memorandum kepada Tsar Nicholas II.Untuk menyuraikan perhimpunan tersebut, tentera
telah masuk campur dengan menggunakan kekerasan.
§ Lebih 130
orang yang terbunuh dan 299 orang tercedera dalam peristiwa tersebut. Rakyat
mula hilang kepercayaan terhadap pemerintahan
Tsar dalam perkembangan ini.
5. Kebangkitan golongan pekerja.
§ Peristiwa
Ahad Berdarah menyebabkan demonstrasi dan mogok diadakan di seluruh negara.
Pekerja-pekerja industri mengadakan mogok di bandar-bandar besar seperti St.
Petersburg dan Moscow.
Penutup:
§ Tsar Nicholas
II akur kepada tuntutan rakyat disebabkan penentangan yang hebat daripada
rakyat terhadap kegagalan dan kelemahan pemerintahan beliau.Beliau mengisytiharkan Manifetso
Oktober 1905 untuk menghentikan kritikan rakyat.
§ Menerusi
manifetso tersebut, beliau mengiktiraf hak asasi rakyat dan memperkenalkan
sistem pemerintahan monarki berperlembagaan.
2.1.2 Sistem
Pembesar di China
Soalan 44: Bincangkan pelaksanaan sistem pembesar di China
pada abad ke-16 hingga ke- 20.
Pendahuluan
§ Pembesar merujuk kepada pegawai-pegawai kerajaan yang
dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya
dalam bidang kuasa yang diberikan. Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan
orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.
§ Pembesar China terdiri daripada pembesar di peringkat
pusat dan peringkat wilayah. Didominasi oleh golongan cerdik pandai (pegawai
sarjana)dan golongan bangsawan. Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai
mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam
Sistem Peperiksaan Awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada
kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang telah berjasa kepada maharaja.
Isi-isi penting
Peranan di Peringkat Pusat
§ Tiga fasa pentadbiran, iaitu
pentadbiran awam, tentera dan tempatan. Memegang
jawatan penting dan Berkhidmat dalam
jabatan kerajaan. Menganggotai
Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi ( Enam Badan Menteri) dan Lembaga
Penapis
Sekretariat Agung
§ Tugas Sekretariat Agung ialah membantu maharaja dalam
menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Mereka
akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan
kementerian.
Majlis
Tertinggi
§ Majlis Tertinggi
menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja.Melalui majlis ini,
sebenarnya urusan pemerintahan dan
pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian.
Setiap kementerian akan dikawal oleh seorang pegawai kanan atau dikenali
sebagai Shangschu. Shanschu pula akan
dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan
kementeriannya.
§ Enam kementerian tersebut ialah kementerian Personal,
Kementerian Kewangan, Kementerian Adat, Kementerian Perang, Kementerian
Keadilan dan Kementerian Kerja Raya.
Lembaga Penapis (censoreta)
§ Lembaga Penapis atau Censoreta menjadi mata dan telinga
maharaja,iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar-pembesar China kepada
maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.
Peranan di Peringkat Wilayah
§ Gabenor dilantik untuk mentadbir
wilayah. Diberi kuasa autonomi dalam pentadbiran wilayah. Berperanan memelihara
keamanan dan mengutip cukai daripada penduduk. Berhubung secara langsung dengan
pemerintahan pusat
Tugas gabenor ialah menjaga urusan pentadbir an wilayah, menjaga
keamanan dan ketenteraman, serta mengutip cukai untuk dihantar kepada
pemerintahan pusat.Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi
wilayah yang telah ditetapkan dalam diri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab
dan berhubung secara langsung dengan pemerintahan pusat. Gabenor akan dibantu
oleh pegawai2 daerah yang dilantik oleh maharaja seperti Bendahari dan Hakim
§ Dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh
pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara. Mereka akan berperanan
mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk di bawahnya,iaitu Jabatan
Kakitangan,Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman, dan Jabatan
Kerja Awam. Pentadbiran wilayah juga
diuruskan oleh pegawai2 pengawas kerajaan. Antara tugas utama ialah mengawasi
aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai2 yang menyeleweng
serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.
Ketua Tentera
§ bertanggungjawab memastikan
keamanan wilayah. mendapat tempat istimewa dalam kerajaan Pembesar di peringkat wilayah dibantu oleh pembesar
tempatan yang dikenali sebagai gentry.
§ Ketua tentera memiliki angkatan tentera sendiri. Mereka
bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pemerintahan pusat di
samping menjaga wilayah mereka sendiri.
Golongan Intelektual (gentry)
§ mendapat pendidikan Confucius.
lulus dalam peperiksaan awam dan keutamaan dalam menjawat jawatan kerajaan
dan di istana. Golongan terpelajar (sarjana) mempunyai darjat paling
tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap
peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan memilih golongan
sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.
§ Lulus peperiksaan awam bermakna anak kunci kekayaan dan
pangkat rasmi yang penting. Mereka ditempatkan di kementerian2 penting yang
melibatkan penggubalan dasar, iaitu menganggotai Imperial secratariat yang
bertanggungjawab membuat dasar negara dan Imperial cancelory yang
bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.
Penutup
§ Kemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam
sistem pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada
kemerosotan tanggungjawab pembesar.
§ Keruntuhan Dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar
di China.
Soalan 45: Bincangkan faktor kejatuhan sistem pembesar di
China.
Pendahuluan
§ Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam sistem
pembesar semasa pemerintahan Dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan
tanggungjawab pembesar.
§ Keadaan ini jelas berlaku dalam kegiatan harian pegawai
kerajaan Ch’ing .setiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk
menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai
kerajaan kerana setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.
Isi-isi penting
1. Kemerosotan
nilai etika dan moral confucius
§ Kemerosotan nilai etika dan moral confucius dalam
kalangan pegawai berterusan apabila China membuka pintu negaranya kepada
perdagangan luar.
§ Perdagangan dengan barat
yang dijalankan di canton telah membolehkan pegawai mengutip cukai ke
atas barangan import dan eksport dan pedagang asing dikenakan cukai yang tinggi
bergantung kepada jumlah perdagangan mereka.
2. Konsep taat
setia ditukar ganti dengan material
§ Konsep taat setia kepada kerajaan pusat dalam kalangan
pegawai kerajaan sudah ditukar ganti dengan material.
3. Perbendaharaan
negara China merosot
§ Bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan
persenjataan negara. Pemberhentian sumbangan dari wilayah2 yang mengalami
kebuluran dan pemberontakan.
§ Maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam
perdagangan dan hasil pertanian.
4. Rasuah dalam
kalangan pegawai kerajaan
§ Tidak dapat menambahkan perbendaharaan negara
§ Masalah kewangan semakin meruncit pada akhir pemerintahan
Dinasti Ching.
5. Pembesar yang
dilantik tidak melalui saringan yang ketat
§ Pembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem
peperiksaan awam tidak diuji kebolehan mentadbir negara.
6. Kandungan
sistem peperiksaan awam
§ Kandungan peperiksaan awam berdasarkan ajaran confucius
kurang relevan dengan dunia realiti
§ Pembesar harus menghadapi dunia realiti yang penuh dengan
cabaran bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.
Penutup
§ Revolusi 1911 telah menamatkan pemerintahan Dinasti Ching,kejatuhan
kuasa maharaja dan seterusnya menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah
selama 267 tahun di China.
§ Penamatan pemerintahan Dinasti Ching turut menghapuskan
sistem pembesar di China.Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan
bercorak republik dan kemudiannya komunis.
2.1.2 Sistem
Pembesar di Rusia
Soalan 46: Bincangkan peranan dan Perlaksanaan sistem
pembesar di Rusia
Pendahuluan
§ Sistem pembesar ialah institusi pemerintahan di China dan
Rusia yang memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan
bantuan atau sokongan institusi pembesar. Pada mulanya, golangan pembesar juga
dikenali sebagai golangan pemerintahan yang melaksanakan segala urusan
pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja atau maharaja.
tanggunjawab yang diberikan kepad pembesar yang melaksanakan tugasnya akan
menjadi kayu ukur dalam pengenalan tugas sebagai pembesar.oleh hal yang
demikian dalam sistem pembesar raja atau maharaja kedudukan pembesar adalah
sangat penting dan berada pada aras ke-2 selapas raja atau maharaja.
§ Oleh itu, segala tindak-tanduk yang menjurus kepada
keingkaran dan keenganan menjalankan tugas dan perintah raja dengan baik akan
menyababakan kedudukan raja terancam . Namun, raja mempunyai badan yang
memantau segala tindakan pembesar bagi memastikan ketaatsetian pembesar tidak
terbelah-bahagi. Hal ini penting dalam memperkukuhkan kekuasaan raja dalam
pemerintahannya.
Isi-isi Penting
Peranan Pembesar di Rusia
1.
Peringkat Pusat
§ membantu pentadbiran raja dalam
Majlis Tertinggi (Duma, Zemskii Sabor, Prikazi). Peter mewujudkan Majlis Senate
menggantikan Duma dan Zemskii Sabor.
§ memberi perkhidmatan ketenteraan
dan menganggotai institusi gereja Kristian Ortodoks untuk kawal kuasa gereja
§ Menganggotai Jawatankuasa Tidak
Rasmi untuk menasihati raja dalam hal ehwal dasar negara
§ golongan bangsawan menjadi ahli
Dewan Perhimpunan Wilayah membantu Tzar dalam urusan pentadbiran
§ Polis Rahsia Khas (Okhrana) untuk
kawal penyebaran propaganda yang boleh gugat pemerintah
2.
Peringkat Daerah
§ Diketuai oleh gabenor atau naib
gabenor
§ Majlis Daerah (Zemstvo)
berperanan jaga infrastruktur dan pendidikan
3.
Peringkat Kampung (Komun / Mir)
§ Bertanggungjawab memungut cukai
untuk kerajaan pusat
Pelaksanaan
Sistem Pembesar di Rusia
1.
Penyusunan semula sistem pentadbiran agar sisten
pentadbiran menjadi seragam, cekap dan tidak bertindih kuasa antara institusi
tertentu. pada tahun 1711, Duma dan
zemskii sabor telah digantikan kepada Majlis senate. Golongan bangsawan banyak
membantu dalam urusan prntadbiran dan pemerintahan.Telah berlaku Mobiliti sosial
dalam kalangan masyarakat Rusia. Peranan institusi gereja dalan empayar Rusia tidak dpat di nafikan.
Ianya berperanan penting dalam hal ehwal
keagamaan, ekonomi dan politik. Namun, institusi gereja telah berkurang dan
terletak di bwah kekuasaan pemeritah peter.
2.
Semasa pemerintahan Alexander 1 yang bersikap liberal dalam
segala perubahan yang dilakukan di Rusia. Alexander 1 tlah melantik jawatankuasa khas yang dkenali sbgai Jawatan
kuasa khas untuk menasihatkannya dlam hal ehwal berhubung dengan dasar Negara. Pada
thun 1890 tlah meneruskan pendekatan liberal apabila alexander telah
memperkenalkan perubahan dlam pemilihan
anggota Duma atau Parlimen.tlah mengadakan pilihah raya untuk memilih anggota
duma dan mengadakan pungutan suara dalam kalangan masyarakat rusia.
3.
Pentadbiran Alaxander 2 di bantu oleh Dewan Perhimpunan
Wilayah yang bertanggungjawab membantu Tsar dalam menentukan pentadbiran Negara. bagi golongan
bangsawan dan dewan perhimpunan wilayah,
Alexander talah meluluskan satu undang-undang pda thun 1864, iaitu setiap
daerah daripada 34 wilayah akan mempunyai majlis perundangan tempatan (Majlis
Dearah) atau Zemstvo. Alexander 2 telah mwujudkan sistem mahkamah yang
berasingan daripada jabatan kerajaan yang lain demi memastikan keamanan dan
kelangsungan pentadbiran di rusia. Prntadbiran hakim dan majistret terasing
dripada krajaan lain dan rakyat harus menerima undang-undang yang sama tanpa
mengira taraf sosial.
4.
Pentadbiran
Tsar-Tsar di rusia yang mengamalkan raja berkuasa mutlak dan menjalankan pemerinthan
autokratik yang membawa kepada Penubuhan
Polis Rahsia Khas. Tugas polis rahsia khas ialah mengawal penyebaran unsur
propaganda yang memgugatpemerintahan Tsar, demontrasi masyarakat, mengawal
jalan keluar masuk ke empayar Rusia dan menjadi mata dan telinga Tsar.
5.
Tsar memajukan ekonomi Rusia dengan melantik
menteri-menteri yang akan menguruskannya. tugas menteri yang dilantik ialah merancang dan
melaksanakan dasar ekonomi yang membawa kepada perkemnangan ekonomi di rusia. Sbagai
contoh, semasa pemerintahan Nicoholas 2, sergei witte yang dilantik sbagai
Menteri komunikasi dan pengangkutan rusia pda thun 1892. antara tahun
1892-1903, Sergei witte telah menjawat jawatan sbgai Menteri kewangan Rusia. Pengukuhan
Ketenteraan di Rusia menjadi agenda utama pemerintahan Tsar. Ketenteraan membolehkan
Tsar mempertahankan Rusia daripada ancaman Mongol, Tartar dan Turki yang
berusaha selama 300 tahun untuk menakluki Rusia dan melaksanakan perluasan
empayar.
6.
Rusia menjalankan dasar pemerintahan yang berbeza dalam
kawasan empayarnya mengikut Tsar yang memerintah. misalnya, pemerinthan Nicholas 1 tidak mengamalkan
liberal malah menjalankan pentadbiran auoktratik. manakala pemerintahan
Alexander 1 menjalankan pemerintahan secara liberal.
Penutup;
§ Kemerosotan pemerintahan Tsar yang menyumbang kapada
kejatuhan menteri-menterinya. Tindakan Tsar pada 26 February 1917 telah
memansuhkan Duma untuk menangani situasi yang cemas dan mempertahankan pemerintahannya di Rusia
tidak diendahkan oleh Duma.
§ Ahli parlimen, iaitu blok prograsif yang dianggotai oleh
golongan liberal iaitu price lvov (1861-1925) dan professor Milikov yang telah
menubuhkan kerajaan sementara. Nicholas 2 akhirnya bersetuju turun takhta pada 15 March 1917.
§ Kejatuhan Tsar telah menjadikan Russia sebagai sebuah
Negara republik pada 17 march 1917.
Terima kasih share. Mohon copy 😃
BalasPadamTerima kasih share. Mohon copy 😃
BalasPadamTerima kasih encik mohammadia.jumpa dekat kelas K5P1 nati :)
BalasPadamSangat bermanfaat..perkongsian yang bgus.
BalasPadamBoleh jdi rujukan anak saya.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
BalasPadamDalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
I believe i can ✈
BalasPadamThank you for this
BalasPadamterima kasih ah
BalasPadamMohon izin guna bahan.
BalasPadam