4.2 Konflik Antarabangsa (Dunia, Eropah dan Asia)
4.2.1 Perang Dunia Pertama
Soalan 105. Bincangkan sebab-sebab meletusnya perang
dunia pertama pada 1914-1918 di eropah
Pendahuluan.
§ Perang dunia pertama berlangsung antara tahun 1914-1918
dan hanya berlaku dalam kalangan Negara-negara eropah. Perang dunia pertama
melibabkan dua pihak iaitu triple alliance (perikatan tiga kuasa) dan triple
entente (pakatan tiga kuasa)
§ Negara-negara di asia dan afrika turut dilibatkan apabila
wilayah di kudua-dua benua tersebut menjadi rebutan Negara-negara eropah untuk
dijadikan tanah jajahan. Akhirnya triple entente dibawah pimpinan Rusia Berjaya
menewaskan triple alliance yang diketuai Jerman.
Isi-isi penting
1. Kegagalan
sistem pakatan
§ Salah satu puncanya ialah kegagalan sistem pakatan
berfungsi untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam kalangan Negara-negara
eropah. Sistem ini wujud selepas prusia(Jerman) mengalahkan perancis pada tahun
1870 yang menyebabkan eropah terbahagi kepada dua blok iaitu triple alliance
dan triple entente. Britain hanya memberi sokongan kepada sekutunya. Pada bulan
ogos 1914 setelah Jerman menyerang Belgium. Belgium ialah Negara berkecuali
yang di jamin oleh Negara-negara eropah.
§ Sistem pakatan kuasa tidak lagi sesuai pada abab ke 20 di
sebabkan persaingan Negara-negara eropah untuk mendapatkan pengaruh dirantau
Balkan setelah runtuhnya empayar turki, uthmaniyah, dan kebimbangan Britain
terhadap pembesar tentera laut Jerman. Pergolakan yang berlaku antara tahun
1911-1914 di Negara-negara Balkan yang bebas daripada penguasaan turki jelas
menonjolkan kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal Negara-negara
berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
§ Selepas tahun 1908, Negara seperti Serbia yang disokong
rusia bagitu bebas bertindak dengan menggunakan tentera sehingga sistem pakatan
tidak dapat mengawal Negara-negara yang melanggar peraturan yang dipersetujui.
2. Imperialisme
ekonomi
§ Pada penghujung abab ke 19, Negara-negara eropah seperti Jerman,
Britain, perancis, dan itali percaya untuk menjadi kuasa besar, sebuah Negara
perlu mempunyai tanah jajahan. Keadaan ini menyebabkan Negara-negar tersebut
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan. Pada tahun 1980-an, Jerman memulakan
tindakan dengan merampas tanah jajahan di afrika daripada Negara-negara yang
dianggap lemah seperti Portugal dan perancis. Itali pula cuba untuk mendapatkan
bekas tanah jajahan tukri uthmaniyah dengan menakluki cyrenaika dfan Tripoli
dan menjadikan tanah jajahan baru yang dikenali Libya
§ Apabila Jerman membesarkan angkatan lautnya, Britain
merasa bimbang kerana tanah jajahan diseberang laut merupakan tonggak kemakmuran Negara. Oleh itu
Britain memerlukan angkatan laut yang kuat bagi melindungi empayarnya dan perjalanan
perdagangan antarabangsa yang cukup menguntungkannya. Jerman dilihat mempunyai
kekuatan ekonomi melebihi jirannya, iaitu Britain dan perancis. Pada tahun
1865, Britain mengeluarkan besi melebihi Jerman. Bagaimanapun, pada tahun 1900,
jika digabungkan keluaran Britain dan perancis, tidak mampu untun menandingi
keluaran besi di Jerman.
§ Pedagang British sering melihat pedagang Jerman menjual
barangan yang murah daripada pedagang yang lain di pasaran antarabangsa, mereka
juga melihat pegawai-pegawai Jerman terlibat dalam persaingan merebut wilayah
dibeberapa kawasan di afrika, timur tengah, dan asia timur.
3. Perlumbaan
senjata dan mobilisasi ketenteraan
§ Perlumbaan senjata berlaku terutamanya antara Jerman,
Britain, dan perancis. Disatu pihak, perlumbaan senjata ini menguntungkan
syarikat pengeluaran senjata seperti syarikat krupp di Jerman dan Coventry
ordnance work di Britain. Tahun 1906, Britain Berjaya menghasilkan HMS
dreadnought, sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia ketika itu
serta berkuasa tinggi yang berupaya menguasai lautan. Tindakan tersebut
bertujuan menyaingi angkatan tentera Jerman yang dianggap menyaingi kekuatan
tentera Britain. Pembinanan kapal perang dan persaingan dalam bidang
ketenteraan menelan belanja yang besar.
§ Golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang politik
dan pentadbiran disebauh Negara. Nilai-nilal ketenteraan diterima oleh
sebahagian besar rakyat Jerman sebagai satu perkara biasa dalam kehidupan
seharian. Justeru, pengistiharan perang yang di buat kerajaan pada tahun 1914
mendapat sokongan daripada rakyat. Penigkatan bilangan angkatan tentera yang
ketara, selepas tahun 1900 di rusiamenigkatkan bilangan tentera hingga mencecah
1.3juta orang dan di Jerman dan perancis masing-masing mempunyai jumlah tentera
seramai 900 000 orang menyebabkan perang tidak dapat di elakkan.
4. Idea
dan pendidikan.
§ Seorang pemikir Jerman, Frendrich Nietzsche dalam
tulisannya menyelar nilai-nilai masyaratkat borjois eropah. Bagi pengikutnya,
friendrich menawarkan pembebasan diri daripada nilai liberal dan rasional yang
di anggap mengongkong generasi baharu pada awal abab ke 20. Idea nya apa
popular dalam kalangan intelek muda di Jerman, rusia dan Serbia. Sistem
pendidikan yang dilaksanakan dibeberapa nagara eropah turut meniup semangan
patriotic yang akhirnya menyemai bibit-bibit kearah peperangan. Kurikulum
pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap bahasa Jerman kerana para
pemimpinnya berpendapat hanya melalui bahasa sikap mencintai Negara dapat
diwujudkan dalam kalangan generasi muda.
§ Dismping itu, persatuan belia di Jerman diasuh supaya
mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota di
beritahu bahawa mati dimedah pentempuran lebih baik daripda mati di atas katil.
Malahan rakyat Jerman dianggap mulia disisi masyarakat jika nama-nama mereka
yang terkorban dipahat di tugu peringatan.
§ Di Perancis, pendidikan sejarah yang dilaksanakan pada
tahun 1912 mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang. Secara
tersirat kerajaan meminta rakyatnya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap
pelajar di beritahu kewajiban mempertahankan Negara perancis yang paling cantik
dan makmur di dunia. Pelajar yang di beritahu sejak abab ke18 lagi, perancis
telah menyumbang kepada dunia idea-idea tentang keadilan dan kemanusiaan serta
menyebut perancis merupakan Negara paling adil di dunia.
5.
Pembunuhan Archduke franz Ferdinand
§ Peristiwa pembunuhan beliau dan isterinya di sarajeva
pada 28 jun 1914 menjadi sebab serta merta seluruh eropah terjerumus dalm
perang dunia pertama. Dengan tidak menghiraukan amaran anti – Austria oleh
golongan nasionalis bosnia berketurunan serb, bakal raja Austria dan isterinya
mengunjungi bosni. Mereka di tembak oleh seorang pemuda Serbia yang merupakan
ahi kongsi gelap black hand. Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada
peristiwa ini untuk menghapuskan kedaulatan serbia. Kerajaan Austria menganggap
Serbia sudah lama menghsut rakyat Austria yang berbangsa serb supaya berusaha
membebaskan diri daripada pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat
sokongan Jerman.
§ Melihat keadaan tersebut, rusia yang merupakan sekuti
Serbia memberi amaran kepada Austria dan bersiap sedia menyerang Austria.
Kerajaan Jerman bimbang dengan perkembangan tersebut dan meminta rusia
menghentikan persiapanya. Rusia pula enggan menurut saranan Jerman itu
menyebabkan Jerman mengistiharkan perang terhadap rusia dan sekuti-sekutunya.
Penutup
§ Bermula pada awal abab ke 20 hingga pertengahan abab ke
20, dunia menyaksiakan kerakusan pemimpin-pemimpin Negara tertentu bertindak
menguasai antara satu sama lain. Perang dunia pertama membawa Jerman, rusia,
Austria-hungary, perancis, Britain dan lain-lain terlibat dengan perebuatn
kuasa politik dan kancah peperangan yang membawa bukan sedikit kerugian kepada
Negara-negara terlibat.
§ Keadaan politik yang berlaku di eropah pada awal abab ke
20 tidak mengizinkan masyarakat hidup aman dan harmoni. Persaingan antara
kuasa-kuasa barat dan masalah ekonomi menyumbang kepada perang dunia pertama.
Soalan 106: Huraikan kesan-kesan politik, ekonomi, dan
sosial akibat daripada perang dunia pertama
Pendahuluan
§ Perang dunia pertama yang meletus antara tahun 1914
meninggalkan kesan yang besar dalam sejaran dunia.
§ Kesan-kesan perang dunia pertama dapat dilihat daripada
bidang politik, ekonomi, dan sosial.
Isi isi penting
1. Kesan
politik di Rusia
§ Perang dunia pertama telah menamatkan pemerintahan beraja
di rusia di bawah kerajaan tsar yang memerintah rusia selama 400 tahun. Perang
dunia pertama telah menguji kemempuan kerajaan menghadapi cabaran semasa.
Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh rusia khususnya dalm pertempuran
dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan tsar. Kekalahan besar tentera
dimedan peperangan menyebabkan sebahagian tentera berbelah-bagi kesetian mereka
kepada kerajaan tsar
§ Pejuang revolusi yang terdiri daripada kelas menengah,
pekerja, dan petani telah berpecah ekoran perbezaan kepentingan. Bagaimanapun
Lenin Berjaya mendapatkan sokongan pekerja dan petani kerana menyokong rampasan
tanah yang dilakukan oleh petani. Dengan sokongan mereka dan tentera komunis
yang berdisiplin, lenin Berjaya menggulingkan kerajaan tsar. Perang dunia
pertama telah memulakan sebuah kerajaan komunis pertama didunia dibawah
pemerintahan lenin.
2. Kesan
politik di Jerman dan Austria hungary
§ Perang dunia pertama yang berterusan menimbulkan keresahan
dalam kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja, dan tentera. Penentangan
terhadap perang juga turut timbul dalam kalangan ahli-ahli politik walaupun
sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam perang dunia pertama.
§ Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang ambing
disamping keadaan perang yang tidak menentu Kaiser wilhem ll bersetuju turun
takhta dan mendapat suaka politik di Belanda. Parti sosial democrat pimpinan
friedrich ebert telah membentuk sebuah kerajaan republic yang dikenali sebagai
republic weimer. Bagaimanapun republik ini masih menggunakan khidmat golongan
tentera dan pentadbiran lama untuk mengendalikan urusan Negara sehingga adolf
hitler berkuasan pada tahun 1933 apabila semua pihak terpaksa mengikut apa-apa
sahaja kemahuannya dalam usaha menguasai eropah.
§ Kerajaan Austria hungary turut mengalami kemusnahan
apabila dinasti hubsburg ditamatkan. Ini menyebabkan berlakunya pemberontakan
yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech, pole,
Slovak, finn dan Lithuania. Kerajaan pemberontakan tersebut telah menyebabkan
lahirnya Negara-negara baharu seperti
Czechoslovakia, Estonia, finland, hungary, Latvia, Lithuania, Rumania,
Yugoslavia.
3. Termeterinya
perjanjian versailles
§ Ditandatangani pada tahun 1919 telah menamapkan perang
dunia pertama. Perjanjian ini di anggap tidak adil kerana pihak yang kalah
dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman terpaksa menerima
hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple Entente). Antara syarat
yang mesti dipatuhi oleh Jerman ialah menyerahkan 12% daripada jumlah
penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasik ¾ hasil besi dan 1/5
hasil arang batu, membayar ganti rugi dan pemapasan perang yang tinggi dan
mengurangkan tenteranya daripada 400 000 orang kepada 200 000 menjelang 30
september 1919 dan 100 000 menjelang 13 mac 1920.
§ Matlamat perjanjian ini adalah untuk melumpuhkan Jerman
sebagai satu kuasa besar. Rakyat Jerman begitu marah dan terhina dengan
syarat-syarat tersebut. Perdana menteri Jerman , philipp scheldemann meletak
jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke versailes terpaksa
menurunkan tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu untuk ingkar dan
berperang semula.
4. Terbentuknya
liga bangsa.
§ Selepas perang dunia pertama, liga bangsa dibentuk pada
tahun 1919 bagi menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan.
Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah antarabangsa
dalam kalangan Negara-negara anggota dapat di selesaikan melalui rundingan. Hampir
semua Negara eropah kecuali rusia dan amerika syarikat menyertai pertubuhan ini
dan taraf kuasa besar diberikan kepada British, perancis, itali dan Jepun.
Diperingkat awal, pertubuhan ini Berjaya menyelesaikan masalah sempadan antara
Bulgaria dan Greece pada tahun 1926.
§ Bagaimanapun, ketiadaan amerika syarikat dan rusia
melemahkan pertubuhan ini dan kerana berhadapan dengan masalah yang lebih
mencabar pada tahun 1930-an seperti pernaklukan itali terhadap habsyah dan
penaklukan Jepun keatas manchucia. Liga ini dibubarkan pada bulan april 1945.
5. Kesan
ekonomi
§ Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan masalah
inflasi. Kesannya kerajaan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan
penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan
anti kerajaan pada tahun 1917 di berlin dan leipzip yang melibapkan hamper 300
000 pekerja. Pada tahun 1922, nilai matawang Jerman telah menjunam turun hingga
kurang daripada seperseratus daripad nilainya pada tahun 19914. Pengeluaran industri
Jerman juga terjeja. Pemgeluaran arang batu dan besi Jerman jauh berkurang
daripada jumpah pengeluaran sebelum perang.
§ Di rusia timbul masalah dalam sector pertanian akibat
kekurangan buruh kerana empat juta buruh dalam sector ini dikerah menyertai
pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus
berkurang. Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem
pengangkutan memberi kesan kepada tentera rusia yang berada di medan perang
kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
§ Pasaran dunia mula dilantik alih amerika syarikat dan Jepun.
Perkara ini amat dirasai oleh Negara-negara eropah terutama Britain, sebuah
Negara industri dunia yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan dunia yang
besar. Perang dunia pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan besarnya.
6. Kesan
sosial
§ Perang dunia pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira
8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta
benda pula perang ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$36 760 juta.
§ Britain kehilangan 750 000 rakyatnya, iaitu 9% daripada
jumlah penduduk lelakinya yang berusia 45 tahun ke bawah, manakala bilangan
tercedera dianggarkan berjumlah dua juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat
perancis terkorban dan 3.5 juta tercedera. Pencemaran udara da bumi turut
berlaku kesan penggunaan senjata kimia.
Penutup
§ Perang dunia pertama telah mengubah landskap politik
Negara-negara eropah kesan keruntuhan beberapa empayar dan kemunculan
Negara-negara baharu.
§ Ketidakpiasan hati Jerman terhadap perjanjian Versailles
merupakan salah satu punca meletusnya perang dunia ke dua.
Soalan 107: Huraikan
kesan Perang Dunia Pertama dari aspek politik
Pendahuluan
§ Perang Dunia
Pertama meletus pada awal bulan Ogos 1914 merupakan peperangan yang melibatkan
Britain, Perancis, Jerman, Rusia, Austri-Hungary, Belgium, Serbia, Itali,
Bulgaria dan Turki. Peperangan ini bermula dengan serangan Jermann ke atas
Belgium pada 4 Ogos 1914. Penyertaan
Amerika Syarikat pada tahun1917 di pihak Britain-Perancis menyebabkan Jerman
dan sekutunya dapat ditewaskan. Perang ini ditamatkan menerusi beberapa
perjanjian yang dibuat secara berasingan antara pihak yang menang dengan pihak
yang kalah.
§ Dalam hal
ini, Perjanjian Versailles yang diadakan antara Jerman dengan pihak yang menang
merupakan perjanjian yang amat penting dan meninggalkan implikasi yang amat
mendalam terhadap sejarah Eropah selanjutnya.
Dalam jangka pendek atau panjang. Perang dunia pertama telah memberi
impak yang amat mendalam kepada negara-negara Eropah.
Isi-isi Penting:
1. Keruntuhan Pemerintahan Monarki.
§ Perang Dunia
Pertama telah melenyapkan pemerintahan monarki.Perang ini menyebabkan sistem
pemerintahan beraja di Jerman,Rusia,dan Turki berakhir.pada tahun 1925,sultan
empayar Turki Uthmaniyah turun daripada takhta ekoran kekalahan Turki dalam
Perang Dunia Pertama.
§ Perkembangan
ini menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah yang meliputi
Poland,Bulgaria,Czechoslovakia dan Finland berakhir.sistem pemerintahan beraja
berakhir di Jerman apabila Kaiser William II,Raja Jerman dibuang negeri ke Belanda.Pemerintahan
beraja berakhir di Rusia apabila tercetus Revolusi Rusia pada tahun 1917.
2. Kebangkitan Demokrasi
§ merupakan
salah satu kesan Perang Dunia Pertama
dari aspek politik.Kerajaan Monarki berakhir dan diganti dengan kerajaan
bercorak demokrasi selepas tamat perang. Selain itu, kemunculan kerajaan
republik di Rusia, Turki, Jerman, Austria,Poland, Lithhuania, Latvia dan
Estonia.
§ Di Jerman,
sebuah kerajaan republik didirikan apabila bekas maharaja emapayar Jerman
dibuang negeri. Austria menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg
dihapuskan. Revolusi Rusia telah menumbangkan kerajaan beraja dan muncul
kerajaan komunis yang pertama di bawah pimpinan Vladimir Lenin.
3. kemunculan Negara-negara Baharu.
§ Perjanjian
Versailles (1919),telah mengubah peta Eropah,Antara negara-negara baharu yang
ditubuhkan daripada empayar Rusia ialah Poland,Finland,Estonia,Latvia dan
Lithuania manakala negara baharu dari empayar Turki Uthmaniyah ialah
Lebanon,Syria dan Iraq.Seterusnya dari empayar Austria-Hungary ialah Austria, Hungary,
Czehoslovakia dan Yugoslavia. Perkembangan semangat Antarabangsa. Kemunculan
semangat antarabangsa dalam kalangan bangsa Eropah dan di selurh
dunia.Kesedaran ini meletakkan asas bag Persidangan Damai Paris yang diadakan
di Paris pada 18 Januari 1919.
4. Penubuhan Liga Bangsa
§ ialah kesan
amat signifikann ekoran tercetus Perang Dunia Pertama.Badan antarabangsa ini
ditubuhkan ekoran persetujuan yang dicapai dalam Perjanjian Versailles pada
tahun 1919.Di samping itu, kesan -kesan lain dari aspek politik ialah Jerman
kehilangan wilayah. Perjanjian Versailles menyebabkan Jerman kehilangan wilayah
dan jajahan takluknya.Wilayah Alscace dan Lorraine telah diserahkan kepada
Belgium.wilayah-wilayah Memel,Lithuania,dan barat Prusia diserahkann kepada
Poland yang baharu diwujudkan.
§ Wilayah Lembah
Saar diserahkan kepada Perancis sebagai pampasan perang. wilayah ini ditadbir
Liga Bangsa bagi temphh 15 tahun. Jerman dikehendaki mengiktiraf kemerdekaan
Belgium, Poland, Czechoslovakia. Jerman juga kehilangan sebahagian besar tanah
jajahan di Afrika dann rantau Pasifik kepada British, Perancis dan Jepun.
Selain itu, Jerman dikehendaki menyerahkan hak istimwanya terhadap China, Thailand, Mesir, Morocco
dan Liberia.
5. Kekuatan Tentera Jerman Dilumpuhkan.
§ Menerusi
Perjanjian Versailles,asas ketenteraan Jerman dihapuskan sama sekali.antara
peruntukan utama dalam perjanjian ini adalah pelucutan senjata terhadap Jerman.
§ Selain itu, Jerman
dikehendaki mengehadkan jumlah tenterenya kepada 100000 orang tentera sahaja
dan dilarang menempatkan tenteranya di wilayah Rhineland yang terletak
berhampiran dengan Perancis.
6. Perkembangan Nasionalisme.
§ Perang Dunia
Pertama telah melahirkan sentimen kebangsaan dalam kalangan negara-negara
bangsa.Konsep nasionalisme menjadi teras kepada pembentukan negara
bangsa.Pengumuman Presiden Woodrow Wilson mengenai hak menentukan nasib sendiri
telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di India dan Asia Tenggara.
Kesimpulanya,
§ Perang Dunia
Pertama memberi impak kepada semua aspek umumnya dari aspek politik. Pelbagai
perubahan dalam aspek politik disebabkan tercetusnya Perang Dunia Pertama
seperti keruntuhan monarki dan Jerman kehilangan wilayah serta muncul
negara-negara baharu.
Soalan 108: Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama
dari aspek sosial dan ekonomi.
Pendahuluan
§ Perang Dunia Pertama berlangsung antara rahun 1914 hingga
1918. Berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah seperti, Jerman, Britain,
Rusia, Perancis, Australia, Hungary, Serbia, Italia, Belgium dan Turki.
Seterusnya, Negara di Asia dan di Afrika turut terlibat apabila wilayah mereka
dijadikan rebutan negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Peperangan ini
melibatkan dua pihak.
§
Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente
(Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin Rusia Berjaya
menewaskan Triple Alliance yang diketuai Jerman.
Isi-isi Penting:
Aspek Sosial
1.
Kehilangan nyawa
§ Perang dunia pertama telah menyebabkan ramai anggota
tentera dan orang awam terkorban. Perang menyebabkan 10 juta orang anggota tentera
terkorban manakala 20 juta tercedera.
§ Dianggarkan lebih kurang 13 juta orang awam terkorban
dalam peperangan ini.
2.
Semangat perkauman luntur
§ Semangat perkauman dan perbezaan warna kulit yang menebal
dalam kalangan bangsa Eropah mulai luntur. Sebelum perang, rakyat Britian,
Perancis dan Jermanmementingkan keagungan bangsa.
§ Orang Eropah memandang rendah orang kulit hitam(India). Semua
bangsa serta dalam perang.Tentera India dan Afrika bantu British
3.
Peningkatan peranan wanita
§ Golongan lelaki terpaksa menyertai tentera untuk
mempertahankan negara. Disebabkan itu, wujudnya kekurangan tenaga kerja
(perkilangan dan pejabat)
§ Wanita berpeluang berkerja dalam sector perkilanagan dan
pengurusan.
4.
Institusi pendidikan tidak berfungsi
§ Terpaksa ditutup apabila perang meluas.
§ Pelajar-pelajar diwajibkan menyertai ketenteraan dan
mengambil bahagian dalam peperangan.
5.
Rekaan peralatan perang moden.
§ Banyak peralatan dan senjata telah dicipta.
§ Kapal terbang dan kapal tentera laut menyebabkan berlaku
perubahan yang ketara dalam taktik perang.
Aspek Ekonomi
1.
Kos perbelanjaan perang yang tinggi
§ Di anggarkan US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh
negara-negara yang terlibat sepanjang peperangan. Purata 80 juta rupees
dibelanjakan oleh negara yang terlibat setiap hari.
§ Britain membelanjakan : 1) 15 lac pounds sehingga bulan
Mac 1915 dan 60 lac pounds pada tahun 1917-1918
2.
Hutang Antarabangsa
§ Menanggung hutang yang tinggi. Britain tanggung hutang.
Dianggarkan 74350 lac pound.
§ Francis 1474720 lac pound Perancis dan Jerman 1606000 lac
Marks
3.
Peningkatan cukai
§ Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi
menanggung perbelanjaan perang yang tinggi.
§ Mata wang kerja diperkenalkan.
4.
Peningkatan harga barang
§ Peningkatan harga barang secara mendadak dan Berlakunya
inflasi
§ Kekurangan bekalan makanan
5.
Pasaran dunia
§ Dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.Britain sebagai
negara industri menguasai peratus perdagangan dunia yang terbesar.
§ Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan
luarnya.
Penutup:
§ Kesimpulannya, kesan Perang Dunia pertama dari segi
sosial, ramai anggota tentera dan orang awam terkorban dan semangat perkauman
dalam kalangan bangsa Eropah luntur. Malah, golongan wanita melibatkan diri
dalam pembangunan ekonomi dan politik negara. Disamping itu, institusi
pendidikan di tutup dan peralatan canggih direka. Manakala, dari segi Ekonomi
pula ia memakan kos perbelanjaan yang tinggi dan beban hutang perang yang
tinggi. Selain itu, cukai tinggi dikenakan terhadap rakyat dan berlaku inflasi
dan kebuluran.
4.2.2 Perang Dunia
Kedua
Soalan 109: Bincangkan sebab-sebab meletusnya Perang
Dunia Kedua.
Pendahuluan
§ Perang dunia kedua ini berlangsung antara tahun 1939
hingga 1945.
§ Perang dunia kedua melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa
Berikat yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan Rusia
manakala Pakatan Paksi yang dianggotao oleh Jerman,Itali dan Jepun.
§ Perang dunia kedua melibatkan kawasan yang lebih
luas,iaitu di Eropah, Asia, Afrika, dan Kepulauan Pasifik.
Isi-Isi Penting
1) Pertembungan Ideaologi Demokrasi Menentang
Fasisme/Nazisme
§ Fasisme dikaitkan dengan Benito Mussolini yang menjadi
dictator Itali antara tahun 1922 hingga tahun 1943.Nazisme pula,muncul di Jerman
lewat tahun 1920-an dan mejadi idealogi negara setelah Adolf Hitler menguasai Jerman
pada tahun 1933. Fasisme memberi keutamaan kepada kepentingan negara melebihi
kepentingan individu.Benito Mussolini menubuhkan satu pasukan tentera khas bagi
menghapuskan semua tentangan serta mengukuhkan penguasaanya sebagai ketua parti
dan ketua negara.Fasisme menekankan dasar perluasan wilayah.
§ Adolf Hitler telah dilantik sebagai Canselor (Perdana
Menteri) pada tahun 1933, mempunyai tentera peribadi (Parti Nazi) telah
mengetepikan perlembagaan dengan menumpaskan semua tentangan dalam negeri dan
melantik dirinya sebagai dictator Jerman sehingga tahun 1945. Nazisme juga
mengutamakan kepentingan negara,mengagungkan bangsa Jerman (bersifat
anti-Yahudi dan anti-Slav),dan menyatukan bangsa Jerman yang berselerak di
Eropah Tengah dan Timur. Bagi Nazisme, Eropah Tengah dan Eopah Timur merupakan
kawasan penting bagi bangsa dan negara Jerman.
2) Kelemahan Perjanjian Versailles
§ Perjanjian Versailles telah menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pemimpin negara terumanya Jerman.Justeru itu,perang dunia
kedua sering disebut “World War 2 resulted from the unfinished business of
World War 1”. Adolf Hitler yang tidak berpuas hati dengan Perjanjian Versailles
telah melanggar perjanjian tersebut.Pada tahun 1935,Hitler telah mengumumkan
pembentukan Tentera Udara Jerman.Seminggu selepas itu,Jerman memperkenalkan
semula dasar kerahan tenaga bagi membentuk pasukan tentera yang mempunyai 500
000 anggota.Pada tahun 1936,tentera Jerman menawan kembali daerah Saar dan
Rhineland yang diberikan kepada Perancis.
§ Adolf Hitler seterusnya beralih ke Poland. Tindakan, Adolf
Hitler itu membimbangkan Britain dan Perancis,dan kedua-dua kuasa itu memberi
jaminan akan membantu Poland jika diserang oleh Jerman.Pada bulan September
1939,seperti diduga Jerman menyerang Poland.Britain dan Perancis
mengisytiharkan perang terhadap Jerman.Dengan itu bermulalah Perang Dunia
Kedua.
§ Perjanjian Versailles gagal memusnahkan negara Jerman
seblaliknya Jerman hanya dapat dilemahkan buat sementara waktu sahaja.Ada dalam
kalangan pemimpin Eropah yang tidak mahu Jerman dilemahkan terus kerana Jerman
boleh member sumbangan kepada kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik di
Eropah. Selain itu, Itali yang berada di pihak yang menang dalam Perang Dunia
Pertama turut melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Perjanjian
Versailles.Hal ini kerana Itali tidak diberikan ganjaran yang sewajarnya
seperti tanah jajahan.
3) Desakan Ekonomi
§ Kejatuhan harga saham di Bursa Saham New York pada tahun
1929 dikatakan menjadi punca bermulanya kemelesetan ekonomi dunia.Para pemodal
(pelabur) di Amerika Syarikat terjejas teruk sehingga mereka terpaksa menarik
balik semua pinjaman yang telah berikan kepada pelabur di Eropah.Keadaan ini
menyebabkan keadaan ekonomi dunia tidak stabil. Semasa kemelesetan ekonomi,para
petani kecil menghadapi masaalah memasarkan gandum sehingga remain petani
menjadi miskin.Masaalah yang dihadapi oleh sector pertanian turut memberi kesan
kepada industri pengguna dan kerajaan.
§ Masalah pengangguran berlaku dengan meluas terutamanya
dalam kalangan kakitangan awam, manakala graduan universiti pula ramai yang
menjadi penganggur.Di Jerman,pada tahun 1932 terdapat hampir enam juta pekerja
yang menganggur. Krisis sistem kredit dan institusi bank turut menjejaskan
perdangangan antarabangsa di Eropah.Pada tahun 1932, sebuah bank di Austria
telah mengamalkan dasar tutup pintu. Pengunduran Britain daripada melibatkan
diri dalam perdangangan di Eropah memberi peluang kepada Jerman mengukuhkan
kedudukan ekonominya di Eropah Timur dan Eropah Tengah yang kemudiannya
menyebarkan pengaruh politiknya.
4) Sikap Negara-Negara Terlibat
§ Amerika Syarikat mula menonjolkan diri dan keluar dari dasar
pemencilan yang diamalkan sejak sekian lama.Amerika Syarikat berasa tergugat
dengan dasar perluasan kuasa Jepun dan curiga dengan sikap British. Menjelang
tahun 1930-an,Jepun cuba bersaing dengan Britain untuk menguasai perdangangan
di China.Britain sedar bahawa tidak ada harapan untuk menewaskan Jepun jika
mereka berperang di Asia Timur kerana Jepun memiliki angkatan tentera yang kuat
manakala tentera British jumlahnya kecil di Asia Timur berbanding Jepun.
§ Oleh itu Britain sanggup bersekongkol dengan Jepun dan
menyatakan besediaan berunding soal pembahagian keuntungan yang diperolehi
daripda aktiviti perdangangan di China.Sekiranya Amerika Syarikat bergabung
dengan Britain untuk menyerang Jepun,sudah tentu Jepun dapat di tewaskan. Presiden
Franklin D.Roosevelt member amaran kepada rakyat Amerika Syarikat supaya
menyokong kerajaan kerana sikap agresif Jepun menguasai China pada tahun 1937
sebagai “the epidemic of world lawlessness is spreading”.
C) Penutup
§ Wujud 2 pemimpin iaitu Benito Mussolini yang mempunyai
fahaman Fasisme dan Adolf Hitler yang mempunyai fahaman Nazism.
§ Perjanjian Versailles menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman
kerana kehilangan tanah jajahan dan terpaksa membayar pampas an perang yang
tinggi.
Soalan 110: Huraikan
peristiwa perang dunia kedua secara kronologi
Pendahuluan
§ Selepas
tamat perang dunia pertama, masih wujud rasa tidak puas hati dalam
kalangan negara yang terlibat dalam
peperangan tersebut. Antara Negara yang paling terjejas adalah Jerman. Jerman
menganggap syarat-syarat yang di tetapkan dalam Perjanjian Versailles berta
sebelah dan tidak adil. Perkembangan ini menyebabkan Jerman bertindak tidak
mematuhi Perjanjian Versailles dan memulakan program mengukuhkan kekuatan
tentera. Tindakan Jerman menimbulkan kebimbangan Kuasa Berikat yang terdiri
daripada Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat. Dalam pada itu, Jerman
mewujudkan pakatan dengan Itali dan Jepun yang dikenali sebagai Kuasa Paksi.
§ Perkembangan
ini telah menyebabkan wujud ketegangan antara kedua-dua belah pihak hingga
menyebabkan dunia berada di ambang peperangan. Perang dunia kedua tercetus
apabila Jerman bertindak melancarkan serangan terhadap Poland pada 1 september
1939.
Isi-isi Penting:
1.
Peperangan
bermula
§ Menjelang
awal tahun 1939, pasukan tentera Jerman menawan seluruh Czechoslovakia. Selepas
itu, Jerman menuntut agar bandar raya daniz
di Poland diserahkan kepada mereka dan menuntut sebidang tanah yang terletak di antara Jerman dan
Prusia.
§ Perang Dumia
Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland pada 1 september 1939. Perkembangan ini menyebabkan Britain dan
Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman pada 3 september 1939.
2.
Serangan
blitzkrieg
§ Selepas
peperangan diisytiharkan, Hitler menunjukkan kekuatannya menerusi serangan yang
di kenali sebagai ‘Blitzkrieg’ atau serangan kilat. Panglima-panglima perang Jerman
seperti Heinz Gderian dan Erwin Rommel telah menggunakan taktik ini dengan
berkesan dalam medan perang. Pada 27 september 1939, pasukan tentera Jerman
Berjaya menawan Poland dan keadaan menjadi senyap untuk beberapa bulan, iaitu
antara bulan oktober 1939 hingga bulan april 1940.
§ Dalam tempoh
tersebut, berlaku peperanga kecil. Tempoh waktu ini di kenali sebagai sitzkrieg
ataupun Phoney War. Dalam pada itu, Rusia mengambil kesempatan melanggar dan
menawan Latvia, Lithuania, Estonia dan beberapa bahagian Finland.
3.
Penaklukan
barat daya Eropah
§ Menjelang
bulan april 1940, tentera Jerman Berjaya menakluk Denmark dan Norway tanpa
sebarang tentangan yang kuat. Pada bulan mei 1940, Jerman Berjaya menawan Belanda,
Belgium dan Luxemburg. Selepas itu, tentera Jerman merempuh banteng pertahanan
pasukan tenytera Berikat dan mara menuju ke Selat Inggeris.
§ Tentera
Perancis dan British tidak dapat mempertahankan kemaraan tentera Jerman dan
terpaksa berundur hingga ke pelabuhan Dunkrik. Adalah dianggarkan seramai 300
000 anggota tentera British terperangkap di pelabuhan Dunkrik.Dengan bantuan
900 buah kapal, tentera-tentera British Berjaya menyeberang Selat Inggeris.
§ Selepas itu,
Jerman mula melancarkan serangan terhadap tentera Perancis di bahagian selatan.
Pada bulan jun 1940, pasukan tentera Jerman Berjaya masuk ke wilayah Perancis
selepas menyeberang Sungai Somme. Pada 14 jun 1940, tentera Jerman Berjaya
menawan Paris dan akhirnya kerajaan Perancis menyerah diri pada 17 jun 1940.
4.
Empayar Jepun
tumbang
§ Menjelang
tahun 1942, Jepun mula mengalami kekalahan dalam pertempuran dengan tentera
laut Amerika Syarikat di rantau Pasifik. Pada tahun 1942, Amerika Syarikat
Berjaya menguasai kepulauan Marshall dan kepulauan Marianas daripada Jepun. Pada
tahun 1945, Amerika Syarikat Berjaya menguasai Filipina daripada Jepun.
Pangkalan-pangkalan tentera ini digunakan oleh kapal terbang B-29 milik Amerika
Syarikat untuk mengebom bandar-bandar perusahaan Jepun yang penting.
§ Dalam satu
battalion angkatan laut Amerika Syarikat bersedia untuk membuat serangan akhir
ke atas Jepun. Sementara itu, tentera British di bawah pimpinan Lord
Mountbatten mengundurkan tentera Jepun dari Myanmar. Tentera Jepun juga
bersedia untuk menawan Tanah Melayu. Dalam pada itu, tentera pimpinan Chiang
KaiShek mula menentang Jepun di China.
5. Pengeboman Bom atom
§ Pada 26
Julai 1945, kerajaan Britain, Amerika Syarikat dan China membuat pengisytiharan
bersama meminta Jepun supaya menyerah diri. Pada 6 Ogos 1945, sebuah kapal
terbang B-29 telah menggugurkan bom atom ke atas bandar raya Hiroshima.
Serangan tersebut menyebabkan hampir 60 000 nyawa terkorban dan lebih kurang
100 000 orang cedera. Pada 9 Ogos 1945, sebuah lagi bom atom digugurkan ke atas
bandar Nagasaki. Pada masa yang sama, Rusia telah mengisytiharkan perang ke
atas Jepun
§ Pada 14 Ogos
1945, kerajaan Jepun bersetuju tanpa syarat untuk menyerah diri. Penyerahan
diri telah ditandatangani dengan rasminya pada 2 September 1945 di dalam kapal
perang Amerika, Missouri di Teluk Tokyo. Peristiwa tersebut menandakan bahawa
Perang Dunia Kedua tamat.
Penutup
§ Peristiwa
Perang Dunia Kedua ini menimbulkan banyak kesan kepada Negara Jerman, Britain,
Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat . Dari sudut politik, penubuhan badan
dunia yang dikenali sebagai pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB), kebangkitan
semangat kebangsaan, Amerika Syarikat dan Rusia muncul sebagai kuasa besar
dunia, perpecahan negara Jeman dan perubahan sempadan negara-negara Eropah.
§ Dari sudut
ekonomi pula, kemusnahan ekonomi negara-negara Eropah, banyak nyawa yang
terkorban dalam sejarah manusia dan Negara yang menang menuntut ganti rugi
daripada Negara yang kalah dalam perang. Manakala dari sudut sosial pula, perubahan
peranan kepada golongan wanita, timbul masalah pelarian dan perbicaraan
terhadap penjenayah-penjenayah perang.
Soalan 111: Huraikan
kesan-kesan akibat daripada Perang Dunia Kedua.
Pendahuluan
· Perang dunia
kedua ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945. Perang dunia kedua
melibatkan dua pakatan iaitu Kuasa Berikat yang dianggotai oleh Amerika
Syarikat ,Britain, Perancis dan Rusia manakala Pakatan Paksi yang dianggotao
oleh Jerman, Itali dan Jepun.
· Perang dunia
kedua melibatkan kawasan yang lebih luas, iaitu di Eropah, Asia, Afrika, dan
Kepulauan Pasifik.
Isi-Isi Penting
1) Kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru
· Selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua,muncul dua kuasa besar baharu,iaitu Amerika
Syarikat dan Soviet Union.Kedua-dua kuasa tersebut berada dalam satu pakatan
yang sama semasa Perang Dunia Kedua.Persaingan kedua-dua kuasa ini dalam kancah
Perang Dingin menyebabkan dunia turut berpecah kepada tiga kelompok iaitu
Negara-negara pro-Amerika Syarikat,Negara-negara pro-Soviet Union dan
Negara-negara berkecuali.
· Eropah
terbahagi kepada dua blok,iaitu Eropah Timur yang pro-komunis dan Eropah Barat
yang pro-demokrasi.Jerman dibahagi kepada dua dan Tembok Berlin memisahkan di
bawah pengaruh komunis (Jerman Timur) dan pengaruh demokrasi (Jerman Barat).
· Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1945,iaitu
selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal
mengawal daripada berlakunya Perang Dunia Kedua. Sebuah majlis keselamatan telah
dibentuk bagi mengawal keamanan antarabangsa.Majlis Keselamatan dianggotai oleh
kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat,Rusia,Perancis,Britain dan China.
· Selepas
Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa imperialis Barat tidak mampu lagi untuk
mempertahankan empayar masing-masing di Asia dan Afrika sehingga proses kearah
memerdekakan tanah jajahan itu tidak dapat dielakan.
2) Kesan Ekonomi dan Sosial
· Hampir dua
juta tentera Jepun kembali ke dalam kehidupan awam.Tiga juta tentera Jepun dan
tiga juta orang awam di seberang laut telah dibawa pulang ke Jepun.Kilang-kilang
senjata juga dimusnahkan.Lebih kurang 167 000 bekas angota tentera Jepun
dilarang mengambil bahagian dalam politik secara terbuka.Mereka didapati
membawa Jepun ke kancah peperangan.
· Program
mengubah status petani-penyewa kepada perani-pemilik dilaksanakan. Hampir empat
juta ekar tanah pertanian dibahagikan kepada tiga juta perani yang dahulunya
menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah.
· Selain itu, SCAP
menggalakkan penubuhan koperasi pertanian di setiap kampong.Kurikulum
pendidikan disusun semula dan semua kandungan yang berunsur ketenteraan dan
ultra-nasionalis dihapuskan.Sebaliknya,digantikan dengan perkara yang menyemai
sifat demokrasi, bertanggungjawab, dan individualisme.
· Beberapa
pembaharuan diperkenalkan dalam bidang ekonomi ,politik,dan pendidikan telah
mempercepatkan proses pemulihan Jepun serta membuka jalan kearah pemodenan Jepun.
3) Perang Dunia Kedua dan Penduduk Jepun
· Nasionalisme
di Burma dan Indonesia mendapat latihan ketenteraan di Jepun,Mereka menjadikan
latihan tersebut sebagai usaha membebaskan tanah air daripada belenggu
penjajahan.Hubungan antara Jepun dan Asia Tenggara turut terjejas buat
sementara waktu dan dipulihkan secara beransur-ansur pada tahun 1950-an.
· Dalam
perjanjian San Francisco 1951 menetapkan bahawa Jepun membayar ganti rugi
kepada negara-negara yang pernah ditaklukinya,walaupun keupayaan Jepun berbuat
demikian agak terhad. Bagaimanapun, hubungan Jepun dan Asia Tenggara dapat
dipulihkan dengan lebih cepar kerana kepentingan strategik Amerika Syarikat
ekoran Perang Dingin.Bagi Amerika Syarikat,kemajuan ekonomi dapat menyekat
pengaruh komunis di Asia Tenggara.
4) Jepun dibangunkan semula
· Jepun
dibangunkan semula melalui SCAP sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia. Negara-negara
Asia Tenggara seperti Burma,Filipina,dan Indonesia amat memerlukan bantuan luar
negara bagi membiayai rancangan ekonomi selepas mencapai kemerdekaan.
· Perang dunia
kedua mengorbankan banyak nyawa.Dianggarkan 600 000 rakyat Jerman terkorban
akibat serangan bom manakala tenteranya berjumlah 500 000 terbunuh dalam
pertempuran. Kadar kehilangan nyawa yang tinggi turut dialami oleh Rusia.Lebih
kurang tujuh juta orang awam dan 11 juta tentera terkorban.Britain dan
negara-negara Komanwel kehilangan 445 000 tentera,lebih separuh daripada jumlah
itu ialah tentera Britain. Jumlah kematian berpunca daripada serangan tentera, serangan
bom, serangan roket, penyakit, kekurangan makanan, pembunuhan dengan niat, dan
kerja berat.
Penutup
· Wujud dua
kuasa besar iaitu Amerika Syaritkat dan Soviet Union. Dan terbentuk sebuah
pertubuhan iaitu (PBB) dimana untuk mengawal keselamatan negeri.
· Pihak
bersekutu iaitu SCAP telah banyak menolong rakyat Jepun yang berada dalam
kesusahan seklaigus memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam bidang
ekonomi,politik dan pendidikan. Akibat daripada Perang Dunia Kedua banyak
kematian telah berlaku.
Soalan 112: Huraikan Kesan Dari Aspek Politik Dan Ekonomi
Perang Dunia Kedua.
Pendahuluan :
§ Perang dunia kedua tercetus apabila Jerman melancarkan
serangan terhadap Poland pada tahun 1939. Dalam peperangan tersebut, Britain,
Rusia, Perancis, dan Amerika Syarikat membentuk pakatan yang dikenali sebagai
Kuasa Berikat.
§
Dalam pada itu, Jerman, Itali, dan Jepun mewujudkan
pakatan yang dikenali sebagai Kuasa Paksi. Perang Dunia Kedua meninggalkan
kesan yang amat mendalam dalam bidang politik.
Isi-isi Penting :
Aspek Politik
a) Penubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
§ Selepas Perang Dunia Kedua, badan dunia yang dikenali
sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. PBB memainkan
peranan memelihara keamanan dunia dan menghalang peperangan. PBB juga memainkan
peranan yang lebih aktif dengan memberikan bantuan kemanusian serta mencegah
wabak penyakit berjangkit dalam kalangan negara-negara anggota.
§ Perang dunia kedua menunjukkan bahawa liga bangsa yang
ditubuhkan selepas perang dunia kedua pertama gagal memainkan peranan dengan
berkesan bagi menghalang peperangan.
b) Dekolonisasi
§ Perang Dunia Kedua membangkitkan semangat kebangsaan
dalam kalangan penduduk di Asia dan Afrika.
Perkembangan ini telah menyebabkan muncul gerakan nasionalisme bagi
membebaskan tanah air daripada penjajah.
§ Selepas tamat perang, negara-negara Eropah memulakan
proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanh jajahan
mereka. Perkembangan ini telah menyebabkan India dan Pakistan mencapai
kemerdekaan daripada Britain pada bulan Ogos 1947. Seterusnya, Malaysia dan
negara-negara di Asia Tenggara turut mencapai kemerdekaan.
c) Perang Dingin
§ Selepas perang tamat, Amerika Syarikat dan Rusia muncul
sebagai kuasa besar dunia. Hubungan
antara kedua-dua kuasa besar ini menjadi tegang sehingga mencetuskan perang
dingin.
§ Semasa perang ini berlangsung, kedua-dua kuasa besar
tersebut menggunakan pendekatan untuk mengukuhkan ideologi masing-masing.
Perang ini berlanjutan hingga keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur
pada tahun 1989.
d) Perpecahan Jerman
§ Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman dibahagikan kepada
empat buah zon yang dikuasai oleh Britain, Perancis, Amerika Syarikat, dan
Soviet Union. Pada bulan Disember 1946, Britain, Perancis, dan Amerika Syarikat
menggabungkan zon-zon mereka.
§ Dalam pada itu, Rusia bertindak membangunkan Jerman Timur
sebagai zon komunis. Pada bulan Jun 1948, Rusia bertindak menutup jalan darat
yang menghubungkan Jerman Timur dan Jerman Barat. Tindakan Rusia menyebabkan
penduduk di Jerman Barat menghadapi masalah kebuluran.
e) Perubahan Sempadan Negara-Negara Eropah
§ Perang Dunia Kedua menyebabkan berlaku perubahan dalam
sempadan negara-negara Eropah. Soviet Union meluaskan sempadan hingga meliputi
wilayah Jerman, Finland, Poland, Czechoslovakia, Romania, dan Jepun.
§ Perancis bertindak menguasai wilayah Saar dari Jerman
manakala Poland menguasai wilayah Silesia dari Jerman. Poland mendapat ganti
rugi dengan menguasai wilayah-wilayah perindustrian di Silesia, Jerman. Jerman
terlah kehilangan satu perempat daripada wilayahnya dalam Perang Dunia Kedua.
Aspek ekonomi :
a) Kemusnahan ekonomi
§ Perang dunia kedua menyebabkan ekonomi negara-negara
Eropah musnah. Peperangan ini menyebabkan kawasan tanah perindustrian yang luas
rosak dan pengeluaran hasil pertanian merosot.
§ Jumlah hasil pertanian yang dikeluarkan oleh negara-negara
Eropah pada tahun 1946, hanya satu pertiga daripada hasil pertanian yang
dikeluarkan pada tahun 1938.
b) Kehilangan nyawa
§ Perang dunia kedua merupakan peperangan yang mengorbankan
banyak nyawa dalam sejarah manusia. Selain serangan bom, angka kematian yang
tinggi juga disebabkan oleh wabak penyakit, pembunuhan, dan masalah kekurangan
makanan.
§ Sementara itu, dalam kalangan pihak Berikat, negara yang
mengalami kehilangan nyawa paling tinggi ialah Rusia.
c)
Ganti rugi perang
§ Selepas tamat perang, negara-negara yang menang menuntut
ganti rugi daripada negara-negara yang kalah dalam peperangan. Menurut
Perjanjian Damai Paris, Hungary, Findlad, dan Romania dikehendaki membayar
ganti rugi sebanyak $360 000 000 kepada Soviet Union.
§ Amerika Syarikat turut mendapatkan paten (hak cipta) bagi
semua jentera dan mesin-mesin yang dihasilkan oleh saitis Jerman.
Penutup :
§ Perang Dunia Kedua meninggalkan kesan yang amat mendalam
dalam bidang politik. Perang ini menyebabkan Amerika Syarikat dan Rusia muncul
sebagai kuasa besar dunia. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar dunia
menyebabkan tercetus Perang Dingin yang berlarutan hingga tahun 1989.
Soalan 113: Huraikan kesan dari aspek sosial dan
ketenteraan Perang Dunia Kedua.
Pengenalan:
§ Perang Dunia
Kedua atau Perang Dunia II (PD2 atau PDII) ialah satu konfik sedunia yang
memakan masa hampir selama enam tahun dan dianggarkan mengorbankan sejumlah 61
juta orang (tentera dan orang awam). Rusia mengalami jumlah kehilangan jiwa
yang terbesar berbanding negara-negara lain dengan anggaran hampir 25 juta
kematian, diikuti oleh China dengan 11
juta, dan Jerman seramai 7
juta.
§ Perang Dunia
Kedua adalah peperangan yang paling
meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.
Perang Dunia Kedua membabitkan kebanyakan negara dunia, dengan pertempuran di
beberapa medan utama berlaku secara serentak, dan mengorbankan sekitar 50 juta
nyawa. Peperangan Dunia II ini kebanyakan membabitkan Kuasa Bersekutu (perikatan negara-negara Komanwel, Perancis, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan China) serta Kuasa Paksi (perikatan negara-negara Jerman, Itali, dan Jepun).
Kebanyakan pertempuran berlaku di Medan Eropah Perang Dunia Kedua medan
Atlantik dan di sekitar Eropah, dan dalam Peperangan Pasifik medan
Pasifik di Pasifik dan Asia Timur.
Isi-isi Penting:
Kesan Sosial
Perubahan Peranan
Wanita.
§ Perang Dunia
Kedua telah menyebabkan wanita turut mengalami perubahan. Penglibatan ramai
golongan lelaki dalam peperangan menyebabkan pekerja di sector perindustrian
dan perkilangan.
§ Kaum wanita
mula mengambil alih kerja-kerja yang sebelum ini dilakukan oleh kaum lelaki di
sektor perindustrian. Ramai kaun wanita kini menjadi pekerja dan buruh di
kilang-kilang.
Masalah Pelarian.
§ Lebih kurang
enam juta kumpulan etnik minority Jerman di Czechlovakia dan Hungrary menjadi pelarian.
§ Ratusan ribu
pekerja-pekerja di Eropah Timur yang tidak mahu kembali ke Negara asal mereka
telah menjadi orang pelarian.
Perbicaraan Jenayah
Perang.
§ Selepas
tamat Perang Dunia Kedua, perbicaraan terhadap penjenayah-penjenayah telah
diadakan di Nuremberg. Sebanyak 13 perbicaraan telah diadakan antara tahun 1945
hingga 1947 terhadap orang Jerman yang dituduh melakukan jenayah perang.
§ Perbicaraan
ini telah dikendalikan oleh para hakim dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis
dan Rusia. Seramai 177 orang Jerman telah dihadapkan ke mahkamah pengadilan
atas tuduhan jenayah perang. 25 orang tekah dikenakan hukuman mati, 20 orang
dikenakan hukuman penjara manakala 35 orang dibebaskan.
Kesan Ketenteraan
Kemajuan Teknologi
Perang
§ Perang dunia
kedua juga menyaksikan perkembangan pesat dalam teknologi peperangan. Perkembangan teknologi peperangan telah
menyebabkan Negara-negara yang terlibat berlumba-lumba untuk mencipta
kapal-kapal terbang yang mengunakan teknologi terkini.
§ Selain itu,
menjelang peringkat akhir Perang Dunia Kedua, peluru berpandu turut digunakan
dalam medan peperangan.
Teknologi Nuklear
§ Perkembangan
yang paling penting dalam bidang teknologi ketenteraan ialah kemajuan dalam
penggunaan senjata nuclear. Menerusi Projek Manhattan, saintis Amerika Syarikat
dan Britain di bawah pimpinan Robert Oppenheimer Berjaya mencipta bom atom.
§ Kemuncak
kepada perkembangan teknologi nuclear adalah pengguguran bom atom di Hiroshima
dan Nagasaki pada tahun 1945.
Teknologi Persenjataan
§ Selepas
tamat Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa besar yang terlibat dalam peperangan mula
melengkapkan askar-askar dengan peralatan yang canggih.
Penutup:
§ Umumnya
dapat dikatakan bahawa peperangan dimulai saat Jerman menginvasi Polandia pada
1 September 1939, dan berakhir pada tanggal 14 OGOS 1945 pada saat Jepun
menyerah kepada tentara Amerika Serikat.
§ Secara rasmi
PD II berakhir ketika Jepun menandatangani dokumen Japanese Instrument of
Surrender di atas kapal USS Missouri pada
2 September 1945, 6 tahun setelah perang dimulai.
Soalan 114: Terangkan sebab-sebab meletusnya perang kedua
di Asia.
Pendahuluan
§ Selepas 20-tahun tamatnya Perang Dunia Pertama,sekali
lagi dunia diselubungi peristiwa ngen yang lebih dasyat iaitu perang dunia
kedua.Perang ini berlangsung antara tahun 1939 hingga 1945.
§ Melibatkan dua pakatan iaitu kuasa berikat yang
dianggotai Amerika Sarikat, Britain, Perancis, dan Rusia.Pakatan Paksi yang
disertai Jerman,Itali,dan Jepun. Melibatkan kawasan yang lebih luas,iaitu di
Eropah, Asia, Afrika,dan Kepulauan Pasifik.
Isi-isi Penting
1. Nasionalisme Melampau (Ultranasionalisme)
§ Kita Ikki dianggap sebagai penyumbang utama kepada aliran
baru nasionalisme Jepun.Beliau mencadangkan pembentukan semula Negara Jepun
oleh tentera dan dilakukan atas nama maharaja. Pada tahun 1927,sebuah
organisasi sulit telah ditubuhkan oleh pegawai-pegawai muda tentera termasuk
mereka yang berkhidmat di Staf Angkatan Bersenjata di Tokyo bagi merancang
perubahan politik Jepun. Pegawai-pegawai kerajaan khususnya di Kementerian
Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan ketenteraman awam
turut menyokong pasukan tentera. Kemunculan nasionalisme melampau dalam
kalangan tentera ini berpunca daripada kemerosotan politik berparti dan masalah
kemelesetan ekonomi.Angkatan bersenjata Jepun kurang senang dengan perjalanan
demikrasi Barat kerana gejala rasuah berleluasa yang berlaku dalam kalangan
ahli-ahli parlimen Jepun.
§ Selain itu, ahli-ahli politik dilihat mempunyai hubungan
erat dengan syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Mitsui dan
Mitsubishi.Gejala rasuah merupakan salah satu punca melemahkan kerajaan (parti
politik) yang memerintah dan membantu golongan tentera merampas kuasa politik
di Jepun. Tindakan tentera merampas kuasa turut dipengaruhi oleh kebimbangan
bahawa kerajaan awam akan menyekat tentera seperti yang pernah dialkuakan oleh Hamaguchi pada tahun 1930.Hamaguchi
telah memberi sokongan kepada Perjanjian Tentera Laut London yang mengenakan
pelbagai sekatan kepada tentera laut Jepun.Sekatan yang dikenakan bertujuan
menghalang angkatan tentera laut Jepun daripada menandingi kekuatan tentera
Barat.
§ Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929 telah memberi kesan ketara
kepada ekonomi Jepun khususnya golongan petani.Permintaan sutera mentah yang
menjadi eksport tunggal Jepun yang terbesar dalam pasaran Amerika Syarikat
jatuh mendadak.Petani yang menjalankan kegiatan memelihara ulat sutera menerima
kesan yang sangat besar.
§
Keengganan kerajaan menurunkan cukai ditambah pula dengan
pendapatan petani yang jatuh sebanyak 50 peratus berserta hutang yang semakin
banyak telah menambahkan penderitaan petani Jepun.Banyak berlaku kes kebuluran
di kawasan pertanian ditambah pula dengan hasil padi yang tidak menjadi.Selain
itu,berlaku pergaduhan antara petani,penyewa dan tuan tanah di kawasan-kawasan
tertentu.
§ Teras anggota tentera datangnya dari kaum petani dan
ramai pegawai tentera berasal dari keluarga yang mempunyai tanah yang sederhana
dan kecil.Mereka terharu dengan pendritaan golongan petani dan bagi
pegawai-pegawai pula,mereka simpati dengan keadaan petani dan merasai bahawa
politik berparlimen sedang merosakkan Jepun dan hanya dengan mengambil ahli
pemerintahan golongan tentera sahaja,negara Jepun dapat diselamatkan.
§ Pada tahun 1934, Jepun telah menarik balik sokongan yang
pernah diberikannya kepada Perjanjian Tentera Laut London dan Washington kerana
pada pandangan Jepun.Selepas tahun 1936,kedudukan tentera dalam politik tidak
lagi dicabar. Golongan tentera berjaya mendominasikan kerajaan selepas
mencetuskan satu kekacauan pada 26 Februari 1936.Seramai 1 400 tentera yang
dipimpin oleh 15 pemimpin muda telah memberontak. Mereka merampas Ibu Pejabat
Polis Tokyo, Kementerian Hal Ehwal Perang,dan Bangunan Diet.
§ Pada tahun 1940, parti-parti politik telah
dimansuhkan.Sehubungan itu, kerajaan mula menyediakan Jepun kea rah
peperangan.Belanjawan untuk tentera telah ditambah sebanyak 50 peratus daripada
belanjawan negara setiap tahun.
2. Ekonomi
§ Kesan pemodenan Meiji yang memberi keutamaan kepada
industi merupakan salah satu factor Jepun melakukan imperialisme dan terlibat
dalam Perang Dunia Kedua.Jepun memerlukan bahan mentah dan pasaran yang
diperoleh dari luar negara kesan pasaran domestic yang lemah serta bahan mentah
yang terhad. Manchuria dan China merupakan kawasan yang penting kepada ekonomi Jepun.Di
kedua-dua kawasan ini,Jepun merupakan pelabur kedua terbesar selepas Britain.
Selain menguasai pelaburan tempatan,orang Jepun juga menguasai perdagangan dalam
negeri.
§
Selepas tahun 1933, Manchuria menjadi tumpuan
penghijrahan Jepun.Antara tahun 1932 hingga 1937,Jepun telah menumpukan sepenuh
perhatian kepada wilayah ini kerana mempunyai arang batu dan besi yang boleh
digunakan untuk industri kereta dan kapal terbang.Manchuria juga boleh
dijadikan pusat penghasilan makanan yang berpotensi. Sejak dahulu lagi
Manchuria menjadi kawasan rebutan antara Jepun dan China.Kedua-dua negara
menghadapi beberapa isu.Salah satu daripadanya berhubung dengan 800 000 rakyat
korea di Manchuria yang telah menjadi warganegara Jepun selepas tahun
1910.Orang China menentang perolehan tanah di Manchuria oleh orang Korea.
§ Jepun dan China juga berselisih faham tentang isu
perkhidmatan kereta api Manchuria Selatan yang dimiliki oleh pihak Jepun.Kerajaan
China menentang monopoli perkhidmatan kereta api tersebut oleh Jepun lantas
kerajaan China membina landasan kereta api baharu yang selari dengan landasan
kereta apai tersebut.Keadan ini menimbulkan kemarahan pihak Jepun. Pada tahun
1937,meletus perang China-Jepun yang berakhir dengan kemengan di pihak Jepun.Amerika
Syarikat berazam mahu menghentikan penduduk Jepun di China lalu mengenakan sekatan
ekonomi terhadap Jepun seperti melarang semua eksport ke Jepun serta membekukan
harta Jepun di Amereika Syarikat.
§ Langkah yang sama diambil oleh Britain dan Belanda.Dengan
itu, Jepun kehilangan sumber minyak dan sumber ini amat penting bagi tujuan menjalankan
dasar imperialisme.Kuasa-Jepun meluaskan kuasanya di Asia Tenggara. Jepun igin
menakluk Asia Tenggara dengan tujuan mendapatkan logam dan minyak dari rantau
ini dan tidak lagi bergantung kepada bekalan dari amerika Syarikat.
3. Keselamatan Negara
§ Soal keselamatan negara turut menjadi punca Perang Dunia
Kedua di Asia. Isu keselamatan negara bukan muncul secara mendadak tetapi telah
diutarakan sekitar pertengahan abad ke-18.Ketika itu Jepun menghadapi ancaman
kuasa-kuasa Barat,seorang Intelek Jepun,Yoshida Shoin mencadangkan supaya Jepun
mengukuhkan Pertahananya dengan memajukan Pulau Hokaido,menakluki Kepulauan
Ryukyu (Okinawa),menguasai Manchuria,Farmosa (Taiwan),dan menjadikan Korea
sebagai negeri naungan.
§ Seorang lagi tokoh di Jepun yang membicarakan konsep
keselamatan negara Jepun ialah Yamagata Aritomo.Beliau ialah pemimpin kerajaan
Meiji dan pengasas tentera Jepun moden.Oleh kerana pada tahun 1880-an dan
1890-an,Jepun masih lagi menghadapi asakan kuasa Rusia dan Britain,Yamagata berpendapat
Jepun perlu membuat persediaan dari segi pertahanan negara.Yamagata
memperkenalkan konsep garis kepentingan negara yang merujuk kawasan yang
berhampiran:Jepun yang dianggap boleh mempengaruhi keselamatan negara Jepun.
§ Penaklukan Manchuria pada tahun 1932 bertujuan
mengukuhkan garis kepentingan Jepun di Tanah Besar Asia dan garis kepentingan
negara berubah lagi selepas berlakunya perang China-Jepun pada tahun 1937.
Penutup
§ Keghairahan Jepun untuk menjadi kuasa dominan di Asia
membimbangkan kuasa-kuasa Barat. Tambahan pula kuasa Barat mempuyai kepentingan
ekonomi di Asia.
§ Ancaman Jepun terhadap kepentingan keselamatan dan
ekonomi Barat menyebabkan kuasa Barat berusaha melumpuhkan kekuatan ketenteraan
Jepun.
4.2.3 Perang Dingin
Soalan 115: Huraikan faktor-faktor
tercetusnya Perang Dingin (1945-1955)
Pendahuluan
§ Istilah
perang dingin dipelopor oleh Bernard Baruch dalam ucapan kepada Jawatankuasa
Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Istilah ini merujuk kepada keadaan tegang
yang wujut arntara Amerika Syarikat dan Soviet Union.
§ Perang ini
merujuk kepada konflik antara negara-negara untuk memajukan kepentingan
nasional melalui cara-cara politik,ekonomi,dan psikologi.Apabila tercatusnya
perang dingin, kedua-dua pihak menjalankan kegiatan subversive, propaganda,
pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.
Isi-isi Penting
1.
Perbezaan
Ideologi Politik
§ Perbezaan
ideology politik.Terdapat perbezaan ideology politik yang amat ketara antara
Amerika Syarikat dan Soviet Union. Kedua-dua kuasa besar ini mengamalkan sistem
pemerintahan yang amat bertengagan. Amerika Syarikat memperjuangkan sistem
pemerintahan yang megutamakan hak asasi manusia seperti hak untuk berkumpul,
menyuarakan pendapat, dan kebebasan media manakala Soviet Union pula merupakan
jaguh sistem pemerintahan sosialis yang beteraskan ideologi komunis.
§ Dalam sistem
pemerintahan dan pentadbiran di Soviet
Union diterajui oleh Parti Komunis.Dalam sistempemerintahan komunis,
rakyat tidak di beri kebebasan untuk
berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka. Perbezaan ideologi politik antara sistem
pemerintahan demokrasi dan sistem pemerintahan komunis menyebabkan hubugan
antara kuasa besar ini menjadi rengang.
2.
Perbezaan
Sistem Ekonomi
§ Dalam sapek
ekonomi, Amerika Syarikat memperjuangkan sistem ekonomi kapitalis iaitu sistem
yg bebas daripada campur tagan kerajaan dan mengalakkan ekonimi perdagangan
bebas.
§ Soviet Union pula tidak mengalakkan kegiatan
ekonomi bebas kerana bimbang masyarakat terdedah kepada sistem ekonomi barat
dan Soviet Union tidak mengalakkan Negara-negara sosialis melibatkan diri dalam
perdagangan antarabangsa dan bimbang pangaruh dari barat akan mengancam regim
totalitarian tersebut. Soviet Union bimbang pengaruh dari Barat akan mengancam
regim totalitarian.
3.
Kemunculan
Kuasa Dunia Yang Baharu
§ Perang Dunia
Kedua menyebabkan bilangan Negara yang bertaraf kuasa besar dunia telah
berkurangan. Negara-negara seperti Jepun dan Itali telah mengalami kekalahan
dan menjadi lemah selepas Perang Dunia Kedua. Britian dan Perancis telah
menjadi lemah daripada segi ketenteraan dan ekonomi.Malah Negara seperti
Britian, Jerman, Jepun, dan Perancis kini bergantung kepada Amerika Syarikat
yang muncul sebagai kuasa dunia untuk membagunkan semula ekonomi mereka.
§ Perkembangan
ini menyebabkan lahir dua kuasa baharu dunia, iaitu Amerika Syarikat dan soviet
Union yang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.
4.
Dasar
Peluasan Pengaruh Soviet Union Di Eropah
§ Menjelang
akhir tahun 1944, Tentera Merah (tentera komunis) Soviet Union bertindak
membebaskan dan mengawal sebahagian besar Negara-negara di Eropah Timur di
bawah pengaruh mereka. Semasa persidangan Yalta diadakan pada tahun 1945,
Soviet Unoin menguasai kawan yang meganjur hingga ke garisan Curzon yang
dijadikan sempadan antara Soviet Union dan Poland.
§ Semasa
Perang Dunia Kedua hamper tamat, Soviet Union bertindak megukuhkan cengkamannya
terhadap Negara-negara di Eropah Timur.Malah tentera Merah Soviet Union turut
menpegaruhi pilihan raya yang diadakan di Negara-negara Eropah Timur.Selain
itu,kerajaan-kerajaan yang bertindak di Eropah Timur juga didominasi oleh
golongan komunis.
§ Stalin
mengalakkan golongan komunis di Eropah Barat untuk memainkan peranan aktif
dalam pilihan raya umum yang diadakan di Negara-negara tersebut.Perkembangan
ini menyebabkan hubugan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat menjadi regang
dan tercetus Perang Dingin.
5.
Perkembanagan
semasa Perang Dunia Kedua
§ Menyebabkan
hubugan antara Amerika Syarikat, Soviet Union, dan Britian telah menjadi
renggang sebelum Perang Dunia Kedua tamat.Hubugan yang semakin renggang antara
ketiga-tiga kuasa besar ini jelas ketara dalam Persidangan Yalta(Februaru 1945)
dan Persidangan Piotsdam(Julai 1945) yang diadakan untuk menentukan alah tujuh
dan kerjasama antara negara-negara tersebut selepas Perang Dunia Kedua tamat.
§ Dalam
persidangan di Yalta, tiga pemimpin utama.iaitu Roosevelt, Winton Churchill,
dan Stalin bersetuju pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur yang
diduduki atau dibebaskan oleh Soviet Union.Dalam pada itu, Stalin pula berazam
untuk menubukan kerajaan komunis di Negara-negara yang didudukinya demi
keselamatan pada masa itu.
§ Dalam
Persidangan Potsdamyang diadakan pada Julai 1945 Prisiden America Syarikat
Harry Truman menuntut agar pilihan raya diadakan di Negara-negara Eropah Timur
yang dikuasai oleh Soviet Union.Tetapi stalin menolak tuntutan Harry Truman
kerana Negara-negara tersebut akan menubuhkan kerajaan anti-Soviet Union.
6.
Hubugan
antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
§ Hubugan
antara Amerika Syarikat dan Soviet Union
menjadi semakin buruk seklepas bulan Mei 1945.Hal ini kerana tindakan
Amerika Syarikat menolak bantuan ekonomi yang diminta oleh Soviet Union untuk
membagunkan semukla negaraselepas perang megeruhkan hubungan antara kedua-dua
kuasa besar tersebut.
§ Hubugan
bertamba buruk lagi apabila Winston Churchill dalam ucapannya pada Mac 1946
menyatakan bahawa terdapat `tisai besi` yang menganjur dari Stettin di Baltik
hinhha keTrieste di Adriatik.Menurut beliau `tirai besi` ini memisahkan Eropah
Timur degan Eropah Barat.
§ Amerika Syarikat
dan Britain bimbang fahaman komunis akan merebak ke Eropah
Barat.Pemimpin-pemimpin di barat percaya kepada `teori domino` iaitu apabila
sesebuah Negara dikuasai oleh komunis maka satu demi satu Negara-negara lain
akan jatuh ke tagan komunis.
§ Perkembagan
ini amat membimbangkan Amerika Syarikat dan Britian hingga kedua-dua Negara
tersebut bertekad bagi menyekat perkembagan komunis di mana-mana Negara.Keadaan
ini telah mencetuskan ketegangan antara kedua-dua Negara serta merancakkan
Perang Dingin.
Penutup
§ Kedua-dua
kuasa besar ini bersaing antara satu sma lain debgabn pelbagai pendekatan
seperti diplomatic, ekonomi, politik, dan psikologi untuk megukuhkan ideology
dan pengaruh masing-masing. Perang dingin bermula di benua Eropah telah tersebar
ke bahagian lain seluruh dunia.
§ Perang ini
berlanjutan hingga tahun 1980am dan berahir ekoran daripada keruntuhan
Negara-negara komunis di Eropah timur pada tahun 1989.
Soalan
116: Huraikan faktor-faktor perang dingin di Eropah pada tahun 1945-1955
Pendahuluan
:
§ Istilah perang dingin dipelopori oleh Bernard Baruch
dalam ucapannya kepada Jawatankuasa Penyelidikan Senat pada tahun 1948. Ini
merujuk kepada keadaan tegang yang wujud antara Amerika Syarikat dengan Soviet
Union. Hubungan tegang antara kedua-dua kuasa besar ini berlaku tanpa sebarang
pertempuran bersenjata. Negara-negara komunis diketuai oleh Soviet Union dengan
negara-negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
§ Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak
menjalinkan kegiatan subversif, propaganda, pengintipan dan perang secara tidak
langsung menerusi sekutu mereka. Menurut sejarawan, perang dingin bermula pada
tahun 1947, apabila Presiden Harry Truman, mengisytiharkan dasar antikomunis
yang dikenali sebagai ‘Doktrin Truman’. Perang ini berlanjutan hingga akhir
tahun 1980-an.
Isi-isi
penting :
1. Doktrin
Truman
§ Perang dingin tercetus apabila Presiden Harry Truman
mengumumkan bahawa segala bantuan yang diberikan kepada Soniet Union
dihentikan. Pada Oktober 1945, beliau menegaskan Amerika Syarikat tidak
mengiktiraf mana-mana kerajaan yang ditubuhkan tanpa persetujuan penduduknya.
§ Pada tahun 1946, Presiden Harry Truma menekankan dasar
Amerika Syarikat yang akan menggunakan apa cara sekalipun untuk membendung
pengaruh komunis. Kenyataan ini, menjadi asas kepada pembentukan ‘Doktrin
Truman’ yang membawa kepada usaha Amerika Syarikat menentang peluasan pengaruh
Soviet Union dan ideology komunis keseluruh dunia. Berpandukan kepada doktrin,
Amerika Syarikat telah memberi bantuan ketenteraan dan kewangan kepada Turki
dan Greece untuk menghadapi ancaman komunis.
2. Tirai
besi
§ Pada bulan Mac 1946, Perdana Menteri Britian Winston
Churchill memberitahu bahawa terdapat ‘tirai besi’ yang memisahkan Eropah
kepada 2 blok yang bermusuhan, iaitu blok komunis dan blok bukan komunis.
§ Kewujudan tirai besi menyebabkan hubungan perdagangan
antara blok-blok ini amat terhad, manakala hubungan biasa secara perseorangan
hampir tidak wujud.
3. Rancangan
Marshall
§ Pada tahun 1947, Amerika Syarikat melancarkan perancangan
Rancangan Marshall untuk membantu negara-negara Eropah memulihkan ekonomi dan
mengukuhkan pemerintahan demokratik di negara tersebut. Soviet Union menolak
Rancangan Marshall walaupun pada awalnya menyertai perbincangan rancangan ini.
Soviet Union menolak Rancangan Marshall yang didakwa sebagai campur tangan
Amerika Syarikat dalam hal negara lain.
§ Soviet Union enggan menerima bantuan dan memaksa
negara-negara Eropah timur yang lain untuk berbuat demikian. Di bawah Rancangan
Marshall, Amerika Syarikat membekalkan bahan-bahan mentah, jentera, minyak dan
baja bernilai $ 3000 juta dollar Amerika.
4. Pertubuhan
Kerjasama Ekonomi Eropah (OEEC)
§ Penubuhan OEEC untuk menguruskan Rancangan Marshall
menambahkan ketegangan antara timur dan barat. Pertubuhan ini dianggotai oleh
16 buah negara Eropah termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Melalui pertubuhan
ini, Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang bagi menjalinkan
kerjasama ekonomi dalam kalangan negara. Ekoran dari bantuan itu, Eropah barat
mengalami pemulihan ekonomi yang ketara.
§ Pembangunan ekonomi dan kemakmuran yang dikecapi oleh
penduduk menyebabkan perkembangan fahaman komunis dapat disekat di Eropah
Barat.
5. CAMECON
§ Selepas penolakan terhadap Rancangan Marshall, Soviet
Union mula mengawal negara-negara Eropah timur di bawah pengaruh komunis.
Stalin menubuhkan Biro Penerangan Komunis Cominform untuk menyelaraskan
kegiatan parti-parti komunis Eropah.
§ Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan kerjasama
ekonomi bagi negar-negara Eropah Timur dalam COMECON. Perkembangan ini
melebarkan jurang antara Timur dan Barat di Eropah.
6. Perkembangan
pengaruh komunis di Eropah Timur :
§ Selepas Perang Dunia Kedua tamat, Soviet Union mula
mengukuhkan kedudukannya di Eropah Timur, dengan menempatkan tenteranya di
Poland, Hungary, Romania, Bulgaria, Czechoslovakia, bahagian timur Jerman dan
Austria. Soviet Union menggunakan kekuatan tentera untuk membentuk
kerajaan-kerajaan komunis, malah menggunakan kuasanya untuk mengendalikan
dasar-dasar dalam dan luar negara-negara tersebut.
§ Dasar Soviet Union mengukuhkan pemerintah komunis jelas ketara di Poland,
Czechoslovakia dan Yugoslovia.
(1) Pengaruh
komunis di Poland
§ Soviet Union melibatkan diri secara langsung dalam
mengukuhkan pengaruh komunis di Poland. Parti yang bukan komunis seperti Parti
Rakyat telah diserapkan dalam Barisan Kebangsaan Parti Pekerja Poland yang
merupakan parti politik komunis. Malah Soviet Union juga bertindak
menyingkirkan 75 000 anggota komunis dan sosialis Poland yang tidak menurut arahan
serta panduan yang ditetapkan oleh Soviet Union.
§ Pada tahun 1948, Setiausaha Parti Komunis, Gomulka
dipaksa meletakkan jawatan kerana memberi sokongan kepada Tito di Yugoslovia.
(2) Pengaruh
komunis di Czechoslovakia :
§ Sebelum Perang Dunia Kedua, Czechoslovakia merupakan
negara yang paling maju dalam bidang perindutrian di Eropah Timur dan mempunyai
pengalaman dalam pemerintahan demokrasi. Selepas Perang Dunia Kedua, Parti
Komunis mendapat sokongan yang meluas daripada golongan pekerja dan intelek
ekoran peranannya dalam penentangan terhadap Nazi Jerman. Parti komunis telah
menyertai kerajaan campuran yang terdiri daripada golongan liberal dan
parti-parti berhaluan kiri di bawah kepimpinan Klement Gottwald.
§ Pada bulan Febuari 1948, kerajaan baharu ditubuhkan oleh
Parti Komunis dan Parti Demokrat. Seterusnya berlaku gerakan untuk
menyingkirkan golongan anti-komunis daripada jawatan-jawatan kerajaan.
Penguasaan Parti Komunis di Czechoslovakia diteruskan dengan gerakan pembersihan
dalam parti itu. Pemimpin-pemimpin yang menunjukan taat setia kepada Rusia
dikekalkan berkuasa.
(3) Pengaruh
komunis di Yugoslavia :
§ Parti Komunis Yugoslavia dibawah pimpinan Tito tidak
mempunyai hubungan mesra dengan Soviet Union. Menjelang tahun 1948, timbul
perselisihan faham yang amat ketara antara Tito dan Stalin. Soviet Union
menuduh Tito sebagai pengkhianat bangsa dan membatalkan tuntutan Yugoslavia
terhadap Carinthia di Austria. Malah Rusia juga menuduh Yugoslovia memberi
layanan buruk terhadap rakyat Soviet Union yang menetap di negara tersebut.
Hubungan antara Yugoslavia dan Soviet Union menjadi semakin tegang apabila Tito
enggan menerima rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh Stalin.
§ Dalam pada itu, Tito mempunyai rancangan untuk menubuhkan
satu pakatan dalam kalangan negara-negara Balkan. Rancangan Tito bertentangan
dengan kehendak Soviet Union sehingga beliau dituduh sebagai tali barut Amerika
Syarikat. Perkembangan ini menyebabkan Yugoslavia disingkirkan daripada Gerakan
Komunis Antarabangsa.
§ Dalam pada itu, kuasa-kuasa Barat pula bersedia
menghulurkan bantuan ekonomi kepada Yugoslavia. Komunisme nasional bebas yang
diperkenalkan oleh Tito turut mendapat sokongan daripada negara-negara komunis
lain. Ekoran perkembangan ini, Soviet Union mula menjalankan gerakan
pembersihan dalam kalangan pemimpin-pemimpin komunis tempatan di Hungary,
Poland, Romania, Bulgaria dan Czechoslovakia.
(4) Pengaruh
komunis di Greek :
§ Semasa Perang Dunia Kedua, Parti Komunis Greek memainkan
peranan dalam penentangan terhadap Jerman. Pada tahun 1944, Parti Komunis turut
menyertai kerajaan campuran. Peperangan tercetus di Athens ekoran cadangan
kerajaan agar gerila komunis meletakkan senjata.
§ Pada bulan Mac 1946, Parti Monarkis berhaluan kanan
berjaya dalam pilihan raya umum. Kejayaan ini disusuli dengan tindakan menindas
penyokong-penyokong komunis. Golongan komunis mewujudkan pasukan gerila di
Macedonia untuk bertindak balas. Komunis turut mendapat bantuan dan sokongan
daripada Yugoslavia. Parti Monarkis pula mendapat sokongan daripada Britain dan
Amerika Syarikat selepas tahun 1947. Menjelang tahun 1949, gerila-gerila
komunis dapat ditewaskan.
7. Perkembangan
politik di Eropah Barat :
§ Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara Eropah Barat
menghadapi kesukaran untuk membangunkan semula ekonomi mereka. Keadaan ini
menyebabkan berlaku inflasi, pengangguran dan kebuluran. Perkembangan ini
menyebabkan parti-parti berhaluan komunis mula mendapat sokongan rakyat di
Perancis dan Itali. Umpamanya, kerajaan campuran pertama diwujudkan di Perancis
di bawah pimpinan de Gaulle turut dianggotai oleh ahli-ahli Parti Komunis
Perancis.
§ Menjelang tahun 1947, Parti Komunis menjadi pembangkang
di Perancis dan mula mendapat tempat di Itali pada tahun 1948. Parti Komunis
Itali turut menyertai kerajaan campuran yang ditubuhkan oleh de Gasperi yang
merupakan pemimpin Parti Kristian Demokrat.
8. Masalah
perpecahan Jerman
§ Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh pihak Berikat
selepas Perang Dunia Kedua adalah pembinaan semula ekonomi dan politik Jerman.
Negara Jerman telah dibahagikan kepada 4 kawasan yang ditadbir oleh Soviet
Union, Amerika Syarikat, British dan Perancis. Manakala ibu negeri Jerman,
Berlin dibahagikan kepada 4 sektor. Suruhanjaya Kawalan Berikat telah
ditubuhkan untuk menyelaraskan perkara-perkara yang akan memberi manfaat kepada
semua pihak yang terlibat dalam pentadbiran Jerman. Menjelang tahun 1948,
Soviet Union telah memiliknegarakan semula industry di Jerman Timur, juga
bertindak merampas dan mengagihkan ladang melebihi keluasan 250 ekar. Mereka juga menggalakkan penubuhan Parti
Sosial Bersatu yang merupakan gabungan Parti Komunis dan Parti Sosial Demokrat.
Sebenarnya, sistem pentadbiran komunis telah diperkenalkan oleh Soviet Union di
Jerman Timur.
§ Pada tahun 1947, Amerika Syarikat dan British telah
menyatukan kawasan-kawasan yang berada di bawah penguasaan mereka untuk tujuan
ekonomi. Pada tahun 1948, Amerika Syarikat, Britain, dan Perancis telah membuat
keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan bagi Jerman Barat melalui Perjanjian
London. Perkembangan ini menyebabkan muncul dua buah parti politik, iaitu Parti
Kristian Demokrat di bawah pimpinan Konrad Adenauer dan Parti Sosial Demokrat
di bawah pimpinan Kurt Schumacher di Jerman Barat. Perkembangan ini menyebabkan wujud perpecahan
yang agak ketara Jerman Barat dan Jerma Timur. Perpecahan ini menyebabkan
hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat semakin renggang.
9. Pengepungan
Berlin :
§ Pada bulan Febuari 1948, panglima tentera Soviet Union,
Sokolovsky mendakwa seluruh Kota Berlin adalah sebahagian daripada Rusia.
Sementara itu, pada bulan Jun 1948, wakil-wakil daripada Amerika Syarikat,
Britain, Perancis, Belgium, Belanda dan Luxembourg yang mengadakan pertemuan di
London bersetuju untuk mewujudkan sebuah kerajaan pusat di Jerman Barat. Konfrontasi
secara terbuka berlaku apabila pihak berkuasa Jerman Barat membuat keputusan
untuk menilai semula mata wang Jerman. Tujuan penilaian semula mata wang ini
dilakukan adalah untuk Membantu pemulihan ekonomi dan Menentang pasaran gelap
§ Soviet Union mendakwa penilaian semula mata wang wang
bertentangan dengan Perjanjian Postdam. Malah Soviet Union berpendapat tindakan
tersebut akan menyebabkan nilai mata wang Jerman Timur merosot dn ini
menghalang hubungan ekonomi antara Jerman Timur dan Jerman Barat. Seterusnya, Soviet Union mengambil langkah
untuk menghalang penyebaran mata wang baharu di zon mereka dan seluruh Berlin.
Pada bulan Jun 1948, Soviet Union menutup semua laluan darat ke bahagian barat
Berlin. Ini menyebabkan bahagian yang di kuasai oleh Barat mendapat bekalan
melalui pengangkutan udara.
§ Pada bulan Mei 1949, satu perjanjian telah diadakan oleh
kedua-dua pihak dan sebagai susulannya, jalan-jalan darat dibuka semula. Dalam
perjanjian tersebut keempat-empat kuasa yang mentadbir Jerman bersetuju Jerman
yang akan dibahagikan pada masa akn dtang. Perjanjian tersebut membawa kpd
penubuhan 2 buah ngara iaitu : Republik Persekutuan Jerman (Jerman Barat) dan
Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur). Republik Persekutuan Jerman
ditubuhkan pada bulan Mei 1949 dan ibu negerinya terletak di Bonn. Manakala,
Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada Oktober 1949 dengan ibu negerinya di
Berlin.
Kesimpulan
§ Penubuhan NATO
yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan komunis
telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila
Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis
berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China
di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di Vietnam.
§ Perang
Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO,
SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar
berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang
Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar
berkecuali menerusi NAM.
Soalan 117: Huraikan Perang Dingin di Asia pada tahun
1945-1955
Pendahuluan
§ Selepas
tamat perang dunia kedua, keadaan politik dinegara-negara asia menjadi tidak
stabil. Di China berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze
Tung dan puak Kuomintang dibawah pimpinan
Chiang Kai-Shek.
§ Keadaan menjadi
buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu, Amerika Syrikat dan Soviet
Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara. Peperangan ini berlaku
dinegara-negara asia disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa besar iaitu, Perang
Korea(1950-1953) dan Perang Vietnam Pertama(1946-1954).
Isi-isi Penting:
1. China menyertai blok
komunis
§ Pada tahun 1930-an kerajaan nasionalis China
dibawah pimpinan chiang kai-shek menerima cabaran daripada pihak komunis. Pada
tahun 1949, Parti Komunis China
pimpinan Mao Tze Tung berjaya menewaskan Kuomintang dalam perang saudara.
Pemimpin Kuomintang, Chiang kai-shek berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan
dengan bantuan Amerika Syarikat.
§ Penyertaan China
dalam blok komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara dramatis. Amerika
Syrikat memberikan bantuan kepada Chiang kai-shek untuk menentang penguasaan
komunis namun usaha tersebut menemui kegagalan. Amerika Syrikat bertindak tidak
mengiktiraf kerajaan komunis dan mendesak Taiwan mengekalkan kerusi China di
bangsa-bangsa bersatu.
2. Perang korea
(1950-1953)
§ Perang korea
yang meletus pada tahun 1950 telah
merancakkan perang dingin antara Amerika Syrikat dan Soviet Union. Selepas
perang dingin kedua, tentera Amerika Syrikat menduduki bahagian korea selatan
manakala Soviet Union menguasai korea utara. Pada bulan Februari 1948, korea utara mengisytiharkan
dirinya sebagai Republik Demokrat Rakyat Korea. Kerajaan yang berasingan
ditubuhkan di Korea Selatan dibawah pimpinan Presiden Dr.Syngman Rhee.
§
Selepas
pengunduran tentera Amerika Syrikat pada
tahun 1948 dan tentera Soviet Union
pada tahun 1946 wujud ketegangan
antara korea utara dan korea selatan. Keadaan politik di korea selatan tidak
stabil dan pengaruh komunis mula menular dalam kalangan rakyat miskin. Pada
bulan Jun 1950, tentera Korea Utara
menyeberangi garis lintang 38 darjah
dan menceroboh korea selatan.
§ Majlis
keselamatan PBB bertindak meluluskan resolusi mengutuk tindakan korea utara.
Pasukan tentera Amerika Syrikat dihantar
ke korea selatan dan diikuti oleh tentera British, tentera Komanwel dan
Turki sebagai sebahagian daripada pasukan tentera PPB. Pasukan tentera PPB
dibawah pimpinan Jeneral MacArthur berjaya mara ke garis lintang 38 darjah. Jeneral Mac Arthur merancang
untuk terus mara ke utara hingga ke sempadan Yalu yang menjadi sempadan dengan China.
Kerajaan China menghantar askar-askarnya untuk membantu Korea Utara.
§ Tentera PBB
pimpinan Jeneral MacArthur mengalami kekalahan dan berundur ke selatan.
MacArthur bercadang untuk mengebom pusat-pusat industri China di Vumuria.
Amerika Syarikat menarik balik daripada mengambil risiko ini dan MacArthus
dilucutkan jawatan oleh Presiden Truman. Cadangan Soviet Union di PBB, satu
perdamaian sementara diwujudkan pada bulan Jun 1951. Peperangan di Korea jelas
menunjukkan ketegangan Perang Dingin yang menular di rantau Timur Jauh.
3. Perang Vietnam
§ Selepas
perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-kuasa
besar di Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman daripada komunis di
bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian utara Vietnam jatuh ke
tangan komunis.
§ Rundingan
yang diadakan di Geneva bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada Vietnam
Utara dan Vietnam Selatan berdasarkan garis lintang 17 darjah. Kerajaan komunis
telah ditubuhkan di bahagian utara di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Kerajaan
bukan komunis ditubuhkan di selatan di bawah pimpinan Ngo Dinh Diem. Pada tahun
1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam Selatan.
§ Saki-baki
anggota gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam Selatan mula
menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Amerika
Syarikat menambah bantuan tentera kepada Vietnam Selatan. Amerika Syarikat
bertindak melancarkan serangan bom di Vietnam Utara mulai tahun 1965.
§ Pada tahun
1967, Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tentera untuk berjuang bersama
tentera Vietnam Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat bantuan
ketenteraan daripada Soviet Union dan China.
4. Pertubuhan Perjanjian
Asia Tenggara (SEATO)
§ Pada tahun
1954, satu pakatan tentera antikomunis yang dikenali sebagai Pertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) telah ditubuhkan. Negara-negara yang
dianggotai pakatan ini terdiri daripada Amerika Syarikat, Australia, Britain,
Perancis, New Zealand, Filipina, Thailand, dan Pakistan.
§
Penubuhan
SEATO adalah menyekat keluasan pengaruh komunis ke kawasan Pasifik Barat dan
Asia Tenggara. Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Malaysia, Myanmar
dan Indonesia tidak menyertai SEATO kerana bimbang pakatan tersebut
meningkatkan ketidakstabilan politik di rantau Asia Tenggara. Negara-negara
tersebut mengambil pendirian berkecuali dalam hal ehwal ketenteraan.
Kesimpulan
§ Penubuhan NATO
yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung pencerobohan komunis
telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika Syarikat. Apabila
Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak menghalang komunis
berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran pantai China
di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di Vietnam.
§ Perang
Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti NATO,
SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa besar
berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang Perang
Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar
berkecuali menerusi NAM.
Soalan 118: Huraikan
kesan-kesan perang dingin pada tahun 1945-1955.
Pendahuluan:
· perang dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara
Komunis yang diketuai oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang
diketuai oleh Amerika Syarikat. Perang ini melambangkan konflik antara
negara-negara untuk memajukan kepentingan nasional melalui cara-cara politik,
ekonomi, dan psikologi.
· Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak
menjalanan kegiatan subversive, propaganda, pengintipan, dan perang secara
tidak langsung menerusi sekutu mereka.
Isi-isi Penting:
Kemunculan
Perikatan Tentera
· Selepas Perang Dingin Kedua, Soviet Union muncul sebagai
kuasa militer yang paling kuat. Kebangkitan Soviet Union menyebabkan
negara-negara Eropah Barat mewujudkan Perikatan Tentera.
· Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan
Dunkirk dan Perjanjian Brusells. Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan
kerjasama dalam bidang ketenteraan dan ekonomi dalam kalangan negara-negara
Eropah Barat.
§ Pada tahun 1949 pula, Blok Komunis menyertai China
selepas Parti Komunis China (PKC) memenangi Perang Saudara dimana PKC dipimpin
oleh Mao Tse-Tung. Kerana perbezaan pengamalan sistem politik dan ekonomi,
kedua-dua blok bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan seperti perang kilat. Amerika Syarikat (AS) membentuk pakatan
tentera yang digelar sebagai North Atlantic Treaty Organisation (NATO).
NATO disertai oleh negara-negara yang mengalami ancaman daripada komunis.
§ Sebagai balasan, Blok Komunis menubuhkan Pakatan Warsaw yang beranggotakan
seluruh negara-negara Eropah Timur. NATO dan Pakatan Warsaw ini masing-masing
mempunyai senjata nuklear. Manakala satu lagi pakatan iaitu South-East
Asia Treaty Organisation (SEATO) yang disertai oleh AS, Australia,
Britain, New Zealand, Perancis, Filipina, Pakistan dan Thailand ditubuhkan bagi
menghalang komunis ataupun kerajaan Rusia dan China berpengaruh di Asia .
§
Akibat Perang Dingin yang paling ketara adalah,
terbahaginya dunia kepada dua blok yang berbeza iaitu Blok Kapitalis dana Blok
Komunis. Dapat dilihat bahawa, Jerman telah berpecah kepada dua iaitu Jerman
Timur dan Jerman Barat dimana ini melambangkan bagaimana blok-blok ini wujud .
§ Jerman Barat diduduki oleh Tentera Berikat manakala
tentera Rusia berpihak di Jerman Timur. Sistem demokrasi diamalkan oleh Jerman
Barat dan Jerman Timur pula mengamalkan sistem komunis. Tembok Berlin telah
dibina bagi memisahkan dua negara Jerman, dimana Ibu kota lama Jerman
dibahagikan dua kepada Kuasa Berikat dan Tentera Rusia .
Perlumbaan senjata dan ketenteraan
§ Pertelagahan dua kuasa besar ini menyebabkan
masing-masing mahu memberi perhatian terhadap keupayaan ketenteraan. Akibatnya
berlaku perlumbaan senjata tetapi masing-masing cuba mengelakkan perselisihan
yang mungkin akan tercetusnya peperangan yang lebih besar.
AS dan Rusia menggunakan pelbagai inisiatif
bagi memperjuangkan kepentingan masing-masing termasuklah melakukan kegiatan
subversif , pengintipan , dan berperang
melalui sekutu-sekutu mereka sehingga melibatkan benua Asia.
§
Contohnya yang berlaku di China, AS cuba membantu Chiang
Kai-Shek menentang Parti Komunis China (PKC). Namun, PKC memenanginya dan
membawa kepada penyatuan AS dengan Jepun yang sebelumnya adalah negara musuh
yang sangat ditakuti . Ini kerana, AS mahu membantu Jepun menggugat keselamatan
China .
·
Perang Dingin menyebabkan negara-negara dunie ketiga
menjadi rebutan antara dua kuasa besar. Negara-negara dunia ketiga tidak mahu
memihak kepada blok komunis atau blok kapitalis.
·
Perkembangan ini menyebabkan Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) ditubuhkan. Matlamat utama NAM adalah mengekalkan keamanan
dunia tanpa menyokong blok Barat ataupun blok komunis.
§ Perang Dingin juga memberi tamparan hebat buat Asia
apabila tercetus di benua Asia sebuah peperangan yang berlanjutan selama tiga
tahun iaitu Perang Korea. Dalang berlakunya Perang Korea ini adalah dua kuasa
besar yang terlibat dalam Peang Dingin, dimana Rusia dan China memberi sokongan
kepada Korea Utara menentang Korea Selatan yang mendapat pula sokongan daripada
AS.
§
Sehingga kini kita dapat lihat bagaimana kesan Perang
Dingin ini telah membina tembok yang cukup kuat antara dua buah kerajaan negara
Korea. Begitu juga yang berlaku di Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Mujurlah
Vietnam mampu menyelesaikan konflik mereka sendiri atas pimpinan nasionalis
mereka Ho Chi Minh. Biarpun politik
dunia dipengaruhi oleh Perang Dingin, banyak negara yang tidak mahu terlibat
dalam persengketaan mereka dan tidak menyokong mana-mana blok dan negara-negara ini digelar sebagai
Negara-negara Dunia Ketiga
Penubuhan
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO)
·
Perang Dingin menyebabkan Pakatan Tentera Antikomunis
yang dikenali sebagai SEATO ditubuhkan.
·
Pakatan ini ditubuhkan untuk membendung kemaraan pengaruh
komunis ke kawasan Pasifik Barat dan Asia Tenggara.
Penutup
§ Perang
Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di
dunia. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran
keruntuhan negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989. Biarpun politik dunia di pengaruhi oleh Perang Dingin,
tetapi byk Negara yang tidak mahu melibatkan diri dalam persengketaan tersebut.
Mereka tidak mahu menyokong komunis dan kapitalis. Negara-negara tersebut
digelar Negara-negara dunia ketiga.
§ Persaingan antara dua kuasa bersa iatu rusia dan Amerika
syarikat dan kemerosotan ekonomi di eropah merupakan factor dominan berlakunya
Perang dingin.
Boleh bagi nota ringkas tak untuk ini
BalasPadamBoleh bagi nota ringkas tak untuk ini
BalasPadamterima kasih banyak banyakk :):)
BalasPadamboleh bagi kesan perang dunia ke 2 di jepun
BalasPadamSaya kongsi bahan cgu dengan pelajar saya. Terima kasih cgu mohammadia.
BalasPadamSama-sama. Semoga bermanfaat
BalasPadamterima kasih cikgu, saya kongsi
BalasPadamPeranan kmt
BalasPadamAmat membantu !
BalasPadam