PANDUAN MENJAWAB SEJARAH STPM 940 |
FORMAT ESEI SEJARAH
1.
Pendahuluan
- Ditulis dalam
satu perenggan awal
karangan.
- Jangan
campur dengan isi. Jika berlaku, calon akan kehilangan markah komunikasi
- Mesti padat dan ringkas dan sekurang-kurangnya (6-8 baris)
2.
Isi atau fakta
- Mempunyai isi yang mencukupi iaitu 4-5 isi (4-5 Perenggan)
- Setiap
perenggan mempunyai isi, huraian dan contoh (8-10 Baris)
- Perlu memahami soalan yang mempunyai DUA bahagian mengikut kehendak soalan
3.
Penutup
- Ditulis
dalam satu perenggan akhir. Rumusan kepada soalan dan mesti padat dan ringkas (6-8 Baris)
- Gunakan perkataan Kesimpulannya, Konklusinya dan akhirnya sebagai menunjukkan calon telah menutup esei
TEKNIK MENYUSUN FAKTA
1. Markah maksima bagi isi yang lengkap ialah 20 markah
2. Isi bergantung kepada pemberat tajuk dan bahagian
mengikut kehendak soalan
3. Susun dan letakkan isi mengikut kepentingan iaitu Politik, ekonomi dan Sosial (PES).
Isi penting diletakkan di bahagian atas dan sebaliknya. Calon perlu kemukakan
sekurang-kurangnya 4 atau 5
Isi (4-5 Perenggan) yang mengandungi isi,
huraian dan contoh.
4. Kembangkan isi dengan menggunakan kaedah 5W1H.
5. Gunakan Kaedah
Induktif dalam menulis esei iaitu Isi diletakkan di atas dan diikuti
huraian dan contoh.
6. Gunakan penanda wacana bagi menunjukkan saling pertautan
di antara perenggan. Contoh: Selain daripada itu, Justeru itu dll.
PANDUAN JAWAPAN YANG BAIK
1. Jawapan mengikut format yang telah ditetapkan iaitu
mempunyai Pendahuluan, Isi dan Penutup bagi setiap soalan.
2. Baca sekurang-kurangnya DUA kali dan fahami kehendak
soalan
3. Gariskan Jenis dan
kata kunci soalan pilihan yang hendak dijawab
4. Penggunaan perkataan dan ayat bagi menegaskan kehendak
soalan
5. Catatkan
isi penting terlebih dahulu bagi soalan yang hendak dijawab bagi mengelak
perulangan isi. Gunakan masa 2 – 5 minit untuk memilih dan merangka
isi. Kesemua soalan yang dipilih hendaklah dirangka terlebih dahulu bagi
memudahkan pelajar menjawab esei yang seterusnya.
6.
Jika berasa was-was baca soalan sekali lagi untuk
mengelak keluar tajuk
7. Jawapan yang ditulis mesti mempunyai kesinambungan antara
satu perenggan dengan perenggan yang lain. Gunakan penanda wacana seperti
seterusnya, selain itu, sebaliknya, justeru itu, akhirnya, kesimpulannya dll.
8. Anggaran panjang 2 muka surat (Tulisan
Biasa).
9. Gunakan masa 30 Minit untuk menjawab setiap satu soalan
10.
Elakkan daripada
·
Mengulang isi atau fakta
·
Isi yang bercampur aduk dalam satu perenggan
·
Tidak menulis Bahagian dan Nombor soalan pada kertas jawapan calon
·
Sedikit atau banyak perenggan lebih daripada 5
perenggan isi.
·
Tulisan buruk yang sukar dibaca
·
Menulis ruang garisan sebelah kanan kertas khusus untuk “Ruangan Pemeriksa”
JENIS-JENIS SOALAN
Aras Pengetahuan
1.
Takrifkan - definisi
2.
Bincangkan – aspek pro dan kontra, positif dan negatif
3.
Huraikan – aspek yang dinyatakan
4.
Perihalkan – memerihalkan tanpa sebab
5.
Galurkan – menghurai mengikut kronologi
6. Nyatakan – menyebutkan
Aras Kefahaman
7.
Jelaskan – aspek yang perlu dijelaskan
8. Terangkan – menerangkan tentang sesuatu perkara
Aras Penggunaan
9.
Tunjukkan – menunjukkan tentang sesuatu perkara
10. Dengan menggunakan .... jelaskan – menggunakan maklumat
dalam satu situasi bagi menerangkan satu situasi yang lain
11. Bagaimanakah – menjelaskan sebab bagi sesuatu fenomena
Aras Analisis
12. Analisiskan – memecahkan sesuatu kepada bahagian-bahagian
dan jelaskan bahagian itu
13.
Bezakan – menerangkan aspek perbezaaan sahaja
14.
Bandingkan – menerangkan aspek persamaan dan perbezaan
15. Mengapakah – mengenalpasti masalah secara khusus
Aras Sintesis
16. Kategorikan – menyusun sesuatu mengikut kelas berdasarkan
kriteria tertentu
17. Rumuskan – membuat kesimpulan dengan alasan-alasan daripada fakta / maklumat
Aras
Penilaian
18. Ulaskan – menghuraikan fakta dan menilai fakta tersebut
19. Sejauh manakah – menilai faktor yang dinyatakan dan
terdapat faktor lain selain yang dinyatakan
20. Adakah – menilai fakta untuk menjawab ya atau tidak /
kombinasi ya dan tidak
21. Nilaikan – menimbang sesuatu perkara berdasarkan kriteria
22.
Bincangkan – menyatakan pro/kontra
23. Yang manakah – menilai fakta-fakta untuk memilih yang
mana satu
TEKNIK PEMARKAHAN
1.
Pemeriksa membaca sepintas lalu bagi mendapatkan “Impresion”
2. Pemeriksa akan mendapatkan gambaran sama ada karangan
tersebut:
a)
Sangat Cemerlang (18-20 Markah)
b)
Cemerlang (14-17 Markah)
c)
Baik (10-13 Markah)
d)
Lemah (06-09 Markah)
e)
Amat Lemah (01-05 Markah)
3. Pemeriksa akan memeriksa dengan menggunakan simbol P, T dan K iaitu Pengetahuan 8M,
Taakulan 6M dan Komunikasi 6M.
4. Jumlah markah
setiap esei adalah 20 Markah
PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEMESTER 1: SEJARAH DUNIA 1500-1955 |
Contoh Soalan: Huraikan struktur masyarakat Feudal yang diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17.
KAEDAH MENGEMBANGKAN PENDAHULUAN
Fakta : Apa |
Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di
Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga
abad ke-14 M. Istilah feudal digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan
adat yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan
golongan atasan. |
|
Huraian : Kenapa dan Bagaimana
|
Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki yang terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan. Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di England terbahagi kepada dua golongan, iaitu Pemimpin dan yang dipimpin. |
|
Contoh : Siapa, Bila dan di mana |
Catatan sejarah
mengatakan bahawa feudalism yang terbentuk di Eropah Barat
seperti England dan Jerman bermula
selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke- 14 M. |
|
Penegasan Soalan |
Terdapat struktur masyarakat Feudal diamalkan di England pada abad ke-16 hingga ke-17 yang
terdiri daripada golongan pemerintah dan yang diperintah. |
|
KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH |
||
Fakta: Apa |
Raja mempunyai Kedudukan tertinggi dalam era pemerintahan Dinasti di England. Dinasti
Tudor (1485-1603) mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak tetapi masih
berpegang kepada tradisi politik England yang telah wujud sejak Zaman
Pertengahan. |
|
Huraian : Kenapa dan Bagaimana
|
Raja hanya bertanggungjawab dalam menjalankan pemerintahan kepada rakyat. Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan. Rakyat memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak sepenuhnya membelakangi parlimen. Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak Tuhan. |
|
Contoh : Siapa, Bila dan dimana |
Era pemerintahan Raja Henry VII (1485-1509) di England menduduki hierarki tertinggi dalam
masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap rakyat dan negara. Tindakan berikut
dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan pemerintahan beraja berkuasa
mutlak antaranya Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas
(livery) dan Pengekalan tentera persendirian. |
|
KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN
Fakta : Apa |
Kesimpulannya, Sistem masyarakat feudal di England terbahagi kepada 2 golongan
iaitu pemerintah dan yang diperintah. Golongan ini adalah terdiri daripada
raja dan bangsawan manakala golongan diperintah pula terdiri daripada
golongan knight dan rakyat biasa. |
Huraian : Fakta yang lebih dominan |
Struktur sosial di England adalah terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah ke atas golongan bawahan di England merupakan asas utama kewujudan struktur sosial di England. Kedudukan seseorang individu dalam sistem feudal adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki sosial yang tersusun. |
Penegasan : Futuristik atau sosial. |
Susun lapis masyarakat ini telah mengalami perubahan apabila masyarakat terlibat secara langsung dalam revolusi perindustrian yang berlaku di Britain. Keadaan ini telah membawa kepada kepesatan pembangunan dan pemodenan negara Britain menjelang abad ke-19 di Eropah |
PENGAGIHAN SOALAN SEJARAH DUNIA
Tema |
Bilangan
Soalan |
1 |
1/2 |
2 |
2/1 |
3 |
1 |
4 |
2 |
Jumlah |
6 |
Jumlah
Pelu dijawab |
4 |
* Calon perlu menjawab 4 soalan daripada 6 pilihan soalan
PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEMESTER 2: SEJARAH ISLAM 500-1918
Contoh Soalan : Bincangkan sistem agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam.
KAEDAH KEMBANGKAN PENDAHULUAN |
|
||
|
Fakta : Apa
|
Istilah
jahiliah berasal dari
perkataan Arab iaitu Jahala yang bererti bodoh, dungu atau jahil. Konsep jahiliah mengikut al-Quran ialah
masyarakat yang tidak mempunyai kitab suci dan nabi sebagai petunjuk. Masyarakat yang tidak tahu
membaca, menulis dan tidak mengesakan Allah Mengikut P.K Hitti, beliau telah
memberi pengertian bahawa masyarakat Arab Jahiliah adalah satu masyarakat
Arab yang telah mencapai tahap tamadun yang tinggi kecuali dari aspek sosial dan akhlak. Tidak bertamadun, tidak
berakhlak dan sombong |
|
|
Huraian : Kenapa dan Bagaimana |
Masyarakat ini merujuk
kepada satu masyarakat Arab yang hidup pada satu tahap antara tahun 300 Masihi
iaitu bermula ketika runtuhnya empangan Maarib dalam Kerajaan Sabak hingga turunnya wahyu pertama kepada Nabi
Muhammad s.a.w tahun 610 Masihi iaitu
turun ayat Al-Quran yang pertama kepada Rasulullah saw. Dalam tempoh 3 abad itu,
masyarakat arab jahiliah dikatakan mengalami keruntuhan akhlak, agama,
politik, ekonomi, sosial dan ilmu pengetahuan. |
|
|
Contoh : Siapa, Bila dan di mana |
Masyarakat Arab jahiliah mempunyai sistem kepercayaan dan agama yang tersendiri. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam seperti yang menetap di kota Syam, Makkah dan Yaman mengamalkan kepercayaan dan agama yang tersendiri. |
|
|
Penegasan Soalan |
Masyarakat
ini mengamalkan pelbagai agama dan kepercayaan yang bercorak politheisme. Agama-gama utama ialah seperti Wathani, Samawi, Nasrani, Hunafa dan Majusi
selain melakukan amalan-amalan jahiliah |
|
|
KAEDAH MENGEMBANGKAN
ISI, HURAIAN DAN CONTOH |
||
|
Fakta: Apa |
Salah satu sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliah ialah Agama Wathani iaitu amalan menyembah patung-patung berhala. |
|
|
Huraian : Kenapa dan Bagaimana
|
Agama Wathani merupakan agama dominan dan berpusat di Makkah. Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu, kayu dan galian yang mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Mereka memuja berhala kerana menganggap akan membawa manfaat seperti al-Wad melambangkan kekuatan kelelakian, al-Suwa lambang kecantikkan wanita dan al-Yaghuth melambangkan kekuatan dan keberanian. Mereka mencipta berhala-berhala daripada kayu-kayu dan batu dan diletakkan disekliling Kaabah. Masyarakat Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu dipertahankan. |
|
|
Contoh : Siapa, Bila dan dimana Penegasan Isi |
Patung-patung Berhala yang paling popular dan mendapat penghormatan di Kota Makkah adalah seperti Hubal, al-Uzza, al-Manat dan al-Latta. Mereka Menganggap berhala adalah tuhan dan menempatkan satu berhala di sekeliling kaabah. Jelasnya, agama Wathani mendominasi sistem kepercayaan dan agama dalam masyarakat arab Jahiliah kerana Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. |
|
KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN
Fakta : Apa |
Kesimpulannya, Masyarakat Arab hidup dalam keadaan kesesatan, kejahilan dan terpesong daripada akidah yang sebenar. Hal ini ditandai kemunduran yang dialami oleh masyarakat Arab sama ada dari segi sosial, politik, agama, ekonomi dan ilmu pengetahuan. |
Huraian : Fakta yang lebih dominan |
Sistem kepercayaan dan agama wathani merupakan agama yang dominan pada zaman kegelapan dalam masyarakat di Semenanjung Tanah Arab selain terdapat amalan-amalan jahiliah yang lain. |
Penegasan : Futuristik atau sosial. |
Bagaimanapun,
keadaan mereka mengalami perubahan yang besar setelah kedatangan Islam. Islam telah membawa kemajuan yang
sempurna dan menjadikan masyarakat Arab sebagai bangsa yang
bertamadun dengan kemunculan kerajaan-kerajaan Islam seperti Khualafa al-Rasyidin,
Kerajaan Umaiyah dan Kerajaan Abbasiyah. |
PENGAGIHAN
SOALAN SEJARAH
ISLAM
Tema |
Bilangan
Soalan |
1 |
2 |
2 |
2 |
3 |
2 |
Jumlah |
6 |
Jumlah
Pelu dijawab |
3 |
* Calon perlu menjawab 3 soalan daripada 6 pilihan soalan
PANDUAN MENJAWAB SEJARAH SEM 3: SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGARA 1800-2000
Contoh Soalan: Jelaskan Peranan Raja dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
KAEDAH KEMBANGKAN PENDAHULUAN
KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI, HURAIAN DAN CONTOH
|
KAEDAH MENGEMBANGKAN KESIMPULAN
Fakta Apa |
Kesimpulannya, Sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. |
HuraianFakta yang lebih dominan |
Peranan sebagai ketua kerajaan merupakan aspek yang utama dalam
pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri melayu. Sultan adalah berkuasa
mutlak dalam menentukan dan melaksanakan dasar-dasar turut dibantu oleh para
pembesar negeri. |
Penegasan kesimpulan Futuristik atau sosial. |
Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris. |
PENGAGIHAN SOALAN
Bahagian A: Sejarah
Malaysia Asia Bahagian
B: Sejarah Asia Tenggara
Tema |
Bilangan Soalan |
|
Tema |
Bilangan Soalan |
1 |
1 |
|
1 |
1 |
2 atau 3 |
1 |
|
2 atau 3 |
1 |
4 |
1 |
|
4 |
1 |
Jumlah |
3 |
|
Jumlah |
3 |
* Calon perlu
menjawab 4 soalan. 2 soalan daripada setiap Bahagian A dan B
ELEMEN-ELEMEN DALAM POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL
Jawapan Calon
Perlu merangkumi PES iaitu Politik, Ekonomi dan Sosial. (terutamanya
bagi soalan-soalan
seperti: faktor-faktor,
kesan-kesan, ciri-ciri, peranan, sumbangan, tujuan, kepentingan, perubahan-perubahan, pengaruh, hikmah, langkah-langkah,
perbandingan, persamaan, perbezaan, kemajuan, pembangunan, perkembangan, perlaksanaan). Elemen-elemen utama utama
dalam Politik, Ekonomi dan Sosial.
ELEMEN-ELEMEN DALAM POLITIK
1. Peranan
raja dan maharaja, Putera raja dan kerabat diraja
2. Peranan
Pembesar atau Bangsawan, Penasihat Raja, Presiden @Perdana Menteri, Menteri Kabinet,
Senat
3. Sistem Pemerintahan Beraja atau monarki, Feudal, Empayar, Negara Kota, Negara Bangsa, republik, demokrasi, Sosialis
4. Dasar dan polisi kerajaan, pemerintahan atau pemimpin dan
kerajaan
5. Peranan
dan sumbangan pemerintahan, Pemerintah, tokoh atau Pemimpin
6. Struktur pemerintahan, Pentadbiran
sistematik, jabatan-jabatan Kerajaan
7. Bidang perundangan dan kehakiman, Piagam atau
perlembagaan, Parlimen, Undang-undang dan akta-akta
8. Kekuasaan dan pengaruh,
9. Reformasi dan transformasi pemerintahan
10. Peranan parti politik, pertubuhan kebangsaan
11. Penaklukan dan penjajahan, Peranan Perang
12. Wilayah dan tanah
jajahan, pentadbiran wilayah, Aspek
kedaulatan
13. Penguasaan
dan
perubahan politik
14. Hubungan
diplomatik, Diplomasi kerajaan dan
Perjanjian antara kerajaan
15. Aspek ketenteraan, taktik dan strategi, risikan, isu
senjata dan teknologi ketenteraan
16. Aspek Keselamatan, keamanan dan Kemerdekaan
17. Semangat nasionalisme, sentimen kenegaraan, penyatuan
bangsa dan negara
18. Institusi kerajaan seperti Jabatan-jabatan kerajaan
19. Pengaruh luar negara, persaingan kuasa dan negara,
pertubuhan politik antarabangsa
20. Peranan Budaya politik seperti kestabilan politik, blok
politik
ELEMEN-ELEMEN DALAM EKONOMI
1. Sistem ekonomi tradisional, komersial, feudal, merkantilisme, sistem
barter, laissez faire, Islamik, monopoli dan monopsoni
2. Kegiatan ekonomi perdagangan, memungut
hasil hutan, sara diri, pertanian, penternakan, perikanan, perlombongan, pertukangan, perindustrian,
kewangan dan perbankan
3. Peranan pemerintah, tokoh-tokoh ekonomi
4. Percukaian,
tarif, import dan eksport
5. Aspek modal dan kewangan
6. Kekayaan bahan mentah, hasil bumi, sumber-sumber ekonomi
7. Sistem pengairan, kesuburan tanah
8. Kemudahan Infrastruktur gudang, pengumpulan, Pelabuhan
9. Perhubungan dan pengangkutan, laluan perjalanan dan perdagangan
10. Kemajuan sains dan teknologi, kaedah-kaedah teknologi
baharu, ciptaan-ciptaan baharu
11. Pengurusan
perniagaan dan perdagangan
12. Peranan
dan sumbangan pedagang, Kesatuan Dagang
13. Semangat keusahawanan, kemunculan pengusaha industri
14. Kedudukan
strategik, laluan
perdagangan
15. Sistem
mata wang dan penggunaannya
16. Penghasilan
barangan dan perkhidmatan
17. Pentadbiran
perniagaan dan perdagangan
18. Aspek Undang-undang ekonomi
19. Aspek Sumber manusia, Pengkhususan kerja
20. Kebajikan pekerja, kesatuan sekerja
ELEMEN-ELEMEN DALAM SOSIAL
1. Organisasi sosial, struktur
sosial dan susun lapis
masyarakat
2. Hubungan Sosial, golongan masyarakat dan status sosial
3. Peraturan-peraturan dan norma-norma sosial
4. Mobiliti sosial, Migrasi sosial, perubahan status,
kemunculan kelas sosial
5. Sistem sosial seperti perhambaan, kedudukan masyarakat,
kedudukan gender, perubahan sosial
6. Petempatan
kekal, perbandaran dan urbanisasi
7. Institusi Kebangsaan dari aspek bahasa, budaya,
perayaan, sukan
8. Aspek Kepercayaan dan keagamaan,
Doktrin
9. Pendidikan seperti Sistem pendidikan, Dasar dan Institusi Pendidikan
10. Peranan tokoh-tokoh pendidikan, pemimpin masyarakat
11. Kemajuan
dan Pembangunan sosial, pemulihan sosial
12. Peranan ilmu dan Intelektual seperti Falsafah,
Undang-undang, perubatan, seni
bina, seni muzik, kesusasteraan,
botani
13. Kemajuan Pemikiran, idea dan aliran, Idea-idea
dan pemikiran agung
14. Peranan tokoh, sarjana, ahli-ahli ilmuan dan Intelektual
15. Golongan Etnik dan hubungan antara etnik, kebebasan
rakyat
16. Sentimen bangsa dan perpaduan rakyat
17. Bahasa dan kesusasteraan, Karya-karya agung
18. Kebudayaan seperti Gaya Hidup,
Nilai-nilai, norma-norma
sosial
19. Kesenian seperti Seni bina, seni muzik, seni tari, khat
dan kaligrafi
20. Peranan kewartawanan, akhbar-akhbar, penulisan buku-buku
Thanks for sharing!!
BalasPadamAmat berguna sbg panduan.Terima kasih!!
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTeruskan memberi ilmu pengetahuan(well done!)
BalasPadam👍👍👍
BalasPadamTerima kasih cikgu...perkongsian ilmu yang hebat!
BalasPadamTerima kasih untuk panduan sej ni.
BalasPadamTerima kasih untuk panduan sej ni.
BalasPadamTerima kasih untuk info yang sangat berguna👍
BalasPadamira,,belajar la bersungguh sungguh!
BalasPadamhudamir,belajarlah
BalasPadamgudluck ratu guzali :)
BalasPadamgoodluck juga nabila huda amir,semoga berguna ilmu yang diberikan di blog ini.
PadamBoleh saya tahu sama ada menjawab sejarah di tingkatan 6 mempunyai had perkataan bagi satu esei?
BalasPadamRasanya tiada had perkataan. Calon hanya ada purata 30 minit untuk menjawab setiap satu soalan. Jika calon mengambil masa yg terlalu panjang untuk menjawab satu soalan shj, maka sudah tentu ia akan menjejaskan soalan yg lain krn masa akan menjadi tidak mencukupi utk calon menulis jawapannya.
PadamBetul.. terima kasih 👍😁
PadamPray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��
BalasPadamGood luck..
PadamPray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��
BalasPadamPray for my stpm this year. Especially sejarah.. ��
BalasPadamBoleh tak saya Tanya Satu soalan?
BalasPadamCikgu, kalau saya lupa tulis nombor soalan ,adakah markah esei saya akan ditolak?
BalasPadamMarkah esei tidak akan ditolak tetapi akan menyukarkan pemeriksa mencari soalan dan skema jawapan berdasarkan esei kamu. Sebaik2nya jangan lupa. 😁
Padamsaya rasa tak kot...tulis no.tuh nk memudahkan pemeriksa...doa yg baik2 ja
BalasPadamAssalamualaikum cikgu,penanda wacana nk kena letak ke stiap kali kita nk huraikan tu.....
BalasPadamSebaik2nya perlu ada dan letakkan penanda wacana bagi menunjukkan kesinambungan dan pertautan antara perenggan isi kamu. Penanda wacana mempunyai markah dalam aspek komunikasi
Padamsngat bermanfaat
BalasPadamTerima kasihhhhh
BalasPadamAde teknik yang lebih sostematik,,,mudah difhami dan padat
BalasPadamTerima Kasih sangat membantu
BalasPadamSama2.. semoga bermanfaat
Padamterima kasih. stpm 2020 (u1) hehe.
BalasPadamSemoga bermanfaat dan mendapat result cemerlang dalam U1 kamu..
PadamCgu bule share pasal jawab sem 2 pula utk pendahuluan klw soalan minta reaksi
BalasPadamJika soalan ttg reaksi masyarakat.. pendahuluan mesti menerangkan ttg latar belakang dan perkembangan reaksi masyarakat tersebut. Perkara2 yg perlu ada mesti merangkumi 5W dan 1H. What, why, who, when dan where serta how reaksi itu belaku. Dlm sukatan sej sem 2, reaksi masyarakat adalah di Mesir dan Algeria abad ke-19 hingga 1918 iaitu awal abad ke-20. Harap menjawab
Padammntp
BalasPadamThis is very useful
BalasPadamCg, boleh sy Tanya? Kenapa di bahagian format esei sejarah di atas mengatakan bahawa dalam pendahuluan tidak boleh letak isi sedangkan dalam contoh sem 2 di atas pendahuluannya mempunyai isi (agama Wathani) di penegasannya. Boleh cg terangkan?
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam