4.4.1 : Penglibatan Dalam Organisasi Antarabangsa
§ Filipina telah menganggotai PBB
sejak tahun 1946. Melalui PBB Filipina
memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan industri
dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula Antarabangsa
dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
§ PBB memberi penghormatan pada
Filipina sebagai sebuah negara yang aktif di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
a)
Filipina
menyertai PBB tahun 1946. Melalui PBB
Filipina memperolehi banyak faedah seperti Program Teknikal dalam pembangunan
industri dan pengeluaran makanan, mengambil bahagian dalam Perjanjian Gula
Antarabangsa dan Perjanjian Gandum Antarabangsa.
b)
Filipina
berjuang dalam PBB untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat di dunia
dan hantar tentera pengaman PBB seramai 6,000 orang dalam krisis Perang Korea.
c)
Filipina berjaya
mempengerusikan Kajian 2010 “Non-Proliferation Treaty” (NPT) bertujuan mencegah
penularan senjata nuklear dan teknologi senjata, menggalakkan kerjasama dalam
penggunaan tenaga nuklear secara aman.
d)
Terlibat dalam
forum serantau dan antarabangsa seperti “Asia Pacific Ekonomic Cooperation”
(APEC), “World Trade Nations Conference on Trade dan Development” (UNCTAD) dan
lain-lain
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
a)
Pertubuhan
Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) dibentuk bulan Sep. 1954. Filipina merupakan salah sebuah negara penaja
utama penubuhannya. Penglibatannya disebabkan oleh hubungan yang rapat dengan
Amerika Syarikat dan perasaan bimbang terhadap perkembangan ideologi komunis di
Filipina.
b)
Pembentukan
SEATO merupakan tindak balas daripada permintaan bahawa kawasan Asia Tenggara
akan dilindungi daripada pengaruh komunis.
c)
Penglibatan
Filipina dalam SEATO telah membawa manfaat dari segi ekonomi dan pembangunan
sosial. Contohnya projek latihan pekerja mahir.
Namun penglibatan Filipina dalam SEATO agak terhad kerana SEATO tidak
memainkan peranan seperti yang ditetapkan sehingga SEATO gagal dan tidak
berfungsi.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
a)
Filipina menyertai Pertubuhan Asia Tenggara bersama-sama Thailand
dan Tanah Melayu pada tahun 1962. Gabungan ketiga-tiga buah negara ini di
namakan sebagai MAPHILINDO.
b)
ASEAN merupakan jalinan hubungan dan kerjasama serantau melalui
Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Dalam Deklarasi Kuala Lumpur,
ASEAN diisytiharkan sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan politik di rantau ini dengan tidak bersekongkol dengan mana-mana
blok.
c)
Filipina mencadangkan dalam Mesyuarat Menteri Luar ASEAN 1984
bahawa ASEAN sebagai kawasan Zon Bebas Senjata Nuklear dan bekerjasama dengan
negara-negara lain mewujudkan kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
d)
Filipina melibatkan diri dalam pelbagai projek ASEAN seperti
projek Fabrikasi Tembaga dan sebagainya.
Kesimpulan
§ Filipina telah memberikan
sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.
§ Satu penyelesaian yang konkrit
dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama
Soalan 161: Huraikan Penglibatan Thailand Dalam pertubuhan dan Organisasi Antarabangsa
Pendahuluan
§ Thailand telah menganggotai PBB
sejak tahun 1946
§ PBB member penghormatan pada
Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations).
Thailand merupakan anggota PBB ke-55 pada Disember 1946. Thailand juga memberi bantuan kepada PBB dalam Perang Korea.
Thailand terlibat secara aktif dalam majlis PBB seperti Majlis Keselamatan dan Majlis Ekonomi.
Bekerjasama menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO, FAO, ITU, dan ILO. Bangkok sering dijadikan tempat perbincangan dan sebagai ibu pejabat agensi PBB.
Thailand juga mendapat manfaat daripada Rancangan Colombo dengan menerima bantuan kewangan untuk memajukan bidang pertanian, industri dan kesihatan.
§ Tahun 1956 hingga 1957, Putera
Wan Waithayakorn dilantik sebagai Presiden Persidangan Perhimpunan Agung ke-11
PBB.
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
Tahun 1957, Nai Pote Sarasin bekas Menteri Luar Thailand dilantik sebagai Setiausaha Agung PBB.
South East Asia Treaty Organisation (SEATO).
§ Thailand menganggotai SEATO dan
Bangkok sebagai ibu pejabat. Nai Pote
Sarasin menjadi Setiausaha Agung SEATO yang pertama. Penglibatan bertujuan melindungi wilayah yang
bersempadan dengan kawasan bergolak di Indo- China serta bimbang terhadap
perluasan pengaruh komunis di Thailand.
§ Thailand mendapat banyak
kemudahan melalui SEATO ini seperti bantuan kewangan dan ketenteraan. Contohnya bantuan kewangan sebanyak AS24 juta
tahun 1957. Thailand juga membenarkan
Amerika Syarikat menggunakan pengkalan tentera udaranya untuk memerangi komunis
di Indo-China.
§ SEATO merupakan satu pakatan
kententeraan yang diketuai oleh Amerika Syarikat melalui latihan kerjasama
ketenteraan.
§ Thailand juga melalui SEATO telah
menaja pelbagai mesyuarat dan pameran mengenai budaya, agama dan sejarah di
rantau Asia Tenggara.
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
Association of South East Asian Nation (ASEAN)
§ Deklarasi Bangkok yang
ditandatangani oleh menteri luar negara terbabit pada 8 Ogos 1967 telah membawa
kepada penubuhan ASEAN. Anggota asalnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia
dan Singapura. Kemudiannya diikuti oleh
Brunei (7 Januari 1974), Vietnam (18 Julai 1995), Myanmar dan Laos (23 Julai
1997) dan Timur Leste.
§ Matlamat utama ASEAN adalah untuk
mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan mewujudkan kerjasama
dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Thailand bekerjasama dengan negara-negara
ASEAN dalam mewujudkan konsep ZOPFAN.
§ Menerusi ASEAN, Thailand berusaha
untuk mendapatkan sokongan PBB menghapus konflik di Kampuchea.
§ Thailand menyokong usaha
melaksanakan AEC sebagai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
§ Thailand menjadi tuan rumah Forum
Kawasan ASEAN di Bangkok 1994 berkaitan keselamatan kawasan ASEAN.
§ Perjanjian Zon Bebas Senjata
Nuklear di Bangkok 1995 membuktikan tanggungjawab ASEAN untuk menjaga
keselamatan negara ASEAN. Thailand juga
menghulur bantuan kepada Kampuchea untuk memajukan infrastrukturnya.
§ Thailand juga melibatkan diri
dalam kerjasama dengan ASEAN, China, Jepun dan Korea dalam konsep ASEAN+3.
Kesimpulan
Kesimpulan
§ Thailand telah memberikan
sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini. Satu
penyelesaian yang konkrit dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama
menyelesaikan krisis sempadan dan kepentingan bersama
Soalan 162: Jelaskan penglibatan Thailand dalam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa pada abad ke-20.
Pendahuluan
§
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
Thailand telah menganggotai PBB sejak tahun 1946
§ PBB member penghormatan pada
Thailand sebagai pejabat PBB di Asia Tenggara
Isi-isi Penting:
1.
Sering terlibat sebagai tentera
pengamanan PBB
§ menamatkan konflik di Korea.
Thailand menjadi peserta aktif dalam pelbagai bidang kerjasama antarabangsa
seperti pertubuhan antarabangsa dan agensi khusus PBB serta terkenal dengan
sumbangan positif kepada kemajuan dan pembangunan PBB.
§ Thailand Juga menganggotai pertubuhan lain seperti
Suruhanjaya Perhutanan Asia-Pasifik, Majlis Perikanan Indo-Pasifik dan
Suruhanjaya Beras Antarabangsa
2.
Tuan rumah kepada pejabat
serantau agensi khusus PBB.
§ Bangkok telah lama menjadi ibu
pejabat bagi Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB bagi Asia Pasifik (ESCAP). Sebagai
pengiktirafan kepada peranan aktif Thailand dalam PBB, bekas menteri luar
Thailand, iaitu Waithayakorn telah dipilih untuk berkhidmat sebagai Presiden
Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1956.
§ Pada 22 Oktober 1984, Thailand
telah dipilih untuk berkhidmat sebagai anggota bukan tetap Majlis Keselamatan
PBB dari tahun 1985 – 1986 buat kali pertama. Pada tahun yang sama juga ,
Thailand mencadangkan penciptaan sebuah ‘sistem amaran awal’untuk PBB dalam
Perhimpunan Agung
3.
Sumbangan kewangan ke arah
operasi pengaman PBB di seluruh dunia
§ Thailand sentiasa bersedia untuk
memberi perkhidmatan kepada PBB. Thailand mengambil bahagian dalam Kumpulan
Amerika Bangsa-bangsa Bantuan.
§ Contohnya, bantuan pengamanan Peralihan
(UNTAC) di Namibia, menyediakan pegawai tentera Thailand untuk berkhidmat di
Iraq-Kuwait, menjadi pemerhati misi (UNIKOM) dan berkhidmat sebagai ahli Pengawal PBB di
Iraq.
4.
Sumbangan penyelesaian politik melalui
resolusi Perhimpunan Agung
§ Isu Kemboja melalui resolusi
Perhimpunan Agung dengan cadangan agar permusuhan dihentikan, menyekat
kemasukan tentera asing dan member hak kebebasan kepada rakyat Kemboja untuk
menentukan nasibmereka sendiri. Resolusi ini menerima sokongan pada daripada ahli
Perhimpunan Agung selama lebih 112 tahun berturut-turut.
§ Sokongan ini menjadi satu faktor
penting dalam mewujudkan insentif yang kuat bagi pengunduran tentera asing dari
Kemboja yang bermula pada tahun 1989.
5.
Menjadi Tuan rumah dalam dua
mesyuarat di Pattaya
§ Wakil pihak Kemboja yang hadir
dan bersetuju dengan beberapa elemen asas bagi penyelesaian politik menyeluruh
yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Damai Paris pada 23 Oktober 1991.
§ Pada bulan Mei 1993, 27 orang
pegawai Thailand telah dipilih unuk bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya
Antarabangsa bagi membantu PPP mengendali dan mentadbir pilihan raya di Kemboja
Kesimpulan
§ Thailand telah memberikan
sumbangan yang aktif kepada PBB sepanjang penglibatannya sehingga kini.
§ Satu penyelesaian yang konkrit
dan bersama perlu dalam kalangan anggota PBB terutama menyelesaikan krisis
sempadan dan kepentingan bersama
terima kasih cikgu atas perkongsian nota berharga ini.. ^^, semoga murah rezeki cikgu...in shaa Allah
BalasPadamcikgu tolong upload peranan Filipina dalam PBB
BalasPadamBukan 112 tahun tu. 12 tahun je
BalasPadamTerima kasih ckgu, sngsdt bermanfaat buat kami smua
BalasPadamcikgu kurang isilah untuk ASEAN..boleh bagi lagi
BalasPadamMuzafar kuti sayang abg
BalasPadamNILAIKAN DASAR LUAR THAILAND DARI TAHUN 1945 HINGGA TAHUN 1963 .....CG KALAU SOALAN YG INI BOLEHKA BAGI JWPN SAMA DENGAN JWAPAN SOALAN 161 DI ATAS??
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamsoalan 160.. bahagian ASEAN... MAPHILINDO bukan kah gabungan indonesia, malaysia and filipina? why thailand..
BalasPadamterima kasih cikgu
BalasPadamMemang terbaiikkkkkkk
BalasPadamTerima kasih sangat membantu
BalasPadam