2.2 Penentangan terhadap
kuasa asing
Soalan 35: Nilaikan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kedah terhadap Siam pada
1821-1842.
Pendahuluan
§ Pada abad
ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing
di negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak. Penentangan yang berlaku sepanjang
abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk bantahan terhadap penguasaan
kuasa asing disebabkan kehiangan kuasa pentadbiran dan politik serta ancaman
terhadap ajaran Islam dan adat istiadat tempatan.
Isi-isi Penting:
Penentangan
§ Hubungan
diplomatik Siam-Kedah dalam konteks tradisional memang lama wujud. Ini terbukti
dengan penghantaran bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali.
§ Kedah
dibawah pimpinan Sultan Ahmad Tajuddin menentang penjajahan Siam ini dengan
hebat. Perang pembebasan Kedah ini juga melibatkan Tunku Abdullah, Tunku Kudin,
Tunku Long, dan Tunku Muhammad Saad. Perjuangan mereka turut disokong oleh
rakyat seperti Tok Mo Ris dan pemimpin agama seperti Syeikh Abdul Kadir. Terdapat
dua bentuk penentangan iaitu perang gerila dan perang terbuka.
Sebab-Sebab Penentangan
1.
Hubungan
Siam-Kedah
§ Bagi Kedah
pula, penghantaran bunga emas dan Perak ke Siam bersifat sosial dan tidak ada
natijah politik. Ini bermakna Kedah dan Siam mempunyai pandangan yang berbeza
tentang status masing-masing. Siam memaksa Kedah menghantar bunga emas dan
perak tiga tahun sekali. Selain itu, Kedah dikehendaki memberi khidmat tenaga
buruh dan askar, serta membekalkan makanan dan senjata.
§ Siam juga
mengarahkan Kedah (di bawah Sultan Ahmad Tajuddin) menghantar bantuan tentera
menentang Burma pada tahun 1811. Seterusnya, pada tahun 1813, Kedah diarah
menyerang Perak dan sekali lagi pada tahun 1818. Ini berikutan keengganan Perak
menghantar ufti ke Bangkok. Pada tahun 1818, Kedah diarah menyediakan 2500
orang askar untuk menawan Tonkah dan Burma.
2.
Hubungan
Siam-Burma
§ Pada abad
ke-18 dan awal abad ke-19, Kedah tersepi antara kuasa Siam dan Burma. Kedua-dua
kuasa ini cuba menguasai negeri-negeri Melayu Utara disebabkan persaingan
politik dan tujuan sosioekonomi seperti tenaga manusia dan sumber.
§ Kedah
terpaksa mengahadapi kedua-dua kuasa tersebut dengan mengamalkan dasar
suai-faedah, iaitu dasar diplomasi yang memihak kepada kuasa yang lebih kuat
dalam sesuatu masa. Dalam keadaan yang tidak pasti sama ada Siam atau Burma
akan menang, Kedah terpaksa mengakui pertuanan kedua-dua kuasa tersebut.
3.
Perselisiahan
dalam negeri Kedah
§ Sultan Ahmad
Tajuddin menghadapi cabaran daripada saudaranya, Tunku Daud, Tunku Bisnu, Tunku
Ibrahim, dan Tunku Yaakop. Tunku Daud dan Tunku Ibrahim telah mencetuskan
pemberontakan bersenjatatetapi Berjaya dipatahakan.
§ Tunku Bisnu
dan Tunku Yaakop telah mempengaruhi kerajaan Siam dengan bersubahat dengan
Gabenor Singgora dan Ligor. Pihak Siam bimbang Sultan Ahmad Tajuddin akan
membuat hubungan sulit dengan Burma.
4.
Hubungan
Sultan Ahmad Tajuddin dengan Gabenor Ligor
§ Sultan Ahmad
Tajuddin juga menghadapi saingan daripada Gabenor Ligor, iaitu Nakhon Sri
Thammarat kerana beliau cemburu dengan kejayaan baginda yang dianugerahi
pangkat Chao Phaya oleh istana Bangkok.
§ Pada 12
November 1821, Siam, menghantar angkatannya
ke Kuala Kedah. Askar-askar Siam melakukan keganasan dengan menembak
rumah-rumah di tebing sungai, menangkap orang lelaki dan menyeksa mereka hingga
mati. Mereka juga merampas barang-barang dan membawa tawanan perang balik ke
Siam sebagai hamba. Gabenor Ligor menegakkan kekuasaanya di Kedah. Beliau
meletakkan anaknya, Phra Pakdi Borirak (Saeng) sebagai Gabenor dan seorang lagi
anaknya, Nai Nut sebagai Naib Gabenor.
5.
Faktor Agama
§ Orang Siam
beragama Buddha Theravada dan orang Melayu beragama Islam. Golongan agama di
Kedah menggunakan pelbagai cara untuk menaikkan semangat menentang Siam seperti
syarahan agama, Khutbah Jumaat dan Kelas Agama.
§ Penentangan
terhadap Siam juga digerakkan melalui semangat jihad. Pejuang-pejuang Kedah
diberikan semangat mati syahid.
Penutup
§ Pada tahun
1823, Tunku Abdullah memimpin seramai 3000 orang tentera untuk membebaskan
Kedah daripada Siam melalui Seberang Perai. Namun, perjuangan ini gagal kerana
Siam mendapat bantuan British. Tunku Kudin berjaya menawan semula Kuala Kedah
dari Melaka pada tahun 1831. Sekali lagi, perjuangan tentera Melayu dicabar
oleh Siam yang mendapat bantuan British. Sultan Ahmad Tajuddin merancang
menyerang Siam melalui Bruas pada tahun 1836. Malangnya, rancangan tersebut
gagal kerana penglibatan British Sultan Ahmad Tajuddin ditangkap.
§ Perang
pembebasan Kedah diteruskan oleh Tunku Muhammad Saad pada tahun 1838. Tentera
Kedah berjaya menawan semula Selatan Kedah, Kota Kuala Kedah sehingga mara ke
Songkla. Namun, Siam berjaya menguasai semula Kedah dengan bantuan British.
Soalan 36: Nilaikan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di Naning pada tahun 1831-1832
Pendahuluan
§ Naning ialah
sebuah kawasan penempatan minangkabau yang terletak antara negeri Sembilan
dengan Melak. Dol Said atau nama sebenarnya Abdul Said berasal daripada
keturunan suku seri meleggang.Beliau telah dilantik menjadi penghulu yang baru
selepas Dato’Anjak, Penghulu Naning meninggal dunia. Pada tahun 1831,penduduk
Naning di bawah pimpinan Dol Said telah bangun menentang british.
§ Penentangan
mereka ini adalah untuk mengekalkan adat dan cara hidup tempatan .Mereka juga
menentang perturan dan undang-undang british yang cuba dipaksa ke atas mereka.Perjuangan
Dol Said selama 2 tahun ini lebih berbentuk perang gerila.Namun penentangan
mereka ini gagal. Dol Said terpaksa berundur ke Seri Menanti dan akhir nya
menyerah kalah diri kepada british . Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka.
Isi-isi penting
Aspek Politik
1. British mencabar kedaulatan Naning
§ Selepas
perjanjian surat-surat kew, British menduduki Melaka antara tahun 1795-1818. Kolonel
Taylor yang menjadi pemerintah british di Melaka telah melawat Naning pada
tahun 1801. Taylor telah menadatangani perjanjian dengan Naning. Naning
bersetuju akan taat setia dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) . Naning juga bersetuju
membayar hasil padi empat ratus gantang setahun.
§ Semasa
Robert Farquhar menjadi residen Melaka, beliau
berusaha untuk memperkukuhkan pengaruh british di Naning. Beliau telah
menamatkan kutipan cukai 45 1/2sen ke atas setiap perahu Naning yang dating ke
Melaka. Beliau juga menghapuskan ufti tahunan beberapa ekor kerbau yang di
hantar ke Melaka. Robert Farquhar ingin pihak berkuasa Naning menyerahkan hak
membicara dan menjatuhi hukuman di serahkan kepada pihak berkuasa Melaka
. Secara implisit, Farquhar ingi mengukuhkan kuasa british ke atas Naning. Perkara
ini di tentang oleh penguhulu Dol Said
kerana hak mengadili kes jenayah merupakan hak tradisi tempatan.
§ Bagi
penghulu Dol Said dan pembesar Naning yang lain, tanggapan british tidak
berasas, bagi mereka Melaka tetap merdeka sejak zaman Belanda lagi, Naning
bebas melaksanakan undang-undang adat dan agama mereka sendiri
2. Pelaksanaan undang-undang british.
§ British cuba
menyekat pengaruh dan kuasa Penghulu Dol Said dengan memperkenalkan
peraturan penghulu. Peraturan penghulu
ialah menetapkan bahawa penghulu Naning tidak boleh membicarakan kes-kes
jenayah atau awam yang berat.Tindakan british ini jelas bercanggah dengan adat
tradisi tempatan Naning.
§ Pada tahun
1828, Dol Said telah membicarakan satu kes pembunuhan di Naning. pihak british
berasa marah kerana menggikut peraturan penghulu,kes tersebut sepatutunya di bawah
ke mahkamah Melaka. Penghulu Dol Said didakwa telah melanggar undang-undang
british. Penghulu Dol Said dianggap sebagai ancaman besar kepada kewibawaan
british.Beliau diugut akan di lucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi
undang-undang British.
Ekonomi
1. Pelaksanaan cukai
§ Gerakan
anti-cukai merupakan satu isu penting dalam perang Naning. British memaksa
Naning membayar hasil satu persepuluh kepada Melaka. Pada tahun 1828, pemungut
Hasil Tanah Melaka,iaitu W.T Lewis telah mencadangkan kepada Robert Fullerton
supaya mengutip hasil padi satu persepuluh daripada Naning
§ Beliau
membuat bancian dan mendapati hasil daerah Naning berjumlah 4 500 dolar setahun.
Penghulu Dol Said hanya sanggup membayar seribu enam ratus gantang padi sebagai
balasan SHTI tidak campur tangan dalam hal ehwal Naning.
2. Sistem pemilikan tanah.
§ British
ingin melaksanakan system pemilikan tanah untuk memudahkan pengutipan cukai. Undang-undang
british berbeza dengan amalan tempatan. Terdapat tanah adat dan tanah pusaka
yang ditadbir secara adat perpatih di Naning.
§ Peraturan 19
tahun 1830 diluluskan berkaitan soal tanah. undang-undang ini memperuntukkan
kuasa kepada British untuk mengutip cukai satu persepuluh dari hasil pertanian.
SHTI juga berhak terhadap semua tanah kosong, tanah-tanah yang tidak diusahakan
selama lima tahun akan menjadi milik kerajaan. Peraturan 19 tahun 1830 ditentang hebat oleh
penduduk Naning sehingga mencetuskan perang Naning.
Penutup
§ Kebangkitan
Dol Said bermula apabila satu peperangan antara orang melayu Naning dan tentera
british meletus pada tahun 1831-1832.Sebelum itu Dol Said telah di beri amaran
oleh british di Melaka bahawa beliau akn di pecat daripada jawatan
penghulu dan digantikan dengan orang
lain.
§ Penentangan
di Naning adalah untuk mempertahankan adat dan cara hidup tempatan penduduk
Naning.peduduk Naning yang di pimpin oleh Dol Said tidak dapat menerima
undang-undang dan peraturan british.
Soalan 37. Bincangkan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri perak pada tahun
1874-1875.
Pendahuluan
§ Sultan Abdullah
merupakan sultan perak yang bersetuju dengan penempatan seorang Residen British
yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan
agama dan adat istiadat Melayu.
§ Di Perak, penguasaan
British yang didalangi oleh J.J.W Birch ditentang oleh orang tempatan dan
penentangan ini berlaku secara bersama oleh pembesar dan sultan. Pada 4
November 1874, J.J.W Birch merupakan Residen British yang pertama bertugas di
Perak dan beliau dibunuh pada 2 November 1875 dalam satu peristiwa yang
dikenali sebagai Perang Perak.
Isi-isi penting
Sebab penentangan.
1.
Campur
tangan dalam adat resam tempatan (percanggan makna adat)
§ Mengikut
Perjanjian Pangkor, Residen British tidak boleh menyentuh agama dan adat resam
orang Melayu tetapi segala urusan pentadbiran am negeri dijalankan berdasarkan
nasihat British.
§ Bagi orang
Melayu, adat merangkumi segala cara hidup yang meliputi aspek politik,
perdagangan, ekonomi dan kebudayaan. Bagi orang Melayu juga, unsur keagamaan
dan kenegaraan ini tidak boleh diasingkan.
2.
Sistem
pewarisan takhta
§ British
telah campur tangan dalam sistem pengganti sultan. Tindakan tersebut telah
mencabar strukur negeri-negeri Melayu tradisional apabila Sir Andrew Clarke
melanti Raja Abdullah sebagai sultan.
§ Tindakan ini
juga, bercanggah dengan adat tradisi sistem pewarisan kerajaan Perak. Pelantikkan
Raja Abdullah oleh British ini boleh dipesoalkan kerana beliau dilantik dtidak
disokong dengan alat kebesaran Perak seperti Sultan Ismail.
3.
Pemungutan
cukai
§ Pembesar
Perak dan Sultan Abdullah menentang hebat cadangan J.W.W. Brich mewujudkan
sebuah khazanah pusat yang akan dikelolakan oleh seorang Residen untuk
menguruskan pembayaran gaji. Mengikut adat Melayu, pembesar dan sultan behak ke
atas pungutan cukai di daerah mereka. Hasil cukai tesebut merupakan sumber
pendapatan dan sumbe unutk menanggung anak buah mereka.
§ J.W.W. Birch
telah menghapuskan peraturan masyrakat Melayu dan sekali lagi campur tangan
dalam adat istiada Melayu dengan penghapusan hak pungutan cukai.
4.
Amalan
perhambaan
§ Birch juga
secara terbuka menentang adat hamba hutang malah sanggup memberi pelindungan
kepada hamba abdi yang lari dan berlindung di kediamaannya. Dalam perjanjian
Pangkor, tidak disebutkan tentang amalan perhambahan.
§ Pada
pandangan orang British, penghapusan amalan ini adalah perlu kerana dianggap
bertentangan dengan kerajaan “bertamadun”. Birch telah melanggar perjanjian
Pangkor apabila cuba menghapuskan perhambahan kerana perhambahan termasuk dalam
adat orang Melayu.
5.
Perundingan
dan kehakiman
§ demi
memastikan bahawa segala peraturan baharunya diikuti dan berjalan lancar, Birch
telah memperkenalkan undang-undangan awam dan jenayahnya sendiri.
§ Penguatkuasan
undang-undang ini akan dilaksanakan oleh sepasukan polis kerajaan. Beberapa
buah balai polis didirikan seperti di Kuala Kurau, Bruas, Kota Setia dan Kota
Lumut.
Penutup
§ Penentangan
terhadap British di Perak berkait rapat dengan cita-cita British untuk
menguasai dan mentadbir Tanah Melayu. Sultan Abdullah terperangkap dalam
rangkaian imperiasilme British apabila baginda menandatangani perjanjian
pangkor dan besetuju menerima seorang Residen British.
§ Peluasan
kuasa British menyebabkan kedudukan Sultan Abdullah dan pembesar tercabar.
Soalan 38: Bincangkan penentangan terhadap
kuasa asing di negeri Sembilan pada abad ke-19 hingga ke-20.
Pendahuluan
§ Pada tahun
1874, British mengiktiraf Dato’ Kelana
Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah Sungai Ujong. Pada tahun yang sama,
British telah melantik Kapten W.I. Tatham, Penolong Residen untuk membantu
Dato’Kelana Syed Abdul Rahman dalam pentadbirannya.
§ Pelantikan
Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman dan W.I. Tatham ditentang hebat oleh Yam Tuan
Antah dan pembesar lain di kawasan Terrachi, Gunung Pasir, Hulu Muar, dan
Jempol.
Isi-isi penting
1.Penentangan
§ Kebangkitan
Yam Tuan Antah bermula apabila beliau menghantar satu pasukan untuk menghalang
juruukur British, iaitu Daly dan beberapa orang polis daripada membuat siasatan.
British meminta bantuan dari Sungai Ujong dan pasukan di bawah pimpinan
Leftenan Hinxman telah dihantar. Lanjutan daripada itu, pertempuran berlaku
antara pasukan British dengan pasukan Yam Tuan Antah.
§ Yam Tuan
Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan
pertempuan dengan pasukan Yam Tuan Antah. Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan
satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan jawatannya tetapi kuasanya terhad di
kawasan Seri Menanti sahaja seperti Johol, Hulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan
Inas.
2. Kronologi penentangan di Negeri Sembilan
a) Walaupun
British tidak melibatkan diri di kawasan Yam Tuan Antah tetapi sudah terdapat
kebangkitan menentang British yang dipimpin oleh Yam Tuan Antah sendiri.
b) Hal ini
adalah kerana nilai-nilai tradisi di Negeri Sembilan tercabar dengan
penglibatan British di Sungai Ujong.
c) Semasa
pertabalan Yam Tuan Antah sebagai Yam Tuan Seri Menanti, Dato’ Kelana Syed
Abdul Rahman tidak hadir. Ini adalah kerana beliau ingin melantik Tengku Ahmad
Tunggal sebagai Yam Tuan. Dato’Kelana Syed Abdul Rahaman tidak mengiktiraf
pelantikan Yam Tuan Antah dan Yam Tuan
pula tidak mengiktiraf Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman sebagai pemerintah
Sungai Ujong. Yam Tuan bimbang Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman yang disokong
oleh British akan meluaskan kuasanya.
d) Dato’ Kelana
Syed Abdul Rahman bersikap sedemikian kerana mendapat sokongan British.
Brittish sememangnya mempunyai hasrat meluaskan kuasa mereka di Negeri Sembilan
yang kaya dengan bijih timah.
e) Dato’ Kelana
Syed Abdul Rahman kemudiannya menuntut hak ke atas Terachi yang merupakan
kawasan hak Yam Tuan Antah. Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman seterusnya melantik
seorang Penghulu mengawal Terachi.
f)
British sekali lagi mengambil kesempatan membantu Dato’
Kelana Syed Abdul Rahman. Residen British di Sungai Ujong, iaitu P.J. Murray
telah dihantar ke Terachi untuk membuat siasatan.
Kesimpulan
§ Yam Tuan
Antah berundur ke Johor. Atas nasihat Maharaja Abu Bakar, beliau menamatkan
pertempuan dengan British pada tahun 1876.
§ Kedua-dua
pihak bersetuju mengadakan satu perjanjian. Yam Tuan Antah dikekalkan
jawatannya tetapi kuasanya terhad di kawasan Seri Menanti sahaja seperti
Johol,Hulu,Muar,Terachi,Gunung Pasir dan Inas.
Soalan 39: Bincangkan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Pahang pada abad ke-19
hingga ke-20.
Pendahuluan
§ Pada abad
ke-19 hingga abad ke-20, masyarakat tempatan telah bangun menentang kuasa asing
di Negeri-negeri Melayu. Di Negeri Pahang, penentangannya terhadap penjajahan
British pada 1891-1895.
§ Penentangannya
yang berlaku sepanjang abad ke-19 hingga abad ke-20 memperlihatkan bentuk
bantahan terhadap penguasaan kuasa asing disebabkan kehilangan kuasa
pentadbiran dan politik serta ancaman terhadap ajaran islam dan adat istiadat
tempatan.
Isi-isi Penting
Penentangan di Pahang terhadap British
§ Pahang
menentang British melalui satu kebangkitan bersenjata. Residen pertama di
Pahang ialah J.P. Rodger yang dilantik pada oktober 1888.
§ J.P. Rodger
melantik pegawai-pegawai British sebagai hakim dan pemungut cukai menggantikan
pembesar-pembesar melayu.
Sebab-sebab penentangan di Pahang
1.
Perasaan
tidak puas hati Sultan Ahmad
§ Sultan Ahmad
kehilangan kuasa pentadbiran. Kedudukan baginda dalam majlis mesyuarat negeri
tidak bermakna apabila segala keputusan dibuat oleh residen.
§ Residen yang
memutuskan jumlah bayaran pencen kepada pembesar dan sultan. Residen juga telah
menghapuskan amalan perhambaan.
2.
Ketidakpuasan
hati pembesar
§ Pembesar-pembesar
melayu yang menjadi pemimpin dalam
gerakan menentang British tidak puas hati dengan peraturan baharu yang
diperkenalkan oleh British. Peraturan itu menjejaskan kedudukan dan kewibaaan
mereka.
§ Pembesar-pembesar
melayu yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan British ialah Dato’ Bahaman
(Orang Kaya Semantan), Tok Gajah (Orang Besar Raja), Tok Raja (Orang Besar
Berempat).
3.
Perasaan
tidak puas hati rakyat
§ Rakyat
berasa tertekan dan tertindas dengan pengenalan peraturan baharu. Residen
British telah memperkenalkan sistem cukai dan peraturan pemungutan hasil hutan.
§ Rakyat mesti
mendapatkan lesen dan surat izin serta membayar cukai tanah. Mereka juga
dikerah menjadi buruh paksa.
Penutup
§ Kebangkitan
Pahang bermula dengan peristiwa penangkapan beberapa orang pengikut Dato’
Bahaman. Pejuang-pejuang Pahang mendapat kemenangan dengan mudah.
§ Kebangkitan
Pahang tamat pada tahun 1895.
Soalan 40. Bincangkan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Kelantan pada abad ke-19
hingga ke-20.
Pendahuluan
§ Pada tahun 1903,
W.A. Graham telah dilantik sebagai Penasihat British di Kelantan. Tugas beliau
ialah menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat
istiadat Melayu.
§ Penentangan
terhadap British berlaku di Pasir Puteh semasa pemerintahan Sultal Muhammad IV.
Penentangan ini diketuai oleh Tok Janggut atas arahan Engku Besar Jeram Tuah
Ahmad. Engku Besar Jeram Tuan Ahmad adalah pembesar di daerah Jeram. Beliau
menikmati beberapa keistimewaan sebelum campur tangan British di Kelantan.
Isi-isi Penting:
Proses Penentangan
§
Engku Besar
Jeram yang tidak berpuas hati dengan sistem pentadbiran British telah berjumpa
dengan Tok Janggut dan meminta beliau supaya menentang dan mengusir orang
British di Pasir Puteh. Kebangkitan Tok Janggut bermula apabila Encik Latiff menghantar Sarjan Che Wan untuk menangkap Tok
Janggut atas tuduhan gagal membayar cukai. Sarjan Che Wan telah ditikam oleh
Tok Janggut dan anggota polis yang lain Berjaya melarikan diri lalu membuat
laporan kepada Encik Latiff.
§ Tok Janggut
dan pengikutnya Berjaya menyerang balai polis dan pejabar daerah Pasir Pureh.
Engku Besar Jeram dilantik sebagai Raja Pasir Puteh dan Tok Janggut Sebagai
Perdana Menteri. Mereka hanya menduduki pasir Puteh selama 3 hari sahaja. Pada
tahun 1915, British dari negeri-negeri melayu menawan semula Pasir Puteh dan
Tok Janggut dan pengikut terpaksa melarikan diri. Belaku pertempuran di Kampung Dalm Pupuh dan
Tok Janggut terkorban manakala Engku Besar Jeram tercedera diselamatkan oleh
Awang Deraman dan melarikan diri ke Reman, Thailand.
Sebab-sebab Penentangan:
Kemerosotan Kuasa Engku Besar Jeram Tuan
Ahmad
§ Campur
tangan British menyebabkan kewibawaan Engku Besar Jeram tercabar. W.A Graham
mencadangkn supaya membentuk jajahan di Kelantan dlm Majlis Mesyuarat Negeri.
Kesannya jajahan pasir puteh dibentuk. Kuasa hal-ehwal pentadbiran bukan lagi
dlm kuasa Engku Besar Jeram tetapi Pegawai daerah.
§ Pelantikan
Che’ Andak sebagai Tok Kweng (penghulu) yang bertanggungjawab terus kepada
Pegawai Daerah memburukan lagi keadaan.Engku Besar Jeram berasa lebih tercabar
apabila beliau dilantik sebagai Tok Kweng Muda, jawatan yang lebih rendah
daripada jawatan Tok Kweng.
§ Sebelum
campur tangan British, Kedudukan Engku Besar Jeram lebih tinggi daripada Che’
Andak. Engku Besar jeram semakin tidak puas hati apabila dikehendaki membayar
cukai kerana sebelum ini beliau tidak dikenakan cukai malah dpt mengutip cukai.
British telah melayannya seperti rakyat biasa.
Peraturan baharu sistem cukai yang
diperkenalkan oleh British
§ Undang-undang
Hasil Padi diperkenalkan pada tahun 1905. Berdasarkan undang-undang tersebut,
setiap rakyat Kelantan mesti melaporkan kepada Tok Kweng jumlah hasil sawah
yang dimiliki dan kawasan letaknta tanah sawah itu.
§ Satu sistem
cukai turut diperkenalkan di Pasir Puteh. Menurut sistem cukai baharu ini,
semua tanah sama ada diusahakan atau tidak dimestikan membayar cukai.
Sikap kasar pegawai yang bertugas.
§ Penduduk
Kelantan yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda . Kadangkala
mereka dimarahi dengan kata-kata kesat. Tindakan ini adalah tidak munasabah
kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di Bandar.
§ Tambahan
pula, pembayaran hanya boleh dilakukan dlm waktu dan hari tertentu sahaja. Hakikatnya,
mereka tidak dpt membayar dlm waktu tertentu kerana syarat yang ditetapkan oleh
British . Contohnya, Tok Janggut pernah ke pejabat bayaran cukai beberapa kali
tetapi gagal membayar dlm masa yang ditetapkan.
Pelantikan Encik Latiff sebagai Pegawai
Daerah Pasir Puteh.
§ Pelantikan
ini tidak disenangi oleh penduduk Kelantan kerana beliau bukan anak jadi
Kelantan tetapi berasal dari Singapura. Beliau merupakan seorang yang tegas
menguatkuasakan undang-undang tanah dan memungut hasil cukai mulai 1 Januari
1915.
§ Penduduk
Kelantan juga tidak puas hati dengan tindakan beliau menawarkan kontrak
pengutipan telur penyu dan kercut kerana sebelum ini melakukan pekerjaan ini
tanpa sebarang bayaran.
Penutup
§ Kesan
kebangkitan penentangan terhadap British di Kelantan menyebabkan British
bertapak lebih kukuh dikelantan.
§ Kebangkitan
di Kelantan menjadi perangsang kepada kebangkitan menentang British di
Terengganu.
Soalan 41 : Bincangkan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Terengganu pada abad ke
19 hingga ke 20
Pendahuluan :
§ British
Berjaya meluaskan kuasanya ke Terengganu melalui Perjanjian Bangkok 1909. Walau
bagaimanapun, Sultan Zainal Abidin III yang memerintah Terengganu enggan
mengiktiraf Perjanjian Bangkok 1909 yang
ditandatangani antara British dengan Siam kerana baginda tidak diberitahu dan
dibawa berunding sebelum perjanjian dibuat. Selepas menghadiri rundingan dengan
British, Sultan ZainalAbidin III bersetuju menerima seorang wakil British
iaituW.L.Conlay pada tahun 1910.
§ Selepas
kemangkatan Sultan ZainalAbidin III, atas usaha bersungguh-sungguh British,
Sultan Muhammad II bersetuju menerima seorang penasihat British, iaitu J.L
Humpreys pada tahun 1919. Peraturan baharu yang diperkenalkan oleh British
telah mencabar nilai-nilai masyarakat tempatan. Kebangkitan menentang British
tercetus pada tahun 1922, 1925 dan 1928.
Isi-Isi Penting :
(a)
Penentangan
1.
Penentangan
1922
§ Penentangan
pertama terhadap British berlaku pada tahun 1992 di Hulu Telemong. Penduduk
pedalaman Terengganu menentang pengenalan cukai tanah. Akibat penentangan
tersebut, seramai 43 orang rakyat ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana
dituduh tidak mempunyai pas kebenaran semasa membersihkan tanah dan bercucuk
tanam. Haji Abdul Rahman Limbong membela mereka yang tertuduh.
§ Pihak
kerajaan mengalami kegagalan kerana tidak dapat memberi keputusan muktamad. Akhirnya
setelah beberapa kali dibicarakan, kes tersebut dimansuhkan tanpa keputusan
mahkamah.
2.
Penentangan
1925
§ Pada tahun
1925, seramai 300 hingga 500 orang penduduk pedalaman telah berkumpul di Kuala
Temelong untuk membersihkan tanah Tengku Nik Maimunah dari Lubuk Batu hingga
Kampung Pelam. Mereka melakukan kerja membersihkan kawasan tanpa pas. Pada masa
itu, kerajaan telah mengumumkan undang-undang pendaftaran tanah. Bagi penduduk
Terengganu, hal ini membebankan mereka yang hidup susah.
§ Kebangkitan
pada tahun 1925 membimbangkan pihak British yang kemudiannya meminta jasa baik
Tengku Nik Maimunah supaya menyuraikan mereka yang berkumpul itu. Walaubagaimanapun,
tidak ada tindakan diambil ke atas mereka yang terlibat dalam kebangkitan pada
tahun 1925 itu.
3.
Penentangan
1928
§ Kebangkitan
1928 lebih hebat dan merupakan satu kebangkitan menentang peraturan baharau
British. Dalam kebangkitan tersebut, agama memainkan peranan penting. Haji
Abdul Rahman Limbong telah menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan
kerajaan tidak mempunyai hak mengenakan cukai ke atas tanah Allah itu. Golongan
agama menegaskan bahawa undang-undang British adalah undang2 kafir dan segala
yang kafir mesti ditentang. Dua tempat telah menjadi pusat perhimpunan iaitu Kuala
Berang dan Kampung Pelam, Telemong. Penduduk Terengganu yang tidak berpuas hati
telah berkumpul di Kuala Berang yang melibatkan kira2 1000 orang petani dan
telah menyerang bangunan kerajaan.
§ Atas nasihat
British, kerajaan Terengganu telah menghantar pasukan polis di bawah pimpinan
Datuk Seri Amar Diraja seramai 25 orang untuk menawan semula Kuala Berang. Satu
pasukan seramai 50 orang polis dari Singapura telah dihantar untuk menangkap
Haji Abdul Rahman Limbong dan pengikutnya. Beliau dibicarakan dan dijatuhi
hukuman buang negeri ke Makkah.
(b)
Sebab-Sebab Penentangan
4.
Faktor Politik
§ Terengganu
dibahagikankepada 3 wilayah. British telah meletakkan Penolong Penasihat dan
Pegawai Daerah untuk menjalankan pentadbiran. British telah membelakangkan
system pentadbiran tradisional yang terdiri daripada sultan dan pembesar
daerah. Akibatnya, kuasa sultan dan pembesar daerah tergugat.
§ Peranan
sultan telah diambil alih oleh Penasihat British. Elaun tahunan sultan
dikurangkan daripada $9500 kepada $3500. Sultan turun daripada takhtanya dan
digantikan dengan saudara baginda, iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah.
5.
Faktor Ekonomi
§ Pada tahun
1921, penduduk Terengganu diwajibkan mendapatkan surat kebenaran atau pas
terlebih dahulu sekiranya ingin membuka tanah untuk bercucuk tanam atau
mengambil hasil hutan. Penduduk yang ingin membuka penempatan sementara di atas
tanah kerajaan mesti membayar 50sen setahun.
§ Pada tahun
1923, melalui Undang-Undang Kawalan Binatang Buas, penduduk mesti mendapat
lesen sebelum memburu binatang. Pada tahun 1924, peraturan tanah yang
diluluskan mengkehendaki setiap pemiik tanah membayar sebanyak $2.50 kepada
mahkamah untuk menyelesaikan massalah tanah mereka.
6.
Faktor Sosial
§ Terdapat
pegawai yang bersikap kasar semasa memungut hasil atau mengeluarkan pas. Kebangkitan
sebanyak 3 kali dipimpin oleh beberapa orang guru agama terutamanya Haji Abdul
Rahman Limbong dan Haji Musa Abdul Ghani.
§ Haji Abdul
Rahman Limbong menegaskan bahawa tanah adalah hak Allah dan kerajaan negeri
tidak boleh mengenakan cukai ke atas tanah.
Penutup:
§ Penduduk
Terengganu terpaksa menerima undang-undang British yang berjaya mengukuhkan
kuasa mereka di Terengganu
Soalan 42: Nilaikan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19
hingga ke-20.
Pendahuluan :
§ Kehadiran
British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat
tempatan.
§ Pada tahun
1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company untuk memerintah
sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North Borneo Chartered
Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali sebagai SBBU).
Isi-isi penting :
Faktor Agama
§ Penentangan
Mat salleh didorong daripada semangat perjuangan jihad orang sulu menentang
kuasa sepanyol di Filipina.
§ Seorang
pegawai SBUB, iaitu Aledander Coock menganggap Mat Salleh sebagai Mahadi Baru.
Pengaruh islam juga dibuktikan daripada catatan pada alat-alat kebesaran yang
mengatakan hasrat Mat Salleh untuk meninggikan syiar islam. SBBU bimbang dengan
pengaruh Sulu-Islam yang kuat menentang penjajahan Sepanyol di Filipina.
Faktor Ekonomi
§ SBBU
menguatkuasakan cukai ke atas barang-barang dagangan dan bayaran lesen perahu. Penduduk
tempatan juga dibebani dengan cukai kepala dan cukai beras. Selain dikenakan
cukai, penduduk di kawasan pedalaman dikerah membina telegraf melalui amalan
buruh paksa
§ SBBU membuka
tamu di beberapa buah tempat. Langkah ini tidak disenangi oleh penduduk di
beberapa kawasan. Suku Kwijau di penampang menyerang dan membunuh seorang
pegawai british di keningau sebagai memprotes tindakan SBBU.
Faktor Politik
§ Pada tahun
1894, pengikut Mat Salleh telah membunuh dua orang pedagang iban di sungai
sugut. Mat Salleh enggan menyerahkan pengikutnya itu kepada SBBU. Mat Salleh melarikan
diri apabila pasukan SBBU menyerang kampungnya di pulau jambangan. Pada tahun
1895, Mat Salleh dan beberapa orang pembesar tempatan pergi ke Sandakan untuk
berunding dengan SBBU tentang masalah cukai kepala, lessen perahu, dan tindakan
keras pegawai british terhadap penduduk.
§ Mat Salleh
ingin berunding dengan Gabenor Beaufort, iaitu C.V Creagh tetapi percubaannya
gagal. Mat Salleh tidak dilayan walaupun telah menunggu selama sepuluh hari. Gabenor
Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam kepentingan SBBU. SBBU bertindak
membakar dan memusnahkan kampung Mat Salleh. SBBU juga menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Salleh.
Penutup :
§ Kesan
daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga
ke-20 telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan
juga turut diambil alih oleh SBBU.
§ Ketua Anak
Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam
tindakan membabitkan masyarakat tempatan.
Soalan 42(b) Galurkan gerakan penentangan di Sabah dari tahun 1830-1945
Pendahuluan :
§ Kehadiran British untuk mentadbir sabah juga mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan.
§ Pada tahun 1881, British memberi surat piagam kepada British North Borneo Company untuk memerintah sabah. Pada tahun 1882, nama syarikat itu ditukar kepada British North Borneo Chartered Company (syarikat berpiagam borneo utara british atau dikenali sebagai SBBU).
1. Penentangan oleh Syarif Osman (1830-1845)
Syariff Osman
atau nama sebenarnya Syariff Osman Bin Syariff Mohamad Rum adalah seorang Ketua
Wilayah atau Raja yang memerintah Marudu di antara tahun 1830 - 1845. Beliau
berketurunan Bajau/Suluk dan telah diamanahkan oleh Sultan Sulu bagi mentadbir
kawasan Marudu. Bapanya seorang yang berketurunan syariff atau syed dan
merupakan salah seorang pembesar istana Kesultanan Sulu dan Kesultanan Brunei. Pihak British melarang Shariff Osman untuk memungut cukai di kawasan beliau
sendiri iaitu kota merudu dan penjajah
menganggu ketenteraman kehidupan seharian penduduk kota Merudu.
Kehadiran penjajah di Borneo Utara khususnya
di Teluk Marudu telah mengganggu-gugat amalan kehidupan masyarakat setempat di
daerah ini. Perbuatan penjajah tersebut menyebabkan timbul rasa tidak senang di
hati Syarif Osman lantas melakukan beberapa serangan ke atas kapal dagang
penjajah. Siri serangan yang dilakukan oleh beliau menimbulkan kemarahan
penjajah lantas melakukan tindak balas dengan bantuan Rajah Putih Sarawak,
James Brooke.
Penjajah telah mencatatkan dalam sejarah
bahawa Syarif Osman adalah seorang ketua lanun dan pemberontak di Teluk Marudu
sekitar 1890-1895. Catatan itu membuat penduduk yang tinggal di daerah Kota
Marudu tidak berpuas hati kerana setelah negara ini merdeka, mereka menyedari
bahawa penentangan Syarif Osman itu sesuatu yang murni, yang tidak difahami
oleh masyarakat setempat masa itu. Perjuangan beliau telah menjadi dorongan ke
arah kelahiran semangat kebangsaan ia itu inginkan kebebasan dari kuasa kulit
putih, penjajah Inggeris.
Syarif Osman yang berkubu di muara sungai
Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggeris yang diketuai
oleh Kapten Mundy. Pertempuran itu menyaksikan kehancuran kubu pertahanan
Sharif Osman, sekaligus beliau turut terbunuh. Pengikut-pengikut Sharif Osman
yang berundur dari kubu itu sempat membawa jenazah Syarif Osman untuk
dikebumikan di luar dari kawasan kubu itu. Kini, kawasan kubu dan tanah
perkuburan Syarif Osman itu telah menjadi satu tanda sejarah di daerah Kota
Marudu. Manakala isteri Syarif Osman, Dayang Cahaya dan beberapa orang pengikut
setia dikatakan melarikan diri ke Sugud menggunakan jalan darat melalui
beberapa perkampungan iaitu kampung Tandek dan kampung Botition.
Kejatuhan Syarif Osman di Teluk Marudu dalam
usahanya menentang kuasa Penjajah tidak berakhir di situ sahaja.. Selepas itu
muncul beberapa lagi pejuang tempatan dalam kalangan kaum Dusun seperti Si
Gunting, Rindongon dan Kulindod dan lain-lain untuk menentang kuasa Inggeris.
Bagaimanapun, kesemuanya mereka gugur sebagai bunga bangsa , kecuali Si Gunting
yang telah berdamai dengan Inggeris.
2. Penentangan Pangeran Samah (1884).
Pada tahun 1884, masyarakat tempatan daripada
suku kaum Bajau yang diketuai oleh Pangeran Samah telah bangkit menentang pihak
berkuasa British. Kebangkitan dan kemarahan itu dikatakan berpunca daripada
tindakan SBBU mengenakan cukai ke atas aktiviti mengutip sarang burung.
Pangeran Samah dikatakan dengan sengaja
melambat-lambatkan kutipan sarang burung untuk jualan bagi mengelakkan cukai
yang dikenakan oleh pihak berkuasa British.
Selepas lima tahun berlalu, pihak berkuasa
SBBU telah memutuskan untuk mengambilalih perusahaan tersebut. Keputusan dan
tindakan yang dibuat oleh pihak berkuasa British itu telah menyebabkan Pangeran
Samah dan pengikutnya bertindak menutup jalan ke gua Gomantong, tempat kutipan
sarang burung dijalankan.
Apabila pasukan peronda tiba untuk membuka
jalan yang ditutup oleh Pangeran Samah, mereka telah diserang. Dalam
pertempuran tersebut, pasukan suku kaum Sulu dapat dikalahkan manakala Pangeran
Samah sendiri telah terbunuh.
3. Penentangan Malingkote atau Tahang (1891).
i. Pada tahun 1891, masyarakat tempatan terdiri daripada
orang-orang Murut dari daerah Padas dan Tenom telah bangkit menentang SBBU.
Kebangkitan dan penentangan ini diketuai oleh seorang pemimpin yang bernama
Malingkote. Beliau dipercayai mempunyai kuasa ghaib dan kebal. Keistimewaan
yang ada pada beliau telah tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa British malah telah
cuba untuk menghapuskannya.
ii. Tindakan British untuk menghapus kekuatan dan
keistimewaan Malingkote telah melahirkan rasa tidak puas hati pengikutnya,
menyebabkan mereka bangkit menentang SBBU. Penentangan tersebut berlanjutan
selama setahun tetapi akhirnya berjaya dihapuskan oleh pihak berkuasa SBBU.
4. Penentangan Mat Salleh (1894-1905).
Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat
Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat
terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah
Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat
adik-beradik daripada suku Î’ajau dan Ð…ulu. Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya
bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh
yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung
di Pengalaban, Paitan.
Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu
sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan
pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas
pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Peristiwa Perang
Pada tahun 1894, Mat Salleh bersama
pengikutnya telah bangkit menentang pihak berkuasa SBBU. Penentangan tersebut
adalah berpunca daripada tindakan pihak berkuasa SBBU membakar kampung beliau
di Sungai Sugat yang dituduh mencampuri urusan pentadbiran SBBU. SBBU juga
telah memaksa penduduk tempatan untuk dijadikan buruh paksa bagi menjalankan
kerja-kerja awam seperti membina jalan raya, jalan keretapi tanpa dibayar gaji.
Malah pegawai-pegawai SBBU juga bersikap sombong serta tidak menghormati adat
resam penduduk tempatan.
Mat Salleh bersama pengikutnya telah
bertindak membunuh dua orang pedagang Dayak, tetapi Mat Salleh enggan
menyerahkan kedua-duanya kepada pihak SBBU. Ini menyebabkan pihak SBBU
bertindak menyerang dan membakar kampung Mat Salleh di Pulau Jambongan. Namun
Mat Salleh bersama pengikutnya berjaya melarikan diri.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat
Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung
Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896. Datu Mat Salleh
bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan
Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan
pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat
Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang
kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh.
Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat
Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan
membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung
Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat
sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak
dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa
terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta
bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini
juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan
perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi
pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan
menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat
Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu
menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk
memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan
dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh
yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1
Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui
ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap
sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah
pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan
rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah
pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf
Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh
dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara
menyeluruh.
5. Penentangan Ontoros Antanom (1915)
Nama sebenar beliau adalah Ontoros Anak
Lelaki Antanom dilahirkan di
kawasan "Masinpunon" sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam
lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Beliau merupakan ketua kaum Murut di Rundum yang telah
memimpin selama 30 tahun. Penentangan beliau adalah disebabkan pihak British
yang melarang pembukaan tanah baru, pengenaan cukai yang membebankan dan
orang-orang Murut dijadikan buruh paksa oleh pihak British.
Peristiwa Penentangan
Antanom menyatukan orang Murut menentang SBUB
demi menebus maruah mereka. Pada Februari 1915
Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan. Bulan Mac 1915 Antanom memimpin kira-kira 600 orang Murut
menyerang Rundum dan Berjaya memusnahkan pejabat pentadbiran SBUB. Kejayaan itu menaikkan semangat perjuangan orang Murut dan pengikut Antanom
bertambah menjadi 900 orang. Antanom membina kubu
pertahanan di Sungai Selangit yang mengandungi 7 buah
rumah bawah tanah. Pada April 1915 SBUB menghantar 400 orang tentera
menyerang kubu Antanom. Peristiwa pertempuran
berlaku selama 6 minggu. Antanom dan 400 orang Murut terkorban dalam
mempertahankan Rundum dan penentangan ini dikenali sebagai ‘Kebangkitan
Rundum’
Kesan Penentangan adalah SBUB mengenakan tindakan tegas
terhadap pengikut Antanom. 8 orang kanan Antanom
dibuang daerah ke Kudat. Pengikut-pengikut yang lain menjadi buruh
paksa memasang kawat telegraf dari Kimanis hingga ke Keningau. SBUB mengarahkan orang Murut bersumpah taat setia bagi mengelakkan
kebangkitan seterusnya. Orang-orang Murut berpindah ke pedalaman
Kalimantan sebagai tanda protes terhadap SBUB
Kronologi Penentangan
Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah
mengenai perjuangan Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang
penjajah pada tahun 1915 yang ditulis oleh sejarawan Barat; ada fakta yang
perlu dibetulkan dari segi nama sebenarnya yang memimpin pemberontakan itu.
Menurut tradisi orang-orang Inggeris, mereka
lazimnya menyebut nama keluarga daripada nama peribadi. Orang yang memimpin
pemberontakan Rundum itu ialah anaknya bernama Ontoros dan bukan Antanom
bapanya. Disinilah berlakunya kekeliruan fakta. Bagaimanapun, oleh kerana nama
Antanom sudah terkenal dan tercatat dalam sejarah tanahair, buku yang akan
terbit mengenai pemberontakan itu mengekalkan nama Antanom itu sebagai Ontoros.
Antanom adalah anak keturunan Suku Murut
Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia
dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan
oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali
dengan istilah " Pengayau ".
Didikan yang diterimanya ialah mengenal
kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang
kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya
supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.
Orang pengecut tidak ada tempat dalam dunia
rimba. Didalam keadaan persekitarannya bergolak oleh permusuhan kaum yang
berpunca dari hutang darah, Antanom/Ontoros tidak ada pilihan, selain daripada
berwatak keras dan berani. Jika pun dia menjadi jahat dari kacamata Inggeris,
kerana tidak tunduk kepada kuasa mereka, bukanlah kerana Tuhan membentuknya
menjadi orang ganas, tetapi suasana persekityarannya yang memaksa
Antanom/Ontoros bertindak demikian.
Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan
tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan
tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan
mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah
memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh
keazaman.
Antanom dikagumi bukan saja kerana
kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi
lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang
dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom
mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu.
Faktor yang menyebabkan tercetusnya
penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa sebab
yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang
Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya
terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera
waktu. Api yang tidak menjilat batang, daun dan ranting; tidak bererti api
tidak bersembunyi dibawah tanah memakan akar.
Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap
Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila
ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di
pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan
merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang
diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala,
padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada
pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di
kawasan belantara luas itu telah terganggu.
Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910
apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah
Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan
memburu kepala.
Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut
dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan
daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Beberapa buah
kubu pertahanan telah dibina di Selangit sebagai kubu induk atau digelar Silar
Pinikit, diikuti oleh beberapa buah kubu lagi di Menining ulu sungai Telokoson,
Kubu Liohon, Kubu Impal dan Kubu Salang. Kubu-kubu ini dibina sekitar tahun
1913 sehingga 1915 dengan paduan tenaga seluruh kaum Murut di kawasan
Pedalaman. Serangan ke atas setesen Rundum merupakan serangan pramasa.
Antanom/Ontoros sebenarnya tidak mahu melancarkan serangan terburu-buru, kerana
banyak lagi kubu mereka belum siap dibina.
Dalam pertempuran di kubu induk mereka,
Antanom / Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai,
tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.
Bagaimanapun, banyak fakta yang sebenar berlaku, telah dipesongkan oleh sejarawan
Barat. Kalaupun bukan dengan sengaja, niat melindungi maruah Empayar British
itu tetap ada, sehingga segala fakta menjadi kabur.
6. Penentangan Panglima Ali Abbas Sani (1944)
Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam
Abbas Sani berbangsa Bajau subetnik Ubian dari Pulau Sulug, Jesselton yang
turut terbunuh dalam tragedi hitam itu. Panglima Ali dilahirkan
pada 1884 adalah anak ketiga daripada 12 beradik serta dianugerahkan gelaran
Panglima oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) kerana keberanian
beliau menentang Kempeitai (perisik tentera Jepun)
Panglima Ali berjuang menentang penjajah untuk memartabat maruah
bangsa yang menjadi hamba di bumi sendiri, tetapi namanya tidak didendang
seperti Datuk Paduka Mat Salleh, Ontoros Antanom dan Tun Datu Mustapha Datu
Harun.
Kebakaran gudang getah di Pelabuhan Jesselton
(kini Kota Kinabalu) pada 9 Oktober 1943 menjadi kemuncak kebencian Jepun
terhadap pemimpin masyarakat Pulau Sulug itu dengan mendakwa ia angkara tokoh
terbabit dan pengikutnya.
Panglima Alli adalah seorang daripada 324
rakyat tempatan Sabah yang dibunuh secara kejam oleh Jepun di Petagas, Kota
Kinabalu pada 21 Januari 1944 dan pengorbanan mereka diabadikan melalui Tugu
Peringatan Petagas.
Tentera Jepun bertindak balas dengan
melancarkan operasi menjejak pejuang Bajau subetnik Ubian itu kerana tercabar
dengan kebakaran gudang komoditi yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua
pada 1941 hingga 1945.
Tuduhan tanpa bukti itu berikutan tentangan
berterusan Panglima Alli atau nama sebenarnya Ali Imam Abbas Sani dan
pengikutnya terhadap Jepun terutama di Pulau Sulug dan Pulau Gaya di perairan Jesselton,
selain di bandar itu.
Panglima Alli dan pengikutnya tidak
membiarkan penduduk Pulau Gaya dan Pulau Sulug menjadi korban kekejaman Jepun
menyebabkan mereka enggan meninggalkan pulau itu, biarpun sedar Kempeitei
(perisik tentera Jepun) akan bertindak balas.
Tokoh itu bersama dua orang kanannya dikenali
Kasil dan Sandolan akhirnya berjaya ditawan yang berpunca kelemahan senjata
iaitu parang sedangkan askar Nippon menggunakan senjata api jenis mesingan.
Panglima Ali dan pengikutnya dibunuh secara
kejam di Petagas bersama anggota Gerila Kinabalu diketuai Albert Kwok yang
terbabit dalam pemberontakan 10 Oktober 1943 atau `Double Ten' di Pantai Barat,
Borneo Utara (kini Sabah).
7. Penentangan Datu Tating
Beliau merupakan wira sabahan yang tidak senang dengan kehadiran British di
Borneo dan Kepulauan sulu. Datu Tating
adalah seorang datu di Raja dan berketurunan sulu. Dilahirkan di bawah
Kesultanan Sulu dan latar belakang ibunya menunjukkan hubungan rapat dengan
pihak kerajaan.
Kehadiran beliau di Pulau Balambangan
mengubah hidup rakyat disana apabila beliau berjaya membekalkan jumlah pekerja
yang mencukupi untuk membina benteng dan gudang.
Tetapi, apabila John Robert muncul dan
mengacukan senjata dihadapan pengikutnya, kemarahan beliau terhadap British pun
bermula.
Tindakan John Robert seolah- olah tidak
menghormati bangsanya. Hal ini berlaku semasa perbincangan mengenai pembayaran
gaji, kontrak gudang, pembersihan hutan dan pembinaan kubu. Sejurus itu, beliau
pergi ke Pulau Banggi Dakula dan bekerjasama dengan sepupunya. Datu Tating
berjaya mengumpul sebanyak 300 orang mistik dan suku Iranun untuk menyerbu
British di Pulau Balambangan.
Datu
Tating adalah orang pertama yang berjuang menentang British di Pulau
Balambangan. Kepahlawanan beliau boleh dilihat apabila beliau berjaya
mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 Jam. Aktiviti menentang
British kemudiannya mula menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk,
Teluk Marudu dan Relau.
8. Penentangan Pak Musa Unggu (1944)
Nama beliau adalah Adui Unggu atau Musa Unggu mendapat Gelaran Datuk Maharaja lela. Beliau Lahir di Kampung Kusilad, Pitas pada tahun 1867. Dikebumikan di
satu kawasan yang kini tapak bangunan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu,
Sabah. Datu
Maharajalela Musa Unggu atau
lebih dikenali Pak Musa diiktiraf seorang daripada pejuang kemerdekaan Sabah,
tetapi tidak ramai yang tahu tokoh itu dibunuh kerana karismanya dalam bidang perniagaan
pada awal abad ke-20.
Kronologi penentangan
Pak Musa atau nama asalnya sebelum memeluk
Islam, Adui Unggu dibunuh secara kejam oleh askarJepun pada 1944 kerana
ketokohannya memajukan ekonomi Orang Sungai, Kadazandusun, Brunei dan Bisaya di
Membakut dan Beaufort.
Kaedah perniagaan digunakan mirip system
koperasi iaitu pelbagai hasil tani, belantara dan haiwan buruan tokoh itu dan
pengikutnya akan dikumpul, sebelum dipasarkan sehingga ke Brunei Darussalam dan
Singapura.
Kebijaksanaan pahlawan Sabah itu menyatukan
masyarakat pelbagai kaum dalam bidang perniagaan menyebabkan Jepun menganggapnya
ancaman kepada mereka.
Beliau dan pengikutnya diisytiharkan sebagai
musuh kerana kononnya menjadi sekutu Syarikat Berpiagam Borneo Utara British
(SBBUB)
Jepun menganggap Pak Musa berselindung di
sebalik perniagaan yang ditaja British untuk mempengaruhi rakyat Membakut dan
Beaufort supaya menyertai perjuangan SBBUB untuk mengusir mereka dari bumi
Borneo Utara (kini Sabah).
Ini menyebabkan askar Nippon memburu Pak Musa
dan pengikutnya, tetapi mereka enggan berundur, sebaliknya menyerang balas
setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh, ditindas dan
diugut penjajah.
"Masyarakat tempatan di Membakut
terutama Kadazandusun, Brunei dan Bisaya dapat menerima kehadiran Pak Musa dan
mengangkatnya sebagai pemimpin mereka terutama dalam bidang perniagaan dan
menuntut kemerdekaan," katanya.
Jepun yang menyedari, sukar untuk mengalahkan
Pak Musa, menukar strategi dengan menangkap dan membunuh keluarganya. Ini
menyebabkan Pak Musa membuat keputusan untuk menyerah diri. Pak Musa adalah seorang pahlawan yang bukan saja sanggup menggadai nyawa
untuk menuntut kemerdekaan, tetapi berjuang memajukan ekonomi etnik pribumi
yang hidup dalam kemiskinan .
Penutup :
§ Kesan daripada penentangan terhadap kuasa asing di negeri sabah pada abad ke-19 hingga ke-20 telah membawa kepada SBBU yang berjaya mengukuhkan kuasanya di sabah. Tambunan juga turut diambil alih oleh SBBU.
§ Ketua Anak Negeri diambil untuk berkhidmat dengan SBBU. SBBU lebih berhati-hati dalam tindakan membabitkan masyarakat tempatan.
Soalan 43. Nilaikan penentangan dan
sebab-sebab penentangan terhadap kuasa asing di negeri Sarawak pada abad ke-19
hingga ke-20
Pendahuluan :
§ James Brooke
menguasai Sarawak secara berperingkat selepas berjaya mengatasi kebangkitan
rakyat tempatan terhadap kezaliman Pangeran Indera Mahkota.
§ Keluarga
Brooke melaksanakan perubahan dan peraturan baharu dalam sistem politik,
ekonomi dan sosial. Perubahan tersebut mencetuskan penentangan rakyat tempatan
terhadap pemerintahan Brooke.
Isi-isi penting :
1. Penentangan Linggir (1849)
§ Linggir
ialah seorang pemimpin Iban di Saribas. Beliau menyerang kapal Nemesis dekat
Batang Lupar. Serangan ini dibuat kerana James Brooke dan Kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas.
§ Linggir dan
pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.
2. Penentangan Syarif Masahor (1853)
§ Syarif
Masahor dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau
merupakan pembesar yang dihormati oleh orang Melanau dan Iban. Sebagai Gabenor
Sarikei, beliau telah campur tangan dalam pertelingkahan antara dua orang
pembesar di Mukah iaitu dengan menyerang bandar tersebut dengan bantuan orang
Iban. Ini menyebabkan Charles Brooke mendenda dan menghalau Syarif Masahor dari
Sarikei. Beliau juga dilucutkan jawatan sebagai Gabenor Sarikei.
§ Syarif
Masahor telah bersepakat dengan Datu Patinggi Abdul Ghapur menyerang kubu James
Brooke di Kanowit dan Kuching dengan bantuan orang Melayu, Melanau, Iban dan
penduduk Igan di Mukah. Namun, angkatan beliau telah dikalahkan oleh tentera
James Brooke. Beliau dibuang negeri ke Singapura pada tahun 1861.
3. Penentangan Rentap (1853)
§ Rentap ialah
pemimpin Iban yang menentang pentadbiran James Brooke di Sarawak. Nama sebenar
beliau ialah Libau dan digelar Raja Darat atau Raja Ulu. Beliau berasal dari
Hulu Skrang. Rentap menentang pemerintahan Brooke yang menganggap orang Iban di
Sungai Skrang sebagai lanun. Tindakan
James Brooke menghapuskan penempatan orang Iban di Sungai Skrang telah
mencetuskan kebangkitan Rentap. 1853, Rentap menyerang dan berjaya menawan kubu
Brooke di Sungai Skrang. Serangan tersebut mengorbankan pegawai Brooke iaitu
Allan Lee.
§ 1854, James
Brooke melakukan serangan balas dan Rentap terpaksa berundur dan berkubu di
Bukit Sadok. 1861, Brooke sekali lagi menyerang kubu Rentap di Bukit Sadok.
Pertempuran sengit berlaku selama sebulan dan Rentap berjaya ditewaskan
seterusnya beliau berundur ke Bukit Lanjak dan Entabai sehingga meninggal dunia
beberapa tahun kemudian. Kebangkitan Rentap dan pengikutnya menentang pemerintahan
Brooke membuktikan mereka bukannya lanun tetapi pejuang bangsa.
4. Penentangan Banting (1893)
§ Banting
ialah penghulu Iban di Hulu Sungai Batang Lupar di kawasan Hulu Air. Beliau
digelar Ijau Layang. Banting dan beberapa orang ketua Iban yang berniaga di
Karpuas enggan membayar cukai. D.J. S. Bailey dilantik sebagai Residen Bahagian
Kedua pada akhir tahun 1890. Beliau terlalu tegas dalam melaksanakan peraturan
dan undang-undang kerajaan. Ini menimbulkan kemarahan Banting dan orang Iban.
§ Perasaan anti-pentadbiran
Brooke semakin membara apabila Bailey menghantar ekspedisi menghukum Banting
pada tahun 1896. Satu persatu saudara Banting dan orang Iban dibunuh
menyebabkan Banting bertindak balas. 1901, seorang Iban dari kawasan sempadan
Kalimantan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Banting dibunuh di Semat
menyebabkan Banting menyerang rumah panjang di Semat pada bulan Mac dan Mei
1902. 1908, Banting dapat ditewaskan oleh tentera Brooke.
5. Penentangan Asun (1930-an)
§ Asun bermula
dengan memihak kepada pentadbiran Brooke. Bagi mengenang jasa beliau, Brooke
melantik beliau sebagai Penghulu Entabai pada 1915. Beliau sangat dihormati
oleh masyarakat Iban sehingga dilantik sebagai Tuai Rumah.
§ Vyner Brooke
melaksanakan cukai pintu yang menimbulkan kemarahan orang Iban. 1926, Residen
Bahagian Ketiga mengarahkan orang Iban hanya boleh membina rumah panjang yang
boleh memuatkan tidak lebih sepuluh keluarga. Orang Iban membantah arahan
tersebut kerana bertentangan dengan adat mereka.
§ Residen
Bahagian Ketiga berusaha menghantar wakil berjumpa dengan Asun untuk mengadakan
rundingan namun Asun terus menentang dan menghasut orang Iban. Pada Disember
1932, Asun menyerah diri kepada Pegawai Daerah. Asun dipenjarakan dan selepas
itu dibuang daerah ke Lundu.
Kesimpulan
§ Apa-apa yang
berkaitan
terima kasih atas nota anda
BalasPadamOk bro
BalasPadamtq notanya yg sgt berguna
BalasPadamTq
BalasPadamTq
BalasPadamTq
BalasPadamTq,atas maklumat yg diberikan oleh cikgu.dgn ada nya maklumat ini,sy dpt membuat kerja kursus sy bgi form 3 sejarah.
BalasPadamTq,atas maklumat yg diberikan oleh cikgu.dgn ada nya maklumat ini,sy dpt membuat kerja kursus sy bgi form 3 sejarah.
BalasPadamTq tqtqtqtqtq
BalasPadamNak tanya.. Yg sabah tu syarikat Borneo Utara British tu SBUB atau SBBU?? Atau sama saja??
BalasPadamDI SABAH..SBBU Syarikat Berpiagam Borneo Utara
Padamterima kasih untuk ilmu ini.
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadam