Isnin, 3 Februari 2014

1.7 Pertahanan dan Pembukaan Wilayah

1.7.1 Jihad dalam Islam

Soalan 33: Huraikan jenis-jenis dan tujuan jihad dalam Islam.

Pendahuluan:

§       Perkataan jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau menolak sesuatu yang dibenci. Dari segi bahasa, bermaksud penumpuan segala tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita, iaitu menegakkan syiar Islam.Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad. 

§     Menurut Abu a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan.Tetapi,satu perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi jihad dalam Islam. Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan tentera Islam pada zaman awal kebangkitan Islam. Menurut Mazhab Hanafi pula, jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di jalan Allah SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.          
           
§       Sesuai dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang kekafiran.                       
                                                                                                                                                    
Isi-isi Penting:

a) Jenis-jenis jihad.

1.  Jihad nyawa dan tenaga.

§  Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam.                                                                                                                                                                               
§  Jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban dianggap mati syahid. Contohnya,Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di Perang Uhud.

2.  Jihad harta.

§  Pengorbanan harta dan  wang juga termasuk dalam jihad fisabilillah. Bagi golongan kaya, mereka boleh berjihad dengan menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong golongan yang berada di medan perang                                
                           
§  Sebagai contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya dengan perjuangan menegakkan syiar Islam.

3. Jihad akal fikiran.

§  Sumbangan buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi manfaat kepada masyarakat dan negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.                                                  

§  Sebagai contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang beliau juga menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang Khandak.

4.  Jihad menuntut ilmu.

§  Menuntut ilmu adalah suatu jihad dalam Islam. Selain berjihad di medan perang,umat Islam jua disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.                         

§  Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan. Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya.

5.  Jihad menentang golongan munafik.

§  Jihad dalam kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung disebalik nama Islam.
§  Terdapat banyak ayat al-Quran yang membicarakan mengenai golongan munafik ini.       

       Antara dalil al-Quran yang terdapat surah at-Taubah ayat 73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan dan munafik ialah “Wahai Nabi,berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik,dan bertindak keras terhadap mereka.” 

6.  Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan kebenaran.

§  Umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah pemerintahan. Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati.               

§  Terdapat dalam dalil daripada al-Quran yang menggesa umat manusia melakukan kebaikan,iaitu surah al-Baqarah ayat 112,”Tidak,barang siapa yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati”.

7.  Jihad melawan nafsu.

§  Berjihad melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi dalam darjatnya disisi Islam. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan (manhaj) yang digariskan oleh Allah SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu Muslim adalah fardu ain.       

§  Mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima.

8.  Jihad menentang syaitan.

§  Syaitan ialah musuh manusia yang sebenar-benarnya.Buktinya banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan manusia. Misalnya,dendam Iblis kepada Nabi Adam a.s.  Terdapat dalil dalam suah al-Fatir ayat 6 yang membuktikan syaitan ialah musuh manusia”Sesungguhnya syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru”.                                           

§  Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana, kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.

b) Tujuan jihad dalam Islam:

1.  Menjaga kesucian agama Islam.      
                                                                                                                      
§  Dapat dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan al-Riddah yang merosakkan kesucian agama Islam yang mengaku menjadi nabi,enggan membayar zakat dan mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam(murtad).

2.  Menjaga keselamatan Negara Islam.                                                                                                                  
§  Tentera Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,baginda sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapi ancaman Quraisy yang mencetuskan Perang Badar,Perang Uhud dan Perang Ahzab.                                                                                                                                                        
§  Hal yang sama dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan Ghassan,tentera Islam digerakkan sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk.

3.  Menjaga maruah umat Islam.                 
                                                                                                    
§  Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh Yahudi  Bani Qainuqa’,tentera Islam dihantar dan bertindak mengepung perkampungan mereka seterusnya menyebabkan Yahudi berkenaan diusir dari bumi Madinah.

4.  Menghapuskan kezaliman.                    
                                                                                                 
§  Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti) memohon bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu Khalifah Umar menghantar  tentera  yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir.

Penutup:

§  Jihad merupakan elemen terpenting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim khususnya di medan perang.   Umat Islam akan berjihad di medan perang sekiranya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh.

§  Namun, umat Islam dilarang bertindak sewenang-wenangnya.Nabi Muhammad s.a.w telah menggariskan tatacara peperangan yang merangkumi aspek sebelum, semasa dan selepas peperangan.

Soalan 34: Huraikan etika peperangan dalam islam.

Pendahuluan

§  Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan tidak dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancamoleh musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan.

§  Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan perang, tentera Islam dikehendaki mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas peperangan.

Isi-isi penting

1.         Memerangi musuh seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Islam hnaya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.

2.         Membayar cukai jizyah. Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Ia sebagai simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.

3.         Mentaati arahan pemimpin atau ketua. Merupakan salah satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3 H akibat daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan (kecuaian pasukan pemanah meninggalkan posisi yang ditetapkan)

4.         Tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan negara Islam.

5.         Dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dadrurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if, harta-harta musuh Islam langsung tidak diusik.

6.         Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh setiap individu muslim yang terlibat dalam peperangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang paling ketara adalah kesetiaan umat Islam terhadap gencatan senjanta yang diputuskan dalam perjanjian hudaibiyah.

7.         Tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ini merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kecuali bagi musuh yang benar-benar berbahaya.

Penutup:

§  Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.

1.7.2 Peperangan dalam Islam

Soalan 35: Huraikan tujuan peperangan dalam Islam

Pendahuluan:

§  Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam sendiri membawa maksud aman (salam) dan kedamaian. Oleh itu, Islam tak menganjurkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa alasan dan sebab yang munasabah.

§  Peperangan yang diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah atau Fi Sabillah, iaitu sebagai tanda pengabdian individu Muslim hanya kepada Allah s.w.t.

Isi-isi penting :

1. Mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan.

§  Bagi mempertahankan diri dari sebarang serangan atau ancaman musuh, maka orang Islam dan Nabi Muhammad sendiri terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri. Sebagai contoh, pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qunaiqa’, Bani Nadir, dan Bani Quraizah terhadap perlembagaan Madinah. Mereka sentiasa mengancam masyarakat Islam Madinah.

§  Persekutuan Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah juga telah mencetuskan perang Azhab pada tahun ke-5 Hijrah. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan sebagai akibat, semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir dihukum bunuh bagi tujuan memberi pengajaran kepada orang Yahudi.

2. Mempertahankan agama.

§  Peperangan berlaku dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan memelihara kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam.

§  Sebagai contoh, peperangan Badar yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah disebabkan oleh orang Quraisy Makkah ingin menghapuskan Islam di Madinah. Musyrikin Makkah juga ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab bagi setiap orang Islam mempertahankan Syiar dan agama Islam supaya terus berkembang.

3. Mempertahankan kedaulatan negara.

§  Allah s.w.t tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah. Dengan mempertahankan negara, maka kedaulatan Islam akan dapat dipertahankan.

§  Imam Al- Ghazali menyatakan “Agama adalah asas, pemerintahan (negara) adalah pengawal. Sesuatu yang tiada asas akan hancur, sememtara sesuatu yang tiada pengawal akan lenyap. “

4. Mencari keamanan, keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.

§  Tujuan peperangan dalam Islam adalah untuk menyebarkan keamanan dalam kehidupan manusia. Justeru , Islam hanya akan memerangi golongan yang melakukan kezaliman dan enggan berdamai dengan umat Islam. Dengan menghapuskan golongan ini, kehidupan akan kembali aman, keadilan akan tertegak dan hak asasi kehidupan seperti harta benda , maruah dan nyawa akan terpelihara.

§  Islam mewajibkan umat Islam agar berkelakuan baik dan adil dengan golongan yang tidak melakukan sebarang kezaliman atau mencetuskan permusuhan dengan umat Islam.

5. Melindungi rumah ibadat.

§  Islam amat menitikberatkan pegangan agama dalam kehidupan manusia. Secara prinsipnya, Islam amat menghormati agama lain dan tidak mengenakan paksaan terhadap penganut agama lain untuk memeluk islam.

§  Peperangan dalam Islam, antara lain ialah bertujuan untuk menjaga kepentingan Islam dan kebebasan beragama seluruh manusia.

Penutup :

§  Kesimpulannya, Islam ialah agama yang damai dan cinta akan kedamaian dan juga keamanan. Mereka terlibat dalam peperangan kerana ingin mempertahankan diri, meneguhkan kedudukan, mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara, melindungi rumah ibadat, mencari keamanan, menegakkan keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.

Soalan 36: Jelaskan strategi peperangan yang dipraktikkan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Pendahuluan:

§  Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.

§  Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan Negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin, quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.

Isi-isi penting:

1.       Menguasai tempat strategik

§  Perang badar yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1000 orang.

§  Faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang stategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian, pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan.

2.    Kaedah bertahan/membuat benteng pertahanan dengan menggali parit

§  Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam.

§  Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang di turunkan Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.

3.       Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit

§  Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud. Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun, disebabkan oleh kecuaian para pemanah, Benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.

§  Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.

4.       Kaedah penyamaran.

§  Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.

§  Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

5.       Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

§  Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut kerana menjangkakan bahwa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
§  Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli oleh Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w dan tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

Penutup

§  Jihad merupakan elemen penting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu Muslim khususnya medan perang.
§  Umat Islam akan berjihad di medan perang seandainya agama, Negara dan maruah diri diancam oleh musuh.

Soalan 37:  Huraikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan  memberikan contoh-contoh yang sesuai.

Pendahuluan

§  Latar belakang Nabi Muhammad secara ringkas. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi. Ghazwah – peperangan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w – sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya telah membawa kepada pertempuran. Sariyyah – peperangan yang tidak disertai oleh Rasulullah – sebanyak 47 sariyyah.

§  Kepimpinan Nabi Muhammad merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam. Kesemua ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi peperangan.

Isi-isi penting

1. Contoh kepimpinan yang terbaik

§  Nabi Muhammad sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu, baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.

§  Walaupun berusia 50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.

2. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji

§  Nabi Muhammad s.a.w membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta mereka selepas tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.

§  Nabi Muhammad mematuhi disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak berperang dalam musim haji.

3. Sering berbincang dengan para sahabat

§  Dalam menghadapi musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat. Bukti ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan kuasa secara mutlak.

§  Dalam Perang Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.

4. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari

§  Nabi Muhammad telah menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan. Tindakan mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian belakang.

§   Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera Islam. Contoh, Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.

5. Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang

§  Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan. Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf – contoh dalam Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan – barisan hadapan bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan panah dan perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera.

§  Baginda menerima cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.

6. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk

§  Tanpa mengira pihak kawan ataupun pihak lawan. Contoh, Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif.

§  Nabi Muhammad adil mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam Perang Badar dan Perang Uhud.

7. Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan

§  Menguasai takungan air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana dahaga. Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar. Penyusunan barisan tentera Islam – dalam perang Uhud

§  Taktik bertahan – perang Uhud dan Khandak dan Taktik menggali parit – perang Khandak

8. Memberi kefahaman tentang konsep jihad

§  Menerangkan kepada tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang dalam Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan

§  Menampilkan keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani. Mempraktikkan taktik dan strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh, perang Ahzab, dll.

Kesimpulan

§  Kepimpinan Nabi Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui taktik dan strategi peperangan baginda.

§  Keadaan ini merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.

Soalan 38: Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dan  memperaktikkan  taktik dan strategi peperangan. Bincangkan taktik dan strategi  yang dilaksanakan oleh baginda.

Pendahuluan

§  Islam hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu.  Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah.   
§  Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan baginda menggunakan beberapa  rancangan strategi sebelum peperangan.
Isi-isi penting

1.       Taktik Perang

a)       Taktik Menunggu Musuh: Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas.

b)      Taktik al – Saf : Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.

c)       Taktik Menggali Parit : Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh  memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.

d)      Taktik Kepungan : Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan.

e)       Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar : Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh.

f)        Taktik Penyamaran : Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh akhirnya tewas.

2.       Strategi Perang

a)       Menguasai tempat strategik – contoh Perang Badar(2H).  Tindakan pantas tentera Islam menguasai kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud – Nabi Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.

b)      Menanti kedatangan musuh atau bertahan- Perang Khandak, atas cadangan Salman al Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota Madinah sebagai benteng.

c)       Tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka- Perang Tabuk, kesinambungan dari Perang Mu’tah(8H) berperang dengan tentera Byzantine yang besar jumlahnya.  Tidak mengejar musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh.  Ini memberi kemenangan moral kepada tentera Islam

d)      Mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi - Perang Ta’if, ke atas benteng pertahanan pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin Auf.  Nabi juga memberi amaran kepada Bani Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk di bawah pemerintahan Islam.  Strategi ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.

Kesimpulan :

§  Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan.
§  Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam.

Soalan 39: Huraikan strategi peperangan Zaman Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafa' al-Rasyidin.

Pendahuluan

§  Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.

§  Matlamat penubuhan angkatan tentera untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyirikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi. Pada zaman Rasullulah s.a.w, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah

Isi-isi penting:
       
1. Menguasai Tempat Strategik

§  Perang Badar berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang.

§  Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian , pihak musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan peperangan.

2. Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit

§  Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah Daripada serangan musuh Islam.

§  Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan musuh.

3. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit

§  Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud.

§  Ternyata keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meniggalkan posisi masing-masing.

4. Kaedah Penyamaran

§  Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.

§  Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa

6.       Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh

§  Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian tesebut kerana menjangkakan bahawa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam kelak.

§  Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli berikutan pihak Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w dan para tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.

6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka

§  Tindakan Nabi Yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh tentera Islam.

§  Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah meragut ramai syuhada seperti Zaid bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

Penutup

§  Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.

Soalan 40: Huraikan Peperangan yang berlaku Pada Zaman Nabi Muhammad SAW

Pendahuluan

·         Peperangan adalah bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Islam tidak menggalakkan peperangan dan pencerobohan ke atas negara-negara asing kerana ia adalah agama yang cintakan perdamaian. Objektif dan matlamat utama peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan ajaran agama Allah dan setelah diancam oleh musuh sama ada dalaman mahupun luaran.

·         Perang zaman nabi terbahagi kepada ghazwah (disertai nabi) dan sariyah (wakil kepada sahabat). Baginda telah menyertai 27 siri peperangan yang mana 9 drpnya membawa pertempuran, manakala 38 sariyah diwakilkan kepada sahabat nabi.

Isi-isi penting:

1.     Perang Badar

§  Perang Pertama yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 H / 624 M di antara orang Islam Madinah dengan Musyrikin Mekah. Dikenali Badar kerana ia berlaku di pinggir telaga antara Mekah dan Madinah yang dimiliki oleh Badr. Dikenali sebagai al-Furqan iaitu pemisah antara hak dan batil.

§  Perlawanan peringkat awal melibatkan 3 orang pahlawan Islam iaitu Ali Abi Talib, Saidina Hamzah dan Ubaydah yang berjaya membunuh al-Walid, Utbah dan Shaybah. Kemenangan oleh Tentera Islam seramai 313 menentang seramai 1,000 tentera musyrikin yang diketuai oleh Abu Sufyan dan Abu Jahal.

2.     Perang Uhud

§  Berlaku pada tahun 3H / 625 M. Pertempuran di Bukit Uhud yang berpunca daripada kekalahan puak Musyrikin Mekah dalam Perang Badar. Tentera musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan seramai 3,000 tentera yang terdiri daripada pelbagai suku Quraisy. Manakala Islam seramai 1,000 tentera. Tetapi 1/3 tentera pimpinan Abdullah bin Ubay ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Madinah.

§  Peringkat awal mencapai kemenangan namun disebabkan kelalaian tentera Islam, akhirnya tewas oleh tentera Musyrikin.

3.     Perang Khandak (al-Ahzab)

§  Tentera Yahudi dan Musyrikin seramai 10,000 telah melancarkan perang ke atas penduduk Islam di Madinah. Tentera Islam seramai 3,000 orang hanya bertahan di Madinah dengan menggunakan taktik Menggali Parit (al-Khandak) yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi, di sebelah utara Madinah dan dibahagian-bahagian lain dibentengi tamar dan bukit-bukau.

§  Tentera Musyrikin tidak berjaya menembusi benteng yang telah dibina mengelilingi Kota Madinah. Pihak nabi memecahbelahkan musuh dengan menghantar Na’im bin Mas’ud yang menyamar sebagai orang bukan Islam dan menemui musuh dengan tipu helah.

4.     Perang Muktah

§  Berlaku pada 8H / 630M di antara Madinah dengan Syria di bawah pengaruh Byzantine. Utusan nabi Harith bin Umayr al-Azdi untuk menyebarkan Islam ke Ghassan telah dibunuh.

§  Zaid bin Harithah dan seramai 3,000 tentera Islam dihantar menyerang Ghassan namun terpaksa berpatah balik kerana tentera musuh yang ramai 200,000 orang tentera.

5.     Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Mekah

§  Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun 6H / 628M iaitu atas dasar keinginan untuk menziarahi Kaabah Rombongan Nabi yang diketuai oleh Uthman al-Affan telah diutus untuk tujuan menyiasat kedudukan Kota Mekah dan memeterai perjanjian dengan Musyrikin Mekah.

§  Pada tahun 8H /  630M, nabi dan seramai 10,000 tentera telah ke Mekah dan tidak berlaku pertempuran darah kerana pemimpin Quraisy Abu Sufyan dan tokoh-tokoh lain telah memeluk Islam. Telah menguasai kota Mekah secara aman dan membuka kepada penyebaran Islam dengan lebih meluas lagi.

6.     Perang Hunayn dan Taif

§  Selepas 25 hari pembukaan Kota Mekah, kaum Musyrikin suku Hawazin dan Thaqih bertindak menyerang Kota Mekah yang diketuai oleh Malek bin Arf. Pertempuran berlaku di Lembah Hunayn dan memihak kepada tentera musuh walaupun bilangan tentera Islam yang ramai.

§  Pertempuran seterusnya berlaku di Bandar Taif. Namun, pihak Taif mengaku kalah kerana ramai daripada mereka yang telah memeluk Islam disebabkan keperibadian baik yang ditunjukkan oleh nabi.

7.     Perang Tabuk

§  Berlaku pada 9H / 631M di Utara Madinah sambungan daripada Perang Muktah di mana tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid berundur ke Madinah. Nabi sendiri mengetuai peperangan dengan membawa seramai 30,000 tentera menuju ke Tabuk. Perang terakhir yang diikuti oleh nabi sebelum baginda wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.

§  Nabi menghantar Khalid al-Walid Dumat al-Jandal dan berjaya menewaskan musuh. Tentera Byzantine mengalami kekalahan dan terpaksa berundur ke Utara Syria.

Penutup

§  Nabi sendiri mengetuai sebagai Panglima Perang

Soalan 41: Bincangkan peristiwa dan implikasi Perang Uhud pada Tahun Ketiga Hijrah kepada umat Islam dan Musyrikin Makkah.

Pendahuluan

§  Perang Uhud merupakan salah satu daripada siri peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W bagi melaksanakan jihad dan mendaulatkan agama Allah. Peperangan yang kedua dalam sejarah Islam ini berlaku di kaki Gunung Uhud pada pertengahan bulan Sya’ban tahun 3 hijrah di antara 3000 tentera Quraisy dengan 700 tentera Islam. Tentera Quraisy dipimpin oleh Abu Sufian manakala tentera Islam dipimpin Nabi Muhammad S.A.W sendiri.

§  Kaum Quraisy yang menerima kekalahan yang memalukan di Badar telah bertekad untuk membalas dendam dan menebus kembali maruah mereka.

Isi-Isi Penting:

 Peristiwa Perang Uhud

1.     Keinginan untuk membalas dendam di kalangan kaum Musyrikin Makkah atas kekalahan mereka semasa Perang Badar. Kekecewaan yang dirasakan itu bukanlah semata-mata ramainya tentera mereka terbunuh atau nilai harta benda yang bernilai sebanyak 5000 dinar yang dirampas oleh tentera Islam, tetapi yang lebih penting ialah kerana nama dan maruah yang selama ini sentiasa bermegah dengan kekuatan dan kejaguhan telah jatuh.

2.     Kemaraan Tentera Abu Sufian ke Kota Madinah. Untuk menghadapi tentera Islam , kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian berjumlah seramai 3000 orang yang terdiri daripada berbagai – bagai suku iaitu Quraisy , al – Ahabish ( Bani al – Harith , Kinanah dan Khuza’ah ) dan Arab Tihamah telah berlepas dari Kota Makkah pada bulan Sya’ban tahun 3 hijrah menuju ke utara.

3.     Berita ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W , kemudian baginda mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini lahir dua pendapat, pendapat pertama mencadangkan supaya pergi menyerang . Manakala pendapat kedua pula mengesyorkan supaya bertahan sahaja di Kota Madinah. Pada mulanya baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai 1000 orang di bawah pimpinan baginda telah meninggalkan kota Madinah untuk menemui kaum Musyrikin. Dalam pada itu , seramai 1/3 daripada jumlah tentera itu yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay , ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan kembali ke Makkah.Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir Bukit Jabal ( Uhud ) .

4.     Nabi Muhammad S.A.W telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan pertahanan dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lereng – lereng gunung.Pasukan pemanah ini diketuai oleh Abdullah bin Zubir. Strategi inilah yang telah menghancurkan barisan tentera Quraisy sehingga mereka akhirnya lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta yang banyak. Pasukan pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat lalu mereka meninggalkan lokasi masing – masing untuk turun merebut harta – harta rampasan.

5.     Pada peringkat awal peperangan ini memperlihatkan kemenangan di pihak Islam, tetapi pada akhirnya ramai tentera Islam terkorban. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah kaum muslimin khususnya pasukan pemanah yang ditempatkan di kawasan tinggi sekitar Bukit Uhud ini telah meninggalkan tempat tersebut kerana mengejar harta rampasan perang.

6.  Peluang ini digunakan oleh Khalid Al –Walid untuk mengumpulkan semula pasukan berkudanya dan mara dengan pantas untuk merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Setelah kubu strategi umat Islam itu jatuh, Khalid Al-Walid menyerbu tentera Islam dari belakang sehingga mereka bertempiaran lari.Akibatnya tentera Islam telah tertangkap dan akhirnya tertewas di tangan Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dan Khalid bin Al Walid Al – Makhzumi (Quraisy). Ramai antara sahabat –sahabat Nabi Muhammad S.A.W, termasuk bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a telah gugur syahid.

Implikasi peperangan

1.     Kabilah – kabilah Arab yang lain mula memandang rendah kepada umat Islam. Mereka mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Makkah. Malah ada yang berani membunuh umat Islam sewenang – wenangnya seperti Bani Bakar yang membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di suatu tempat bernama Bir – Mauna.

2.     Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad S.A.W mengirimkan pendakwah kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka telah dibunuh, manakala dua yang lain dibawa ke Makkah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum Qurasiy. Dua orang bersaudara bernama Tulaihah dan Salama bin Khuwailid telah berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi Muhammad S.A.W mendengar berita ini lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang untuk memerangi mereka terlebih dahulu.

3.     Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan percaya bahawa kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin bersemangat untuk berusaha mengalahkan umat Islam pada peperangan yang seterusnya.

4.     Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan Yahudi dan Munafikin di Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi pengajaran agar lebih patuh dan taat kepada arahan pemimpin pada masa – masa akan datang.

5.     Peperangan ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Makkah memang sentiasa berazam untuk menghancurkan umat Islam pada bila – bila masa sahaja dan tanpa diduga. Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati – hati dalam menghadapi serangan – serangan yang bakal diterima daripada musuh – musuh mereka.

6.     Bagi pihak umat Islam , mereka menerima pengajaran mengenai konsep ketaatan terhadap pemimpin dengan bayaran yang sangat mahal. Kekalahan itu mengajar mereka betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap mereka telah membawa padah yang amat besar.

7.     Namun umat Islam tidak bersedih selama- selamanya . Mereka mengambil iktibar daripada kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatu padu , berdisiplin , dan taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang seterusnya.

8.     Perang ini juga memberikan gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat dan bahaya – bahaya yang ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar umat Islam untuk lebih berhati–hati menghadapi golongan tersebut yang hanya bersemangat di bibir tetapi bukan di hati.

Penutup

§  Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.

1.7.3 Kepemimpinan

Soalan 42: Huraikan kepemimpinan Khalifah Salahuddin al-Ayyubi

Pengenalan

§  Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak kepada seorang gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.

§  Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

§  Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika itu, beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Oleh itu, urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Isi-isi Penting:

1. Menentang Tentera Salib

§  Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada umat Islam pada ketika itu. Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.

§  Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah menggantikan tempatnya. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.

2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis

§  Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin. Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.

§  Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi. Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayyubi. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.

3. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

§  Lane-Poole, seorang penulis Barat mengesahkan mengenai kebaikan hati Salahuddin mencegah rakyatnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.

§  Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama iaitu pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.

4. Memulih dan membangunkan negara

§  Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota Kaherah yang diawasi oleh arkitek yang bertujuan untuk mengawal negara daripada pencerobohan musuh. Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah yang menyediakan kemudahan petempatan dan pasaraya.

§  Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.

§  Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan gedung ubat-ubatan bagi membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut gred. Ruangan khas untuk wanita disediakan dan pesakit mental.

5. Memajukan aspek pendidikan

§  Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan cerdik pandai dan ulama ke negaranya. Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang dikenali dengan nama sistem al-Katib yang menjadi pusat pendidikan kanak-kanak mempelajarai al-Quran, menghadal hadis dll

§  Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar berperanan sebagai pusat pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.

6. Kemajuan dalam bidang ekonomi

§  Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah (tawanan perang) dan kharaj. Menumpukan kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan memberikan tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan teknik-teknik pertanian bagi tujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran negara.

§  Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat pertemuan dai timur dan barat. Membina banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria selain membaik pulih serta meluaskan pasar yang sedia ada.

Penutup:

§  Apa-apa yang berkaitan.

Soalan 43: Huraikan sumbangan Khalifah Salehuddin al-Ayyubi dalam Islam

Pengenalan

§  Nama  penuh  beliau  ialah  Salehuddin  Yusof  Bin Najmuddin  Ayub. Beliau  digelar  sebagai  Saladin, berketurunan  Kurdi  dari  kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di  wilayah Iran  pada  tahun 1138 M dan meninggal  dunia  pada  tahun  1193 M di Damsyik.

§  Merupakan  seorang  panglima  tentera, pemimpin & pentadbir negara yang  berbakat  tinggi dan masyhur  pada  zaman  perang  Salib.

Isi-isi Penting:

1.       Menentang Tentera Salib

§   Salehuddin mula menyertai  peperangan  pada tahun 1164 M apabila menyertai  ekspedisi  ketenteraan  Syria  bersama  bapa saudaranya, iaitu Shirkuh yg  dihantar oleh Khalifah  Nur al-Din.

§   Dalam peperangan ini, tentera  islam pimpinan Shirkuh telah berjaya  menewaskan  tentera  salib  yg  berada  di bawah pimpinan Amaury  I. Pada tahun 1169 M, tentera  islam jg  berjaya  menumpaskan  tentera salib  di Mesir.  Peperangan ini berlaku  disebabkan  tentera Salib  melanggar  perjanjian  damai yg  dimeterai.

2.       Dasar tolak ansur terhadap penganut Kristian

§   Meskipun tentera  Islam  telah  berjaya  menguasai  Baitulmuqaddis, orang-orang  kristian  tetap  diberi peluang  mengunjungi   kota suci  ini.  Melalui  perjanjian  damai yg  dimeterai  oleh Salehuddin  dengan  Richard The Lion Heart  di  Ramalah  pada 2 November 1192 M, pihak Islam  bersedia  memberi  kelonggaran  kepada  penganut Kristian  mengunjungi dan  beribadat  di  Baitulmuqaddis.

3.       Memulih dan membangunkan negara

§   Salehuddin  memberi  tumpuan  kepada pemulihan  benteng  kota Katherah.  Usaha  pemulihan  diawasi  oleh  seorang  jurutera bangunan, iaitu  al-Tawasyi Bahauddin. Benteng  ini  merangkumi  4  buah bandar  yg membentuk  kota Katherah.  Tujuan  pembinaan & pemulihan  ini  adalah  untuk  mengawal negara  daripada  pencerobohan   musuh.

§   Salehuddin  juga  mengarahkan  pembinaan  kubu Qal’ah al-Jabal  yg  terletak  di atas bukit bagi  membendung  saki  baki  musuh  yg  masih  berada di dalam kota Katherah. Beliau  jg membangunkan  Pulau al-Raudah  dan  al-Gizah.  Ibn Jubair  pernah  menjelaskan  bahawa pasar  besar  akan  diadakan  pada  setiap hari Ahad.

§   Beliau  juga  menubuhkan  Diwan Armada  yg  bertanggungjawab  menyelia  urusan pembinaan  kapal-kapal  perang  &  armada  perang  yg besar.  Salehuddin  turut  membina hospital , beliau mengubah  sebuah  dewan  yg  terletak  di dalam istana  oleh  Al-Aziz Bin Al-Muiz   untuk  dijadikan  sebuah  hospital dan dinamakan  Bimaristan al-Atiq. Sebuah bangunan  gedung  ubat-ubatan  jg  disediakan  bagi  membolehkan  ubat  diagihkan  kepada pesakit.

4.       Memajukan aspek pendidikan

§   Salehuddin  banyak  membina  sekolah  &  menjemput golongan  ulama   &   cerdik  pandai  ke  negaranya.  Memperkenalkan  sistem  pendidikan prasekolah  yg  dikenali  sebagai sistem  al-Katib.  Kanak-kanak  diajar  mempelajari  al-Quran, menghafal hadis,  kemahiran seni khat,  ilmu matematik,  syair,  kata-kata hikmat  & ibadat seperti solat berjemaah. 

§   Masjid  berperanan  sebagai   pusat  pembelajaran   yg  penting  khususnya  ilmu  keagamaan  seperti  ilmu  tafsir. Masjid  yg  terkenal pada  zamannya ialah Masjid Amru al-As,  Masjid al-Azhar,  Masjid al-Alttarin. Beliau sanggup  mewakafkan 32  buah  kedai untuk  dijadikan  sekolah, malah  turut  membiayai gaji  guru2x  yg  mengajar  di sekolah  yg  didirikan. Beliau juga  berusha  mengutamakan  pendidikan  berasaskan  mazhab  Sunni.

5.       Memajukan aspek ekonomi

§   Negara pada  zaman  pemerintahannya  memperoleh  sumber  pendapatan  yg  pelbagai  seperti  jizyah  yg  dikenakan  golongan  bukan  islam.  Fidyah  yg dibayar oleh  tawanan  perang  utk  menebus diri, harta  rampasan perang dan cukai tanah (kharaj).  Cukai-cukai  yang  membebankan telah dapat   dilaksanakan  sepenuhnya pada  zaman kerajaan Fatimiyyah  juga  dihapuskan.

§   Beliau  juga  menumpukan  perhatian  terhadap  sektor pertanian  dengan  memberikan  tumpuan  kepada penyediaan dan penyelenggaraan  sistem  terusan dan teknik-teknik  pertanian  agar  berlaku  peningkatan  produktiviti  dan  mengelakkan kekurangan  bekalan  makanan.  Beliau  juga  mengalakkan aktiviti  perdagangan.  Mesir  menjadi  pusat  pertemuan  para  pedagang  dari  Timur &  Barat.

Penutup:

§  Apa-apa yang berkaitan.


Soalan 44: Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Sultan Muhammad al-Fatih

Pendahuluan

     Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid lahir pada 29 Mac 1432 m di Adrianapolis dan meninggal pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 Tahun. Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya iaitu Sultan Murad II.

     Dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota Konstantinople. Baginda memerintah empayar yang luas selama 30 tahun di antara 1451 hingga 1481 M. Dianggap sebagai negarawan yang ulung dan seorang penglima tentera yang agung telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.

Isi-isi Penting:

1. Menawan Konstantinople

§  Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.

§  Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul. Ia telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
               
2. Kebebasan Beragama

§  Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka.

§  Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan atau diapa-apakan.

3. Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan

§  Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah penguasaannya serta menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea. Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada keluasa 2,214,000 km persegi.

§  Matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada cengkaman Kristian.

4. Mendirikan masjid dan bangunan-bangunan lain

§  Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina. Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.

§  Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk Gereja Besar St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang islam yang hari ini dikenali sebagai Masjid Aya Sofia.

5-Menambah bilangan penduduk Konstantinople

§  Mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman mereka kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga engarahkan negeri-negeri di bawah kekuasaannya menghantar wakil-wakil untuk memakmurkannya.

§  Sifat baik dan pemurah baginda merupakan factor utama kepada pertambahan penduduk dari luar.

6-Menyatukan Empayar di Utara Balkan

§  Tujuan penyatuan empayar adalah bagi mengelakkan serangan kaum Magyar dengan cara mengambil alih pemerintahan Serbia dan Berjaya menawan Belgrade ekoran krisis istana

§  Berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya. kesannya,kekuasaan Kerajaan Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.

7-Menghapuskan kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah

§  Pada tahun 1458, baginda Berjaya menjatuhkan kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil.

§  Kerajaan Uthmaniyyah telah Berjaya mengalahkan tentera Venice pada 1462, membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania.

Penutup:

§  Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M (886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.

Soalan 45: Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih dalam menawan Kota Konstantinople daripada Byzantine.

Pendahuluan:

§  Sultan Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda, Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang pemerintahannya.

§  Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Andrianapolis dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481M ketika berumur 49 tahun. Digelar Muhammad al-Fatih kerana kejayaan baginda membebaskan Kota Konstantinople. Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar yang begitu luas selama hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451M hingga 1481M.

Isi-isi penting:

1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.

§  Sepenjang dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Konstantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang faktor-faktor kelemahan kota tersebut.

§  Baginda juga turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tenteranya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.

2. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.

§  Angkatan tenteranya disertai para mujahidin seramai 265 000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah. Baginda mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli dibina di tebing sebelah Eropah, iaitu lebih kurang 8 kilometer jaraknya dari Kota Konstantinople bagi mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.

§  Baginda mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Kota Konstantinople apabila mereka diserang. Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam.

3. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.

§  Baginda membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya, terutama ketika mereka akan menghampiri dinding kubu Kota Konstantinople. Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265 000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir yang memecah kesunyian alam.

§  Tentera Islam diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama’ dan mengingatkan agar tentera Islam sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Baginda menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali semangat jihad para mujahid Islam yang semakin turun setelah jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53 hari.

4. Mengepung Kota Konstantinople.

§  Baginda telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota Konstantinople secara aman kepadanya, tetapi pemerintah Byzantine enggan. Kota Konstantinople mula telah dikepung dan mula diserang pada 19 April 1453M bersamaan dengan 12 Rabiulakhir 857H bersama tentera Islam seramai 265 000 orang. Kota tersebut dihujani oleh peluru daripada meriam raksasa selama 48 hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding kota tersebut.

§  Menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam digunakan dan berjaya menembusi dinding tengah kubu. Namun, berjaya dimusnahkan oleh tentera Byzantine.

5. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.

§  Angkatan tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah armada yang dihantar oleh Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan Muhammad al-Fatih menggunakan satu kaedah luar biasa. Kapal-kapal perang dibawa melalui jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn. Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.

§  Tentera Islam memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik yang besar serta mengibarkan bendera kerajaan Uthmanniyah. Namun, strategi tersebut berjaya dipatahkan dan mengakibatkan ramai tentera Islam syahid. Tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota tersebut. Akhirnya, baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Kota Konstantinople pada 29 Mei 1453M.

Penutup:

§  Sultan Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang ada pada zamannya bagi menjayakan usaha menawan Kota Konstantinople. Baginda telah dapat membuktikan tentang kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.

§  Nama Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Uthmanniyah. Gereja Besar St. Sophies juga kemudiannya telah ditukar menjadi Masjid Aya Sofia.

1 ulasan:

  1. Do you need a Loan?
    Are you looking for Finance?
    Are you looking for a Loan to enlarge your business?
    I think you have come to the right place.
    We offer Loans at low interest rate.
    Interested people should please contact us on
    For immediate response to your application, Kindly
    reply to this emails below only.
    Whats-app +918256953815
    ushaservicesonline@gmail.com
    Please, do provide us with the Following information if interested.

    1) Full Name:………
    2) Gender:………
    3) Loan Amount Needed:………
    4) Loan Duration:………
    5) Country:………
    6) Home Address:………
    7) Mobile Number:………
    8)Monthly Income:…………………
    9)Occupation:………………………
    )Which site did you here about us…………………

    Thanks and Best Regards.
    ushaservicesonline@gmail.com
    +918256953815

    BalasPadam