1.7.1 Jihad dalam Islam
Soalan 33: Huraikan jenis-jenis dan tujuan jihad dalam Islam.
Pendahuluan:
§ Perkataan
jihad berasal daripada bahasa Arab,iaitu al-Jahdu dan al-Jihad yang bermaksud
pengerahan segenap tenaga manusia untuk mendapat sesuatu yang diingini atau
menolak sesuatu yang dibenci. Dari segi bahasa, bermaksud penumpuan segala
tenaga dan usaha untuk mencapai suatu cita-cita, iaitu menegakkan syiar
Islam.Setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang jihad.
§ Menurut Abu
a’la al Maududi, jihad dalam Islam bukan sekadar perjuangan.Tetapi,satu
perjuangan di jalan Allah SWT dan fissabilillah merupakan syarat utama bagi
jihad dalam Islam. Jihad memperkukuhkan ketahanan dan pertahanan angkatan
tentera Islam pada zaman awal kebangkitan Islam. Menurut Mazhab Hanafi pula,
jihad ialah mengajak orang kafir ke dalam pelukan Dil al-Haqq dan memerangi mereka
yang menolaknya. Menurut Mazhab Shafie, jihad sebagai berperang di jalan Allah
SWT dan mengerahkan segala kemampuan untuk memerangi orang kafir.
§ Sesuai
dengan maksud Islam yang bererti kesejahteraan, Islam tidak menggalakkan peperangan. Namun
peperangan dibenarkan untuk menyelamatkan manusia daripada jurang
kekafiran.
Isi-isi Penting:
a) Jenis-jenis jihad.
1. Jihad nyawa dan tenaga.
§ Jihad yang
paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama
Islam.
§ Jihad
sebegini adalah jihad di medan perang dan mereka yang terkorban dianggap mati
syahid. Contohnya,Saidina Hamzah telah gugur atau syahid di Perang Uhud.
2. Jihad harta.
§ Pengorbanan
harta dan wang juga termasuk dalam jihad
fisabilillah. Bagi golongan kaya, mereka boleh berjihad dengan menyumbang dalam
bentuk kewangan bagi menyokong golongan yang berada di medan perang
§ Sebagai
contoh, Saidina Abu Bakar al-Siddiq menyerahkan hartanya dengan perjuangan menegakkan
syiar Islam.
3. Jihad akal fikiran.
§ Sumbangan
buah fikiran dan idea yang bernas serta memberi manfaat kepada masyarakat dan
negara tergolong dalam ciri-ciri jihad di jalan Allah SWT.
§ Sebagai
contoh, Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang beliau juga
menyumbangkan idea dalam pembinaan parit dalam Perang Khandak.
4. Jihad menuntut ilmu.
§ Menuntut
ilmu adalah suatu jihad dalam Islam. Selain berjihad di medan perang,umat Islam
jua disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Bagi memastikan umat Islam
tidak ketinggalan dalam setiap lapangan.
§ Umat Islam
digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada fardu ain seperti
fikah dan tauhid atau fardu kifayah seperti sains,perubatan dan kejuruteraan.
Tujuannya supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain,bahkan fardu
kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang
mempelajarinya.
5. Jihad menentang golongan munafik.
§ Jihad dalam
kategori ini bermaksud menentang golongan yang berselindung disebalik nama
Islam.
§ Terdapat
banyak ayat al-Quran yang membicarakan mengenai golongan munafik ini.
Antara dalil al-Quran yang terdapat
surah at-Taubah ayat 73 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan dan
munafik ialah “Wahai Nabi,berjihadlah menentang orang-orang kafir dan
orang-orang munafik,dan bertindak keras terhadap mereka.”
6. Jihad menentang kemungkaran dan mempertahankan
kebenaran.
§ Umat Islam
juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman dalam sesebuah
pemerintahan. Segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah
ditentang sama ada melalui perbuatan,perkataan ataupun dengan hati.
§ Terdapat
dalam dalil daripada al-Quran yang menggesa umat manusia melakukan
kebaikan,iaitu surah al-Baqarah ayat 112,”Tidak,barang siapa yang menyerahkan
diri sepenuhnya kepada jalan Allah dan dia berbuat baik akan mendapat pahala di
sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih
hati”.
7. Jihad melawan nafsu.
§ Berjihad
melawan nafsu ialah jihad yang paling tinggi dalam darjatnya disisi Islam.
Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menurut jalan (manhaj) yang
digariskan oleh Allah SWT.Perjuangan melawan nafsu dalam diri setiap individu
Muslim adalah fardu ain.
§ Mencari
petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu tergolong dalam jihad melawan
nafsu,iaitu berusaha tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran
Islam,menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran
yang diterima.
8. Jihad menentang syaitan.
§ Syaitan
ialah musuh manusia yang sebenar-benarnya.Buktinya banyak ayat al-Quran yang
menjelaskan permusuhan di antara syaitan dengan manusia. Misalnya,dendam Iblis kepada
Nabi Adam a.s. Terdapat dalil dalam suah
al-Fatir ayat 6 yang membuktikan syaitan ialah musuh manusia”Sesungguhnya
syaitan itu seteru bagi mu maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru”.
§ Jihad menentang
syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain kerana setiap
manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini
kerana, kedua-duanya menjadi musuh di dalam diri mereka sendiri.
b) Tujuan jihad dalam
Islam:
1. Menjaga kesucian agama Islam.
§ Dapat
dilihat dengan ketara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin. Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq membentuk 11 pasukan tentera bagi menggempur golongan al-Riddah yang
merosakkan kesucian agama Islam yang mengaku menjadi nabi,enggan membayar zakat
dan mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam(murtad).
2. Menjaga keselamatan Negara Islam.
§ Tentera
Islam digerakkan atau dibentuk sebaik sahaja ada ancaman. Pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w,baginda sendiri terpaksa membentuk tentera tatkala menghadapi
ancaman Quraisy yang mencetuskan Perang Badar,Perang Uhud dan Perang
Ahzab.
§ Hal yang sama
dilakukan apabila Rom mengancam di sempadan Ghassan,tentera Islam digerakkan
sehingga mencetuskan Perang Mu’tah dan Perang Tabuk.
3. Menjaga maruah umat Islam.
§ Pada zaman
Nabi Muhammad s.a.w,apabila maruah seorang wanita Islam dihina oleh Yahudi Bani Qainuqa’,tentera Islam dihantar dan
bertindak mengepung perkampungan mereka seterusnya menyebabkan Yahudi berkenaan
diusir dari bumi Madinah.
4. Menghapuskan kezaliman.
§ Pada zaman
pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, penduduk Mesir (kaum Qibti) memohon
bantuan agar tentera Islam membebaskan Mesir daripada kezaliman Rom, lalu
Khalifah Umar menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru bin al-As yang
membawa kepada pertapakan Islam sepenuhnya di bumi Mesir.
Penutup:
§ Jihad
merupakan elemen terpenting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu
Muslim khususnya di medan perang. Umat
Islam akan berjihad di medan perang sekiranya agama, negara dan maruah diri
diancam oleh musuh.
§ Namun, umat
Islam dilarang bertindak sewenang-wenangnya.Nabi Muhammad s.a.w telah
menggariskan tatacara peperangan yang merangkumi aspek sebelum, semasa dan
selepas peperangan.
Soalan 34: Huraikan etika peperangan dalam islam.
Pendahuluan
§ Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan
tidak dapat dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancamoleh
musuh. Hal ini bersesuaian dengan sifat agama islam yang mementingkan
kesejahteraan dan keamanan.
§ Walau bagaimanapun, ketika menghadapi musuh di medan
perang, tentera Islam dikehendaki mematuhi etika peperangan yang ditetapkan
sama ada situasi sebelum, semasa atau selepas peperangan.
Isi-isi penting
1.
Memerangi musuh
seandainya mereka diperangi terlebih dahulu. Islam hnaya membenarkan umatnya mengangkat senjata seandainya mereka
diperangi terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang
Badar. Sewaktu itu, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang
menceroboh, barulah peperangan secara besar-besaran dilaksanakan.
2.
Membayar cukai jizyah. Pihak musuh yang enggan menerima Islam tetapi sanggup berada di bawah
naungan kerajaan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah. Ia sebagai
simbol balasan kerajaan Islam melindungi harta dan nyawa mereka.
3.
Mentaati arahan
pemimpin atau ketua. Merupakan salah
satu etika yang amat penting tatkala peperangan berlaku. Hal ini bertujuan
memastikan segala perancangan memberikan impak yang positif. Contoh yang paling
jelas ialah kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud pada tahun 3 H akibat
daripada tentera Islam tidak akur dengan arahan (kecuaian pasukan pemanah
meninggalkan posisi yang ditetapkan)
4.
Tidak boleh
memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya. Dalam ekspedisi peperangan tentera Islam, golongan
kanak-kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta tidak boleh
diperangi. Berdasarkan etika inilah golongan-golongan ini tidak dikenakan jizyah
pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan
negara Islam.
5.
Dilarang
merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dadrurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan serta
kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika peristiwa
Rasulullah s.a.w mengepung kota Ta’if, harta-harta musuh Islam langsung tidak
diusik.
6.
Sebarang
perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh setiap
individu muslim yang terlibat dalam peperangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Contoh yang paling ketara adalah kesetiaan umat Islam terhadap
gencatan senjanta yang diputuskan dalam perjanjian hudaibiyah.
7.
Tawanan perang
akan dilayan dengan baik. Ini merupakan
salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w kecuali bagi
musuh yang benar-benar berbahaya.
Penutup:
§ Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja
menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi malah ia merupakan
strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.
1.7.2 Peperangan dalam Islam
Soalan 35: Huraikan tujuan peperangan dalam Islam
Pendahuluan:
§ Islam ialah
agama damai dan cinta akan keamanan dan kedamaian kerana perkataan Islam
sendiri membawa maksud aman (salam) dan kedamaian. Oleh itu, Islam tak
menganjurkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau
negara lain tanpa alasan dan sebab yang munasabah.
§ Peperangan
yang diistilahkan dengan jihad ialah peperangan di jalan Allah atau Fi Sabillah,
iaitu sebagai tanda pengabdian individu Muslim hanya kepada Allah s.w.t.
Isi-isi penting :
1. Mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan.
§ Bagi
mempertahankan diri dari sebarang serangan atau ancaman musuh, maka orang Islam
dan Nabi Muhammad sendiri terpaksa mengangkat senjata bagi mempertahankan diri.
Sebagai contoh, pencabulan orang Yahudi seperti Bani Qunaiqa’, Bani Nadir, dan
Bani Quraizah terhadap perlembagaan Madinah. Mereka sentiasa mengancam
masyarakat Islam Madinah.
§ Persekutuan
Yahudi Bani Nadir, Bani Quraizah dan Musyrikin Makkah juga telah mencetuskan
perang Azhab pada tahun ke-5 Hijrah. Kemenangan berpihak kepada orang Islam dan
sebagai akibat, semua lelaki dewasa Yahudi Bani Nadir dihukum bunuh bagi tujuan
memberi pengajaran kepada orang Yahudi.
2. Mempertahankan agama.
§ Peperangan
berlaku dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Allah (Islam) dan memelihara
kehormatan dan keutuhan agama Islam, masyarakat dan negara Islam.
§ Sebagai
contoh, peperangan Badar yang berlaku pada tahun ke-2 Hijrah disebabkan oleh
orang Quraisy Makkah ingin menghapuskan Islam di Madinah. Musyrikin Makkah juga
ingin melemahkan penguasaan orang Islam di Madinah. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab bagi setiap orang Islam mempertahankan Syiar dan agama Islam supaya
terus berkembang.
3. Mempertahankan kedaulatan negara.
§ Allah s.w.t
tidak mengizinkan orang Islam berperang melainkan setelah orang Islam diancam
di dalam negaranya sendiri seperti di Madinah. Dengan mempertahankan negara,
maka kedaulatan Islam akan dapat dipertahankan.
§ Imam Al-
Ghazali menyatakan “Agama adalah asas, pemerintahan (negara) adalah pengawal.
Sesuatu yang tiada asas akan hancur, sememtara sesuatu yang tiada pengawal akan
lenyap. “
4. Mencari keamanan, keadilan dan melindungi hak asasi kehidupan.
§ Tujuan
peperangan dalam Islam adalah untuk menyebarkan keamanan dalam kehidupan
manusia. Justeru , Islam hanya akan memerangi golongan yang melakukan kezaliman
dan enggan berdamai dengan umat Islam. Dengan menghapuskan golongan ini,
kehidupan akan kembali aman, keadilan akan tertegak dan hak asasi kehidupan
seperti harta benda , maruah dan nyawa akan terpelihara.
§ Islam
mewajibkan umat Islam agar berkelakuan baik dan adil dengan golongan yang tidak
melakukan sebarang kezaliman atau mencetuskan permusuhan dengan umat Islam.
5. Melindungi rumah ibadat.
§ Islam amat
menitikberatkan pegangan agama dalam kehidupan manusia. Secara prinsipnya,
Islam amat menghormati agama lain dan tidak mengenakan paksaan terhadap
penganut agama lain untuk memeluk islam.
§ Peperangan
dalam Islam, antara lain ialah bertujuan untuk menjaga kepentingan Islam dan
kebebasan beragama seluruh manusia.
Penutup :
§ Kesimpulannya,
Islam ialah agama yang damai dan cinta akan kedamaian dan juga keamanan. Mereka
terlibat dalam peperangan kerana ingin mempertahankan diri, meneguhkan
kedudukan, mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara, melindungi
rumah ibadat, mencari keamanan, menegakkan keadilan dan melindungi hak asasi
kehidupan.
Soalan 36: Jelaskan strategi peperangan yang dipraktikkan oleh tentera
Islam pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Pendahuluan:
§ Sesungguhnya
Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang
membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk
angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
§ Matlamat
penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan Negara, maruah serta
kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin,
quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi.
Isi-isi penting:
1.
Menguasai
tempat strategik
§ Perang badar
yang berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam dengan Quraisy Makkah. Meskipun
bilangan tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, namun mereka berjaya
mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1000 orang.
§ Faktor
kemenangan tentera Islam ialah mereka bertindak pantas dengan menguasai tempat
yang stategik, iaitu menguasai kawasan punca air. Dengan demikian, pihak musuh
keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan
seterusnya mencetuskan peperangan.
2. Kaedah
bertahan/membuat benteng pertahanan dengan menggali parit
§ Kaedah ini
mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi
bagi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam.
§ Kejanggalan
pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan
pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang di turunkan Allah SWT
telah memecahbelahkan tentera musuh.
3.
Menempatkan
Pasukan Pemanah di Atas Bukit
§ Dalam Perang
Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki
(infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi,
iaitu di atas Bukit Uhud. Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh.
Namun, disebabkan oleh kecuaian para pemanah, Benteng pertahanan tentera Islam
menjadi lemah.
§ Kekalahan
ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan
hingga menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.
4.
Kaedah
penyamaran.
§ Ketika Perang
Ahzab, seorang sahabat Nu’aim bin Mas’ud telah diarahkan memecahbelahkan
benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yang akhirnya
menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
§ Begitu juga
dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang hanya memakai pakaian biasa
menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.
5.
Memeterai
Perjanjian Persahabatan dengan Musuh
§ Meskipun
para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi Muhammad s.a.w kerana menerima
syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah, baginda tetap menerima syarat perjanjian
tersebut kerana menjangkakan bahwa kemenangan pasti akan berpihak kepada Islam
kelak.
§ Ternyata
telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy Makkah telah mencabuli perjanjian
tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli oleh Quraisy Makkah, maka Nabi
Muhammad s.a.w dan tentera Islam yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak
balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.
Penutup
§ Jihad
merupakan elemen penting yang diterapkan dalam perjuangan setiap individu
Muslim khususnya medan perang.
§ Umat Islam
akan berjihad di medan perang seandainya agama, Negara dan maruah diri diancam
oleh musuh.
Soalan
37: Huraikan
kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w dalam bidang ketenteraan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.
Pendahuluan
§ Latar belakang Nabi Muhammad
secara ringkas. Dua jenis peperangan pada zaman Nabi. Ghazwah – peperangan yang
disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w – sebanyak 28 ghazwah, sembilan daripadanya
telah membawa kepada pertempuran. Sariyyah – peperangan yang tidak disertai
oleh Rasulullah – sebanyak 47 sariyyah.
§ Kepimpinan Nabi Muhammad
merupakan contoh utama (uswah hasanah) kepada kepimpinan tentera Islam. Kesemua
ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh baginda mencapai kejayaan yang
menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam merangka taktik dan strategi
peperangan.
Isi-isi penting
1. Contoh kepimpinan yang terbaik
§ Nabi Muhammad
sering memberikan contoh kepimpinan yang terbaik kepada umatnya. Oleh itu,
baginda semakin dihormati oleh pengikut-pengikutnya dan disegani oleh
musuh-musuh. Kepimpinan baginda menjadi contoh kepada para sahabat seperti
Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Sayyidina Umar bin al-Khattab, Sayyidina Ali bin
Abi Talib dan Khalid bin al-Walid.
§ Walaupun berusia
50-an, baginda memimpin sendiri peperangan-peperangan penting seperti Perang
Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak bagi menentang musuh.
2. Menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji
§ Nabi Muhammad s.a.w
membebaskan Malek bin Auf dan keluarganya serta seluruh harta mereka selepas
tamat Perang Taif sebagai memenuhi janjinya sekiranya Malek bin Auf menyerah
diri. Tindakan baginda yang berpegang pada janji telah menawan hati
musuh-musuhnya sehingga Malek bin Auf telah memeluk Islam.
§ Nabi Muhammad mematuhi
disiplin peperangan seperti mematuhi undang-undang tradisional yang tidak
berperang dalam musim haji.
3. Sering berbincang dengan para sahabat
§ Dalam menghadapi
musuh, Nabi Muhammad s.a.w sentiasa meminta pendapat sahabat-sahabat. Bukti
ketinggian peribadi seorang jeneral perang. Nabi Muhammad tidak menggunakan
kuasa secara mutlak.
§ Dalam Perang
Khandak – Rasulullah menerima cadangan Salman al-Farisi untuk menggali parit
sebagai benteng pertahanan umat Islam di sekeliling Madinah.
4. Menyarankan tidak mengejar musuh yang lari
§ Nabi Muhammad telah
menasihati tentera Islam supaya tidak mengejar musuh yang lari meninggalkan
medan peperangan – menunjukkan bahawa tentera Islam tidak ganas dan agresif
serta berperang secara adil iaitu menentang musuh yang melawan. Tindakan
mengejar musuh akan menjejaskan benteng pertahanan pasukan Islam di bahagian
belakang.
§ Ini berkemungkinan pihak musuh sengaja
melakukan taktik melarikan diri kerana ingin memecahkan formasi pasukan tentera
Islam. Contoh, Nabi tidak mengejar musuh yang lari dalam Perang Taif.
5. Akal dan Ilmu Pengetahuan yang Sejajar sebagai seorang ketua perang
§ Nabi Muhammad s.a.w
ialah seorang yang amat pintar dalam mengatur taktik dan strategi ketenteraan.
Baginda menyusun tentera berdasarkan sistem berbaris atau al-saf – contoh dalam
Perang Badar – Rasulullah menyusun tentera dalam dua barisan – barisan hadapan
bersenjatakan tombak dan perisai, barisan belakang – bersenjatakan panah dan
perisai dan setiap barisan didahului dengan pembawa bendera.
§ Baginda menerima
cadangan Salman al-Farisi supaya menggali parit di sekeliling kota Madinah.
6. Menegaskan konsep Keadilan Terhadap Makhluk
§ Tanpa mengira pihak
kawan ataupun pihak lawan. Contoh, Perang Taif, Nabi Muhammad memulangkan harta
rampasan perang setelah diminta oleh penduduk Taif.
§ Nabi Muhammad adil
mengagihkan harta-harta rampasan kepada tentera Islam. Contoh, dalam Perang
Badar dan Perang Uhud.
7. Bijak mengatur taktik dan strategik yang berkesan
§ Menguasai takungan
air dalam peperangan Badar– tentera musyrikin tidak mempunyai kekuatan kerana
dahaga. Menggunakan taktik menunggu – dalam perang Badar. Penyusunan barisan
tentera Islam – dalam perang Uhud
§ Taktik bertahan –
perang Uhud dan Khandak dan Taktik menggali parit – perang Khandak
8. Memberi kefahaman tentang konsep jihad
§ Menerangkan kepada
tentera Islam tentang tujuan berperang adalah untuk meninggikan syiar Islam
hanya kerana Allah. Menghormati peraturan-peraturan peperangan dan etika perang
dalam Islam. Mempraktikkan akhlak mulia kepada pihak kawan dan lawan
§ Menampilkan
keberanian sebagai tentera Islam yang gagah berani. Mempraktikkan taktik dan
strategi dalam peperangan hingga beroleh kejayaan. Contoh, perang Ahzab, dll.
Kesimpulan
§ Kepimpinan Nabi
Muhammmad sebagai seorang panglima yang agung sememangnya terserlah melalui
taktik dan strategi peperangan baginda.
§ Keadaan ini
merupakan faktor kejayaan ekspedisi ketenteraan baginda dan faktor utama ialah
pertolongan dan bantuan Allah s.w.t.
Soalan
38: Nabi Muhammad S.A.W. telah terlibat dalam beberapa siri peperangan dan memperaktikkan taktik dan strategi peperangan. Bincangkan
taktik dan strategi yang dilaksanakan
oleh baginda.
Pendahuluan
§ Islam
hanya menggalakkan peperangan setelah turunnya wahyu. Peperangan hanyalah bertujuan mempertahankan
kedaulatan Islam daripada ancaman musuh. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.,
baginda telah menyertai dua jenis peperangan iaitu sariyah dan ghazwah.
§
Kejayaan
dalam setiap peperangan disebabkan baginda menggunakan beberapa rancangan strategi sebelum peperangan.
Isi-isi
penting
1. Taktik
Perang
a)
Taktik
Menunggu Musuh: Digunakan
oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan
musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera
Islam menyerang balas.
b)
Taktik
al – Saf : Digunakan
dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama
di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua
bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera
Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang.
c)
Taktik
Menggali Parit : Digunakan
oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000
orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera
musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota.
Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh.
d) Taktik Kepungan : Digunakan sewaktu tentera Islam
menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga
berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan
serangan.
e) Taktik Membiarkan Musuh Tanpa
Dikejar : Dilaksanakan
oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam
dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam
hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan
tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh
musuh.
f)
Taktik
Penyamaran : Digunakan
sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai
musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi. Musuh
akhirnya tewas.
2.
Strategi Perang
a)
Menguasai tempat strategik – contoh Perang Badar(2H). Tindakan pantas tentera Islam menguasai
kawasan punca air yang menyebabkan musuh keputusan bekalan. Perang Uhud – Nabi
Muhammad s.a.w meletakkan tentera di atas Bukit Uhud.
b)
Menanti kedatangan musuh atau
bertahan- Perang
Khandak, atas cadangan Salman al Farisi, sebuah parit digali di sekeliling kota
Madinah sebagai benteng.
c)
Tidak mengejar musuh yang lari ke
sempadan mereka- Perang
Tabuk, kesinambungan dari Perang Mu’tah(8H) berperang dengan tentera Byzantine
yang besar jumlahnya. Tidak mengejar
musuh bagi mengelak tentera Islam dari terperangkap dengan strategi musuh. Ini memberi kemenangan moral kepada tentera
Islam
d)
Mengepung dan menyerang secara
bertubi-tubi - Perang
Ta’if, ke atas benteng pertahanan pihak musuh di bawah pimpinan Malik bin
Auf. Nabi juga memberi amaran kepada
Bani Thaqif untuk membakar kebun seandainya mereka enggan menyerah atau tunduk
di bawah pemerintahan Islam. Strategi
ini turut digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fatih.
Kesimpulan
:
§ Peperangan dalam Islam bertujuan
untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan
Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi
peperangan.
§ Tentera Islam mementingkan
akidah, akhlak dan syariat Islam.
Soalan 39: Huraikan strategi peperangan Zaman
Nabi Muhammad s.a.w dan Khulafa' al-Rasyidin.
Pendahuluan
§ Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun
setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi
Muhammad s.a.w telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh
golongan Muhajirin dan Ansar.
§ Matlamat penubuhan angkatan tentera untuk mempertahankan
negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya
golongan musyirikin Quraisy, Yahudi, serta Rom dan Parsi. Pada zaman Rasullulah
s.a.w, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah dan ghazwah
Isi-isi penting:
1. Menguasai Tempat Strategik
§ Perang Badar berlaku pada 2 H melibatkan umat Islam
dengan Quraisy Makkah. Meskipun bilangan tentera berjumlah 313 orang, namun
mereka berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1 000 orang.
§ Antara faktor kemenangan tentera Islam ialah mereka
bertindak pantas dengan menguasai tempat yang strategik, iaitu menguasai
kawasan punca air. Dengan demikian , pihak musuh keputusan bekalan air sehingga
memaksa mereka menceroboh benteng tentera Islam dan seterusnya mencetuskan
peperangan.
2. Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan
dengan Menggali Parit
§ Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang
sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah Daripada serangan
musuh Islam.
§ Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan
sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut
taufan yang diturunkan Allah SWT telah memecahbelahkan musuh.
3. Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit
§ Dalam Perang Uhud, Nabi Muhammad s.a.w telah merangka
strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh
pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud.
§ Ternyata keadah ini telah berjaya mengalahkan musuh.
Namun disebabkan kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam
menjadi lemah. Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta
musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meniggalkan posisi
masing-masing.
4. Kaedah Penyamaran
§ Ketika Perang Ahzab, seorang sahabat Nu'aim bin Mas'ud
telah diarahkan memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan Quraisy dan
Yahudi yang akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
§ Begitu juga dengan tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang
hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan
sebagaimana tentera biasa
6.
Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan
Musuh
§ Meskipun para sahabat mempertikaikan tindakan Nabi
Muhammad s.a.w kerana menerima syarat-syarat perjanjian Hudaibiyah, baginda
tetap menerima syarat perjanjian tesebut kerana menjangkakan bahawa kemenangan
pasti akan berpihak kepada Islam kelak.
§ Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy
Makkah telah mencabuli perjanjian tersebut. Akibat syarat perjanjian dicabuli
berikutan pihak Quraisy Makkah, maka Nabi Muhammad s.a.w dan para tentera Islam
yang berjumlah 10 000 orang telah bertindak balas dan berjaya membuka kota
Makkah tanpa sebarang pertumpahan darah.
6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan
Mereka
§ Tindakan Nabi Yang mengarahkan agar tidak mengejar musuh
yang lari ke sempadan mereka sewaktu Perang Mu'tah juga merupakan salah satu strategi
yang digunakan oleh tentera Islam.
§ Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam
terperangkap dengan strategi musuh. Apatah lagi peperangan tersebut juga telah
meragut ramai syuhada seperti Zaid
bin Harithah, Ja'afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.
Penutup
§ Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja
menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan
strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.
Soalan 40: Huraikan Peperangan yang berlaku
Pada Zaman Nabi Muhammad SAW
Pendahuluan
·
Peperangan
adalah bertujuan untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara. Islam
tidak menggalakkan peperangan dan pencerobohan ke atas negara-negara asing
kerana ia adalah agama yang cintakan perdamaian. Objektif dan matlamat utama
peperangan dalam Islam adalah untuk menegakkan ajaran agama Allah dan setelah
diancam oleh musuh sama ada dalaman mahupun luaran.
·
Perang zaman
nabi terbahagi kepada ghazwah (disertai nabi) dan sariyah (wakil kepada
sahabat). Baginda telah menyertai 27 siri peperangan yang mana 9 drpnya membawa
pertempuran, manakala 38 sariyah diwakilkan kepada sahabat nabi.
Isi-isi penting:
1.
Perang Badar
§ Perang Pertama yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 H / 624
M di antara orang Islam Madinah dengan Musyrikin Mekah. Dikenali Badar kerana
ia berlaku di pinggir telaga antara Mekah dan Madinah yang dimiliki oleh Badr. Dikenali
sebagai al-Furqan iaitu pemisah antara hak dan batil.
§ Perlawanan peringkat awal melibatkan 3 orang pahlawan
Islam iaitu Ali Abi Talib, Saidina Hamzah dan Ubaydah yang berjaya membunuh
al-Walid, Utbah dan Shaybah. Kemenangan oleh Tentera Islam seramai 313
menentang seramai 1,000 tentera musyrikin yang diketuai oleh Abu Sufyan dan Abu
Jahal.
2.
Perang Uhud
§ Berlaku pada tahun 3H / 625 M. Pertempuran di Bukit Uhud
yang berpunca daripada kekalahan puak Musyrikin Mekah dalam Perang Badar. Tentera
musyrikin diketuai oleh Abu Sufyan seramai 3,000 tentera yang terdiri daripada
pelbagai suku Quraisy. Manakala Islam seramai 1,000 tentera. Tetapi 1/3 tentera
pimpinan Abdullah bin Ubay ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera
Islam dan kembali ke Madinah.
§ Peringkat awal mencapai kemenangan namun disebabkan
kelalaian tentera Islam, akhirnya tewas oleh tentera Musyrikin.
3.
Perang Khandak (al-Ahzab)
§ Tentera Yahudi dan Musyrikin seramai 10,000 telah
melancarkan perang ke atas penduduk Islam di Madinah. Tentera Islam seramai
3,000 orang hanya bertahan di Madinah dengan menggunakan taktik Menggali Parit
(al-Khandak) yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi, di sebelah utara Madinah
dan dibahagian-bahagian lain dibentengi tamar dan bukit-bukau.
§ Tentera Musyrikin tidak berjaya menembusi benteng yang
telah dibina mengelilingi Kota Madinah. Pihak nabi memecahbelahkan musuh dengan
menghantar Na’im bin Mas’ud yang menyamar sebagai orang bukan Islam dan menemui
musuh dengan tipu helah.
4.
Perang Muktah
§ Berlaku pada 8H / 630M di antara Madinah dengan Syria di
bawah pengaruh Byzantine. Utusan nabi Harith bin Umayr al-Azdi untuk
menyebarkan Islam ke Ghassan telah dibunuh.
§ Zaid bin Harithah dan seramai 3,000 tentera Islam
dihantar menyerang Ghassan namun terpaksa berpatah balik kerana tentera musuh
yang ramai 200,000 orang tentera.
5.
Perjanjian Hudaibiyah dan Pembukaan Mekah
§ Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun 6H / 628M iaitu
atas dasar keinginan untuk menziarahi Kaabah Rombongan Nabi yang diketuai oleh
Uthman al-Affan telah diutus untuk tujuan menyiasat kedudukan Kota Mekah dan
memeterai perjanjian dengan Musyrikin Mekah.
§ Pada tahun 8H /
630M, nabi dan seramai 10,000 tentera telah ke Mekah dan tidak berlaku
pertempuran darah kerana pemimpin Quraisy Abu Sufyan dan tokoh-tokoh lain telah
memeluk Islam. Telah menguasai kota Mekah secara aman dan membuka kepada
penyebaran Islam dengan lebih meluas lagi.
6.
Perang Hunayn dan Taif
§ Selepas 25 hari pembukaan Kota Mekah, kaum Musyrikin suku
Hawazin dan Thaqih bertindak menyerang Kota Mekah yang diketuai oleh Malek bin
Arf. Pertempuran berlaku di Lembah Hunayn dan memihak kepada tentera musuh
walaupun bilangan tentera Islam yang ramai.
§ Pertempuran seterusnya berlaku di Bandar Taif. Namun,
pihak Taif mengaku kalah kerana ramai daripada mereka yang telah memeluk Islam
disebabkan keperibadian baik yang ditunjukkan oleh nabi.
7.
Perang Tabuk
§ Berlaku pada 9H / 631M di Utara Madinah sambungan
daripada Perang Muktah di mana tentera Islam pimpinan Khalid al-Walid berundur
ke Madinah. Nabi sendiri mengetuai peperangan dengan membawa seramai 30,000
tentera menuju ke Tabuk. Perang terakhir yang diikuti oleh nabi sebelum baginda
wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah.
§ Nabi menghantar Khalid al-Walid Dumat al-Jandal dan
berjaya menewaskan musuh. Tentera Byzantine mengalami kekalahan dan terpaksa
berundur ke Utara Syria.
Penutup
§ Nabi sendiri mengetuai sebagai Panglima Perang
Soalan 41: Bincangkan peristiwa
dan implikasi Perang Uhud pada Tahun Ketiga Hijrah kepada umat Islam dan
Musyrikin Makkah.
Pendahuluan
§ Perang Uhud merupakan salah satu
daripada siri peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W bagi
melaksanakan jihad dan mendaulatkan agama Allah. Peperangan yang kedua dalam
sejarah Islam ini berlaku di kaki Gunung Uhud pada pertengahan bulan Sya’ban
tahun 3 hijrah di antara 3000 tentera Quraisy dengan 700 tentera Islam. Tentera
Quraisy dipimpin oleh Abu Sufian manakala tentera Islam dipimpin Nabi Muhammad
S.A.W sendiri.
§ Kaum Quraisy yang menerima
kekalahan yang memalukan di Badar telah bertekad untuk membalas dendam dan
menebus kembali maruah mereka.
Isi-Isi Penting:
Peristiwa Perang
Uhud
1.
Keinginan untuk membalas dendam di kalangan kaum
Musyrikin Makkah atas kekalahan mereka semasa Perang Badar. Kekecewaan yang dirasakan itu
bukanlah semata-mata ramainya tentera mereka terbunuh atau nilai harta benda
yang bernilai sebanyak 5000 dinar yang dirampas oleh tentera Islam, tetapi yang
lebih penting ialah kerana nama dan maruah yang selama ini sentiasa bermegah
dengan kekuatan dan kejaguhan telah jatuh.
2.
Kemaraan Tentera Abu Sufian ke Kota Madinah. Untuk menghadapi tentera Islam ,
kaum Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian berjumlah seramai 3000 orang yang
terdiri daripada berbagai – bagai suku iaitu Quraisy , al – Ahabish ( Bani al –
Harith , Kinanah dan Khuza’ah ) dan Arab Tihamah telah berlepas dari Kota
Makkah pada bulan Sya’ban tahun 3 hijrah menuju ke utara.
3.
Berita
ini telah disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W , kemudian baginda
mengadakan perjumpaan. Dalam perjumpaan ini lahir dua pendapat, pendapat
pertama mencadangkan supaya pergi menyerang . Manakala pendapat kedua pula
mengesyorkan supaya bertahan sahaja di Kota Madinah. Pada mulanya baginda
bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda
bersetuju dengan pendapat kedua, tetapi majoriti mahukan berperang maka baginda
bersetuju pula dengan pendapat pertama. Seramai 1000 orang di bawah pimpinan
baginda telah meninggalkan kota Madinah untuk menemui kaum Musyrikin. Dalam
pada itu , seramai 1/3 daripada jumlah tentera itu yang diketuai oleh Abdullah
bin Ubay , ketua munafik telah keluar daripada barisan tentera Islam dan
kembali ke Makkah.Tentera Islam dan Musyrikin Makkah telah bertemu di pinggir
Bukit Jabal ( Uhud ) .
4.
Nabi
Muhammad S.A.W telah memilih kawasan Gunung Uhud sebagai medan
pertahanan dan menempatkan seramai 50 orang pemanah yang cekap di lereng –
lereng gunung.Pasukan pemanah ini diketuai oleh Abdullah bin Zubir. Strategi
inilah yang telah menghancurkan barisan tentera Quraisy sehingga mereka
akhirnya lari dan meninggalkan kelengkapan senjata dan harta yang banyak.
Pasukan pemanah Abdullah bin Zubir menyangka bahawa peperangan telah tamat lalu
mereka meninggalkan lokasi masing – masing untuk turun merebut harta – harta
rampasan.
5. Pada peringkat awal peperangan ini
memperlihatkan kemenangan di pihak Islam, tetapi pada akhirnya ramai tentera
Islam terkorban. Hal ini berpunca daripada sikap sesetengah kaum muslimin
khususnya pasukan pemanah yang ditempatkan di kawasan tinggi sekitar Bukit Uhud
ini telah meninggalkan tempat tersebut kerana mengejar harta rampasan perang.
6. Peluang ini digunakan oleh Khalid Al –Walid
untuk mengumpulkan semula pasukan berkudanya dan mara dengan pantas untuk
merampas kubu pertahanan pasukan pemanah tentera Islam. Setelah kubu strategi
umat Islam itu jatuh, Khalid Al-Walid menyerbu tentera Islam dari belakang
sehingga mereka bertempiaran lari.Akibatnya tentera Islam telah tertangkap dan
akhirnya tertewas di tangan Musyrikin di bawah pimpinan Abu Sufian dan Khalid
bin Al Walid Al – Makhzumi (Quraisy). Ramai antara sahabat –sahabat Nabi
Muhammad S.A.W, termasuk bapa saudara baginda, iaitu Hamzah r.a telah gugur
syahid.
Implikasi peperangan
1.
Kabilah – kabilah Arab yang lain mula memandang rendah
kepada umat Islam.
Mereka mula cenderung untuk kembali memihak kepada kaum Quraisy Makkah. Malah
ada yang berani membunuh umat Islam sewenang – wenangnya seperti Bani Bakar
yang membunuh seramai 70 orang utusan dakwah Islam di suatu tempat bernama Bir
– Mauna.
2.
Kabilah Hudhail pula memohon Nabi Muhammad S.A.W
mengirimkan pendakwah kepada mereka. Malangnya tiga orang daripada mereka telah dibunuh,
manakala dua yang lain dibawa ke Makkah untuk dijual dan dibunuh oleh kaum
Qurasiy. Dua orang bersaudara bernama Tulaihah dan Salama bin Khuwailid telah
berura-ura hendak menyerang Madinah. Nabi Muhammad S.A.W mendengar berita ini
lalu mengirimkan pasukan tentera seramai 150 orang untuk memerangi mereka
terlebih dahulu.
3.
Kaum Quraisy mula yakin dengan kekuatan mereka dan
percaya bahawa kekuatan Islam mulai lumpuh. Ini mendorong mereka untuk semakin
bersemangat untuk berusaha mengalahkan umat Islam pada peperangan yang
seterusnya.
4.
Umat Islam menerima ejekan dan provokasi dari golongan
Yahudi dan Munafikin di Madinah. Namun kekalahan umat Islam telah memberi pengajaran
agar lebih patuh dan taat kepada arahan pemimpin pada masa – masa akan datang.
5.
Peperangan
ini juga membuktikan bahawa kaum Quraisy Makkah memang sentiasa berazam
untuk menghancurkan umat Islam pada bila – bila masa sahaja dan tanpa
diduga. Oleh itu wajarlah bagi umat Islam untuk lebih berhati – hati dalam
menghadapi serangan – serangan yang bakal diterima daripada musuh – musuh
mereka.
6.
Bagi
pihak umat Islam , mereka menerima pengajaran mengenai konsep ketaatan
terhadap pemimpin dengan bayaran yang sangat mahal. Kekalahan itu mengajar
mereka betapa pentingnya mematuhi arahan pemimpin. Sikap mereka telah membawa
padah yang amat besar.
7.
Namun
umat Islam tidak bersedih selama- selamanya . Mereka mengambil iktibar daripada
kesilapan tersebut lalu menanam azam yang baru untuk lebih bersatu padu
, berdisiplin , dan taat kepada pemimpin dalam menghadapi musuh yang
seterusnya.
8. Perang ini juga memberikan
gambaran kepada umat Islam mengenai sifat-sifat dan bahaya – bahaya yang
ditimbulkan oleh golongan Munafik. Ini mengajar umat Islam untuk lebih
berhati–hati menghadapi golongan tersebut yang hanya bersemangat di bibir
tetapi bukan di hati.
Penutup
§ Etika yang diamalkan oleh tentera Islam bukan sahaja
menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin yang tinggi, malah ia merupakan
strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh para tentera di medan perang.
1.7.3 Kepemimpinan
Soalan 42: Huraikan kepemimpinan Khalifah Salahuddin
al-Ayyubi
Pengenalan
§
Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah
bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris,
terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak kepada seorang
gabenor. Ayahnya bernama Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah seorang anak saudara
kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari
Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid
dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
§
Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 27 Safar
589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah
selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang
lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang
berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
§
Apa yang lebih mengharukan umat Islam pada ketika
itu, beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan.
Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas.
Oleh itu, urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau,
manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.
Isi-isi Penting:
1. Menentang Tentera Salib
§
Semasa hayat Salahuddin Al-Ayyubi, beliau telah
memberikan sumbangan yang sangat besar kepada umat Islam pada ketika itu.
Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din
di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang
sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau
membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
§
Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi)
apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din
bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari
Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh
meninggal dunia, Salahuddin al-Ayyubi telah menggantikan tempatnya. Pada masa
sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
2. Membebaskan Kota Baitul Maqdis
§
Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi),
khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir
dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimin. Pada tahun itu
juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah. Pada tahun 583 Hijrah (1187
Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayyubi hingga membuka jalan
mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.
§
Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang
Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka
berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang
Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka
tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayyubi. Pihak Kristian
mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang
dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin
al-Ayyubi. Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan
sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian
pun mengakui mengenai hal itu.
3. Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut
Kristian
§
Lane-Poole, seorang penulis Barat mengesahkan
mengenai kebaikan hati Salahuddin mencegah rakyatnya daripada membalas dendam.
Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang
Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan
di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran
orang Kristian dianiaya.
§
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai
tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama iaitu
pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda
di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak
bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan
menara rumah ibadat. Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan
orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang
sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah
apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
4. Memulih dan membangunkan negara
§
Memberikan tumpuan kepada pemulihan benteng kota
Kaherah yang diawasi oleh arkitek yang bertujuan untuk mengawal negara daripada
pencerobohan musuh. Membangunkan Pulau al-Raudah dan al-Gizah yang menyediakan
kemudahan petempatan dan pasaraya.
§
Menubuhkan Diwaqn Armada yang bertanggungjawab menyelia
urusan pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar.
§
Membina hospital Bimaristan al-Atiq dan bangunan
gedung ubat-ubatan bagi membolehkan ubat diagihkan kepada pesakit mengikut
gred. Ruangan khas untuk wanita disediakan dan pesakit mental.
5. Memajukan aspek pendidikan
§
Membina sekolah-sekolah dan menjemput golongan
cerdik pandai dan ulama ke negaranya. Memperkenalkan pendidikan prasekolah yang
dikenali dengan nama sistem al-Katib yang menjadi pusat pendidikan kanak-kanak
mempelajarai al-Quran, menghadal hadis dll
§
Masjdi seperti Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar
berperanan sebagai pusat pembelajaran ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir.
6. Kemajuan dalam bidang ekonomi
§
Sumber ekonomi negara daripada jizyah, fidyah
(tawanan perang) dan kharaj. Menumpukan kepaeda sektor ekonomi pertanian dengan
memberikan tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem terusan dan
teknik-teknik pertanian bagi tujuan meningkatkan produktiviti pengeluaran
negara.
§
Menggalakkan aktiviti perdagangan dan menjadi pusat
pertemuan dai timur dan barat. Membina banyak pasar-pasar di Mesir dan Syria
selain membaik pulih serta meluaskan pasar yang sedia ada.
Penutup:
§ Apa-apa
yang berkaitan.
Soalan 43: Huraikan sumbangan Khalifah Salehuddin al-Ayyubi dalam Islam
Pengenalan
§ Nama penuh
beliau ialah Salehuddin
Yusof Bin Najmuddin Ayub. Beliau
digelar sebagai Saladin,
berketurunan Kurdi dari
kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran
pada tahun 1138 M dan
meninggal dunia pada
tahun 1193 M di Damsyik.
§ Merupakan seorang
panglima tentera, pemimpin &
pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada
zaman perang Salib.
Isi-isi Penting:
1.
Menentang
Tentera Salib
§
Salehuddin mula menyertai
peperangan pada tahun 1164 M
apabila menyertai ekspedisi ketenteraan
Syria bersama bapa saudaranya, iaitu Shirkuh yg dihantar oleh Khalifah Nur al-Din.
§
Dalam peperangan ini, tentera islam pimpinan Shirkuh telah berjaya menewaskan
tentera salib yg
berada di bawah pimpinan
Amaury I. Pada tahun 1169 M,
tentera islam jg berjaya
menumpaskan tentera salib di Mesir.
Peperangan ini berlaku
disebabkan tentera Salib melanggar
perjanjian damai yg dimeterai.
2.
Dasar tolak
ansur terhadap penganut Kristian
§
Meskipun tentera
Islam telah berjaya
menguasai Baitulmuqaddis,
orang-orang kristian tetap
diberi peluang mengunjungi kota suci
ini. Melalui perjanjian
damai yg dimeterai oleh Salehuddin dengan
Richard The Lion Heart di Ramalah
pada 2 November 1192 M, pihak Islam
bersedia memberi kelonggaran
kepada penganut Kristian mengunjungi dan beribadat
di Baitulmuqaddis.
3.
Memulih dan
membangunkan negara
§
Salehuddin
memberi tumpuan kepada pemulihan benteng
kota Katherah. Usaha pemulihan
diawasi oleh seorang
jurutera bangunan, iaitu
al-Tawasyi Bahauddin. Benteng
ini merangkumi 4 buah
bandar yg membentuk kota Katherah. Tujuan
pembinaan & pemulihan
ini adalah untuk
mengawal negara daripada pencerobohan
musuh.
§
Salehuddin
juga mengarahkan pembinaan
kubu Qal’ah al-Jabal yg terletak
di atas bukit bagi
membendung saki baki
musuh yg masih
berada di dalam kota Katherah. Beliau
jg membangunkan Pulau
al-Raudah dan al-Gizah.
Ibn Jubair pernah menjelaskan
bahawa pasar besar akan
diadakan pada setiap hari Ahad.
§
Beliau juga menubuhkan
Diwan Armada yg bertanggungjawab menyelia
urusan pembinaan kapal-kapal perang
& armada perang
yg besar. Salehuddin turut
membina hospital , beliau mengubah
sebuah dewan yg terletak di dalam istana oleh
Al-Aziz Bin Al-Muiz untuk dijadikan
sebuah hospital dan
dinamakan Bimaristan al-Atiq. Sebuah
bangunan gedung ubat-ubatan
jg disediakan bagi
membolehkan ubat diagihkan
kepada pesakit.
4.
Memajukan
aspek pendidikan
§
Salehuddin
banyak membina sekolah
& menjemput golongan ulama
& cerdik pandai
ke negaranya. Memperkenalkan sistem
pendidikan prasekolah yg dikenali
sebagai sistem al-Katib. Kanak-kanak
diajar mempelajari al-Quran, menghafal hadis, kemahiran seni khat, ilmu matematik, syair,
kata-kata hikmat & ibadat
seperti solat berjemaah.
§
Masjid
berperanan sebagai pusat
pembelajaran yg penting
khususnya ilmu keagamaan
seperti ilmu tafsir. Masjid yg
terkenal pada zamannya ialah
Masjid Amru al-As, Masjid al-Azhar, Masjid al-Alttarin. Beliau sanggup mewakafkan 32
buah kedai untuk dijadikan
sekolah, malah turut membiayai gaji guru2x
yg mengajar di sekolah
yg didirikan. Beliau juga berusha
mengutamakan pendidikan berasaskan
mazhab Sunni.
5.
Memajukan
aspek ekonomi
§
Negara pada zaman pemerintahannya memperoleh
sumber pendapatan yg
pelbagai seperti jizyah
yg dikenakan golongan
bukan islam. Fidyah yg dibayar oleh tawanan
perang utk menebus diri, harta rampasan perang dan cukai tanah (kharaj). Cukai-cukai
yang membebankan telah dapat dilaksanakan
sepenuhnya pada zaman kerajaan
Fatimiyyah juga dihapuskan.
§
Beliau juga menumpukan
perhatian terhadap sektor pertanian dengan
memberikan tumpuan kepada penyediaan dan penyelenggaraan sistem
terusan dan teknik-teknik
pertanian agar berlaku
peningkatan produktiviti dan
mengelakkan kekurangan
bekalan makanan. Beliau
juga mengalakkan aktiviti perdagangan.
Mesir menjadi pusat
pertemuan para pedagang
dari Timur & Barat.
Penutup:
§ Apa-apa
yang berkaitan.
Soalan
44: Huraikan kepemimpinan dan sumbangan Khalifah Sultan Muhammad al-Fatih
Pendahuluan
•
Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin
Muhammad bin Bayazid lahir pada 29 Mac 1432 m di Adrianapolis dan meninggal
pada 3 Mei 1481 ketika berumur 49 Tahun. Baginda menaiki takhta seawal usia 19
tahun bagi menggantikan ayahandanya iaitu Sultan Murad II.
•
Dikenali dengan gelaran Muhammad al-Fatih kerana
kejayaannya membebaskan kota Konstantinople. Baginda memerintah empayar yang
luas selama 30 tahun di antara 1451 hingga 1481 M. Dianggap sebagai negarawan
yang ulung dan seorang penglima tentera yang agung telah memimpin sebanyak 25
kempen peperangan.
Isi-isi Penting:
1. Menawan Konstantinople
§
Para ahli sejarah telah menjadikan tarikh pembukaan
Constantinople pada 29hb Mei 1453M sebagai arikh kepada sejarah moden. Ketika
memasuki Bandar tersebut, Sultan Mummad al-Fateh telah mengistiharkan bahawa
dunia kuno telah terhapus dan dunia moden telah datang.
§
Kota Konstantinople kemudiannya telah ditukar kepada
Istanbul. Ia telah dijadikan sebagai ibu kota semasa pemerintahan Kerajaan
Turki Uthmaniyyah.
2. Kebebasan Beragama
§
Ramai orang Yahudi dan Arab yang ditindas di
Sepanyol telah berpindah ke Constantinople. Sultan al-Fateh juga telah
membenarkan agama Kristian untuk diamalkan dengan mengekalkan gereja dan
pengamalan mazhab Orthodoks mereka. Baginda telah meminta pihak gereja
berhimpun dan memilih seorang ketua paderi di kalangan mereka.
§
Mereka telah memilih anadius sebagai ketua yang
kemudiannya berkata bahawa dia lebih suka melihat serban Sultan daripada
melihat topi latin (Katholik)kerana pihak Katholik Barat telah menindas pihak
Orthodoks. Sultan juga mengarahkan supaya gereja dan sinagog tidak dimusnahkan
atau diapa-apakan.
3. Pengembangan Kerajaan dan Pembangunan
§
Sultan al-Fateh dikurniakan kejayaan yang besar
dalam menyempurnakan penyusunan negara, kekemasan jentera pentadbiran dan
membuat ikatan teguh di antara kawasan yang tunduk di bawah penguasaannya serta
menundukkan Serbia, Bosnia, kawasan pantai Laut Merah dan semenanjung Crimea.
Baginda telah meluaskan sempadan Negara dari hanya sekiar 600 km persegi kepada
keluasa 2,214,000 km persegi.
§
Matlamat Baginda dari perluasan negaranya adalah
untuk menembusi Eropah dan menyelamatkan umat Islam di Andalus daripada
cengkaman Kristian.
4. Mendirikan masjid dan bangunan-bangunan lain
§
Bentuk peradaban telah berubah dengan pembukaan
Islam tersebut kerana banyak masjid, sekolah dan hospital yang telah dibina.
Baginda amat mengambil berat terhadap pelajaran dan pendidikan. Baginda juga
telah menyusun pentadbiran, ketenteraan, politik dan pembangunan.
§
Baginda juga membina 11 buah masjid termasuk Gereja
Besar St. Sophies dijadikan pusat ibadat orang islam yang hari ini dikenali
sebagai Masjid Aya Sofia.
5-Menambah bilangan
penduduk Konstantinople
§
Mengarahkan orang Yunani yang meninggalkan kediaman
mereka kembali semula ke kota berkenaan. Baginda juga engarahkan negeri-negeri
di bawah kekuasaannya menghantar wakil-wakil untuk memakmurkannya.
§
Sifat baik dan pemurah baginda merupakan factor
utama kepada pertambahan penduduk dari luar.
6-Menyatukan Empayar di
Utara Balkan
§
Tujuan penyatuan empayar adalah bagi mengelakkan
serangan kaum Magyar dengan cara mengambil alih pemerintahan Serbia dan Berjaya
menawan Belgrade ekoran krisis istana
§
Berjaya menghapuskan perikatan tentera kerajaan
Albania yang berhasrat untuk menjatuhkannya. kesannya,kekuasaan Kerajaan
Uthmaniyah semakin berkembang di Eropah.
7-Menghapuskan kerajaan-kerajaan Kecil di Eropah
§
Pada tahun 1458, baginda Berjaya menjatuhkan
kerajaan Trebizond iaitu kerajaan Yunani yang terakhir di Asia Kecil.
§
Kerajaan Uthmaniyyah telah Berjaya mengalahkan
tentera Venice pada 1462, membawa kepada penyerahan wilayah Venice dan Albania.
Penutup:
§
Sutan Muhammad al-Fateh meninggal dunia pada 1471M
(886H) ketika sedang berada di kemuncak kemenangan dan kemuliaan. Ada pendapat
mengatakan bahawa kematian Baginda adalah kerana diracun melalui perantaraan
doktornya yang menyembunyikan identitinya sebagai seorang Yahudi.
Soalan 45: Bincangkan tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad
al-Fatih dalam menawan Kota Konstantinople daripada Byzantine.
Pendahuluan:
§ Sultan
Muhammad al-Fatih atau nama sebenar baginda, Muhammad bin Murad bin Muhammad
bin Bayazid merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera
yang agung kerana telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan sepanjang
pemerintahannya.
§ Baginda
dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Andrianapolis dan meninggal dunia pada 3 Mei
1481M ketika berumur 49 tahun. Digelar Muhammad al-Fatih kerana kejayaan
baginda membebaskan Kota Konstantinople. Baginda menaiki takhta seawal usia 19
tahun bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Murad II dan memerintah empayar
yang begitu luas selama hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451M hingga 1481M.
Isi-isi penting:
1. Meninjau dan mengkaji usaha yang dibuat oleh ayahandanya.
§ Sepenjang
dua tahun pertama selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota
Konstantinople secara terperinci setiap malam bagi mengenal pasti sebarang
faktor-faktor kelemahan kota tersebut.
§ Baginda juga
turut mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima Islam yang
terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima tenteranya tentang
strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan.
2. Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih.
§ Angkatan
tenteranya disertai para mujahidin seramai 265 000 orang dan kapal laut
sebanyak 400 buah. Baginda mengarahkan pembinaan peralatan perang termoden
seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan
jarak sejauh 1.5 kilometer. Kota Rumeli dibina di tebing sebelah Eropah, iaitu
lebih kurang 8 kilometer jaraknya dari Kota Konstantinople bagi mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus.
§ Baginda
mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk
memencilkan Kota Konstantinople apabila mereka diserang. Menara bergerak yang
mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople serta boleh
memuatkan ratusan tentera Islam.
3. Menanam semangat jihad terhadap tenteranya.
§ Baginda
membawa bersama-sama batalionnya dengan para ulama’ dan pakar motivasi ke medan
perang bagi membakar semangat jihad tenteranya, terutama ketika mereka akan
menghampiri dinding kubu Kota Konstantinople. Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah
disempurnakan sehingga tentera Byzantine begitu gementar melihat kira-kira 265
000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan
suara takbir yang memecah kesunyian alam.
§ Tentera
Islam diberi motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama’ dan
mengingatkan agar tentera Islam sentiasa bermunajat kepada Allah SWT. Baginda menyampaikan pidato untuk
menaikkan kembali semangat jihad para mujahid Islam yang semakin turun setelah
jemu mengepung Kota Konstantinople selama 53 hari.
4. Mengepung Kota Konstantinople.
§ Baginda
telah menghantar utusan supaya Maharaja Byzantine menyerahkan Kota
Konstantinople secara aman kepadanya, tetapi pemerintah Byzantine enggan. Kota
Konstantinople mula telah dikepung dan mula diserang pada 19 April 1453M
bersamaan dengan 12 Rabiulakhir 857H bersama tentera Islam seramai 265 000
orang. Kota tersebut dihujani oleh peluru daripada meriam raksasa selama 48
hari yang berjaya merosakkan sebahagian dinding kota tersebut.
§ Menara
bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada Kota Konstantinople
serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam digunakan dan berjaya menembusi
dinding tengah kubu. Namun, berjaya dimusnahkan oleh tentera Byzantine.
5. Menggunakan kaedah serangan luar biasa.
§ Angkatan
tentera laut Byzantine diperkukuh dengan bantuan lima buah armada yang dihantar
oleh Vatican dan Eropah. Bagi mengatasi kekalutan tersebut, Sultan Muhammad
al-Fatih menggunakan satu kaedah luar biasa. Kapal-kapal perang dibawa melalui
jalan darat ke atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn.
Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam
tentera Islam dan pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.
§ Tentera
Islam memanjat dinding di dalam kubu dengan menggunakan tangga dan cuba
merobohkannya dengan lastik yang besar serta mengibarkan bendera kerajaan
Uthmanniyah. Namun, strategi tersebut berjaya dipatahkan dan mengakibatkan
ramai tentera Islam syahid. Tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota
tersebut. Akhirnya, baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan Kota
Konstantinople pada 29 Mei 1453M.
Penutup:
§ Sultan
Muhammad al-Fatih telah menggunakan segala ilmu yang ada pada zamannya bagi
menjayakan usaha menawan Kota Konstantinople. Baginda telah dapat membuktikan
tentang kebenaran hadis Nabi Muhammad SAW melalui penawanan kota tersebut.
§ Nama Kota Konstantinople
kemudiannya telah ditukar kepada Istanbul dan dijadikan sebagai ibu kota semasa
pemerintahan Uthmanniyah. Gereja Besar St. Sophies juga kemudiannya telah
ditukar menjadi Masjid Aya Sofia.
Do you need a Loan?
BalasPadamAre you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans at low interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats-app +918256953815
ushaservicesonline@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
ushaservicesonline@gmail.com
+918256953815